Selasa, 20 Disember 2011

Era Pasca

Era Pasca


Gempar!! Ali Rustam Gemar Aktiviti Bertelanjang?

Posted: 19 Dec 2011 08:50 PM PST

Kadang-kadang Addin nak tergelak jugak, Ketua Menteri yang dah sah kaki rasuah dan cakap tergagap-gagap ni punya  cerita. Macam-macam event yang nak di buat di Melaka ni, senang cerita semua event kat Malaysia ni nak di sumbat kat Melaka. Yang terbaru program 'Hari Tandas Sedunia'.. tapi Addin bukan nak bercerita pasal tu. Nanti ada kesempatan lain, Addin akan bercerita event yang kelakar ni. Yang Addin nak cerita pasal pertandingan sukan telanjang.. Opps!! bukan.. 'Mr. Muscle Beach Melaka' yang diadakan pada 9-12 Disember lepas di pantai Tanjung Bidara. 

Addin rasa Ali Rustam ni mungkin pengemar aktiviti telanjang kot.. lepas ni event telanjang apa pulak yang nak di sumbat kat Melaka ni. Maka bertambahlah umat di Sekolah Harapan.. tak gitu!!


Acara Mr. Muscle Beach Melaka Mencemar Agama Dan Budaya

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kesal dengan program Pesta Pantai Melaka yang di lihat tidak sensitif dengan nilai agama dan tidak menggambarkan nilai ketimuran orang Melayu. Merujuk acara Mr. Muscle Beach yang menjadi antara aktiviti di Pesta Pantai Melaka yang di adakan pada 9 hingga 12 Disember lepas di Pantai Tanjung Bidara.

Program ini bertujuan menarik pelancong luar dan tempatan untuk menikmati percutian di pantai Tanjung Bidara ini selain mempromosikan lokasi ini kepada pengunjung. Di katakan terdapat 20 acara yang di adakan sepanjang tempoh pesta tersebut di jalankan seperti persembahan silat, pameran sejarah, galeri dari beberapa agensi kerajaan dan swasta dan banyak lagi termasuk acara Mr. Muscle Beach.

Apa yang membimbangkan, acara Mr.Muscle Beach ini di lihat tidak sesuai di adakan lebih-lebih lagi di khalayak umum yang mana semua golongan masyarakat hadir menyaksikan termasuk kanak-kanak. Ianya kelihatan janggal apabila acara seperti ini di adakan di tempat terbuka dan di kawasan majoriti masyarakat Melayu Islam.

Tidakkah ianya suatu yang agak memalukan dengan persembahan dan tayangan bentuk badan tanpa seurat benang, hanya seluar dalam yang menutup tubuh? Ianya juga jauh dari nilai dan adab budaya Melayu yang menjadikan batas agama sebagai pelindung selain menjadikan sifat malu itu sebagai asas dalam ajaran Islam. Sedangkan Islam sendiri membataskan aurat agar tidak di tayang di khalayak ramai.

Tidak di nafikan ada acara-acara lain yang memberi manfaat kepada pengunjung tetapi alangkah baik ianya tidak di cemari dengan acara yang di luar batas dan adab agama dan Melayu seperti ini. Seharusnya peranan kerajaan negeri sebagai pendidik rakyat harus menerapkan budaya sopan santun dan adab sopan yang di amalkan dalam agama dan budaya Melayu melalui program-program yang dia dakan.

Bila mana agama melarang sesuatu, sebagai contoh membuka aurat sudah pasti ia ada keburukannya kerana sifat malu yang seharusnya menjadi pendiding untuk tidak melakukan maksiat telah di buang. Seperti mana keruntuhan akhlak dan moral remaja yang berlaku hari ini kerana hilangnya sifat malu dan tidak takut pada dosa.

Sudahlah pengaruh barat telah masuk ke setiap rumah melalui televisyen, kini kerajaan negeri pula memperkenalkan lagi acara yang di lihat mempromosikan lagi budaya Barat melalui acara tayangan bina badan di khalayak ramai ini.

Oleh: Ketua Penerangan DPPN Melaka

Gempar!! Taib Mahmud Lari Dari Sidang Media

Posted: 19 Dec 2011 07:28 PM PST


Inilah buat kali pertamanya dalam 30 tahun pemerintahannya Abdul Taib Mahmud telah membatalkan sidang media yang telah dijadualkan, yang biasa diadakan di Wisma Bapa Malaysia seminggu selepas mesyuarat Kabinet. Malah para pemberita telah dilarang memasuki bangunan itu, dilayan seperti orang-orang yang tidak dikehendaki. Perkara ini nampaknya remeh, tetapi ianya dilihat sebagai suatu petanda ketara yang kurang sihat, selari dengan perkembangan politik semasa.

Apakah agaknya membuatkan Taib berubah perangai? Apakah tekanan yang dialaminya dan juga rakan-rakan menterinya sehingga mereka mengelak diri dari bertemu para media yang selama ini telah mempromosikan mereka?

Kita boleh membuat kesimpulan, bahawa himpunan bahan bukti telah semakin meninggi, bahawa Taib kini telah secara tiba-tiba sedar bahawa beliau sudah menemui jalan buntu untuk mengelak dari menghadapi soalan-soalan mengenai kesalahan rasuah dan perolehan kekayaan beliau sekeluarga yang luar biasa yang dimilikinya di Sarawak mahupun di luar negara.

Dengan isu kini yang semakin menjadi tajuk-tajuk utama media di seluruh Malaysia dan berkembang ke luar negara, para pemberita tempatan pula mendapati sukar untuk mengelakkan diri dari bertanyakan soalan-soalan mengenainya. Dan, dengan membatalkan sidang media, maka jelaslah Taib kini sudah kekeringan idea untuk menghadapi soalan-soalan dari pihak media.

Ianya kelihatan seperti kelemahan yang serius di tengah-tengah rejim Taib yang kini semakin takut berhadapan dengan pihak media. Perlu kita ingat bahawa Taib pernah merasa tercabar semasa bermesyuarat di Dewan Undangan tidak berapa lama dahulu.

Mungkin beliau telah berjaya menipu semasa pilihanraya yang lalu untuk mendapatkan majority undi 2/3, tetapi setelah menggunakan rasuah dan memanipilasi para penggundinya, namun 45% pengundi adalah penentangnya dan kini sudah wujud pakatan YB pembangkang, yang dengan berani mencabarnya berbanding masa-masa dahulu.

Maka, bagaimana caranya beliau mengelakkan dari berhadapan dengan soalan-soalan para pembangkangnya mengenai isu-isu rasuah dan kronisme? Bagaimana caranya beliau mengatasi aduan mereka berhubung isu-isu tanah-tanah dan kontrak-kontrak yang diserahkannya kepada anak-anak dan saudara-saudaranya, dengan membelakangkan sistem tender terbuka untuk kebaikan umum di Sarawak?

Nampaknya semasa persidangan DUN beliau telah memadamkan mikrofon para pembangkang, memadamkan soalan-soalan mereka dari rekod hansard kerajaan dan menendang keluar ahli-ahli pembangkang keluar dewan!

Inilah cara beliau mengelak dari ditanya soalan-soalan yang sukar dijawab, maka beliau telah bertindak seoalah-olah tidak pernah ditanya. Demikian juga yang dialami oleh pihak media kini, yang dijangka akan mengemukakan set-set soalan, beliau telah mengarahkan semua pintu masuk ke tempat sidang media itu dikunchi!

Soalan-soalan yang dijangka akan menghantui Taib

Maka, apakah jenis soalan yang enak ditanya pada Taib jika beliau sudi membenarkan pihak media masuk untuk sidang media itu? Di sini kami mencadangkan lima soalan terbaik buatnya:

"YAB Ketua Menteri, bagaimanakah YAB akan menjelaskan kekayaan YAB sekeluarga bernilai US$1.5 billion yang telah diperolehi menerusi hanya 14 dari 400 buah syarikat YAB?"

"YAB Ketua Menteri, YAB pernah mengakui bahawa YAB sekeluarga 'tidak menjalankan sebarang bentuk perniagaan di Sarawak untuk mengelakkan tuduhan umum yang YAB menggunakan pengaruh untuk memperkayakan diri sendiri'. Maka, bagai manakah caranya YAB menjelaskan mengenai lebih 300 buah syarikat tempat YAB sekeluarga melabur itu?"

"YAB Ketua Menteri, arwah isteri YAB merupakan bekas pemegang terbesar saham-saham dalam syarikat gergasi di Sarawak, CMS. Namun beliau telah meninggal dunia dua tahun yang lalu. Beliau pernah menerima saham-saham itu dari saudara YAB, Onn Mahmud, maka siapa pula mewarisi ke semua saham arwah itu?"

"YAB Ketua Menteri, mengapakah YAB masih lagi menyerahkan semua tanah negeri dan kontrak negeri yang bernilai tinggi kepada ahli-ahli keluarga YAB menerusi urusan-urusan berahsia, tanpa menggunakan sistem tender terbuka?"

"YAB Ketua Menteri, seseorang yang memegang dua kerakyatan adalah salah di sisi undang-undang, adakah anak perempuan YAB, Jamilah masih seorang rakyat Malaysia (memandangkan beliau adalah pemegang saham-saham dalam 87 buah syarikat di negeri Sarawak) atau adakah beliau telah menjadi rakyat Kanada sebagaimana diakui oleh sumai beliau sendiri, Sean Murray?"

Terdapat banyak lagi soalan yang boleh ditanya oleh para media terhadap Ketua Menteri, dan kami mencadangkan para penyumbang soalan akan menuliskannya pada ruangan komen kami di sini. Soalan-soalan seperti di atas boleh juga ditanya oleh pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan pasukan penyiasat dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malah, rakan-rakan politik Taib dan juga Perdana Menteri Malaysia sendiri.

Tugas berat untuk pihak media

Kini Taib sudah tidak berminat lagi bersidang dengan pihak media, maka ianya akan menjadi suatu cabaran bagi mereka untuk mendapatkan isu-isu daripadanya. Sebelum ini akhbar-akhbar di negeri Sarawak telah bergantung penuh pada sumber berita mengenai pergerakan Taib dan rakan-rakan menterinya, tanpa persoalan dan kritikan.

Akhbar The Borneo Post adalah milik kroni pembalakannya Henry Lau dari syarikat KTS, dan separuh dari pegangan dalam akhbar The Sarawak Tribune pula adalah milik sepupunya Hamed Sepawi, dan disunting oleh anak perempuan sendiri, Hanifah Abdul Taib.

Namun, jika Ketua menteri itu tidak akan memberikan para media tempatan mengenai cerita atau berita pergerakannya dan juga mengenai teori-teori pembangunannya, apakah jenis berita yang harus mereka tulis?

Sekali lagi, kami akan berasa gembira jika para pembaca blog kami ini menuliskan cadangan-cadangan dalam ruangan komen di sini. Namun kami tetap akan mencadangkan para media di Sarawak untuk menziarahi rakyat Sarawak yang mendiami kawasan-kawasan yang jauh terpencil di pedalaman dengan melalui jalan dan denai yang mana alam sekitarnya telah musnah akibat pembalakan dan perladangan berleluasa dan tidak terkawal.

Pihak media juga harus mengambil kira kenapakah kebanyakan penduduk luar bandar dan pedalaman tidak lagi mendapat bekalan air yang bersih dan sumber makanan dari sungai. Pihak media juga harus mengambil kira cerita mengenai kes-kes rampasan tanah. Mereka boleh memaparkan berita mengenai kejadian-kejadian tanah runtuh. Mereka boleh juga meneliti kes-kes kemerosotan mutu kesihatan dan perubatan di kawasan-kawasan pedalaman dan bagaimana gejala rasuah telah mengganggu proses pembekalan perubatan yang sempurna.

Pihak media juga harus menceritakan mengenai kurangnya mutu persekolahan anak-anak pedalaman. Kenapakah jalan-jalan yang pernah berkali-kali dijanjikan tidak menjadi kenyataan? Pihak media juga boleh menulis mengenai ancaman samseng ke atas orang-orang tempatan yang mempertahankan tanah hak adat mereka, yang mana hutan-hutan negeri Sarawak pernah diagung-agungkan sebagai biodiversity – pokok-pokok hutan dan haiwan-haiwan liarnya.

Kami juga ingin menyarankan agar pihak media tempatan harus menulis mengenai kehidupan dan masalah yang melanda penduduk luar bandar dan pedalaman Sarawak, selain menuliskan berita-berita yang membosankan mengenai Abdul Taib Mahmud, seorang Ketua Menteri yang sudah usang dan takut pula meletakkan jawatannya kerana takut akan penggantinya menyelongkar rahsia-rahsia bagaimana beliau memperolehi kekayaan yang luar biasa! ~sarawakreport

Najis Mahathir mula berbau..!!!

Posted: 19 Dec 2011 06:17 PM PST

Mahathir: Bila Mulut Manis Tidak Boleh Melindungi Kejahatan
 
Dr Mahathir Mohamad sering mendabik dada menunjukkan dialah yang bijak, pandai, cerdik dan bersih. 

Tiada perdana menteri lain yang sebersih beliau hatta berbanding dengan perdana menteri nyang sedang memangku jawatan itu kini. Rakyat khasnya ahli dan penyokong Umno dengan mudah tersihir dengan Mahathir. 

Apa yang Mahathir kata bagaikan sabda para nabi semuanya betul dan maksum.

Kerana taksub itu menyebabkan orang Umno yang berjaya mempengaruhi orang Melayu mempercayai Mahathir. Tidak orang Cina, India dan lain-lain yang bijak mentafsir dengan kata-kata Mahathir. 

Saki baki Melayu yang percayakan Mahathir masih banyak sebab itu media massa penjilat buntut terus memberi ruang kepada Mahathir dengan harapan kata-kata Mahathir boleh mempengaruhi Melayu dan terus menyokong Umno.

Beberapa hari lalu beliau meminta Anwar Ibrahim agar bersumpah lakna berhubung cadangan Anwar supaya Malaysia mengambil pinjaman wang dunia untuk mengatasi resensi ekonomi. Orang faham dengan cabaran Mahathir itu untuk memberi gambaran kebersihan dirinya dan cuba hendak 'mencepuahkan' Anwar dengan tali barut ekonomi Yahudi.


Siapa sebenarnya yang benar dan menjadi bapa pembohongan dalam hal ini? Pendedahan dokumen menunjukkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Mahathir mengambil pinjaman bank dunia menjelaskan segala-galanya. Yang hipokrit, munafik selama ini dalam soal pinjam meminjam bukan Anwar tetapi Mahathir.

Pendedahan dibuat Pengarah Strategi, biro komunikasi dan penerangan serta Pengarah Pedagangan Keadilan ini menjelaskan segala-galanya. Saya turunkan sepenuhnya kenyataan mereka yang dikirimkan kepada saya seperti mana berikut:

TUN MAHATHIR BERBOHONG, DOKUMEN BANK DUNIA BUKTIKAN BELIAU BERTANGGUNGJAWAB AMBIL PINJAMAN BANK DUNIA SEMASA KRISIS KEWANGAN 1997-1998

SABAH Boleh Ditawan Jika Ada Sorang Lagi Nik Aziz...??

Posted: 19 Dec 2011 04:57 PM PST

"Menyentuh soal politik dan pilihanraya di Malaysia ni, adalah sukar membuat ramalan secara tepat atas beberapa faktor. Sekadar analisa secara rawak melalui pemerhatian di sudut isu tempatan, nasional dan antarabangsa. Dan antara faktor terbesar yang menyumbang kepada dominasi UMNO BN sepanjang 52 tahun ialah amalan politik 'machiavelli' dan pemusatan kuasa.


Ianya menjadi lebih buruk lagi bila seluruh jentera kerajaan dijadikan alat politik UMNO BN. Pelbagai akta zalim seperti Akta Polis, AUKU, OSA, Akta Penerbitan dan Penyiaran dan lainnya digubal bukan untuk kepentingan awam tapi semata-mata untuk melindungi kepentingan parti pemerintah daripada tergugat. Yang paling mengecewakan bila tahap kesedaran politik rakyat begitu rendah, khususnya Melayu Bumiputera.

Selain wujudnya akta jakun itu, penguasaan media perdana oleh parti pemerintah telah menyebabkan majoriti rakyat hanya menerima maklumat dari sebelah pihak. Namun situasi ini mula berubah, walau tidak menyeluruh, bila kemudahan internet jalur lebar mula memasuki pasaran.

Mengikut kajian yang dibuat pada 2010, jumlah pengunjung website media alternatif termasuk milik Pakatan Rakyat telah meningkat secara mendadak, diikuti laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang kini menjadi pilihan rakyat untuk menyalurkan maklumat secara pantas.

Walaupun 'cyber wars' kini menjadi satu medan perang politik, namun penggunaannya masih tidak menyeluruh dan ditambah pula dengan corak pemikiran rakyat yang masih terbelenggu dengan politik sempit perkauman peninggalan penjajah yang menjadi amalan UMNO selama ini.

Sedarkah kita doktrin politik perkauman memang tektik keji penjajah bagi menguasai sesebuah negara. Kita sendiri lihat bagaimana krisis kebuluran yang melanda umat Islam Somalia. Semuanya ini berpunca daripada rakyat Somalia sendiri yang berpuak-puak dan berbunuh sesama sendiri angkara terpengaruh dengan hasutan pihak Barat.

Dan begitulah keadaannya di tanahair kita walau tidak seburuk keadaan di Somalia, namun sentimen pra-sangka antara kaum masih wujud hingga ke hari ini. Dalam sejarah politik tanahair, sentimen perkauman memang menjadi modal terakhir UMNO untuk mengekalkan kuasanya. Malah penulis juga percaya tragedi 13 Mei 1969 itu sendiri ada agenda politik UMNO jangka panjang.

Kaum di Sabah

Dalam konteks semangat perkauman, sentimen itu masih wujud di kalangan masyarakat Sabah walau di sesetengah kawasan/daerah sentimen tersebut kian berkurang ekoran taraf pendidikan dan hubungan pelbagai kaum semakin baik di tempat kerja dan di institusi-institusi pengajian tinggi. Secara tidak langsung ianya mempengaruhi pola pemikiran majoriti rakyat Sabah sekarang.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada sentimen negatif ini ialah pola penempatan suku kaumnya. Jika daerah Kota Belud dengan kaum Bajau dan Iranun, Ranau dan Tambunan dengan kaum Dusun/Kadazannya, Keningau dan Tenom pula dengan suku kaum Murut, Tawau dan Lahad Datu dengan suku kaum Bugis dan Bajau, Beaufort, Sipitang dan Papar dengan kaum Melayu Brunei dan Bisayak manakala Kudat, Kota Marudu dan Pitas dengan suku kaum Rungus dan Sungai.

Pola penempatan yang sedemikian rupa wujud ekoran faktor geo-fizikal negeri yang bergunung-ganang. Secara tak langsung hubungan antara kaum itu terpisah oleh bentuk fizikal mukabumi.

Politik

Apabila pola penempatan berkelompok dan terpisah di daerah masing-masing, tentunya tidak dapat dielakkan rasa sentimen kaum di dalam jiwa masyarakat Sabah itu sendiri. Bagi penulis ianya satu perkara lumrah di mana-mana saja. Justeru, sentimen kaum ini turut mempengaruhi pola politik Sabah hingga ke saat ini. Juga kepada undi dalam pilihanraya.

Penulis ambil contoh Parlimen Kota Belud dan 3 DUN di bawahnya, Tempasuk, Kedamaian dan Usukan. Di parlimen ini hanya ada 2 suku kaum terbesar, yaitu Bajau dan Iranun. Di sudut sejarah, 2 suku kaum ini pernah bertelagah dan masih kuat sentimen perkaumannya. Malah beberapa kenalan penulis dari 2 suku kaum ini pernah mengatakan jika calon berbangsa Bajau yang bertanding, kaum Iranun tidak akan mengundi dan begitulah sebaliknya.

Katakan dalam Parlimen Kota Belud ditandingi secara one-by-one. BN diwakili calon Bajau dan PR diwakili calon Iranun. Jangan terkejut kalau calon Bajau BN akan mendapat undi dari pengundi Bajau yang menyokong BN dan PR. Dan begitulah juga dengan calon Iranun yang mewakili PR. Senario ini boleh berubah jika ada calon ketiga dari suku kaum lain seperti Dusun. Katakan SAPP meletakkan calon berbangsa Dusun. Kemungkinan besar calon SAPP akan mendapat undi dari kedua-dua kaum utama tadi yang tak suka BN dan PR.

Bagi kawasan yang masih kuat sentimen perkaumannya, PR perlu beri perhatian serius dalam meletakkan calon mereka. Jika tersilap percaturan, peluang kemenangan akan terlepas begitu saja. Sekiranya ada individu ahli parti yang dikenali, popular dan dihormati masyarakat tempatan, maka orang itu perlu diberikan laluan sebagai calon walau tidak memegang sebarang jawatan parti. Seterusnya perhitungan di sudut bangsa calon itu sendiri merupakan aspek penting yang boleh mempengaruhi undi.

Manakala di pihak BN, tentunya mereka cukup arif akan hal ini dan ditambah dengan amalan sogokan politik wang yang memberikan kelebihan pada mereka.

Azhar Idrus

Di Terengganu, khabarnya Ustaz Azhar Idrus akan diminta bertanding di salah satu kawasan DUN di negeri itu walau beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam parti. Hanya ahli biasa. Tentunya pucuk pimpinan parti melihat di sudut populariti dan pengaruh pendakwah bebas itu di kalangan masyarakat, khususnya golongan muda. Jelas di sini faktor pengaruh bakal calon dalam masyarakat itu amat penting kerana ia mampu meraih undi rakyat. Mugkin 3 golongan yang akan mengundi calon yang mempunyai kriteria seperti itu. Pertama, tentunya undi dari ahli parti sendiri tapi belum menjamin kemenangan. Kedua, undi para peminat calon itu sendiri dan ketiga, undi simpati.

Pandangan umum

Seorang wartawan NST, Jaswendar Kaur, memberi pandangan dengan mengatakan jika pilihanraya Sabah diadakan selepas 3 atau 4 hari pilihanraya umum di Semenanjung dan Pakatan Rakyat ada kekuatan di negeri itu, nescaya Sabah akan terlepas ke tangan pembangkang.

Katanya, pengundi, khususnya di luar bandar ingat bila Sabah mengundi menentang BN di awal 90an dulu. Selepas itu, kerajaan persekutuan membekukan bantuan kepada Sabah sehingga PRU berikutnya sebagai hukuman. Ekoran tidak bersedia untuk menjadi suara tunggal, akhirnya rakyat Sabah terpaksa mengundi BN kembali. Walau bagaimanapun, apabila PRN Sabah diserentakkan dengan PRU Semenanjung, calon-calon pembangkang memenangi undi popular.

Di Sabah, parti-parti pembangkang gagal mencapai kerjasama sebagaimana yang dicapai di Semenanjung. Akibatnya, wujud pilihanraya kaum dan ramai calon-calon diletakkan untuk bertanding menentang BN. Bila senario sebegini berlaku, undi kepada pembangkang berpecah dan menguntungkan BN sendiri. Dan fenomena inilah yang dimahukan oleh BN dalam PRU13 akan datang.

Tidak dinafikan, hari ini rakyat Sabah, khususnya masyarakat Cina sedang memerhati bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dan mentadbir Pulau Pinang bagi mengukur sejauh mana kejayaan dan keberkesanan PR.

Dominic Lim, Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan Manusia Diocese Katolik memberitahu bahawa jika PR berjaya di Pulau Pinang, BN "akan hilang" pegangannya ke atas Sabah. Walau bagaimanapun, orang Sabah kurang 'berselera' dengan Anwar. Rakyat Sabah masih ingat ketika Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, apabila bercakap dia selalu meremehkan Sabah. Justeru, majoriti rakyat Sabah masih terkilan dengan Anwar.

Kata Dominic, Anwar mesti berusaha untuk memenangi hati rakyat Sabah melalui tindakan, bukan kata-kata. Anwar perlu membuktikan kepada rakyat Sabah bahawa dia bukan lagi seorang fundamentalis Islam. Ketidakpercayaan rakyat Sabah terhadap parti dari Semenanjung wujud disebabkan pengalaman mereka bersama UMNO selepas parti itu berjaya masuk ke negeri ini. Rakyat Sabah mengundi atas faktor merit calon pembangkang, bukan mengundi parti yang diwakili.

Parti pembangkang asal Sabah sebenarnya boleh mendapat sokongan yang kuat rakyat. Malangnya Sabah tidak mempunyai seorang pemimpin yang berkarisma yang mampu menyatukan seluruh etnik rakyat Sabah (Kadazan, Cina dan Melayu). Isu-isu utama yang mendominasi politik tempatan di Sabah semasa pilihanraya ialah status beribu-ribu pendatang haram yang tinggal di Sabah dan tanah yang disita oleh sektor swasta, kadang-kadang melanggar undang-undang adat peribumi.

Kesimpulan

Sebagaimana penulis sebut di awal tadi, sikap politik rakyat Sabah ini sangat unik. Mereka pernah menukar kerajaan sebanyak 4 kali.

Bemula USNO, Berjaya, PBS dan BN. Di samping itu, sentimen Sabah-Semenanjung yang ditanam sejak zaman USNO lagi masih berakar di dalam jiwa rakyat Sabah walaupun perasaan itu dah semakin berkurang.

Selaku Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang, rasanya tak salah kalau Anwar Ibrahim mencari seorang calon isteri di Sabah ni kalau itu jalan terbaik untuk mensirnakan rasa terkilan rakyat Sabah padanya dulu. Takkanlah Wan Azizah marah. Bukankah comel kalau Kak Wan ada 'adik' di Sabah ni. Tapi mungkin Anwar yang tak mahu sebab setianya pada Nonanya Azizah. Sorrylah Abg Anwar dan Kak Wan... penulis gurau je.

Masih ada masa untuk pakatan pembangkang di Sabah ni mengatur strategi terbaik. Mungkin nak mencari calon pemimpin terbaik yang mampu menyatukan seluruh etnik Sabah dalam jangka masa terdekat ni agak sukar, namun kena diusahakan juga. Bak kata pepatah Melayu, "Kalau tak dapat rotan, dapat akarnya pun jadilah".

Bagi penulis, jalan terbaiknya pakatan pembangkang mesti bersatu untuk menjatuhkan rejim UMNO BN demi kepentingan rakyat jelata. Ketepikan segala kepentingan dan sentimen parti masing-masing. Kalau BN boleh jatuh dengan cara itu, maka ianya wajar dilaksanakan segera. USNO, SAPP, PBRS, PAS, PKR dan DAP perlu berlapang dada.

Kalaulah ada seorang lagi Nik Aziz di Sabah ni, nescaya orang itu mampu menyatukan hati seluruh etnik di Sabah.

Wallahu'alam.
Oleh monaz

lembUMNO memiliki IDENTITI RAKYAT?!

Posted: 19 Dec 2011 08:39 AM PST

SAH LAGI SAHIH!!! rupanya lembUMNO memiliki semua data peribadi rakyat Malaysia termasuk aku dan korang semua!!! Tak percaya? Siapa yang DUN atau PARLIMEN dikuasai lembUMNO dan kebetulan bulan ni adalah ulangtahun kelahirannya, PASTI akan dapat sekeping kad ucapan "SELAMAT HARI JADI"... 





Hangus lagi duit bajet rakyat.. apa BINGAI sangat, ingat hantar kad ucapan Selamat Hari Jadi boleh beli pengundi yang semakin x percaya pada pimpinan lembUMNO yang semakin terselak kainnya ke? 

Mana dapat BAJET buat kad? heheheeeeee.. Ada peruntukan dari PUSAT ke? Hangus lagi la duit RAKYAT macam ni...









SATU LAGI PROJEK UNITED MAMAK NATIONAL ORGANISATION DAN BANGLADESHI NASIONAL 



Tiada ulasan: