Pahang Daily Online |
- Panas: Zaid Umum 'KITA' Sokong Pakatan Rakyat Dan Tidak Letak Calon Boleh Jejas Pembangkang !
- Pemimpin UMNO Akui Fuziah Akan Menang Besar Di Parlimen Kuantan Gara-Gara Isu Projek Lynas!
- Hebat: Fenomena SMS Melanda, Jadikan Telefon Bimbit Anda Sebagai Mesin Jana Wang Sekarang
Panas: Zaid Umum 'KITA' Sokong Pakatan Rakyat Dan Tidak Letak Calon Boleh Jejas Pembangkang ! Posted: 06 Dec 2011 05:00 AM PST Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (foto) berkata parti itu tidak akan menawarkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya tindakan itu menjejaskan peluang pembangkang. Zaid dalam satu kenyataan hari ini juga mengumumkan bahawa KITA akan memberikan sokongan mutlak kepada pembangkang dalam apa juga cara untuk memastikan "kemenangan rakyat". KITA mengambil pendirian itu setelah mengambil kira kenyataan daripada pemimpin UMNO terhadap parti pembangkang sejak kebelakangan ini yang didakwa memberi petanda buruk ke atas trend politik nasional, katanya. "Untuk menunjukkan solidariti kita dengan pembangkang, dan penolakan kita terhadap idea fasis dan autoritarian, KITA ingin menyatakan semula bahawa kita akan terus menyokong pembangkang dengan harapan untuk perubahan sebenar," katanya. Antara kenyataan yang paling keras menghentam pembangkang disuarakan daripada timbalan presiden UMNO sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Malaysia akan menjadi negara republik sekiranya pembangkang menang pilihan raya. Zaid menyifatkan kenyataan Muhyiddin di perhimpunan agung UMNO minggu lalu itu sebagai "berbahaya dan tidak bertanggungjawab." Mengulas lanjut, Zaid berkata kenyataan itu juga dikesali dan amat membimbangkannya kerana ia hanya akan melebarkan lagi jurang di antara kelompok kaum. "DAP telah dilabel sebagai parti rasis dan orang Melayu di dalam pembangkang disifatkan sebagai pak turut golongan Cina. "Nampaknya pemimpin kita hari ini mahu memang pilihan raya umum dengan apa jua cara, dan mereka hanya mementingkan kedudukan dan kuasa sendiri berbanding kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya", katanya. Zaid juga berkata, serangan ke atas DAP hanya akan merenggangkan masyarakat Cina tetapi tidak akan menyakiti golongan berkenaan yang mampu berdidikari. Sebaliknya, orang Melayulah yang akan derita kerana UMNO hanya hanya menawarkan retorik liar seperti itu, kata beliau lagi. [UMNO melakukan kesilapan besar apabila menyiarkan kenyataan liar pemimpin mereka secara langsung di media arus perdana yang dapat disaksikan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini. Demi cita-cita politik, mereka tergamak mengeluarkan kenyataan yang jelas berunsur hasutan dan perkauman. Tindakan tersebut amatlah tidak wajar sama sekali dan sepatutnya dilakukan dalam situasi tertutup untuk ahli-ahli parti mereka sahaja. Inilah yang terjadi kepada Kursus Biro Tata Negara (BTN) selama ini bilamana kenyataan berbaur hasutan dan perkauman sewenangnya dikeluarkan oleh fasilitator untuk mewujudkan perasaan benci peserta kepada sesama rakyat di negara ini. Anehnya, dalam masa yang sama PM Najib Razak melaung-laungkan konsep 1Malaysia. Tindakan Zaid Ibrahim untuk mengalih sokongan terhadap Pakatan Rakyat pada PRU-13 ini amatlah mengejutkan kerana selama ini beliau dituduh pro UMNO. Maka dengan ini jelas membuktikan perjuangan Zaid masih konsisten untuk bersama-sama rakyat menjadikan demokrasi di Malaysia lebih subur pada masa yang akan datang. Kenyataan beliau ini sepatutnya disambut dengan hati terbuka oleh pembangkang kerana ia mungkin dapat menguatkan lagi pakatan itu. Namun, anehnya ada ramai penyokong pembangkang yang sanggup mencaci Zaid gara-gara pendekatan terbaru yang ingin beliau bawa. Tindakan ini adalah tidak wajar, kerana masing-masing ada prinsip]. |
Pemimpin UMNO Akui Fuziah Akan Menang Besar Di Parlimen Kuantan Gara-Gara Isu Projek Lynas! Posted: 05 Dec 2011 10:54 PM PST KUANTAN, 6 Dis - Seorang pemimpin UMNO Pahang, hari ini menegaskan dengan penuh yakin bahawa Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh (foto) bakal menang dengan undi majoriti yang lebih besar gara-gara kepercayaan rakyat terhadap beliau dalam isu Lynas. Ini berikutan laporan risikan dalaman parti itu ternyata memperlihatkan rakyat lebih yakin dengan pendedahan dan penjelasan yang diberikan oleh pemimpin PKR itu daripada jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar Pahang sendiri, Dato' Sri Adnan Yaakob. "Saya yakin, sokongan terhadap Fuziah akan bertambah pada PRU-13 ini. Beliau akan mendapat majoriti undi pengundi muda dan juga kaum Cina yang kebanyakkannya sudah tidak percaya lagi dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh kerajaan UMNO BN dalam mempertahankan kontroversi projek tersebut. Malah, di parlimen Kuantan sendiri kemungkinan besar semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Teruntum, Tg.Lumpur & Inderapura) bakal dirampas oleh pembangkang pada kali ini", tambah pemimpin terbabit. Kenyataan yang dibuat ini jelas sekali satu "tamparan hebat" buat UMNO BN dalam menyakinkan rakyat bahawa Lynas tidak berbahaya. Majoriti rakyat sebenarnya sudah tidak percaya dengan penjelasan-penjelasan yang dibuat oleh Kerajaan terutamanya MB Pahang sendiri dalam isu ini. "Adnan sebagai pemimpin negeri, sepatutnya memberikan jawapan secara profesional, lengkap dengan fakta sebelum kilang ini didirikan bukannya sekarang. Ramai rakyat melihat, trend mana-mana projek yang dijalankan di negeri ini pasti ada wang "under table" yang terpaksa dihulurkan kepada mana-mana pemimpin sebagai habuan menyokong atau meluluskan projek tersebut. Apatah lagi dalam projek Lynas yang menelan belanja jutaan ringgit itu. Saya sendiri hairan, kenapa Adnan beriya-iya mahu pertahankan Lynas sedangkan dia tahu kerajaan tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada projek itu untuk tempoh 12 tahun akibat perlepasan cukai yang diberikan. Keistimewaan ini biasanya diberikan kepada syarikat yang menjalan perniagaan yang tidak berisiko seperti automotif, elektrikal dan yang lainnya .. tapi bukan kepada Lynas yang diperakui seluruh dunia memproses rare earth yang berisiko. Kenapa perlu MB benarkan projek itu di Pahang? Sedangkan negeri lain menolaknya..", tambah beliau. [Terkadang, dapat dirasakan elok Kerajaan Negeri Pahang tutup mulut dari membicarakan isu Lynas. Tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap pihak yang membantah Lynas, dengan perkataan yang langsung tidak mencerminkan mentaliti seorang pemimpin sebenarnya. Semakin mereka keluarkan kenyataan, maka semakin rakyat meluat dan menyampah. Tambahan pula, mereka boleh mendapatkan maklumat lengkap tentang bahaya "rare earth" menerusi internet dengan sekali "klik" sahaja. Tidak timbul soal mereka menentang Lynas tanpa merujuk kepada fakta-fakta yang sahih. Seluruh dunia tahu bahaya "rare earth", maka rakyat kecewa kerana kerajaan rela memperjudikan nasib rakyat untuk membawa masuk projek yang berisiko seperti ini. Justeru itulah, majoriti diantara mereka akan menolak BN pada pilihanraya umum tidak lama lagi. Masa menentukan, siapakah yang benar dan siapakah yang salah. BN harus berhati-hati memainkan isu Lynas jika tidak mahu nasib mereka terjerat. Rakyat sebenarnya lebih bijak daripada sesetengah pemimpin yang mengaku bijak itu. Maka, mereka pasti akan lakukan perubahan sekarang]. |
Hebat: Fenomena SMS Melanda, Jadikan Telefon Bimbit Anda Sebagai Mesin Jana Wang Sekarang Posted: 05 Dec 2011 05:02 PM PST Fenomena SMS yang melanda, kini semakin tersebar luas dikalangan mereka yang tercari-cari peluang menjana pendapatan. Semakin hari semakin ramai usahawan yang menyertai program ini. Malah sebahagian besar dari kalangan mereka terkejut apabila mendapat SMS "Duit Masuk Setiap Hari" walau pun mereka belum memulakan projek ini secara serius. Paling mengejutkan ada yang sudah menjana ribuan ringgit setiap hari, walau pun mereka menyertai projek ini dengan hanya bermodalkan minima RM55 sahaja. "Saya terkejut bila mendapat SMS RM3.50 masuk ke akaun saya ketika sedang tidur. Malah, dalam sehari saya sudah dapat lebih RM100 sedangkan saya belum lagi mulakan projek ini. Saya sungguh gembira kerana inilah kali pertama saya sertai program sebegini, dan berjaya mendapat ganjaran tanpa berbuat apa-apa. Sedangkan selama ini, bila saya masuk sesuatu program hanya selepas memperkenalkannya kepada orang baru maka saya boleh mendapat ganjaran. Sungguh menakjubkan, saya akan tarik lebih ramai kawan-kawan di kolej dalam masa terdekat ini", kata seorang pelajar IPTS yang ditemui. Sementara itu, seorang surirumah yang dikenali sebagai Rosebella (bukan nama sebenar) pula berkata beliau tidak sangka gara-gara "dipaksa" sertai program ini, kini beliau sudah mengumpul hampir RM200 tanpa mencari sesiapa pun. "Sungguh tidak diduga, saya hanya diajak oleh seorang sahabat dari Kuantan yang berkunjung ke rumah saya secara tiba-tiba dan kemudian meminta RM55 untuk mendaftarkan saya dengan program ini. Kini saya berjaya mendapat imbuhan yang cukup hebat, tanpa saya mengajak sesiapa pun. Bayangkan, kalau saya memperkenalkan program ini kepada lebih ramai orang maka sudah tentu lebih banyak hasil yang akan saya perolehi. Maka itu, anda bila lagi?... Jangan lepaskan peluang keemasan yang amat hebat ini?", kata beliau dengan penuh yakin. [Kenyataan membuktikan "Projek SMS Blaster" kini semakin hangat diperkatakan Difahamkan, program ini sedang meletup di Kelantan, Pahang, P.Pinang, Johor, Sabah, Sarawak malah termasuk juga ada yang sertainya dari Singapura. Cukup mudah untuk anda sertai, hanya taipkan APP#NAMA ANDA#IC#ALAMAT dan hantarkan ke talian server 012 6780470. Sesudah berbuat demikian sila forwardkan SMS berkenaan ke talian 0192845511 untuk tindakan selanjutnya. Peluang terbukan untuk mereka yang berminat menjadi usahawan siber dan mempunyai telefon bimbit sahaja. Untuk info lanjut berkenaan program ini sila klik SINI. Usahawan diperlukan di seluruh negara. Peluang terbuka kepada mahasiswa, graduan menganggur, pekerja industri, kakitangan kerajaan, surirumah atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah pendapatan secara sambilan atau pun sepenuh masa. Cepat, Daftar Segera]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan