shalehudin |
- SEDAP: Artikel yang tak rugi dibaca...
- Kesian laaa kat UMNO... kahkahkah...
- Modai baik untuk kita tibai Umno... kahkahkah...
- Bangsa Umno wajib baca nih, bagi sedaq diri sikit... kahkahkah...
- Rosak: Bung Mokhtar potong stim... kahkahkah...
- Tak sangka orang UMNO kata camni... kahkahkah...
- PANAS: Pakatan jawab Umno malam nih...
- Angkara Nafsu Sang Wanita...
- Ini Mahathir yang cakap tau... haha...
- Berpeluh dan berkilat lagi la dahi Najib... kahkahkah...
- Menteri mana yang kontek Bob Lokman nih... haha...
- Projek Najib bengongkan rakyat... kahkahkah...
SEDAP: Artikel yang tak rugi dibaca... Posted: 04 Dec 2011 09:30 AM PST UMNO - Yang boleh memerintah hanyalah AKU, yang boleh menjamin kehidupan kamu adalah AKU... Dalam kita menanti pilihanraya umum ke13 ini masing-masing terlalu sibuk untuk mengambil tempat sebagai calon terutamanya dalam UMNO. Masing-masing yang berminat untuk di pilih menjadi calon bercakap yang mereka adalah 'winnable candidate' dan pasti menang jika pucuk pimpinan sedar tentang kehadziran mereka dalam politik tempatan. Dalam pada itu pimpinan tertinggi menggunakan segala tenaga dan fikiran untuk membelasah pihak yang tidak mahu mengikut telunjuk mereka. Siapa sahaja yang tidak sebulu dengan UMNO atau pun BN, bermacam-macam nama di gunakan mereka untuk melabelkan seseorang yang tidak bersama mereka. Yang paling kuat sekali ialah TS Muhyiddin Yassin yang memanggil orang itu pembelot dan pengkhianat, seolah-olah mereka itu bukannya pengkhianat kepada bangsa dan negara mereka. Elok kita kupas sedikit tentang isu pembelot ini. Siapakah pembelot itu dalam konteks politik dan kenegaraan? Apa kah yang di lakukan oleh seseorang itu untuk boleh di labelkan sebagai pembelot? Definasi pembelot ini sangat luas jika dipandang dari sudut makronya. Tetapi biar kita berbahas dalam konteks politik pilihanraya yang hampir tiba ini. Pembelot dan pengkhianat negara boleh ditafsirkan sebagai sesiapa yang melakukan kejahatan kepada negara. Apa pula perkara-perkara yang dianggap jahat yang dilakukan kepada negara? Perkara-perkaranya banyak. Rasuah merupakan pembelotan terbesar kepada negara. Perasuah itu adalah pengkhianat, apatah lagi kalau dilakukan oleh mereka yang telah diberikan tanggungjawab untuk menjaga harta benda rakyat melalui pilihanraya. Perbuatan rasuah itu adalah satu dosa besar kepada negara. Dalam kejadian rasuah ianya melibatkan wang rakyat dan sesiapa yang menerima wang rasuah itu, ia adalah satu kegiatan mencuri. Mencuri wang rakyat adalah pengkhianat negara. Se sebuah negara yang baik, negara itu mesti berjuang untuk bersatu padu dan mempunyai tahap 'national unity' yang tinggi. Jika pemimpin-pemimpin terutamanya yang sedang memerintah bercakap dan bertindak dengan tujuan untuk memecah belahkan rakyat bagi mengambil kesempatan untuk mendapat undi dan sokongan dalam kekeliruan itu, pemimpin-pemimpin seperti ini adalah pengkhianat negara. Berkata-kata untuk memecah belahkan perhubungan baik di antara rakyat berbilang kaum itu merupakan pengkhianatan yang tidak terperi tahapnya kerana jika berlaku perpecahan itu yang bertanggungjawab adalah individu pemimpin atau parti yang melakukannya. Mereka yang melaga-lagakan rakyat yang berlainan agama dan kepercayaan itu juga merupakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara. Kegiatan ini sedang giat dilakukan oleh pihak tertentu untuk menaikkan suhu perpecahan di antara rakyat yang berlainan agama bagi kepentingan politik untuk mempertahankan kuasa. DAP yang hampir kesemua ahlinya beragama Buddha, di tuduh mengkristiankan orang Melayu Islam. Semuanya ini adalah pengkhianatan kepada negara kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan di antara rakyat yang berbilang agama dan kepercayaan. Apa sahaja yang boleh mencetuskan keburukan kepada negara itu adalah pengkhianat negara. Tetapi yang lebih besar dosanya ialah apabila seseorang atau pemimpin mengaku dan berkata-kata dengan sombong yang segala-galanya yang ada dalam negara ini termasuk pembangunan dan rezki yang diterima rakyat itu adalah oleh kerana UMNO. Tidak ada UMNO, negara langsung tidak ada apa-apa dan rakyat seolah-olah akan mati kebuluran. Kalau tidak ada UMNO, Melayu akan telanjang tanpa pakaian. Kalau tidak ada UMNO, tidak ada lebuhraya tetapi tidak di keluarkan pula betapa setengah yang berkuasa telah memeras rakyat melalui perjanjian concessionaire yang di rahsiakan dari rakyat dan di letakkan dalam akta rahsia resmi. Katanya jika tidak ada UMNO, rakyat kita tidak akan dapat pelajaran dan berbagai-bagai lagi dan semuanya ini adalah pengakuan yang mengambi alih kerja Tuhan Maha Esa. Ramai sudah jemu dengan ungkapan takbur yang itu UMNO buat, ini UMNO buat, semuanya UMNO buat dan boleh menjamin kehidupan kamu di dunia dan akhirat. Tetapi tidak pula mereka memberitahu berapa billion pemimpin kita kebas dalam pembelian peralatan senjata perang. Tidak juga mereka memberi tahu rakyat dalam projek MRT itu berapa billion individu-individu itu dapat dan keluarga mana yang kebas. Tidak juga mereka memberitahu peneroka Felda berapa ratus juta beberapa orang besar di dalam Felda itu akan mendapat keuntungan peribadi dan banyak lagi isu-isu yang lain yang sangat menyakitkan kepada siapa yang tahu sikit-sikit tentang apa yang berlaku di sebalik tabir. Yang di sebut hanyalah AKU….AKU dan akulah yang boleh menjamin hidup kamu semua. Bila bercakap hanya AKU, yang pandai..AKU, yang boleh memerintah…semuanya AKU. Ketakburan pemimpin-pemimpin kita sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dipertahankan lagi.. I reckon all of them should go! AND they must go. |
Kesian laaa kat UMNO... kahkahkah... Posted: 04 Dec 2011 08:00 AM PST Meracau dengan dosa sendiri Keresahan ramai pemimpin UMNO yang merasakan bahawa parti mereka akan hilang kuasa di tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang semakin jelas terpampang. Mereka meneka-neka apa kemungkinan akan terjadi jika kehilangan kuasa, mereka mula menyangka yang bukan-bukan tentang apa yang bakal berlaku ke atas untung nasib mereka. Igauan ngeri mereka itu menggambarkan seolah-olah Malaysia ini akan dilanggar garuda. Kata-kata "Jika UMNO hilang kuasa, Melayu akan hancur" melambangkan kehebatan imaginasi para propagandis UMNO. Imaginasi orang bersalah Mereka membayangkan bahawa jika Pakatan Rakyat menang, maka Perdana Menteri adalah orang Cina dan bukan Melayu lagi. Mereka membentuk imaginasi mengatakan Islam akan hancur berkecai-kecai dan agama lain akan menjadi agama persekutuan. Begitu juga Bahasa Melayu yang dibayangkan akan lebur. Mereka membayangkan bahawa kedudukan istimewa Melayu dan digantikan dengan hak sama taraf. Negara kita pula digambarkan akan menjadi sebuah negara republik, yakni tanpa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Sultan lagi. Pendek kata, imaginasi propaganda UMNO ini membayangkan seolah-olah dunia Melayu akan kiamat jika rakyat menolak UMNO. Igauan ngeri ini hanya lahir apabila seseorang pemimpin atau kumpulan yang dipimpinnya mula merasa bersalah dan berdosa. Perasaan bersalah itu kini sedang menyelubunginya, terasa seperti dibayangi oleh sesuatu, terasa sedang diburu oleh sesuatu. Maka muncullah satu fenomena yang kita kenal sebagai 'paranoid'. Oleh sebab kesalahannya itu banyak dan besar, maka tanda-tanda untuk mereka menerima pembalasan akan tergambar dengan sendirinya dihati dan fikiran UMNO. Itulah yang sedang berlaku, mereka sedang membayangkan sesuatu yang buruk bakal menimpa diri jika gagal dalam PRU ke-13 kelak. Mereka takut kesalahan-kesalahan yang pernah mereka lakukan selama ini akan terbongkar, kezaliman mereka akan didedahkan dan hal-hal rasuah mereka akan mula makan diri. Kebijaksanaan rakyat Namun, strategi propaganda seperti ini amat sukar dijual kepada orang Melayu dan Islam pada zaman ini kerana sudah ramai yang waras, bijak dan tidak mudah ditipu. Orang Melayu tahu menilai kes National Feedlot Centre (NFC) yang jelas kesalahan kronisme dan salah guna kuasa. Mereka tahu Akta Perhimpunan Aman bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mahu menutup minda dan mulut rakyat. Kebijaksanaan orang Melayu di zaman ini menjadi aset penting kepada mana-mana parti politik yang ingin memujuk mereka. Malah, bukan orang Melayu sahaja, malah sahabat-sahabat Bumiputera di Sarawak dan Sabah sudah mula sedar tentang perihal hak mereka dipermainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Ertinya, Melayu, Bumiputera dan semua kaum lain di negara ini semakin sedar bahawa satu perubahan positif amat diperlukan untuk keluar dari kitaran ganas yang hanya merugikan rakyat dari semua kaum dan agama. Satu demi satu mitos ciptaan UMNO-BN telah terbukti palsu dan fitnah. Apabila PAS mengambil alih pentadbiran Kelantan pada 1990, UMNO-BN menuduh rakyat akan terabai, terhina dan jatuh miskin. Selama 21 tahun, rakyat Kelantan setia dengan PAS. Oleh kerana tekanan keras dan sekatan daripada kerajaan pusat BN, maka Kelantan sukar untuk maju di segi ekonomi. Sepatutnya dengan penindasan sedemikian, termasuk kengganan kerajaan pusat memberi royalti minyak kepada Kelantan, tentu negeri Cik Siti Wan Kembang itu menderita sebagai negeri paling miskin di negara ini. Sebaliknya, rakyat negeri-negeri yang kaya dengan hasil bumi di bawah pemerintahan BN yang menderita dengan kemiskinan seperti Sabah, Terengganu dan Perak. Kelantan bersama Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kini berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Negeri mana yang telah bankrap? Negeri mana orang Melayu telah hilang harta dan hidup merempat? Negeri mana Islam sudah dimatikan? Negeri mana Sultan diturunkan dari takhta? Apa yang menjadi pengetahuan umum – kecuali para propagandis UMNO – adalah kesemua negeri Pakatan menunjukkan prestasi yang lebih baik dari negeri-negeri di bawah penguasaan UMNO-BN. Walau pun disekat bantuan kewangan, walau pun ditohmah, walau pun ditimbulkan kekecauan, Laporan Ketua Audit Negara saban tahun membuktikan kejayaan besar pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat. Penentuan rakyat Bayangkan jika rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat dalam PRU akan datang. Jangan mudah terpedaya dengan tohmahan cacing kepanasan. Pakatan Rakyat telah sebulat suara menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Jika apa pun berlaku, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah pun berikrar menerima realiti politik bahawa Perdana Menteri adalah dari kalangan orang Melayu Islam. Bukankah suatu ketika dahulu tokoh besar negara Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang orang bukan Melayu atau bukan Islam untuk menjadi Perdana Menteri? Memang benar kenyataan itu tetapi Guan Eng sendiri sedar akan hakikat politik negara. Menerima Melayu sebagai Perdana Menteri adalah tanda penghormatan kepada kaum majoriti di negara ini di samping akur kepada hakikat demokrasi, asalkan yang memimpin negara itu bukan manusia yang kotor, rasuah dan suka menyalahgunakan kuasa. Semua kisah yang dimomokkan para pemimpin UMNO itu hanya sekadar bayangan ketakutan mereka sendiri. Ketakutan inilah yang menjadikan mereka terus diburu oleh dosa-dosa kesalahannya. Malah, dalam keghairahan mempertahankan kuasa, mereka kadang-kadang lupa bahawa dalam ramai-ramai 3.3 juta ahli UMNO, ada juga yang semakin meluat dengan telatah dan kerakusan pemimpin mereka sendiri. Bukankah kerana marah dengan keangkuhan pimpinan UMNO dahulu, telah ada antara mereka yang mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU 2008?– Roketkini.com |
Modai baik untuk kita tibai Umno... kahkahkah... Posted: 04 Dec 2011 07:30 AM PST SELURUH RAKYAT MALAYSIA DIMINTA JUJUR DAN IKHLAS rakyat malaysia dari semua bangsa pembaca tukar tiub dari semua bangsa sila lihat gambar dibawah ini lihat dengan jujur lihat dengan hati terbuka lihat dengan hati yang ikhlas lihat betul bertul kemudian: dan sila tanya betul kah muka ini muka melayu betul kah ini sosok melayu? kemudian baca potongan berita ini: One leader, Shaik Hussein Mydin, claimed that Malays and Islam were at risk in Penang, and said that PKR and PAS had "no power" to stop the repression of the Malay community there. "PKR and PAS are 'bapok' (transvestites) and 'pondan' (effeminate) as these days they have no power to challenge DAP. "A vote for DAP is a vote for the destruction of Islam," said the Penang Umno Youth chief to loud applause and shouts of "PKR, PAS tak ada telur!" DENGAN TULUS DAN IKHLAS KEMUDIAN SILA TANYA LAGI siapa sosok ini adakah ianya melayu kenapa cakap hal telooo kenapa cakap hal bapok kenapa cakap hal pondan lihat kembali gambar di atas kemudian sila tanya sekali lagi apakah muka ini muka melayu? apakah sosok ini sosok melayu? sila jangan tuduh tt rasis lihat muka dan baca potongn berita lihat dengan jujur dan baca dengan tulus ikhlas tepok dada dan jawab dihati |
Bangsa Umno wajib baca nih, bagi sedaq diri sikit... kahkahkah... Posted: 04 Dec 2011 04:30 AM PST 'United Mamak And NaiNa Organization' Ini bukan saya yang kata tapi sakmongkol AK47 yang kata dalam blog beliau dalam posting Umno:Dari Modal Insan ke Modal Lembu dan kemaraan Fasisme Umno; "Yang haramjadah, UMNO hari ini ramai mamak tongkang ini apa hal? Lama kelamaan, kalau orang Melayu tidak waspada, UMNO akan jadi United Mamak dan Naina Organization. Jangan marah ya orang UMNO- sebab kalau kita mempukimak orang lain, sehinga celupar memaki hamun tokoh agama, maka orang pun akan memaki kita"Baca di sini. Maki hamun oleh Nana Tanjung ni semakin menjadi-jadi sejak Umno-Bn hilang Pulau Pinang dalam pru 13 yang lalu.Puak-puak ni kena tunjuk kuat dengan politik maki hamun untuk dicalonkan dalam pru 13 oleh Umno sebagai calon boleh menang.Cuba kita baca apa kata Nana Tanjung ni ; Umno Youth calls Pas , PKR 'Bapok', 'Pondan', and Dap 'enemy of Islam'- M'insider One leader, Shaik Hussein Mydin, claimed that Malays and Islam were at risk in Penang, and said that PKR and PAS had "no power" to stop the repression of the Malay community there. "PKR and PAS are 'bapok' (transvestites) and 'pondan' (effeminate) as these days they have no power to challenge DAP. "A vote for DAP is a vote for the destruction of Islam," said the Penang Umno Youth chief to loud applause and shouts of "PKR, PAS tak ada telur!" Honing in on the island's PAS state chief Datuk Salleh Man and state executive councillor in charge of religious affairs Abdul Malik Kassim (PKR), Shaik Hussin repeatedly called them "pondan" and "bapok." Adakah ini muka Melayu?Adakah ini calon boleh menang Umno pru 13?Di mana senator Ezam Mat Noor dalam persidangan Umno?Setelah puas maki hamun Pas dalam persidangan Umno maka berkatalah pemimpin Umno kepada Pas berbincang kerjasama politik Umno-Pas! |
Rosak: Bung Mokhtar potong stim... kahkahkah... Posted: 04 Dec 2011 03:00 AM PST Bung Mokhtar terus desak Shahrizat letak jawatan Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin meneruskan desakannya agar Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk meletakkan jawatan. Bung tahu yang Shahrizat kini telah menjadi liabiliti kepada Umno. Persoalannya, mampukah Bung melawan blok Wanita Umno yang pada ketika ini masih lagi teguh dibelakang Shahrizat? Berita dari The Malaysian Insider dibawah: Reconsider resignation calls, Bung urges Shahrizat By Clara Chooi KUALA LUMPUR, Dec 3 — Although his colleagues are evading the touchy cattle scandal involving Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Umno MP Datuk Bung Radin stood by his call for her resignation today, agreeing the issue has become a liability to the party. The outspoken Kinabatangan MP even dismissed the apparent unanimous show of support for Shahrizat during the Wanita Umno general assembly on Wednesday, saying, "We do not know what kind of support that was". "Because no delegate has stated clearly what is that support — support for the party, yes, I know," he pointed out when met at the sidelines of the Umno general assembly today. When asked if he believes that issue has become a liability to Umno, Bung(picture) nodded. "I believe, because I am a strong party man," he said. The Umno supreme council member said although Shahrizat had briefly explained the issue during the assembly, it was more important to take cognisance of public perception. "This is not a question of explanation. I feel she has given her explanation already. "This is not a question of who is wrong... it is a question of how the public accepts it," he said. Bung Mokhtar reasoned that in the face of coming elections, it was important that Umno not be weakened by scandals linked to any individual. "So I have already stated my stand — I request that she reconsider (resigning)... because of one individual, the part gets involved," he complained. |
Tak sangka orang UMNO kata camni... kahkahkah... Posted: 04 Dec 2011 01:30 AM PST Umno mungkin tiada calon untuk PRU13? Banyak perkara menarik mengenai Perhimpunan Agung Umno 2011. Satu dripadanya ialah ucapan wakil Kedah, Mohd Kamal Saidin yang menggariskan ciri calon boleh menang (winnable candidate) parti itu perlu mempunyai sifat seperti Khalifah Islam Saidina Uthman Affan yang tidak meminta-minta untuk diberikan jawatan. Dalam ucapanya di persidangan itu semalam, beliau berkata antara kriteria calon boleh menang daripada pandangan Islam ialah orang yang tidak meminta-minta, tidak melobi atau membeli jawatan. "Contohilah Saidina Uthman bin Affan yang tidak meminta untuk diberikan jawatan Khalifah, sebaliknya diberi tanggungjawab atas amanah dan kepercayaan untuk memimpin umat Islam pada zaman itu," katanya seperti dilaporkan themalaysianinsider.com, semalam. Calon boleh menang (winnable candidate) diketengahkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam usaha memastikan kelangsungan kuasa parti itu di negara ini. Laporan menyebut presiden sudah diberi mandat dalam perhimpunan itu untuk menentukan calon Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) berdasarkan ciri calon boleh menang (winnable candidate). Umno jangan tunggu menjadi kenderaan yang tidak lagi dapat digunakan. Mohd Kamal juga berkata perjuangan Umno perlu dilihat menepati kriteria perjuangan golongan beriman yang digariskan oleh Imam Shafie. Berdasarkan pengalaman penulis bergaul dan "melakukan kerja" untuk Umno sejak 1991-1999, amat susah untuk mencari calon pilihanraya daripada parti itu yang mempunyai ciri seperti disebut Mohd Kamal – tidak meminta-minta untuk diberikan jawatan. Sebaliknya, hampir semua pemimpin bukan sahaja meminta jawatan, malah berebut sehingga ke tahap sanggup 'berbelanja besar', hatta 'membunuh kerjaya politik lawan' di kalangan sesama Umno sendiri. Ini bukan rahsia. Ia diketahui umum. Dan, Umno perlu menerima hakikat bahawa inilah antara 'perangai hodoh' pemimpin Umno yang sentiasa menggugat keutuhan parti itu – ia bukan sahaja perlu berdepan dengan Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP, malah percakaran seteru politik dari kalangan dalam parti Umno sendiri. Maknanya, jika ciri yang ada pada Khalifah Islam Saidina Uthman Affan mahu dijadikan satu daripada kriteria calon boleh menang (winnable candidate) Umno, kemungkinan besar parti itu tidak akan ada calon pada PRU13! Secara jujur, jika Umno mahu kekal mendapat mandat di negara ini, ia perlu mengerah segenap kudrat menghapuskan perangai kotor lagi jijik di kalangan ahli dan pemimpinnya dalam meminta dan berebut jawatan, termasuk calon pilihanraya. Namun, berdasarkan pemerhatian penulis sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2011 setakat hari ini, Umno lebih berminat menghentam lawan sama ada Pas, Parti Keadilan Rakyat atau DAP – bukan berbincang dan merumus solusi konkrit bagaimana Umno patut mendepani PRU13. Dalam kata lain, sepanjang perhimpunan itu, Umno lebih berminat 'mengkritik rumah orang lain walaupun rumahnya sendiri makin senget' (dan mungkin roboh dalam PRU13)! Tindakan mencemuh 'rumah orang lain' lebih ketara berbanding usaha 'membaiki rumah sendiri'. Umno perlu akur bahawa pengundi kini makin cerdik dan aliran maklumat pula kian telus. Pemerintah tidak lagi dapat memilih mana maklumat mahu didedahkan dan mana maklumat mahu disembunyikan. Ini bukan zamannya lagi untuk Umno dapat 'bermain wayang' dengan rakyat. Rakyat kini tidak mudah dipujuk untuk hanya mengundi Umno. Sikap dan pendirian Umno dalam pelbagai isu sedang diamati secara bersungguh-sungguh oleh pengundi. Contohnya apabila Mohd Kamal turut menyebut bahawa 'perjuangan Umno perlu dilihat menepati kriteria perjuangan golongan beriman'. Pengundi yang semakin berilmu, terutama berikutan kesedaran agama yang kian tinggi di kalangan pengundi beragama Islam, akan melihat Umno sebagai sebuah parti munafik (dan hipokrit) kerana dalam ia melaungkan 'perjuangan menepati kriteria perjuangan golongan beriman', pada masa sama parti itu menolak mentah-mentah hukum Allah taala seperti hudud dan sebagainya. Pada masa sama pemimpin parti itu juga sering dikaitkan dengan pelbagai penyelewengan kuasa dan pembolotan kekayaan. Semua ini tentu sekali tidak serasi dengan 'perjuangan menepati kriteria perjuangan golongan beriman'. Dan, pengundi yang berilmu serta bermaklumat tentu sekali tidak akan menerima bulat-bulat apa sahaja sikap dan pendirian Umno. Maknanya, jika Umno mahu kekal menang pada PRU13, banyak 'kerosakannya' perlu dibaiki segera kerana masa untuk pilihanraya sudah suntuk. Jika diibaratkan sebagai sebuah kenderaan, Umno sudah terlalu banyak rosaknya. Ia perlu dibaiki dalam banyak perkara, malah jika perlu, enjinnya wajib ditukar! Ini kerana jika rakyat mendapati Umno kini bukan lagi sebuah kenderaan yang sesuai digunakan, ia akan dibuang di tepi jalan dan tidak lagi dibenarkan bergerak di atas jalanraya. |
PANAS: Pakatan jawab Umno malam nih... Posted: 04 Dec 2011 12:30 AM PST PROGRAM MELAWAN MALAM INIO DI STADIUM MELAWATI SEMUA DI JEMPUT DATNG MALAM INI program melawan untuk menghumbankan gerombolan dan sekutunya sila datang beramai-ramai BANGUN DAN LAWAN PAKATAN JAWAB TUDUHAN UMNO DALAM RAPAT MALAM INI – harakah daily KUALA LUMPUR, 4 Dis: Pemimpin Pakatan Rakyat akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu, pada majlis Rapat Umum di Shah Alam malam ini. Akan hadir membuat penjelasan malam ini adalah Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS DTuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Program yang akan bermula seawal jam 7 malam itu akan berlangsung di perkarangan Stadium Melawati sehingga jam 12 malam. Dalam Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam, Anwar antara individu yang dihentam kuat oleh pemimpin dan perwakilan Umno termasuk oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. JANGAN JADI PENGIKUT MAHZAB NATO |
Posted: 03 Dec 2011 11:30 PM PST TAMPIN – Seorang ibu muda dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret Tampin, di sini semalam atas kesalahan dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dan membuangnya dalam kawasan semak 22 November lalu. Tertuduh, Nurul Izzati Syazwani Zulkarnain, 23, dari Taman Indah, di sini dan mempunyai dua orang anak mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mahyun Yusof. Berdasarkan fakta kes, tertuduh mendirikan rumahtangga pada 9 November 2007 kini dalam proses penceraian dengan suaminya sejak 2009. Bagaimanapun, Mac lalu, tertuduh berjumpa dengan suami dan melakukan hubungan seks beberapa kali pada masa tersebut. Pada bulan sama, tertuduh melakukan hubungan seks dengan rakannya sebelum disahkan mengandung April lalu. Di kemudian bertindak menyembunyikan kandungannya sehingga November lalu kerana gusar bapanya mungkin membuangnya dari keluarga. Berdasarkan fakta kes juga, pada 22 November lalu, antara 2 pagi hingga 7 pagi tertuduh mulai berasa sakit hendak bersalin sebelum melahirkan bayi tersebut atas katil dalam biliknya. Tertuduh kemudian memasukkan anaknya itu ke dalam beg merah jambu dan beg tersebut dimasukkan ke dalam beg kerjanya berwarna hitam. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada semasa itu anaknya masih hidup atau sudah meninggal dunia. Kira-kira 10 pagi hari sama, tertuduh yang bertugas sebagai kerani operasi sebuah kolej pergi kerja dengan membawa beg hitam terbabit, manakala plastik hitam mengandungi kain dipenuhi darah serta cadar ke dalam tong sampah tempat kerjanya. Manakala, beg hitam yang mengandungi bayi itu terus disimpan di sebelah tepi kaki kerusi dalam tempat kerja sehingga 5 petang. Sebaik sahaja tamat kerja sekitar 6 petang, tertuduh pergi ke kawasan semak di Batu Belang dan membuang anaknya dengan cara menterbalikkan beg merah jambu berkenaan sehingga anaknya terjatuh ke dalam semak serta membuang beg merah jambu itu di lokasi sama. Pada hari sama, ibu tertuduh menjumpai tompokan darah atas tilam tertuduh dan terdapat bau tidak menyenangkan. Kerana tidak berpuas hati, ibu tertuduh memanggil anaknya itu pulang sebelum dihantar ke klinik yang kemudian mengesahkannya sudah mengandung. Kes berkenaan dirujuk ke Hospital Melaka dan pemeriksaan mengesahkan tertuduh telah melahirkan anak menyebabkan doktor yang memeriksa tertuduh membuat laporan polis 26 November lalu. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Zahid Ahmad. Sumber : sinarharian.com.my |
Ini Mahathir yang cakap tau... haha... Posted: 03 Dec 2011 10:30 PM PST NEW DELHI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi satu tip politik yang ringkas dan padat bagi pengundi rakyat Malaysia. Sambil memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana "membetulkan kesilapan" dalam sistem politik, beliau berkata Najib perlu diberi peluang untuk memimpin negara. "Beliau semakin popular, beliau membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh pengganti saya. "Saya sokong Najib, beliau adalah yang terbaik, beliau layak diberi peluang," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di sini, Jumaat. Negarawan yang berumur 86 tahun itu berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak tahunan pemimpin Hindustan Times di mana beliau menyampaikan ucaptama. Dalam ucapannya, beliau memberi amaran terhadap pemimpin global untuk memerhatikan perubahan besar yang sedang berlaku kegagalan rancangan ekonomi pusat, pengaruh media sosial dan kerancakan orang ramai menyeberangi sempadan. "Ini merupakan perubahan radikal yang berlaku dalam abad ke-21. Semua ini akan memberi kesan terhadap apa yang kita lakukan, bidang politik, ekonomi, sosial atau kewangan. "Jika kita enggan mengakui perubahan ini, kita tidak akan mampu menghadapi cabaran-cabaran ini," katanya. Dalam ucaptamanya bertemakan "Cabaran Perubahan Dalam Abad Ke-21", beliau berkata demokrasi bukan satu sistem yang buruk tetapi bukan satu penyelesaian bagi semua kelemahan politik. "Demokrasi merupakan satu bentuk terbaik sesebuah kerajaan, bukan mudah untuk mentadbir kerana rakyat tidak faham mengenai batas-batas demokrasi," katanya lagi.- BERNAMA Sumber: mstar.com.my Note: Dulu belum serang Anwar, Tun pun puji Anwar melambung.. - PK" |
Berpeluh dan berkilat lagi la dahi Najib... kahkahkah... Posted: 03 Dec 2011 09:30 PM PST Parti Islam capai kemenangan KAHERAH: Keputusan awal pilihan raya pertama Mesir selepas revolusi menunjukkan parti Islam mencapai kemenangan termasuk parti Salafi, dengan parti sekular berdepan kekalahan di banyak kawasan. Perangkaan awal di kawasan yang mengundi di negara itu pada Isnin dan Selasa lalu, mengesahkan ramalan awal parti Islam akan menang sekurang-kurangnya dua pertiga daripada undian. Di Port Said, gabungan parti Islam diketuai pergerakan yang pernah diharamkan, Ikhwanul Muslimin, memperoleh 32.5 peratus undian manakala parti Al-Nur mendapat 20.7 peratus, lapor akhbar Al-Ahram. Parti Wafd yang berfahaman liberal mendapat 14 peratus manakala satu lagi parti Islam, Al-Wassat, mencatatkan 12.9 peratus, menurut akhbar itu. Di selatan daerah Laut Merah, parti Ikhwanul Muslimin memenangi 30 peratus undian manakala gabungan sekular Blok Mesir memperoleh 15 peratus. Keputusan penuh pada awalnya dijadual disiarkan Rabu lalu tetapi ditangguhkan beberapa kali. Suruhanjaya Pilihan Raya berjanji petang kelmarin pada sidang akhbar yang huru hara untuk menyiarkan ia di laman web mereka. Ada juga peluang bagi pergerakan sekular yang memainkan peranan dalam menumbangkan pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun Februari lalu selepas 178 hari mengadakan tunjuk perasaan. Ia bagaimanapun dibayangi Ikhwanul Muslimin yang lebih teratur, amat dikenali penduduk Mesir kerana berdekad menjadi pembangkang kepada rejim Mubarak dan kerja kebajikan dan sosial yang menggalakkan. Seorang calon liberal, Mohammed Abdel Ghani, memberitahu akhbar Al-Shorouq pergerakannya perlu berdepan dengan propaganda parti Islam yang menyatakan calon bukan parti Islam adalah kafir. Di Kaherah, bintang pergerakan itu, Amr Hemzawi, memenangi kerusi di daerah Heliopolis tetapi di tempat lain, tokoh revolusi terpaksa bergelut untuk menang. Di Dataran Tahrir, penunjuk perasaan kembali minggu lalu untuk membantah pemerintahan tentera yang mengambil alih teraju pemerintahan selepas Mubarak meletak jawatan tetapi bilangan berkurang kepada beberapa ratus saja semalam. Menurut laporan akhbar Al-Masri Al-Yum, tiada calon wanita terpilih dalam pusingan pertama, dengan penyampai televisyen, Gamila Ismail, aktres Tayssir Fahmi dan calon Wafd, Nihal Aahdi, semuanya tersingkir. Aahdi memberitahu akhbar itu kegagalan calon wanita kerana parti berasaskan agama menguasai masyarakat Mesir dan Ikhwanul Muslimin dan Salafi menguasai keputusan undian. Ia cuma fasa pembukaan pilihan raya Parlimen yang dijalankan dalam tiga tahap tetapi keputusan menunjukkan aliran politik yang akan membentuk peralihan negara itu kepada demokrasi. Bagi Dewan Parlimen, seluruh negara akan mengundi dalam dua tahap lagi lewat bulan ini dan Januari. Dewan Negara kemudian akan dipilih menerusi tiga tahap. – AFP |
Menteri mana yang kontek Bob Lokman nih... haha... Posted: 03 Dec 2011 09:14 PM PST Panasss..Menteri nii Tanya,"Lu Mahu Berapa..??" Kata Bob Lokman Bob Lokman kata pernah 2 orang menteri hubungi beliau. Penceramah dan pendakwah bebas saudara Bob Lokman mendakwa beliau telah dihubungi oleh dua orang menteri dan menawarkan sesuatu kepada beliau. Menteri terbabit dikatakan bertanya kepada Bob Lokman,"Engkau nak apa, Engkau nak berapa?". Bob Lokman diminta datang ke pejabat mereka tapi tidak dilayan oleh beliau. Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut dalam ceramah beliau malam tadi di Markaz Pas Cawangan Seksyen 18, Shah Alam. Bob Lokman tidak mendedahkan siapa dua menteri terbabit. Bob Lokman kini semakin berani dan bersemangat selepas beliau dihalang pihak berkuasa JAIS kerana berceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Selangor. Pihak Jais telah keluar waran tangkap terhadap Bob Lokman. Ketika mengulas kes tersebut Bob Lokman berkata masjid terbabit telah tiga kali panggil beliau untuk berceramah sebab itu beliau datang. Bob Lokman kata kes beliau hadir ke masjid tersebut untuk berceramah umpama menolong isteri jirannya minta tolong bawa kereta hantar beliau ke hospital untuk bersalin. Beliau kata tidak ada lesen memandu. Isteri jirannya kata bawa sajalah janji tidak accident. Sampai dipertengahan jalan tidak berlaku accident tapi ditahan polis kerana tidak ada lesen memandu dan dibawa ke balai polis. Kata Bob Lokman takkan tak ada sifat perikemanusiaan langsung pihak berkuasa kerana beliau menolong orang! Ketika mengulas isu akta RUU yang diluluskan di parlimen Bob Lokman berkata rakyat jangan takut dengan ugutan pihak berkuasa. Sebagai contoh kata beliau Mahatma Ghandhi yang tahu beliau akan ditangkap telah hadir bersama-sama rakyat India yang lain ke jalanraya. Kata Bob Lokman sepatutnya apabila para peguam turun ke jalanraya bantah akta RUU semua rakyat turut serta biar pihak polis tak tahu yang mana satu peguam yang mana satu rakyat biasa. Begitu juga apabila profesor Dr Aziz Bari dihalang tugas di UIA semua rakyat kena turut serta bantah bukan hanya golongan pelajar saja berdemontrasi. Jika semua rakyat turun di jalanraya berapa banyak sangat mereka mampu tahan dan tangkap? "Jika pemimpin tidak mahu berubah rakyat akan mengubah. Apabila rakyat buat perubahan pemimpin akan bertukar" kata Bob Lokman dalam forum 'Apa Salah Kami?' di Markaz Pas Seksyen 18 Shah Alam.- Sumber: sini |
Projek Najib bengongkan rakyat... kahkahkah... Posted: 03 Dec 2011 07:37 PM PST 13 Produk Makanan Di Kedai Rakyat 1Malaysia Tak Penuhi Spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 Oleh NG CHENG YEE KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato. Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan. Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M. Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis. Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta. Isu mengenai kualiti produk yang dijual di KR1M yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian telah dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini. Dalam hubungan ini, kata Liow tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan. Bagaimanapun Liow berkata, pihak kementerian telah berjaya mengesan siapakah pihak yang mengeluarkan produk-produk makanan itu. Tambah beliau dari Januari hingga Ogis tahun ini, 125,709 barangan yang dibawa masuk ke Malaysia telah diperiksa di bawah Sistem Maklumat Keselamatan Makanan. "Hasil siasatan dan ujian mendapati, 1.1% daripada barangan ini didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985," ujarnya. Untuk produk tempatan pula, 41,518 sampel telah diambil dari Januari hingga September tahun ini dan daripadanya 4.9% telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
tramadol online tramadol 420chan - order tramadol next day
Catat Ulasan