Pahang Daily Online |
Orang Ramai Di Gesa Hadir, Dalam Protes Rakyat Isu Saman Parking Di Ibu Pejabat MPK 30 Dis Ini Posted: 19 Dec 2011 06:45 PM PST KUANTAN, 20 Dis - Satu himpunan Protes Rakyat "Isu Saman Parking" akan diadakan pada 30 Disember ini (Jumaat) jam 3.00 petang di Perkarangan Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dekat sini. Himpunan yang bagi menyatakan tanda protes besar-besaran rakyat terhadap beberapa tindakan MPK yang dilihat semakin menjadi-jadi terutamanya dalam isu saman parking ini. Himpunan akan dianjurkan oleh NGO People's Justice Voice (Suara Keadilan Rakyat), yang akan dipimpin oleh Mohd Shukri Mohd Ramli (foto). Beliau yang kini merupakan seorang Aktivis Rakyat berkata protes tersebut terpaksa diadakan setelah melihat begitu ramai rakyat yang tertekan dan kecewa dengan tindakan Penguatkuasa majlis tempatan itu sekarang ini. "Saya melihat, raya perlu bangkit untuk menyatakan bantahan sekarang. MPK sudah semakin kemaruk untuk mengutip wang tanpa mengambil kira sikap bertimbang rasa dan prihatin atas masalah yang dihadapi rakyat. Mereka membuat operasi saman parking sesuka hati, hingga hari minggu pun saman, pukul 2-3 pagi pun saman, letak depan rumah pun saman malah ada yang disaman dua tiga kali dalam masa satu hari sedangkan resit saman asal masih ada pada cermin depan kenderaan terbabit. Paling menyedihkan ialah, MPK juga membuat operasi saman pada musim perayaan, hari peristiwa serta ketika hari cuti umum. Nampak benar MPK kemaruk untuk mendapatkan duit saman parking itu",jelas Mohd Shukri. Beliau juga turut kecewa dengan sistem kupon berkomputer yang ada sekarang. "Kupon terkadang rosak dan sukar digores. Di gores awal disaman, terlebih masa dua atau tiga minit disaman. Jika dulu penggunaan resit kuning, kita akan dapat empat resit jika meletak kereta semala empat jam. Tiada risiko untuk disaman, melainkan kita sendiri yang liat membayarnya. Tapi kini, MPK untung dulu kerana urusan 10 minit pun kita perlu gores kupon sejam. Kadang-kadang ada antara kita mahu berurusan di mana-mana premis dan tidak menjangka masa akan berlarutan jika urusan agak lama. Misalnya, bila ke bank atau agensi kerajaan. Kita tidak tahu masa urusan maka kita hanya letak satu atau dua kupong parking. Tapi terkadang masa terlebih dan kita tidak perasan kerana terlalu sibuk berbincang. Kereta pula diletakkan jauh dari premis itu, hari pula hujan dan sebagainua. Kita terlupa mahu menambah kupon tersebut, akhirnya kita akan menjadi mangsa saman parking MPK, walhal kita sudah mengikut undang-undang. Ini satu penganiayaan kepada rakyat sebenarnya", kata beliau lagi. Senario yang berlaku ini sungguh mengecewakan sebenarnya. Kami sendiri melihat banyak kejadian ini. "Tambah teruk lagi, waktu orang solat Jumaat pun MPK buat operasi saman. Waktu orang tunggu bas anak pulang dari jauh di Terminal Makmur pun MPK saman. Kita bukan tak nak ikut undang-undang, tapi biarlah berpada-pada. Takkanlah pukul 2.00 pagi pun nak saman. Bertimbang rasalah sikit. Bila diajak bincang, Penguatkuasa bukan main lagi berlagak sombong dengan baju biru yang mereka pakai. Inilah yang menyusahkan rakyat. Akhirnya kerajaan akan dipersalahkan", tambah Shukri lagi. Oleh itu beliau menyeru semua warga Kuantan atau sesiapa saja yang berhadapan dengan masalah "saman parking MPK" ini agar hadir beramai-ramai ke Perkarangan Ibu Pejabat MPK di Jalan Tanah Putih untuk protes dan penghantaran memorandum rakyat kepada Yang Di Pertuanya. Program yang akan diadakan pada jam 3.00 petang itu dijangka bermula di kawasan parking Taman Esplanade bersebelahan Ibu Pejabat MPK sebelum berarak ke lokasi. Semua pihak diminta membawa bersama semua resiit-resit saman yang pernah mereka terima selama ini. "Kita akan buktikan bahawa rakyat benci dengan apa yang dilakukan oleh MPK ini. Kita tahu, saman parking memberi hasil lumayan kepada agensi terbabit. Namun, usahlah sampai mendera rakyat. Buat kerja biar berpada-pada. Bila bab saman mahu rakyat ikut undang-undang, tapi bila bab operasi lain masuk pintu depan keluar pintu belakang. Apakah ini caranya kerja profesional yang mereka war-warkan?", tambah Shukri lagi. [Sudah tiba masanya, menjelang tahun baru 2012 rakyat Kuantan nyatakan bantahan mereka terhadap isu ini. Malah, isu ini juga menghantui ramai pelancong dari luar untuk datang lagi ke Kuantan. Mereka sudah serik, bila hari cuti am dan hujung minggu pun operasi saman menyaman dilakukan oleh MPK. Malah, tindakan menyaman diwaktu malam hingga ke awal pagi tanpa mengambilkira situasi dilihat satu senario yang jelas tidak wajar. Difahamkan, setiap pegawai penguatkuasa dan attendan parking MPK akan mendapat komisyen atas satu saman yang dikeluarkan. Mereka mengejar target harian dan bulanan peribadi masing-masing. Maka itulah kita tidak hairan, mereka sanggup mencari kes siang dan malam tanpa mengira cuti atau tidak. Malah, ada kes pada malam Raya Aidil Fitri pun MPK buat pesta saman di depan Terminal Makmur (bas). Padahal pada malam itu sememangnya parking tidak mencukupi. MPK semakin menggila sekarang ini mungkin mencari duit untuk membiayai bangunan baru yang bakal dibina berhadapan Ibu Pejabat yang ada sekarang agaknya. Oleh itu, seluruh rakyat dan sesiapa sahaja yang kecewa dengan isu ini digesa turun beramai-ramai untuk menyatakan bantahan serta protes aman insiden ini]. |
Majlis Perbandaran Kuantan, Di Gesa Memantau Kebanjiran Warga Asing Buka Perniagaan Di Sini Posted: 19 Dec 2011 06:48 AM PST KUANTAN, 20 Dis - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa menjalankan operasi bersepadu memantau kebanjiran warga asing berniaga di bandar ini. Senario itu jelas dapat dilihat sekarang, begitu ramai peniaga asing terutamnya dari Thailand diberi ruang sebebas-bebasnya untuk jalankan aktiviti perniagaan mereka di sini. Akibat kegagalan mengawal mereka, ramai peniaga Melayu yang kini akhirnya terpaksa "gulung tikar" dan berhenti terus dari berniaga kerana tidak mampu lagi bersaing dengan pihak terbabit. Sepatutnya, pihak majlis tempatan mengawal jumlah pembukaan premis perniagaan kepada warga asing. Jika dibiarkan, lama kelamaan segala sumber ekonomi akan dikawal oleh mereka. Sudahlah di Kuantan kini begitu banyak resoran mamak dan sebagainya. Akibat kealpaan, ia menjejaskan usaha kerajaann untuk melahirkan lebih ramai usahawan Melayu berjaya dalam bidang ini. MPK juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga tempatan yang "memajak" lesen perniagaan mereka kepada warga asing terutamanya dari Thailand. Senario ini jelas dapat dilihat di mana-mana sekarang ini. Malah, premis milik MPK sendiri pun kini diuruskan oleh peniagaa asing. Sedangkan sewaktu memohon tapak, tertera syarat warganegara asing tidak dibenarkan dan mana-mana peniagaan yang meng"alibaba"kan lesen perniagaan mereka, maka premis itu akan ditarik balik. Tapi, undang-undang serta syarat itu sekadar tinggal "kenangan" semata-mata. Tiada tindakan tegas dan profesional dilakukan. Malah terdapat dakwaan ramai kakitangan MPK sendiri yang menggunakan proksi untuk mendapat premis terbabit untuk disewakan kepada warga asing dengan harga yang berlipatkali ganda. Inilah yang mengecewakan ramai pihak sebenarnya. Justeru, Kerajaan Negeri Pahang harus mengambil langkah wajar untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan segera. Ke mana arahnya peniaga Melayu jika dibiarkan?. Mereka bukan tidak boleh berniaga, tetapi mereka tidak mampu membayar sewa premis dengan harga yang tinggi seperti peniaga asing terbabit. Akhirnya pemilik premis menyewakannya kepada peniaga asing agar mereka juga mendapat mengaut keuntungan yang lebih. Bukti, restoran Phuket milik peniaga asing Thailand di Tanjung Lumpur Bukti, restoran Patayya di Teluk Chempedak yang diuruskan peniaga asing [Senario yang berlaku ini jelas sekali melambangkan bahawa pihak MPK tidak bertindak tegas dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan selama ini. Mereka hanya beriya-iya "menjadi profesional" dalam isu saman menyaman dan mahu rakyat mengikut undang-undang. Tapi bila bab-bab gerai MPK sendiri diuruskan oleh warga Thailand, maka akhirnya mereka terpaksa menikus dan membiarkannya. Lihat apa yang berlaku dalam foto diatas?. Kuantan sudah benar-benar menjadi "Hatyaii Pantai Timur" seperti yang digembar gemburkan. Lihat di Teluk Chempedak, Sungai Kita dan banyak lagi. Semuanya disewakan kepada orang luar yang kononnya pekerja mereka. Apa MPK buat? Ada berani ambil tindakan dengan merampas semua premis itu selepas pemilik asal tidak lagi berniaga. Kenapa MPK tidak merampas premis itu dan memberi peluang kepada orang lain pula untuk berniaga. Kenapa harus diberikan kepada orang luar?. Bukankah ini akan merugikan ekonomi kita?]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan