Senyum Tangis Sendu |
UMNO Lembu Tunggangan Sharizat Posted: 07 Dec 2011 07:00 PM PST Angkatan Muda KEADILAN mencabar National Feedlot Corporation mendedahkan gaji bulanan yang dibayar kepada Pengerusi Eksekutif dan pengarah-pengarah syarikatnya. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, rakyat berhak tahu jumlah gaji berkenaan kerana ia menggunakan dana RM250 juta yang diperuntukkan kepada NFC. "AMK mencabar NFC mendedah jumlah sebenar gaji yang dibayar kepada pengerusi eksekutif dan pengarahnya. "Rakyat berhak tahu sebab wang yang dibayar untuk mereka itu datangnya dari rakyat selaku pembayar cukai," katanya. Cabaran itu dibuat ekoran dakwaan bahawa Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Mohamad Salleh Ismail, yang juga suami Shahrizat memperoleh gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan. Manakala ketiga tiga anaknya iaitu Wan Shainur Izmir, 31, (Pengarah Eksekutif) Wan Shahinur Izran, 27 (Ketua pegawai eksekutif) dan Wan Izzana Fatimah, 25, (pengarah) memperoleh pendapatan RM35,000 hingga RM45,000 sebulan. Dakwaan berkenaan disiarkan menerusi satu tulisan di blog Malaysia Today baru-baru ini. Mengulas lanjut, Shamsul berkata jika NFC enggan mendedahkannya, ia mengesahkan lagi berlakunya penyelewengan wang rakyat untuk kepentingan peribadi Shahrizat dan keluarganya. Skandal NFC mula terbongkar selepas didedah Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 awal Oktober lalu. NFC yang diberi 'pinjaman mudah' sebanyak RM250 juta itu dilulus pada 2007 oleh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selain projek yang gagal, NFC turut didedah menyeleweng dana untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta seperti disahkan suami Shahrizat. Terbaru, wang NFC turut diseleweng untuk membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara |
Maut Selepas Terlepas Susur Keluar Posted: 07 Dec 2011 04:02 PM PST BANTING: Tindakan mengundur kereta akibat terlepas susur keluar membawa padah apabila seorang warga emas maut manakala dua lagi parah selepas dilanggar treler membawa muatan getah di Kilometer 21 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran persimpangan Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya, tengah hari semalam. Arthur Lawrence Pharamond, 86, yang memandu kereta Perodua Kancil disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Putrajaya akibat kecederaan parah di kepalanya selepas dirempuh treler dengan muatan dua buah kontena, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari. Dua penumpang kereta berkenaan iaitu isteri Arthur, Lodi Ah Chang, 78, dan seorang wanita, Yong Shiad Ting, 36, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama manakala anak lelaki pasangan itu, Jeffrey Gilbert Pharamond, 46, yang juga orang kelainan upaya (OKU), cedera ringan. Ekoran kejadian itu, treler berkenaan terbalik dan dua buah kontena dibawanya melintang di tengah lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan teruk di laluan menghala ke Shah Alam selama beberapa jam. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan ketika dihubungi berkata, Arthur yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur dipercayai memandu dari arah Seremban menghala ke Putrajaya sebelum terlepas simpang susur keluar. Katanya, mangsa dipercayai cuba mengundurkan keretanya untuk memasuki persimpangan ke Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya. "Ketika mengundurkan keretanya sebuah kereta berjaya mengelak kereta yang dipandu mangsa, tetapi pemandu treler dari arah sama gagal mengelak dan merempuh belakang kereta mangsa sehingga menyebabkan kereta itu terseret 50 meter dari tempat kejadian, menyebabkan ia remuk. "Rempuhan itu turut menyebabkan dua buah kontena yang dibawanya terjatuh dan melintang di tengah lebuh raya. Bagaimanapun, pemandu treler tidak cedera," katanya. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan