Isnin, 19 Disember 2011

shalehudin

shalehudin


Berat sungguh dakwaan nih...

Posted: 19 Dec 2011 08:00 AM PST

Umno bayar blogger upahan RM10 juta, SKMM diarah tidak ganggu

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno didedahkan membayar RM10 juta kepada sekumpulan blogger sebagai kempen perang saraf menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno, turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 'tidak menggangu' blogger berkenaan.

Berdasarkan maklumat diperolehnya, kata Nik Nazmi, kumpulan itu ditugaskan untuk menarik undi kaum Cina bagi menyokong Barisan Nasional, meskipun dengan cara memainkan sentimen perkauman.

"Datuk Najib kian terdesak untuk meraih undi kaum Cina dan ini terbukti apabila beliau memperuntuk sekurang-kurangnya RM10 juta kepada sekumpulan wartawan dari media arus perdana untuk menyerang pemimpin PakatanRakyat menjelang Pilihan Raya Umum akan datang,"

"Malah, SKMM juga sudah diberi amaran agar jangan mengganggu blogger upahan ini walaupun tulisan mereka menimbulkan api perkauman dan agama," katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau difahamkan, kumpulan blogger itu diketuai Setiausaha Media Najib, Tengku Sarifuddin dan bekas wartawan kanan The New Straits Times, Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rockybru.

Menurutnya, peruntukan itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa dengan bloggers upahan ini akan mengeluarkan artikel bertujuan menaikkan imej Najib sebagai tokoh yang patut diundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina.

Beliau bagaimanapun yakin, taktik kotor itu akan gagal malah memburukkan lagi imej Najib.

"Rakyat bijak dalam menilainya dan masyarakat Cina saya yakin tidak terpengaruh dengan taktik kotor ini," katanya.

Ni orang tua mana pulak dah nii... kahkahkah...

Posted: 19 Dec 2011 07:40 AM PST

Tun Mahathir Nak Bersumpah Laknat!!

Semua UMNO bersumpah. Tun nak bersumpah juga. Sumpah laknat. Sumpah dah jadi main-main dan permainan kini. Tun nak bersumpah di mana-mana masjid seluruh dunia yang Tun tak pernah menulis surat memohon bantuan Bank Dunia untuk mengatasi kemelut ekonomi dan kewangan negara sepanjang pemerintahan Tun. Tun ingin bersumpah Tun tak menulis surat, bukannya Tun nak bersumpah Tun tak pernah buat pinjaman.

Tun berkata begitu setelah Anwar berkata Tun pernah memohon pinjaman bank dunia. Tun minta Anwar tunjukkan surat sebagai bukti. Kata Anwar Tun tak cekap mentadbir dan terpaksa pinjam khususnya ketika krisis kewangan melanda seluruh dunia sekitar tahun 1980-an dan 1990-an semasa ceramah di Selangor.

Tun juga berkata amalan berbohong tak baik dan Anwar berbohong semata-mata. Baguslah kalau Tun yang dah tua-tua nak 'pergi' Tun ingat mana perkara yang baik dan mana perkara tak baik.

Apa kata kalau Tun bersumpah juga, jangan bersumpah pasal surat tapi Tun bersumpah Tun tak pernah berbohong dan Tun tak pernah menfitnah Anwar. Ramai yang ingin tahu. Janganlah Tun 'pergi' bersama rahsia itu semua.

Projek langgar Nik Aziz, ni la hasilnya... haha...

Posted: 19 Dec 2011 03:31 AM PST

Petanda Umno sesat, menyesatkan Melayu

Mohd Rashidi Hassan

MURSYIDUL AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sering menjadi bahan kecaman Umno, sehinggakan pada Perhimpunan Agung Umno, minggu lepas, nama Tok Guru sering disebut-sebut dalam perbahasan. Mengapakah Tok Guru tidak disenangi Umno? Semua persoalan ini dijawab Menteri Besar Kelantan itu kepada wakil Harakah MOHD RASHIDI HASSAN dan IZWAN ABDUL HALIM di Rumah Kelantan, 10 Disember 2011.

HARAKAH: Boleh Tuan Guru huraikan beza doktrin PAS dengan Umno?

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: PAS diajar melalui Islam supaya manusia sedar bahawa segala-galanya menumpang nikmat Allah SWT. Bumi kita pijak Allah yang buat, udara kita sedut Allah buat, air kita minum Allah buat, bahkan seluruh anggota tubuh badan kita Allah buat. Maka bila kita menumpang nikmat Allah Taala kita wajib bersyukur. Syukur ertinya buat yang Dia suruh, tinggal yang Dia larang. Perkara ini tiada dalam Umno. Umno tidak mengajar perkara ini, yang diajarnya menumpang jalan raya Kerajaan Pusat buat, itu dulu. Menumpang kemudahan-kemudahan telekom, Umno yang buat. Umno mengira dia telah beragama bila dia buat masjid, bila ada guru agama di sekolah-sekolah, itu sahajalah (agama pada Umno). Sekarang kita berada di Malaysia. Bolehkah kita ambil setengah-setengah sahaja undang-undang Malaysia sebagaimana Umno ambil setengah-setengah hukum Allah. Misalnya motokar, kita tidak mencuri, kita beli kerana undang-undangnya begitu. Tetapi 'road tax' (cukai jalan) tak bayar, lampu belakang tidak menyala, sedangkan itu salah juga undang-undang kerajaan. Jika kita duduk bawah kerajaan kita kena patuh semua undang-undang kerajaan, mana boleh kita dengan Allah SWT kita ambil setengah-setengah. Bila kita duduk bawah kerajaan, tak kiralah Kerajaan Malaysia, Kerajaan Amerika dan mana-manapun, rakyat kena terima semua segala undang-undang, begitulah kita dengan Allah Taala, kena terima semua.

Mungkin ada yang keliru status rakyat dengan status hamba Allah?

Kita dididik oleh Islam hendaklah menjadi bertaraf hamba dengan Allah SWT, bukan menjadi taraf rakyat. Kita bukan rakyat Allah, kita jadi hamba 24 jam. Rakyat kalaulah kita tidak pernah buat salah dengan kerajaan, bila kita mati kita tidak diberi apa-apa oleh kerajaan kerana kita tidak buat salah dengan dia. Polis datang rumah kita bila kita buat salah, kalau kita benar tak pernah datang pun. Tapi kita dengan Allah, kita benar dapat pahala, kita salah dapat dosa. Tiada masa kita ini kosong dengan Allah Taala. Inilah cara kita berfikir kita sebagai hamba Allah dengan berfikir cara rakyat bagi Allah. Umno hanya sebut kita rakyat. Rakyat lain, hamba lain, hamba 24 jam. Hamba ini berasaskan "liya'budun" (untuk beribadah pada-Nya). Kalau kita ini rakyat Allah, maka kita boleh guling Allah macam kita rakyat Malaysia boleh guling kerajaan. Kita dengan Allah SWT nak guling macam mana, nak tukar macam mana?

Maknanya selama ini Umno keliru dan celaru?

Orang Cina tak melawan sangat PAS, yang melawan PAS ini orang Melayu Umno. Adakah dengan kehendak Umno, dia (orang Melayu) melawan PAS ini atau sebagai mata tombak (lembing) sahaja, (sedang) hulunya Umno pegang atau MCA pegang? Jika Umno sendiri nak lawan, tiada sebab langsung. Sebab PAS bawa Islam, maka sepatutnya Umno sokong dan Umno tidak perlu wujud di atas muka dunia. Kerana PAS perjuangkan Islam, Umno tak perlu lawan PAS. Atau Umno telah jadi mata tombak, hulunya orang lain pegang. Ini bahaya, maknanya jadi alat orang lain. Kerana itulah timbul masalah celaru yang jadi melawan PAS ini. Bukan Islam di Malaysia ini jadi celaru, hendak turut PAS atau turut Umno. PAS bertengkar dengan Umno, Umno bertengkar dengan PAS, bukan Islam terpinga-pinga pihak mana yang betul. Kita sebagai umat Islam bukan sahaja kita wajib berpegang kepada Islam, tetapi wajib juga dakwah Islam. Ke mana sahaja kita pergi kita diwajibkan dakwah Islam. Di Malaysia ini sebab hampir sama bilangan Melayu dengan bukan Melayu ini, maka bukan Islam terpinga-pinga hendak menurut siapa. Bukan sahaja bukan Islam, Melayu juga terpinga-pinga juga hendak turut PAS atau Umno. Turut Umno dapat duit, turut PAS tak dapat duit. Semua ini Umno kena fikir kesudahannya.

Isu agama dipolitikkan sering jadi mainan Umno, pendapat Tuan Guru?

Politik ini sebahagian agama. Memperjuangkan Islam ini bukan kerja main-main. Bila kita Islam, maka menyebarkan Islam menjadi kewajipan, bukan sahaja solat wajib, bukan sahaja puasa wajib, bahkan sebarkan Islam, dakwahkan Islam menjadi wajib. Jadi hendak sebarkan macam kalau Melayu sendiri tak faham. Ulasan Umno ialah agama lain, politik lain. Baik, kita hendak tanya Umno; bila politik tidak agama, pentadbiran negara tidak ikut agama, siapa dia yang jadi Ketua Kerajaan semasa Nabi kita di Madinah? Kalau agama lain, politik lain, maka yang jaga politik masa Nabi di Madinah itu siapa? Kalau Nabi juga yang jaga sebagai ketua kementerian kewangan, portfolio sosial, ertinya Nabi Muhammad juga dengan agama, terlibat dengan Allah SWT. Kerana kerja-kerja Nabi Muhammad semua agama. Solat itu agama, berperang itu agama, kirim surat kepada raja-raja itu agama. Baginda letak cop mohor atas surat-surat itu, ini kerja apa? Ini kerja politik, jadi bagaimana Umno boleh kata agama lain, politik lain? Raja-raja mana hendak terima kalau Nabi Muhammad hanya (seorang) imam sahaja. Raja-raja sekitar, Raja Parsi, Raja Mesir, Raja Rom Byzantin, Raja Hebyah, mereka tahu Nabi Muhammad bukan Tok Imam sahaja, dia Ketua Negara. Bila Nabi Muhammad itu Ketua Negara, maka kenapa Umno kata agama lain politik lain?

Maknanya, Umno tiada hujah, hanya putarbelit mereka sahaja?

Apa hikmah Allah lanjut dakwah Nabi Muhammad sehingga 23 tahun? Nak mengajar sembahyang puasa sahaja dua minggu pun cukup. Dua minggu itu pun dak kira lama mengajar orang sembahyang. Tapi Nabi Muhammad diminta urus urusan hidup manusia, 'the way of life'. Urusan ini mesti diurus oleh Nabi Muhammad sendiri, bagaimana berumah tangga, berjiran. Mengurus kewangan, adakah sebarang harta boleh ambil semua, tidak! Ada had, ada halal, ada haram. Semua ini 23 tahun, bila cukup 23 tahun turun ayat (Quran) bahawa agama telah sempurna. Jadi 23 tahun memakan masa baru sempurna. Perkara apa, sembahyang? Sembahyang ini diwajibkan masa di Makkah. Dalam keadaan ditekan kafir Makkah, sembahyang diwajibkan. Jadi bukan sembahyang sahaja jadi agama, tapi urusan hidup lain yang tidak boleh dibuat di Makkah kena mari ke Madinah membentuk sebuah negara sendiri. Kita baru sambut Maal Hijrah, sambutan ini ertinya ingati balik pengorbanan nabi menjalankan urusan agama termasuklah kewangan, mengurus sosial, budaya, pemikiran hingga 23 tahun. Jadi Umno tiada hujah, bila tiada hujah inilah mereka guna ISA. Macam Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim, bila Nabi Ibrahim kemuka cabaran minta Namrud buktikan kebenaran jika dia Tuhan, bawa naik matahari dari barat ke timur kerana Allah menaikkan matahari dari timur ke barat. Bila Namrud tak boleh jawab, dia bakar (Nabi Ibrahim). Sepatutnya dia berterima kasih kerana Ibrahim mengajar dia, tapi dia bakar. Zaman sekarang tak bakar, tapi ISA. Banyak tok-tok guru pondok kena ISA tak pasal-pasal kerana Umno tak boleh jawab. Sepatutnya hujah lawan hujah, bila orang lawan kita (hujah) kita sebutlah balik. Macam negeri demokrasi, orang hujah kita hujah. Ini orang hujah, tak boleh jawab ditangkapnya mereka, buang kerja, pindah tempat kerja. Ini semua tanda Umno itu sesat. Dalam sembahyang kita berdoa agar kita tidak sesat, tapi jalan Umno hala ke sesat. Tak boleh jawab sepatutnya terima kasihlah. Ini tangkap orang, ISA orang, mengarut Umno.

Gambar: Tuan Guru Nik Aziz ketika ditemuramah Mohd Rashidi Hassan dan Izwan Abdul Halim di Rumah Kelantan.

Pandangan Tuan Guru mengenai perjuangan Melayu Umno?

Umno sibuk jaga Melayu sedangkan Melayu ni bangsa, tak payah jaga. Kerana bangsa ni tak boleh hilang. Kalau orang Melayu duduk di Kutub Utara seorang diri, Melayu juga dia. Pergi ke mana pun, kalau duduk di London sejak dahulu sampai tak boleh cakap Melayu, bila tanya bangsa (dijawab) Melayu juga dia. Jadi Melayu tak payah jaga kerana bangsa ini tak hilang. Yang kena jaga ini perkara boleh hilang dan ada. Macam duit, kena jaga kerana boleh jadi hilang, boleh jadi tak hilang. Islam ini macam tu, Islam ni kena jaga, boleh jadi orang murtad kerana orang tak jaga dia. Jadi benda kena jaga ni bukan bangsa tapi agama kerana boleh hilang dan boleh ada. Macam duit kita dapat masuk dalam beg, kita zip, masuk dalam poket seluar kita zip lagi kerana ia boleh hilang, boleh kena curi, boleh poket kita tembus. Umno dia jaga Melayu, tak jaga pun dia Melayu, sampai dalam kubur mati pun dia Melayu. Ini kesilapan Umno. Kalau Umno ikut kata dia ikut kata Hang Tuah "Takkan Melayu hilang di dunia" habis begitu buat apa dia jaga juga? Ini Umno jaga benda yang tak hilang, PAS jaga benda yang boleh hilang; Islam, iman, ihsan. Sebab tu Jibril turun dari langit tanya Nabi tentang Islam, iman, ihsan. Dia tak tanya Arab, tak tanya bangsa.

Hebatnya Rosmahhh... kahkahkah...

Posted: 19 Dec 2011 01:00 AM PST

Rosmah sebagai penentu PRU ke-13?

SHAH ALAM, 14 DIS – Adakah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, akan menjadi faktor penentu keputusan pilihan raya umum akan datang?

Sama ada berseloroh atau serius, soalan itu telah dibangkitkan oleh seorang hadirin wacana 'PRU13: Undi Siapa Jadi Penentu' anjuran Sinar Harian di sini semalam yang panas dengan idea dan cadangan para pembicara.

Mereka yang menyertai wacana itu adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden KITA Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah dari Universiti Malaya. Moderator wacana ialah Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa.

Menjawab persoalan itu, tokoh politik Datuk Zaid Ibrahim yang juga Presiden KITA berkata, demi kebaikan Malaysia, rakyat yang tidak berada dalam lingkungan politik tidak sepatutnya terpengaruh dengan gosip-gosip sebegitu.

"Sama ada Rosmah jadi penentu PRU13, saya sebenarnya merasakan dia ada memainkan peranan penting.

"Tetapi saya rasa eloklah buat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), bukan sahaja Rosmah malah Tun Mahathir Mohamad pun janganlah masuk campur. Kalau dah berhenti, berhentilah.

"Inilah masalah parti pemerintah yang memerintah terlalu lama yang merasakan seolah-olah perlu dinasihati, perlu menjaga hati, perlu menjaga itu, ini… Sampai bila?" katanya.

Jelas Zaid yang sebelum ini seorang menteri kerajaan persekutuan dan kemudian menyertai PKR sebelum meninggalkannya untuk menubuhkan KITA, jika Najib serius dengan reformasi, perkara yang lama sepatutnya ditinggalkan sahaja.

Namun, katanya, apa yang rakyat lihat adalah wujudnya kuasa-kuasa di belakang tabir yang memainkan peranan dalam politik tanah air yang semakin dibenci oleh orang ramai.

Dr Abu Hassan pula berkata, jika seseorang itu terbukti telah menyalahgunakan duit rakyat, maka rakyatlah yang berhak untuk menumbangkan mereka dalam PRU13.

"Tidak kira dia isteri Perdana Menteri, anak Perdana Menteri dan sebagainya, seandainya benarlah mereka telah menggunakan duit negara yang sepatutnya digunakan untuk rakyat, termasuk untuk membaiki sistem pengangkutan awam kita yang teruk ini, maka mereka harus ditentang, harus dijatuhkan," katanya.

Beliau menjelaskan, rakyat boleh melakukan perubahan untuk mengubah indeks kebebasan, demokrasi dan rasuah negara.

"Mengapa kita harus sayang pada parti yang tidak mampu melakukan janji yang mereka katakan. Jika mereka tak dapat lakukan janji itu, kita harus tukar dan beri pada yang lain.

"Kita tidak perlu bimbang jika mana-mana parti akan jatuh untuk digantikan dengan yang lain kerana ia adalah proses membina sebuah tamadun," tambah beliau.

Nurul Izzah pula mahu Najib menjamin pilihan raya yang bersih, malah menjelaskan PKR sanggup menerima apa sahaja keputusan jika proses pilihan raya yang benar-benar adil dan bersih dilaksanakan.

Malah, beliau mencabar Perdana Menteri menterjemahkan slogan 1Malaysianya dengan bertanding di kerusi Parlimen yang majmuk seperti Parlimen Lembah Pantai yang diwakilinya dalam PRU 2008.

"Kerusi (yang diwakli Najib sekarang) di Parlimen Pekan adalah 93 peratus pengundi Melayu. Jika benar Najib adalah pemimpin untuk semua kaum, sila bertanding di Lembah Pantai," ujarnya.

Saifuddin pula yang mewakili UMNO dan Barisan Nasional dilihat tertekan dalam wacanan itu kerana bersikap defensif dalam usaha mempertahankan parti dan kerajaan yang diwakilinya.

Walau pun bersetuju dengan beberapa pandangan pemimpin Pakatan dalam wacana tersebut, beliau tetap mempertahankan kepimpinan Najib dan menonjolkan keyakinannya bahawa BN akan menang besar dalam PRU13.

"Bagi saya, pengundi yang mengundi pembangkang dalam PRU yang lalu akan kembali menyokong BN manakala yang telah memilih BN akan kekal dengan BN dan pengundi-pengundi baru pula akan mengundi BN," jelasnya.

Menurutnya, mereka menyokong usaha transformasi Najib yang kononnya sedang membuat perubahan baik untuk rakyat. – Roketkini.com

Bedebah betoi, lingkup habih la duit KWSP akuuu...

Posted: 19 Dec 2011 12:00 AM PST

Umno joli duit KWSP

Oleh DATO' HUSAM MUSA

SAYA tertarik dengan penjelasan mengenai pinjaman KWSP kepada Kerajaan Malaysia seperti kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr Awang Adek di Dewan Rakyat (The Star, m s 20 30 November 2011).

RM79.4 bilion – adalah jumlah pinjaman KWSP kepada Kerajaan Persekutuan seperti disebut oleh Dr Awang. Adakah angka ini tidak mengambil kira pembelian kertas sekuriti dan bon Kerajaan Persekutuan oleh KWSP yang lain?
Setakat pengetahuan saya, kedua-dua pinjaman dan kertas sekuriti jika dijumlahkan sekali, jumlah besar pendedahan KWSP sebagai hutang Kerajaan adalah RM240 bilion! Jumlah itu tidak mengambil kira pinjaman KWSP kepada GLC milik kerajaan.

Berdasarkan jumlah RM240 bilion, ia adalah 52.6 peratus dari jumlah hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM456 bilion pada tahun 2011, seperti dibentangkan Ketua Audit Negara dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara baru-baru ini.

Dalam keadaan Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dan sepatutnya, tanpa manipulasi statistik, telah melebihi paras 55 peratus yang diizinkan oleh Undang-Undang Negara, kese- lamatan pinjaman ini memerlukan penelitian yang serius.

RM456 bilion jumlah hutang pada tahun 2011, dari segi peratus KDNK, adalah 54.3 peratus.
Hanya tinggal 0.7 peratus untuk mencapai tahap 55 peratus! Melalui Belanjawan defisit tahun ke-15 berturut-turut dengan jumlah RM45 bilion, sepatutnya tahap 55 peratus tadi telah dilanggar.
Bagi mengelakkan pelanggaran itu, manipulasi statistik telah dibuat dalam dua cara:
a) Meletakkan kadar pertumbuhan setinggi 6 peratus supaya dengan itu jumlah agregat KDNK menjadi besar dan dengan sendirinya peratus hutang berbanding KDNK menjadi rendah.

Soalnya, semua penganalisis ragu Malaysia mampu mencapai pertumbuhan 6 peratus sepanjang tahun hadapan.

Jika ini tidak dicapai, dengan sendirinya tahap yang dihadkan pertama kali akan dilanggari dan ini memberi kesan terhadap keselamatan hutang KWSP.

b) Meninggikan jumlah KDNK 2012 dengan memasukkan kadar inflasi. Oleh kerana itu, ada perbezaan ketara antara jumlah KDNK yang dicatatkan dalam Buku Belanjawan berbanding tercatat dalam Laporan Statistik.

Jumlah RM918.322 KDNK bolehlah dianggap memasukkan peratusan tertentu kadar inflasi, menjadikan angkanya lebih besar dan peratusan hutang menjadi kecil Namun begitu, sekalipun disebabkan oleh dua manipulasi statistik ini peratusan hutang negara belum mencecah tahap 55 peratus, ia akan mencecah tahap 55 peratus ini pada bila-bila masa dari sekarang.

Tidak ada tanda-tanda ekonomi negara akan tumbuh sebanyak 6 peratus pada tahun hadapan. Sebarang kekurangan dalam peratus pertumbuhan ekonomi negara dengan sendirinya menjadikan angka KDNK lebih kecil dan peratusan hutang lebih besar.

Selain itu, dengan trend berbelanja yang langsung tidak memperdulikan kedudukan kewangan semasa yang ada, dijangka jumlah hutang baru negara akan melebihi dari jumlah awal yang dinyatakan dalam Buku Belanjawan.

Jika ini berlaku, rakyat Malaysia, selepas PRU13 yang mungkin akan diadakan pada Mac 2012 akan menyaksikan jumlah hutang negara kita melebihi paras yang dibenarkan oleh undang-undang buat kali pertama di bawah teraju Dato' Seri Najib Razak!

Itu belum mengambil kira jumlah hutang GLC yang tidak digambarkan dalam Akaun Hutang Awam Negara yang jumlahnya adalah juga besar iaitu RM184 bilion.

Sebagian pinjaman ini telah dikelaskan sebagai CC minus.

Jika jumlah ini diambil kira, kita telah lama melepasi tahap 55 peratus dan dengan itu, keadaan adalah amat membimbangkan.

Tujuan saya menulis kenyataan akhbar ini ialah supaya Kementerian Kewangan mengubah habit berbelanja Kerajaan Persekutuan sekarang.

Termasuk berbelanja besar melebihi kos sebenar, dari sekecil-kecil bil api tinggi menggila untuk kediaman PM sampailah pembelian kapal peronda dan lain-lain, seperti dalam kes-kes dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Kedua, terus berbelanja atas perkara-perkara yang tidak produktif seperti pembelian vesel dan kereta perisai baru dengan begitu mahal melebihi harga pasaran dan dibeli melalui pihak ketiga yang mendapat untung melangit.

Semua perbelanjaan joli ini bersandarkan pinjaman KWSP yang merupakan wang amanah rakyat negara ini.
Perbelanjaan pruden boleh membantu hutang dikurangkan dan dengan sendirinya nilai wang KWSP yang dipinjamkan kepada kerajaan menjadi lebih berharga.

Jika tidak, KWSP hanya dijadikan tabung berharga murah untuk membantu Kerajaan Pusat berjoli atas wang rakyat!

Wajib baca: Cara depa menipu dalam Pilihanraya...

Posted: 18 Dec 2011 10:00 PM PST

Banyak cara UMNO / BN / SPR nak menang PRU secara tipu

Sejak dari zaman Perikatan lagi UMNO telah memenangi cara tipu, ugut, rasuah dan salahguna-kuasa.

Takkan tak sedar dizaman itu bila tiba-tiba di kampong-kampong yang kuat pembangkang, kad-kad pengenalan diambil untuk kononnya memperoseskan permohonan tanah atau untuk mendapatkan bantuan subsidi. Tanpa kad pengenalan sudah tentu tidak dapat mengundi.

Takkan tak sedar bahawa UMNO/BN kata undi itu tidak rahsia, dan sesiapa yang undi Pembangkang, anak-anak mereka takkan dapat biasiswa, mereka takkan dapat bantuan dan subsidi.

Takkan tak ingat bahawa UMNO/BN akan berikan kain batik, kain pelaikat, dan duit tunai untuk undi UMNO/BN, takkan tak ingat mereka kata bahawa kalau tak undi UMNO/BN, permohonan tanah tak akan diluluskan.

Kalau undi Pembangkang nanti kena tangkap, Pembangkang itu komunis, kalau undi mereka bererti kita mahukan komunis memerintah Malaysia.

Perkara kecil-kecil begini cukup menakutkan orang kampong; dan sehingga kini, ugut seperti akan dipecat sebagai peneroka Felda masih lagi berkesan dan masih lagi digunakan oleh ketua-ketua UMNO dan pengurus-pengurus rancangan (yang tidak faham apakah tugas mereka sebagai pengurus rancangan).

Alhamdulillah, orang bandar berkedudukan jauh lebih cerdik dari orang UMNO, nanti orang UMNO hanya ditertawakan sahaja kalau cuba gunakan ugutan sebegitu.

Malangnya orang Melayu bandar ramai yang tak berdaftar sebagai pengundi. Mereka mahukan perubahan tetapi ramai yang tak berdaftar sebagai pengundi.

Begitu juga dikalangan anak-anak muda. Mereka tak mahu campur tentang politik, mereka tidak berdaftar sebagai pengundi.

Anak-anak muda ini mahukan perubahan, tetapi mereka tidak berdaftar sebagai pengundi, maka terlepaslah peluang bagi mereka untuk menjadi agen perubahan walaupun semasa pilihanraya mereka bekerja bersungguh-sungguh menyokong pembangkang, tetapi mereka tidak berdaftar sebagai pengundi.

Penipuan zaman sekarang lagi sofistikated. Berlaku penipuan daftar pengundi sehingga "Balai Polis" pun ada nombor kad pengenalan dan boleh membuang undi. Apa dah jadi Malaysia ni.

Ada warga asing yang baru datang ke Negara ini sudah boleh memiliki kad pengenalan, dan dengan ada kad pengenalan boleh pula menjadi pengundi. Malaysia ini menjadi model dan contoh terbaik kepada Negara-Negara ala-diktatur yang nak tonjol diri sebagai demokrasi.

Peralihan tempat dan daerah mengundi. Tiba-tiba seorang pengundi yang dikenali pembangkang mendapati namanya sudah tiada dari daftar pemilih, rupa-rupanya sudah dipindahkan ke Sabah dari Kuala Krau.

Dah tentu dia tidak boleh mengundi, takkan nak naik kapal terbang, kena bergopoh cari tiket penerbangan, dan naik pesawat untuk mengundi di Sabah, tak munasabah!

Di PRU Kecil Hulu Selangor dulu, tiba-tiba pengundi-pengundi yang lazimnya mengundi di Batang Kalai tiba-tiba mendapati undi mereka sudah dipindahkan ke Selayang, nyaya betul!

Ada penambahan undi yang tidak munasabah. Rumah emak YB Azmin di Gombak tiba-tiba dipenuhi oleh pengundi-pengundi baru, bukan semua orang Melayu, tetapi ada Cina dan India; entah bila pulak Si Azmin ini ada adik beradik Cina dan India memiliki alamat yang sama di rumah emak beliau!

Di Selangor ada penambahan undi yang melampau-lampau dan sesetengahnya tidak ada alamat, ibarat kata Suhaimi Bin Said dengan nombor kad pengenalan tetapi hanya diberikan Tingkat 12 Gombak. Hantu apa yang duduk di tingkat 12 sedangkan bangunan tinggi pun tidak ada disana.

Inilah jenis dan cara-caranya UMNO/BN mahu menang dengan apa cara sekali pun, prinsip-prinsip demokrasi sudah ditolak tepi.

Ada penipuan sebelum mengundi, semasa mengundi dan selepas mengundi. UMNO/BN hanya mau menang tanpa mengira samada caranya bertentangan dengan demokrasi atau tidak; maka menangnya UMNO/BN didalam Pilihanraya tak jauh beza dengan apa yang dimenangi oleh Mubarak di Mesir dan Al-Assad di Syria.

Maka di Malaysia ini, peti undi bukanlah sebenarnya mencerminkan demokrasi yang lohor!

Suhaimi Said

Mahathir teriak gambaq ayah dia tak dak... kahkahkah...

Posted: 18 Dec 2011 08:00 PM PST

Fobia Tun Mahathir

Assalamualaikum
Antara maklumat terbaru yang disampaikan oleh DSAI, Tun Mahathir adalah salah seorang yang mahukan beliau dipenjarakan semula sementara ketakutan terbaru yang diserlahkan oleh Tun Mahathir ialah laungan kesanggupan beliau untuk bersumpah di mana mana masjid dunia untuk membuktikan beliau tidak pernah menulis surat memohon bantuan bank dunia seperti didakwa oleh DSAI.

Nampaknya sumpah sudah menjadi mainan untuk melepaskan diri dari segala dakwaan dan tuduhan bagi penganut UMNO sedangkan ALLAH sudah memperingatkan agar jangan bermain main dengan sumpah.Sumpah juga menjadi hujah bagi penganut UMNO bahawa mereka adalah penganut Islam yang taat patuh sedangkan hudud mereka tolak serta hiburan yang melalaikan dan penuh unsur maksiat digalakkan di seluruh negara.Boleh percaya ke tidak orang orang macam ni?

Dalam kes video Ligam, Tun Mahathir tidak pula mahu bersumpah walaupun panel hakim telah memutuskan ada kes terhadap beliau bersama sama geng 6 jahanamnya, mungkin kerana kerajaan masih bermurah hati kepadanya dengan mengabaikan saranan panel hakim dan kes terhadap Tun Mahathir ditutup semudah a,b,c.Namun ada ketakutan Tun Mahathir kepada kemungkinan tewasnya BN dan menangnya PR pada PRU akan datang.Ketakutan yang paling jelas ialah kemungkinan kes Ligam dibuka semula yang menyebabkan beliau akan didakwa dan didapati bersalah serta akan masuk penjara kerana itu.

Masuk penjara adalah perkara yang paling tidak disenangi Tun walaupun beliau semasa berkuasa begitu bersahaja menyumbat siapa sahaja ke penjara.LGE merasanya, ramai pemimpin pembangkang merasakannya dan sudah tentu orang yang paling merasakan kesengsaraan di penjara ialah DSAI.Semuanya kerja Tun Mahathir tetapi disaat beliau sudah mula merasa pembalasannya, beliau mula takut dan orang yang paling beliau takut ialah DSAI sehingga DSAI menjadi fobia kepada Tun.

Tun satu ketika pernah cuba mengaku kerakusannya itu dan pengakuan itu dirakamkan di you tube mungkin untuk menarik perhatian DSAI untuk memaafkan beliau.Tun mengaku DSAI dipenjara kerana kuasa bukan kerana kesalahan yang dilakukan dan semua orang bolih mendengar pengakuan Tun ini di you tube.Tetapi tiba tiba Tun mengubah pengakuannya bila menulis diblognya bahawa beliau tetap percaya DSAI meliwat Azizan dan Saiful.Dengan hujah dan fakta yang begitu sumbang dan mengenepikan penemuan dalam video Ligam, Tun terus membuat tuduhan bahawa DSAI seorang peliwat.Sedangkan keputusan siasatan video Ligam sudah bersetuju bahawa Tun sepatutnya didakwa di mahkamah.

Tetapi kerana fobianya terhadap DSAI, Tun sanggup berbuat apa sahaja sehingga sanggup mengatakan bercakap bohong itu tidak baik tanpa menghiraukan puluhan kali pembohongan yang beliau lakukan malah ada pembohongan yang menghina dan menyeksa orang lain seperti yang dialami oleh LGE dan DSAI.

Satu ketika dulu ketika masih berkuasa, ada pendapat yang mengatakan kalau Tun dihadapkan ke mesin pengesan bohong (lupalah panggilannya), pasti mesin tersebut tidak dapat mengesan pembohongan Tun kerana sikapnya yang bersahaja ketika berbohong, malah LGE sendiri menamakan Tun sebagai kaki kelentong nombor satu negara.Hari ini baru Tun sedar bahawa cakap bohong itu tidak baik walaupun ugama sudah melarangnya sejak 1,400 tahun yang lalu sehingga ditegaskan dalam alquran dan hadis bahawa itu salah satu sifat munafiq yang dilaknat ALLAH.

Tun mendakwa DSAI berbohong ketika menuduh beliau memohon bantuan dari bank dunia dan untuk membuktikan bahawa beliau tidak pernah menulis surat memohon batuan itu , Tun sanggup bersumpah, bersumpah dalam erti kembali kepada agama yang dibawa oleh Rasullallah yang pernah Tun hina dulu dengan pisau bladenya. Tetapi kembalinya Tun kepada agama pada masa dan cara yang salah malah cara yang lebih menghina agama.Sumpah bukan kemudahan untuk melepaskan diri dari tuduhan atau membuktikan kebenaran, sumpah tidak boleh dipermain mainkan apatah lagi sumpah laknat yang menurut panduan agama hanya boleh dilakukan menerusi keputusan mahkamah dan selepas sumpah tidak ada apa apa hukuman dijatuhkan.Ini bermakna sumpah laknat hanya boleh dipraktiknya dibawah undang undang Islam sepenuhnya bukan dalam sistem kita hari ini yang membicarakan kes di mahkamah buatan manusia dan sesudah sumpah, kes dibicarakan dan hukuman dijatuhkan.Penyimpangan yang menurut penganut UMNO merupakan kepatuhan kepada Islam.

Kini, Tun juga terikut ikut dengan gaya sumpah sebagai cara melepaskan diri sedangkan Tun sendiri meminta DSAI menunjukkan bukti beliau menulis kepada bank dunia jadi kalau bukti itu diminta dan DSAI tidak dapat menunjukkannya, buat apa lagi Tun nak bersumpah kalau tidak kerana beliau fobia dengan DSAI?dan kalau surat itu ada dan didedahkan oleh DSAI, apa guna sumpah yang dilakukan Tun?

Sah , bercelaru fikiran Tun yang sedang dihambat usia.Tun pernah berkata selepas bersara beliau mahu menumpukan perhatian kepada peningkatan ibadat tetapi selepas lebih 6 atau 7 tahun bersara, Tun masih dikejar mimpi ngeri penangan DSAI dan tidak mampu beribadat seperti dikehendakinya.Tun sudah beberapa kali diuji ALLAH dengan kesakitan yang teruk sehingga anaknya Marina pernah menjalankan upacara mutli religion berdoa untuk ayahnya.Tetapi Tun tak mati mati juga, mungkinkah kerana doa arwah Ust Fadhil agar ALLAH lanjutkan usia Tun untuk melihat satu demi satu kerosakan yang dilakukannya?

Nampak gayanya Tun tidak akan mengaku akan kesalahannya tetapi masih mahu dikenang sebagai manusia yang paling berjasa kepada Malaysia tetapi hakikatnya ALLAH jua lah yang menentukan samaada seseorang itu dimulaikan atau dihina tak kira dengan sumpah atau tidak.Tetapi sekiranya sumpah itu hanya menafikan kebenaran kepada dakwaan, maka semua orang tahu apa akan jadi, kalau tidak masa hidup pasti selepas mati.Fobia kepada manusia tidak sesekali membantu persedian untuk menghadapi mati, wahai Tun Mahathir!

Alamak, gambaq katak ni lagi hodoh... haha...

Posted: 18 Dec 2011 06:00 PM PST

Alkisah katak dan katak politik


Istilah "katak" sering kali merujuk kepada seekor haiwan amfibia yang berdarah sejuk, yang mempunyai daya lompatan yang kuat.

Toleh sahaja kepada wajah katak mungkin boleh menyebabkan seseorang itu hilang selera untuk makan mahupun menjadikan mereka fobia untuk menyentuh atau melihat ke arah haiwan berkenaan.

Sudah tentu katak tidaklah begitu menggerunkan dan berbisa jika dibandingkan dengan ular namun katak mempunyai peranannya tersendiri.

Bercakap mengenai katak, mengingatkan penulis dengan katak tetapi katak yang dimaksudkan di sini ialah katak-katak politik dan bukannya katak sembarangan.

Bunyinya mungkin agak pelik sedikit dan sinis. Ada yang bertanya mana mungkin katak boleh berkecimpung dalam arena politik. Tambahan pula, katak tidak berparti, katak juga tidak mengerti untuk berkempen dan katak hanya tahu melompat dari satu tempat ke tempat yang lain.

Memang benar katak tidak berkecimpung dalam politik tetapi sekurang-kurangnya katak mempunyai integritinya tersendiri. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa tugasnya adalah untuk mencari makanan bagi memastikan kelangsungan hidupnya.

Berbanding pula dengan perwatakan katak-katak politik, mereka ini lebih bersifat talam dua muka, oportunis dan boleh berpaling tadah bila mana keadaan semasa tidak memihak kepadanya. Jelas, katak-katak politik sedemikian semakin ketara dalam persada politik negara mutakhir ini.

Bagi katak-katak politik sebegini, melompat parti merupakan satu amalan biasa dan tidak salah selagi ia sesuai dengan kepentingan semasanya. Lagipun, apakah yang lebih penting daripada memastikan kelangsungannya terjamin?

Pokok pangkalnya, usah bercakap mengenai prinsip dengan pemimpin-pemimpin terbabit. Di mata mereka, soal memperjuangkan prinsip hanyalah satu pentas untuk meraih sokongan pengundi pada musim pilihan raya sahaja. Apa yang dicakapnya mungkin berlawanan dengan apa yang dijanjikan sebelumnya. Dan rakyat dari satu sudut pula terpaksa menelan kepalsuan tahun demi tahun hingga kesabarannya mulai terhakis.

Apabila beberapa pemimpin pembangkang yang mengumumkan keluar parti daripada Pakatan Rakyat baru-baru ini atas alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Lagipun, ke mana mereka boleh pergi selepas melompat parti? Membuka perniagaan sendiri? Ataupun bersara terus?

Lebih menetapi ramalan dalam skrip ini ialah mereka akan seterusnya berkata, mereka tidak mahu rakyat menjadi mangsa. Kepada pemimpin-pemimpin politik ini, mohon janganlah menggunakan rakyat sebagai justifikasi untuk menghalalkan amalan tidak beretika itu.

Apa yang cuba dilakukan oleh katak-katak politik dengan melompat parti membuktikan undi rakyat tidak penting untuk mereka. Ia secara terang-terangan menunjukkan mandat rakyat telah diperlekehkan ke tahap yang begitu rendah.

Apakah pemimpin-pemimpin sedemikian tidak tahu malu dengan perbuatan tidak beretika itu? Wah, bukan main senang nak umum keluar parti lepas itu umumkan nak sertai parti politik yang lain. Apakah mereka ingat bahawa melompat parti semudah menyalin baju baru?

Mereka harus belajar menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat. Undi yang diberikan itu bukanlah kertas kosong semata-mata. Setiap undi yang dipangkah itu yang akan menentukan jatuh bangunnya sesebuah parti politik mahupun pemimpin mereka.

Sokongan yang mereka berikan bermakna mereka percayakan pemimpin yang dipilih itu. Tetapi dengan melompat parti, katak-katak politik itu bukan sahaja telah mengkhianati mandat rakyat bahkan juga memberi gambaran yang cukup buruk terhadap imej pemimpin-pemimpin politik kononnya semua pemimpin politik mempunyai mentaliti sebegitu. Jangan pula selepas ini katak-katak politik melenting kerana rakyat mempunyai pandangan negatif terhadap mereka kerana sentimen negatif itu wujud kerana angkara mereka sendiri.

Sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin begini ditolak keluar dari persada politik negara kerana ia mengaibkan imej pemimpin-pemimpin politik lain yang komited berkhidmat untuk rakyat. Justeru, janganlah disebabkan setitik nila, rosak susu sebelanga. Masih ada pemimpin-pemimpin politik di luar sana yang baik, jujur dan ikhlas untuk berkhidmat walaupun tidak sebanyak mana.

Sesungguhnya, rakyat lebih rela menerima seorang katak yang bermaruah daripada katak yang hanya pandai mengambil kesempatan, menabur janji-janji kosong dan mengaibkan profesion yang diceburinya sendiri.

Katak oh katak!

* Segala pandangan yang diberikan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.

Antara Anwar dok luaq ngan Anwar dok dalam...

Posted: 18 Dec 2011 04:00 PM PST


Benarkah Anwar Boleh Dikorbankan?

DALAM apa yang penulis anggap sebagai cubaan untuk menyediakan dan mengekalkan semangat penyokong Pakatan Rakyat dalam berhadapan kemungkinan Datuk Seri Anwar dipenjarakan semula atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari, beberapa blog dan portal berita yang diketahui pro Pakatan Rakyat telah memberikan gambaran bahawa Anwar adalah seperti mana pemimpin biasa yang boleh dikorbankan tapi tidak kepada parti yang dipimpinnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Penulis ingin bertanya semula, benarkah begitu ceritanya?

Mungkin bagi parti-parti politik lain seumpamanya di Malaysia, ungkapan sedemikian adalah terpakai, tapi tidak sama halnya dengan PKR, malah penulis menganggap orang yang bersangkaan sedemikian tidak faham dengan landskap politik yang membentuk PKR dari awal penubuhannya sehingga hari ini.

PKR dan Anwar Ibrahim adalah satu. PKR ditubuhkan semata-mata untuk menyediakan platform politik dalam memastikan keadilan yang sewajarnya ditegakkan ke atas Anwar Ibrahim berhubung kes perbicaraan liwatnya yang pertama pada 1998. Keperluan itu wujud kerana pada waktu itu, PAS dan DAP masih terikat dengan prinsip asas perjuangan masing-masing dan tidak ada ruang yang cukup untuk memastikan keadilan ke atas Anwar dapat ditegakkan.

Jika Anwar 'ke dalam' kali ini, PKR mungkin boleh bertahan tapi penulis risau kalau Pakatan Rakyat akan tinggal nama sahaja. Penulis berkata demikian kerana, selain menjadi pengasas bersama Pakatan Rakyat, Anwar juga adalah satu-satunya pemimpin yang berjaya mengelakkan beberapa isu besar seperti hudud dan PPSMI, memusnahkan Pakatan Rakyat dari dalam lantaran perbezaan pendapat yang ketara antara PAS dan DAP.

Dalam keadaan Pakatan Rakyat ingin menguasai Putrajaya atau paling tidak mengekalkan kuasa di 4 buah negeri yang dikuasai sekarang, kehadiran Anwar adalah sangat penting. Walaupun Anwar telah berikrar akan terus menguatkan Pakatan Rakyat walaupun ditahan dipenjara, keadaan itu masih tidak sama jika beliau berada diluar.

Bila bercakap tentang Anwar, kita tidak boleh menolak faktor 'sentuhan peribadi' yang menjadi kekuatannya. Setiap kali Pakatan Rakyat menghadapi pergolakan dalaman, Anwar akan ada disitu untuk menjernihkan keadaan, peranan Anwar ini sangat penting dalam memastikan keutuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah komponen politik alternatif kepada Barisan Nasional (BN).

Penulis tidak dapat melihat bagaimana Anwar boleh memainkan peranan tersebut disebalik tembok penjara.

Tambahan pula bila tidak ada pemimpin lain yang mempunyai karisma dan aura yang sama seperti Anwar di dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Nurul Izzah mungkin calon yang sesuai tapi penulis melihat perjalanan beliau masih panjang lagi untuk menjadi seperti bapanya.

Melihat kepada kemungkinan-kemungkinan itu, ada sebab kenapa laman ini begitu kritikal terhadap Ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh yang dilihat gagal memastikan Anwar mendapat pembelaan yang sepatutnya. Dari kenyataan-kenyataan yang diberikan Anwar sebaik perbicaraan ditangguhkan pada 15hb Disember, jelas kelihatan beliau tidak yakin dengan keupayaan pasukan pembelaannya dan dapat merasakan beliau akan kembali semula ke penjara.

Selain dari kejayaan menangguhkan kes untuk satu tempoh yang panjang, Karpal gagal sama sekali menyanggah fakta-fakta saintifik yang dikemukakan pihak pendakwa selain pemilihan saksi yang tidak relevan dengan kes. Tambah mengejutkan Karpal juga menafikan kewujudan teori konpsirasi dalam menyokong permohonan pasukan pembelaan untuk mensapina Perdana Menteri dan isteri bagi memberi keterangan di mahkamah.

Sama ada sedar atau tidak, Karpal telah merosakkan kes Anwar sehingga beliau berhadapan kemungkinan untuk dipenjarakan sekali lagi.

Penulis tidak nampak ada sebab lain disebalik pelbagai kesilapan yang dilakukan Karpal Singh dalam membela Anwar melainkan alasan kepentingan politik DAP. Mungkin DAP mengintai peluang untuk mengambil alih peranan PKR sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat tapi kerana Anwar masih disitu, tugas itu agak sukar malah mustahil dilakukan.

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai DAP kebelakangan ini dan keyakinan telah menguasai sepenuhnya kawasan-kawasan bandar seperti dilihat dalam Piilihanraya Negeri Sarawak yang lepas menjadikan DAP bongkak dan tidak lagi melihat kepentingan Anwar.

Tapi harapnya Karpal jangan lupa, segala kejayaan DAP terutama selepas Pilihanraya Umum 2008 adalah disumbangkan oleh Anwar. Jika bukan kerana kejayaan Anwar mengubah persepsi orang Melayu terhadap DAP, jangan harap DAP boleh berada dikedudukkan sekarang. Ketiadaan Anwar hanya akan menjejaskan DAP terutama di Pulau Pinang dimana DAP menguasai kerajaannya.

Kesimpulannya, adalah penting untuk Anwar kekal berada di luar membantu kempen Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang. Jika Karpal gagal atau sengaja untuk menggagalkan kes Anwar, kita masih ada Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang siap sedia mempertahankan Anwar sehingga ke akhirnya melalui gerakan 901 yang telah dimulakan.

Yang penting, jangan berputus asa dan berhenti dari mengharap.

Terbaeekkklah...

Posted: 18 Dec 2011 02:30 PM PST

Tiada ulasan: