Selasa, 6 Disember 2011

.

.


Huraian Rambutan

Posted: 05 Dec 2011 10:48 PM PST

Pendirian Betul Oleh Nik Aziz

PERNYATAAN Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus mempertahankan kerusi Chempaka yang disandangkan kini dalam pilihan raya ke-13 nanti satu keputusan tepat dan betul.

Walaupun saya secara peribadi merasakan sudah sampai Nik Aziz cuci tangan dengan tidak bertanding, tetapi perkembangan kini 'meminta' beliau menangguhkan untuk berundur. Ada sesuatu yang belum selesai dan harus diberesi oleh MB Kelantan itu sebelum beliau meletakkan tongkat siasah dari mikrab siasah.

Memang sudah ada hasrat dinyatakan oleh Nik Aziz sendiri yang beliau sudah letih dan mahu melepaskan tanggungjawab memimpin Pas kepada pemimpin lain. Beberapa pemimpin Pas Kelantan dikira sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan menerajui Pas selepas Nik Aziz melepaskan tanggungjawab itu.

Pas tidak kasik dengan barisan pemimpin dan tokoh untuk mengambil alih menjadi kapten bahtera Pas. Nama-nama seperti Ahmad Yaacob yang kini TMB Kelantan, Mohd Amar Abdullah Arshad adalah dua nama yang dipanggang atas dapur politik untuk jadi pengganti Tok Guru.

Walaupun sebelum ini ada satu lagi nama juga turut dipanggang tetapi nampaknya nama itu telah hangus dan rentung di bakar bara cinta-cita yang tersangat panas. Ianya rentung sebelum sampai masanya kerana kesilapan diri dan juga persepsi ke atasnya.

Namun kerana ada keperluan lain, khasnya dari segi pengaruh dan sakti yang ada kepada Tok Guru itu maka beliau diperlukan lagi. Permintaan itu bukan dari dirinya tetapi dari kalangan para penganalisa dan master mind Pas yang melihat Tok Guru masih boleh membantu memenangi Pas di Kelantan. Nik Aziz dilihat masih menjadi reng kepada Pas Kelantan.

Adapun pendapat atau desakan agar Nik Aziz berundur ia dibuat oleh Umno yang gerun dengan pengaruh Nik Aziz. Desakan itu sebenarnya tidak bijak dari pihak Umno dan dengan desakan itu menjelaskan kepada Umno yang Nik Aziz tetap merupakan aset dan bagi diri Umno sendiri mereka kecut perut dengan Nik Aziz.

Ada yang memberi alasan Nik Aziz harus berundur kerana Mahathir Mohamad telah pun berundur begitu juga Abdullah Badawi. Orang yang mengambil alasan begitu untuk melihat Nik Aziz berundur ternyata mereka yang dangkal dan tohor tasik politik. Orang yang tidak dapat membezakan di antara buah ramai dengan buah jejentik.

Mahathir walaupun hebat dia diminta berhenti kerana telah memberi liabiliti kepada Umno. Demikian juga dengan Abdullah walaupun baru empat tahun jadi ketua didesak berhenti kerana ia makin melemahkan Umno. Berbeza dengan Nik Aziz makin lama Pas menjadi makin kuat dan ampuh dengan adanya beliau. Nik Aziz juga menjadi pengikat kepada perpaduan Pas dan Pakatan Rakyat sekaligus.

Dalam pada itu umum tahu Umno sangat takut kepada arus Nik Aziz. Nik Aziz menjadi satu fenomena di Kelantan yang masih relavan hingga ke hari ini. Bahkan fenomena Nik Aziz yang diterima sebagai tokoh spiritual diterima semua golongan menjadikan beliau sebagai aset dan modal kepada Pakatan Rakyat.

Saya merasakan kalau Nik Aziz berusia di bawah 60 tahun pasti calon PM untuk Pakatan Rakyat bukan Abdul Hadi atau Anwar Ibrahim tetapi beliau. Ini kerana penerima oleh semua masyarakat terhadap pendekatan dan uslub politiknya menyeluruh. Orang Cina, India, Siam, Asli dapat menerima Nik Aziz sebagai pemimpin dalam masyarakat rencam dan majmuk di Malaysia ini.

Memandangkan Nik Aziz menjadi idola dan ikon mungkin boleh kalau Pas fikirkan untuk mempertaruhkan Nik Aziz menjadi PM. Masalah tua dan keletihan tidak timbul. Kalau Nik Aziz jadi PM dia boleh membentuk majlis atau badan khas untuk menjadi penasihat dan pelaksanaan tugas PM.

Badan itu nanti mungkin boleh dibentuk di kalangan pemimpin tertinggi dari parti-parti Pakatan Rakyat.

Dalam memperkatakan fenomena Nik Aziz ini Umno melakukan silap besar. Apabila Umno dalam perhimpunan mereka menyerang Tok Guru itu menjadi namanya semakin harum. Pengaruhnya semakin meluas dan pemerhati melihat Nik Aziz terus menjadi fenomena yang akan menguatkan Pas dan melemahkan Umno.

Umno silap. Kalaulah benar Umno mengharap kemangan setelah Nik Aziz tidak memimpin Pas parti itu sepatutnya tidak menyebut Nik Aziz. Tidak memberi kredit kepada Pesuruhjaya Pas Kelantan itu. Tetapi kerana kurang bijak dan mendalam dalam politik terjadi sebaliknya. Nik Aziz menjadi getah sekerap yang makin 'dihenyek' dan dilayak makin anjal dan melenting ke atas sehinggakan menjadi satu objek yang mendapat perhatian umum.

Dalam menghidupkan hayat politiknya Nik Aziz tidak banyak memberi idea dan mengemukakan gagasan baru sebalik dia hidup kerana kebijaksanaannya menjawab dan menempelak serangan dan kritikan Umno ke atasnya. Tanpa ketukan dari Umno mungkin beliau akan sunyi.

Berbalik kepada pendirian Nik Aziz untuk mengekalkan kerusi tadi, ia jangan pula menjadi tiruan pemimpin lain terutamanya wakil rakyat. Jangan pula bila Nik Aziz bercadang untuk mengekalkan kerusinya maka mereka juga berbuat demikian mengelisik bulu untuk terus kekal di kerusi masing-masing.

Nik Aziz adalah Nik Aziz yang tidak akan ada dua apa lagi tiga. Tidak mungkin kalau dicampur kesemua wakil rakyat Pas Kelantan yang ada mereka mampu melawan atau menyamai Nik Aziz. Tuhan memberikan orang seperti Nik Aziz untuk 100 tahun sekali. Nik Aziz adalah mujadid siasah yang harusnya tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa.

Cuma apa yang perlu dijagai peluang Pas khasnya dan rakyat negara ini memiliki Nik Aziz hendaklah dijaga dan diwarisi agar anugerah Tuhan ini tidak dipersia-siakan. [wm.kl.5:16 pm 06/12/11]

Susupan Tengahari

Posted: 05 Dec 2011 08:25 PM PST

Siapa Pemilik Jet Yang Dinaiki Zahid Belum Dijelas

KALAU tidak salah ingatan saya Ahmad Zahid Hamidi pernah berjanji untuk memberi penjelasan berhubung persoalan yang ditimbulkan mengenai pemergiannya ke Makkah yang menaiki jet peribadi. Kata Zahid yang ketika itu berada di Russia beliau akan menjelaskan perkara itu sebaik pulang ke tanah air.

Saya tidak tahu apakah Zahid telah menjelaskan atau tidak jet siapa yang beliau naiki itu. Katanya jet itu adalah jet kawannya dan bukan jet miliknya sendiri.

Semasa perhimpunan agung Umno beberapa hari lalu tidak ada perwakilan bertanya mengenai hal itu kepada Zahid. Jadi terlepaslah Zahid untuk menjawabnya. Namun kelesuan dan kealpaan perwakilan Umno yang sudah dikunci mulut dari menyoal itu tidak bermakna Zahid boleh releks dan tidak menjawab.

Beliau kena menjelaskan jet yang ditumpangi ke Makkah itu jet siapa. Pemergian itu bukan sekali, kalau tidak salah saya sudah lebih dari dua kali Zahid menggunakan jet berkenaan. Kalau Zahid tidak jelas menyebabkan orang boleh beranggapan jet itu adalah jetnya yang dibeli atas nama orang lain, nominis.

Apa yang Zahid kena jelas ialah siapakah kawannya yang memiliki jet itu. Apakah pekerjaaan kawannya itu sampai boleh membeli jet. Apakah dia seorang kontrektor yang menguruskan pembelian peralatan tentera di Malaysia? Atau dia sebenarnya hanya seorang teukah jual pisang goreng dan tahu bakar di Chow Kit saja?

Kalau sesiapa telah mendengar penjelasan mengenai jet berkenaan oleh menteri pertahanan itu bolehlah laporkan kepada saya. Saya percaya ramai orang hendak tahu kedudukan jet itu dan apa hubungan Zahid dengan tuan jet berkenaan. Saya juga hendak jelaskan bagi menghuraikan kekeliruan orang ramai terhadap isu berkenaan.

Penjelasan ini dituntut kerana kalau tidak akan banyak lagi kemisterian yang berlegar di keliling diri Zahid seperti macam mana dia pernah dikatakan membantu keluarga isterinya untuk memajukan sebidang tanah di Melaka untuk membina sebuah institusi pendidikan. [wm.kl.12:31 t/hari 06/12/11]

Jerslin Power Oil

Posted: 05 Dec 2011 07:38 AM PST

Norhashima: Berkebajikan Menerusi Perniagaan

SESUATU yang kita tidak saksi dengan mata atau rasai dengan lidah sendiri kita tidak berhak untuk memperkatakan atau pun mengulas mengenainya. Sesuatu yang diulas dengan persepsi ataupun hanya mendengar cakap-cakap orang ia tidak memberi kesahihan (bayinat) yang sebenarnya.

Justeru apa juga kita perlu saksi dengan mata kepala kita sendiri baru kita dapat membuat kesimpulan terhadapnya. Selagi kita tidak melihat sendiri, segala maklumat itu masih bersifat andaian ataupun kabur. Begitu juga dengan kemanisan gula atau rasa pedas lada itu ia tidak akan terbukti kalau gula atau lada itu tidak diletak di atas lidah kita.

Selalunya dalam hidup saya, saya akan turun ke lapangan sendiri untuk mengetahui sesuatu agar segala maklumat itu sahih dan bukan sekadar hear-say, atau dengar dan kata saja.
Tidak kira apakah perkara itu besar atau kecil tetapi pengesahan (bayinat) itu perlu dilihat dengan pancaraindra sendiri baru ianya sahih dan enak untuk kita bercerita dan mencerita mengenainya.

Misalnya kalau berlaku bencana alam atau apa-apa mala petaka, bagi melihat betapa azab kejadian itu dan bagaimana mangsa menderita saya akan berikhtiar untuk turun sendiri. Bagaimana susah pun saya akan berusaha hinggalah berjaya dan segala itu dapat saya saksikan dengan mata dan kepala saya.

Begitulah halnya tentang kehebatan barangan kesihatan (penawar) yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera, Jerslin Oil yang beroperasi di Johor Bharu, Johor. Lantaran kehebatannya menyebabkan minyak ini digelar sebagai minyak 1001 rahsia kerana ia boleh mengatasi pelbagai penyakit termasuk penyakit kronik serta memberi keyakinan bagi mereka yang sudah hampir putus asa.

Mana-mana penyakit kronik yang sukar dikesan oleh perubatan klinikal dapat diatasi oleh minyak ini sehinggakan ia juga dianggap satu keajaiban menakjubkan yang pernah ditemui.

Saya sudah lama mendengar akan kehebatan minyak Jerslin Power Oil (JPO) ini ataupun tepat lagi syarikat pengeluarannya Jershima Integrated Sdn. Bhd. Dari mulut ke mulut telah banyak orang bercerita tentangan kesaktiannya. Pemasangan iklan di akhabar-akhbar termasuk akhbar arus perdana menandakan syarikat pengelurnya teguh dan berdaya maju. Tetapi cerita itu tidak sahih dan dapat saya membenarkannya selagi saya tidak sendiri merasainya ataupun melihat operasi pengeluarannya.

Apa juga yang merujakan bukan kerana kehebatan minyak Jerslin Power Oil atau Minyak 1001 Rahsia ini, tetapi perniagaanya dibangunkan yang tidak berasaskan kepada keuntungan sema-mata.. ini yang membanggakan. Pengasas ataupun pengusaha lebih mementingkan soal kebajikan daripada keuntungan. Prinsip dan pendekatan inilah yang menarik minat saya untuk mendekati dan meninjau ke syarikat milik Norhashima Abdul Aziz ini dari dekat.

Bertolak dari hakikat itu rasanya tidak melampau kalau saya menggelarkan pengasas minyak Jerlisn Power Oil ini sebagai serikandi dalam dunia perubatan. Mengapa saya berkata begitu kerana pendekatan yang diambilnya berbeza dengan para usahawan lain yang rata-rata meletakkan keuntungan sebagai asas utama. Kepelikatan sudah boleh dihayati dengan memahami misinya yang bermotokan dalam perniagaan membantu orang Islam dari segi ekonomi, perniagaan dan kesihatan. Manakala hobinya sendiri adalah berfikir untuk kemajuan agama dan bangsa.

"MSO saya tidak mementingkan keuntungan, barangan perusahaaan saya murah jika dibandingkan dengan barangan lain. Saya juga lebih mementingkan kualiti, dan kepuasan pengguna adalah kejayaan saya," begitulah antara tagline yang dipakainya dalam perniagaan yang dijelaskan Norhasmia dan terus terlekat di kepala saya.

Saya bertanya kepada serikandi ini yang lebih mesra dengan panggilan Puan Shima apakah dengan pendekatan dan falsafah itu beliau tidak akan menanggung kerugian kerana selalunya perniagan mahukan untung; dengan pantas dan tenang beliau menjawab; "Saya yakin kepada janji Tuhan kalau kita berbuat sesuatu dengan ikhlas, jujur dan tulus Tuhan akan menggandakan pahala dan keuntungan untuk kita."

Jelasnya lagi penuh yakin, Tuhan tidak akan berlaku zalim kepada hamba-Nya yang menjaga agamanya, yang menjaga segala hal ehwal makhluk-Nya. Allah sangat suka kepada sesiapa yang menjaga hubungan kita dengan-Nya (habluminlLah) dan juga senatiasa menjaga hubungan sesama manusia (habluminas)."

"Melalui perniagaan ini saya jadikan saluran atau wadah saya bukan saja membantu mereka bermasalah mengenai kesihatan, keluarga dan sebagainya tetapi cuba mengubahkan kehidupan mereka dengan memberi bantuan untuk membina masa depan dengan pernaigaan dengan cara memberikan mereka peluang berkerja.

"Saya berbuat ini saya kira inilah kebajikan saya untuk membantu sesama manusia. Ini adalah sebahagian bentuk habluminas yang dituntut ke atas kita agar membantu sesama manusia," katanya sambil menambah beliau tidak akan merasa kerugian kalau pun memneri percuma minyak itu atau dengan mengenakan harga murah apabila ia boleh mengatasi masalah orang.

Untuk memastikan kebajikan dan tuntutan terlaksana beliau sedia menemui sesiapa saja yang berhadapan dengan masalah kesihatan, menghadapi penyakit anih termasuk yang kerasukan, terkena saka atau terkena shir dan sebagainya dengan percuma kerana beliau ingin membantu. "Banyak orang yang saya bantu mengatasi masalah dengan memberikan minyak Jeslin Power Oil dan alhamdulilah sembuh dan saya merasai puas," ceritanya mendedahkan filsafah yang diamalkan.

Dari kata-kata itu saya menyelami dari jauh apa yang cuba diterapkan oleh Shima. Apa lagi apabila saya mengunjung kilangnya pemerosesan barangan keluaran syarikatnya terletak di Taman Desa Jaya, Johor Bharu membuktikan apa yang dibayangkan itu, bahawa beliau bukan seorang yang beretorik, tetapi orang yang praktikal dengan apa yang menjadi prinsipnya.

Misalnya dari segi guna tenaga dan khidmat untuk memproses barang keluarannya hampir semua digunakan tenaga manusia (manual). Langkah ini diambil bukan kerana beliau tidak mesra dengan penggunaan mesin moden tetapi kerana ingin memberi peluang kepada anak-anak muda yang ketiadaan kerja mendapatkan pekerjaan.

"MSO bayangkan kalau saya menggunakan mesin saya boleh jimat kos, tetapi berapa orang akan kehilangan kerja. Mesin hanya memerlukan dua orang operator sahaja, tetapi kalau secara manual ia memerlukan 20 hingga 30 orang...bermakna saya telah dapat menampung masalah kerajaan dalam bidang pengangguran," katanya sambil berseloroh tetapi maksudnya serius.

"Jadi inilah sebab kenapa saya masih mengekalkan penggunaan tenaga manusia. Bukan itu saja bagi saya penggunaan tenaga manusia boleh menjamin dan mengekalkan bukan saja kebersihan dan berkualiti tetapi suci mengikut syariat Islam," jelasnya.

Tegasnya lagi hanya dengan manusia kita dapat memastikan barangan atau produk keluaran kita suci kerana setiap pekerajaan saya akan bersalawat dan membaca bismilillah setiap kali hendak memulakan kerja dan amalan ini dituntut dalam Islam," ceritanya. Pendekatan dan keyakinan yang dipegang oleh Shima ini jarang diberikan keutamaan oleh para peniaga.

Sedikit tentang JISB.

Jershima Integrated Sdn Bhd (JISB) syarikat milik tuggal Shima ini baru berusia tiga tahun. Ia ditubuhkan pada April 2009. Namun kepesatan dan sambutan serta kepercayaan para pengguna terhadap barang keluarannya sungguh membanggakan dan meletakkan Jershima Integrated sudah tanding dengan syrikat-syarikat pengeluaran barangan seumpamanya yang sudah lama terkenal.

Bercakap mengernai masa depan dan iltizamnya, Shima mempunya gagasan besar untuk masa depan barangan keluaran syarikatnya. Salah satu yang menjadi cita-cita ialah beliau ingin memasarkan barangan keluarannya khasnya Jerslin Power Oil ke pasaran anatrabangsa.

"Saya sedang berusaha untuk mendapat peluang bagi memasarkan Jesrlin Power Oil ke negera Timur Tengah khasnya Palestin atau di negara-negara yang sedang perang lain kerana minyak Jerlsin Power Oil ini akan dapat membantu memulihkan pelbagai penyakit kronik akibat perang," kata Shima.

Ujarnya lagi walaupun ia berbunyi agar anih dan kelakar tetapi ia sudah terbukti daripada testimoni yang dibuat menunjukkan Jerslin Power Oil juga berkesan untuk memberi kekuatan tenaga dan memulih sarat-sarat yang rosak serta menjadi penebat kepada gangguan makhluk halus.

Menyentuh mengenai bahan mentah yang digunakan dalam berbagai produknya, Shima menjelaskan hampir 100 peratus bahan mentah yang digunakan adalah bahan yang sudah terkenal dan menjadi amalan manusia sejak berabad-abad lalu. Misalnya nama-nama herba atau minyak bunga matahari, zitun, biji bijan, habatusauda, tongkat ali dan lain-lain sudah lama dikenali dan setengahnya ada digezet dalam Quran akan khasiatnya.

Bagaimana tambahnya mungkin ada kelainan kepada Jerslin Power Oil ialah dari segi pemerosesnya dan juga formula yang digunakan termasuk juga bagaimana ia disaji berbeza dengan barangan lain di mana perbezaan itu adalah keistimewaan Jerlin Power Oil yang tidak akan dapat ditanding oleh barangan lain.

Apapun kelainan rumusan dan proses itu hanya dari teknikal sahaja tetapi apa yang penting segala-gala kebaikan dan kemujaraban barangan keluaran adalah di atas anugerah Allah s.w.t. juga. [wm.kl.11:30 pm 05/12/11]

Tiada ulasan: