Rabu, 21 Disember 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Kami mahu memartabatkan rakyat tetapi mereka... ada kesah??

Posted: 21 Dec 2011 08:52 AM PST


GEORGETOWN, 21 DIS: Usaha kerajaan Pulau Pinang untuk memberikan pemilikan tanah kepada rakyat Pulau Pinang dengan menukar status pajakan kepada pemilikan terus dihalang oleh wakil Barisan Nasional dan Majlis Tanah Negara.Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, usaha tersebut tertakluk kepada keinginan Majlis Tanah Negara untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menjayakan dasar tersebut.

"Saya sebut kerajaan negeri dari segi dasar tanah negeri mahu berikan pemilikan terus kepada rumah kos rendah dengan premium minima atau percuma untuk memartabatkan rakyat supaya orang miskin dapat miliki rumah mereka selama-lamanya. Sungguhpun ini bukan janji dalam menifesto dalam pilihanraya umum yang lalu, tapi kita mahu berbuat demikian kerana ingin memertabatkan rakyat Pulau Pinang khususnya rakyat yang miskin.

"Tapi masalahnya cadangan ini mesti dibincangkan terlebih dahulu di Majlis Tanah Negara mengikut Perkara 91 Perlembangaan Persekutuan," katanya.

Jelas beliau, sungguhpun perkara ini diminta untuk dibincangkan, ianya tidak dapat dilakukan sehingga tahun depan dan pada masa yang sama wakil Barisan Nasional dalam Majlis Tanah Negara membantah dan menentang cadangan Pulau Pinang.

"Lewat bukan masalah kita. Lewat adalah masalah majlis tanah negara, tidak mahu berbincang sehingga tahun hadapan dan wakil-wakil BN mementang cadangan Pulau Pinang," katanya.

Beliau turut membidas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengatakan beliau memberikan alasan kesukaran membuat pertukaran pemilikan terus menjadi punca kerajaan negeri tidak mahu membina rumah kos rendah.

"Tapi hari ini saya terkejut saya melihat dia (ahli Barisan Nasional) pula cakap lain. Saya tak sebut langsung rumah kos rendah. Tak sebut langsung rumah kos rendah dalam jawapan saya. Dia pula tambah, dia pula tipu dengan menyatakan saya beri alasan kerana tidak boleh tukar kepada pemilikan terus maka tidak mahu buat rumah kos rendah. Ini menunjukkan Chua Soi Lek memang suka tipu.

"Saya nak berikan nasihat, Chua Soi Lek, anda boleh menipu dengan awak punya anak, isteri, ahli keluarga, ahli MCA, ahli Barisan Nasional tetapi anda tidak boleh menipu dengan rakyat. Kerana apa yang saya cakap adalah jelas. Saya hanya cakap usaha kita untuk menukar kepada free hold rumah-rumah yang sedia ada, rumah kos rendah yang sedia ada daripada listhold kepada freehold tidak dapat diaksanakan kerana Majlis Tanah Negara masih tidak mahu membincangkan perkara ini," katanya.-TVS News

Tipu punya apek!!

Posted: 21 Dec 2011 04:08 AM PST


Waahh... Ini Cina pun manyaik pandai tipu maa. Apek aaarrr.... belajar tipu dalipada siapa??

Cuba cilita.... Dali Mahalir ka?? Dali Najib ka??

Lu ingat lakyat manyiak boloh ka?? Apa bank negala bikin?? Big isu yang bukan isu baru tapi apa lu olang bikin?? Talak dengar apa-apa celita pun??

Lu olang ala mau solok apa-apa ka?? Siapa olang angkat keluar itu wang?? Busat punya olang ka?? Ala nama punya olang ka??

Sebab aaarrr.... itu bukan sikit luit maa... banyak mayiak maa. Misti olang busat ala nama punya keleja?? Sebab sangat senang boleh lepas itu wang keluar maa. Ala olang cover line ka?? Butut atau talak butut??

GFI: Bank Negara tak hubungi kami

11:40AM Dis 21, 2011

Badan pemikir Global Financial Integrity (GFI) menolak dakwaan timbalan menteri kewangan Datuk Donald Lim bahawa badan tersebut telah berhubung dengan Bank Negara untuk menangani isu pelarian wang haram.

Pengarah komunikasi (GFI) Clark Gascoigne dalam emel balasnya kepada Malaysiakini berkata, kenyataan Lim itu tidak benar.

"(Bank Negara) tidak pernah menghubungi kita dan kita tidak pernah bercakap dengan mereka," katanya lagi mengulas kenyataan Lim, Sabtu lalu.

Lim juga telah memberitahu Malaysiakini bahawa pelarian wang haram berjumlah RM150 bilion pada 2009 itu "bukan satu isu baru" dan Bank Negara juga telah mengambil langkah untuk mengatasi kebocoran tersebut.

Kenyataan Lim itu juga selari dengan kenyataan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar yang mengaitkan jumlah pelarian dana itu dengan kegiatan penyucian wang haram.

Ismail juga berkata tindakan telah dijalankan untuk membekukan aset golongan yang terlibat dengan kegiatan jenayah tersebut.-Mkini

Pesanan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor

Posted: 21 Dec 2011 01:30 AM PST


Firstly... nak hadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, insan yang amat saya hormati. Respek gilerr wa pada beliau beb!! Dinamik sekali PAS di bawah kepimpinan beliau. Salute!!

Oleh sebab PAS kini dilanda badai kecil maka moleklah pimpinan PAS baca pesanan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor yang teman terjumpa di sini... Semoga mereka cermin diri dan bermuhasabah.

"Jangan masuk PAS kalau anda cari dunia. Jangan panggil diri anda pejuang Islam kalau anda nak manusia puji anda. Anda jangan perasan macam anda ulama kalau perjuangan anda hanya setakat serban, jubah dan kopiah"."PAS bukan untuk orang yang buru dunia. PAS adalah untuk orang yang buru akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Ta'ala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Ta'ala". -Almarhum Ust Fadzil Nor (Mantan Presiden PAS)

Biodata: http://pondoktauhid.blogspot.com/2011/03/ustaz-fadzil-noor-dalam-kenangan-al.html

Semoga badai yang melanda segera berlalu agar pelayaran PAS bersama Pakatan Rakyat, menuju Putrajaya akan kembali smooth. Allahuakbar!!

The Good, The Bad and The Ugly

Posted: 20 Dec 2011 11:30 PM PST


Akhlak pejuang sejati...

Tertarik dengan status dalam facebook ' Kami Benci Saiful Bukhari. Nah... aku copy n paste, lalu dijadikan N3 terkini blog ini. Thank you..

KISAH BENAR: Malam tadi sempat berbicara dengan Ust Abdullah Hussin (Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Johor) selepas kuliah beliau di Madrasah Tahfiz Al Quran. Kami berbicara tentang bagaimana akhlak Almarhum Ust Hasan Shukri(gambar) selepas beliau tewas bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dulu...Beliau tewas dengan Ust Nasaruddin Mat Esa, seorang tokoh muda ketika itu. Beberapa hari selepas pemilihan, di adakan mesyuarat AJK Pas Pusat, Beliau turut di jemput hadir. Ust Abdullah menjangkakan Almarhum Ust Hasan Shukri mungkin tidak hadir atas alasan baru saja tewas dalam pertandingan dan mungkin mengambil sedikit masa untuk 'sejukkan' hati, tetapi apa yang memeranjatkan sewaktu hari mesyuarat, beliaulah antara yg pertama ada dalam bilik mesyuarat PAS Pusat(d Taman Melewar ketika itu), beliau sempat menyapu dalam bilik mesyuarat dan beliaulah yg menyambut tetamu lain yg hadir (termasuk Ust Nasaruddin Mat Isa). Begitulah akhlak seorang pejuang Islam tulin, yg berjuang untuk jemaah dan bukan atas faktor peribadi yg apabila tewas...menjauhkan diri dengan jemaah dan sampai tak datang mesyuarat. Al Fatihah untuk Almarhum Ust Hasan Shukri, Moga rohnya di tempatkan di kalangan syuhada dan solehin. Amin.
Kredit : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=340665562617614&set=a.101041619913344.2435.100000225194651&type=1&ref=nf

Ya... al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Hassan Shukri. Semoga roh beliau ditempatkan bersama mereka yang dikasihi Allah SWT.

The Good, The Bad and The Ugly ini, citer koboi dedulu masa M3M memuda. Best ooo... citernya. Bang! Bang! Bang! Yeeehhaahhh!!

The Good... M3M nak samakan dengan Allahyarham Ustaz Hassan Shukri. Beliau sudah pergi tetapi banyak lagi yang berakhlak mulia seperti beliau dalam PAS. Alhamdulillah...

The Bad and The Ugly....?? Akhlak tak mengasi dan reputasi dilihat jelek sekali. Cer you all teka, siapa mereka??

Gua malas nak cakap, nanti ada orang marah.

Apa...?? Kita nak kena tipu??

Posted: 20 Dec 2011 09:45 PM PST

Penggunaan dakwat kekal, untuk mengelakkan penipuan atau untuk menipu??

N3 ini aku cilok dari blog Ameno World tanpa kebenaran. I hope you don't mind. Thank you dan halalkan.

Bukan apa... biar ia tersebar luas dan buat rakyat aware akan helah-helah mereka untuk terus memperbodoh dan menipu rakyat. So... baca dan jadi cerdik. Awas jangan biarkan mereka tipu kita!!

Bahaya beb. Bahaya. Siyes punya bahaya. Lihat bawah neh ;


Apa masalahnya dengan berita di atas? Memang tak berapa nak ada masalah andai tidak diperhatikan betul2. Lihat bawah neh betul2 ;


Faham tak apa yang dinyatakan di atas neh? Korang kena faham untuk membayangkan penipuan yang boleh dilakukan jika dakwat kekal digunakan dengan cara begini. Mari aku explain. Sekarang neh berapa ramai di antara kita yang faham kenapa BERSIH sarankan penggunaan dakwat kekal? Ia disarankan oleh BERSIH sebab ia boleh menghapuskan pengundi2 yang bermain tipu. Caranya ialah apabila ko dicalitkan dengan dakwat kekal maka ko tidak boleh mengundi lagi. Inilah dia motif utama nya. Faham?

Okey.. jadi adakah SPR gunakan dakwat kekal atas tujuan yang telah difikirkan oleh bersih? Tidak. Korang boleh baca sendiri di atas. Samada pengarah SPR yang cakap begini pada pemberita ataupun utusan yang salah lapor aku tatau. Sekarang neh mereka gunakan dakwat kekal neh untuk membolehkan seseorang mengundi. Maksudnya dah calit dakwat kekal, baru ko boleh mengundi. Faham tak?

Apa beza dakwat kekal digunakan untuk menentukan seseorang boleh mengundi dengan seseorang hilang kelayakkan untuk mengundi? Wohoiii. Banyak beza beb. Ini bukan beza cikai2. Ini beza yang sangat bahaya. Apabila ada dakwat kekal di jari / kuku ko, ko dah boleh mengundi ma. Siapa heran kalau ko mengundi 10 kali? Sapa nak heran? Ko dah ada calit dakwat kekal ma. Ko dah boleh mengundi di mana2. Ini fungsi dakwat kekal bagi spr. Calit dulu, undi kemudian.

Contoh kes ;

Azhar pergi mengundi. Pegawai calitkan dakwat kekal ke jari azhar sebagai syarat dia boleh mengundi di kawasan tersebut. Selepas mengundi, azhar keluar, pergi tukar baju, ubah muka sikit, then datang balik dengan jari yang telah dicalit. Dia tunjukkan kesan jari yang telah dicalit. Dia masih boleh mengundi kerana dakwat kekal digunakan untuk membolehkan seseorang mengundi, bukan untuk membatalkan kelayakkan seseorang mengundi berganda2.

Nah. Ini bahaya beb. Bahaya.

Berapa ramai orang2 yang dicop dengan dakwat kekal sebelum 2,3 hari pengundian menyeluruh? Mereka boleh menipu dengan hanya menunjukkan jari bahawa telah dicalit, so ada hak untuk masuk mengundi di mana2 pula. Penggunaan dakwat kekal seperti neh salah. Sepatutnya begini ;

Contoh kes ;

Azhar pergi mengundi. Selepas mengundi calon pilihan azhar, azhar dicalitkan dengan dakwat hitam sebagai tanda dia telah mengundi. Selepas itu azhar pulang ke rumah, salin baju, ubah muka sedikit dan datang semula ke kawasan mengundi. Dia beratur. Dia mengundi sekali lagi. Dan pegawai calitkan dakwat kekal aiikkkkk.. apahal kat jari lue dah ada calit hitam neh weh? Lue main tipu ka? Keluarkan.. keluarkan nama, ic, ko dah tanda no siri dalam buku kan? Okey.. pengundian oleh azhar neh batal sebab main tipu. Tak guna punya azhar.

Nah.. ini baru betul.

Dakwat kekal bukan sahaja perlu dibeli untuk PRU-13 malahan ia juga perlu digunakan dengan fungsi betul. Bayangkan sahaja dakwat kekal habis? Macam mana dengan mereka yang belum mengundi? Bayangkan sahaja ada pegawai yang enggan calitkan dakwat kekal kepada pengundi tertentu? Neh pun bahaya beb. Takde dakwat kekal di jari ialah bermaksud tiada hak untuk mengundi. Inilah yang SPR buat dengan dakwat kekal yang mereka bakal beli.

Bagaimana pula dengan seseorang yang boleh mengundi dua kali di kawasan dun dan kawasan parlimen pada hari pengundian? Itu memang boleh berlaku. Ada sesetengah orang dia boleh undi dua tempat. Satu kawasan parlimen, satu kawasan dun. Mereka bukan menipu cuma mereka memang ada nama di dua tempat.

Jadi elok sangat spr buat kad / mark hanya sesetengah orang memang ada kelayakkan mengundi dua kali. Nyatakan nama kawasan mengundi di dalam kad supaya ia tidak boleh dimanipulasi. Dan bila ditunjukkan kad neh kepada pegawai, maka mereka akan faham.

Mark untuk dun dan parlimen juga mesti dibezakan. Contohnya seseorang yang boleh mengundi dua kali mesti di mark dua kali. Katakanlah mengundi di dun akan dicalit dengan kaler merah dan mengundi di kawasan parlimen dengan warna hitam. Ini boleh mengesan penipuan. Mencegah akan hadir sendiri apabila peratusan mengesan penipuan adalah tinggi sehingga orang jadi takut menipu.

Tapi masalahnya sekarang, kita tak berapa risau sangat dengan orang yang menipu sebab kita lebih risaukan dengan spr yang akan menipu bagi mempertahankan bn dan umno. Ini lebih parah. Jika spr berterusan mempertahankan bien, selama2nya ko dan aku hanya berangan untuk tukar kerajaan, mungkin berangan sampai ke mampos.

Ameno : SPR , saya memerhatikan anda dengan rapat lagi teliti.

UMNO is DOOMED in Penang!!

Posted: 20 Dec 2011 08:00 PM PST

Gambar berbicara....

But first-first, aku nak beri kredit pada rakan blogger Anak Sungai Derhaka kerana gambar-gambar sekitar Rapat Rakyat di Penang yang aku cilkk daripada blog dan fecbooknya.

Thank you so much bro. Lima jek... Halalkan ok. Mom bukan nak buat business pun... sekadar memanjangkan perjuangan yang tak seberapanya melalui alam maya ini.

Aha. Layan...





Gambar sudah berbicara. UMNO is doomed in Penang!! Bravo Pakatan Rakyat!! Sayonara UMNO!! May you rot in hell. Hahhahaha...

Nak tengok banyak lagi gambar dan tahu ceritanya, klik di sini.

Siapa nak Hassan Ali jadi Wakil Rakyat mereka, angkat tangan??

Posted: 20 Dec 2011 06:30 PM PST


Rakyat Gombak Setia REJECT Hassan Ali so... most probably, dia tak jadi calon di situ lagi.

Bengang dia beb dengan kenyataan Saari Sungib. Meroyan sakan dia. Lepas satu, lepas satu press conference melalui media yang kini menjadi geng baru dia... menjawab dan menghentap mereka yang bukak mulut pasal dia.

Jangan marah-marah Mr Motivator... Go find yourself a mirror dan cermin diri tu betoi-betoi. Dan tanya, mengapa orang Gombak Setia tak nak aku??

Abdul Rani who is also Meru state assemblyperson, should reflect on why he was not nominated rather than attacking the state leadership.

"If I am not nominated in Meru, I would have gone back there and asked, what did I do wrong?"


Aha.... this is a good advice from PJ PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman. Dia pun katanya akan lakukan perkara yang sama jika rakyat Meru tolak dia.

Itu orang yang waras bercakap tapi samada orang yang seorang lagi, yang dah meroyan ni nak dengar nasihat atau tidak..... wallahua'lam. Maklum ler dia hebat... berjiwa besar dan hamba yang paaaling sayangkan Islam. Orang lain tak boleh challenge dia.

Kata dia dalam press conferencenya... PAS dah terpesong daripada landasan perjuangan asalnya. Balik-balik itulah alasan dia. 2X5.... senada dan seirama dengan best fren dia si Nasha. Dan, yang yang memesongkan PAS bukan ulamak. Well kalau bukan ulamak, siapa??

Dengar dakwaan dia....

Exco kerajaan negeri Selangor ini turut menegaskan, PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya.

"PAS sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.

Weh... PAS jadi kuat hingga sampai ke tahap boleh menggugat kedudukan UMNO sebagai parti alternatif kepada orang Melayu adalah kerana sokongan pelbagai golongan. Dek kerana itu, UMNO yang sudah lapuk dan robek, hanya tunggu masa jer untuk nak tenggelam.

Kerana sokongan daripada golongan inilah.... baik yang duduk di dalam.. mau pun yang di luar.... menjadikan PAS begitu popular dan diterima. Aha... baik dari kita yang Islam, maupun yang non-muslimnya.

Amboi.... dulu bukan main sokong lagi slogan PAS FOR ALL. Paham ke apa maksud yang tersirat, slogan tersebut?? Mengapa tetiba setelah tak jadi PJ PAS Selangor, dia seolah-olah tidak ada lagi semangat seperti mana semangat yang terkandung dalam slogan tersebut, di dalam dirinya?? Mungkin Mr Motivator ini sudah dijangkiti sindrom ' 'Melayu Mudah Lupa', kot??

Apakah dia cuba katakan yang hanya dialah satu-satunya golongan professional dan akademik dalam PAS yang cintakan Islam dan mahu lihat Islam tertegak di negara ini. Professional dan akademik lain semua sekular?? Ooooo.... mereka nak sekularkan PAS, begitu??

Wei... ini macam nak melaga-laga golongan ulamak dengan golongan professonal dan akademik jer, bunyinyer. Apakah dia mahu PAS kekal dihina UMNO sebagai parti 'kampung' dan parti Tok Lebai' agar populariti PAS jadi pudar??

Bukankah ini akan memberi keuntungan kepada UMNO?? Jika PAS dijauhi rakyat, untungnya ialah UMNO. Halus, kotor dan licik betul permainan politik Mr Motivator hipokrit ini!!

Ya Allah.... dia ni 'bala' buat PAS. The sooner PAS get rid of this 'bala', the better. If not, dia akan bikin PAS huru-hara.... naya weh!!

Well.... jika PAS sudah terpesong daripada landasan perjuangan asalnya, mengapa masih ramai yang still bersama PAS.... malah makin ramai yang menyokongnya. Malah, bangsa Melayu kini mula bersatu bersama PAS. Dan, keadaan ini 'bala' buat UMNO.

Lantas, PAS mesti diporak-perandakan. Jadi... UMNO mula pasang perangkap untuk mempergunakan mereka yang boleh dipergunakan. Siapa....??? Senario yang berlaku dalam PAS sejak dua menjak ini boleh memberikan kita jawapannya.

Berbalik kepada kenyataan Hassan Ali, jika PAS sudah terpesong.... lari.... tergelincir daripada perjuangan asalnya dan jika ada platform lain yang sesuai untuk dijadikan landasan baru baginya mengutip perjuangan yang telah tergelincir tadi, silakan. UMNO perhaps??

Hahahaha... Alang-alang sudah tertangkap berkhalwat dengan UMNO.... baik bernikah terus, tak gitu??

[Sumber: sini dan sini]

Komer tak kuar ngundi, kami tak rugi. Mampui pi!!

Posted: 20 Dec 2011 04:45 PM PST

Ini tajuk berita yang bikin kita ketawa....

Perkasa: Melayu tidak akan keluar undi jika SPR guna dakwat kekal

Hoi kengkawan!! Perkasa tak nak kuar mengundi.

Mampuih pi!!

Kah kah kah kah....

SPR kata dah setuju untuk guna dakwat kekal. UMNO dengan control machonya pun telah kata yang mereka juga setuju. Tapi.... lembu UMNO kata sebaliknya. Kalau SPR guna dakwat kekal, Melayu tidak akan keluar undi.

Woit.... !! Nak tanya sikit. Melayu mana yang tak nak keluar undi. Perkasa ini wakil jurucakap untuk semua bangsa Melayu di Malaysia atau jurucakap Melayu bacul iaitu Melayu UMNO??

Pergi cermin diri dulu, ya..?? Jangan kompius, ok??

Aku ni Melayu tapi apasal pulak aku tak keluar mengundi. Undi itu hak aku. Aku nak mengundi.... aku punya pasal ler. Perlukah aku ikut saranan bangang Perkasa?

Weh.... aku bukan Melayu bangang dan aku tak nak jadi Melayu bangang!! Peduli hapa kalau Melayu Perkasa aka Melayu UMNO tak nak keluar buang undi. Kita orang lagi suka. Biar korang mampus cepat. Lagi cepat... lagi bagus.

Ek ele.... Malu konon jika pakai dakwak kekal. Tak maju.... terkebelang. Dei, pppoooraahhh!! Kesian puak-puak bangang ni. Apabila terperangkap dan tidak ada hujah nak menyokong kehendak dan desakan mereka.... mereka akan bandingkan Malaysia dengan negara-negara lain.

Kenapa tak bandingkan dengan negara-negara yang guna-pakai dakwat kekal?? Ada masalah ke sana setelah dakwat kekal diguna pakai. Emmm... tak dengar pun masalah. Semua rakyatnya berpuas hati. No problem beb!!

Bangang punyer Perkasam. Bagi alasan bodoh!! Kita bukan kira maju atau tak maju.... tapi berkesan atau tak berkesan untuk mengekang penipuan. Mengapa tak nak sangat-sangat pilihan raya yang adil?? Mengapa, ya?? Takut kalah, yek??

Usiy.... kalau udah dasar penipu, begitulah kelaku mereka. Jelek sekali!!

Bagus...!!! Bagus... !! Jangan keluar mengundi. Korang tak keluar mengundi ada orang kesah?? Hoi... orang-orang Perkasa!!! Jangan kuar ngundi tau??

[Ceritanya di sini]

Selak seluaq... keluaq anak lembu!!

Posted: 20 Dec 2011 02:45 PM PST


N3 kali ini ihlam dari status blog anakanda Siti Aisyah Syaik Ismail, Ketua Srikandi Keadilan. Tergerak pulak hati nak menjawab soalan yang dikemukakannya.

Bila sinsing lengan terjumpa kondo di kuala lumpur, bila selak kain terjumpa kondo di singapura... lepas ni selak apa? dan terjumpa apa yer??

Jawab jangan tak jawab!!

Sinsing lengan.... jumpa kondo di Kuala Lumpur

Selak kain.... jumpa kondo di Singapura

Lepas tu, selak dot dot dot dan jeng, jeng, jeng...

Selak seluar dalam...... bertabur anak lembu keluar!!!

Kah kah kah kah kah....

Tiada ulasan: