Anak Sungai Derhaka |
- Dokumen, Bukti Jamil Khir salahguna wang Zakat.
- SPRM rampas komputer, dokumen dalam serbuan terhadap pejabat NFC
- PANAS!! SPRM serbu ibu pejabat NFC!
- Saya dijadikan Kambing Hitam - Khir Toyo
- Kerana Rasuah Khir Toyo dihukum penjara setahun dan harta dirampas.
- Al-Fatihah.. Saudara Roselai telah kembali ke rahmatullah..
- KJ – Si Genius Yang Suka Berjenaka?
Dokumen, Bukti Jamil Khir salahguna wang Zakat. Posted: 23 Dec 2011 05:20 AM PST 23 Jun 2011 yang lalu… Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Khamis menafikan laporan Harakahdaily yang kononnya wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Ali. Beliau berkata setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi yuran guaman untuk kes-kes tertentu. "Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di sini Khamis - BERNAMA Patutlah Jamil Khir nafikan.. memang benar bukannya RM32,000 tapi RM63,500.00 telah digunakan.. lihat dokumen yang disertakan.. Surat yang mendedahkan penyalahgunaan wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini telah ditulis oleh Dato Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Kawasan Padang Besar kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Bersamanya disertakan dokumen atau surat dari Ketua Audit Negara yang secara jelas menyatakan dalam satu pemeriksaan audit yang dijalankan di MAIWP terhadap perbelanjaan bagi kos guaman RM63,500.00 ianya melibatkan Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berita berkaitan.. Jamil Khir khianati orang miskin, golongan layak terima zakat KUALA LUMPUR 23 Dis: Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Ahmad Kassim. Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang kes qazaf yang di failkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden. "Seleweng wang zakat ini bukti Menteri Umno dan dua yang lain menyalahgunakan kuasa mereka dan saya tegaskan firma guaman yang menerima wang zakat itu tidak termasuk dalam senarai yang sepatutnya menerima zakat," katanya. Lapan golongan yang layak itu hanyalah fakir, miskin, Amil (mereka yang dilantik memungut zakat), Muallaf (Seseorang yang memeluk Islam, Riqab (orang yang tidak mempunyai kebebasan), Gharimin (penghutang muslim), Fisabillillah (pejuang Islam) dan Ibnus Sabil (musafir). Katanya lagi, Jamil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, sememangnya berniat menggunakan wang zakat demi kepentingan mereka dan tahu firma guaman yang dilantik itu tidak termasuk golongan yang layak menerima zakat. Wang itu katanya, hanya dibayar semula selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima geran RM700,000 pada Jun 2010. "Apabila Datuk Jamil guna wang zakat dan akan bayar balik seperti mana didedahkan dalam surat jawapan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) itu, maknanya mereka tahu bahawa guna wang zakat itu salah. "Kalau sudah tahu, mengapa guna juga wang itu dan kita yakin kalau kita tidak dedah penyelewengan ini, belum tentu wang zakat itu dapat balik," katanya dihubungi Keadilandaily.com. |
SPRM rampas komputer, dokumen dalam serbuan terhadap pejabat NFC Posted: 23 Dec 2011 04:03 AM PST KUALA LUMPUR, 23 Dis — Lapan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) merampas dokumen dan satu unit CPU komputer dalam serbuan di ibu pejabat Pusat Fidlot Nasional, National Feedlot Corporation (NFC) di Solaris Mont Kiara hari ini yang dikaitkan dengan penyelewengan dana kerajaan untuk projek ternakan lembu berkenaan. Anggota SPRM yang diketuai oleh Pegawai Operasi SPRM Putrajaya, Supritendan Wan Abdul Rahman Wan Mohd Salleh, dilihat memasuki pejabat berkenaan kira-kira jam 2.55 petang hari ini dan meninggalkan pejabat berkenaan pada jam 5 petang. Menurut Wan Abdul Rahman, pihaknya telah mengambil keterangan daripada kesemua pekerja NFC dan mereka telah memberikan kerjasama yang baik. "Kami telah mengambil keterangan daripada pekerja di syarikat ini (NFC) dan mereka memberikan kerjasama yang baik," katanya yang juga merupakan ketua siasatan untuk NFC. Dalam serbuan tersebut, SPRM telah merampas satu unit CPU dan empat sampul surat putih berisi dokumen penting yang berkaitan dengan siasatan skandal NFC. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut dokumen yang dirampas pihaknya. NFC merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pusat ternakan lembu NFC yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan. Skandal NFC tercetus apabila Laporan Tahunan Ketua Audit Negara mengesahkan terdapat penyelewengan dalam dana kerajaan sejumlah RM250 juta berhubung projek berkenaan. Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang juga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, turut dikaitkan dengan skandal tersebut. Serbuan hari ini dikaitkan dengan pengumuman SPRM semalam bahawa pihaknya akan menyiasat kes penyelewengan dana kerajaan oleh NFC, bertentangan dengan kenyataan badan tersebut sebelum ini yang menyerahkan siasatan kepada pihak polis atas dakwaan terdapat kes pecah amanah. SPRM turut mengesahkan pihaknya telah menahan reman seorang individu berpangkat "Datuk" semalam untuk disoal siasat berkaitan skandal tersebut. Pakatan Rakyat telah menggunakan isu ini dan pemimpinnya menuntut Shahrizat untuk meletak jawatan atas penyelewengan yang berlaku. Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin telah menggesa Shahrizat mepaskan jawatan sebagai menteri dan Ketua Wanita Umno demi menjaga nama baik wanita ketika Kongres PKR di Johor bulan lalu. Selain itu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan pemimpin daripada Umno termasuk Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar dan beberapa ketua cawangan Umno turut membuat gesaan yang sama terhadap Shahrizat demi menjaga nama baik parti. The Malaysian Insider |
PANAS!! SPRM serbu ibu pejabat NFC! Posted: 22 Dec 2011 11:39 PM PST Sekurang-kurangnya lima atau enam Pegawai dari Suruhanjaya Pencegah Rasuam Malayasi (SPRM) diberitakan telah menyerbu Ibu Pejabat National Feedlot Corporation (NFC) di Solaris Mont Kiara disini pada pukul 2.55 petang tadi.. Aku tak tahulah samada ini satu lagi sandiwara atau sudah betul-betul.. kan Khir Toyo dah disahkan bersalah, jika tindakan juga diambil terhadap suami Shahrizat, imej Najib akan kelihatan sedikit bersih.. MACC raids NFC office KUALA LUMPUR, Dec 23 — Anti-graft officers raided the National Feedlot Corporation's (NFCorp) headquarters today in connection with the alleged abuse of federal funds by its management. At least five Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) officers were seen entering the offices of NFCorp at Solaris Mont Kiara here at 2.55pm. NFCorp runs the National Feedlot Centre (NFC) in Gemas, which has been at the centre of a storm of controversy ever since the Auditor-General highlighted the publicly-funded cattle raising project as "a mess" in his report this year. It is headed by Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail, husband to Women, Family and Community Minister and Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Jalil. Their children are also directors in the company. Today's raid follows an announcement by MACC yesterday that it would investigate allegations the NFC had misappropriated government funds, despite previously saying it would not probe the matter. The national anti-graft body had earlier referred the case to the police, who are now conducting an investigation into possible criminal breach of trust. The MACC also confirmed yesterday it had remanded a businessman, said to be a Datuk, for questioning in relation to the case. The 45-year-old suspect had earlier been detained by police for allegedly trying to bribe senior CCID officers believed to be involved in the NFC probe. Following a series of exposés on the scandal-hit NFC project, PKR renewed demands earlier this week for the MACC to investigate the scheme for alleged financial abuse. The opposition party first latched onto the issue after the RM250 million federally-funded cattle project made it into the pages of this year's Auditor-General's Report for failing badly to meet production targets. PKR has since made several revelations relating to the scandal, including NFC's purchase of two multi-million ringgit condominium units in Bangsar and the alleged use of project funds to finance Shahrizat and her family's personal expenses and trips abroad. It also claimed there was a transfer of resources to unrelated companies in Singapore, as well as the purchase a Mercedes-Benz CLS350 for RM534,622 and two plots of land in Putrajaya's Precinct 10 for RM3,363,507. The latest disclosure by PKR, made on Tuesday, further alleged that some RM10 million had been diverted towards the purchase of a luxury condominium unit in Singapore for Shahrizat's family. Shahrizat has sought to deflect away attention by stating she was "only the wife" of the national cattle farming project's chairman and had nothing to do with the NFC. The senator has faced calls to quit as minister from within Umno, including from influential former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad. The Malaysian Insider |
Saya dijadikan Kambing Hitam - Khir Toyo Posted: 22 Dec 2011 10:36 PM PST Setelah diumumkan bersalah atas tuduhan rasuah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Pemimpin UMNO yang juga bekas Menteri Besar Selangor berkata kepada pemberita ini bukan penghakiman terakhir dan beliau akan terus berusaha membersihkan namanya. Khir juga berkata beliau telah dijadikan Kambing Hitam oleh pihak tertentu yang mahu membunuh karrier politiknya kepada wartawan. Kambing Hitam??.. Kambing hitam ke.. Kambing hijau ke.. kambing biru ke.. Mahkamah telah membuktikan bahawa Pemimpin besar UMNO ini telah mengamalkan salahguna kuasa dan rasuah untuk membina harta. Setelah didapati bersalah.. Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.. Korang nampak tak kenapa Najib kata nasib Melayu akan gerhana kalau Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya? Penjara mungkin akan dianggap oleh mereka sebagai cuti rehat.. tapi!! Harta yang dilucuthak atau dalam lain ayat dirampas oleh kerajaan itu yang paling ditakuti pemimpin-pemimpin UMNO yang mengamalkan rasuah!! Itulah yang akan menyebabkan masa depan pemimpin Melayu UMNO gerhana. *********************************************** Khir says made a scapegoat SHAH ALAM, Dec 23 — Dr Mohamed Khir Toyo said today he was being made a political fall guy, following his conviction for abusing his influence to buy a luxury home and land at a discount of up to RM3 million. The former Selangor mentri besar has maintained his innocence, insisting that the RM3.5 million deal was at market value and on a "willing buyer, willing seller" basis. "Right from the start," he said when asked by reporters after the guilty verdict if he was being made a political scapegoat. After judge Datuk Mohtarudin Baki ordered the seizure of the property and sentenced the Sungai Panjang assemblyman to 12 months jail, Dr Khir told reporters that "this is not the final judgment and I will continue to fight to clear my name." "On the question of politics, I will answer after January 9," he added in an apparent reference to the date of Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy verdict. Dr Khir appeared to be referring to speculation that he would be given a hefty sentence to avoid allegations of injustice should PKR de facto leader Anwar be found guilty. Earlier, Mohtarudin had ruled that the conviction under Section 165 of the Penal Code also invoked Section 36 of the Prevention of Corruption Act, which mandates that the court seize property that is the subject of a graft offence. However, he granted Dr Khir a stay of execution pending an appeal that defence lawyer M. Athimulan said would be filed this afternoon. Although Dr Khir remains Sungai Panjang assemblyman, the 12-month sentence means he will be unable to contest in elections unless the Court of Appeal reduces it to under six months. Athimulan also told reporters that the defence was "baffled" by the heavy punishment. "Market value is not important anymore and it will just be based on the seller's price," he said, before his smiling client left the court complex here. Dr Khir was charged with illegally obtaining for himself and his wife two lots of land and a house at No. 8 and 10, Jalan Suasa 7/1L here from Ditamas Sdn Bhd through its director Datuk Shamsuddin Hayroni. The property was purchased at RM3.5 million although Ditamas had bought it for RM6.5 million on December 23, 2004. Dr Khir was alleged to have committed the offence at the official residence of the Selangor mentri besar at Jalan Permata 7/1, Section 7 here on May 29, 2007. The Malaysian Insider |
Kerana Rasuah Khir Toyo dihukum penjara setahun dan harta dirampas. Posted: 22 Dec 2011 09:45 PM PST Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah. Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan. Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut. Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah. Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang. Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat. Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin. DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan. Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi. Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007. Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu. Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut. Malaysiakini |
Al-Fatihah.. Saudara Roselai telah kembali ke rahmatullah.. Posted: 22 Dec 2011 06:28 PM PST |
KJ – Si Genius Yang Suka Berjenaka? Posted: 22 Dec 2011 10:01 AM PST Mungkin ini adalah kerjaya pilihan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin setelah beliau disingkirkan dari jawatan Ketua Pemuda UMNO dan tidak lagi menjadi Ahli Parlimen selepas PRU13 ini.. Gambar disebelah ini adalah muka depan majalah Maskulin Januari 2012 yang menampilkan Ketua Pemuda UMNO yang juga Menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin dengan tajuk KJ – Si Genius Yang Suka Berjenaka. Bermula tahun 2004 nama Khairy Jamaluddin bermain di mulut ramai orang. Ada yang kagum, ada yang meluat dan ada yang mengatakan beliau seorang anak muda yang gopoh. Ini kerana Bapak Mertuanya yang terlalu banyak tidur, urusan pentadbiran negara dikatakan dikuasai oleh Khairy dan Kumpulannya di tingkat empat. Tidak kurang ada yang merasa tersinggung dan menganggap KJ seorang yang derhaka apabila beliau memberi komen kurang positif terhadap Tun Mahathir dalam temuramah dengan Malaysiakini. Namun kini, KJ sudah menjadi Ahli Parlimen dan telah berjanji tidak akan bertanding pada pilihanraya depan. Cerita-cerita mengenai saham ECM Libra dan lain-lain projek telah pun hilang. Cerita 'budak-budak tingkat 4′ pun sudah lesap. KJ sudah tidak sepopular dulu. Semakin banyak dia bercakap, semakin nampak ketidakmatangan budak yang dikatakan genius ini. Semakin nampak bahawa mentaliti dia tidak lebih daripada mentaliti budak biasa lulusan UiTM. Ketidakmatangan atau kebodohannya amat terserlah apabila beliau secara membabi buta cuba untuk mempertahankan keluarga Shahrizat yang terpalit dengan scandal NFC. Untuk digelar genius mungkin tidak lagi sesuai, yang tinggal kini hanya seorang yang suka berjenaka... Jenaka terbarunya ialah melarikan diri dari cabaran debat Rafizi Ramli, sedangkan dalam media massa tunggangan UMNO beliau bersuara bagai panglima.. baca di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan