Biaqpila |
- Misteri pertikaman lidah Hasan-Mustafa
- TIDURI ISTERI KAWAN
- GADIS DICEKUP BERKEMBAN DENGAN MAT INDON
- LAWAK AHAD: PELACUR
Misteri pertikaman lidah Hasan-Mustafa Posted: 25 Dec 2011 02:00 PM PST Dikenali sebagai penceramah motivasi dan kem pelajar musim cuti sekolah sejak awal 1990-an, Hasan Ali kelihatan masih berpengaruh luar biasa dalam dan luar PAS. Pengaruh inilah barang kali yang membimbangkan PAS untuk mengambil tindakan padanya walau bagaimana lantang beliau mengkritik dasar PAS dan pemimpin kanannya Mustafa Ali. Dalam sidang media keduanya minggu ini (ketiga, sejak minggu lalu), beliau bukan sahaja bermain sorong tarik dengan idealisme baru 'negara berkebajikan' tetapi turut memulangkan paku buah keras terhadap setiausaha agung PAS. Menyedari sudah tersilap mengungkit dasar (atau, nama?) baru PAS, Hasan kelihatan boleh menerima 'negara berkebajikan' tetapi dalam nafas yang sama terus mempersoalkan kenapa 'negara Islam' digugurkan semata-mata untuk projek merampas Putrajaya. Tidak cukup dengan itu, yang boleh membayangkan kesilapan dan 'keinsafannya', Hasan mendakwa Mustafa lebih kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno! Memakai kembali strategi Mustafa yang hanya mendedahkan beberapa maklumat asas -- selepas tarawih di Le Meredian -- Hasan juga enggan membongkar lebih lanjut kecuali terdesak. Hasan dan Mustafa, bersama beberapa pemimpin kanan parti termasuk beberapa tokoh ulama popular dalam PAS, sering dikaitkan dengan projek kerjasama Umno-PAS atau istilah popnya fraksi 'kerajaan perpaduan'. Jadi tidak hairan jika kedua-duanya pernah bertemu (berunding atau tidak --- itu soal kedua) dengan wakil-wakil Umno. Namun babak terakhir dan mengejutkan muncul apabila Mustafa mendakwa Hasan terperangkap dalam mainan Umno; dan exco Selangor itu pula mendakwa bekas timbalan menteri berkenaan sendiri tidak lebih suci daripadanya. Sekarang bola Hasan sudah jatuh ke gelanggang tokoh veteran, juga sering dianggap seorang ahli strategi PAS, dari Terengganu itu. Apakah Mustafa sanggup diperkecilkan oleh tokoh motivasi yang baru menyertai PAS dalam sedekad ini dengan segala karenahnya? Apakah Mustafa bersedia meneruskan permainan setelah diasak-asak oleh bekas pesuruhjaya Selangor yang kelihatan masih dipayungi beberapa tokoh ulama dalam parti dan kebal daripada tindakan disiplin? Babak-babak mencemaskan dalam episod inilah yang menentukan sama ada Mustafa benar-benar ahli strategi yang pintar dan berpengalaman luas dalam mengemudi bahtera PAS. Jika kenyataan Hasan pada Sabtu diambil kira, kelihatannya Mustafa sedang tercabar dengan tokoh baru dari Selangor itu. Mustafa sudah berjaya dipatahkan dan disudutkan. Jika Mustafa mewakili parti, dan juga barisan pemimpin parti, Hasan kelihatan sudah menang -- dan terus berjaya menangkis asakan garangnya minggu pertama. Minggu kedua: Hasan 1, Mustafa 0. (ii) Hasan sendiri, di satu sisi, memang penuh paradoks. Beliau menganggap PAS tergelincir daripada landasan perjuangannya apabila melupakan 'negara Islam' dan kini mempromosikan 'negara berkebajikan'. Bekas pegawai kanan kerajaan ini tidak dapat menerima hakikat itu. Baginya PAS sudah lari daripada asas Islam. Beliau sendiri bagaimanapun berpegang teguh dengan konsep tiga R (race, religion dan royalty) atau dalam konteks semasa 'Melayu, Islam dan raja'. Tiga R bukanlah 'negara Islam', syariah atau hudud yang selama ini menjadi idealisme PAS dan umumnya aktivis Islam. Tiga R, bagi Hasan, lebih Islamik atau lebih dekat dengan idealisme PAS yang difahaminya. Sebab itulah beliau berasa partinya sudah menyeleweng; sedangkan dirinya sendiri tidak lari daripada Islam atau idealisme parti! Tiga R, bagi PAS, tentulah konsep yang ganjil dan asing. Tiga R, walau didukung oleh PAS atas dasar menghormati Perlembagaan Persekutuan, tentulah datang bersama sejumlah curiga dan debat yang panjang. PAS sendiri dalam sejarahnya sering mempermasalahkan 'Melayu' dan 'perjuangan Melayu' khususnya dalam konteks idealisme Umno. Bagi parti ini, tiada yang konkrit dan sahih pada perjuangan bangsa -- jika baik ia menjadi semangat wataniah seperti dihurai dengan menarik oleh Hasan Albanna; tetapi jika tidak baik ia akan menjadi 'asabiyyah yang diperangi habis-habisan oleh parti itu. Begitu juga sistem beraja. Jika ditelusuri dalam teks klasik politik Islam, seperti dikaji oleh tokoh-tokoh PAS, parti ini dalam idealismenya tidak melihat kesetiaan pada monarki atau dinasti sebagai satu-satunya model pemerintahan Islam. Idealisme tertinggi politik Islam bukannya sistem beraja walau penyimpangan sejarah di tanah Arab dan tanah Melayu menghasilkan gejala politik seumpama itu. Tiada aktivis Islam di serata dunia, termasuk PAS, akan melihat R (raja) sebagai puncak idealisme politik kecuali Hasan! Namun hari ini beliau mengajak PAS bersamanya dengan tiga R. (iii) Ada misteri yang belum terungkai dalam babak-babak mutakhir ini: apakah motif dan motivasi Mustafa serta beberapa pemimpin PAS untuk bergeser terang-terangan dengan Hasan? Dan juga, apakah motif dan motivasi Hasan mempertikaikan parti yang pernah diterajuinya secara terbuka susulan kenyataan PAS Selangor berhubung ketiadaan pencalonan buatnya di Gombak Setia. Walaupun pelbagai akhbar cuba mendabik dada bahawa merekalah yang mencetuskan episod ini tetapi hakikatnya berita tersebut bermula daripada laporan pertama Malaysiakini -- dua hari sebelum Utusan Malaysia dan Sinar Harian -- yang memetik ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib. Ketua penerangan PAS Selangor itu, yang tersingkir bersama timbalan pesuruhjaya Khalid Samad pada era kepemimpinan Hasan, kini turut terseret dalam pertikaman lidah Mustafa dan Hasan. Saari ibarat pelanduk yang terjepit di antara dua ekor gajah PAS dan diminta tampil menjelaskan kenyataannya tersebut (termasuk mengesahkannya kepada beberapa media lain). Jika benar sasaran Hasan hanya pada Saari dan PAS Selangor, kenapa tidak dari awal kenyataannya ditujukan kepada mereka -- bukan dasar 'negara berkebajikan'? Jika kenyataan Hasan hanya sekadar 'ribut di dalam cawan' PAS seperti riuhnya isu kumpulan Erdogan bergeser dengan puak 'kerajaan perpaduan' sejak 2008, kenapa pula Mustafa mengaitkan Hasan dengan agenda Umno dan kemudiannya pertemuan tertutup di sebuah hotel terkemuka? Jika isu asasnya soal Hasan tidak mendapat sokongan mencukupi untuk bertanding semula di Selangor, dan PAS pusat masih boleh campur tangan bagi memastikan beliau kekal bertanding sejak 1999, kenapa kini ribut di dalam cawan sudah bertukar badai? Ada babak-babak lain dan watak-watak lain yang belum muncul setakat dua minggu ini. Ia menjadi satu misteri menjelang pilihan raya umum nanti. Misteri inilah yang ingin diketahui pengamat PAS dan terus menjadi buruan semua media. Oleh:Fathi Aris Omar FATHI ARIS OMAR bertugas sebagai ketua pengarang di Malaysiakini. MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 25 Dec 2011 04:00 AM PST GEORGETOWN – "Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya," rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan. Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin. Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin. Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam. Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik. Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh. Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan. "Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan," katanya. Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan. Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran. "Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap," katanya sambil mengesat air mata. Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam. Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja. "Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya. "Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar," kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp. Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan. Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa. SH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
GADIS DICEKUP BERKEMBAN DENGAN MAT INDON Posted: 24 Dec 2011 11:00 PM PST LEDANG: "Saya mahu ambil telefon bimbit," itu helah seorang wanita untuk melepaskan diri daripada ditahan ketika dicekup berkhalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) di sebuah rumah di Parit Bunga di sini, awal pagi kelmarin. Ketika serbuan dibuat kira-kira jam 3.30 pagi itu, wanita berusia 23 tahun terbabit dan pasangannya warga Indonesia ditahan kerana didapati berdua-duaan dalam bilik di rumah berkenaan. Lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh binaan sudah setahun setengah berhijrah ke negara ini dan baru sebulan mengenali wanita itu ketika membeli pau di gerainya yang terletak kira-kira 15 meter dari rumahnya. Sejak itu, mereka saling bertukar-tukar nombor telefon bimbit dan wanita itu sering dilihat penduduk berhampiran datang ke rumah lelaki terbabit pada awal pagi untuk bersembang. Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Pegawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran dan dibantu penduduk kampung memeriksa rumah tersebut. Menurutnya, PPADL terpaksa memecahkan pintu rumah itu apabila pasangan terbabit enggan membuka pintu setelah memberi salam dan menunggu kira-kira 15 minit. "Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tidak berbaju dan berkemban sedang sembunyi dalam bilik. "Manakala pasangannya tidak berbaju dan berseluar berada di dapur dan dipercayai cubaan untuk melarikan diri setelah menyedari kehadiran penguat kuasa," katanya. Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. "Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing," katanya. Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya. SH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 24 Dec 2011 05:00 PM PST Gambar Hiasan Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu. Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?" Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang. Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?" Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering." KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan