Anak Sungai Derhaka |
- Salahguna Wang Zakat : Amil ini direman.. Jamil Khir kenapa tidak?
- Salahguna Wang Zakat : Jamil Khir! kenapa membisu?
- Kempen Bebas Anwar 901 cubaan cetus Revolusi?
- Siapa aniaya CheguBard ni?
- Ahli politik mana ditangkap khalwat ni?
- Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias akan menyertai DAP?
Salahguna Wang Zakat : Amil ini direman.. Jamil Khir kenapa tidak? Posted: 28 Dec 2011 03:43 AM PST Berita yang dipaparkan dibawah ini ialah laporan tentang seorang amil, Redzuan Mohd Said yang telah diburu oleh pihak Polis kerana menghilangkan diri dengan membawa wang kutipan zakat berjumlah RM18,000 pada Ogos lalu. Disebabkan malu wajahnya disiarkan di akhbar, Ridzuan yang juga merupakan seorang bekas Imam disebuah Masjid di Kulaijaya akhirnya telah menyerah diri kepada Polis bagi membantu kes penipuan wang zakat itu dan kemudiannya ditahan reman untuk membantu siasatan. Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya itu. Itu situasi yang dihadapi oleh rakyat marhaen yang menyalahgunakan atau melarikan wang zakat.. Namun situasinya amat berbeza dengan seorang pemimpin dari UMNO yang telah disahkan menyalahguna wang zakat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan juga Ketua Audit Negara (lihat dokumen di SINI) Jangan kata hendak diburu.. disentuhpun tidak! Tak perlu dihebahkan oleh media dimana tempat tinggal dan bagaimanakah rupanya, namun hingga kini tiada tindakan yang dikenakan terhadapnya.. Walaupun aku bukan penyokong Yahudi.. tapi aku kagum dengan ayat dari pemimpin Yahudi ini.. "There are no two states of Israel, just one state,'' kata Shimon Peres, pengganti Katsav's sebagai Presiden. "There are no two kinds of citizens here. . . . All are equal in the eyes of the law.'' So.. There are no two states of Malaysia, just 1Malaysia.. but are we have two kinds of citizens and law here? Berita berkaitan.. Amil diburu polis Dan hukumannya.. |
Salahguna Wang Zakat : Jamil Khir! kenapa membisu? Posted: 28 Dec 2011 02:06 AM PST Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dalam surat terbukanya kepada KetuaPolis Negara hari ini membangkitkan kes dwi-standard berhubung penyalahgunaan wang zakat. Pertama, penyalahgunaan wang zakat sebanyak RM63,650 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kedua, kes Redzuan Mohd Said, bekas Imam di Kulaijaya, Johor, yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini. Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya. Laporan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Anwar. Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini, isu ini juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Katanya, Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar. "Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010. Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010," kata Nik Nazmi. Katanya lagi, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat. MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyak RM700,000. Namun MAIWP hanya membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada Disember 2010, katanya. "Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain? "Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah Jawi?," soal Nik Nazmi yang juga ahli dewan undangan negeri Seri Setia. Tegas beliau, Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam di negara ini - Free Malaysia Today Di bawah ialah laporan dari The Malaysian Insider. Ex-cop continues pressure against minister for 'zakat abuse' |
Kempen Bebas Anwar 901 cubaan cetus Revolusi? Posted: 27 Dec 2011 11:55 PM PST Dah gila kot Ibrahim Ali ni?? berkumpul beramai-ramai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari sekadar untuk menunjukkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim dikatakan mahu memulakan Revolusi.. Ambil tindakan elak revolusi' KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mahu tindakan diambil terhadap Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim berikutan kempen 901 Bebaskan Anwar yang didakwanya cubaan memulakan revolusi di Malaysia. 901 merujuk kepada tarikh penghakiman kes liwat Anwar di Mahkamah Tinggi. "Mereka dah mulakan perhimpunan di Pulau Pinang. "Mereka mahu bangkitkan revolusi seolah-olah di Dataran Tahrir, Mesir seolah-olah Anwar tidak bersalah. Ibrahim berkata demikian mesyuarat majlis tertinggi Perkasa di sini semalam. "Justeru itu Perkasa minta pihak keselamatan terutamanya polis agar dapat mengambil langkah pencegahan (preemptive measures) yang menjurus kepada revolusi." Jangan kompromi Beliau turut menambah langkah membuat perhimpunan akan menyebabkan nama Malaysia tercemar. "Kita desak kerajaan agar tidak kompromi walau seinci pun." Tambah beliau, sekiranya Anwar didapati bersalah beliau masih boleh membuat rayuan. "Kenapa mahu bawa kes kepada rakyat? Ini penghinaan terhadap mahkamah." Ibrahim menambah bahawa tindakan Anwar menjadikan umum sebagai hakim kesnya adalah bersamaan "tindakan mencabul dan menodai perlembagaan." Akta Hasutan Sementara itu, Ibrahim turut mendesak kerajaan agar mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Eu Hong Seng. "Kita desak agar Eu ditahan dan dibicara di bawah Akta Hasutan." Eu yang dilaporkan menyeru agar umat Kristian menyebarkan ajaran Kristian. Beliau turut dilaporkan sebagai berkata umat Kristian dipinggirkan. "Ini provokasi yang dibuat secara tidak bertanggungjawab. "Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sudah jelas. Ia kontrak sosial yang tidak boleh dipersoal." Beliau menambah kenyataan Eu boleh digunakan untuk menghasut golongan muda dan bukan Islam. "Nampak sangat mereka nak bermusuh dengan orang Melayu-Islam. Free Malaysia Today |
Posted: 27 Dec 2011 09:11 PM PST Atas sebuah laporan polis dari Umno bahagian Ampang, menyebabkan petang semalam (27 Dis 2011), Chegubard telah ditahan di balai polis Seremban 2 kerana sebuah akaun twitter samaran yang menggunakan nama AMK_Rembau, didapati membuat komen yang kononnya menghina DYMM YDP Agong. Penahanan ke atas chegubard adalah kerana kononnya beliau mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau sedangkan akaun twitter AMK_Rembau hanya muncul ketika Pemilihan 2010 PKR semata-mata untuk memburuk-burukkan Chegubard yang bertanding jawatan Ketua AMK. Akaun twitter palsu/samaran AMK_Rembau didapati terus aktif untuk menyerang Chegubard walaupun Pemilihan 2010 telah berakhir kerana banyak masalah pemilihan yang tidak selesai terutamanya dalam isu aduan Chegubard ke atas penyelewengan Pemilihan 2010 PKR. Strategi menggunakan akaun palsu/samaran ini dipercayai adalah satu taktik jahat yang berlaku dari kalangan dalaman PKR sendiri. Mereka sengaja menulis tweet yang melampau supaya ia disambut oleh Umno dan kesempatan ini diambil oleh pihak polis untuk bertindak ke atas Chegubard dan turut menyebabkan Ketua AMK Cabang Rembau berada dalam buruan polis. Akhirnya lewat petang yang sama, Chegubard dilepaskan dengan jaminan polis. Walaupun Chegubard bertegas bahawa akaun twitter AMK_Rembau tiada kena-mengena dengan pihak kami, namun pihak polis tetap merampas BlackBerry kepunyaan Chegubard dan pihak polis juga cuba untuk mendapatkan laptop milik Chegubard dan juga laptop kepunyaan PKR Cabang Rembau. Seharusnya mereka yang telah menang pemilihan parti memberi tumpuan kepada gerak kerja memperkukuh parti terutamanya dari aspek menggapai sokongan anak muda. Chegubard pernah menyuarakan betapa Anwar Ibrahim akan kembali ke Sungai Buluh maka gerakan untuk menarik sokongan anak muda serta mobilisasi besar untuk membela Anwar sepatutnya menjadi keutamaan. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, sayap pemuda parti tidak berdaya saing malah apa yang lebih diberi tumpuan ialah menggerakkan politik kotor dalaman yang tidak berkesudahan. Chegubard akan terus fokus mengggerakan SAMM sebagai platform terbaik untuk anak muda berjuang. Kini SAMM baru selesai mengedar mengedar 30 ribu DVD kesedaran penting betapa Umno itu harus ditinggalkan dalam kempen nasional ABU (Asalkan Bukan Umno), selain telah melancar dan edar 25 ribu naskah risalah penjelasan isu 'cincin puaka' sebelumnya. Kami kumpulan Solidariti Anak Muda biarpun tanpa jawatan dan dana bantuan, akan terus membina kekuatan anak muda untuk menumbangkan regim Umno. Tetapi ada pihak yang sedang menikmati pelbagai 'kemewahan' dan terus nikmati keselesaan untuk buat kerja kotor memancung dan mengganggu fokus pihak lain. Kini keterangan telah diberi kepada pihak polis mengenai siapa pemilik akaun twitter AMK_Rembau. Berikut kami siarkan semula kenyataan penafian yang pernah dibuat oleh Ketua AMK Rembau ketika laporan polis ke atas pemilik akaun pada awal Julai 2011 Sila sambung bacaan anda di SINI |
Ahli politik mana ditangkap khalwat ni? Posted: 27 Dec 2011 07:18 PM PST Berita dari Sinar Harian ini melaporkan seorang ahli politik yang berusia 35 tahun telah ditangkap kerana berkhalwat, yang dilaporkan hanya seorang Ahli Politik tapi tak disebutpun dari Parti mana.. Tapi korang faham-faham sendirilah.. kalau dari PAS atau PKR mesti berita ini dijadikan tajuk besar dalam Utusan dan disiarkan juga oleh TV3.. Ahli politik ditangkap khalwat KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat. Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu. Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun. Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan. "Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya. "Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing," katanya di pejabat Jaips di sini, semalam. Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam. "Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya. "Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid," katanya. Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Sinar Harian |
Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias akan menyertai DAP? Posted: 27 Dec 2011 05:22 PM PST KUALA LUMPUR, 28 Dis — DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah. The Malaysian Insider difahamkan penulis blog terkenal Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Ketua Pemuda DAP Anthony Loke , yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu. "Kami mendekati mereka tetapi tiada keputusan dibuat. Tetapi bukan penentu mereka akan bertanding dalam pilihan raya. Ia kebimbangan kedua kami," kata Ahli Parlimen Rasah ini. Loke menambah bahawa buat masa ini, parti gembira apabila kedua-dua veteran Umno itu membuat kritikan secara terbuka terhadap parti Melayu terbesar dan Barisan Nasional (BN) dalam blog mereka. Kedua-dua veteran itu menghadiri Konvensyen Media Sosial yang dipanggil "Rakan Pulau Pinang" yang dianjurkan Zairil dua minggu lalu. "Kami mahu mendekati orang yang berpengaruh di media sosial. Tetapi kami bukan mewujudkan tentera siber. Tidak seperti Umno, kami tidak membayar dan rakan tidak boleh dibeli," katanya namun enggan mengulas sama ada kedua-dua veteran itu akan menyertai DAP. Zairil, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno , Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa. Tetapi pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mengakui dalam laporan The Malaysian Insider sebelum ini bahawa Umno melemparkan pelbagai tuduhan kepada pembangkang semata-mata mahu mendapatkan kembali sokongan orang Melayu. The Malaysian Insider juga telah mengeluarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan DAP di mana menunjukkan sokongan orang Melayu di Pulau Pinang telah menurun kepada 30 peratus, jatuh hampir 50 peratus selepas beberapa bulan Lim memegang jawatan ketua menteri pada 2008. Umno berulangkali menuduh Pakatan Rakyat terutamanya DAP, sebagai anti Melayu, terbaru perkara itu dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya di mana beberapa wakil dan pemimpin termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pembangkang anti Melayu, anti Islam, ejen Kristian dan biadap terhadap raja Melayu. Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia pada awal tahun ini mendakwa DAP telah berkomplot dengan pihak Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. DAP telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang kini memegang jawatan naib pengerusi. Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan negara Islam, hudud dan Bumiputera. Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak. Aspan Alias pula lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu dan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai DAP selepas dilaporkan telah memberikan ucapan pada satu majlis makan malam DAP di Tampin, Perak awal tahun ini. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan