Anak Sungai Derhaka |
- 200 Ribu dakwa terpedaya Skim Cepat Kaya diluluskan Najib..
- Pengganti Ibrahim Ali ke ni?
- Saya hanya isteri pengerusi eksekutif NFC - Shahrizat
- Video Ucapan DS Anwar Ibrahim di Rapat Rakyat Pulau Pinang..
- Ribuan Hadir di Rapat Rakyat Pulau Pinang (Gambar)
200 Ribu dakwa terpedaya Skim Cepat Kaya diluluskan Najib.. Posted: 21 Dec 2011 05:06 AM PST KUALA LUMPUR, 21 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa meluluskan satu program cepat kaya sehingga lebih 200,000 orang tertipu kerananya. Kini ketika semua pihak tertanya-tanya ke mana pergi pemimpin skim cepat kaya itu menghilangkan diri, pihak polis pula meminta ianya jangan diganggu dan serahkan kepada proses penyiasatan pihak polis. Namun bangkai gajah ini kini meletup dan tidak boleh ditutup lagi apabila sebahagian mangsa mengesyaki ia ada kaitan dengan pengumpulan dana untuk Umno menjelang pilihan raya umum akan datang ini. Pada 26 April 2008 lalu, Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu meluluskan satu permohonan untuk melaksanakan satu skim yang dinamakan Sistem Ekonomi Berkonsep Parlimen. Surat itu mencadangkan agar kawasan Pekan dijadikan pilot projek ini. Persetujuan Najib jelas berdasarkan tandatangan Najib pada kertas permohonan itu dan ia telah digunakan oleh penganjur skim ini dalam kempen mereka mengumpulkan sokongan. Dua hari kemudian, 28 April, Pejabat Timbalan Perdana Menteri melalui Setiausaha Sulit Kanannya mengeluarkan surat sokongan rasmi kepada projek itu. Berbekalkan surat dan tandatangan Najib ini kempen dibuat oleh pengajurnya ke seluruh negara untuk mengumpul wang orang ramai. Ia dikaitkan dengan usaha untuk kepentingan Islam dan menjaga kepentingan ekonomi orang Melayu. Pemimpinnya pula adalah bergelar seorang ustaz yang kini dikatakan sedang diburu polis dan dikatakan orang yang paling dikehendaki Bank Negara Malaysia. Melalui projek ini, setiap peserta boleh melabur antara RM1,000 - RM1 juta dan bayaran 10 kali ganda akan diberikan kepada peserta itu dalam masa satu tahun. "Selepas empat bulan, kami bayar 30%, empat bulan lagi 30% dan selepas cukup setahun, lagi 40% akan dibayar dengan keuntungan 10 kali ganda itu "Saya sendiri secara pribadi menerima wang dan membayar untuk enam bulan pertama duit itu kepada peserta di bawah saya, namun selepas itu tidak ada lagi bayaran dibuat hingga sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily. Semua urusan pembayaran ini dibuat secara tunai. Baru-baru ini, akhbar Harian Metro meletupkan kes ini melalui laporan muka depan mereka dengan tajuk "Lebai RM200J". Namun bagi sumber Harakahdaily, Ustaz ini kini menyimpan hampir satu bilion ringgit wang peserta program ini yang lebih 200,000 orang itu. Ustaz ini dikatakan mempunyai helikopter dan jet peribadi dan tinggal di kawasan perumahan mewah di Shah Alam. "Yang membingungkan saya adalah ke mana Ustaz ini pergi. Saya bimbang kalau ia ada konspirasi dan saya minta Datuk Seri Najib menjelaskan perkara. "Ini kerana, melalui surat Datuk Seri Najib lah ramai yang terpengaruh dengan projek ini dan menyertainya dengan melaburkan wang mereka," katanya. |
Posted: 21 Dec 2011 02:22 AM PST Sebelum korang baca laporan pasal Mahasiswa berdemo untuk tunjukkan sokongan kepada Najib ni.. korang tengok gambar kat atas.. lepas tu tengok pula gambar Ibrahim ALi kat bawah ni.. serupa tak? Ratusan mahasiswa pro-Aspirasi dan juga alumni dari beberapa universiti awam hari ini berhimpun untuk menuntut timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana didakwa "terlalu mesra" dengan pelajar pro-mahasiswa. Kumpulan yang diketuai presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah itu berkumpul di satu padang di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi hampir dua jam petang ini sambil melaungkan slogan. Mohd Sahar dalam ucapannya di hadapan kumpulan itu antara lainnya melaungkan bahawa Saifuddin telah "melacurkan demokrasi kampus." Katanya timbalan menteri itu enggan mendengar pandangan kumpulan mahasiswa pro-Aspirasi berkenaan walau wakil mereka memenangi pilihan raya kampus sebelum ini. "Kami sayang perdana menteri kami," kata Mohd Shahar yang turut mengetuai kumpulan itu untuk melaungkan slogan "hidup Najib" dan "kami sayang Najib" sambil berarak ke arah bangunan berkenaan. Kumpulan berkenaan bertindak demikian sebagai perhimpunan balas kepada satu lagi perhimpunan yang diadakan pro-Mahasiswa di Kuala Lumpur pada hujung minggu. Perhimpunan kumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia itu itu mencetus kontroversi apabila sebahagian daripada mereka bertindak menurunkan satu kain bercetak wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan ibu pejabat Umno. |
Saya hanya isteri pengerusi eksekutif NFC - Shahrizat Posted: 21 Dec 2011 01:23 AM PST KUALA LUMPUR, 21 Dis ― Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sekali lagi menafikan wujudnya sebarang bentuk salah laku dalam skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) melibatkan RM250 juta sambil menegaskan, beliau "hanya isteri" kepada pengerusi eksekutif projek kontroversi itu. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini berkata, dari sudut "perundangan dan profesional, saya tidak terlibat dalam NFC", yang dikaitkan dengan keluarganya. "Saya hanya isteri pengerusi NFC. Semua wanita ada keluarga dan suami," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini. Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berhadapan dengan desakan dan gesaan agar melepaskan jawatan menteri. Desakan itu turut datang daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam responsnya hari ini, Shahrizat berkata, beliau tidak harus dimaklum apa yang harus dilakukannya. "Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjwab dan veteran dalam politik, yang menyayangi Barisan Nasional (BN), saya tahu apa tindakan yang harus diambil dan akan berbincang dengan Datuk Seri Najib Razak," katanya merujuk kepada perdana menteri dan presiden Umno. Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan tindakan yang sedang dipertimbangkan, tetapi katanya, "saya akan memutuskan mengikut keazaman saya." The Malaysian Insider |
Video Ucapan DS Anwar Ibrahim di Rapat Rakyat Pulau Pinang.. Posted: 20 Dec 2011 08:14 PM PST |
Ribuan Hadir di Rapat Rakyat Pulau Pinang (Gambar) Posted: 20 Dec 2011 05:38 PM PST Video ucapan Mat Sabu diakhir entry.. Sedikit gambar untuk dikongsi bersama, gambar telah dirakamkan pada 18 Disember 2011, bertempat di Taman Senangan, Teluk Ayer Tawar, Butterworth dalam program Rapat Rakyat. Perlu kita ketahui ini adalah kawasan yang dikuasai oleh UMNO/BN di Pulau Pinang, boleh dikatakan kubu kuat mereka.. Alhamdulillah.. perubahan mula kelihatan disini.. ribuan rakyat dari berbilang kaum telah hadir..saksikan dan kiralah sendiri berapa ramai yang hadir.. Lagi gambar sila lihat di ( SINI ) Ucapan oleh Mat Sabu.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan