Isnin, 26 Disember 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Pelajar UITM Kelantan Maut Dan Rentung Akibat Kemalangan Di KM23 Jalan Lipis Benta Kelmarin!

Posted: 25 Dec 2011 11:21 PM PST

KUALA LIPIS, 26 Dis - Seorang penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan jurusan Perakaunan, rentung dengan 90 peratus tubuh badannya terbakar dalam satu kemalangan di sini kira-kira jam 5 pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa Hadino Zafan Jasman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian di Kilometer 23 Jalan Lipis-Benta, kereta dipandu Hadino hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan. "Mangsa dipercayai cuba mengawal kenderaan, tetapi gagal mengakibatkan kereta Saga BLM itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar belakang sebuah kereta jenis Honda yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu. "Akibat pelanggaran itu, kereta Saga BLM mangsa terbakar dan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri. "Dalam pada itu, pemandu kereta jenis Honda, Mohd Zin Kasim berusaha mengeluarkan isterinya, Hamidah Kasur, 51, beserta dua cucu, Mohd Fahmi Dannial, 4, dan Mohd Farhan Darwiz, 10 bulan dari kereta yang mereka naiki," katanya semalam. Abdul Razak berkata, sejurus mereka berjaya keluar dari kereta berkenaan, kenderaan berkenaan turut terbakar. "Walaupun pemandu dan penumpang kereta Honda berkenaan berjaya menyelamatkan diri, tetapi Mohd Farhan Darwiz, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya. sinarpahang

Banjir Di 'Daerah Rompin' Makin Buruk, Seramai 946 Orang Mangsa Kini Di Pindahkan Setakat Ini!

Posted: 25 Dec 2011 10:06 PM PST

KUANTAN, 26 Dis - Keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk dengan lebih 300 mangsa lagi dipindahkan malam tadi, menjadikan mereka yang berada di pusat pemindahan meningkat kepada 946 orang setakat 9 pagi ini. Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sebuah lagi pusat pemindahan dibuka malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada lima buah. Kesemua mangsa adalah daripada 214 keluarga dari 13 buah kampung, katanya ketika dihubungi di sini. Sementara itu, Kampung Mentelong dan Kampung Denai yang terputus hubungan darat selepas jalannya dinaiki air tengah hari semalam, kini boleh dilalui semua kenderaan, katanya.


Keadaan banjir
yang menenggelamkan perkampungan di kawasan Rompin

Keadaan banjir di bandar Kuala Rompin yang telah dirakamsebelum ini

[Di Johor mangsa banjir semakin meningkat apabila hampir 300 orang lagi dipindahkan ke pusat pemindahan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,437 orang pagi ini berbanding 1,143 orang malam tadi Sementara itu beberapa kampung di kawasan rendah di Samarahan Sarawak turut dilanda banjir bermula malam tadi berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas yang diburukkan dengan fenomena air pasang besar. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir berkata setakat pagi ini, dua kampung iaitu Kg.Asajaya Hulu dan Kampung Serpan Ulu terjejas dengan bencana itu. Beberapa jalan kampung di pinggir bandar raya ini juga dilaporkan telah dinaiki air, namun masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Manakala itu di Sandakan Sabah pula, mangsa banjir di Kampung Gum Gum di sini yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 351 orang setakat 9 pagi ini berbanding 341 semalam. Jurucakap Pusat Operasi Banjir Majlis Perbandaran Sandakan berkata 10 mangsa terbaru daripada dua keluarga itu dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran kediaman mereka berada di kawasan hulu sungai. Hujan sekejap-sekejap serta kadang kala lebat masih berterusan dan pihak berkuasa bimbang paras air sungai meningkat tiba-tiba, katanya.Semua mangsa banjir yang babitkan 101 keluarga itu ditempatkan di Dewan Serba guna Gum Gum].

Protes Saman Parking, MPK Perlu Fahami Apakah Isu Yang Di Pertikaikan Oleh Rakyat Sebenarnya !

Posted: 25 Dec 2011 03:29 PM PST

KUANTAN, 26 Dis - Tinggal empat hari sahaja lagi himpunan Protes Rakyat Bantah Saman Parking MPK, nampaknya sokongan yang dibuat oleh sebahagian warga Kuantan menerusi kaji selidik yang dibuat di blog ini semakin meningkat. Berdasarkan statitik terbaru daripada 173 yang mengundi (10.00 pagi) ternyata 81% (140) menyokong dan mahu hadir pada himpunan itu nanti. Hanya 6% (11) membantah dan 13% (22) lagi tidak ada apa-apa masalah dengan program itu nanti. Dengan statistik online yang dibuat ini, secara jelas majoriti rakyat sebenarnya membantah sistem yang diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) beberapa tahun yang lalu itu. Difahamkan, Pengerusi Penganjur, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai CMK (Blogger Cucumatkilau) protes itu telah dipanggil oleh pihak polis Jumaat lalu, namun beliau gagal menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kerana masih lagi berada di luar kawasan pada masa ini. Apapu, menerusi facebooknya, beliau secara jelas mengajak rakyat Kuantan terus bangkit mempertahankan hak mereka. Katanya, rakyat tidak harus sewenang-wenangnya membenarkan diri mereka dijadikan "alat" untuk melempiaskan "hawa nafsu" pihak-pihak tertentu. "Bukan kita mahu protes soal saman parking, tapi isunya ialah sistem dan sikap pegawai MPK (Penguatkuasa) yang keterlaluan dan berlagak sombong dengan orang awam. Malah ada yang bertindak keterlaluan tanpa budi bicara dan timbang rasa. Inilah yang menyebabkan rakyat bangkit membantah dan tidak mahu situasi begini berterusan. Tambahan pula pada tahun 2012 ini nanti, Sukan Malaysia (SUKMA) dijadualkan berlangsung di Kuantan. Jika senario ini tidak diubah maka lebih ramai mangsa akan teraniaya nanti", kata Shukri. "Saya mengajak semua rakyat (warga Kuantan) atau sekitarnya yang teraniya dek tindakan ini agatr dapat hadir beramai-ramai pada hari itu nanti. Kita mahu nyatakan bantahan secara aman dan saya sendiri akan menghantar memorandum kepada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada hari itu nanti bagi mewakili NGO Suara Keadilan Rakyat (People's Justice Voice. Mereka tidak perlu takut dan risau, jika tidak mahu terus teraniaya. Sila bawa bersama semua resit saman parking yang pernah diterima selama ini untuk kita kumpulkan dan serahkan semula kepada MPK. Ingat, pilihanraya semakin hampir ... jika ini keadaannya maka jangan salahkan rakyat jika mereka tolak kerajaan pada PRU-13 itu nanti", tambahnya.


Orang ramai bukan tidak mahu disaman bila melakukan kesalahan, tapi
biarlah ia bertempat dan dalam keadaan yang sepatutnya dibolehkan

Sebenarnya, masih ramai rakyat dan pihak MPK sendiri yang tidak faham kenapa protes ini diadakan. Apa yang dipersoalkan oleh rakyat bukanlah mereka tidak mahu bayar saman dan tidak mahu ikut undang-undang yang telah ditetapkan. Tetapi mereka mahukan satu situasi yang adil dan selesa. "Kita mahu sistem itu ditukar. Sistem kupon (gores) sekarang ini menguntungkan MPK. Sebab, kita terpaksa gores satu jam walau pun atas urusan 10-15 minit. Jika kita ada urusan lain mungkin tiada masalah, tapi jika kita memang tiada urusan.. bukankah MPK sudah dapat duit kita dulu. Malah, jika kita gores sekali pun untuk masa sejam terkadang kita terlewat atau sibuk dengan urusan dan terlupa untuk menambah kupon baru. Akhirnya resit saman akan tertera di cermin kereta kita. Bayangkan, jika keadaan sesak ketika itu dan parkir yang disediakan pula tidak mencukupi. Akhirnya kita akan berhadapan dengan situasi tersebut. Jika dulu, sistem resit kuning digunakan jika kita letak kereta berapa jam sekali pun kita akan berada dalam situasi win-win situation di mana MPK akan letakkan jumlah resit berdasarkan jumlah jam kita berada di situ. Ini lebih adil daripada sistem sekarang. Inilah yang kita mahu ubah, kerana ramai yang tidak tahan apabila hari-hari di saman. Malah ada yang sampai disaman dua tiga kali oleh MPK pada hari yang sama. Inilah yang mengecewakan kita", kata beliau.


Lihat, sebahagian aksi pesta saman parking yang dilakukan MPK pada hari
peristiwa yang telah diadakan di Padang MPK 2 Kuantan satu ketika dulu


Inilah kupon parking yang mengayakan MPK (kiri), serta bukti saman yang
dikeluarkan pada hari minggu (cuti-cuti pun MPK buat operasi saman)

[Antara perkara lain yang dipersoalkan ialah sikap tidak bertimbangrasa Pegawai Penguatkuasa MPK sendiri, tindakan memberi lesen kepada Attendan Parking menyaman, memberi komisyen kepada kepada pegawai yang menyaman, menyaman diluar waktu puncak dan pada hari cuti (Ahad), menyaman kenderaan yang diletakkan di kawasan perumahan, menyaman pada awal pagi antara jam 2.00 hingga 4.00 pagi, membuat operasi saman pada hari peristiwa (Jom Heboh TV3, Expo & Karnival, Malam Raya, Hari Kemerdekaan) dan sebagainya, menyaman berkali-kali pada hari yang sama, penyediaan parkir yang tidak mencukupi dan banyak lagi. Inilah isu yang sebenarnya dipertikaikan oleh rakyat. Bukan isu mereka tidak mahu bayar saman. Jika MPK boleh batalkan tindakan "kunci tayar" hanya selepas mendapat aduan daripada orang awam (politik) yang turut bermasalah dengan tindakan tersebut, maka MPK sepatutnya memikirkan juga rakyat biasa yang lain. Kita tidak kisah MPK buat operasi pada waktu pejabat (puncak) antaran jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang seperti dalam peruntukan mereka. Tetapi bila selepas waktu puncak, antara pukul 6.00 hingga 9.00 malam itulah waktu "timbang rasa" dimana mereka perlu tengok situasi kenderaan. Apakah ia menghalang lalu lintas atau sebagainya. Begitu juga selepas jam 9.00 malam hingga ke pagi, sepatutnya waktu itu ada "budi bicara" digunakan. Takkanlah rakyat yang mahu menunggu anak balik, di Terminal Bas (Makmur) yang berhenti sekitar 15 minit pun mahu di saman?. Sepatutnya berbudi bicaralah di tempat yang sepatutnya. Jangan gunakan kuasa untuk menekan rakyat. Malah, MPK difahamkan menjadikan sumber pendapatan daripada saman-saman terbabit sebagai satu strategi mengisi dana kewangan mereka setiap tahun. Inilah yang menyebabkan setiap pegawai mereka terpaksa bekerja siang malam untuk mencapai target peribadi harian dan bulanan serta tahuan MPK itu sendiri. Akibatnya mereka rela bekerja walau pun pada hari cuti am dan cuti umum bagi mengejar target terbabit. Jika isu ini tidak diselesaikan, kita khuatir MPK akan bermaharajela pada Sukan Malaysia (SUKMA) yang dijadualkan pada bulan Julau 2012 nanti. Jika itu keadaannya, maka rakyat berhak bangkit dan protes isu ini sekarang].

Tiada ulasan: