Ahad, 11 Disember 2011

PENOREH GETAH

PENOREH GETAH


DATO'DZUL AMBIL KURSUS MIDDLE MANAGEMENT ?

Posted: 11 Dec 2011 12:07 AM PST

Saudara2, Isa Samad telah mencadangkan Pengarah Besar Felda, Dato Dzul bercuti belajar untuk mengambil kursus middle management selama 6 bulan, mulai November 2011 dan PM baru luluskan. Bukan nak personal hak dan kuasa PM, tapi sekadar mengingatkan bahawa PRU 13 hampir tiba,"just round the corner" justeru janganlah kita berdepan dgn banyak isu. Samada PM sedar ataupun tidak, campur tangan Isa Samad yg berlebih2an dalam pentadbiran Felda telah menyebabkan Warga Felda BOSAN, BENCI & MELUAT kepada kerajaan. Tidak pernah dalam sejarah Felda, Pengarah Besar disuruh bercuti panjang tanpa sebab khusus.

Apakah Isa peka terhadap sentiment peneroka, kakitangan dan seluruh pengundi Felda menjelang PRU13?.

Apakah PM telah mendapat maklumat tepat isu2 dalaman Felda?

Apa PM telah memberi Ruang dan Peluang pengurusan Felda untuk menjelaskan segala2nya dalam isu penyenraian FGVH?

Apakah ada bukti yg pengurusan Felda berkonspirasi dgn pihak Pembangkang?
Jika ada, silalah minta Bukit Aman dedahkan bukti2 tersebut. Sebaliknya Isa Samad telah merosakkan perpaduan Warga Peneroka dan melukakan hati pengundi setia BN ditanah rancangan Felda. Pengurus, Pegawai dan Pertugas Felda bersama peneroka sama2 membanting tulang dan berganding bahu ibarat macam keluarga. Mengapa ikatan lidi secekak ini hendak dileraikan oleh Isa Samad? Soal "Listing" FGVH bukan lah isunya tapi campur tangan dan tindakan Isa melanggar peraturan Felda dan kerajaan adalah pekara pokok. Lihatlah nanti semasa ketiadaan Pengarah Besar.
Sudah pasti banyak kertas2 dari langit akan dibentangkan dalam lembaga.
Sudah tentu banyak arahan dan kelulusan baru akan dikeluarkan selepas ini.
Sudah pasti Ketua2 peneroka lelaki dan GPW akan digantikan dgn org2 baru yg merupakan Gunting dalam Lipatan selama ini.

Sudah tentu kepimpinan peneroka seluruh negara akan berubah.
Percayalah tuan2 dan puan2, Pakcik2 dan Macik2, Abg2 dan Kakak2 serta Adik2 sekelian. Tindakan ISA yg Tamak, Rakus, Haloba dan Membabi Buta ini mengundang perpecahan di kalangan warga peneroka. Tiada siapa yg untung. Jika PM berpandangan terbuka dan mahu undi peneroka Felda kekal kepada BN maka wajarlah PM kaji semula:-

Tindakan menghantar Pengarah Besar Felda cuti belajar yg panjang,

Tindakan membenarkan Isa menjadi ahli KPF, Pengerusi KPF dan Pengerusi Yayasan dan akhir sekali

MengHADkan kuasa Isa dalam Felda.

Kakitangan Felda sanggup bekerja siang dan malam pastikan kemenangan berpihak kpd Pemerintah, jika tidak ia akan mengundang risiko yg amat BESAR. Jangan biarkan Ombak Tsunami melanda ditanah rancangan Felda dalam PRU 13 yg akan datang sedikit hari lagi, sementara kami masih ada hati lagi sayangkan PM dan kerajaan BN, buatlah sesuatu wahai PM, jangan biarkan jiwa kami bergelora lalu memberontak, itu bukan budaya kami sebagai Warga Felda … Wasallam

http://www.facebook.com/groups/104889596196/10150510985771197/

Datuk Zul sambung belajar ( FELDA )

Posted: 10 Dec 2011 11:14 AM PST

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Kemelut dalaman pengurusan tertinggi Felda dilihat semakin krtikal selepas pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa melalui 'pintu belakang'.
Terbaru, Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab dikhabarkan menerima surat arahan bercuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama sembilan bulan.

Presiden Anak, Mazlan Aliman memberitahu, menurut sumber daripada Felda sendiri, Zulkifli menerima surat arahan bercuti itu daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri semalam.

Arahan itu dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Isa, 21 November lalu, meminta beliau mengeluarkan arahan tersebut dengan alasan memberi peluang kepada Zulkifli menyambung pengajian.

Arahan itu berkuatkuasa 25 November lalu sehingga Ogos tahun hadapan.

"Datuk Zulkifli sekarang tidak dibenarkan memasuki pejabat," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mazlan, beliau yakin arahan itu atas pengaruh Isa yang tidak senang dengan Zulkifli kerana mempunyai pandangan berbeza mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

"Datuk Zul mempunyai pandangan terbuka terhadap cadangan penyenaraian yang meliibatkan aset warga Felda kerana beliau sangat faham kerana mula berkhidmat dari bawah.

"Datuk Zul mungkin tak boleh beri sokongan kepada Isa untuk usaha penyenaraian ini dan mungkin Isa menganggap Datuk Zul sebagai penghalang kepada cita-cita peribadi beliau," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tambah beliau lagi, arahan menyambung pengajian itu dilihat secara tiba-tiba dan tidak ada keperluan yang mendesak.

"Kalau dikatakan beri peluang Datuk Zul sambung belajar, belajar apa? Nak sambung belajar di mana?" soalnya.

Kesal dengan tindakan yang disifatkan sebagai usaha penyiingkiran secara halus itu, Anak kata Mazlan, akan menyerahkan memorandum sokongan terhadap Zulkifli di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini pada 13 Disember ini, jam 2.30 petang.

"Anak menentang keras usaha-usaha yang tidak demokratik dan tidak menghormati kakitangan Felda dan warga Felda yang mempunyai hubungan yang baik dengan Datuk Zul.

"Oleh itu, kita akan serahkan memorandum sokongan sebagai tanda Anak sentiasa di belakang Datuk Zul.

"Anak juga minta semua pihak termasuk keluarga Datuk Zul bertenang dan bersabar dengan keadaan ini," katanya.

Ujar beliau juga, tindakan susulan akan diambil dari semasa ke semasa selepas penyerahan memorandum tersebut sehingga Najib menarik balik arahan tersebut.

"Tindakan ini sangat malang bagi seorang pengarah yang berkhidmat dengan cemerlang.

"Ada tindakan susulan sehingga Perdana Menteri menarik balik arahan tersebut dan Datuk Zul boleh masuk pejabat seperti biasa," katanya sambil menyeru semua warga Felda tanpa mengira fahaman politik bersatu menyatakan sokongan kepada Zulkifli.

Tiada ulasan: