Sabtu, 31 Disember 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Siri 6: Melaka Panas!! Wajah Yang Terlibat Dalam Pertukaran Alamat

Posted: 31 Dec 2011 07:07 AM PST

Muhammad Asri Yaakub

ADUN Sungai Udang, YB Datuk Hj Yaakub bin Md Amin.

Inilah anak salah seorang anak Yang Berhormat terlibat dalam skandal pertukaran alamat di kampus UTEM. Nama beliau ialah Muhammad Asri Yaakub anak kepada ADUN Sungai Udang, YB Datuk Hj Yaakub bin Md Amin.

Ayah kepada Asri ini merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Yayasan Antarabangsa Melaka. Selain itu, beliau merupakan Exco Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.


Menurut laporan dari admin kami, malam tadi mesyuarat yang berlangsung 30 Disember 2011, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan satu pendaftaran pengundi. Masa program itu bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Lokasi berlangsungnya adalah Pusat Persatuan Pelajar manakala kenderaan disediakan oleh pihak kampus bagi mereka yang tidak berkenderaan.

Bagi mahasiswa yang mendaftar mengundi sebelum 1 Januari 2012, maka mereka boleh mengundi pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan pada Mac 2012. Bagi yang gagal mendaftar sehingga hari ini, maka peluang mereka untuk menyertai pilihan raya tidak berjaya.

Salah seorang pelajar memberitahu admin bahawa mereka hanya didaftarkan hanya dalam masa lima minit dengan syarat mahasiswa tersebut perlu mengundi UMNO di Bukit Katil. Pegawai SPR juga ada memberitahu mahasiswa bahawa mereka akan ditukarkan cip Mykad dan selepas pilihan raya umum mereka boleh menukarnya kembali kepada asal.

Pegawai tersebut juga mengatakan ia hanya sebentar sahaja dan jika kamu tukar kembali, maka boleh berbuat demikian. Maklumat ini pihak admin dapat dari seorang mahasiswa. Berbalik kita kepada Muhammad Asri anak kepada YB, beliau tidak mahu mahasiswa berpolitik namun beliaulah mastermind yang bawa politik UMNO dalam kampus.

klik imej untuk pembesaran

klik imej untuk pembesaran

klik imej untuk pembesaran

Buktinya adalah seperti di bawah. Beliau melarang mahasiswa melakukan apa-apa posting berkaitan politik tetapi menyarankan berpolitik dalam "wall" masing-masing

Pihak admin akan dedahkan dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan: