shalehudin |
- Berebut MIC kat karaoke... haha...
- Video yang ramai dok tunggu sesangat...
- Lingkup pulak la duit KWSP akuuu... bedebah betoi...
- Projek langgar Nik Aziz, ni hasil dia...
- Antara Anwar dok luaq ngan Anwar dok dalam...
- Kisah seekor mamak diligan hantu... kahkahkah...
- Hebat sungguh Rosmah nih...
- Berapa banyak amaran daaa... haha...
- Tak baik woo kata teloq dia kecut... kahkahkah...
- Berani mati betoi bebudak nih...
- Hang takut apa Ezam oiii... kahkahkah...
Berebut MIC kat karaoke... haha... Posted: 18 Dec 2011 10:30 AM PST |
Video yang ramai dok tunggu sesangat... Posted: 18 Dec 2011 09:00 AM PST |
Lingkup pulak la duit KWSP akuuu... bedebah betoi... Posted: 18 Dec 2011 07:50 AM PST Umno joli duit KWSP Oleh DATO' HUSAM MUSA SAYA tertarik dengan penjelasan mengenai pinjaman KWSP kepada Kerajaan Malaysia seperti kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr Awang Adek di Dewan Rakyat (The Star, m s 20 30 November 2011). RM79.4 bilion – adalah jumlah pinjaman KWSP kepada Kerajaan Persekutuan seperti disebut oleh Dr Awang. Adakah angka ini tidak mengambil kira pembelian kertas sekuriti dan bon Kerajaan Persekutuan oleh KWSP yang lain? Setakat pengetahuan saya, kedua-dua pinjaman dan kertas sekuriti jika dijumlahkan sekali, jumlah besar pendedahan KWSP sebagai hutang Kerajaan adalah RM240 bilion! Jumlah itu tidak mengambil kira pinjaman KWSP kepada GLC milik kerajaan. Berdasarkan jumlah RM240 bilion, ia adalah 52.6 peratus dari jumlah hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM456 bilion pada tahun 2011, seperti dibentangkan Ketua Audit Negara dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara baru-baru ini. Dalam keadaan Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dan sepatutnya, tanpa manipulasi statistik, telah melebihi paras 55 peratus yang diizinkan oleh Undang-Undang Negara, kese- lamatan pinjaman ini memerlukan penelitian yang serius. RM456 bilion jumlah hutang pada tahun 2011, dari segi peratus KDNK, adalah 54.3 peratus. Hanya tinggal 0.7 peratus untuk mencapai tahap 55 peratus! Melalui Belanjawan defisit tahun ke-15 berturut-turut dengan jumlah RM45 bilion, sepatutnya tahap 55 peratus tadi telah dilanggar. Bagi mengelakkan pelanggaran itu, manipulasi statistik telah dibuat dalam dua cara: a) Meletakkan kadar pertumbuhan setinggi 6 peratus supaya dengan itu jumlah agregat KDNK menjadi besar dan dengan sendirinya peratus hutang berbanding KDNK menjadi rendah. Soalnya, semua penganalisis ragu Malaysia mampu mencapai pertumbuhan 6 peratus sepanjang tahun hadapan. Jika ini tidak dicapai, dengan sendirinya tahap yang dihadkan pertama kali akan dilanggari dan ini memberi kesan terhadap keselamatan hutang KWSP. b) Meninggikan jumlah KDNK 2012 dengan memasukkan kadar inflasi. Oleh kerana itu, ada perbezaan ketara antara jumlah KDNK yang dicatatkan dalam Buku Belanjawan berbanding tercatat dalam Laporan Statistik. Jumlah RM918.322 KDNK bolehlah dianggap memasukkan peratusan tertentu kadar inflasi, menjadikan angkanya lebih besar dan peratusan hutang menjadi kecil Namun begitu, sekalipun disebabkan oleh dua manipulasi statistik ini peratusan hutang negara belum mencecah tahap 55 peratus, ia akan mencecah tahap 55 peratus ini pada bila-bila masa dari sekarang. Tidak ada tanda-tanda ekonomi negara akan tumbuh sebanyak 6 peratus pada tahun hadapan. Sebarang kekurangan dalam peratus pertumbuhan ekonomi negara dengan sendirinya menjadikan angka KDNK lebih kecil dan peratusan hutang lebih besar. Selain itu, dengan trend berbelanja yang langsung tidak memperdulikan kedudukan kewangan semasa yang ada, dijangka jumlah hutang baru negara akan melebihi dari jumlah awal yang dinyatakan dalam Buku Belanjawan. Jika ini berlaku, rakyat Malaysia, selepas PRU13 yang mungkin akan diadakan pada Mac 2012 akan menyaksikan jumlah hutang negara kita melebihi paras yang dibenarkan oleh undang-undang buat kali pertama di bawah teraju Dato' Seri Najib Razak! Itu belum mengambil kira jumlah hutang GLC yang tidak digambarkan dalam Akaun Hutang Awam Negara yang jumlahnya adalah juga besar iaitu RM184 bilion. Sebagian pinjaman ini telah dikelaskan sebagai CC minus. Jika jumlah ini diambil kira, kita telah lama melepasi tahap 55 peratus dan dengan itu, keadaan adalah amat membimbangkan. Tujuan saya menulis kenyataan akhbar ini ialah supaya Kementerian Kewangan mengubah habit berbelanja Kerajaan Persekutuan sekarang. Termasuk berbelanja besar melebihi kos sebenar, dari sekecil-kecil bil api tinggi menggila untuk kediaman PM sampailah pembelian kapal peronda dan lain-lain, seperti dalam kes-kes dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. Kedua, terus berbelanja atas perkara-perkara yang tidak produktif seperti pembelian vesel dan kereta perisai baru dengan begitu mahal melebihi harga pasaran dan dibeli melalui pihak ketiga yang mendapat untung melangit. Semua perbelanjaan joli ini bersandarkan pinjaman KWSP yang merupakan wang amanah rakyat negara ini. Perbelanjaan pruden boleh membantu hutang dikurangkan dan dengan sendirinya nilai wang KWSP yang dipinjamkan kepada kerajaan menjadi lebih berharga. Jika tidak, KWSP hanya dijadikan tabung berharga murah untuk membantu Kerajaan Pusat berjoli atas wang rakyat! |
Projek langgar Nik Aziz, ni hasil dia... Posted: 18 Dec 2011 06:40 AM PST Petanda Umno sesat, menyesatkan Melayu Mohd Rashidi Hassan MURSYIDUL AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sering menjadi bahan kecaman Umno, sehinggakan pada Perhimpunan Agung Umno, minggu lepas, nama Tok Guru sering disebut-sebut dalam perbahasan. Mengapakah Tok Guru tidak disenangi Umno? Semua persoalan ini dijawab Menteri Besar Kelantan itu kepada wakil Harakah MOHD RASHIDI HASSAN dan IZWAN ABDUL HALIM di Rumah Kelantan, 10 Disember 2011. HARAKAH: Boleh Tuan Guru huraikan beza doktrin PAS dengan Umno? TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: PAS diajar melalui Islam supaya manusia sedar bahawa segala-galanya menumpang nikmat Allah SWT. Bumi kita pijak Allah yang buat, udara kita sedut Allah buat, air kita minum Allah buat, bahkan seluruh anggota tubuh badan kita Allah buat. Maka bila kita menumpang nikmat Allah Taala kita wajib bersyukur. Syukur ertinya buat yang Dia suruh, tinggal yang Dia larang. Perkara ini tiada dalam Umno. Umno tidak mengajar perkara ini, yang diajarnya menumpang jalan raya Kerajaan Pusat buat, itu dulu. Menumpang kemudahan-kemudahan telekom, Umno yang buat. Umno mengira dia telah beragama bila dia buat masjid, bila ada guru agama di sekolah-sekolah, itu sahajalah (agama pada Umno). Sekarang kita berada di Malaysia. Bolehkah kita ambil setengah-setengah sahaja undang-undang Malaysia sebagaimana Umno ambil setengah-setengah hukum Allah. Misalnya motokar, kita tidak mencuri, kita beli kerana undang-undangnya begitu. Tetapi 'road tax' (cukai jalan) tak bayar, lampu belakang tidak menyala, sedangkan itu salah juga undang-undang kerajaan. Jika kita duduk bawah kerajaan kita kena patuh semua undang-undang kerajaan, mana boleh kita dengan Allah SWT kita ambil setengah-setengah. Bila kita duduk bawah kerajaan, tak kiralah Kerajaan Malaysia, Kerajaan Amerika dan mana-manapun, rakyat kena terima semua segala undang-undang, begitulah kita dengan Allah Taala, kena terima semua. Mungkin ada yang keliru status rakyat dengan status hamba Allah? Kita dididik oleh Islam hendaklah menjadi bertaraf hamba dengan Allah SWT, bukan menjadi taraf rakyat. Kita bukan rakyat Allah, kita jadi hamba 24 jam. Rakyat kalaulah kita tidak pernah buat salah dengan kerajaan, bila kita mati kita tidak diberi apa-apa oleh kerajaan kerana kita tidak buat salah dengan dia. Polis datang rumah kita bila kita buat salah, kalau kita benar tak pernah datang pun. Tapi kita dengan Allah, kita benar dapat pahala, kita salah dapat dosa. Tiada masa kita ini kosong dengan Allah Taala. Inilah cara kita berfikir kita sebagai hamba Allah dengan berfikir cara rakyat bagi Allah. Umno hanya sebut kita rakyat. Rakyat lain, hamba lain, hamba 24 jam. Hamba ini berasaskan "liya'budun" (untuk beribadah pada-Nya). Kalau kita ini rakyat Allah, maka kita boleh guling Allah macam kita rakyat Malaysia boleh guling kerajaan. Kita dengan Allah SWT nak guling macam mana, nak tukar macam mana? Maknanya selama ini Umno keliru dan celaru? Orang Cina tak melawan sangat PAS, yang melawan PAS ini orang Melayu Umno. Adakah dengan kehendak Umno, dia (orang Melayu) melawan PAS ini atau sebagai mata tombak (lembing) sahaja, (sedang) hulunya Umno pegang atau MCA pegang? Jika Umno sendiri nak lawan, tiada sebab langsung. Sebab PAS bawa Islam, maka sepatutnya Umno sokong dan Umno tidak perlu wujud di atas muka dunia. Kerana PAS perjuangkan Islam, Umno tak perlu lawan PAS. Atau Umno telah jadi mata tombak, hulunya orang lain pegang. Ini bahaya, maknanya jadi alat orang lain. Kerana itulah timbul masalah celaru yang jadi melawan PAS ini. Bukan Islam di Malaysia ini jadi celaru, hendak turut PAS atau turut Umno. PAS bertengkar dengan Umno, Umno bertengkar dengan PAS, bukan Islam terpinga-pinga pihak mana yang betul. Kita sebagai umat Islam bukan sahaja kita wajib berpegang kepada Islam, tetapi wajib juga dakwah Islam. Ke mana sahaja kita pergi kita diwajibkan dakwah Islam. Di Malaysia ini sebab hampir sama bilangan Melayu dengan bukan Melayu ini, maka bukan Islam terpinga-pinga hendak menurut siapa. Bukan sahaja bukan Islam, Melayu juga terpinga-pinga juga hendak turut PAS atau Umno. Turut Umno dapat duit, turut PAS tak dapat duit. Semua ini Umno kena fikir kesudahannya. Isu agama dipolitikkan sering jadi mainan Umno, pendapat Tuan Guru? Politik ini sebahagian agama. Memperjuangkan Islam ini bukan kerja main-main. Bila kita Islam, maka menyebarkan Islam menjadi kewajipan, bukan sahaja solat wajib, bukan sahaja puasa wajib, bahkan sebarkan Islam, dakwahkan Islam menjadi wajib. Jadi hendak sebarkan macam kalau Melayu sendiri tak faham. Ulasan Umno ialah agama lain, politik lain. Baik, kita hendak tanya Umno; bila politik tidak agama, pentadbiran negara tidak ikut agama, siapa dia yang jadi Ketua Kerajaan semasa Nabi kita di Madinah? Kalau agama lain, politik lain, maka yang jaga politik masa Nabi di Madinah itu siapa? Kalau Nabi juga yang jaga sebagai ketua kementerian kewangan, portfolio sosial, ertinya Nabi Muhammad juga dengan agama, terlibat dengan Allah SWT. Kerana kerja-kerja Nabi Muhammad semua agama. Solat itu agama, berperang itu agama, kirim surat kepada raja-raja itu agama. Baginda letak cop mohor atas surat-surat itu, ini kerja apa? Ini kerja politik, jadi bagaimana Umno boleh kata agama lain, politik lain? Raja-raja mana hendak terima kalau Nabi Muhammad hanya (seorang) imam sahaja. Raja-raja sekitar, Raja Parsi, Raja Mesir, Raja Rom Byzantin, Raja Hebyah, mereka tahu Nabi Muhammad bukan Tok Imam sahaja, dia Ketua Negara. Bila Nabi Muhammad itu Ketua Negara, maka kenapa Umno kata agama lain politik lain? Maknanya, Umno tiada hujah, hanya putarbelit mereka sahaja? Apa hikmah Allah lanjut dakwah Nabi Muhammad sehingga 23 tahun? Nak mengajar sembahyang puasa sahaja dua minggu pun cukup. Dua minggu itu pun dak kira lama mengajar orang sembahyang. Tapi Nabi Muhammad diminta urus urusan hidup manusia, 'the way of life'. Urusan ini mesti diurus oleh Nabi Muhammad sendiri, bagaimana berumah tangga, berjiran. Mengurus kewangan, adakah sebarang harta boleh ambil semua, tidak! Ada had, ada halal, ada haram. Semua ini 23 tahun, bila cukup 23 tahun turun ayat (Quran) bahawa agama telah sempurna. Jadi 23 tahun memakan masa baru sempurna. Perkara apa, sembahyang? Sembahyang ini diwajibkan masa di Makkah. Dalam keadaan ditekan kafir Makkah, sembahyang diwajibkan. Jadi bukan sembahyang sahaja jadi agama, tapi urusan hidup lain yang tidak boleh dibuat di Makkah kena mari ke Madinah membentuk sebuah negara sendiri. Kita baru sambut Maal Hijrah, sambutan ini ertinya ingati balik pengorbanan nabi menjalankan urusan agama termasuklah kewangan, mengurus sosial, budaya, pemikiran hingga 23 tahun. Jadi Umno tiada hujah, bila tiada hujah inilah mereka guna ISA. Macam Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim, bila Nabi Ibrahim kemuka cabaran minta Namrud buktikan kebenaran jika dia Tuhan, bawa naik matahari dari barat ke timur kerana Allah menaikkan matahari dari timur ke barat. Bila Namrud tak boleh jawab, dia bakar (Nabi Ibrahim). Sepatutnya dia berterima kasih kerana Ibrahim mengajar dia, tapi dia bakar. Zaman sekarang tak bakar, tapi ISA. Banyak tok-tok guru pondok kena ISA tak pasal-pasal kerana Umno tak boleh jawab. Sepatutnya hujah lawan hujah, bila orang lawan kita (hujah) kita sebutlah balik. Macam negeri demokrasi, orang hujah kita hujah. Ini orang hujah, tak boleh jawab ditangkapnya mereka, buang kerja, pindah tempat kerja. Ini semua tanda Umno itu sesat. Dalam sembahyang kita berdoa agar kita tidak sesat, tapi jalan Umno hala ke sesat. Tak boleh jawab sepatutnya terima kasihlah. Ini tangkap orang, ISA orang, mengarut Umno. Gambar: Tuan Guru Nik Aziz ketika ditemuramah Mohd Rashidi Hassan dan Izwan Abdul Halim di Rumah Kelantan. Pandangan Tuan Guru mengenai perjuangan Melayu Umno? Umno sibuk jaga Melayu sedangkan Melayu ni bangsa, tak payah jaga. Kerana bangsa ni tak boleh hilang. Kalau orang Melayu duduk di Kutub Utara seorang diri, Melayu juga dia. Pergi ke mana pun, kalau duduk di London sejak dahulu sampai tak boleh cakap Melayu, bila tanya bangsa (dijawab) Melayu juga dia. Jadi Melayu tak payah jaga kerana bangsa ini tak hilang. Yang kena jaga ini perkara boleh hilang dan ada. Macam duit, kena jaga kerana boleh jadi hilang, boleh jadi tak hilang. Islam ini macam tu, Islam ni kena jaga, boleh jadi orang murtad kerana orang tak jaga dia. Jadi benda kena jaga ni bukan bangsa tapi agama kerana boleh hilang dan boleh ada. Macam duit kita dapat masuk dalam beg, kita zip, masuk dalam poket seluar kita zip lagi kerana ia boleh hilang, boleh kena curi, boleh poket kita tembus. Umno dia jaga Melayu, tak jaga pun dia Melayu, sampai dalam kubur mati pun dia Melayu. Ini kesilapan Umno. Kalau Umno ikut kata dia ikut kata Hang Tuah "Takkan Melayu hilang di dunia" habis begitu buat apa dia jaga juga? Ini Umno jaga benda yang tak hilang, PAS jaga benda yang boleh hilang; Islam, iman, ihsan. Sebab tu Jibril turun dari langit tanya Nabi tentang Islam, iman, ihsan. Dia tak tanya Arab, tak tanya bangsa. |
Antara Anwar dok luaq ngan Anwar dok dalam... Posted: 18 Dec 2011 03:00 AM PST Benarkah Anwar Boleh Dikorbankan? DALAM apa yang penulis anggap sebagai cubaan untuk menyediakan dan mengekalkan semangat penyokong Pakatan Rakyat dalam berhadapan kemungkinan Datuk Seri Anwar dipenjarakan semula atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari, beberapa blog dan portal berita yang diketahui pro Pakatan Rakyat telah memberikan gambaran bahawa Anwar adalah seperti mana pemimpin biasa yang boleh dikorbankan tapi tidak kepada parti yang dipimpinnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Penulis ingin bertanya semula, benarkah begitu ceritanya? Mungkin bagi parti-parti politik lain seumpamanya di Malaysia, ungkapan sedemikian adalah terpakai, tapi tidak sama halnya dengan PKR, malah penulis menganggap orang yang bersangkaan sedemikian tidak faham dengan landskap politik yang membentuk PKR dari awal penubuhannya sehingga hari ini. PKR dan Anwar Ibrahim adalah satu. PKR ditubuhkan semata-mata untuk menyediakan platform politik dalam memastikan keadilan yang sewajarnya ditegakkan ke atas Anwar Ibrahim berhubung kes perbicaraan liwatnya yang pertama pada 1998. Keperluan itu wujud kerana pada waktu itu, PAS dan DAP masih terikat dengan prinsip asas perjuangan masing-masing dan tidak ada ruang yang cukup untuk memastikan keadilan ke atas Anwar dapat ditegakkan. Jika Anwar 'ke dalam' kali ini, PKR mungkin boleh bertahan tapi penulis risau kalau Pakatan Rakyat akan tinggal nama sahaja. Penulis berkata demikian kerana, selain menjadi pengasas bersama Pakatan Rakyat, Anwar juga adalah satu-satunya pemimpin yang berjaya mengelakkan beberapa isu besar seperti hudud dan PPSMI, memusnahkan Pakatan Rakyat dari dalam lantaran perbezaan pendapat yang ketara antara PAS dan DAP. Dalam keadaan Pakatan Rakyat ingin menguasai Putrajaya atau paling tidak mengekalkan kuasa di 4 buah negeri yang dikuasai sekarang, kehadiran Anwar adalah sangat penting. Walaupun Anwar telah berikrar akan terus menguatkan Pakatan Rakyat walaupun ditahan dipenjara, keadaan itu masih tidak sama jika beliau berada diluar. Bila bercakap tentang Anwar, kita tidak boleh menolak faktor 'sentuhan peribadi' yang menjadi kekuatannya. Setiap kali Pakatan Rakyat menghadapi pergolakan dalaman, Anwar akan ada disitu untuk menjernihkan keadaan, peranan Anwar ini sangat penting dalam memastikan keutuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah komponen politik alternatif kepada Barisan Nasional (BN). Penulis tidak dapat melihat bagaimana Anwar boleh memainkan peranan tersebut disebalik tembok penjara. Tambahan pula bila tidak ada pemimpin lain yang mempunyai karisma dan aura yang sama seperti Anwar di dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Nurul Izzah mungkin calon yang sesuai tapi penulis melihat perjalanan beliau masih panjang lagi untuk menjadi seperti bapanya. Melihat kepada kemungkinan-kemungkinan itu, ada sebab kenapa laman ini begitu kritikal terhadap Ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh yang dilihat gagal memastikan Anwar mendapat pembelaan yang sepatutnya. Dari kenyataan-kenyataan yang diberikan Anwar sebaik perbicaraan ditangguhkan pada 15hb Disember, jelas kelihatan beliau tidak yakin dengan keupayaan pasukan pembelaannya dan dapat merasakan beliau akan kembali semula ke penjara. Selain dari kejayaan menangguhkan kes untuk satu tempoh yang panjang, Karpal gagal sama sekali menyanggah fakta-fakta saintifik yang dikemukakan pihak pendakwa selain pemilihan saksi yang tidak relevan dengan kes. Tambah mengejutkan Karpal juga menafikan kewujudan teori konpsirasi dalam menyokong permohonan pasukan pembelaan untuk mensapina Perdana Menteri dan isteri bagi memberi keterangan di mahkamah. Sama ada sedar atau tidak, Karpal telah merosakkan kes Anwar sehingga beliau berhadapan kemungkinan untuk dipenjarakan sekali lagi. Penulis tidak nampak ada sebab lain disebalik pelbagai kesilapan yang dilakukan Karpal Singh dalam membela Anwar melainkan alasan kepentingan politik DAP. Mungkin DAP mengintai peluang untuk mengambil alih peranan PKR sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat tapi kerana Anwar masih disitu, tugas itu agak sukar malah mustahil dilakukan. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai DAP kebelakangan ini dan keyakinan telah menguasai sepenuhnya kawasan-kawasan bandar seperti dilihat dalam Piilihanraya Negeri Sarawak yang lepas menjadikan DAP bongkak dan tidak lagi melihat kepentingan Anwar. Tapi harapnya Karpal jangan lupa, segala kejayaan DAP terutama selepas Pilihanraya Umum 2008 adalah disumbangkan oleh Anwar. Jika bukan kerana kejayaan Anwar mengubah persepsi orang Melayu terhadap DAP, jangan harap DAP boleh berada dikedudukkan sekarang. Ketiadaan Anwar hanya akan menjejaskan DAP terutama di Pulau Pinang dimana DAP menguasai kerajaannya. Kesimpulannya, adalah penting untuk Anwar kekal berada di luar membantu kempen Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang. Jika Karpal gagal atau sengaja untuk menggagalkan kes Anwar, kita masih ada Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang siap sedia mempertahankan Anwar sehingga ke akhirnya melalui gerakan 901 yang telah dimulakan. Yang penting, jangan berputus asa dan berhenti dari mengharap. |
Kisah seekor mamak diligan hantu... kahkahkah... Posted: 18 Dec 2011 02:02 AM PST Membidas Hipokrasi Tun Dr.Mahathir –Kenyataan Media– Telah sekian lama Dato' Seri Anwar Ibrahim diitohmah dengan pelbagai tuduhan. Tatkala dipenjara, antara fitnah yang dilemparkan ke atas beliau kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Tuduhan ini direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen Dato' Seri Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban. Dato' Seri Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98. Lantaran ketegasan Dato' Seri Anwar inilah Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara. Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Dato' Seri Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan UMNO serta juak mereka.Pimpinan UMNO mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus. Apa yang tidak pimpinan UMNO dan Tun Dr. Mahathir sedari, rakyat tidak lagi senang diperbodohkan. Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang. Tohmahan Tun Dr. Mahathir bahawa Dato' Seri Anwar adalah agen Barat,IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan Perdana Menteri tersebut. Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Tun Dr. Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Dato' Seri Anwar dipecat,Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Dato' Seri Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat. Beberapa hari lalu Tun Dr Mahathir telah mencabar Dato' Seri Anwar bersumpah dengan menjunjung al Quran. Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran,eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel. Sewajarnya dinyatakan tatkala masih menjawat jawatan Menteri Kewangan,Dato' Seri Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu. Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul. Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr.Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu. Jika diteliti, ianya jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir. 1 - http://go.worldbank.org/U29R77EBX0 2 - http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src= Eekmal Ahmad Koordinator Media Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim |
Posted: 18 Dec 2011 12:00 AM PST Rosmah sebagai penentu PRU ke-13? SHAH ALAM, 14 DIS – Adakah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, akan menjadi faktor penentu keputusan pilihan raya umum akan datang? Sama ada berseloroh atau serius, soalan itu telah dibangkitkan oleh seorang hadirin wacana 'PRU13: Undi Siapa Jadi Penentu' anjuran Sinar Harian di sini semalam yang panas dengan idea dan cadangan para pembicara. Mereka yang menyertai wacana itu adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden KITA Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah dari Universiti Malaya. Moderator wacana ialah Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa. Menjawab persoalan itu, tokoh politik Datuk Zaid Ibrahim yang juga Presiden KITA berkata, demi kebaikan Malaysia, rakyat yang tidak berada dalam lingkungan politik tidak sepatutnya terpengaruh dengan gosip-gosip sebegitu. "Sama ada Rosmah jadi penentu PRU13, saya sebenarnya merasakan dia ada memainkan peranan penting. "Tetapi saya rasa eloklah buat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), bukan sahaja Rosmah malah Tun Mahathir Mohamad pun janganlah masuk campur. Kalau dah berhenti, berhentilah. "Inilah masalah parti pemerintah yang memerintah terlalu lama yang merasakan seolah-olah perlu dinasihati, perlu menjaga hati, perlu menjaga itu, ini… Sampai bila?" katanya. Jelas Zaid yang sebelum ini seorang menteri kerajaan persekutuan dan kemudian menyertai PKR sebelum meninggalkannya untuk menubuhkan KITA, jika Najib serius dengan reformasi, perkara yang lama sepatutnya ditinggalkan sahaja. Namun, katanya, apa yang rakyat lihat adalah wujudnya kuasa-kuasa di belakang tabir yang memainkan peranan dalam politik tanah air yang semakin dibenci oleh orang ramai. Dr Abu Hassan pula berkata, jika seseorang itu terbukti telah menyalahgunakan duit rakyat, maka rakyatlah yang berhak untuk menumbangkan mereka dalam PRU13. "Tidak kira dia isteri Perdana Menteri, anak Perdana Menteri dan sebagainya, seandainya benarlah mereka telah menggunakan duit negara yang sepatutnya digunakan untuk rakyat, termasuk untuk membaiki sistem pengangkutan awam kita yang teruk ini, maka mereka harus ditentang, harus dijatuhkan," katanya. Beliau menjelaskan, rakyat boleh melakukan perubahan untuk mengubah indeks kebebasan, demokrasi dan rasuah negara. "Mengapa kita harus sayang pada parti yang tidak mampu melakukan janji yang mereka katakan. Jika mereka tak dapat lakukan janji itu, kita harus tukar dan beri pada yang lain. "Kita tidak perlu bimbang jika mana-mana parti akan jatuh untuk digantikan dengan yang lain kerana ia adalah proses membina sebuah tamadun," tambah beliau. Nurul Izzah pula mahu Najib menjamin pilihan raya yang bersih, malah menjelaskan PKR sanggup menerima apa sahaja keputusan jika proses pilihan raya yang benar-benar adil dan bersih dilaksanakan. Malah, beliau mencabar Perdana Menteri menterjemahkan slogan 1Malaysianya dengan bertanding di kerusi Parlimen yang majmuk seperti Parlimen Lembah Pantai yang diwakilinya dalam PRU 2008. "Kerusi (yang diwakli Najib sekarang) di Parlimen Pekan adalah 93 peratus pengundi Melayu. Jika benar Najib adalah pemimpin untuk semua kaum, sila bertanding di Lembah Pantai," ujarnya. Saifuddin pula yang mewakili UMNO dan Barisan Nasional dilihat tertekan dalam wacanan itu kerana bersikap defensif dalam usaha mempertahankan parti dan kerajaan yang diwakilinya. Walau pun bersetuju dengan beberapa pandangan pemimpin Pakatan dalam wacana tersebut, beliau tetap mempertahankan kepimpinan Najib dan menonjolkan keyakinannya bahawa BN akan menang besar dalam PRU13. "Bagi saya, pengundi yang mengundi pembangkang dalam PRU yang lalu akan kembali menyokong BN manakala yang telah memilih BN akan kekal dengan BN dan pengundi-pengundi baru pula akan mengundi BN," jelasnya. Menurutnya, mereka menyokong usaha transformasi Najib yang kononnya sedang membuat perubahan baik untuk rakyat. – Roketkini.com |
Berapa banyak amaran daaa... haha... Posted: 17 Dec 2011 11:37 PM PST Perkasa: Melayu akan tolak calon MIC di PRU-13 bantah Kabinet gugur Interlok Oleh G. Manimaran KUALA LUMPUR, 17 Dis — Pertubuhan pembela hak orang Melayu, Perkasa hari ini memberi amaran pengundi Melayu tidak akan memberi sokongan kepada wakil MIC, komponen Barisan Nasional (BN), dalam pilihan raya umum ke-13 susulan keputusan Putrajaya menarik balik novel "Interlok" sebagai teks sastera. Selain itu, dakwa Perkasa, pihaknya juga yakin bahawa akan ada calon-calon Bebas bakal bertanding di kawasan-kawasan ditandingi wakil MIC atas alasan telah menghina penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain. Perkasa pernah mengumumkan pendirian yang sama ke atas wakil-wakil MCA, satu lagi komponen BN, sebelum ini dalam isu yang lain menyinggung kaum Melayu dan Bumiputera. "Perkasa yakin pengundi Melayu tidak akan memberi undi kepada calon-calon MIC atau calon-calon India yang anti-Melayu dan mungkin ada calon Bebas yang akan bertanding di kawasan calon MIC bertanding di mana pengundi Melayu lebih 50 peratus," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali(picture) dalam satu kenyataan. Syed Hassan menambah, kumpulan pendesak hak orang Melayu itu amat kecewa dan kesal dengan keputusan kerajaan menarik balik novel kontroversi itu sebagai buku teks sastera. "Kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan tekanan daripada golongan minoriti yang besar kepala. "Perkasa sangat marah dan kesal atas pengumuman yang dibuat oleh Presiden MIC bahawa novel 'Interlok' digugurkan dari silibus," kata beliau lagi. Katanya, Perkasa sedar keputusan itu adalah kehendak MIC demi menagih undi kaum India menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Ini sangat biadap. Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina. Semalam, dua pemimpin kanan MIC mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel "Interlok" yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan. Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, perkara itu telah diputuskan oleh kerajaan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat. Beliau berharap penarikan balik novel karya Abdullah itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekaligus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini. "Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak," katanya di Air Keroh, Melaka. Novel itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun telah ditarik balik dan perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan. Perkara yang sama diumumkan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel di Kulim, Kedah. Syed Hassan berkata, apa yang tertera dalam novel tersebut, yang menjadi bahan kontroversi sejak awal tahun ini, adalah fakta. "Bukan niat menghina. Yang menghina adalah mereka yang berada di kasta atas, ke atas kasta bawah yang dipanggil paria. Bukan penulis Melayu itu. "Dan ia masih berlaku dalam masyarakat India di tanah besar India sendiri. Filem-filem mereka yang terbaru masih banyak menceritakan kisah kasta-kasta kaum India. Perkasa membantah keputusan ini. Minoriti sudah besar kepala," katanya lagi. |
Tak baik woo kata teloq dia kecut... kahkahkah... Posted: 17 Dec 2011 09:32 PM PST Blogger Penjilat Ini Badan Besar Tapi Telor Kecut.. "Husam Dayus": Blogger rbf online "Anak Jantan" Muhammad Faisal bin Rohban ketika keluar dari bilik Mahkamah pada perbicaraan hari pertama (12hb. Disember, 2011) Blogger yang dikatakan "Anak Jantan" tu pulak sebenarnya Dayus, tak padan dengan badan besar macam gerabak keretapi. Masa terima writ saman pun dah nampak penakutnya. Tukang hantar surat saman cuma sorang, badan sama besar dengan badan gua je, Blogger "Anak Jantan" pulak dengan badan besar terpaksa call kawan-kawan dan Pihak Polis untuk "Back-up" masa terima writ saman. Lepas tu pulak tak pasal-pasal pergi padam Artikel-Artikel berkaitan dalam blog sendiri lepas terima writ saman. kalau "Anak Jantan", buat apa nak padam Artikel-Artikel berkenaan dalam blog..? Biar je lah terpapar dekat situ sebab lu kan "Anak Jantan". Apa kelas "Anak Jantan" melalak dalam blog lepas tu padam balik Artikel..? Masuk dalam mahkamah mengaku pulak "itu bukan blog saya". Dalam perbicaraan berkenaan jugak, selepas Peguam Pendakwa dan Peguam Pembela berunding, "Anak Jantan" yang cakap "Husam Dayus" ni jugaklah yang sebenarnya mohon untuk tunda kes dengan alasan "Anak Jantan nak bawak Mama ke Mekah bulan Februari nanti" padahal pihak Pendakwa secara jelas memohon dalam Mahkamah supaya perbicaraan seterusnya dipercepatkan dan mahu kes tersebut selesai selewat-lewatnya pada bulan Februari. |
Berani mati betoi bebudak nih... Posted: 17 Dec 2011 06:00 PM PST Bantah Auku: Mahasiswa turunkan 'bendera Najib' di PWTC KUALA LUMPUR: Desakan untuk memansuh Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971, memuncak apabila lebih 300 mahasiswa berhimpun dan berarak secara aman. Protes itu digerakkan Solidariti Anak Muda (SMM) dan disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (Bebas), Legasi Mahasiswa Agresif (LMA). Seawal jam 1 petang, mahasiswa berhimpun depan masjid jamek sebelum berarak ke bangunan Maju Junction untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Ketika berarak, mereka melaungkan slogan mendesak kerajaan menghapuskan Auku dan memberi amaran betapa gelombang mahasiswa bakal menjejaskan hayat politik Umno Barisan Nasional (BN) Mereka juga menyatakan tidak gentar untuk dipenjara demi memperjuangkan usaha memansuhkan Auku, bukan sekadar memindanya. Orang awam yang kagum dengan keberanian mahasiswa yang dikawal polis termasuk anggota cawangan khas (SB), turut memberi sokongan. Depan bangunan Maju Junction, mereka kemudian duduk memegang kain rentang dan melaung desakan supaya mahasiswa diberi kebebasan bersuara dan akademik. Selepas 10 minit, Pesuruhjaya Suhakam, Shaani Abdullah menerima memorandum daripada mahasiswa dan menyifatkan perarakan itu tidak menyalahi undang-undang. "Perlu pelbagai cara bagi dapatkan perhatian. Berhimpun adalah satu cara dan mereka berhak melakukannya. Memorandum ini akan dipanjangkan kepada kerajaan," kata Shaani. Mahasiswa kemudian berarak ke bangunan Umno – Putra World Trace Centre (PWTC) bagi menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Ketika Saifuddin berucap menggunakan pembesar suara, seorang mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dilihat menurunkan bendera yang tertera wajah Najib sebagai protes. Tindakan itu mencuri tumpuan peserta lain sehingga mengakibatkan pengawal keselamatan kelam kabut menaikkan semula bendera berkenaan. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat. Saifuddin melalui twitter mendesak mahasiswa memohon maaf atas tindakan itu tetapi SMM hanya akan membuat kenyataan seawal-awalnya esok. |
Hang takut apa Ezam oiii... kahkahkah... Posted: 17 Dec 2011 05:33 PM PST Kalau Malaysia jadi seperti Singapura, apa yang Ezam takutkan? Senator Ezam Mohd Nor berkata kalau PR memerintah PR akan dipengaruhi DAP dan Malaysia akan menjadi seperti Singapura. Apa maksud beliau susah hendak difahami dan itu tidak menjadi hal, kerana UMNO memangnya sebuah parti yang pemimpin-pemimpinnya selalu bercakap yang susah hendak difahami oleh orang ramai. Apa yang tidak eloknya di Singapura itu mungkin Ezam sahaja yang tahu. Apa yang Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia tidak lagi kaya rasuah seperti di Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia akan menjadi negara maju jika negara ini menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut jika Malaysia menjadi negara yang mempunyai kepimpinan yang beretika dan pemimpin-pemimpinnya tidak berlumba-lumba untuk menakluki segala harta kekayaan negara? Atau mungkin kah Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura pemimpin-pemimpinnya terpaksa menjadi pemimpin-pemimpin yang berdisiplin dan penuh dengan etika kerja yang tinggi? Elok bertanya kepada Ezam, adakah beliau akan merasa kerugian jika tidak ada lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang menggunakan pengaruh dan kuasa untuk mendapatkan pinjaman kerajaan dalam jumlah ratusan juta ringgit? Wang yang sepatutnya digunakan untuk membiayai perniagaan lembu itu digunakan untuk membeli kondominium dan Mercedez walaupun pengerusi syarikat itu mengakui yang perniagaannya belum berjalan lancar. Kalau Malaysia menjadi seperti Singapura ini kah yang amat ditakuti oleh Ezam? Adakah Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura PMnya tidak boleh lagi menggunakan wang berbillion ringgit untuk menyelamatkan anaknya yang kerugian besar dalam perniagaannya? Kenapa Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura kerajaannya tidak mengamalkan rasuah? Atau Ezam takut Malaysia akan menjadi financial hub jika negara ini menjadi seperti Singapura? Atau Ezam takut jika tidak ada lagi pegawai penguat kuasa rasuah dari MACC tidak lagi tertangkap merompak penggurup wang di KLIA? Jika Malaysia menjadi seperti Singapura ramai berkeyakinan yang tidak akan berlaku ibu segala rasuah seperti isu PKFZ yang melibatkan jumlah wang rakyat yang berbelas billion ringgit yang mengaitkan pemimpin UMNO Selangor dan ahli jemaah kabinet Persekutuan dari MCA dan UMNO? Adakah ini yang Ezam takutkan? Saya rasakan jika Malaysia jadi seperti Singapura tidak akan terjadi seorang setiausaha politik menteri ditangkap dengan wang tunai RM2 juta di pangsapurinya di P Pinang. Ezam takut jika perkara seperti ini tidak berulang lagi? Apa lagi Ezam. Apa yang saudara takutkan? Cuba cerita sikit. Orang ramai di negara ini semuanya bodoh. Dah saudara yang pandai boleh tolong beri sedikit jawapan? - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan