Pahang Daily Online |
- Negara Kebajikan: Mat Sabu Hairan Dr.Hasan Ali Yang Tidak Mahu Akur Keputusan Muktamar PAS
- Panas: Bekas MB Selangor, "Khir Toyo" Di Penjara Setahun Mulai Hari Ini Kerana Tuduhan Rasuah!
- Bongkar: MB Pahang Wajar Pantau Kilang Lynas, Banjir Mula Melanda Sekitar Kawasan Tersebut !!
- Blogger 'Cucumatkilau' Bakal Berceramah Dengan Profesor Dr.Aziz Bari Di Benut, Pontian Malam Ini
- Panas: "Saifuddin Dalam Bahaya", Ada Maklumat UMNO Temerloh Mahu "Tamatkan" Politik Beliau!
- Panas: Mazlan Aliman, ANAK Akan Failkan Saman Pemula Terhadap "KPH Dan Juga FGVH" Hari Ini!
- Sensasi: Lynas Malaysia Sdn Bhd Keluarkan Iklan Akhbar Bagi Yakinkan Rakyat Tentang Projek Itu !
Negara Kebajikan: Mat Sabu Hairan Dr.Hasan Ali Yang Tidak Mahu Akur Keputusan Muktamar PAS Posted: 23 Dec 2011 02:58 AM PST SHAH ALAM, 23 Dis - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) menganggap tindakan Bekas Pesuruhjaya PAS, Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mengkritik Dasar Negara Kebajikan yang menjadi pokok perbahasan ketika membahaskan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan PAS lalu sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip parti. Beliau berkata PAS mendasari perjuangan kesepakatan, dan bersendikan panduan Majlis Syura Ulama selama lebih 60 tahun bertarung dalam arena politik tanahair. "Kita yang berada dalam kumpulan itu boleh mencurahkan pandangan dalam mesyuarat. Dalam mesyuarat kadangkala berlaku ketegangan, meninggikan suara,mempertahankan hujah adalah perkara biasa. Tetapi bila secara umum satu pandangan diterijma sebagai pandangan PAS Pusat, maka tugas kita adalah mematuhi keputusan. Saya amat kesal kalau ada di kalangan pimpinan Jawatankuasa PAS Pusat yang ada saluran untuk mencurahkan idea dalam mesyuarat tetapi mencurahkan idea di luar mesyuarat terutamanya kepada media yang selamanya tidak senang dengan parti Islam," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keluh-kesah bekas Persuruhjaya PAS Selangor itu yang mendapat liputan meluas media pro-Barisan Nasional, serta kritikan berbalas-balas antara bekas pakar motivasi itu dan pemimpin lain dalam PAS. Menjawab tuduhan PAS telah menyeleweng dari landasan Islam, Mohammad Sabu menambah mana-mana ahli Pas, khususnya yang pernah menduduki jawatankuasa kerja pusat seperti Dr Hassan Ali sedia maklum bahawa keputusan yang disepakati pasti dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Syura Ulama. Negara Kebajikan Tidaklah Wajar Di Jadikan Isu Majlis Syura ini dianggotai oleh pemikir-pemikir Islam yang tidak diragui wibawa dan ketokohan mereka. Ditubuhkan sejak 1983, majlis ini terkenal dengan pantauan ketatnya keatas strategi dan pembikinan dasar parti bagi memastikan ia selaras dengan kitab suci Islam. "Saya hairan mengapa negara kebajikan dijadikan isu sedangkan negara kebajikan adalah diluluskan di muktamar. Itu ucapan dasar Presiden [Abdul Hadi Awang]. Kita sebagai ahli harus akur kerana ia keputusan muktamar, bukan keputusan individu," katanya. Bliau juga berkata Negara Kebajikan ini disepakati semua pucuk pimpinan parti sebagai penegasan semula komitmen PAS kepada perjuangan politik Islam. "Perjuangan untuk menegakkan negara kebajikan dalamnya terkandung negara Islam itu sendiri. Ini bukan perkara baru, telah beberapa tahun kita tekankan negara kebajikan ini. Cuma tahun ini kita pertegaskan lagi iaitu pembentukan negara yang diisytihar Allah sebagai negara yang bentuknya baik (untuk semua), berkebajikan dan mendapat pengampunan Tuhan. Umumnya diceritakan dalam negara kebajikan, tetapi syarahnya dijelaskan dalam buku jingga. misalnya dalam negara kebajikan tidak dijelaskan berapa elaun yang patut diberi pada kaum buruh bulan-bulan. Negara kebajikan hanya ditekankan dasar umum iaitu kerajaan bertanggungjawab memberi keselesaan kepada rakyat, tetapi butirannya terdapat dalam buku jingga," katanya. Mat Sabu Akui PAS Kuat Walau Di Khianati BN Mengenang semula perjuangan 60 tahun PAS, Mohammad Sabu berkata setiap ahli PAS harus akui bahawa PAS adalah parti yang kuat walaupun pernah dikhianati oleh Barisan Nasional semasa penggabungan dua parti itu pada era 70-an. Walaupun begitu kekuatan PAS terhad di Kelantan dan Terengganu sahaja sehinggalah wujud kesepakatan kelompok masyarakat sedar untuk bersama menumbangkan Barisan Nasional. "Sebenarnya parti Islam ini kuat, tetapi di sudut pilihanraya sudah 11 kali ia bertapak di Kelantan dan Terengganu bergilir-ganti, bahkan tidak berupaya menguasai Kedah. Begitu juga DAP, sebuah parti yang kuat, biasa memungut undi lebih daripada satu juta tetapi tidak berjaya memerintah walau satu negeri. Bagaimana kita nak ubah soal penyelewengan, kezaliman dan rasuah melainkan formula berlaku kesepaduan Pas, DAP dan PKR, barulah boleh menjatuhkan Barisan Nasional. Ini terbukti berlaku pada tahun 2008. Kalau kita pergi kepada kerajaan perpaduan bersama Umno-Barisan Nasional, ertinya kita meneruskan kezaliman yang ada, rasuah yang ada, penyelewengan yang ada. Saya tidak nampak boleh berlaku perubahan melalui penggabungan dengan UMNO BN," jelasnya. |
Panas: Bekas MB Selangor, "Khir Toyo" Di Penjara Setahun Mulai Hari Ini Kerana Tuduhan Rasuah! Posted: 23 Dec 2011 02:02 AM PST SHAH ALAM, 23 Dis - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo (foto) bersalah atas tuduhan rasuah. Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucut hak kepada kerajaan Malaysia. Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari. Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997. Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan. Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut. Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah. Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan atas tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang. Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya, ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat. Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin. DPP Abdul Wahab Mohamed jalankan pendakwaan. Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi. Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007. Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu. Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan itu. [Apa yang berlaku kepada Khir Toyo ini menguatkan lagi hujjah kita bahawa pemimpin UMNO BN memang khianat dan gemar merompak sesuka hati mereka bila ada kuasa. itu baru Khir Toyo, belum lain-lain Menteri Besar di negeri yang lebih kontroveri termasuk di Pahang ini. Kami yakin banyak fail-fail sulit melibatkan pemimpin UMNO BN bakan terbongkar menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Bukan pembangkang yang membongkarkannya, tetapi beberapa kerat pemimpin UMNO yang kecewa akibat tidak dipilih sebagai calon PRU-13 ini nanti. Mereka baru sedar yang perjuangan politik bersama UMNO hanya pentingkan kebendaan semata-mata, sebaliknya maruah dan akhlak terus dipermainkan oleh mereka. Pemimpin seperti ini wajar ditolak oleh rakyat pada PRU-13 ini nanti, jika tidak mahu mereka terus berbuat khianat dan memperdayakan rakyat atas nama pembangunan. Sebaliknya, segala projek yang dirancang itu disapu beres oleh prokis-proksi mereka yang berkempentingan. Lakukan perubahan agar masa depan generasi akan datang lebih terjamin. Jadikanlah kes Khir Toyo ini sebagai ikhtibarnya!]. |
Bongkar: MB Pahang Wajar Pantau Kilang Lynas, Banjir Mula Melanda Sekitar Kawasan Tersebut !! Posted: 22 Dec 2011 10:15 PM PST KUANTAN, 23 Dis - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) digesa meninjau dan menyaksikan sendiri situasi terkini kilang memproses rare-earth milik Lynas Corporation dari Australia itu sekerang. Ini berikutan orang ramai di sekitar kawasan itu yang mula resah apabila dilaporkan tempat mengendailan cecair sisa buangan radioaktif (Thorium) kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini dipercayai mengalami banjir dan bila-bila masa sahaja air takungan tersebut boleh melimpah keluar. Senario ini bakal menyebabkan ramai penduduk di sekitar kilang terbabit mula hilang kepercayaan kepada kerajaan yang kononnya akan memantau kilang tersebut agar ia tidak memudaratkan rakyat. Kerajaan sebelum ini mengakui bahawa mereka telah mengeluarkan garis panduan dan Lynas perlu mematuhi sepenuhnya syarat yang ditetapkan sebelum kilang itu diluluskan. Masalahnya, syarat yang diberikan tidak dipenuhi lagi namun pembinaan kilang tersebut terus rancak dijalankan. Bukankah ini tidak masuk dek akal langsung. Di kala kerajaan mahu mengkaji dikala itulah Lynas terus beroperasi. Malah, difahamkan kilang tersebut bakal beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat ini. Kemungkinan besar selepas Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka diadakan pada bulan Mac 2012 ini. Itu adalah syarat dan arahan yang wajar dipatuhi oleh Lynas. Soalnya sekarang jika belum beroperasi pun banjir sudah berlaku dan apakah kerajaan yakin kolam-kolam besar yang dibina oleh Lynas untuk membuat sisa radioaktif itu adalah selamat?. Inilah yang menakutkan rakyat sekarang terutamanya dikala musim tengkujuh ini. Apa yang pasti, banjir tersebut akan membawa cairan radioaktif masuk ke Sungai Balok dan seterusnya ke laut. Ini menyebabkan banyak makanan laut terutaman ikan, sotong dan sebagainya akan tercemar. Bayangkan jika ia dimakan oleh manusia, sudah pasti sisa radioaktif itu akan masuk ke tubuh dan ia membawa risiko yang lebih besar kepada mereka. Inilah yang ditakuti rakyat, dan mereka tidak yakin kilang Lynas itu selamat seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini. Mereka tidak mahu nasib dan masa depan anak cucu mereka dipertaruhkan oleh satu projek yang jelas berisiko ini. Bukti, air mula bertakung di keseluruhan kawasan sekitar kilang terbabit Lagi bukti, bahawa pendedahan ini bukan sekadar fitnah semata-mata [Banjir yang berlaku ini memanglah takdir, namun hakikatnya jika tiada apa-apa projek di kawasan berkenaan kemungkinan rakyat tidak terasa apa-apa. Namun, bila ada kilang Lynas dan kolam yang akan menempatkan sisa-sisa buangan bahan radioaktif di kawasan terbabit maka ia jelas akan menakutkan rakyat sebenarnya. Bayangkan jika Lynas benar-benar menjalankan operasinya kelak. Maka sudah pasti rakyat akan berhadapan dengan risiko besar yang akan memudaratkan kesihatan mereka. Oleh itu, apakah segala syarat dan janji-janji yang dibuat oleh Lynas itu dapat diterima dengan mudah oleh kerajaan dalam mereka menangani isu ini. Ternyata, ketakutan rakyat akan membuak-buak dan mereka pasti akan menolak kerajaan UMNO BN untuk terus berkuasa di Pahang pada Pilihanraya Umum akan datang, jika projek ini terus dilaksanakan. Kerajaan perlu mendengar rintihan rakyat sekarang dan tidak perlu lagi bercakap "mengarut" untuk pertahankan projek yang jelas berisiko itu]. |
Blogger 'Cucumatkilau' Bakal Berceramah Dengan Profesor Dr.Aziz Bari Di Benut, Pontian Malam Ini Posted: 22 Dec 2011 05:56 PM PST Blogger Cucumatkilau dijadualkan akan bersama Profesor Dr.Aziz Bari (Bekas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan YB Dr.Dzulkifly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor) dalam Program Syarahan Perdana di Pekan Parit Betak, Benut Pontian Johor jam 9.00 malam ini. Orang ramai adalah di jemput hadir. |
Panas: "Saifuddin Dalam Bahaya", Ada Maklumat UMNO Temerloh Mahu "Tamatkan" Politik Beliau! Posted: 22 Dec 2011 09:48 AM PST Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah (foto) kini dalam bahaya bila terdapat maklumat yang mengatakan UMNO Bahagian itu mengambil ketetapan untuk menolak nama beliau dicalonkan untuk bertanding lagi pada Pilihanraya Umum akan datang. Difahamkan, UMNO bersedia untuk menggantikan Saifuddin dengan muka baru iaitu calon dari Pemuda UMNO Mentakab bagi kerusi parlimen Temerloh pada PRU-13 ini. Berdasarkan maklumat, satu mesyuarat sulit akan diadakan di Jordan dalam masa terdekat ini bagi membincangkan ketetapan itu. Jika ini berlaku, maka Saifuddin dilihat akan terpinggir dari politik UMNO kerana beliau lebih bersikap terbuka dalam beberapa isu termasuk yang membabitkan mahasiswa. Semalam, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah didesak meletakkan jawatan menerusi memorandum yang dihantar oleh kira-kira 350 orang mahasiwa di pejabatnya. Apapun, mengulas lanjut selepas itu Saifuddin berkata beliau tetap akan mempertahankan hak mahasiswa walaupun mereka. Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai desakan dalam memorandum itu, menyerahkan kepada rakyat untuk menilai perkara sebenar. Soalnya sekarang, bolehkah Saifuddin bertahan dalam UMNO atau meninggalkan parti itu sebelum PRU-13 ini nanti. UMNO tidak suka mana-mana pemimpin mereka yang cenderung kepada apa yang diperjuangkan oleh pembangkang walau pun ia untuk kebaikan rakyat sebenarnya. Malah, Saiffudian dilihat antara pemimpin UMNO yang amat disenangi oleh pembangkang kerana beliau lebih bersikap profesional dalam berpolitik. Namun, apakah sikapnya sebegini sesuai dalam UMNO. Mungkin Saifuddin boleh menilai segalanya kerana beliau lahir daripada sebuah NGO yang memperjuangkan aspirasi anak-anak muda. Apapun, semoga Saiffudin cepat membuat keputusan dan tindakan kerana dirinya kini dijadikan mangsa kutukan oleh blogger-blogger dan penyokong UMNO sendiri sekarang. Jika tersilap langkah, hayat politiknya akan terus berkubur begitu sahaja. Namun, jika dia cepat bertindak untuk kembali kepada rakyat ia memungkin untuk beliau dianggat ke tahap yang lebih tinggi selepas ini. Apapun, segala keputusan kini ditangan Datuk Saifuddin Abdullah. Bertindak atau pun terus bertahan. Kemunculan Saifuddin bersama Nurul Izzah juga telah dijadikan isu mereka yang mengatakan bahawa dia akan sertai parti pembangkang selepas ini [Apa yang bakal terjadi kepada Saifuddin ini jelas sekali melambangkan ketakutan UMNO BN terhadap sikap yang beliau tunjukkan mutakhir ini. Memang benar, kini beliau semakin popular dikalangan rakyat tidak kira yang menyokong kerajaan mahu pun pembangkang. Saifuddin dilihat antara pemimpin UMNO yang agak berkarisma, bersih dan tidak banyak kontroversi melampau. Malah, pendiriannya yang tegas terutamanya dalam mempertahankan hak-hak mahasiwa juga dilihat sebagai satu alasan untuk pihak berkenaan menolak beliau. Sedangkan, pemimpin seperti inilah yang wajar dikekalkan. Mungkin, dek kerana UMNO tidak perlukan orang seperti ini akhirnya mereka cuba mencari jalan untuk menjatuhkan beliau. Apa yang pasti, jika Saifuddin dijatuhkan oleh partinya sendiri maka ia satu kesalahan besar yang sukar untuk dimaafkan. Malah, kami yakin satu hari nanti Saifuddin kembali akan berada di landasan kebenaran dalam meneruskan perjuangan politik beliau pastinya. Apakah beliau sudah bersedia agaknya? Atau mungkin dia akan tetap setia kepada UMNO]. |
Panas: Mazlan Aliman, ANAK Akan Failkan Saman Pemula Terhadap "KPH Dan Juga FGVH" Hari Ini! Posted: 22 Dec 2011 09:15 AM PST TEMERLOH, 23 Dis - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan memfailkan saman pemula terhadap Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Pengerusinya, Mazlan Aliman (foto) berkata, saman pemula tersebut adalah bagi memohon injunksi (menghalang) kepada Mesyuarat Khas Perwakilan KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan aset KPF dalam Felda Holding. "Tindakan ini dibuat bagi menyelamatkan harta Felda dan peneroka," katanya dalam sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Pahang, semalam. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Mazlan berkata, penyenaraian yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu adalah tidak berasas, tidak masuk akal dan hanya bakal menggali kubur untuk peneroka. "Sebenarnya tidak tersebut hanya untuk dapatkan dana sebesar RM3 bilion untuk agenda tertentu menjelang April nanti. Kita kenal siapa dalangnya, syarikat pelabur dan kita akan dedahkan apabila sampai masanya nanti. "Anak juga akan buat bantahan kali kedua di tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menentukan status Tan Sri Isa Samad kerana kita tidak berpuas hati dengan jawapannya yang mengatakan beliau belum menjadi Pengerusi KPF sedangkan dia sudah bertindak sebagai penjawat itu berdasarkan surat pelantikan daripada Perdana Menteri," katanya. Mengenai prestasi KPF, Mazlan memberitahu, pada masa ini koperasi terbesar dan paling berjaya itu sudah memperolehi RM5 bilion setahun sehingga menjana keuntungan sebanyak RM800 juta dan rizab tunainya sahaja melebihi RM1.1 bilion. "Sebab itu kita bersama 11 NGO pada masa ini minta semua pihak menyekat penyenaraian saham FGVH ke Bursa Malaysia supaya terus berkembang. Kami ada maklumat bahawa penyenaraian hanyalah konspirasi tertinggi untuk dapatkan dana daripada Felda. "Mereka ini ada agenda lain dan bukan wang semata-mata. Sebab itu kita mahu kerajaan juga menyekat usaha ini kerana ia melibat maruah negara dan isu keuntungan durian runtuh kepada peneroka sebenarnya tidak berbangkit langsung", katanya lagi. Mengenai Tan Sri Isa Samad, Mazlan memberitahu Pengerusi Felda itu telah bertindak di luar bidang kuasa beliau kerana sedang berusaha menyingkirkan orang-orang yang dianggap tidak boleh bekerjasama dengannya. "Baru-baru ini Pengurus Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab dicutikan, Kemudian saya dengar Timbalan Pengarah Pembangunan yang juga Setiusaha KPF diarah berpindah ke Putrajaya dan hari ini Timbalan Pengarah Besar pula dikeluarkan oleh Isa. "Saya diberitahu ada lapan belas (18) lagi pegawai kanan yang akan dikenakan tindakan. Jadi kita mahu Cuepacs bertindak segera kerana tindakan Isa ini dilakukan sewenang-wenangnya hanya kerana mereka dianggap tidak boleh bekerjasama," kata Mazlan Aliman lagi. sumber [Tindakan saman adalah jalan terbaik bila melihat ada orang yang cuba merosakkan institusi terbabit. Malah, ANAK sepatutnya menyaman juga Pengerusi Felda atas beberapa tindakan beliau yang jelas sekali mengenepikan kepentingan para peneroka itu sendiri. Felda akan terus musnah dan rosak apabila pemimpin yang sah rasuah seperti Isa Saman diangkap menjadi pengerusinya. Soalnya sekarang, siapakah yang berani untuk menghalang segala gerak-geri beliau?. Mampukah Najib yang failnya disimpan oleh Isa Samad bertindak?. Inilah yang menjadi masalahnya kepada pemimpin UMNO sekarang, mereka terdedah kepada satu situasi yang akan menjerat diri sendiri. Akhirnya orang seperti Isa Samad terus bermaharajalela merompak segala khazanah Felda untuk kepentingan kroni-kroninya, Orang UMNO sedar semua ini, tapi apa yang boleh mereka lakukan ialah sekadar berdiam diri dan menyokong semua itu. Masing-masing "bacul" dalam perjuangan walau pun di atas perkara yang benar!]. |
Sensasi: Lynas Malaysia Sdn Bhd Keluarkan Iklan Akhbar Bagi Yakinkan Rakyat Tentang Projek Itu ! Posted: 22 Dec 2011 08:45 AM PST Melalui iklan yang disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan semalam, syarikat memproses nadir bumi Lynas (LAMP) Lynas Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa standard yang lebih ketat dikuatkuasa dan "Ini tidak memungkinkan kes Bukit Merah berulang". Dalam iklan separuh halaman di akhbar The Star, Berita Haran, Utusan Malaysia, Sin Chew Jit Poh dan China Press, Lynas berkata LAMP berbeza sama sekali dengan loji nadir bumi di Bukit Merah. "Loji di Bukit Merah memproses monazit daripada sisa lombong timah yang sangat berbeza kepada daripada nadir bumi yang kami proses," katanya. Buat masa ini, katanya, terdapat standard yang lebih ketat dikuatkuasakan dan menurut Lynas, ini tidak memungkinkan kes Bukit Merah berulang. Kilang Bukit Merah, yang dikendalikan oleh syarikat Jepun iaitu Mitsubishi Kimia dari tahun 1980an hingga awal 1990an, dipersalahkan atas penyebaran keracunan radiasi di Bukit Merah disebabkan apa yang didakwa ekoran pengurusan yang lemah sisa radioaktif yang dihasilkan daripada pemprosesan tahi bijih timah untuk mengekstrak nadir bumi. Menurut Lynas lagi, ia membuka perniagaannya di Malaysia atas sebab-sebab ekonomi. "Gebeng mempunyai sebuah taman perindustrian yang telah mantap dan ditetapkan dengan akses kepada kemudahan pelabuhan yang baik, bahan kimia bergred tinggi, tenaga kerja yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi, bekalan kuasa dan utiliti yang boleh dipercayai serta infrastruktur yang sungguh baik. "Lynas memenuhi semua peraturan dan telah mendapat kelulusan untuk bina sebuah loji pemprosesan di Australia, tetapi telah pilih Malaysia kerana ia mudahkan kami untuk berhubung dengan pelanggan-pelanggan global kami," katanya lagi. sumber Bukti, inilah bentuk iklan promosi Lynas yang disiar akhbar semalam [Persoalannya sekarang, apakah rakyat boleh menerima penjelasan dan kenyataan Lynas ini. Mereka cuba melakukan kerja profesional dengan memberi maklumat kepada rakyat tentang projek yang mencetuskan konreoversi itu. Namun, rakyat perlu bertanya kepada Lynas?. Kenapa baru sekarang baru mahu dikeluarkan iklan seperti itu?. Kenapa tidak awal-awal mereka mahu membina kilang itu di Malaysia?. Kenapa rahsiakan daripada pengetahuan rakyat terbanyak?. Lynas membuat kesilapan besar apabila menggunakan Karam Singh sebagai alat untuk mempengaruhi rakyat dalam isu ini. Sedangkan wartawan sensasi itu dilihat telah memperbodohkan dirinya dengan membuat cerita yang tidak masuk langsung dek akal. Malah, tindakan Karpal menemubual beberapa orang pemimpin UMNO setempat dilihat tidak adil jika benar dia membela rakyat. Malahan, tiada seorang pun rakyat berbangsa Cina yang ditanya oleh beliau untuk menyokong kenyataannya bahawa Lynas tidak bahaya. Inilah kesilapan besar yang Lynas lakukan, dan ternyata rakyat menolak semua ini dan tetap mahu syarikat itu meninggal Malaysia dengan kadar segera. Tiada alasan lagi dan tiada kompromi! PRU-13 pastikan jadi saksi]. |
Posted: 20 Dec 2011 07:11 PM PST |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan