Sabtu, 31 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Yang ditangkap khalwat itu Ketua Penerangan Pemuda UMNO Padang Besar?

Posted: 31 Dec 2011 07:59 AM PST


Dari tajuk dan penulisan Blogger UMNO ini jelas, beliau mempunyai prasangka yang buruk terhadap PAS dan Ahlinya..


Kerana baginya PAS akan mempertahankan habis-habisan jika Ahli-ahlinya melakukan perkara yang tidak bermoral contohnya dala kes Mat Sabu seperti yang ditulis Blogger UMNO itu..

Jangan harap PAS akan biar ahlinya jika ditahan kerana kes Mat Sabu dan Adun Selinsing membuktikan 'ketelusan' Iselam yang mereka perjuangkan.

Mereka akan pertahan habis-habisan jika berlaku perkara tidak bermoral kepada puaknya sendiri.

Dunia dah akhir zaman dan agama terang-terangan diperalatkan puak pelampau agama utk pemerintahan walau menggadai prinsip Islam.

Puak UMNO biarpun tidak ramai lulusan agama tetapi bukan bermakna mereka tidak merujuk kepada agama dalam perjuangan merek.

Siapa lebih kuat agamanya antara yang menjual kalimah Allah berbeza dengan UMNO yang mempertahankannya dari diguna oleh puak Kristian.?

Gunakan jawapan itu untuk memilih dalam PRU akan datang. Demi memartabtkan Islam dan Melayu dan demi keadilan semua kaum yang dinaungi Raja Melayu sejak dari dulu !

Malangnya apa yang diharapkannya tidak menjadi kenyataan bila mana komen-komen yang ditinggalkan (lihat print screen di bawah)mendakwa Ahli Politik yang dilaporkan telah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di Perlis baru-baru ini didakwa sebagai Ahli UMNO sendiri..

Kain PAS hendak diselak tapi yang terselak kain UMNO sendiri… kah.. kah.. kah..




Salahguna Zakat : Jamil Khir dakwa laporan Ketua Audit Negara tidak benar?

Posted: 31 Dec 2011 04:01 AM PST


Apa yang cuba hendak ditegakkan oleh Jamil Khir dalam isu penyalahgunaan wang zakat ini, beliau menafikan akan penyelewengan wang zakat dan bertegas mengatakan bahawa ianya adalah tidak benar.


Secara tidak langsung beliau telah mendakwak bahawa jawapan dari Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) Dato Seri Azmi Khalid dan juga Ketua Audit Negara adalah tidak benar.

Adakah beliau tidak tahu bahawa penyelewengan itu telah didedahkan oleh Ketua Audit Negara sendiri? lihat dokumen di SINI.

Jamil Khir jelas dakwaan seleweng wang zakat

SEPANG 31 Dis. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit dalam penyelewengan wang zakat adalah tidak benar.

Beliau berkata, wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes melibatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit inilah," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.

Sambil menyifatkan dakwaan dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir berkata, berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan. - BERNAMA

Rosmah dijadikan bahan lawak Afdlin Shauki dalam Maharaja Lawak Mega 2011

Posted: 30 Dec 2011 07:45 PM PST


Laman lawak antarabangsa terkenal, 9gag.com pernah mempermainkan Rosmah Mansor dengan menyiarkan satu gambar yang bertajuk "Prime Minister's wife".


Dalam gambar itu tertulis "Rosmah telah didakwa membelanjakan US$203,150 wang awam untuk membeli bag tangan.Tetapi menjelaskan telah menyimpan wang sejak berumur 5 tahun."

(Spent US$203,150 public funds on handbag, Claim to saved money since 5 years old).

Ianya telah berjaya menarik perhatian ramai pelayar dan dalam masa kurang dari 24 Jam saja beratus pelayar meninggalkan komen dan beratus lagi pula menandakan 'like' pada gambar yang menghina Rosmah itu.. (lihat di SINI)

Sebelum itu Rosmah Mansor juga pernah dijadikan bahan lawak antarabangsa bila memberikan komen tentang tsunami yang melanda Jepun.

Katanya "Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau, "

Satu kenyataan paling bodoh yang aku dengar tentang Tsunami yang melanda Jepun ini.. seolah-olah beliau tidak percaya kepada apa yang dikatakan Qada dan Qadar... – laporan mengenainya sila lihat di SINI

Semalam pula dalam satu rancangan tempatan iaitu pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011 sekali lagi Rosmah Mansor dipermainkan..

Nih.. bacalah.. aku copy dari Milo Suam

Lucu! Bik Mama jadi bahan lawak Afdlin Shauki


SEBELUM ini dalam episod Maharaja Lawak Mega 2011 yang sudah, Pelawak terkenal tanah air, Afdlin Shauki pernah mencuit hati dengan gaya ala Rosmah Mansor sedang bersenam.


Dalam rancangan siaran langsung pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, malam tadi Adflin Shauki nampaknya mengutuk Bik Mama secara terus dan "All Out" tiada tapis-tapis lagi.

Beliau dengan gaya rambut serta lenggok Bik Mama, malam tadi menyelitkan lawak cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik.

Bukan itu saja, malah beliau turut mencuit hati penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah. Di bawah ini rakaman video antara babak-babak yang jelas menyindir Bik Mama.




Artikel penuh sila baca di Milo Suam

Semoga Afdlin Shauki tidak diludah oleh Panglima-panglima ludah hendaknya....

Tiada ulasan: