Pahang Daily Online |
- Panas: JKKK Mengamuk, Kerajaan Negeri Mansuh Elaun Mesyuarat RM50 Mulai Awal Bulan Ini
- Mahfuz: Tindakan Mahkamah, Hukum Khir Toyo Hanyalah Drama Politik UMNO Menjelang PRU-13
- Panas: Selepas Waran Tangkap JAIS, Bob Lokman Terima Notis Pula Dari JAIP Di Kuantan Semalam!
Panas: JKKK Mengamuk, Kerajaan Negeri Mansuh Elaun Mesyuarat RM50 Mulai Awal Bulan Ini Posted: 25 Dec 2011 06:24 AM PST KUANTAN, 25 Dis - Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) digesa mengembalikan semula elaun mesyuarat sebanyak RM50 kepada semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negeri ini jika tidak mahu kehilangan banyak undi pada Pilihanraya Umum akan datang. Demikian ditegaskan oleh salah seorang AJK (JKKK) terbabit yang menghubungi kami petang tadi. Beliau yang tidak mahu namanya dikenali berkata, saya cukup hairan kenapa kerajaan negeri bertindak demikian sedangkan selama ini ia tidak pernah menjadi masalah kepada kami. "Saya ingin tegaskan bahawa kami adalah mata kepala kerajaan. Kamilah yang bertungkus lumus siang malam bekerja untuk meastikan UMNO BN menang setiap kali pilihanraya. Ketika mereka memerlukan khidmat kami semasa kempen pilihanraya, bukan main lagi janji-janji manis yang ditaburkan. Tapi, bila masalah elaun mesyuarat ini diajukan kepada pemimpin yang kami pilih mereka gagal berbuat sesuatu untuk mengembalikan hak kami. Takkanlah elaun mesyuarat sekitar RM50 itu pun mahu dimansuhkan?. Apakah kini kerajaan negeri sudah "muflis", maka mereka sanggup menganiaya kami", kata pemimpin terbabit dengan nada kecewa. Difahamkan, kerajaan negeri mula menamarkan pemberian elaun tersebut berkuatkuasa pada awal bulan ini (Disember). Kerajaan juga tidak menyatakan sebab pemansuhan elaun berkenaan sehingga menimbulkan tanda tanya dan tidak puas hati di kalangan pihak pengurusan JKKK di negeri ini. Ramai yang kecewa dan tidak bersetuju dengan pemansuhan elaun ini kerana bagi mereka kerajaan sanggup menghabiskan banyak wang untuk membeli undi pada setiap kali pilihanraya (jutaan ringgit), termasuk yang terbaru di Pilihanraya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini. Namun, mereka hairan tiba-tiba elaun tersebut dimansuhkan. "Kami banyak bantu kerajaan dalam segala bidang terutamanya untuk mempengaruhi mereka supaya mengundi BN pada setiap kali pilihanraya. Walau pun hati kami terkadang terguris dengan tindakan pemimpin BN sendiri namun kudrat kami terus kuat bersama kerajaan. Apakah cukup dengan BN menabur wang kepada kami bila tiba waktu pilihanraya untuk diagihkan kepada rakyat (membeli undi), sedangkan jasa-jasa kami selepas itu tidak dikenang oleh mereka. Selama ini bila pembangkang kata negeri ini bankrap MB dengan lantang menafikannya .. tapi lihat sekarang.. duit elaun kapi dimansuhkan utk pilihanraya agaknyer !", kata beliau lagi. |
Mahfuz: Tindakan Mahkamah, Hukum Khir Toyo Hanyalah Drama Politik UMNO Menjelang PRU-13 Posted: 25 Dec 2011 03:59 AM PST KUALA LUMPUR, 25 Dis - Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (foto) berkata, tindakan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hanya "drama politik" UMNO BN. Katanya, dengan pelbagai isu rasuah yang terpalit kepada ramai pemimpin parti itu, maka Umno BN terpaksa 'menempisnya' dengan bertindak ke atas Khir, itu pun selepas Khir tidak mempunyai kuasa lagi. Lagi, tindakan 'memangsakan' Khir itu kononnya bagi memberi gambaran kepada Masyarakat bahawa kerajaan UMNO BN secara keseluruhanya tidak berkompromi dengan rasuah. "Selepas UMNO tak mampu nak bersih najis rasuah yang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata "sudah busuk sampai ke usus", maka Khir jadi mangsa sembelihan untuk bersihkan semua kes rasuah dalam Umno," katanya. Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin yang memutuskan Khir bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum penjara setahun. Bagi Mahfuz, apa yang cuba ditonjolkan oleh UMNO BN dengan bertindak ke atas Khir itu hanya mengulangi skrip lama yang pernah dibuat ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam isu PKFZ. Bagaimanapun tindakan mendakwa Ling itu selepas beliau bersara dari kerajaan. "Saya harap Khir sabar banyak-banyak sebab dia seorang sahaja yang kena untuk dijadikan mangsa korban partinya. "Saya yakin kalau dia masih ada kuasa, dia tak akan diambil tindakan," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena. [Ramai pihak yang melihat keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap bekas Menteri Besar Selangor itu adalah satu usaha bagi meyakinkan rakyat kononnya sistem kehakiman di Malaysia adalah benar belaka dan akan menjatuhkan hukuman kepada sesiapa sahaja tanpa mengira mereka pemimpin pembangkang mahu pun kerajaan. Rakyat dimomokkan agar percaya bahawa kerajaan sudah melakukan perubahan dan serius dalam memerangi amalan rasuah dan penyelewengan. Masalahnya, Khir Toyo adalah pemimpin yang sudah jatuh dan tidak lagi berkuasa besar di negeri Selangor. Mungkin jika beliau masih bergelar MB, maka Khir Toyo juga akan terselamat dari apa jua hukuman. Memang benar Khir mengatakan dia di"kambing hitamkan" oleh UMNO sendiri kerana mereka bercita-cita besar untuk merampas semula pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor daripada Pakata Rakyat pada pilihan raya umum akan datang. Semua ini hanyalah satu strategi belaka]. |
Panas: Selepas Waran Tangkap JAIS, Bob Lokman Terima Notis Pula Dari JAIP Di Kuantan Semalam! Posted: 25 Dec 2011 02:29 AM PST KUANTAN, 25 Dis - Bekas pelakon dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman (foto) yang pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), semalam menerima notis daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah. Setiausaha Penerangan PAS Pahang, Youslydi Mohd Desa, berkata Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ditahan pegawai JAIP sebaik selesai menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini. Katanya, selepas Bob Lokman berucap memberi beberapa nasihat, beliau didekati kakitangan JAIP lalu membawa Bob ke beranda masjid untuk disoal siasat. "Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman pada ketika jemaah yang penuh sesak ketika itu menunaikan Solat Isyak dan Bob disiasat di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. "Bagaimanapun beliau tidak ditangkap malah Bob Lokman kemudiannya menyampaikan ceramah di Kampung Razali, Jalan Gambang," katanya. Youslydi percaya, terdapat orang politik yang membuat bantahan terhadap majlis melibatkan Bob Lokman sehingga JAIP bertindak. Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 ialah peruntukan bagi "Mengajar Ugama yang salah" di mana jika sabit kesalahan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. Khairil Abd Rahim Salah satu video rakaman ceramah Bob Lokman di Pahang 22 Dis lalu [Tindakan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ini adalah satu lagi usaha yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO BN bagi menghalang bekas salebriti popular seperti Bob Lokman untuk menyedarkan rakyat supaya kembali kepada ajaran Islam sebenar. JAIP tidak boleh terlalu berbangga kononnya mereka punyai kuasa untuk tujuan tersebut kerana rakyat Pahang tahu agensi itu telah diperkudakan oleh pemimpin UMNO BN yang takut dengan kebenaran. Anehnya, jika program maksiat dan membawa kerosakan kepada umat Islam mereka biarkan ia dilakukan dengan sewenanngya tanpa sekatang. Malah, sudah beberapa kali kami melaporkan tentang aktiviti maksiat yang secara berleluasa berlaku di negeri ini namun ianya dipandang sebelah mata saja oleh pihak JAIP. Masalah "Pondan @ Mak Nyah" misalnya, hingga kini masih berlambak-lambak menghiasai bandar Kuantan pada waktu malam. Mereka bebas lakukan maksiat dan siap boleh kata negeri Pahang undang-undang Islamnya longgar. Ada JAIP bagi notis kepada pondan-pondan ini, hingga dianjurkan Miss Malaysia Pahang 2010 yang penuh dengan kontroversi itu sebelum ini. Apakah JAIP tiada kuasa untuk menyiasat semua ini agaknya]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan