Sabtu, 3 Disember 2011

shalehudin

shalehudin


Spesis mamalia mana yang KJ sebut nih... kahkahkah...

Posted: 03 Dec 2011 04:30 AM PST

Siapa Kah `Enam Jahanam' Yang Disebut Oleh `Ketua Jahanam' (KJ) Itu?

'ENAM JAHANAM', suatu perkataan yang dipopularkan oleh KJ (Ketua Jahanam). Apa yang dimaksudkan oleh KJ sebagai Enam Jahanam itu? Bukan tajuk filem Allahyarham P. Ramlee, tetapi 'Enam Jahanam' itu adalah tajuk ucapan KJ atau 'Ketua Jahanam' di dalam kandang yang diselubungi dengan isu 'Lembu Dalam Kondo dan Kereta Merc'.

Bertempat di `Place Where Talking Cow' (PWTC), KJ mengungkapkan enam jahanam itu adalah seperti berikut;

1. Menjahanamkan sistem demokrasi

2. Menjahanamkan sistem pentadbiran

3. Menjahanamkan maruah negara

4. Menjahanamkan sejarah negara

5. Menjahanamkan jati diri bangsa
dan

6. Menjahanamkan kemakmuran negara.

Siapa agaknya yang KJ (Ketua Jahanam) tujukan dengan `Enam Jahanam' ? Tidak lain dan tidak bukan kepada `spesis mamalia' yang berada di PWTC. Sebab apa? Sebabnya boleh diulas sedikit di sini berpandukan `Enam Jahanam' yang disebut oleh `Ketua Jahanam' (KJ) itu;

Pertama, Menjahanamkan Sistem Demokrasi. Semua tahu siapa yang rosakkan sistem demokrasi. Mereka yang menggunakan seluruh media kerajaan dan jentera kerajaan untuk berkempen buat kepentingan mereka adalah perosak sistem ini. Pernah anda lihat pemimpin Pembangkang diberi ruang untuk bercakap hatta 10 minit bagi menjawab tuduhan mereka? Bagaimana pula dengan program ceramah pihak Pembangkang, sering diganggu dengan berbagai alasan dan cara. Semua tahu apa SPR buat selama ini di mana `Kampung Baru' pun tersenarai sebagai Pengundi. Pendatang pun boleh mengundi? Dan...banyak lagi.

Kedua, Menjahanamkan Sistem Pentadbiran. Terbaru, apa yang berlaku kepada Prof Dr Aziz Bari? Bagaimana pihak pentadbiran Universiti pun mahu diganggu kerana kepentingan mereka. Semua tahu seringkali di dalam program politik mereka, kakitangan kerajaan dikerah hadir untuk meramaikan jumlah kehadiran. Siapa yang tidak tahu bagi pihak mereka, sekolah bebas digunakan untuk mereka bercakap soal `keris tanpa sarung' atau `Dacing Baghdad'. Dan...banyak lagi..

Ketiga, Menjahanamkan Maruah Negara. Maruah negara menjadi busuk bila Perancis membuka fail tentang kes rasuah `Scorpene' melibatkan pemimpin utama mereka. Kisah pembunuhan Altantuya rakyat Monggolia, sehingga kini membusukkan nama negara kerana masih gagal menentukan mengapa Altantuya dibunuh dan atas arahan siapa? Sebuah akhbar di luar negara sering melaporkan kisah isteri seorang pemimpin negara ini yang suka bermewah-mewah di luar negara. Ini menjahanamkan maruah negara. Dan, banyak lagi....

Keempat, Menjahanamkan Sejarah Negara. Siapa boleh berikan jawapan tepat samada British itu dianggap sebagai Pejuang Kemerdekaan atau mereka yang menentang British? Jika benar British itu pengkhianat atau penjajah, siapa pula yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang dimiliki oleh British ketika itu? Siapa yang sebut Tok Janggut itu pengkhianat? Pemimpin utama mereka baru-baru ini sebut, Komunis sekarang sudah baik? Adakah kerana ingin berbesan dengan rakyat negara komunis maka secara `automatik' Komunis pun menjadi baik? Dan, banyak lagi...

Kelima, Menjahanamkan Jati Diri Bangsa. Berlaku sudah lama, sehingga jati diri tulisan Jawi pun mereka hapuskan. Berapa banyak lagi yang tinggal tanah rezab Melayu? Jika di Selangor, cuba tanya Satim Diman tentang kisah tanah rezab Melayu yang terjual ini. Siapa yang pernah memperkenalkan pengajaran Sains dan Metamatik di dalam Bahasa Inggeris? Siapa tahu nama UMNO itu singkatan dari bahasa Melayu kah atau Bahasa Inggeris? Mana jati diri? Dan, banyak lagi....

Akhirnya, yang keenam, Menjahanamkan Kemakmuran Negara. Semenjak bila negara ini tidak makmur? Bukankah pemimpin negara sering berkata negara kita makmur? Cuba tunjuk di mana kawasan atau negeri di negara ini sekarang sedang berperang atau berlaku kekecohan? Mereka hanya dakwa akan berlaku huru-hara jika parti mereka tewas dan tidak lagi berada di Putrajaya. Ertinya, sekarang ini masih wujud lagi kemakmuran. Di Empat buah negeri yang berada di tangan Pembangkang sekarang berlaku perang atau huru-hara kah? Yang melakukan huru-hara di negeri-negeri tersebut siapa? Mahu tahu cuba tanya Umno atau geng-geng songkok tinggi.

Kesimpulannya, KJ (Ketua Jahanam) ingin memberitahu bos mereka bahawa cukup-cukuplah jangan memperbodohkan rakyat lagi. Kesemua `Enam Jahanam' yang disebut oleh `Ketua Jahanam' (KJ) itu memang tepat ke atas pemimpin-pemimpin yang sekarang ini sedang berlonggok di dalam `kandang' Place Where Talking Cow (PWTC). Syabas KJ./ wfauzdin.blogspot.com

Wajib baca, DAP lunyaikan UMNO...

Posted: 03 Dec 2011 03:00 AM PST

Mengapa UMNO takut kepada DAP?

Oleh Fairuz Azhan

Ia merupakan fenomena yang luar biasa yang mana DAP setiap hari mendapat publisiti yang meluas dari media massa bahasa Melayu kawalan UMNO. Jika dahulu musuh mereka nombor satu ialah PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tumpuan mereka lebih teralih kepada DAP.

Jika kita mengamati lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, yang paling banyak dihentam dan diberi publisiti (walau pun negatif) ialah DAP. Bukannya dalam kadar yang sedikit liputannya, tetapi bermuka-muka surat setiap hari.

Lim Guan Eng dan Tony Pua merupakan antara yang tokoh-tokoh DAP paling popular di akhbar tersebut. Setiap hari ada ada saja tentang beliau. Orang Melayu yang tidak pernah mendengar DAP atau nama-nama pemimpinnya kini sudah tahu siapa mereka.

Hingga saat ini dalam Perhimpunan Agung UMNO pun, DAP yang paling banyak disebut. Para perwakilan UMNO tidak perlu buat kajian atau persediaan untuk berucap; cukup sekadar membuat tuduhan liar dan fitnah seperti 'DAP parti rasis', 'ejen kristianisasi', 'anti- Raja', 'anti-Melayu', 'semua penyokong DAP adalah bangsat!'.

Itulah antara yang dilaungkan di PWTC ketika ini. Hinggakan ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pun menyebut 'DAP' lebih 60 kali. Sememangnya, jika anda menyebut DAP kepada orang UMNO, andalah yang paling 'cool'.

Apa yang mereka buat ialah hentam DAP habis-habisan. Benar atau tidak, itu tidak penting. Lagi pun jika orang nombor dua parti sudah memaki-hamun DAP, tentulah yang di bawah lebih terhegeh-hegeh mahu membodek bos mereka.

Jadi, mengapa DAP ditakuti oleh UMNO?

Terlalu kerap difitnah, orang ingin tahu sebab difitnah

DAP merupakan antara parti masyarakat majmuk yang paling lama wujud di Malaysia. Sejak dari awal penubuhannya sudah terdapat ahli dan calon Melayu dalam parti.

Menyedari hakikat ini, UMNO dari awal lagi melabel DAP sebagai parti cauvanis Cina dan komunis kerana ia memang berniat mahu orang Melayu melihat DAP sebagai sebuah parti yang mahu menghancurkan orang Melayu.

Menurut propagandis UMNO, itulah pendirian dan tujuan asal DAP – semata-mata mahu menghancurkan Melayu. Berjaya juga propaganda itu sepanjang tahun-tahun 1970-an hingga 1990-an.

Namun apa yang jelas, sekarang propaganda fitnah besar-besaran ini bagaikan menetak kaki sendiri kerana lebih ramai pula orang Melayu mahu menyertai DAP sejak akhir-akhir ini.

Barangkali itu mungkin kesan terbalik daripada fitnah. Bagaikan gerakan anti-Islam yang memburuk-burukkan Islam, tetapi semakin teruk difitnah, semakin ramai orang ingin mengetahui mengenai Islam, dan akhirnya ramai pula memeluk Islam setelah mengetahui perkara yang sebenar.

Seperti mana mangsa fitnah yang lain, semakin banyak fitnah dilontarkan kepada DAP, semakin ramai orang ingin mencari kebenaran. Itu hakikat di mana-mana pun, dan itu juga merupakan sebab utama media alternatif meletup hebat.

Semuanya kerana orang ingin mencari kebenaran, iaitu selain 'kebenaran' yang disiarkan dalam akhbar harian atau ditayangkan oleh TV3 dan RTM.

Demokrasi sosial untuk semua kaum, agama

Jika orang mencari kebenaran tentang DAP, mereka akan dapati bahawa di sebalik segala fitnah, DAP merupakan sebuah parti politik yang memperjuangkan sesuatu yang baik. Ia merupakan sebuah parti demokrat sosial yang percaya pada sebuah sistem ekonomi terbuka yang menyediakan jaring keselamatan untuk rakyat berpendapatan rendah.

DAP juga sebuah parti yang berunsurkan nilai-nilai sosial di mana kebajikan masyarakat menjadi agenda paling utama. Oleh itu, ia sentiasa menjaga dan mengutamakan kebajikan masyarakat terutamanya mereka yang miskin dan tertindas oleh sistem.

Kalau dulu siapa pun tidak percaya dengan hasrat murni DAP, kini ia sudah memimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan menjadi rakan kongsi kerajaan negeri Selangor. Rakyat kini boleh melihat sendiri kejayaan hebat di negeri-negeri Pakatan apabila rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dapat dibenteras.

Kita lihat sahaja di Pulau Pinang di mana ia merupakan negeri pertama di Malaysia yang telah membasmikan secara keseluruhan kemiskinan tegar di negeri tersebut. Ya, anda membaca dengan tepat. MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR SECARA 100 peratus, dan kerajaan Pakatan Pulau Pinang kini merancang untuk membasmi kemiskinan keseluruhan pula di negeri tersebut menjelang 2015.

Ini hasil pegangan DAP kepada ideologi demokrasi sosial yang baik dalam mengutamakan rakyat. Ramai Melayu yang telah menyertai DAP atas keadilan ideologi demokrasi sosial, malah ideology ini dengan jelas menolak komunisme, kerana ia menerima kehadiran pasaran terbuka dengan jaminan bahawa pekerja dan rakyat sentiasa dijaga.

Mana-mana orang Melayu yang mencari kebenaran tentang DAP akan tertarik dengan ideologi ini, terutama setelah sedar bahawa parti itu bukan komunis dan bukan untuk mana-mana kaum. Ia adalah parti bukan kaum yang memperjuangkan hak untuk semua kaum.

Hanya mereka yang terikat dengan minda perkauman akan kekal dengan prejudis yang telah ditanam kepada mereka oleh UMNO.

UMNO yang tiada hujah atau jawapan kepada alternatif yang ditawarkan oleh DAP, telah mengambil jalan mudah – apabila gagal berhujah, tuduh dan tohmah sahaja lawan politik. Kerana para pemimpin UMNO gagal berhujah secara intelektual, mereka memilih untuk membakar emosi perkauman dengan membuat fitnah semata-mata untuk menakutkan orang Melayu supaya tidak berani mencari kebenaran.

Malah, isi kandungan fitnah itu tidak banyak beza dengan yang dicanangkan pada akhir tahun-tahun 1960-an dulu. Yang berbeza hanyalah zaman dulu tidak ada telefon bimbit, sms, internet, blog, facebook, twitter dan sebagainya.

DAP adalah segalanya yang bukan UMNO

Jika UMNO sebuah parti untuk satu kaum sahaja, DAP pula sebuah parti pelbagai kaum. Jika UMNO parti kronisme dan korupsi, DAP merupakan parti CAT (Cekap, Akauntabel, Telus). Jika UMNO parti mencari kekayaan individu, DAP parti yang memperkayakan rakyat dengan dasar demokrasi sosial. Jika orang muda tidak boleh bersuara dalam UMNO, dalam DAP orang mudalah menjadi tunjang.

Perbezaan DAP dan UMNO ini bagai langit dan bumi. Dan konsep inilah yang boleh menggoncangkan dunia realiti UMNO dan negara.

Jika pengasas UMNO Onn Jaafar mempunyai wawasan parti berbilang kaum, UMNO telah terus menghalau beliau keluar parti. Persoalannya, mengapa tidak boleh? Mengapa orang Melayu harus ditakutkan kepada sebuah parti politik yang berbilang bangsanya?

Walau pun dalam realiti politik Malaysia pada hari ini ramai mengganggapnya tidak realistik kerana dasar pecah dan perintah penjajah British dan BN, jika pada satu hari kita boleh meruntuhkan tembok perkauman dan segalanya berbeza tentang kita, bukankah ini satu impian yang dapat dicapai?

Kita harus berimpian bahawa satu hari nanti api perkauman UMNO dapat dipadamkan dan kita nyalakan api semangat anak Malaysia untuk mengangkat tamadun sebuah bangsa (nation) Malaysia yang mana kita 100 peratus bebas daripada kebencian kaum.

Segala yang buruk tentang UMNO

Dalam Perhimpunan Agung UMNO ini, kita dapat melihat segalanya yang buruk tentang UMNO. Yang paling jelas, untuk mereka terus kekal relevan, pemimpin mereka hanya tahu membakar api kebencian kaum.

Yang mereka tidak nampak ialah peracunan minda orang Melayu inilah yang akan membinasakan Melayu sendiri. Ini adalah kerana fitnah mereka terhadap DAP sudah terlajak kepada memburukkan kaum lain, terutama Cina dan India (contohnya kata-kata "semua penyokong DAP adalah bangsat").

Tanpa kebencian memupuk kebencian terhadap kaum lain, pemimpin UMNO tiada modal lain kecuali mengajak Melayu sahaja untuk terlibat dalam politik mereka.

Tetapi semakin ramai orang Melayu sedar bahawa UMNO tidak semestinya Melayu. Anti-UMNO tidak pernah sama dengan anti-Melayu. Itulah mitos selama ini yang cuba ditonjolkan UMNO, bahawa UMNO = Melayu.

Oleh kerana itu, melalui media massa yang mereka kuasai, para pemimpin UMNO cuba menunjukkan bahawa kritikan terhadap korupsi dan salah guna kuasa UMNO adalah serangan terhadap Melayu; dan serangan terhadap syarikat ternak lembu yang diberi wang oleh kerajaan kepada satu keluarga Menteri tetapi gagal mencapai matlamat, sebaliknya membeli kondominium dan kereta mewah pula, itu dianggap sebagai serangan terhadap UMNO dan hak Melayu.

Yang jelas, UMNO semakin takut kepada DAP kerana bersih, adil dan saksamanya DAP itu, selain urus tadbir CAT, secara terbuka mendedahkan kelemahan dan kepincangan sistem UMNO.

Dan jika Melayu akhirnya menerima dasar-dasar dan amalan DAP (walau pun tanpa perlu menyertai DAP), maka UMNO tidak akan relevan lagi buat selama-lamanya. Itulah mengapa UMNO amat takutkan DAP. Itulah sebabnya DAP menjadi mangsa fitnah setipa hari. – Roketkini.com

Anak haram, pondan dan bapok

Posted: 03 Dec 2011 01:30 AM PST

Ukuran bakat dalam Pemuda Umno: Anak haram, pondan dan bapok

Oleh Melissa Lee

Media BN pasti mesti merasa bodoh. Hanya pada hujung minggu lalu,mereka bergegas menghentam PKR sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai isu relevan untuk bersaing dengan BN.

Malah, beberapa perwakilan Pemuda PKR telah muncul di khalayak ramai,menyuarakan kebimbangan mereka tentang kemampuan parti untuk seiring dengan momentum pertumbuhan. Mereka tidak perlu berbuat demikian. Untuk media Umno, walaupun semua dengan semua usaha mereka untuk memburukkan PKR, mereka telah sekali lagi mendedahkan segala-galanya melainkan yang benar.

Terdedah jua akhirnya

Dalam Perhimpunan Umno yang menjadi perhatian ramai, rakyat Malaysia telah disajikan dengan pratonton bakal pemimpin parti dan perdana-menteri. Mereka tidak dikecewakan.

Seperti yang dijangka, Pemuda Umno menempuh kegagalan yang teruk apabila ia mengesahkan tuduhan bahawa tiada seorang pun yang memiliki apa jua bakat patut menyertai parti seperti itu- di mana kumpulan seperti Perkasa dan pemimpin-pemimpin yang dicemari rasuah termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, Shahrizat Jalil danPresiden Umno sendiri, Najib Razak dilahirkan

Berucap dengan penuh bara api dan belerang, yang mereka bayangkan adalah lambang gerakan belia-walaupun hakikatnya ramai dikalangan pemimpin Pemuda Umno sendiri sudahpun bergelar datuk dengan perut buncit dan rambut semakin berkurang. Mereka bergilir-gilir menyerang Pakatan Rakyat, yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim .

Ketiadaan bakat

Mengapa bahasa yang paling keji digunakan? Tentu saja –untuk sebuah parti yang dikatakan pengkritik sebagai "tidak akan ragu-ragu melakukan penipuan besar-besaran dalam usaha untuk berpaut kepada kuasa pada pilihan raya umum" yang dijangka akan diadakan awal tahun depan.

"PKR dan PAS adalah bapok dan pondan kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mencabar DAP. Satu undi untuk DAP adalah undi untuk memusnahkan Islam, "kata Shaik Hussein Mydin, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, disambut dengan tepukan dan teriakan" PKR, PAS tak ada telur! "

Selain daripada memburukkan DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, mereka juga menuduh Pakatan secara sistematik menghakis hak-hak orang Melayu di negeri-negeri seperti PulauPinang dan Kedah.

Shaik mendakwa bahawa PKR dan PAS tidak akan dapat menghentikan DAP daripada membuli orang Melayu dan Islam apabila Pakatan berkuasa kelak.

Beliau menuduh DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu dan gerai-gerai makanan Melayu telah dirobohkan dan perniagaan Melayu terjejas sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Beliau mengulangi bahawa DAP mempunyai motif utama untuk menyebarkan agama Kristian.

"Dalam DAP, orang Melayu telah menjadi 'baruas' mereka. Saya tidak akan menapis kata-kata saya, kerana saya maksudkan apa yang saya katakan. Sesiapa sahaja yang menyokong DAP adalah 'bangsat' (bajingan), "kata Shaik Hussin

"Ini adalah realiti yang menyedihkan Pulau Pinang. Umno telah menggandakan usaha di sini! "

Khairy yang lemah dalam Pemuda Umno

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Azwan juga menyerang Ahli Parlimen DAP Taiping Nga Kor Ming keran menggelarkan Menteri Besar Zambry Kadir sebagai Menteri Besar 'logam hitam'.

"DAP bersifat perkauman. Jika mereka berkata Menteri Besar Perak 'hitam metalik haramjadah', maka DAP adalah ibu dan bapa 'haramjadah', " ujar Khairul.

Kor Ming telah memohon maaf kepada masyarakat India termasuk Zambry, manakala orang Kristian telah mula mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen BN tidak mengatakan apa-apa apabila ahli-ahli Umno mencemar nama baik agama mereka, seolah-olah mengucapkan agama Kristian adalah satu perkataan yang kotor.

"Kini rakyat Malaysia boleh melihat dan menilai untuk diri mereka sendiri dan orang-orang yang mengatakan bahawa Pakatan tidak boleh mentadbir. Sekarang, lihatlah kebenaran untuk diri mereka sendiri," kata naib presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Umno telah menghadapi ketandusan bakat selama beberapa dekad dan yang pasti, orang-orang yang mempunyai bakat walau sedikit sudah melompat ke Pakatan. Tiada siapa yang berfikiran waras mahu menyertai sebuah kapal lanun seperti Umno. Ini sudah tentu mengesahkan bahawa Umno di ambang keruntuhan dan ahli-ahlinya tidak akan mampu untuk menyelamatkannya. Ia adalah satu gambaran kelemahan Khairy Jamaluddin atas sayap yang dipimpin beliau. "

Malaysia Chronicle

Upacara mencucuk hidung beramai-ramai... kahkahkah...

Posted: 03 Dec 2011 12:30 AM PST

Hulubalang Pak Pacak - Umpama Lembu Dicucuk Hidung!

Bukan lembu saja dicucuk hidung...rupa-rupanya di Perhimpunan Agung Umno pun ada sesi cucuk hidung secara beramai-ramai.

Tapi , rasa saya, manusia yang paling sabar kena cucuk hidungnya ialah Khairi Jamaluddin yang walaupun menjadi Ketua Pemuda dan Ahli Parlimen Rembau, beliau terpaksa akur menjadi Pak Pacak tanpa portpolio - waima Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Razali Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia & Sukan.

Ini adalah gambar majlis berkhatan beramai-ramai sempena musim cuti sekolah bagi kanak-kanak 

Ini pula majlis cucuk hidung beramai-ramai sempena PAU

Mukhriz Mahathir yang kalah kepada Khairi dalam perebutan Ketua Pemuda, dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antara Bangsa dan Industri.

Sementara itu pula, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Puteri dilantik Timbalan Menteri Kesihatan.

Betapa tercabarnya kesetian Khairi tatkala melihat, Shahrizat yang kalah dalam PRU ke-12 itu diangkat jadi Menteri ikut pintu belakang. Apatah lagi, bila Koh Tsu Koon Ketua Menteri Pulau Pinang yang tersungkur itu juga dijadikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Waduh, saya tabek sama lu Khairi! Inilah cara kesetiaan yang sangat didambakan oleh PM Najib dalam ucapannya dibawah ini - kesetiaan Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa, sekalipun sedang berada di kemuncak karier.

Amat bertepatan sekali bila Muhyiddin Yassin menggelarnya "hulubalang" Mungkin ini menjadikan dia perasan yang dirinya sehebat hulubalang lagenda - Hang Tuah yang setia membabi buta. Hoi! sedarlah! kau cuma sebagai Pak Pacak dalam wayang Umno/BN, tidak lebih dari itu! Terpaksalah gah sebagai 'hulubalang Pak Pacak' macam dalam filem-filem Melayu sekadar pegang tombak kayu mundar mandir diluar kabinet kerana tidak dapat masuk !

Polis tunjuk berahi tak kena tempat... kahkahkah...

Posted: 02 Dec 2011 10:30 PM PST

Isu lembu, Sharizat, Umno dan kuasa media baru

Oleh Jasbant Singh

Kritikan yang diterima oleh Datuk Sharizat Abdul Jalil dan jawapan balasnya mengenai kemelut National Feedlot Corporation (NFC) dikhuatiri menenggelamkan pesanan yang jauh lebih penting untuk masa depan Umno.

Mesej itu disampaikan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Razak sendiri, iaitu Umno harus peka kepada pemikiran baru pengundi dan menguasai media baru atau menempa tragedi pada pilihanraya umum akan datang.

Apakah dia pemikiran baru yang dimaksudkan? Apakah pula tuntutan baru pengundi yang berbeza sekarang dengan citarasa mereka sepuluh atau lima belas tahun yang lalu?

Dan, soalan cepumas – bagaimana semua ini berhubungkait dengan NFC – sebuah projek RM250 juta kerajaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada tahun 2007?

Jawapannya ialah, kebertanggungjawaban - pengembangan sumber maklumat menerusi alam siber menjadikan rakyat semakin lantang dalam menuntut kebertanggungjawaban dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan nasional.

Skandal NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun PKR yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu.

Isu itu dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010. Justeru tidak ada pihak yang harus bingkas mencadangkan Kerajaan mahu "menutup" isu berkenaan.

Susulan pendedahan-pendedahan yang melibatkan pembelian kondominium, kereta mewah dan lain-lain dengan menggunakan wang Kerajaan, isu itu diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun terma "dalam siasatan" tidak cukup untuk meredakan kemarahan rakyat. Begitu juga penjelasan ringkas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal mendapati tidak ada unsur pecah amanah dikesan.

Walaupun Khalid bercakap dari sudut undang-undang semata-mata, pengundi di kurun 21 tidak dapat menerima jawapan sebegitu kerana secara rasional wang Kerajaan harus dan hanya boleh digunakan untuk maksud yang ianya diberikan. Dalam kes ini untuk ternakan lembu semata-mata.

Kemampuan kerajaan untuk menangani pemikiran baru pengundi-pengundi sebeginilah yang menjadi cabaran kepada Najib dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Dan cara menanganinya bukanlah secara konfrontasi tetapi dengan memahami dan menguasai media baru untuk menjelaskan pendirian Kerajaan yang disokong dengan tindakan dan langkah-langkah tegas dalam menangani sesuatu isu.

Media baru dalam bentuk blog, facebook, twitter dan lain-lain adalah capaian terbaru generasi muda dan pertengahan umur serta menjadi sumber maklumat yang mempunyai jaringan begitu luas.

Tidak dapat dinafikan Pembangkang telah jauh mendahului Umno dan lain-lain parti Kerajaan dalam menggunakan media baru untuk mencari kelebihan politik.

Mereka berjaya menggunakan media baru untuk menangkis pengaruh media arus perdana secara berkesan dan pada masa sama, membentuk dan menyebarkan persepsi bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah rasuah dan harus digantikan dengan apa cara sekali pun.

Di Malaysia hari ini amat janggal sekali untuk sebuah keluarga tidak memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer riba, atau telefon Blackberry mahupun I-phone. Hampir setiap orang memiliki Facebook dan akaun Twitter.

Semua ini menjadi medan pertempuran untuk meraih sokongan rakyat pada PRU ke 13 dan pilihanraya-pilihanraya akan datang.
Semua bentuk media baru ini memberikan maklumat kepada pelayar siber dalam sekelip mata. Maklumat yang dibaca menerusi skrin komputer riba atau telefon bimbit membentuk akal minda mereka semasa membuang undi.

Berbalik kepada isu NFC, siapakah yang "menggoreng" Sharizat dan mahukan beliau meletak jawatan, sekaligus menolak penjelasannya bahawa beliau tidak terbabit dalam syarikat yang diuruskan oleh suami dan ahli keluarganya?

Tentunya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Sharizat, apabila tidak dijawab secara pantas dan berkesan, merebak bagaikan api menerusi portal-portal berita dan twitter serta facebook oleh pelbagai pihak.

Semua ini mencerna gelombang atau arus yang menuntut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu meletak jawatan.

Anehnya tidak ada gelombang sebegitu yang menuntut Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail meletak jawatan sebagai presiden PKR kerana suaminya dibelit, malah didakwa dan dihukum atas salahlaku moral.

Jawapan kepada "kejanggalan" atau dwi-standard ini terletak kepada pihak mana yang lebih pintar menguasai media baru.

Kejanggalan ini yang dikupas oleh Najib dan terpulang kepada Umno untuk memikirkan strategi membetulkan ketidakseimbangan ini.

Tempat UMNO berwayang kulit... kahkahkah...

Posted: 02 Dec 2011 09:30 PM PST

Himpunan UMNO , retorik dan lakonan untuk selamatkan kuasa menjelang pilihanraya

Oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Semangat rasis yang disemarakkan oleh Umno di perhimpunan agungnya perlulah dibuang jauh-jauh kerana unsur ini tidak lebih dari mengundang kemusnahan terhadap negara.

Saya melihat kegelabahan pemimpin Umno yang dipamirkan serta mendapat liputan meluas dari media pengampu adalah tidak lebih dari retorik dan lakonan pemimpin Umno di pentas politik negara yang diulang bekali-kali untuk selamatkan kuasa menjelang pilihanraya.

Malah saya sangat terkejut dengan pemimpin wanitanya yang menyingsingkan lengan tangannya semasa berucap.

Dalam Perhimpunan Agung Umno, hakikatnya mereka sedang menanam kebencian terhadap orang Cina dan juga DAP selepas sokongan kaum itu jelas tidak memohak kepada BN dan MCA jelas telah ditolak oleh orang Cina.

Dalam masa yang sama sokongan orang India juga diharapkan kembali kepada BN dengan pelbagai cerita dan mengapi-apikan kononnya berlaku penghinaan kepada bangsa tersebut sedangkan siapakah yang sebenarnya yang menghina dan menkhianati orang India bila sekolah Tamil sudah hilang separuh jumlahnya selapas 54 tahun negara menyambut kemerdekaan.

Pada waktu sekarang, kegusaran Umno jelas menyerlah dan memuncak kerana mereka sudah hilang sokongan dari kaum cina dan India . Lalu gendang perkauman dipalu bagi mendapat sokongan orang Melayu.

Itupun saya beranggapan bahawa orang Melayu tidak semudahnya akan menyokong Umno kerana jasa dan pejalanan serta realiti apa yang berlaku di negara kita telah melakarkan bahawa Umnolah pengkhinat sebenar kepada agama , bangsa dan negara.

Melihat perkembangan tersebut diharapkan semoga parti umno cepat berkubur kerana mereka sudah tidak relevan lagi dipersada politik tanahair.

Jika kita boleh gambarkan di TV ,sebenarnya rancangan kartun upin ipinlah yang lebih relevan berbanding umno yang sudah ketandusan modal untuk berceloteh dengan kata-kata semangat mereka tidak lebih dari bahan yang berunsur mengarut.

Najib sudah palu gendang PRU13 dan menyatakan ia sudah semakin hampir, justeru ayuh pimpinan dan pendokong pakatan siap"tempur" untuk selamatkan negara dari pemimpin UMNO yang sedang belakon bagi meraih sokongan rakyat demi kuasa yang sudah berada di hujung usianya..

Putrajaya sudah pasti dalam gengaman PR jika usaha gigih secara berterusan dilakukan bagi menjatukan BN dan disulami dan disertakan bersama doa dan tawakkal kepada Allah SWT.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Parit Buntar, 2 Dis 2011

Time Umno mintak nyawa... kahkahkah...

Posted: 02 Dec 2011 08:34 PM PST

Kalau sudah lemah, apa sahaja digunakan untuk menang

Oleh Aspan Alias

Kalau kita sudah lemah atau kurang sehat, kita akan bercakap seperti orang yang meroyan. Ia memang begitu. Kepada orang yang sedang demam panas selalunya dia akan meroyan dan bercakap tidak tentu buah butirnya. Begitu jugalah apa yang kita sedang lihat dalam Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dan Perhimpunan UMNO sekarang ini.

Muhyiddin memulakan ucapan keras untuk membentuk bibit kebencian di antara rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Buat masa ini rakyat berbilang kaum di bawah-bawah ini bersatu dan tidak bermusuhan di antara satu dengan lain. Yang menaikkan semangat benci membenci di kalangan rakyat dan di antara kaum ini ialah pemimpin sendiri dan ini boleh kita lihat dari intipati dalam teks ucapan Timbalan Presiden UMNO itu.

Kerja dan usaha memecah belahkan rakyat berbilang kaum itu diperkuatkan dengan beberapa cebisan ayat-ayat suci al Quran dalam beberapa surah di dalam kitab suci itu. Ayat-ayat Quran digunakan untuk memecahkan kesatuan di antara kaum yang wujud di antara kami di bawah ini. Selepas ini apabila keadaan tidak berubah dan sokongan masih tidak didapati, tidak tahulah ayat apa pula yang akan di gunakan. Saya rasa carut-mencarut pula akan menjadi senjata untuk memecah belahkan rakyat untuk mengambil kesempatan untuk mendapat kuasa lanjutan dari rakyat.

Katanya DAP itu rasis, PKR itu parti yang memperjuangkan tubuh badan individu dan PAS itu sudah jadi baruah DAP. Kita memahami kenapa Muhyiddin bercakap begitu. Ia adalah satu usaha untuk menyatukan orang Melayu di belakang UMNO. Bagi Muhyiddin saya yakin beliau tidak lagi menaruh harapan kepada bangsa lain kerana bangsa lain terutamanya kaum cina, mempunyai pendirian yang tetap dan payah untuk di goyahkan.

Bagi Muhyiddin oleh kerana kegelabahan dan kegelisahan beliau, Timbalan Presiden UMNO ini terlupa dengan apa yang dia kata semalam dan hari ini misalnya. Hari ini bercakap lain, besok dia akan bercakap perkara yang sama tetapi dalam mood yang bertentangan dengan apa yang beliau perkatakan pada hari sebelumnya.

Selalunya kalau kita kaji dari psikolojinya Muhyiddin sudah mula hilang keyakinan terhadap sokongan rakyat khususnya orang Melayu. Bagi Muhyiddin beliau boleh berkata apa sekali pun terhadap bukan Melayu kerana beliau merasakan beliau tidak boleh mengharapkan bangsa cina untuk bersama beliau dan UMNO. Kata-kata beliau begitu rasis, malahan lebih rasis dari Perkasa semasa berucap di Perhimpunan 3 sayap parti, Wanita, Puteri dan Pemuda.

Maka kita lihat apa yang di suarakan oleh Najib melalui slogan 1Malaysia itu dilanggar secara 'head-on' oleh Muhyiddin. Muhyiddin sudah kesuntukan akal. Sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau merupakan pengganti kepada Najib jika ada apa-apa yang berlaku kepada kepimpinan Najib. Belum pun beliau mengambil alih beliau telah menunjukkan sikap tidak boleh 'co-exist' dengan bangsa-bangsa lain di negara ini, bagaimana kah beliau boleh diterima oleh rakyat secara menyeluruh nanti?

Bagi saya sikap Muhyiddin itu merupakan sikap 'mengecilkan padang' beliau sendiri. Beliau hanya mahukan orang Melayu untuk bersatu dan seolah-olah menolak kewujudan bangsa lain terutamanya bangsa cina yang sudah berada empat keturunan di negara ini.

Bagaimana kah Muhyiddin boleh di terima sebagai pemimpin jika beliau hanya mahu menjadi pemimpin kepada bangsanya sendiri sahaja. Pada Muhyiddin bangsa lain semuanya anti Islam, komunis, jahat, dan semuanya yang tak elok. Hendak juga saya melihat jika Muhyiddin jadi PM dengan hanya menjaga orang Melayu. Bila bercakap seperti orang yang tidak berfikir langsung semata-mata kerana hendak menjaga 'hard liners' dalam UMNO.

Apa kah agaknya sebab-sebab Muhyiddin menuduh DAP hendak jadikan negara ini sebagai sebuah Republik? Saya percaya Muhyiddin menyebut ini kerana rasa terdesak di atas keruncingan sokongan orang ramai terhadap UMNO dan BN pada hari ini. Kadang-kadang kita tidak boleh menyalahkan MCA dan Gerakkan menuduh yang kedua parti itu tersungkur kerana sikap pemimpin reputasi UMNO yang menerajui BN itu. UMNO kini tidak mempunyai 'magnanimity' yang tinggi. Muhyiddin sepatutnya membaca dan menghayati isi kandungan perlembagaan parti itu betul-betul.

Sesungguhnya saya sudah percaya apa yang di katakan oleh Gerakkan dan MCA beberapa lama selepas kekalahan teruk dalam PRU 2008 yang UMNOlah menyebabkan kedua parti itu jatuh merudum. Kaum-kaum khususnya kaum cina beranggapan yang Gerakkan dan MCA itu hanya sebagai parti-parti yang telah di pariahkan oleh UMNO sendiri. Maka tindakan bangsa cina tidak menyokong MCA dan Gerakkan itu adalah tepat bagi mereka kerana MCA dan Gerakkan itu sentiasa mengikuti kerenah buruk UMNO sebagai parti tunjang kepada BN itu.

Dengan ucapan pedas Muhyiddin di Perhimpunan 3 sayap UMNO yang baru lalu ini bangsa cina nampaknya lebih takut jika BN khususnya UMNO, masih diberikan mandat kali ini. Apa yang di perlukan pada hari ini ialah seorang pemimpin Melayu yang di hormati oleh semua bangsa kerana pimpinan utama negara ini adalah moralnya hak orang Melayu.

Tetapi kalaulah pemimpin seperti Muhyiddin yang bakal mengambil alih kepimpinan Najib yang sedang di usahakan oleh setengah kumpulan dalam UMNO sekarang ini sudah dibuai dengan sentimen rasisnya maka menjadikan Muhyddin sebagai pemimpin yang bakal menerajui pimpinan BN yang akan hanya mengambil tanggungjawab terhadap orang Melayu sahaja.

Itu cerita Muhyiddin. Bagaimana pula kalau kita belek-belek sedikit cerita Shahrizat, Ketua Wanita UMNO, yang masuk parlimen melalui pintu belakang itu? Dalam Perhimpunan Wanita Sharizat secara jelas juga seorang yang tidak begitu 'center' sebagai seorang nombor satu dalam Wanita UMNO. Menyingsing lengan bajunya di hadapan perwakilan dengan nada garang tidak bertempat. Ada di antara yang ada di dalam dewan persidangan memberi komen, 'kenapa tidak sensing kainnya sekali?'

Kenapa memberikan reaksi marah hanya kepada Zuraida PKR sahaja kerana desakan Zuraida yang meminta beliau meletakkan jawatan? Kenapa tidak marah kepada Bung Mokhtar dan gengnya sekali kerana mereka dalam UMNO sendiri meminta beliau meletakkan jawatan?

Saya di sini tidak berkeyakinan yang UMNO mampu mengenepikan Shahrizat dalam PRU nanti kerana beliau adalah Ketua Wanita UMNO. Jika beliau masih di calonkan maka ianya akan memberikan 'effect' yang 'negatif' kepada BN di seluruh negara. Yang boleh mengenepikan beliau hanyalah beliau sendiri dengan berhenti secara sukarela dan tidak lagi menjadi calon dalam PRU nanti. Lagi pun UMNO boleh melantik beliau sekali lagi melalui pintu belakang. Itu pun dengan syarat BN menang pilihanraya nanti.

Yang tidak akan dapat dinafikan oleh sesiapa ialah pendekatan Najib dan Muhyiddin sangat berbeza dan sentiasa bersalah-salahan. Najib dengan 1Malaysia nya. Muhyiddin dengan rasis Melayunya. Muhyiddin yang rasis Melayu cuba hendak menuduh DAP sebagai rasis cina yang hanya di anggotai oleh kaum cina. Tetapi apabila DAP hendak membawa orang Melayu untuk mengimbangi kaum-kaum yang berbilang dalam negara ini Muhyiddin kata cina DAP melakukannya untuk mengumpan dan mengudakan orang Melayu dan orang Melayu yang menyertai parti itu di anggap sebagai pengkhianat bangsa dan negara pula.

Siapa yang pengkhianat? Jika menyertai DAP itu pengkhianat dan memberi ancaman kepada keselamatan negara kenapa tidak haramkan sahaja DAP itu? Tuduhan Muhyiddin ini begitu serius dan kepada siapa yang mahu hidup bersama secara aman mesti menolak Muhyiddin kerana jika beliau menerajui kepimpinan negara kehidupan kita di antara kaum akan porak peranda.

Sebagaimana yang saya tekankan sebelum ini pengkhianat ini ialah seseorang yang menjahanamkan negara dan keselamatan rakyatnya. Pengkhianat yang sebenarnya ialah perasuah kerana budaya rasuah akan menjahanamkan sistem pentadbiran negara dan membawa perpecahan kepada rakyat yang menghuninya. Rasuah lebih dahsyat akibatnya dari ancaman komunis dan dadah.

Mereka yang rasuah ini merupakan benar-benar pengkhianat terhadap negara kerana tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara jujur seperti yang di amanahkan oleh rakyat. Stigma rasuah ini merupakan stigma yang tidak dapat ditanggalkan dari UMNO dan BN. Seperti yang saya sebutkan dalam posting yang lalu, UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing, saling menyandar di antara satu dengan yang lain, malahan keselamatan negara akan terancam jika rakyat tidak mahu menyingkirkan perasuah dari barisan kepimpinan negara.

Kritikan tentang rasuah ini sudah lebih satu dekad di persoalkan oleh rakyat tetapi nyata rasuah ini tidak dapat ditanggalkan dari UMNO. Maka pimpinan UMNO wajar berfikir, jangan tuduh seteru politik sembarangan kerana UMNO sendiri itu tidak berkemampuan untuk membuat perubahan minda dengan mengaku rasuah itu adalah musuh nombor satu negara dan rakyat.

Pemimpin UMNO boleh berucap bertempik-tempik di Dewan Merdeka dengan retorik dan janji-janji menggunung, tetapi rakyat tidak dapat melupakan isu rasuah yang terlalu menebal dengan UMNO. Cubalah berusaha untuk bersatu tetapi rasuah tadi tidak akan membolehkan mereka bersatu di antara satu dengan lain dalam UMNO dan BN.

Kalau UMNO boleh bersatu, rakyat juga boleh bersatu untuk menolaknya. Sebenarnya rakyatlah yang sudah penat menangani isu perpaduan ini. Sudah nampak jelas rakyat mahu bersatu dalam erti kata yang sebenarnya tetapi nampaknya mereka lebih cenderung untuk bersatu di luar UMNO dan BN. Sangat susah untuk bersatu dibawah UMNO jika pemimpin-pemimpin mempunyai sikap seperti Muhyiddin Yassin. Beliau hanya inginkan orang Melayu sahaja bersatu sedangkan rakyat mahu bersatu bagi semua kaum yang hidup dalam negara ini.

Inilah bibit-bibit yang menyebabkan rakyat berbilang kaum sekarang menerima parti-parti berbilang kaum dan secara deras menolak parti-parti yang di anggotai oleh hanya satu kaum seperti UMNO, MCA dan MIC. Perbezaan wadah dan keterampilan Najib dengan Muhyiddin ini akan memberi lebih sebab kenapa rakyat patut menyertai parti-parti berbilang kaum di negara ini.

Setiap parti yang terdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan menerima kandungan perlembagaan negara. Oleh kerana tuduhan pemimpin UMNO yang parti-parti ini tidak menghormati perlembagaan negara inilah yang menyebabkan rakyat berpecah belah.Semua parti menghormati perlembagaan dan tuduhan Muhyiddin yang ada pihak tertentu hendak jadikan negara ini negara republik itu amat menyentuh perasaan rakyat kerana ianya adalah tuduhan yang amat jahat dan memalukan bangsa Melayu kita sendiri.

Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin terdahulu pernah berkata yang kita mesti jauhkan pemimpin yang mempunyai sikap rendah diri dan mempunyai tahap 'confidence' yang rendah untuk memimpin. Ugut mengugut, gertak menggertak dan memulas tangan rakyat adalah senjata akhir untuk terus berkuasa. Memaki hamun, mencarut dan menyinsing lengan macam Sharizat menjadi perkara biasa. Jangan menyinsing kain cukuplah.

Pemimpin seperti ini akan bertindak mengikut rasa hati mereka sahaja dan tidak bertindak mengikut keperluan bangsa-bangsa yang dipimpinnya. http://aspanaliasnet.blogspot.com/

UMNO.... “Lu Langsi...Lu Mati! “

Posted: 02 Dec 2011 07:00 PM PST


Banyak yang tidak masuk akal dan "kurang ajar" oleh kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Najib dan Umno pada masa lalu.Menurut mereka, orang Melayu jauh di belakang kaum-kaum lain dari segi kekayaan dan pembangunan dan juga membentuk majoriti golongan miskin.

Mengapa orang Melayu tidak makmur walaupun DEB untuk lebih daripada 40 tahun dan sebagai kerajaan selama lebih daripada 60 tahun?

Bagaimana Umno yang mempunyai dan menggunakan kuasa mutlak terhadap semua, termasuk Sultan, tidak dapat membetulkan keadaan miskin orang Melayu? Sesungguhnya, perlu ada penjelasan logik untuk Umno terus memiskinkan Melayu.

UMNO tidak perlu menggunakan kebijaksanaan dan kerja keras untuk tugas ini. Negara Malaysia ini telah dikurniakan dengan minyak, gas, kayu balak, tanah, air dan sumber semula jadi yang lain untuk menjana beratus-ratus bilion untuk manfaat orang Melayu dan anak-anak yang lain.

Tetapi entah bagaimana, semua kekayaan yang besar ini "tidak pernah menemui jalan" kepada orang Melayu miskin.

UMNOputra telah merompak kekayaan negara di bawah alasan untuk membantu orang Melayu yang miskin, dan mengumpulkan berbilion Ringgit untuk diri mereka, keluarga mereka dan rakan-rakan.

Terdapat banyak empayar korporat Melayu yang sangat besar dan terkenal - empayar Mahathir (Galian, YTL, San Miguel, dll), empayar Najib (CIMB, dll.), empayar Badawi, empayar Daim, empayar Taib Mahmud, empayar Syed Al-Bukhary, dan sebagainya.

Jika UMNOputra yang bersifat perkauman, mereka tidak akan memberi tumpuan kepada mengumpul kekayaan besar untuk diri mereka sendiri tetapi sebaliknya akan memberi tumpuan kepada berkongsi kekayaan yang ada dengan bangsa mereka yang miskin.

  • Dimanakah Tanah Rezab bangsa melayu?
  • Dulu British tinggalkan 3 juta hektar untuk anak bangsa melayu, kini tinggal 1.7 juta hektar saja.
  • Kelantan 99.9 % rakyatnya orang melayu. Tetapi kekayaan hasil minyak Kelantan kenapa tak beri kepada rakyat melayu Kelantan?
  • Ramai anak bangsa melayu yang pegang sijil SPM/Ijazah hidup mengganggur tanpa pekerjaan setimpal dengan sijil/ijazah mereka.
  • Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno!
  • Melesapkan wang FELDA hampir RM3billion!
  • Mahathir menggunakan wang PETRONAS untuk menyelamatkan anaknya dari bankrupsi (RM1.6 billion), adakah itu juga langkah memperjuangkan Melayu?
  • Ke manakah ekuiti Bumiputera yang hanya tinggal RM2 bilion dalam kek ekonomi negara yang asalnya RM54 bilion?

Apa yang jelas di sini adalah bahawa UMNO dan pemimpinnya, Mahathir, Muhyiddin, Najib, dan sebagainya BUKANLAH ada sifat perkauman perjuangkan Melayu. Mereka hanya jahat dan rasuah.

Wang adalah TUHAN mereka.

Mereka terlalu keji sehingga sanggup menjual bangsa, agama dan negara untuk wang. Wang adalah apa yang penting kepada mereka, tiada moral dan etika dan pastinya bukan kerana bangsa dan sama sekali bukan kerana agama (semua ini adalah bersalah atas semua dosa-dosa besar dalam Islam, dari rasuah, menipu dan mencuri, zina dan judi).

Melayu miskin adalah semata-mata suatu lesen yang rasmi bagi UMNO untuk merompak dan merampas negara. Dan ia adalah kelebihan Najib dan UMNO dengan menyimpan sebahagian besar Melayu di kampung-kampung dan Felda yang terus-menerus jahil dan diperbodohkan.
Kerana hanya dengan cara ini, UMNO boleh terus menipu orang Melayu dan memenangi undi. Jika UMNO membuat Melayu pintar, maka orang Melayu akan membuang UMNO dari dahulu lagi.

Masalah besar pemikiran anak bangsa Melayu ialah.... Celakanya spesis UMNO yang sombong yang senang-senang memperbodohkan akal pemikiran bangsa Melayu yang ditafsirkan oleh mereka sebagai bangsa pemalas dan bodoh....

Bodohnya Melayu Kerana Umno Bijak Menipu…

Bedebah betoi DAP Pulau Pinang nih... kahkahkah...

Posted: 02 Dec 2011 06:00 PM PST

Guru Kafa Pulau Pinang dapat lagi RM300

SEBERANG JAYA,: Seramai 1,394 orang guru kelas agama dan fardu ain (Kafa) seluruh Pulau Pinang senyum lebar apabila mendapat lagi imbuhan RM300 seorang daripada Kerajaan Negeri.

Pemberian itu sekaligus melengkapkan janji bonus RM600 kepada guru-guru Kafa seperti yang dijanji Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Pakatan Rakyat.

Ianya juga sebagai tanda penghargaan kepada tenaga dan pengorbanan warga pendidik yang yang telah mendidik anak-anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna pada negara.

Bayaran awal RM300 sebelum ini dibayar sebelum menjelang Aidil Fitri lalu.

Untuk tujuan memberikan bonus itu, kerajaan negeri telah membelanjakan keseluruhan melebihi RM500 ribu.

Ramai guru mengucapkan terima kasih serta meluahkan rasa gembira kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Kata mereka, walaupun beliau bukan Islam namun tidak jemu-jemu memastikan para guru Kafa diberikan perhatian yang sewajarnya.

Semasa ditemui ada yang menggangap pemberian itu satu petanda bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tetap mengutamakan pendidikan Islam berbanding di era Barisan Nasional (BN) yang menganak tirikan persekolahan yang berteraskan Islam.

Seorang guru Kafa dari Sungai Dua, Tasek Gelugor, Puan Fatimah Ismail memberitahu langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang amat sesuai tambahan lagi di waktu penghujung tahun.

"Apa yang Kerajaan Negeri berikan kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Banyak kami boleh gunakan terutamanya di penghujung tahun," ujarnya.

Bangang memang tercipta untuk UMNO... kahkahkah...

Posted: 02 Dec 2011 05:00 PM PST

Umno semaikan kebencian dan keganasan

Written by Viktor Wong
Di dalam perhimpunan agung tahunan Umno kali ini, para pemimpin parti tersebut semakin membenci dan mengganas.

Sewaktu merasmikan persidangan tahunan wanita, pemuda dan puteri Umno pagi semalam, timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin menyeru para perwakilan ketiga-tiga sayap parti tersebut agar membenci Pakatan Rakyat, khususnya DAP dengan sesungguh dan sepenuhnya.

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri turut mendakwa bahawa DAP sedang merancang untuk menggulingkan Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu bagi membolehkan negara ini dijadikan sebuah republik. Tambah beliau DAP selama ini menentang sistem Raja Berpelembagaan dan inginkan sistem tersebut dimansuhkan.

Sebelum ini, ketua penerangan Umno Ahmad Maslan turut mendakwa bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan Islam akan terus hilang jika sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum yang akan datang sambil memberi amaran bahawa DAP akan juga berusaha mengKristiankan negara ini, termasuk orang-orang Melayu.

Ketandusan modal

Sejak pilihanraya umum pada tahun 2008 yang lalu, Umno telahpun ketandusan modal untuk memerintah dan asyik memainkan sentimen perkauman agar masyarakat Melayu menambahkan lagi syak wasangka mereka terhadap kaum-kaum yang lain.

Penggunaan agenda-agenda perkauman yang berterusan ini bertujuan untuk menyemaikan perasaan membenci kaum-kaum lain yang didakwanya sebagai pendatang yang berbuat kacau di dalam negara ini, seterusnya menyemarakkan lagi permusuhan di antara kaum di negara kita ini.

Bagi menutup perbuatannya yang keji ini, Umno telah menubuhkan puluhan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bercirikan agenda Melayu untuk menjalankan kegiatan perpecahannya agar rakan-rakannya di dalam Barisan Nasional (BN) tidak akan tersinggung.

Puluhan NGO Umno ini bergiat aktif di beberapa buah negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sering menganjurkan beberapa siri tunjuk perasaan yang ganas bagi menggugat kestabilan negeri-negeri tersebut dengan mendakwa kononnya masyarakat Melayu di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sering dipinggirkan.

Corak politik baru Umno

Benci-membenci, seterusnya mencetuskan keganasan adalah merupakan corak kempen dan politik Umno yang baru bertujuan untuk memujuk masyarakat Melayu pada keseluruhannya untuk kembali menyokong dan mengundi Umno pada pilihanraya umum yang akan datang.

Para pemimpin Umno ini tidak lagi menghormati sistem demokrasi dan pertandingan secara adil di dalam pilihanraya umum, mengemukakan agenda-agenda pembangunan dan perubahan serta tawaran faedah-faedah untuk rakyat.

Para pemimpin Umno ini telah menjadikan kempen dan pilihanraya umum suatu medan pertarungan yang sengit seperti peperangan dengan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menggalak dan menyemaikan kebencian, menganjur dan mengadakan demonstrasi-demonstrasi jalanan yang ganas dan mengancam keselamatan rakyat.

Parti-parti komponen BN masih membisu

Sehingga pada petang tadi, parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, PPP, Gerakan, SUPP, PBS, LDP, PBRS, SPDP dan Upko masih membisu dengan sikap para pemimpin Umno tersebut yang semakin melampaui batas.

Kenapa pula dengan MCA, MIC, PPP, Gerakan, SUPP, PBS, LDP, PBRS, SPDP dan Upko yang sering mendakwa diri mereka mewakili masyarakat masing-masing masih enggan mengutuk perbuatan Umno yang boleh dikatakan tidak akan menguntungkan BN dan akan memudaratkan lagi peluang kemenangan mereka di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Kita telahpun memerhati bagaimana Gerakan telah kecundang di Pulau Pinang, MCA kehilangan lebih separuh kerusi mereka, MIC pula kalah teruk, manakala PPP pulangan dengan tangan kosong pada pilihanraya umum 2008 yang lalu. Masihkah mereka ini di alam kebinggungan sehingga tidak dapat berbuat apa-apa untuk memulihkan imej parti masing-masing?

Ketidakberkesanan parti-parti komponen BN ini menunjukkan bahawa mereka masih dikongkong secara langsung oleh ketuanan Umno di dalam BN dan gabungan tersebut bolehlah dianggap sudah tidak lagi berfungsi sejak dari tahun 2008 lagi. BN itu telah menjadi sebahagian daripada Umno. Tidak perlu disebut lagi dengan panggilan BN kerana ianya telah tidak lagi wujud.

Kemunculan sekali-sekala parti-parti komponen BN ini di mata umum pada hari ini adalah hanya untuk mengimbangi kedudukan ketuanan Umno semata-mata.

Rakyat semakin bosan

Jika sekiranya parti-parti komponen BN masih tidak merasa apa-apa akibat daripada kenyataan para pemimpin Umno yang mengajak masyarakat Melayu untuk membenci dan mengganas, kita semua telahpun merasai dan tersinggung dengan sikap Umno yang semakin tidak bertanggungjawab ini.

Umno selama ini tidak mahu masyarakat Melayu bersatu dengan kaum-kaum lain seperti, Cina, India, Kadazan, Serani, Siam, Dayak, Iban, Orang Asli dan sebagainya untuk memantapkan lagi perpaduan di negara ini.

Bagi Umno, jika sekiranya perpaduan di negara ini dapat dimantapkan dengan sepenuhnya, parti tersebut akan kehilangan kuasa dengan lebih cepat.

Justeru daripada itu, Umno akan senantiasa mengacau bilau perpaduan di negara ini agar ianya dapat bertahan. Selagi ada Umno, masyarakat Melayu akan terus diasingkan daripada arus perpaduan dan pembangunan negara.

Selagi ada Umno matlamat negara ini untuk maju ke hadapan akan hanya tinggal angan-angan semata-mata kerana kesemua bentuk faedah yang dikecapi akan dikaut terus masuk terus ke kocek para pemimpin mereka.

Kalau tidak, kenapa sehingga kini, masih ada di kalangan masyarakat Melayu yang terus hidup melarat, miskin, buta huruf, ketinggalan di dalam arus pembangunan dan sebagainya? Layakkah Umno untuk terus "mewakili" orang-orang Melayu?

Fikirkanlah dengan lebih mendalam lagi.

Malaysia Chronicle

Rosak teruk budak Zul nih... hihi...

Posted: 02 Dec 2011 04:00 PM PST

Zulkifli Noordin makin tersesat

Pada 7 Mac 2008 Ketua UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir telah menghulur tangan kepada Zulkifli Noordin setelah dia di pecat daripada PKR.

Usaha berterusan telah dilakukan untuk perkara ini sehingga sekarang, apatah lagi Zul Kulim ini sudah tidak mempunyai kewangan cukup untuk menyara hidup mewahnya.

Tidak hairan saban malam Zul Kulim ada dipentas UMNO dengan bayaran yang cukup besar bagi setiap ceramah yang diberikan.

Terbaru Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir telah memebrikan jamin secara bertulis bahawa Zul Kulim adalah calon UMNO di situ sekiranya dia mengisi borang UMNO.

Setakat maklumat yang ada, belum ada kata putus dikeluarkan. Saya pun tak pasti kenapa. Apakah Zul Kulim masih rindu kepada PAS?

Tuan Ibrahim Tuan Man pernah menyatakan "Pengalaman dalam Majlis Syura, kita pernah tolak beberapa orang calon, antara yang kita pernah tolak (ialah) Zulkifli Nordin, Syura pernah tolak dia sebagai calon PAS"

"waktu itu dia pegang jawatan YDP Kawasan. Syura buat keputusan bahawa untuk jadi calon PAS beberapa kriteria kena ada, yang kebetulan pada waktu itu kita melihat, tidak ada pada beliau"

"dan sekarang tuan-tuan tengok apa yang berlaku (kepada Zulkifli),"ujar Ketua Penerangan PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malangnya atas kesilapan PKR telah mengambilnya untuk jadi calon di Bandar Kulim melalui pecaturan DS Anwar Ibrahim. Walaupun ada beberapa pimpinan tak setuju kerana Zul Kulim telah ditolak oleh syura tapi atas dasar menjaga hati perkara ini didiam sahaja.

Pada amnya keputusan syura PAS tak banyak silap dalam membuat keputusan kerana setiap perkara yang disyurakan dibahaskan berlandaskan banyak pendapat dan nas.

Pada sekitar tahun 2008 telah banyak artikel yang menjurus perangai Zul Kulim yang ada menyebut dia akan cenderung kepada UMNO. Tapi pada masa itu yang cerodong, lurus bendul, fanatic, termakan budi atau ikut-ikutan sahaja yang tidak akan dapat menerima hakikat ini. Ini adalah senarainya yang dikumpul tuduhan yang perlu dijelaskan oleh Zul Kulim kalau dia membacanya:-

1. Melemparkan fitnah terhadap 'otai' dan aktivis parti kununnya mereka melarikan wang peruntukan pilihanraya serta bendera parti semasa berkempen dengan menghebahkan kepada jentera parti sehingga mewujudkan salah sangka dan curiga.2. Sebaik sampai setelah memperolehi watikah perlantikan dengan wang RM2000.00 dari pusat, dia terus memberitahu yang wang tersebut habis dibelanjakan atas urusan pilihanraya. Bagaimana mungkin?

3. Bermulut celupar, tidak berakhlak dan kaki maki hamun walau atas perkara kecil sahaja.

4. Tidak telus dalam kisah wang derma pilihanraya yang dikutip secara langsung mahupun melalui internet. Tidak dibentangkan dalam mesyuarat pilihanraya. Melenting dan memaki hamun apabila isu itu disentuh.

5. Pecah amanah tentang rumah yang dipinjamkan semasa kempen pilihanraya dengan membuat pendua kunci tanpa keizinan tuan rumah serta tidak menjaga dengan baik.

6. Menipu dengan memberi pelbagai alasan palsu apabila tidak hadhir dalam program yang telah dirancang dan dipersetujui terlebih dahulu. Kononnya ke luar negara bersama DS anwar Ibrahim.

7. Tiada disiplin dalam kempen pilihan raya sehingga menyusahkan petugas parti yang mengatur program.

8. Menipu wakil calon dengan imbuhan elaun apabila dilantik sebagai pembantu kemudiannya. Hanya membayar RM1000, itu pun setelah puas merayu dengan sms seperti meminta sedekah. Itu pun tidak berbaloi dengan perbelanjaan sendiri semasa menjalankan tugas.

9. Menipu tentang hakikat yang ia tidak pun menyerahkan penyata kewangan semasa terlibat dalam pilihanraya umum terdahulu.

10. Menipu tentang bantuan kutipan infaq untuk pembiayaan pelajar yang menyambung pelajaran. Ia tidak telus dan tidak amanah dengan wang ringgit.

11. Menipu dalam blog, kununnya dia sanggup berkorban dengan meletakkan jawatan MP bagi membolehkan DS Anwar bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru. Sebaliknya ia enggan melepaskan jawatan itu tetapi memberi pelbagai alasan yang muluk-muluk.

12. Menipu yang ia tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan menyertai Umno sedangkan sudah tersebar adanya surat akuan yang mengikatnya untuk berbuat demikian. Malah ianya sudah pun disahkan pemimpin Umno setempat yang telah pergi berjumpa Najib. Begitu juga dengan perbincangannya dengan YB Zahid Hamidi semasa mengerjakan umrah.

13. Menipu rakyat Malaysia terutamanya orang Islam betapa ia pejuang Islam dan bangsa sedangkan apa yang diperjuangkan ialah untuk perut dan poket.

14. Menipu pembantunya dahulu dengan mengatakan yang ia menjadi mangsa permainan politik DS Anwar Ibrahim. Sedangkan sebaliknya terjadi apabila ia memadu hubungan intim dengan Najib. Dah berjumpa 5 kali beb!

15. Menipu pasukan peguam pembela kes nya tentang diskaun tambang mengerjakan umrah Ramadhan lalu supaya menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan sahabatnya. Sebaliknya mereka terpaksa membayar penuh juga.

16. Menipu dalam janjinya membayar semula perbelanjaan keraian majlis yang dibuat Abang Mi Relau (RM200) dan Abang Mail Matang Kerat Telunjuk (RM600). Si Cabuk itu dikatakan angkat kaki terus tanpa menghulurkan bayaran belanja kenduri yang dibuat setelah makanan disebat.

17. Menipu tentang janji akan menyumbangkan RM1000.00 dalam majlis sambutan Aidilfitri di Dewan Dato' Fadzil Nor Serdang baru-baru ini, malah beliau tidak pun hadir berjumpa rakyat.

18. Menipu tentang kesanggupan membayar perbelanjaan para peguam dalam pembelaan kesnya, sebaliknya setiap seorang dibayar Rm1000.00 sahaja.

19. Menjual temberang melalui pembantu peribadinya, kununnya Zul akan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kampong Sungai Kecil Ulu. Walhalnya dia hanya pergi membaca khutbah yakni kaedah mudah untuk mencari populariti tanpa perlu mengeluarkan wang.

20. Menipu pembaca dengan mencipta cerita kununnya dia membaca khutbah di masjid Junjong kerana dia selalu sangat membaca di situ sedangkan hakikatnya, ia tidak dibenarkan atas sifat pembohongnya dalam janji untuk membantu 5 keluarga mangsa banjir.

21. Menipu kununnya dia sering turun memantau atau melawat kawasan sedangkan ia hanya melakukan secara 'remot' atau kawalan jauh dengan menggunakan khidmat pecacainya si Fadzil dan Rosjah.

22. Menerima banyak dana sama ada dari wang zakat, derma atau infaq tetapi tidak diketahui ke mana wang sumbangan itu mengalir selain pembinaan dua buah rumah orang miskin. Itu pun wang sumbangan dari Sheikh Arab yang diatur sahabatnya Fudzail kat Dubai.
Saya bawa untuk perbincangan umum demi kepentingan umum untuk PRU-13

Syirik

Posted: 02 Dec 2011 02:30 PM PST

Oleh: tazkirah

Firman Allah, "Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang sangat besar". (Luqman : 13)

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Syirik. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

Firman Allah, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni segala dosa selain syirik, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah berbuat dosa yang sangat besar. " (An-Nisa: 48)

Firman Allah, "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, maka pasti Allah akan mengharamkan baginya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolong pun. " (Al-Maidah: 72 )

Dari Abdullah bin Mas'ud r. a. Rasulullah saw. bersabda, "Sesiapa mati dalam keadaan dia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, dia akan masuk neraka." (HR Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan: