Pahang Daily Online |
- Majlis Fatwa Kebangsaan Bersetuju Dakwat Kekal Boleh Di Gunakan Pada Pilihan Raya Umum Ke-13
- Isu Lynas: 'Dedah Nama Kontraktor', Pihak Mana Yang Bakal Terperangkap Dengan Kontroversi Ini
- Ketua Umum PKR, 'Datuk Seri Anwar Ibrahim' Di Jangka Sampaikan Amanat PRU13 Pada 12 Dis Ini
Majlis Fatwa Kebangsaan Bersetuju Dakwat Kekal Boleh Di Gunakan Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Posted: 07 Dec 2011 08:51 PM PST KUALA LUMPUR, 8 Dis - Majlis Fatwa Kebangsaan telah berpendapat dakwat kekal yang pernah diuji dan diluluskan bagi pilihan raya umum 2008 boleh digunakan ketika pilihan raya umum ke-13 jika kandungan bahannya masih sama. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (foto) berkata, selagi dakwat itu menggunakan bahan sama seperti pernah diuji, ia boleh digunakan kerana kandungannya mematuhi syarak dan tidak menimbulkan sebarang kemudaratan atau masalah kepada umat Islam melakukan ibadat. Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum kali ini kini hanya memerlukan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan dari segi kandungan dalam bahan tersebut kelak. Wan Ahmad berkata, seiring dengan keputusan jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang memutuskan untuk menggunakannya, dakwat kekal yang akan dibeli akan dikemukakan kepada majlis itu untuk penilaian dan ujian tentang kandungannya supaya ia tidak bertentangan dengan Islam. "Bagaimanapun, jika jenis dakwat yang akan digunakan nanti (PRU-13) berbeza dengan dakwat yang sudah diputus dan diuji sebelum ini (PRU-12), maka ia perlu dianalisis terlebih dulu Jabatan Kimia sebelum diserah kepada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Majlis Fatwa bagi diputuskan sama ada ia boleh digunakan atau tidak kerana dikhuatiri mengandungi bahan terlarang," kata Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin. [Keputusan penggunaan dakwat kekal diputuskan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen minggu lalu. Dakwat kekal yang dicadangkan untuk digunakan ketika pilihan raya umum ke-12 telah diuji dan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 2007 mendapati dakwat itu tidak mengandungi bahan najis diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta tidak menghalang air sampai ke kulit apabila digunakan. Uji kaji dijalankan Jabatan Kimia Malaysia juga mendapati dakwat kekal itu yang mengandungi alkohol etanol juga tidak menimbul masalah ibadat bagi orang Islam. Bagaimanapun, dakwat itu dilupuskan menerusi proses pembakaran pada November 2009 berikutan faktor keselamatan dan perundangan. Difahamkan kerajaan mengimort dakwat hitam bernilai hampir RM2.4 juta dari India. Negara berkenaan menggunakan dakwat kekal sejak 1951 dan memperoleh bekalan dari Mysore Paints dan Varnishes Ltd (MPVL), milik kerajaan negeri Karnataka sejak 1959. Penggunaan dakwat itu dikatakan cukup berkesan bagi mengelak pengundian berganda. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memberi kelulusan untuk digunakan tetapi penggunaannya telah dibatalkan beberapa hari sebelum hari pengundian]. |
Isu Lynas: 'Dedah Nama Kontraktor', Pihak Mana Yang Bakal Terperangkap Dengan Kontroversi Ini Posted: 07 Dec 2011 07:04 PM PST KUANTAN, 8 Dis - Susulan beberapa pendedahan yang dilakukan oleh Pahang Daily Online (PDO) berkaitan penglibatan beberapa "orang kuat" Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan projek Lynas, maka akhirnya Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob memberi respon terhadap isu itu. Ketika membentangkan Bajet 2012 di Sidang Dewang Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Isnin, Adnan dengan lantangnya berkata akan mendedahkan nama-nama kontraktor yang terbabit dengan projek berkenaan. Kenyataan Adnan itu, telah dijawab pula oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh selepas itu. Antara lain Fuziah amat berharap dan mengalu-alukan agar Kerajaan Negeri Pahang dan Lynas Malaysia Sdn Bhd sendiri mendedahkan nama-nama kontraktor yang terlibat dengan projek tersebut. "Selama ini rakyat hanya mengetahui berkenaan Ranhill dan UGL yg menjadi kontraktor utama pembinaan LAMP. Gesaan YAB MB supaya Lynas mendedahkan senarai semua kontraktor akan memberi peluang kepada rakyat untuk memberitahu kepada mereka (kontraktor) bagaimana bentuk bahaya yang bakal di bawa oleh LAMP terhadap manusia dan alam sekitar kelak. Samada kontraktor yang dilantik merupakan penyokong PR atau penyokong BN, tidak membawa apa-apa perbezaan.. LAMP tetap merbahaya, tanpa mengira siapa yang membinanya", katanya. "Saya yakin bahawa YAB MB telah tidak menerima maklumat yang tepat berkenaan bahaya LAMP, dan besar kemungkinan segala maklumat yang disampaikan kepada beliau ialah maklumat dari Lynas sendiri. Lynas cukup bijak didalam mengelirukan orang ramai, termasuk juga mengelirukan agensi Kerajaan dengan fakta yang mengelirukan. Malah laporan IAEA juga tidak pernah mengatakan bahawa LAMP adalah selamat. Saya ingin memaklumkan disini bahawa YAB MB harus tahu bahawa, selepas laporan IAEA dikeluarkan ada beberapa pindaan perlu dilakukan oleh AELB, akan tetapi AELB menggunakan seksyen 41 dalam Akta 304 (berkenaan kerahsiaan) untuk tidak mendedahkan tindakan tersebut kepada orang awam", katanya. Fuziah Dedah Fakta Penyelewengan Projek Lynas Antara yang didedahkan oleh Fuziah Salleh (foto) dalam kenyataan tersebut ialah Satu peraturan baru dibawah Akta 304 telah terpaksa diperkenalkan bertajuk "Pengurusan sisa buangan radioaktif" untuk digunapakai khas oleh Lynas. Sebelum ini peraturan tersebut tidak wujud kerana sebelum ini Lynas mengatakan bahawa sisa dari LAMP merupakan sisa buangan industri yang mengandungi NORM yang tidak merbahaya. Pada bulan September 2011 AELB telah pun meluluskan pindaan ke atas lesen mengimport bahan mentah REO dari Australia oleh Lynas kepada lesen import eksport bahan radioaktif. Menteri MOSTI telah terpaksa mengaku didalam Dewan Rakyat pada 14 November 2011 bahawa sisa buangan dari LAMP bersifat radioaktif. IAEA juga katanya telah meminta satu pelan jangka panjang pengurusan sisa buangan dari LAMP untuk sisa WLP berbentuk pepejal yang mempunyai bacaan 6 Bq|g menandakan sisa dari LAMP bersifat radioaktif. Selama ini Lynas berani bercakap hanya dari aspek radiasi luaran tanpa berani bercakap tentang radiasi dalaman dan juga tidak berani bercakap tentang sisa buangan berbentuk radioaktif (WLP solid waste) dari LAMP. Ini bertujuan mengelirukan semua pihak termasuk agensi Kerajaan. Dan malang sekali buat rakyat kerana segala fakta yang mengelirukan oleh Lynas di ulang oleh pihak agensi Kerajaan sebelum ini tanpa usul periksa. "Saya yakin YAB MB berjiwa rakyat dan mahukan yang terbaik buat rakyat. Sehubungan dengan itu saya juga menggesa MB mengarahkan supaya di keluarkan juga kepada orang awam apa dia syarat-syarat yang di kenakan oleh JAS Pahang keatas Lynas sewaktu JAS meluluskan laporan EIA pada 15hb Februari 2008. Saya tegaskan sekali lagi dengan berhujahkan fakta-fakta, bahawa isu LAMP ialah isu yang menggugat keselamatan awam dan Lynas harus di tangani bersama. Sekiranya pihak BN tidak terus mempolitikkan isu ini, ianya adalah lebih baik buat rakyat", jelas Fuziah yang dijangka menang besar di kerusi Parlimen Kuantan pada PRU-13 nanti gara-gara isu Lynas. [Berdasarkan kepada senario terkini isu Lynas, pendedahan yang dibuat oleh pihak terbabit dijangka akan memberi impak yang lebih besar kepada Kerajaan Negeri Pahang sebenarnya. Ini kerana, lebih banyak nama-nama "proksi UMNO" yang mendapat keuntungan jutaan ringgit dan beriya-iya mempertahankan projek tersebut terbongkar selepas ini. Biar pun ada nama-nama "orang kuat PAS" yang terlibat, namun ia mungkin tidak menjadi isu besar kerana PAS sendiri khabarnya sedang memantau isu ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang berkenaan. Masalahnya, apa akan jadi jika nama-nama orang yang rapat dengan "UMNO BN" terdedah kepada umum nanti?. Bukankah ia akan memalukan Kerajaan Negeri Pahang terutamanya Dato' Sri Adnan Yaakob itu sendiri sebenarnya. Jika ini berlaku, sudah pasti rakyat akan berkata "Patutlah UMNO beriya-iya benar pertahankan Lynas, rupanya begitu ramai puak-puak dia yang kaya raya dengan projek tersebut". Bukankah ia akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap BN pada Pilihanraya Umum akan datang sebenarnya. Oleh itu MB dan Lynas perlu berhati-hati dalam hal ini. Jangan dek kerana mahu mencari kesalahan orang lain, kebenaran yang dinantikan rakyat itu terbongkar jua akhirnya]. |
Ketua Umum PKR, 'Datuk Seri Anwar Ibrahim' Di Jangka Sampaikan Amanat PRU13 Pada 12 Dis Ini Posted: 07 Dec 2011 06:39 PM PST KUANTAN, 8 Dis - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) akan hadir ke Pahang pada 16 Disember ini. Beliau dijangka akan menyampaikan ceramah "Demi Rakyat: Di Ambang Pilihanraya Umum Ke-13" di Restoran Sekilau Seafood dekat sini mulai jam 8.00 malam itu. Parti Keadilan Rakyat akan meletakkan calonnya di Parlimen Indera Mahkota dan juga DUN Semambu pada PRU13 ini nanti. Maka itu, Anwar khabarnya akan memberikan amanat penting dan memperkenalkan secara tidak rasmi calon bagi kedua-dua kerusi terbabit. Sebelum ini difahamkan beliau sepatutnya hadir pada satu program di Parlimen Pekan bagi membalas kunjungan Perdana Menteri Najib Razak ke Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya beberapa bulan yang lalu. Namun, mungkin memikirkan Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan adalah dua kerusi PKR yang perlu dipertahankan, maka Anwar akhirnya mengambil keputusan untuk hadir ke program pada 12 Disember ini. Apapun, orang ramai dijemput hadir untuk mendengar amanat Ketua Pembangkang itu. Apa yang menarik tarikh 12 Disember itu juga adalah dijangkan tarikh untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan kes "fitnah liwat" beliau terhadap Saiful Bukhari Azlan sebenarnya. Maka, kehadiran beliau pada malam itu dijangka cukup panas dengan berbagai isu semasa nanti. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan