Pahang Daily Online |
Banjir Di Kuantan: 'Tidak Wajar' Kerajaan Hanya Menyalahkan Rakyat Atas Kejadian Yang Berlaku! Posted: 10 Dec 2011 11:45 PM PST KUANTAN, 11 Dis - Kejadian "banjir kilat terburuk" kali kedua yang melanda bandar ini semalam, jelas sekali satu situasi yang cukup menakutkan rakyat di sini sebenarnya. Jika sebelum ini, mereka hanya mendengar banjir kilat melanda Lembah Kelang dan terbaru berlaku di Kajang, kini igauan buruk itu mula menghantui sebahagian besar rakyat Kuantan sebenarnya. Kini mereka mula mencongak, apa akan terjadi pada masa-masa yang akan datang jika hujan lebat melanda lagi?. Persoalannya, kenapa tiba-tiba "banjir kilat" seburuk ini melanda Kuantan. Bukankah sejak sekian lama, jika pun ada hujan yang begitu lebat senarionya tidak seperti ini. Tindakan pihak tertentu menyalahkan rakyat kononnya membuang sampah merata-rata adalah tidak adil. Ini kerana, banjir yang melanda bukanlah sepenuhnya atas faktor "sampah". Jika adapun mungkin sekitar 10%-20%. Selebihnya ia adalah masalah yang berlaku akibat pembangunan yang dijalankan. Pada masa ini pembangunan di kawasan Seri Dagangan juga di kawasan sekitar East Cost Mall dan sekitarnya. Mungkin akibat pembangunan tersebut, sistem perparitan di sekitar bandar Kuantan akhirnya terganggu. Rasionalnya, selama ini jika berlaku hujan yang lebat sekali pun keadaannya tidak seteruk sekarang. Oleh itu Kerajaan Negeri Pahang dan juga Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa memainkan peranan untuk memperbaiki masalah ini sebelum ia menjadi lebih parah. Jika tidak, kita khuatir rakyat Kuantan akan menjalani kehidupan dalam situasi yang cukup membimbangkan. Lokasi banjir sekitar Jalan Tun Ismail berhadapan Berjaya Megamall Lokasi di hadapan CIMB Jalan Tun Ismail dihadapan Berjaya Megamall [Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa bertindak segera untuk mengatasi permasalahan ini. Jangan dibiarkan masalah ini berlarutan, kerana lebih banyak mangsa akan berhadapan dengan risiko ini pada masa yang akan datang. Inilah yang berlaku apabila MPK juga meluluskan pelan tapak dan yang berkaitan dengan projek kilang memproses rare erath, Lynas Corporation sebelum ini. Akibat tindakan tersebut, maka kini rakyat bangkit membantah di sana sini. Mereka juga amat takut, jika risiko banjir terus melanda Kuantan maka kemungkinan besar risiko radioaktif juga bakal melanda Kuantan tidak lama lagi. Manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Sehebat mana pun laporan dibuat oleh manusia, namun jika sudah ditakdirkan akan bermasalah maka ia tetap menjadi risiko kepada penduduk setempat. Kantng MPK penuh dengan duit saman parking, maka mereka perlu segera memulihkan keadaan ini. Jika tidak maka rakyat Kuantan akan berhadapan dengan risiko "banjir" pula sekali lagi selain "risiko radioaktif" yang akan menjelma 10 atau 20 tahun akan datang]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan