Ahad, 4 Disember 2011

Addin

Addin


Kisah Bekas Ahli UMNO Yang Keluar Parti

Posted: 04 Dec 2011 07:47 AM PST

Parti UMNO adalah parti pertama saya menjadi ahli pada 1994. Sungguhpun saya pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Cawangan USNO Kg Petagas, saya tidak pernah menjadi anggota parti itu secara rasmi. Saya di Edinburgh, Scotland selama 5 tahun dan balik ke Sabah pada September 1994. Ketua UMNO Bahagian Kota Belud pada masa itu ialah Datuk Seri Salleh Said. Dia juga Menteri Kewangan Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah. Sebaik bertemu, dia menjemput saya menyertai UMNO.

Pada masa yang sama, abang kandung saya Jamlidi Hj Oli adalah Ketua Bahagian PBS. Dia dijangka akan menentang Salleh Said di Parlimen Kota Belud atau DUN Usukan jika PRU diadakan kerana PBS adalah parti pembangkang ketika itu.

PBS pimpinan Tan Sri Pairin hanya kembali kepangkuan BN pada tahun 2001 setelah tewas pada PR negeri tahun 1999. Walaupun abang saya seorang pemimpin kanan PBS, saya memilih UMNO kerana saya kenal UMNO. Saya pernah belajar dan mengajar mata pelajaran sejarah. Saya tahu siapa Onn Jaafar, Tunku Rahman, Tun Razak, Tun Hussien. Saya tahu sejarah Malayan Union.

Saya yakin berdasarkan sejarah perjuangannya UMNO adalah parti terbaik kepada saya dan rakyat Sabah! Saya juga yakin parti UMNO boleh meneruskan agenda yang diperjuangkan rakyat Sabah melalui PBS tanpa perlu berkonfrantasi dengan kerajaan Pusat. Perjuangan memulihkan Perkara 20, Borneonisasi, otonomi, masalah PTI dan banyak lagi isu negeri, pada hemat saya rasa lebih mudah ditangani jika parti UMNO yang menerajuinya kerana hubungan yang rapat kepimpinan UMNO negeri dengan pimpinan tertinggi negara.

Begitulah tingginya harapan saya kepada UMNO!

Selepas berlalu PRU 1995, 1999, 2004, 2008 dan selepas 9 orang KM Sabah bertukar ganti sejak UMNO masuk ke Sabah. Bermula dengan Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Said Keruak, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Dompok, Datuk Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah Kiat dan Datuk Musa Aman. Isu seperti royalti, perkara 20, PTI dan Borneonisasi masih tidak mendapat perhatian yang serius.

Kepimpinan UMNO Sabah dan Pusat terus mendendangkan lagu pembangunan. Manakala rakyat Sabah terus bergelumang dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial. Kadar kemiskinan masih di tahap yang tinggi. Kadar pengangguran terus berada di puncak statistik negara.

Jika ada 100 belia dari Sabah yang berkelayakan mencari pekerjaan ke tanah Semenanjung, dimana kah mereka bekerja? Peluang hanya mampu dapat kerja sebagai GRO, tukang urut di Bukit Bintang atau kerja Kilang di Sungai Way. Sebaliknya jika ada 100 belia dari negeri-negeri dari Semenanjung ke Sabah, mereka akan menjadi ketua-ketua jabatan persekutuan, pegawai kanan dan kontraktor Petronas.

UMNO adalah parti yang terbaik kepada orang Melayu di Tanah Melayu!!

Saya sedih keluar dari parti yang terus mengungguli perjuangan membela agama, bangsa dan negara seperti UMNO. Saya amat menghormati prinsip UMNO untuk membela umat Melayu. Tapi untuk UMNO membela dan memperjuangkan hak-hak orang Bajau, Kadazandusun, Murut, Ubian, Brunei, Orang Sungai, Kadayan, Bisaya, Tatana, dan rakyat pribumi Sabah yang lain barangkali belum sampai masanya!-sabahkini


(Gambar) Acheh : Selepas 7 Tahun Di Landa Tsunami

Posted: 04 Dec 2011 04:30 AM PST

Pada tanggal 23 Nov baru-baru ini, Addin berkesempatan ziarah ke bumi Acheh. Addin sempat menziarahi tempat bersejarah dan kesan-kesan tinggalan tsunami. Addin juga berkesempatan menziarahi dan bersua muka dengan mangsa-mangsa tsunami Acheh. Rata-rata penduduk Acheh yang Addin temui sangat menyambut baik kedatangan kami. Masyarakat Acheh sungguh terkenal dengan keramahannya. Mula-mula agak janggal dengan pertuturan serta makanan  masyarakat Acheh, lama kelamaan menjadi biasa. Kebanyakan restoran masyarakat Acheh menyediakan masakan Melayu Minang.

Banyak perubahan telah berlaku di bumi Acheh setelah 7 tahun di landa tsunami. Daripada bantuan masyarakat dunia yang diterima, Acheh boleh dikatakan kembali pulih walaupun tak sepenuhnya. Bantuan masyarakat antarabangsa mencurah-curah selepas berlakunya tsunami pada 26 Disember 2004. Agak sedih dan sayu melihat mangsa tsunami yang kehilangan kaum keluarga tercinta. 

Sejarah Acheh kalau di lihat terlalu panjang dan berliku-liku, bermula dengan pemerintahan Sultan Iskandar Muda sehingga ke pemerintahan Belanda. Gerakan Aceh Merdeka (GAM) kian rancak menuntut kemerdekaan Aceh selepas pelucutan Daerah Kegiatan Tentera  pada 7 Ogos 1998 yang sudah berlangsung selama 10 Tahun sejak 1989. Melalui perbualan dengan masyarakat setempat, GAM di wujudkan akibat ketidakpuasaan hati rakyat Acheh terhadap pemerintah kerajaan pusat. 

Acheh di anak tirikan oleh kerajaan pusat dan ini juga berlaku di Malaysia.  Tetapi, kini GAM telah di bubarkan mengikuti MOU yang di sepakati di Helsinki, dan Acheh telah di berikan autonomi khusus, sehingga Acheh kembali kepada Indonesia. Semua ini berlaku selepas tragedi tsunami yang meragut hampir 220,000 mangsa.

Kemungkinan ini hikmahnya berlaku tsunami pada 26 Dis 2004, ianya bukan sahaja mengubah landskap Acheh tetapi juga mengubah landskap politik Acheh.. sehingga tercetusnya perdamaian di antara GAM (kini di kenali Partai Acheh) dengan kerajaan pusat Indonesia. Partai Acheh kini menjadi pemerintah di Acheh, kebanyakan pemimpinnya adalah bekas pimpinan dari GAM. Alhamdulillah.. Acheh satu-satunya provinsi di Indonesia yang mempunyai undang-undang Syariah beserta polis syariah.

Gambar-gambar sekitar ziarah Acheh  :-

Kesan tinggalan tsunami
Sate Acheh
Setiap pokok di Banda Acheh di tanda macam ni, ia merupakan paras air semasa tsunami


Kapal Tsunami di Lampulo, Acheh

Kapal janakuasa lektrik diesel PLN yang hanyut 5km dari pantai
Masjid Baiturrahim yang selamat dari tsunami walaupun beberapa meter dari pantai
 
Makam Syeikh Kuala, yang selamat dari tsunami


Mimbar Masjid raya Baiturrahman

Masjid raya Baiturrahman

Pokok Kohler, tempat  Jeneral Belanda yang dibunuh oleh pejuang Acheh

Longa Beach

Jalan Pasar Acheh





Muzium Tsunami Acheh yang disumbangkan oleh World Bank

Pemandu pelancong kami, Eric Hidayat


Pak Fendi, driver bas kami yang kehilangan isteri 2 anak semasa tsunami melanda. Sehingga ke hari ini mayat mereka belum ditemui.

Addin @ Acheh 23-25 Nov 2011

Pepsi, Coca Cola Dan 7Up Di Cemari Virus Aids?

Posted: 04 Dec 2011 02:16 AM PST

Masyarakat dunia baru-baru ini dikejutkan dengan dakwaan bahawa beberapa jenis minuman ringan seperti Pepsi, Coca-Cola, 7-Up, Tropicana Juice Slice dan lain-lain lagi dikatakan mengandungi virus HIV. Dakwaan tersebut yang tersebar meluas terutamanya di India menerusi laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, telah menyebabkan ramai yang percaya dan berhenti minum minuman ringan sebagaimana yang dinasihatkan oleh pesanan tersebut.

Menurut pesanan tersebut yang mula disebarkan pada Julai tahun ini, seorang kakitangan syarikat minuman ringan itu telah memasukkan beberapa titisan darahnya yang mengadungi virus HIV di dalam tangki penyediaan minuman itu.

"IMPORTANT MESSAGE FROM DELHI POLICE…. 4 next NEXT FEW DAY DNT DRINK ANY PRODUCT FROM PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA, ETC , AS A WORKER FROM D COMPANY HAS ADDED HIS BLOOD CONTAMINATED WIT AIDS. Watch ND TV. Plez Forward dis mesge to every 1 u care 4 plz.

("PESANAN PENTING DARI POLIS DELHI….UNTUK BEBERAPA HARI SELEPAS INI JANGAN MINUM SEBARANG PRODUK DARI PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA DAN LAIN-LAIN, SEORANG PEKERJA DARI SYARIKAT ITU TELAH MEMASUKKAN DARAHNYA YANG MENGANDUNGI AIDS. Tonton ND TV. Tolong sebarkan pesanan ini kepada semua insan tersayang)," kata pesanan yang dipetik melalui Facebook pada 29 November lalu.

Selain itu, berita tersebut turut disebarkan melalui Twitter oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"I received a text saying please don't drink Pepsi a worker put his blood (HIV +) into some bottles. Be careful (Saya menerima pesanan teks yang menyatakan jangan minum Pepsi seorang pekerjanya memasukkan darahnya (HIV+) ke dalam beberapa botol minuman. Berhati-hati)," katanya yang dipetik dari sebuah laman web, urbanlagends.about.com.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut juga sangat mirip kepada beberapa dakwaan yang didapati palsu sebelum ini dimana ada pihak yang menyebarkan tentang produk makanan seperti sos cili dan tomato yang mengandungi virus HIV sekitar tahun 2004, 2007 dan 2008.

Menurut laman web itu lagi, apabila maklumat tersebut diperiksa di Pusat Pengawalan Dan Pencecahan Penyakit Antarabangsa (CDC) semua dakwaan tersebut jelas palsu kerana adalah sangat mustahil untuk virus HIV dapat dijangkiti dengan cara sedemikian.

"HIV does not live long outside the body. Even if small amounts of HIV-infected blood or semen was consumed, exposure to the air, heat from cooking, and stomach acid would destroy the virus. Therefore, there is no risk of contracting HIV from eating food.

("HIV tidak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah yang dijangkiti HIV atau air mani yang dimakan, pendedahan kepada haba udara, memasak, dan asid perut akan memusnahkan virus itu. Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV daripada makan makanan)," kata laman web CDC tersebut.

Menurut laporan dari CDC yang dikemas kini pada tahun 2010 sehingga kini, tiada sebarang aduan berkaitan produk makanan yang dicemari darah atau air mani yang mengandungi virus HIV dan tiada sebarang insiden yang membabitkan jangkitan HIV melalui produk makanan.

Baca lanjut di sini.


PAU 2011 : Najib Hanya Syok Sendiri

Posted: 04 Dec 2011 01:42 AM PST

Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Najib Razak tiada agenda yang penting untuk disampaikan dalam ucapan polisi beliau untuk Parti Umno melainkan mengutuk dan mengeluarkan amarah. Perhimpunan agong itu dikatakan sebagai mesyuarat terpenting kerana Najib dijangka akan mengadakan pilihanraya umum awal tahun depan, sungguhpun begitu, apa yang beliau hanya mampu buat adalah memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar Ibrahim dan menyakinkan bahawa Umno adalah parti paling demokratik di dunia.

Najib yang juga merupakan Presiden Umno telah mengulangi bahawa pilihanraya umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi tetapi, tidak memberi petunjuk kukuh bila ia akan berlaku. Cara beliau yang tidak mahu memberi notis awal kepada pihak pembangkang ini dilihat sebagai tidak demokratik dan akan pandang sinis oleh negara-negara demokrasi yang matang.

Ia merupakan ucapan yang mengecewakan kerana tidak memberikan arah tujuan kepada Umno dan menunjukkan bahawa tiada perubahan signifikan dibawah Najib. Nampaknya, ia lebih teruk berbanding masa Abdullah Badawi atau Mahathir di mana sekurang-kurangnya terdapat juga perkembangan ekonomi untuk mengimbangi kekurangan kebebasan awam. Sekarang, dalam tahun 2011, Malaysia bukannya kekal dalam pertumbuhan ekonomi malah ia sedang jatuh dan Najib menutupnya dengan penipuan. Berapa banyak reformasi telah Umno lakukan?" ujar Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Malaysia sekarang negara paling teruk di ASEAN dari segi kebebasan berhimpun

Jui Meng merujuk kepada ucapan Najib yang tiada isi itu di mana beliau menegaskan bahawa Umno lebih demokratik berbanding parti pembangkang PKR, PAS dan DAP.

Yang peliknya, beberapa hari yang lalu Najib telah pun mencipta sejarah sebagai pemimpin yang telah menjadikan Malaysia negara paling teruk di Asia Tenggara dengan Akta kontroversi Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat. Selain daripada ahli politik tempatan, Majlis Peguam Negara, masyarakat umum, badan-badan antarabangsa termasuk LawAsia, Amnesty International dan Human Rights Watch telah mengutuk akta tersebut kerana bersifat menekan, menentang hak asasi dan tidak selari dengan demokrasi.

Sungguhpun begitu, Najib tetap tidak memperdulikan itu semua dan terus menegaskan bahawa Malaysia kearah menjadi negara demokrasi terbaik disebabkan oleh pentadbiran beliau.

"Kita membenarkan ramai orang Umno untuk memilih pemimpin mereka dan Umno bukanlah parti yang takut pada demokrasi, berbanding lawan kita. Kita tidak seperti parti pembangkang. Umno berpegang kepada demokrasi seperti pepatah Inggeris, "the proof of the pudding is in the eating'" beliau memberitahu dalam Perhimpuan Umno 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari Khamis.

"Kami tidak pernah mendominasi atau berniat untuk mendominasi parti komponen lain. Kami bukanlah parti yang bersifat perkauman tetapi berusaha ke arah pembangunan nasional. Selain itu, dalam PKR, presiden parti adalh isteri pemimpin de-facto dan anak perempuan sulungnya menjadi timbalan presiden. Perlu kita cakap apa-apa lagi?"

Selepas memburukkan Anwar, beliau meneruskan kepada DAP dan PAS.

"Adakah demokratik apabila delegasi daripada bahagian memilih 20 ahli komiti utama dan mereka pula memilih pemimpin parti? Ini jelas tidak menunjukkan kemahuam ahli-ahlinya" kata Najib merujuk kepada DAP.

"Orang ini, (mursyidul am) adalah lebih berkuasa daripada presiden" tambah beliau mengenai PAS pula.

Tikam dari belakang

Ramai yang hairan mengapa Najib, yang seharusnya melakukan permulaan baru atau letupan idea lebih berminat untuk fokus kepada apa yang berlaku dalam parti lawan. Ini mungkin kerana beliau sudah kehabisan idea dan tiada jalan lain lagi. Dengan itu beliau terburu-buru mendapatkan kelulusan Akta Perhimpunan itu untuk mengelak daripada berlakunya tujuk perasaan jalanan sekiranya BN menang dengan cara yang mencurigakan pada PRU 13 nanti.

"Sangat mengejutkan dalam masa yang kritikal begini, Najib mahu membuat perbandingan antara parti beliau dengan parti kita. Sama ada beliau merasa sangat tidak selamat ataupun ramai ahli Umno yang telah memberi isyarat bahawa mereka mahu menyertai parti dalam Pakatan. Tetapi, untuk menjawab pertanyaan beliau, bagaimanakah Umno boleh menjadi lebih demokrasi berbanding PKR? Kita mempunyai sistem satu ahli satu undi, manakala, hanya sedikit sahaja ahli Umno yang dapat mengundi terus pemimpin mereka. Mereka harus melalui delegasi yang semestinya telah mengambil faedah politik wang dan mengundi seperti yang dikehendaki oleh elit Umno." Jelas Jui Meng.

"Bagi PAS pula, struktur dalaman mereka memang meletakkan Mursyidul Am PAS lebih tinggi berbanding presiden parti. Jadi Najib bercakap mengenai apa sebenarnya? Sebagai presiden Umno dan PM, beliau sepatutnya memberitahu partinya bagaimana untuk menyelamatkan Malaysia daripada kejatuhan ekonomi, bagaimana hendak membersihkan parti daripada rasuah dan bukan mempertahankan rasuah. Beliau sepatutnya memberitahu Malaysia betapa gahnya Umno dengan memberi bayangan kepada masa depan yang diwarnai dengan demokrasi tulen dan harapan untuk rakyat terutamanya yang lemah dan miskin. Bukannya menghentam orang lain dari belakang!"

Berwawasan atau hanya handal berkata-kata?

Najib juga menggunakan perkataan seperti 'berwawasan' tetapi tidak menerangkan apa maksud sebenar selain daripada menyebut media baru, realiti politik baru dan minda baru pengundi.

Sungguhpun begitu, beliau dilihat masih mempertahankan cara Umno dank omen beliau disifatkan lebih kepada menunjuk-nunjuk untuk kelihatan baik dan bukan untuk diusahakan. Najib sememangnya menyuarakan kepada calon-calon yang tidak popular untuk tidak mempertahankan kerusi mereka tetapi beliau tidak menyentuh isu-isu yang telah merosakkan Umno seperti rasuah dan kuasa di tangan elit.

Perhimpunan Agong Umno diadakan tidak lama selepas Ketua Wanita dituduh menyalahgunakan kuasa dan rasuah dalam ahli keluarga beliau. Namun, sehari yang lalu, Pemuda Umno telah digesa untuk mempertahankan Shahrizat dan tidak pula menasihatkan beliau untuk merelakan diri disiasat untuk membersihkan nama beliau. Umno dilihat sebagai menyalahgunakan kuasa polis dengan pengumuman Timbalan ketua Polis Khalid Bakar mengenai tiada unsure-unsur rasuah yang dijumpai semasa siasatan terhadap NFC setakat ini. Ini mengundang tuduhan bahawa Khalid digunakan untuk menyelamatkan Umno.

Indeks rasuah jatuh, satu komen pun tiada mengenai rasuah

Pengkritik juga mengatakan bahawa adalah pelik bahawa Najib menyuarakan hasrat untuk melihat wujudnya Malaysia baru yang lebih baik, untuk partinya pula, beliau langsung tidak berani mengutarakan perkataan "rasuah".

Sementara itu, Indeks Rasuah telah jatuh kepada 60 daripada 56 pada tahun lepas dan ini menunjukkan bahawa kerosakkan yang dilakukan Umno terhadap negara adalah sangat dalam.

"Kita harus faham bahawa sekiranya Umno gagal untuk memahami faktor yang membawa kepada insane 'berwawasan'dan tidak mengambil langkah untuk memperbaharui 'pelan permainan' iaitu yang telah kita rangka pelan tersebut, maka kita akan ditimpa tragedi. Sekiranya Umno tidak memahami realiti lanskap politik baru, bagaimanakah Umno dan BN akan berjaya? Kedua, media baru," kata Najib.

"Suka atau tidak, Umno harus menguasai media baru kerana hari ini, sekarang ini, ia dapat menentukan kejayaan atau kekalahan. Ia boleh memberikan serampang dua mata kepada kita disamping menjadikan peperangan kita tidak sama rata. Ketiga, Umni harus memahami bahawa terdapat pemikiran baru disemua peringkat pengundi, jadi kita haruslah mendapatkan sokongan mereka. Umno tidak boleh dilihat sebagai angkuh dan tidak relevan kerana sekiranya itu berlaku, rakyat akan mengenepikan kita.

Bukan perkauman atau hipokrit

Berkemungkinan tahap hipokrasi Najib yang tertinggi adalah apabila beliau mengisytiharkan bahawa Umno bukan perkauman. Beliau langsung tidak memarahi Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang dalam tahun ini telah mengeluarkan beberapa kenyataan berbau perkauman.

"Umno sebenarnya adalah pemangkin kepada semangat kerjasama antara kaum yang telah akhirnya mencipta kestabilan sosial dan keharmonian nasional." Ujar Najib. "Umno sehinggakan sanggup menyokong calon yang bukan daripada kaum Melayu, untuk kepentingan yang lebih besar iaitu memenangi pilihanraya, mencipta kerajaan dan kebebasan."

Ahmad Maslan, Timbalan menteri di jabatan perdana menteri dan juga Ahli Parlimen Pontian telah mengeluh dengan kehilangan tempat kepada pemimpin bukan melayu dan mengatakan bahawa ia tidak dapat diterima. Beliau suka menghentam kaun cina dan memberi amaran bahawa sekiranya Pakatan menang dalam PRU dan terjadi parlimen tergantung, orang melayulah yang akan kerugian besar kerana mereka akan kehilangan bahasa dan Islam akan diganti dengan Kristian.

Pengkritik menyelar Najib kerana sanggup membuat 'kenyataan yang lemah' bahawa Umno bukan bersifat perkauman.

"Ini adalah lawak paling besar. Tak hairanlah Umno harus menipu dalam pilihanraya. Mereka sering memutarbelit kebenaran daripada mengakui dan membetulkan kesilapan mereka. Ia bertambah teruk tahun demi tahun." Ujar Jui Meng.

"Tidak ada sebab untuk bicara mengenai "wawasan" atau menggunakan bahasa yang canggih. Baliklah kepada yang asas. Berkhidmatlah untuk rakyat dan dengarlah apa yang mereka mahu, dan sedarlah bahawa inilah yang penting dan bukannya kemahuan Umno elit sahaja. Hapuskan rasuah walaupun layaknya agak terlambat. Ia akan memakan kita dan membankrapkan kita. Hukumlah ahli yang bersikap perkauman termasuk Muhyiddin dan Mahathir sebelum mengaku bahawa Umno tidak bersifat perkauman. Kemudian, barulah kami akan kata bahawa kamu bukan hipokrit!"

Gempar!! Gambar Buaya Semasa Banjir Kilat Di Kajang..

Posted: 03 Dec 2011 06:05 PM PST


Gambar ini di ambil semasa banjir kilat di Kajang petang semalam.. Cuba perhatikan betul-betul dalam bulatan.. buaya ke? Addin pun tak pasti, gambar ni di post ke wall fb Addin.. macam-macam cerita yek. Wallahualam sejauh mana kesahihannya gambar dan cerita ini.. Sahabat-sahabat ada maklumat ke? Kalau ada ama-sama kita kongsi..

Tiada ulasan: