Isnin, 19 Disember 2011

Addin

Addin


Kim Jong -Il Meninggal Dunia Dalam Kereta Api

Posted: 19 Dec 2011 10:12 AM PST

SEOUL - Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Il meninggal dunia pada Sabtu, 17 Disember dalam sebuah perjalanan dalam kereta api, lapor Reuters.  Seorang pengacara televisyen Korea Utara yang berbaju hitam mengumumkan kematian itu dengan berlinangan air mata, hari ini. Diumumkan bahawa pemimpin berusia 69 tahun itu meninggal kerana keletihan fizikal dan mental setelah bekerja terlalu keras. 

Kim mengalami serangan stroke pada tahun 2008, tetapi dalam beberapa bulan terakhir ini dia tampil dalam keadaan sihat. Negara komunis itu sudah memulai peralihan kuasa pada putranya, Kim Jong-un, yang masih cukup muda.

Terjemahan dari Kompas 

Zambry Kadir Bakal Jadi Nelayan Di Pangkor.. Ini Buktinya

Posted: 19 Dec 2011 07:50 AM PST

Sah!! PRU 13 BN bakal bungkus di Perak, itulah kenyataan yang paling sesuai. Buktinya, kajian yang di buat oleh UM menunjukkan senario tersebut bakal berlaku pada PRU 13. Lepas ni Zambry Kadir boleh jadi ketua pembangkang yang efisien, itu pun kalau rakyat Pangkor masih pilih lagi ler.. Kalau tidak pun jadi nelayan di Pangkor. Kalau nasib baik jadi tauke kilang fish ball atau fish cake.. kah..kah.. Tapi yang pasti selepas Pakatan Rakyat memerintah insiden tutup mikrofon tidak akan berlaku..

Kajian : Majoriti Tolak Video Seks Anwar

Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti respondan mereka tidak percaya kepada video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.54 peratus respondan pula berkata, PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.Kajian itu juga mendapati, tahap kepercayaan yang rendah terhadap media arus perdana dalam membuat laporan tentang politik.Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan mereka pada 23 – 30 Oktober 2011 di Perak.

Ia melibatkan responden seramai 1304 orang dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik berstruktur. Demikian kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu kenyataannya hari ini.

Kajian itu mendapati, hanya 18 peratus percaya kepada video seks itu, 46 peratus tidak percaya manakala 36 peratus lagi tidak pasti. Selain keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13 nanti. Persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN pula berada pada tahap yang tidak membanggakan.

45 peratus dari respondan tidak menyokong kenyataan BN telah menunjukkan prestasi yang baik di Perak, hanya 38 peratus bersetuju dan 17 peratus tidak pasti. PAS pula dilihat mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.

54 peratus dari mereka bersetuju dengannya, manakala hanya 19 peratus kata PAS tidak mampu sementara 27 peratus tidak pasti. Mereka juga mendapati pendekatan program 1Malaysia masih belum mampu untuk meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak.

Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu. ~hrkh


Gempar!! Taib Mahmud Lari Dari Sidang Media

Posted: 19 Dec 2011 05:48 AM PST

Inilah buat kali pertamanya dalam 30 tahun pemerintahannya Abdul Taib Mahmud telah membatalkan sidang media yang telah dijadualkan, yang biasa diadakan di Wisma Bapa Malaysia seminggu selepas mesyuarat Kabinet. Malah para pemberita telah dilarang memasuki bangunan itu, dilayan seperti orang-orang yang tidak dikehendaki. Perkara ini nampaknya remeh, tetapi ianya dilihat sebagai suatu petanda ketara yang kurang sihat, selari dengan perkembangan politik semasa.

Apakah agaknya membuatkan Taib berubah perangai? Apakah tekanan yang dialaminya dan juga rakan-rakan menterinya sehingga mereka mengelak diri dari bertemu para media yang selama ini telah mempromosikan mereka?

Kita boleh membuat kesimpulan, bahawa himpunan bahan bukti telah semakin meninggi, bahawa Taib kini telah secara tiba-tiba sedar bahawa beliau sudah menemui jalan buntu untuk mengelak dari menghadapi soalan-soalan mengenai kesalahan rasuah dan perolehan kekayaan beliau sekeluarga yang luar biasa yang dimilikinya di Sarawak mahupun di luar negara.

Dengan isu kini yang semakin menjadi tajuk-tajuk utama media di seluruh Malaysia dan berkembang ke luar negara, para pemberita tempatan pula mendapati sukar untuk mengelakkan diri dari bertanyakan soalan-soalan mengenainya. Dan, dengan membatalkan sidang media, maka jelaslah Taib kini sudah kekeringan idea untuk menghadapi soalan-soalan dari pihak media.

Ianya kelihatan seperti kelemahan yang serius di tengah-tengah rejim Taib yang kini semakin takut berhadapan dengan pihak media. Perlu kita ingat bahawa Taib pernah merasa tercabar semasa bermesyuarat di Dewan Undangan tidak berapa lama dahulu.

Mungkin beliau telah berjaya menipu semasa pilihanraya yang lalu untuk mendapatkan majority undi 2/3, tetapi setelah menggunakan rasuah dan memanipilasi para penggundinya, namun 45% pengundi adalah penentangnya dan kini sudah wujud pakatan YB pembangkang, yang dengan berani mencabarnya berbanding masa-masa dahulu.

Maka, bagaimana caranya beliau mengelakkan dari berhadapan dengan soalan-soalan para pembangkangnya mengenai isu-isu rasuah dan kronisme? Bagaimana caranya beliau mengatasi aduan mereka berhubung isu-isu tanah-tanah dan kontrak-kontrak yang diserahkannya kepada anak-anak dan saudara-saudaranya, dengan membelakangkan sistem tender terbuka untuk kebaikan umum di Sarawak?

Nampaknya semasa persidangan DUN beliau telah memadamkan mikrofon para pembangkang, memadamkan soalan-soalan mereka dari rekod hansard kerajaan dan menendang keluar ahli-ahli pembangkang keluar dewan!

Inilah cara beliau mengelak dari ditanya soalan-soalan yang sukar dijawab, maka beliau telah bertindak seoalah-olah tidak pernah ditanya. Demikian juga yang dialami oleh pihak media kini, yang dijangka akan mengemukakan set-set soalan, beliau telah mengarahkan semua pintu masuk ke tempat sidang media itu dikunchi!

Soalan-soalan yang dijangka akan menghantui Taib

Maka, apakah jenis soalan yang enak ditanya pada Taib jika beliau sudi membenarkan pihak media masuk untuk sidang media itu? Di sini kami mencadangkan lima soalan terbaik buatnya:

"YAB Ketua Menteri, bagaimanakah YAB akan menjelaskan kekayaan YAB sekeluarga bernilai US$1.5 billion yang telah diperolehi menerusi hanya 14 dari 400 buah syarikat YAB?"

"YAB Ketua Menteri, YAB pernah mengakui bahawa YAB sekeluarga 'tidak menjalankan sebarang bentuk perniagaan di Sarawak untuk mengelakkan tuduhan umum yang YAB menggunakan pengaruh untuk memperkayakan diri sendiri'. Maka, bagai manakah caranya YAB menjelaskan mengenai lebih 300 buah syarikat tempat YAB sekeluarga melabur itu?"

"YAB Ketua Menteri, arwah isteri YAB merupakan bekas pemegang terbesar saham-saham dalam syarikat gergasi di Sarawak, CMS. Namun beliau telah meninggal dunia dua tahun yang lalu. Beliau pernah menerima saham-saham itu dari saudara YAB, Onn Mahmud, maka siapa pula mewarisi ke semua saham arwah itu?"

"YAB Ketua Menteri, mengapakah YAB masih lagi menyerahkan semua tanah negeri dan kontrak negeri yang bernilai tinggi kepada ahli-ahli keluarga YAB menerusi urusan-urusan berahsia, tanpa menggunakan sistem tender terbuka?"

"YAB Ketua Menteri, seseorang yang memegang dua kerakyatan adalah salah di sisi undang-undang, adakah anak perempuan YAB, Jamilah masih seorang rakyat Malaysia (memandangkan beliau adalah pemegang saham-saham dalam 87 buah syarikat di negeri Sarawak) atau adakah beliau telah menjadi rakyat Kanada sebagaimana diakui oleh sumai beliau sendiri, Sean Murray?"

Terdapat banyak lagi soalan yang boleh ditanya oleh para media terhadap Ketua Menteri, dan kami mencadangkan para penyumbang soalan akan menuliskannya pada ruangan komen kami di sini. Soalan-soalan seperti di atas boleh juga ditanya oleh pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan pasukan penyiasat dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malah, rakan-rakan politik Taib dan juga Perdana Menteri Malaysia sendiri.

Tugas berat untuk pihak media

Kini Taib sudah tidak berminat lagi bersidang dengan pihak media, maka ianya akan menjadi suatu cabaran bagi mereka untuk mendapatkan isu-isu daripadanya. Sebelum ini akhbar-akhbar di negeri Sarawak telah bergantung penuh pada sumber berita mengenai pergerakan Taib dan rakan-rakan menterinya, tanpa persoalan dan kritikan.

Akhbar The Borneo Post adalah milik kroni pembalakannya Henry Lau dari syarikat KTS, dan separuh dari pegangan dalam akhbar The Sarawak Tribune pula adalah milik sepupunya Hamed Sepawi, dan disunting oleh anak perempuan sendiri, Hanifah Abdul Taib.

Namun, jika Ketua menteri itu tidak akan memberikan para media tempatan mengenai cerita atau berita pergerakannya dan juga mengenai teori-teori pembangunannya, apakah jenis berita yang harus mereka tulis?

Sekali lagi, kami akan berasa gembira jika para pembaca blog kami ini menuliskan cadangan-cadangan dalam ruangan komen di sini. Namun kami tetap akan mencadangkan para media di Sarawak untuk menziarahi rakyat Sarawak yang mendiami kawasan-kawasan yang jauh terpencil di pedalaman dengan melalui jalan dan denai yang mana alam sekitarnya telah musnah akibat pembalakan dan perladangan berleluasa dan tidak terkawal.

Pihak media juga harus mengambil kira kenapakah kebanyakan penduduk luar bandar dan pedalaman tidak lagi mendapat bekalan air yang bersih dan sumber makanan dari sungai. Pihak media juga harus mengambil kira cerita mengenai kes-kes rampasan tanah. Mereka boleh memaparkan berita mengenai kejadian-kejadian tanah runtuh. Mereka boleh juga meneliti kes-kes kemerosotan mutu kesihatan dan perubatan di kawasan-kawasan pedalaman dan bagaimana gejala rasuah telah mengganggu proses pembekalan perubatan yang sempurna.

Pihak media juga harus menceritakan mengenai kurangnya mutu persekolahan anak-anak pedalaman. Kenapakah jalan-jalan yang pernah berkali-kali dijanjikan tidak menjadi kenyataan? Pihak media juga boleh menulis mengenai ancaman samseng ke atas orang-orang tempatan yang mempertahankan tanah hak adat mereka, yang mana hutan-hutan negeri Sarawak pernah diagung-agungkan sebagai biodiversity – pokok-pokok hutan dan haiwan-haiwan liarnya.

Kami juga ingin menyarankan agar pihak media tempatan harus menulis mengenai kehidupan dan masalah yang melanda penduduk luar bandar dan pedalaman Sarawak, selain menuliskan berita-berita yang membosankan mengenai Abdul Taib Mahmud, seorang Ketua Menteri yang sudah usang dan takut pula meletakkan jawatannya kerana takut akan penggantinya menyelongkar rahsia-rahsia bagaimana beliau memperolehi kekayaan yang luar biasa! ~sarawakreport

Addin :

Berani kerana benar..takut kerana salah. Jikalau benar kenapa lari?


Transformasi Najib, Malaysia Ke 4 Tertinggi Rasuah

Posted: 19 Dec 2011 03:39 AM PST

Di bawah pentadbiran Najib di semua tinggi, kadar rasuah tinggi, jenayah tinggi, hutang tinggi dan macam-macam lagi yang akan tinggi selepas ini. Kalau Addin cakap, Najib adalah perdana menteri Malaysia yang paling gagal pasti ramai yang akan marah. Terutamanya pencacai UMNOporno dan sekutu-sekutunya. Jikalau hang baca artikel yang di keluarkan oleh Malaysia Cronicle ni,  aku dah malas nak ulas. Nak pergi keje pulak.. layan jer.

Malaysia Negara Ke-empat Paling Rasuah Di Dunia Tetapi Najib Tidak Bersuara

Untuk dekad pertama dalam abad ini, Malaysia telah kehilangan RM 1.08 trillion (US$338 billion) dalam pengaliran wang haram yakni, merupakan ke-empat tertinggi di antara negara-negara membangun. Untukjangka masa 2000-2009, Cina telah kehilangan US 2.74 trillion dalam pengaliran wang haram dan merupakan negara membangun yang menduduki tempat pertama aliran wang haram ini menurut laporan ranking negara yang diterbit. Mexico menduduki tempat ke-dua dengan US504 billion dan Russia US501 billion. Negara jiran kita yang terdekat adalah Filipina di tempat ke 13 yang kehilangan IS12 billion.

Pengaliran wang haram dapat dilihat sebagai penanda aras atau petunjuk kepada skala rasuah. Ini bermaksud Malaysia mempunyai sekumpulan pemimpin yang paling rasuah di rantau Asia Tenggara dan juga yang ke-empat paling rasuah di dunia dengan meletakkan sejumlah besar wang untuk dikerjakan di luar negara.

Laporan Global Financial Integrity (GFI) melaporkan pada Januari, sejumlah RM930 billion telah mengalir keluar Malaysia dari 2000 hingga 2008. Ini bertambah kepada RM 218 billion setahun daripada RM 71 billion pada masa itu. Malaysia kehilangan RM150 billion kepada pengaliran wang haram pada 2009. Laporan itu mengulas bahawa "pertambahan itu lihat di beberapa negara Asian." Ia juga menambah "Dengan bertambahnya pengaliran kapital haram dari Malaysia, ia telah mengecilkan jumlah pengaliran capital yang bersih ke negara sejak beberapa tahun ini."

Rasuah, kecurian dan pemberian faedah

Loceng amaran dibunyikan seawal Januari 2011 oleh pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim yang mempersoalkan sifat pemaaf kerajaan terhadap masalah pengaliran wang haram melalui rasuah dan pengecualian cukai. Menurut laporan tersebut, rasuah, pencurian dan pemberian faedah adalah antara penyumbang kepada pengaliran wang haram ini dan ia dominan di negara timur tengah, utara Afrika dan negara membangun di Eropah.

Pemalsuan inbois import/eksport yang dikenali sebagai salah nilai pula menyumbang kepada separuh daripada jumlah pengaliran wang haram terutamanya di Asia dan barat.

Untuk menangani masalah ini, Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz telah membentangkan Akta Wang Perkhidmatan Perniagaan pada Mac lepas, dan berkuatkuasa Disember lepas. Akta ini menyokong pembangunan yang lebih dinamik, kompetitif dan professional bagi industri perkhidmatan perniagaan, dengan mengukuhkan kawalan terhadap pengubahan wang haram, pembiayaan kekejaman dan aktiviti haram menurut bank negara.

Tindakan separuh jalan

Penguatkuasaan akta itu nampaknya sudah terlambat kerana ia Cuma tindakbalas spontan terhadap masalah yang sudah wujud sejak sedekad lepas. Selepas sedekad, Malaysia sudahpun kehilangan RM 1.08 trillion hasil perbuatan BN. Inilah kerajaan yang telah membazirkan wang sejak sekian lama dan sudah sampai masanya untuk terjadi sebuah letupan ekonomi yang menghuru-hurakan negara.

Dengan kadar inflasi pada 3.4% pada September dan adalah yang tertinggi sejak 27 bulan, dan 3.5 % pada Jun, inflasi makanan kekal sebagai kebimbangan utama; meningkat kepada 5% dari tahun ke tahun sejak September dan dari 4.6% pada Ogos. Rakyat Malaysia akan menepuh masa-masa yang sukar dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Dan apakah reaksi daripada Menteri Kewangan mengenai semua ini? Tiada.

Tiada satu pun usaha cerita indah daripada Najib

Sebaliknya, kita telah disajikan dengan begitu banyak pengumuman untuk menjadikan Malaysia sebuah negara pendapatan tinggi dan semakin banyak projek mahal yang menemui kegagalan seperti NFC. Dengan secara tiba-tiba mahu meningkatkan gaji penjawat awam adalah suatu usaha untuk mendapatkan lebih banyak cukai dan pada masa yang sama mendapatkan sokongan penjawat awam untuk PRU 13. Segala usaha-usaha ini adalah semata untuk memastikan kemenangan pada pilihanraya kelak sementara keadaan negara semakin berkecamuk.

Hakikat bahawa pengaliran wang haran dari Malaysia dari tahun ke tahun telah meningkat daripada RM71 billion kepada RM218 billion setahun telah memberi indikasi bahawa langkah-langkah yang kurang berkesan telah diambil oleh Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara untuk menangani masalah tersebut. Pendek kata, usaha mereka gagal. PM Najib Razak yang juga menteri kewangan tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang membanggakan sepanjang perkhidmatan beliau walaupun sudah mentadbir sejak April 2009.

Kementerian Kewangan yang sunyi sepi telah mengundang persoalan –Adakah Najib orang yang patut dipersalahkan dalam kegawatan ekonomi negara? Adakah ia suatu keutamaan bagi menteri kewangan? Adakah BN bekerja keras untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara?

Isu-isu ini telah benar-benar memberi bayangan bahawa kita mungkin akan kecundang seperti Greece dan ramalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala bahawa kita akan bankrap pada tahun 2019 disebabkan negara tidak mampu membayar hutangnya yang semakin bertambah. ~malaysia chronicle



Skim SBPA : Bukti UMNO BN Secara Halus Mahu Kurangkan Penjawat Awam

Posted: 19 Dec 2011 03:14 AM PST

Sejak 2 minggu lalu penjawat awam kecoh memperkatakan tentang skim SBPA. Sahabat-sahabat Addin yang rata-rata penjawat awam menyatakan ketidakpuasan hati mereka tentang penyampaian maklumat berkenaan SBPA. Ini kerana, pegawai JPA yang memberi taklimat berkenaan skim  SPBA kepada kakitangan awam telah memberi maklumat berbeza-berbeza mengenai skim tersebut. Banyak kekeliruan berlaku berkenaan skim SBPA. Cuba anda semua bayangkan, skim SBPA yang melibatkan masa depan penjawat awam hanya di beri tempoh 14 hari untuk ditandatangani.

Sedangkan penerangan yang lengkap belum lagi di beri.Ini belum bercerita lagi 29,000 penjawat awam yang di jumudkan jawatannya. Bukankah ini satu perangkap? Perangkap untuk mengurangkan jumlah penjawat awam secara halus tanpa kita sedari. Kepada semua penjawat awam, jangan tandatangani opsyen SBPA sehingga tunggu lampu hijaui daru CUEPACS.


CUEPACS minta tangguh SBPA


KUALA LUMPUR 18 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan berkuat kuasa 1 Januari depan. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mahu CUEPACS diberi hak untuk turut sama dalam perundingan mengenai pelaksanaan skim tersebut. "Kami sangat kecewa kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak langsung mengadakan rundingan dengan CUEPACS sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

"Tidak seperti sebelum ini, kami sentiasa diberi peluang untuk turut terlibat dalam rundingan sebelum sesuatu skim untuk kakitangan awam dilaksanakan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Bantahan SPBA di sini, hari ini.

Omar menegaskan kerajaan seharusnya memastikan setiap kakitangan perkhidmatan awam yang berjumlah 1.4 juta orang menerima maklumat tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA. "Ini kerana, pegawai JPA yang membuat taklimat mengenai SPBA kepada kakitangan awam memberi maklumat berbeza-berbeza mengenai skim tersebut. "Oleh itu, CUEPACS akan mengutarakan beberapa perkara mengenai SPBA yang dilihat mengelirukan kakitangan awam pada pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 22 Disember ini," katanya.

Jelas Omar, pada pertemuan itu nanti, CUEPACS juga akan membawa isu mengapa kesatuan itu tidak diberi peluang untuk turut sama dalam perundingan bersama-sama JPA sebelum skim itu dilaksanakan.

"Selain itu, tempoh opsyen yang singkat dan kenaikan gred gaji yang berbeza-beza akan dibincangkan pada pertemuan tersebut," katanya. Omar sekali lagi menasihatkan penjawat awam agar menunggu keputusan pihaknya pada perbincangan yang akan diadakan bersama Najib sebelum menerima SBPA.

Sumber : Utusan Meloya

Nasha Di Kecam Hebat.. Apa Faedahnya Kepada Parti?

Posted: 18 Dec 2011 10:06 PM PST

Addin melihat isu ini ada jalan penyelesaiannya, jangan besarakan isu perbezaan pandangan ini tambahan pula kita semakin dekat dengan PRU 13. Musuh kita sebenar akan mengambil kesempatan ke atas pertelingkahan ini. Sepatutnya pada masa ini kita rapatkan saf-saf kita bukannya bertelagah sesama sendiri, kerana akibatnya amat buruk kepada parti dan perjuangan Pakatan Rakyat secara amannya.  

Addin sebagai ahli PAS yang kerdil menyarankan agar kepada pihak-pihak yang bergeseran agar duduk di meja rundingan. Adalah lebih baik kita berunding daripada mengeluarkan kenyataan yang mendahului parti.

Kenyataan Nasharuddin Di Kecam Hebat

Dakwaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bahawa parti semakin lemah dan mengetepikan prinsip Islam demi kepentingan politik menerima kecaman hebat daripada rakan sekutunya.Beliau turut menyindir kenyataan segelintir pemimpin tertinggi PAS yang mengkritik ucapannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu.Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali mempersoalkan apa yang mendorong kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemimpin kedua parti itu.

"Beliau tidak pernah menyebut apa-apa mengenai kelemahan parti semasa (beliau) menjadi timbalas presiden. Sekarang baru hendak membuat dakwaan itu. Apakah maksud sebenarnya?" soal Mustafa. Naib Presiden Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak boleh menerima dakwaan Nasharudin itu.

Sebagai bekas timbalan presiden, beliau berkata, Nasharudin (gambar)perlu tahu bagaimana parti itu berfungsi dan tidak ada asas untuk mendakwa PAS semakin terpesong dari prinsip-prinsip berlandaskan hukum syarak (undang-undang Islam). "Saya tidak menerima pendapat itu. (Perbezaan) hanya menunjukkan pendekatan kami tentang bagaimana untuk berpegang pada dasar kita hari ini.

"Masa sudah berubah dan kita perlu bersikap progresif," kata Salahuddin. Beliau turut menafikan dakwaan Nasharudin bahawa terdapat unsur-unsur dalaman parti terutama melibatkan kepimpinan tertinggi yang menyebabkan masalah-masalah yang kini dihadapi oleh PAS.

Salahuddin menyifatkan ia sebagai "sesuatu yang tidak benar." Seorang lagi pemimpin terting yang tidak mahu mendedahkan namanya menuduh Nasharudin tidak mengamalkan seperti yang dipegangnya. Beliau mendakwa ia merupakan sesuatu yang ironik bagi Nasharudin, yang bercakap tentang mematuhi nilai-nilai Islam.

"Dia (Nasharudin) kini menggunakan kelas perniagaan, jika tidak pun kelas pertama. Dia tidak mengikut prinsip Islam yang mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan dan memerlukan pengorbanan. "Bagi beliau mengatakan PAS lemah, dan kita mesti mempersoalkan kenapa dia kalah (dalam pemilihan parti lepas). Ia kerana dia benar-benar tersasar daripada sokongan akar umbi dan perjuangan parti," kata pemimpin berkenaan.

Timbalan presiden parti Mohamad Sabu, yang mengalahkan Nasharudin bagi jawatan itu pada Jun berkata, kenyataan Nasharudin itu akan diperbincangkan dalam mesyuarat biro politik pada Rabu. Nasharuddin membidas kenyataan golongan tertentu dalam parti itu yang bersikap keterlaluan sehingga melemahkan prinsip dan tradisi PAS.

Menurut beliau, sikap sedemikian amat membimbangkan kerana sudah menular dalam pentadbiran PAS pusat. "Saya tidak kata pemimpin tidak boleh mengkritik. Kritikan amat dialu-alukan tetapi bukan sampai mengaibkan orang lain," katanya.

Nasharudin turut kecewa dengan sikap segelintir pemimpin parti itu yang mendahului Presiden apabila mengumumkan calon yang akan digugurkan pada Pilihan Raya Umum akan datang. "Malah Presiden parti (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) juga terkejut dengan pengumuman itu.

"Dalam PAS, Majlis Syura akan memilih calon berkelayakan manakala presiden akan memutuskan senarai akhir calon yang akan bertanding," katanya. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok dan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali didakwa antara calon yang akan digugurkan.

Kedua-dua pemimpin itu turut didakwa terperangkap dengan agenda UMNO untuk melemahkan PAS. Dalam temu bual bersama sebuah akhbar semalam, Nasharudin berkata, parti itu telah menyimpang dari perjuangan asal. Beliau dipetik sebagai berkata, masyarakat umum bukan saja menganggap parti itu tiada pendirian dalam beberapa perkara tetapi berbahaya. Nasharudin, 49, pada Ahad berjanji akan kekal bersama PAS dan terus memperjuangkan prinsip parti. ~hrkh

UMNO Pembunuh!! 'Mayat' Anwar Di Letakkan Di Pokok..

Posted: 18 Dec 2011 09:43 PM PST


Siapa punya angkara durjana ni? Addin bukan nak tuduh tapi prejudis..kih..kih.. tapi kalau perkara yang tak cukup akal ni biasanya UMNO ler..

Udah makin terdesak.. talian hayat pun dah habis. Keputusan mahkamah belum di keluarkan tapi UMNO terlebih dahulu membunuh Anwar. UMNO mendahului mahkamah... 'Mayat' Anwar ini di temui penganjur program ceramah dan makan malam Cabang Padang Serai PKR dekat tapak program tersebut. Tetamu khas program malam tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden N Surendran. Patutlah pun..

Addin :

Lepas ni 'mayat' siapa pulak yang di kapankan?

Tiada ulasan: