shalehudin |
- Hukum menghina Hudud
- YB vs Blogger... kahkahkah...
- Woi apek, lu tak paham bahasa ke...
- Hassan Ali lagi...
- Ada orang terpilih atasi undang-undang negara
- ABU: Umno bakal jadi abu...
- Penyanyi terkenal disamun
- Liwat II: Lagi satu berita fitnah... kahkahkah...
- Video baik untuk di hadam... Erti Taufik & Hidayah...
Posted: 11 Dec 2011 12:00 PM PST |
Posted: 11 Dec 2011 08:00 AM PST |
Woi apek, lu tak paham bahasa ke... Posted: 11 Dec 2011 07:45 AM PST LU BANYAK LANGSI Oooooo..... Apa yang ABIM persoalkan bukan berkaitan agama...lu persoalkan orang yang mempersoalkan lu masuk campur agama islam.Luu tarak faham ka?...Lu faham banyak mana hukum hudud.Ini sudah menjadi camputangan dalam urusan Sultan dan Raja-Raja Melayu.Kalau Raja-Raja Melayu tidak mempersoalkan hudud Pas atau apa sahaja hukum Hudud...lu apa crita.?? Inil ah yang selalunya menjadi masaalah.MCA telah menjadi masaalah besar kepada Bn sejak si keparat ini mula mempersoalkan hak hukum islam dalam perlembagaan dan hanya dibincangkan dalam Majis Raja_raja Melayu.Yang anehnya Umno diam membisu dan tidak pula menasihati si apek tua ini. Lu bukan orang islam mau bincang soal hudud atau agama Islam. Lu tarak faham la soal hudud sebab tu lu banyak cakap bukan-bukan.kalau lu faham....apa ini menteri...banyak langsi ooooo ******************************* Soi Lek: Jika ABIM berhak, saya pun ada hak persoal hudud KUALA LUMPUR, 11 Dis ― Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau ada hak untuk mempersoalkan pelaksanaan undang-undang hudud yang hendak dibawa oleh PAS. Menurut Dr Chua, sementara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mempunyai hak untuk memintanya memohon maaf, beliau juga ada hak untuk bercakap mengenai hudud versi PAS dan impaknya ke atas bukan Islam di negara ini. "ABIM seharusnya mengiktiraf hak MCA sebagai parti politik. Satu forum (yang dianjurkan baru-baru ini) sebulat suara mendapati bahawa hudud PAS akan ada impak ke atas bukan Islam. "Anda perlu dengan khusus berkata ia hudud PAS dan bukan hanya hudud," kata beliau (gambar) dipetik Sunday Star hari ini. Sehubungan itu kata beliau, adalah sesuatu yang mengarut untuk mengatakan bahawa bukan Islam tidak boleh bercakap mengenai hudud. "Akhirnya, ia ada impak ke atas kesemua rakyat Malaysia, kita semua adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia," katanya lagi. Kelmarin, ABIM menyerahkan satu memorandum kepada Dr Chua, mengulangi gesaan agar presiden MCA itu memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini ekoran kenyataannya mengenai hudud baru-baru ini. Setiausaha Agung ABIM Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, pihaknya kesal di atas kenyataan prejudis beliau yang merendahkan martabat perundangan hudud sekiranya dilaksanakan di negara ini. "Adalah jelas bahawa kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan empirikal yang boleh menjustifikasi dakwaaan beliau. "Namun sehingga hari ini, beliau masih belum membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung dengan kenyataan tersebut," kata beliau. Justeru kata beliau, ABIM terpanggil untuk sekali lagi menggesa beliau berbuat demikian dalam tempoh masa 48 jam menerusi saluran-saluran media di negara ini. |
Posted: 11 Dec 2011 04:45 AM PST Hassan Ali Memang Patut Digugurkan PENULIS memang rasa lega yang amat sangat sebaik dimaklumkan oleh sumber yang hampir dengan kepimpinan PAS Selangor bahawa Datuk Hassan Ali akan digugurkan dari senarai pencalonan untuk pilihanraya umum yang akan datang. Kenyataan Ketua Penerangan PAS, YB Shaari Sungib semalam walaupun bukan muktamad tapi sudah cukup menjelaskan apa yang akan berlaku dalam pilihanraya umum akan datang – Hassan Ali tidak akan dicalonkan. Lagipun desas desus mengenai perkara ini sudah bermula sejak Hassan Ali disingkirkan dari menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor dan digantikan dengan ADUN Meru, YB Dr Abdul Rani bin Osman. Daripada terus menjadi duri dalam daging kepada hubungan mesra bersama-sama DAP dan PKR dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, lebih baik kalau Hassan Ali disingkirkan terus dari barisan kepimpinan sedia ada dan digantikan dengan muka baru yang terbukti kesetiaannya kepada parti dan Pakatan Rakyat. Penyingkiran Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor adalah permulaan yang sepatutnya diikuti dengan penyingkirannya dari barisan Exco Selangor. Tapi entah kenapa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mengambil tindakan serupa, mungkin beliau ada sebabnya yang tersendiri yang hanya diketahui olehnya. Sebenarnya kalau difikirkan ada banyak sebab kenapa Hassan Ali lebih sesuai berada dengan UMNO dibanding dengan Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya. Banyak tindakan Hassan Ali jelas bercanggah dengan pendirian bersama yang telah dipersetujui kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada Ogos 2008. Rampasan arak di Shah Alam pada 2009 dan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Damansara Utama Methodist Church (DUMC) pada Ogos 2011 adalah bukti jelas kepada keengkaran Hassan Ali itu. Yang menerima akibat dari tindakannya ialah Pakatan Rakyat dan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor dimana Hassan Ali adalah Exco Kanan yang memegang portfolio penting. Dalam kes DUMC, persepsi masyarakat sehingga ke saat ini ialah Pakatan Rakyat melindungi cubaan memurtadkan orang Islam walaupun hakikat sebenarnya Pakatan Rakyat hanya cuba melindungi hak dan kebebasan beragama yang dijamin perlembagaan Malaysia. Jika itu pun salah, penulis tidak nampak apa lagi yang betul. Ini adalah tindakan yang wajar dilakukan untuk mana-mana organisasi politik didunia dengan Pakatan Rakyat turut tidak terkecuali. Lebih lagi dalam keadaan Pakatan Rakyat yang digambarkan sebagai rapuh kerana tidak didaftarkan akibat masalah yang ditimbulkan RoS. Penulis tidak rasa kalau keadaan sama berlaku dalam UMNO, Presidennya, Datuk Seri Najib akan membiarkan inividu tersebut terus menerus memegang jawatan dalam parti dan kerajaan. Tindakan sama seperti yang dikenakan ke atas Hassan Ali ini juga akan dilakukan kepada individu tersebut. Walaupun keputusan akhir masih lagi terletak di tangan kepimpinan PAS Pusat tapi keputusan muktamar lalu telah memutuskan bahawa calon PAS bagi sesuatu kawasan pilihanraya hanya akan ditentukan sebahagian besarnya oleh ahli PAS dikawasan tersebut. Hanya dalam keadaan yang 'ekstrim istimewa' sahaja baru kepimpinan PAS pusat akan masuk campur. Dalam kes Hassan Ali, penulis tidak nampak keadaan 'istimewa' itu wujud untuk kepimpinan PAS pusat mencalonkan Hassan Ali dalam pilihanraya akan datang bila mana pencalonannya di tolak oleh ahli-ahli parti kawasannya sendiri!! Disamping segala macam kerosakan yang dibawanya kepada PAS dan Pakatan Rakyat sendiri. Kepada penyokong Hassan Ali, diharapkan dapat menerima keputusan ini dan menyokong dengan sepenuh hati. Individu bersilih ganti, yang tetap disitu ialah parti dan kepimpinanannya. Penulis tidak rasa tindakan ini menganiaya Hassan Ali kerana UMNO sentiasa disitu menerimanya dengan tangan terbuka. |
Ada orang terpilih atasi undang-undang negara Posted: 11 Dec 2011 02:08 AM PST Anwar mahu kehadiran blogger di Scorpene disiasat Susan Loone Tindakan Kementerian Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk menaiki kapal selam Scorpene mungkin menjejaskan keselamatan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu. Walau bagaimanapun, menurut Anwar kehadiran penulis blog pro-Umno di kapal selam Scorpene itu mungkin telah menyebabkan keselamatan negara dikompromi. Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak". Dalam pos blognya semalam, beliau mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara. Sambil memidas, penulis blog yang disifatkan oleh Anwar sebagai tali barut Umno, katnya, mereka bertindak seolah-olah tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang negara. Anwar yang juga ketua umum PKR berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi. Apabila diberitahu bahawa wartawan, selain wartawan Bernama danTV3, media lain dihalang daripada menyertai rombongan itu, Anwar berkata perkara itu membuktikan kata-katanya bahawa ada orang yang di atas undang-undang". "Semua serangan keji yang dilakukannya (Papagomo) ke atas orang lain kerana sedar dirinya di atas undang-undang," kata Anwar. Justeru, kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas. Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu. |
Posted: 11 Dec 2011 12:20 AM PST Masa tiba untuk bangkit tumbangkan umno -bn Kami (ABU) menyeru dan merayu kepada semua Warganegara Malaysia dari semua Etnik Bangsa dan Agama. Semua golongan pekerja tidak kira dalam apa sahaja bidang, semua Persatuan dan Pertubuhan baik Badan Kerajaan mahupun Bukan Kerajaan (NGO), Parti Politik Komponen Barisan Nasional, Parti Pembangkang atau Parti Politik Bebas, Golongan Profesional, Akademik, Cendiakawan, Mahasiswa/wi, Karyawan, Para Artis dan Pekerja Seni, malah semua Kelompok Rakyat Tersisih dan Tertindas (marginalised) seperti Kumpulan, Gelandangan (homeless), Penganggur (jobless) dan lain-lain supaya melahirkan dengan nyata (melalui kenyataan media seperti ini atau apa sahaja bentuk "Protes") rasa tidak yakin masing-masing terhadap UMNO/BN yang sudah "tidak sedar diri", korup, angkuh, menindas, zalim dan kebelakangan ini semakin nyata "BODOH & SOMBONG". Kini bukan masanya lagi untuk kita terus mendiamkan diri dan mengambil sikap tidak mahu ambil tahu, kecuali anda rela mewariskan Tanahair Malaysia yang telah musnah kepada generasi akan datang. Masihkah kita tidak nampak atau sengaja mahu membiarkan sahaja sisa-baki hak demokratik rakyat yang hanya tinggal secebis itu dinafikan begitu sahaja, manakala segala tuntutan rakyat terus diabaikan tanpa diambil sebarang tindakan? Selama hampir 54 tahun yang lalu kita semua juga sebenarnya telah bersama-sama menyumbang kepada kerosakan Tanahair Tercinta kita (Malaysia) akibat sikap kita yang sering "membiarkan", "tidak kisah" serta "ignorant" terhadap setiap tindakan UMNO/BN dalam menyemai kuasa kuku- besi mereka menjadi pemerintah yang kejam hinggalah kini kuasa itu menjadi parah dan terlalu mencengkam. ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya bangun dan berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang diamalkan oleh UMNO/BN. Akibat dari pemerintahan dan pentadbiran "tidak bertanggung-jawab" UMNO/BN selama hampir 54 tahun menerajui Kerajaan Malaysia, kini rakyat semakin dibebani dengan kos kenaikan harga barang yang melampau. Ekonomi Negara kini semakin hari semakin terjejas. 80% rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang makin tinggi. Kewujudan undang-undang kejam seperti ISA, OSA dan berbagai lagi Akta-Akta yang menekan dan menzalimi rakyat sehingga teguran dan nasihat rakyat tidak dipedulikan, bantahan rakyat dengan angkuh diperangi secara kejam dengan menggunakan undang-undang tersebut dan kini timbul pula Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang langsung tidak masuk akal. Politik perkauman digunakan untuk menakutkan rakyat. Taktik "pecah" dan "perintah" dilaksanakan untuk menutup berita penyelewengan dan rasuah serta boros dan tamaknya pemimpin-peminpin UMNO/BN. S elama hampir 54 tahun rakyat Malaysia diugut dan didodoikan dengan slogan perkauman sempit supaya mereka tetap mengundi UMNO/BN. Keselamatan Rakyat dan Tanahair Tercinta Malaysia semakin terancam dengan wujudnya Kilang Lynas (sedang dalam pembinaan di Pusat Perindustrian Gebeng) dimana apabila ianya mula beroperasi kelak, kesan radioaktif akan membahayakan mereka dan Negara Malaysia akan lumpuh 100% sekiranya berlaku "kecelakaan" pada Kilang tersebut sebagaimana yang berlaku di Jepun beberapa bulan lalu. Alasan sumber galian Petroleum semakin kering sering digunakan sebagai alasan (untuk meneruskan pembinaan Kilang LYNAS), kononnya Negara perlu mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan Negara lesap entah ke mana. Pembinaan Kilang Lynas dikatakan akan memberi keuntungan baru kepada Negara walaupun ianya membahayakan rakyat. Di Peringkat Negeri Kelantan pula, kita dapat saksikan betapa hampir 24 tahun Rakyat dan Negeri Kelantan dinafikan haknya dari segi pembangunan di mana semenjak pemerintahan bertukar tangan dari UMNO/BN kepada PAS, 118 projek Pembangunan bermula dari RMK-5 sehingga RMK-10 telah disekat oleh UMNO/BN yang menerajui Pentadbiran Kerajaan Pusat. Selama hampir 24 tahun juga Rakyat Kelantan telah dinafikan haknya dari segi pembangunan infrastruktur apabila jalanraya-jalanraya utama yang penyeliaannya berada di bawah kawalan Kerajaan Pusat tidak diselenggara dengan baik malah Permohonan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan Peruntukan bagi pemulihan dan pembinaan lebuhraya yang lebih baik untuk kemudahan Rakyat Kelantan juga diabaikan oleh UMNO/BN yang menerajui Kerajaan Pusat. Begitu juga dalam isu Air Kelantan yang pada akhir-akhir ini dimainkan oleh UMNO/BN dan Semua Rakyat Negeri Kelantan juga perlu ingat bagaimana Hasil Bumi Negeri Kelantan iaitu Petroleum dan Gas dirompak dan dinafikan hak Royaltinya dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal berbeza dengan tiga Negeri lain dibawah kekuasaan UMNO/BN (Sabah, Sarawak dan Terengganu) yang menikmati pembayaran Royalti dari Hasil Bumi Petrolium dan Gas Negeri masing-masing. Pada masa ini operator-operator kami (ABU) di seluruh Negara sudahpun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat agar lebih celik terhadap pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN. Ketika cebisan harapan hak-hak rakyat dalam keadaan uzur dan kritikal malah hampir sahaja mustahil dapat dipertahankan akibat dibantai pemerintah selama ini, apakah lagi alasan untuk kita mewajarkan ketakutan dibiarkan bermaharaja-lela membungkam suara hati kita? Apabila tuntutan rakyat tidak dihiraukan malah terus saja dipersendakan pemerintah, cukupkah sekadar bersandarkan alasan-alasan ideal (umpamanya; apolitical, non-partisan, impartial dan macam-macam lagi) sebagai lapik indah. Sudah tiba masanya bagi kita untuk tidak lagi menghalalkan sifat "dayus" dan "bacul" kita dengan terus kekal takut untuk bangkit bersama rakyat berjuang menyatakan pendirian. Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.30 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar. Forum ini akan disertai dan dihadiri oleh Pemimpin-Pemimpin rakyat dari seluruh Negara ini juga akan membuat satu pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara yang kami cintai ini. *Kenyataan media oleh Sekretariat ABU (Asalkan Bukan UMNO/BN) Negeri Kelantan. Gambar di atas diambil di sidang media ABU yang diadakan di Kuala Lumpur. |
Posted: 10 Dec 2011 05:00 PM PST SAMUN - Penyanyi Terkenal Dikepung 15 Penunggang Motosikal. KUALA LUMPUR 9 Dis. - Seorang penyanyi lelaki popular sekitar 80-an kerugian kira-kira RM2,000 selepas disamun di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang di sini awal pagi tadi. Penyanyi itu dilaporkan disamun sekumpulan antara 10 hingga 15 penunggang motosikal dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi. Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, berkata mangsa yang berusia sekitar 50-an didatangi kumpulan tersebut ketika meletakkan keretanya di stesen minyak itu untuk pergi ke tandas. Beliau berkata, penyanyi dan pelakon tersebut yang juga bapa kepada seorang penyanyi remaja wanita yang sedang meningkat naik, tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Zakaria ditemui di Hospital Kuala Lumpur selepas melawat seorang anggota polis yang dirawat di situ akibat cedera sewaktu mengejar seorang penagih dadah sebelum ini. Dalam pada itu, beliau turut berkata seorang penagih dadah cedera parah selepas terjun dari tingkat dua sebuah flat di Jinjang Selatan awal pagi tadi ketika mengelak serbuan polis. |
Liwat II: Lagi satu berita fitnah... kahkahkah... Posted: 10 Dec 2011 04:00 PM PST Ketua Pendakwa Raya Fitnah II letak jawatan KUALA LUMPUR: Isnin dan Selasa depan – tarikh yang ditetapkan untuk mendengar hujah perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim – dijangka merupakan penampilan terakhir Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara. Difahamkan, Yusof, 56, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima. Sumber-sumber memberitahu yang Jabatan Perkhidmatan Awam telah dimaklumkan mengenainya, lapor Malaysiakini. Yusof (kanan) adalah orang yang ketiga paling kanan di Pejabat Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguamcara Datuk Idrus Harun. Hari terakhir beliau bertugas dijangka sama ada pada 1 Januari atau 1 Februari depan. Walaupun tarikh 1 Januari atau 1 Februari disebut sebagai hari terakhirnys, tetapi sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mempunyai banyak cuti tertunggak dan beliau hanya datang ke pejabat sekali-sekala. "Apa pun keputusan perbicaraan kes liwat tersebut, Datuk Yusof dijangka tidak akan lagi mengetuai pasukan pendakwaan apabila keputusan diumumkan," tambah sumber tersebut. "Beliau akan mengetuai pihak pendakwaan untuk kali terakhir sewaktu penghujahan perbicaraan kes liwat itu pada hari Isnin dan Selasa, dan ia dijangka menjadi penampilan terakhir beliau," kata sumberitu kepada Malaysiakini. Difahamkan beliau telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009. Kedua-dua permohonannya itu ditolak, dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut. |
Video baik untuk di hadam... Erti Taufik & Hidayah... Posted: 10 Dec 2011 03:33 PM PST |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan