A Mum Of Three Mohd |
- Copycat yang tak cerdik??
- Telor tembelang, busuk tau??
- Lempar batu sembunyi tangan
- Perkasa kuda Ibrahim Ali??
Posted: 28 Dec 2011 07:17 AM PST |
Posted: 28 Dec 2011 02:25 AM PST Pertanyaan maut daripada Shahrizat... "Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?" Pertanyaan maut inilah yang telah membisukan para pemimpin UMNO. Ini termasuklah Najib selaku Piem. Mengapa agaknya mereka terkedu bisu dengan pertanyaan ini?? Sebabnya.... banyak dalam kalangan para pemimpin UMNO yang 2X5 dengan Shahrizat. Bontot mereka pun penuh dengan taik. Masing-masing ada simpan telor tembelang. Aha... apabila kena ugut dengan Sharizat... semua senyap!! [sini] Hahahaha... Takut Shahrizat pecahkan pulak telor tembelang mereka. Aaarr.... banyak ler cakap?? Kang aku pecahkan telor tembelang komer baru tau. Nasib tak baik, bau telor tembelang komer lagi pengor baunya. Aha... Don't play-play with me. Itulah persepsi rakyat tentang mengapa Najib jadi bisu apabila berhadapan isu skandal NFC ini. Itulah yang membuatkan Najib serba salah. Buang salah... tak buang pun salah. Jadi... demi menjaga kepentingan diri agar tembelang tak pecah, maka mereka rela rakyat marah. Sebab.... kalau tembelang mereka pecah.... mereka akan bertambah parah. Silap hari bulan... boleh ke 'dalam'. Naya... Ini ler dia kerajaan yang tak der maruah. Piemnya... tak nak pecat menterinya yang terpalit dengan skandal, manakala si menterinya pulak, tak nak letak jawatan. Haprak betoi!! Ater... kerajaan yang tak bermaruah ini yang kita nak pertahankan?? No way... Boleh blahh!! Tak sior weh... Jadi... jom kita pakat-pakat sumbat kerajaan yang tak der maruah ni ke dalam lubang kubor. PRU13... pakat pangkah Pakatan Rakyat!! |
Posted: 27 Dec 2011 10:57 PM PST Hahahaha... Depa sudah kecut perut dengan Chegu Bard. Now, depa sedang cari peluang untuk 'kena'-kannya melalui fitnah-fitnah rekaan mereka. Ada pihak dalam PKR yang sengal dengan ketokohan dan keberanian Chegu Bard. Dan... di pihak UMNO lagi ler. Bukan setakat sengal tapi dah tercirit pun ada kena penangan Chegu Bard. Siapa mereka?? Hahahahaha.... Bukak mata dan guna akai. Lu orang carilah sendiri. Pemimpin PKR ditahan berhubung akaun Twitter 'palsu' Pemimpin popular PKR, Badrul Hisham Shahrin ditahan polis semalam berhubung tulisan yang didakwa berunsur hasutan yang didakwanya adalah akaun twitter "palsu". Dalam satu kenyataan berasingan, ketua AMK Rembau, Md Sani Mohd Shah turut menegaskan bahawa cabangnya tidak ada kaitan dengan akaun AMK Rembau. Sehubungan itu, Md Sani berkata, AMK Rembau memberi amaran kepada mereka di belakang akaun AMK Rembau supaya menghentikan politik kotor tersebut. Sewaktu pemilihan parti itu, Chegubard pernah menulis kepada presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya dijalankan siasatan terhadap dakwaan berlaku penipuan undi.-Mkini |
Posted: 27 Dec 2011 05:00 PM PST Anwar guna rakyat untuk kepentingan diri?? Kah kah kah kah Ibrahim Ali pulak?? Ibrahim Ali guna Perkasa untuk cari publisiti bagi meng'hidup'kan diri yang sudah 'mati' dan jadi batu api dengan membuat tuduhan itu ini dan segala macam provokasi. Wakaka kah kah kah Yeehaahhh Perkasa!! Yeehaah Perkasa!! KUALA LUMPUR, 27 Dis – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menganggap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan rakyat demi kepentingan diri dalam kes perbicaraan tuduhan liwatnya terhadap Saiful Bahari. Menurut Presiden Perkasa ini lagi, ketua pembangkang itu seolah-olah memperlekehkan sistem perundangan negara dengan melancarkan perhimpunan pada 9 Januari ini-ketika keputusan kes perbicaraan tuduhannya meliwat Saiful akan diumumkan mahkamah. "Ini kerja menghasut ... menghina sistem kehakiman dan perundangan negara, dan mencabar keluhuran Perlembagaan Negara, Anwar ingat dia bersih?," tegasnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perkasa di Kampung Bharu di sini. "Keputusan belum dibuat, tetapi mereka sudah merancang untuk bertindak seolah-olah hukuman sudah dijatuhkan atas nama kuasa rakyat, mereka akan gerakkan perhimpunan besar-besaran itu," tambahnya lagi. Menurut Ibrahim, perbicaraan kes liwat tersebut sudah dijalankan secara terbuka dengan memanggil pakar-pakar daripada luar negara, namun pembangkang masih menuduh terdapat konspirasi dalam perbicaraan berkenaan. "Mereka nak macam mana lagi, mereka katakan itu adalah konspirasi, pelbagai tuduhan mereka lemparkan kepada sistem perundangan negara," katanya dan menyifatkan tindakan menganjurkan perhimpunan tersebut merupakan penghinaan terhadap sistem kehakiman negara dan akan merugikan banyak pihak. "Justeru, Perkasa mendesak kerajaan dan pihak keselamatan menggerakkan seluruh tenaga bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini daripada berlaku dalam perhimpunan yang dirancang mereka. "Mereka hanya tahu menghuru-harakan negara, peniaga-peniaga akan mengalami kerugian, akan berlaku kerosakan harta benda awamdan kecedaraan dalam perhimpunan tersebut," jelasnya lagi dan menganggap tujuan mereka itu hanya ingin memburukkan nama negara di mata dunia. Pihaknya turut mendesak penganjur menunggu dan memberi peluang untuk badan kehakiman negara menjalankan tugas mereka daripada terus menghukum dan menimbulkan kekacauan. "Perkasa dengan ini menyeru kepada semua pihak agar tidak menyertai perhimpunan yang dicadangkan terbabit sekiranya mereka cintakan tanah air ini, dan cintakan keamanan negara yang wujud sejak merdeka ini," katanya lagi.-MI |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan