Muslimeen United |
- NFC : Lebih ramai 'perompak' duit rakyat akan didedahkan.!!
- Khir Toyo Dakwa Dia Jadi Kambinghitam Untuk UMNO Rampas Selangor
- Bravo Adam Adli Abdul Halim! Utusan Malaysia jahanam! (Video)
- SAMUN RM20 PENJARA 36 BULAN,SAMUN RM3 JUTA PENJARA HANYA 12 BULAN
- "Tangkapan Datuk NFC": Rakyat Berharap Ia Bukan Sekadar Wayang
NFC : Lebih ramai 'perompak' duit rakyat akan didedahkan.!! Posted: 25 Dec 2011 09:17 AM PST Shahrizat tanpa segan dan silu menyatakan bahawa 'siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah', seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa. Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini. Kenyataan Shahrizat ini menambahkan lagi bukti bahawa amat sukar untuk kita mencari pemimpin Umno yang bersih dari sebarang skandal. Tidak mustahil jika Shahrizat dikenakan tindakan beliau akan mendedahkan nama-nama pemimpin yang terbabit dengan penyelewengan khususnya yang ada kena mengena dengan NFC. "Seorang penyamun kena tangkap sudah tentu dia akan memberitahu siapa penyamun-penyamun lain itu ibarat yang boleh kita ungkapkan berkaitan dengan 'samun duit rakyat RM250juta NFC. Bak kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Riduan Mohd Nor bahawa ramai percaya bukan setakat Shahrizat sahaja yang terlibat, malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan kelulusan projek tersebut. Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga tegasnya, sudah cukup menjadi bukti kepada rakyat betapa ketirisan dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan pimpinan Umno BN. "Dalam keadaan demikian, tidak hairanlah Indeks Persepsi Rasuah negara merudum buat tahun ketiga berturut-turut. "Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13," katanya. |
Khir Toyo Dakwa Dia Jadi Kambinghitam Untuk UMNO Rampas Selangor Posted: 25 Dec 2011 09:14 AM PST Khir mangsa sembelihan 'drama politik' Umno KUALA LUMPUR, 25 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hanya 'drama politik' Umno BN. Katanya, dengan pelbagai isu rasuah yang terpalit kepada ramai pemimpin parti itu, maka Umno BN terpaksa 'menempisnya' dengan bertindak ke atas Khir, itu pun selepas Khir tidak mempunyai kuasa lagi. Lagi, tindakan 'memangsakan' Khir itu kononnya bagi memberi gambaran kepada Masyarakat bahawa kerajaan Umno BN secara keseluruhanya tidak berkompromi dengan rasuah. "Selepas Umno tak mampu nak bersih najis rasuah yang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata 'sudah busuk sampai ke usus', maka Khir jadi mangsa sembelihan untuk bersihkan semua kes rasuah dalam Umno," katanya kepada Harakahdaily. Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin yang memutuskan Khir bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum penjara setahun. Bagi Mahfuz, apa yang cuba ditonjolkan oleh Umno BN dengan bertindak ke atas Khir itu hanya mengulangi skrip lama yang pernah dibuat ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam isu PKFZ. Bagaimanapun tindakan mendakwa Ling itu selepas beliau bersara dari kerajaan. "Saya harap Khir sabar banyak-banyak sebab dia seorang sahaja yang kena untuk dijadikan mangsa korban partinya. "Saya yakin kalau dia masih ada kuasa, dia tak akan diambil tindakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. -Hrkh Khir says made a scapegoat 12. Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi Menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya. |
Bravo Adam Adli Abdul Halim! Utusan Malaysia jahanam! (Video) Posted: 24 Dec 2011 03:21 PM PST Adam Adli has not broken any laws of the country by lowering the 'Najib flag'. In fact, he should be lauded for courageous stand in the cause of student freedom and university autonomy. In the face of aggressive UMNO and government attacks upon him, Adam has stood firm and unflinching. UPSI has utterly disgraced itself, by toeing the government line and persecuting Adam. Walaupun ditekan hebat termasuk menerima ancaman ugutan bunuh, pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, tetap bertekad untuk meneruskan perjuangannya menuntut kebebasan mahasiswa di negara ini. Walaupun sedar jalan yang ditempuhinya itu amat rumit, tetapi beliau dan rakan-rakannya dari kalangan mahasiswa tetap akan meneruskan perjuangan mereka sehingga pihak Kerajaan BN sendiri sedar dengan kesilapannya selama ini. Menurut Adam, Kerajaan BN perlu sedar para mahasiswa juga mempunyai hak untuk bersuara dan tidak selamanya boleh dikongkong dengan pelbagai sekatan termasuk menerusi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang telah dilaksanakan sejak sekian lama di negara ini. |
SAMUN RM20 PENJARA 36 BULAN,SAMUN RM3 JUTA PENJARA HANYA 12 BULAN Posted: 24 Dec 2011 03:15 PM PST Macam mana dengan sistem keadilan negara kita ni...? kalau pemimpin UMNO yang menyamun duit rakyat berjuta-juta macam Khir Toyo tu kena hukum penjara selama 12 bulan jer... Semalam Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta... songlap RM3 juta hanya penjara 12 bulan... Tetapi apabila rakyat biasa yang menyamun hanya RM20.. dikenakan hukuman penjara 36 bulan.. Apakah kalau nak buat jahat di Malaysia ni... kita kena jadi pemimpin UMNO terlebih dahulu,barulah kita tidak dikenakan hukuman berat oleh mahkamah...?? Memang betullah mahkamah kita ni mahkamah UMNO... lianglahad |
"Tangkapan Datuk NFC": Rakyat Berharap Ia Bukan Sekadar Wayang Posted: 24 Dec 2011 03:14 PM PST Datuk NFC' hanya dijadikan kambing hitam- Rafizi KUALA LUMPUR : Tindakan polis menahan seorang datuk berhubung siasatan skandal National Feedlot Corporation (NFC), hanya untuk dijadikan kambing hitam dalam kes berkenaan. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ini kerana berdasarkan rekod pendedahan beliau bersama pimpinan KEADILAN mendapati tiada individu seperti yang dimaksudkan. "Apa yang kita dedah sebenarnya ia berkait penglibatan keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Kita melihat kewujudan secara tiba-tiba Datuk berusia 45 tahun ini hanyalah kambing hitam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk mengalih isu sebenar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini. Menurutnya, dua isu utama yang didedah sebelum ini sudah cukup untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat skandal itu Pertama, katanya, pemalsuan dokumen yang diguna NFC sebagai taktik untuk mengeluarkan dana sebanyak RM250 juta. Kedua, pengeluaran sebanyak RM80,000 setiap bulan dari dana itu untuk pakej pelancongan yang ditawarkan syarikat Impian Global Network Services (IGNS), sejak Januari hingga Julai 2010. "Dua pendedahan ini sudah cukup untuk SPRM siasat tetapi mereka tidak berbuat demikian," kata Rafizi. Beliau turut mengaitkan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah, juga sebagai satu lagi usaha mengaburi mata rakyat menjelang PRU akan datang. "Kalau mengikut skrip biasa Umno, mereka yang disiasat ini akan disabit bersalah namun kes akan digugur atau mereka dilepaskan selepas PRU. "Sebab itu, saya merayu dan mengajak rakyat, jika enggan kes seumpama ini berulang, ayuh, bulatkan tekad dan kukuhkan sesungguhnya dalam hati untuk mengundi setiap calon Pakatan Rakyat pada PRU kali ini," katanya. Hari ini, portal media melaporkan usahawan berpangkat datuk dan dipercayai memiliki beberapa syarikat, ditahan polis kerana pembabitannya dengan NFC. Lelaki itu ditahan ketika berada di jabatan itu pada Rabu kononnya kerana cubaan untuk menyogok pegawai polis. Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyerbu pejabat NFC di Shah Alam dan merampas beberapa dokumen berkaitan. Pada masa sama, Mahkamah Tinggi Shah Alam pula menjatuhkan hukuman penjara selama setahun ke atas Khir Toyo atas tuduhan rasuah. Bagaimanapun, ia bukan keputusan muktamad kerana Khir masih mampu melepaskan dirinya daripada tuduhan itu, sekiranya beliau dibebaskan diperingkat Mahkamah Rayuan kelak. -KD Identiti 'Datuk' NFC mula diketahui |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan