Jumaat, 16 Disember 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Pantun Dua Kerat

Posted: 16 Dec 2011 08:15 AM PST


Nasa kata PAS pelik
Aku kata Nasha jelek

[Ceriternya di sini ]

He's a 'pain in the ass'

Posted: 16 Dec 2011 05:00 AM PST


Kata Hassan Ali, pemimpin PAS harus berlapang dada dan berjiwa besar. Setuju!!

In fact.... banyak dalam PAS yang ada kualiti yang kelas macam tu tapi mereka tak pulak menjadi 'a pain in the ass' pada parti. Itu bahasa omputihnya.

Bahasa kiasan Melayunyer... duri dalam daging. Duri yang menyakitkan daging. 'Toxic' yang memudaratkan PAS dan menjejaskan strategi untuk menumbangkan UMNO!!

Kita kena aware dengan elemen-elemen negatif ini. Mati kutu-kan mereka jika kita nak tengok UMNO terkubor.

Hasan Ali: 'Pemimpin PAS harus berlapang dada dan berjiwa besar'
December 16, 2011

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Datuk Dr Hasan Ali sambil menafikan penglibatan Umno berhubung segala isu melibatkan diri beliau yang kini menjadi polemik di kalangan pemimpin utama PAS, mahu parti itu "berlapang dada dan berjiwa besar."

Sehubungan itu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini menasihatkan pemimpin-pemimpin partinya berhenti membuat tohmahan sedemikian dan jangan berfikiran tertutup.

"Janganlah berfikiran tertutup dan simplistik sehingga segala-galanya dijuruskan kepada agenda Umno tanpa memberikan bukti," katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Hasan mengeluarkan reaksi itu ekoran kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam yang menyifatkan Hasan dan bekas timbalan presiden parti itu Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu.

Juga semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Hasan boleh keluar PAS dan menyertai Umno jika beliau mahu.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin bertindak tidak wajar sebagai pemimpin parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS.

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Nasharudin dalam kenyataan terbaru kepada Berita Harian berhubung isu calon pilihan raya mendakwa PAS semakin pelik sejak kebelakangan ini.

Hasan juga berkata kenyataan dan pendirian pemimpin-pemimpin PAS bukan satu masalah kepadanya, sebaliknya menjadikan beliau lebih kental untuk terus berjuang atas nama Islam dan Melayu.

Hasan juga berkata, pemimpin-pemimpin PAS harus berlapang dada dan berjiwa besar menghormati pandangan serta pendapat sesama pemimpin demi kelangsungan perjuangan parti.

"Saya tetap setia dan akan terus setia kepada dasar perjuangan parti sebagai harakah Islamiah dan bukan parti politik semata-mata," katanya lagi.-MI

Mampuih pi kat dia

Posted: 16 Dec 2011 03:00 AM PST


Kalau dapat jadi calon dan tanding dalam pilihan raya, lepas tu menang pulak, dapat ler jadi YB. Uuuuu... syok tu!! Glamour you...

Tapi apakah itu yang dikatakan perjuangan?? Apakah seseorang tu hanya boleh berjuang hanya sekiranya dapat jadi YB@Wakil Rakyat??

Kalau itulah nawaitu mereka... maka alignment mereka terhadap perjuangan jauh lari dari landasannya. Sempit betul mentaliti mereka. Mengapa mesti jumudkan erti perjuangan??

Tapi, apa nak kata... kita manusia yang rambutnya sama hitam tapi hati dan cita-cita tak sama. Ada orang berjuang dengan harapan nak dapat recognition. Ada orang berjuang sambil-sambil tu, mengharapkan sesuatu habuan. Ada orang berjuang betoi-betoi untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Bagaimana dengan katak tua Lim Boon Chang dari PKR ini??

Oooopss!! Ex-PKR. Dari Gerakan... lompat ke MCA, then lompak pulak ke PKR... akhirnya lompat semula masuk Gerakan. Bila melompat jer.... ada saja alasan yang diberikannya. Mampuih pi.... Malas aku nak ambik pot dengan alasan yang diberikannya. Tak suka ler orang yang banyak sangat beralasan ni.

Tapi... kalau betul ler dia lompat balik ke dalam Gerakan kerana kecewa tak tersenarai sebagai calon seperti yang dilaporkan di sini, maka katakan kepadanya... Pergi mati la sama lu!!

Macam ini nak jadi pemimpin?? Ini bukan pemimpin.... ini pengemis politik!! Pengemis oportunis!!

Hahahaha.... Mampuih pi kat dia!!

Tak surprise pun. Tak terkejut pun.

Posted: 16 Dec 2011 01:00 AM PST


Tak terkejut pun apabila Harun Taib backing Hassan Ali. Sebab... mereka 'serupa' tapi tak sama.

Sorang ulama manakala sorang lagi professional. Sorang... dari Terengganu, sorang dari Selangor.

Aha... tapi cer teka?? Mengapa mereka 'serupa'??? Apa persamaan mereka??

Now, PAS ulamas voice support for Hasan Ali

The PAS ulama council has thrown its weight behind Selangor exco member Hasan Ali, despite talk that he may be dropped as an election candidate.

The council's chief Harun Taib told Umno-owned Utusan Malaysia that there is no reason not to include Hasan, "who is a good and committed leader", in the candidate's list for the upcoming general election.

"PAS and Harun will always need each other, meaning that PAS still needs him and he still needs PAS," the daily reported today.

He also denied speculations that Hasan would not be fielded in the polls, as that decision is yet to be made by the party leadership.

"All these are incorrect (allegations), since when was he dropped?

"Now, we have yet to decide on the placement on our candidates.

"There is no reason for us to drop him," said Harun

The paper also reported that PAS Youth had previously expressed support for the embattled exco member for Islamic affairs.

Last week, Selangor PAS information chief Saari Sungib told Malaysiakini that Hasan did not receive enough nominations to defend his state legislative assembly seat in Gombak Setia.

Hasan also came under fire from party vice-president Mahfuz Omar and secretary-general Mustafa Ali yesterday, after he said he was prepared to accept an invitation from Najib to discuss the issue of uniting Malays and Muslim, including PAS and Umno.-Mkini

Berkokok berderai-derai, rupanya bontot penuh taik

Posted: 15 Dec 2011 11:30 PM PST


Mengata dulang paku pusing
Mengata orang, rupanya dia yang 'ejen' asing

Hahahahaha....

Berkokok berderai-derai, rupanya bontot penuh taik.

Bila hang jadi ejen asing??

Dah lama dah...

Kah kah kah kah....

Dr M didakwa pernah minta bantuan Bank Dunia
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas perdana menteri itu ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Dalam usaha membuang gelaran "agen AS" terhadapnya, Anwar (bawah) berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika menyampaikan ucap utama dalam dalam majlis makan malam membincangkan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) malam tadi yang antaranya turut dihadiri wakil kedutaan asing.-MKini

Malaysia 2020: Uuuuu.. ngerinyer aku!!

Posted: 15 Dec 2011 10:00 PM PST



Malaysia maju 2020??

Kah kah kah kah...

Gua dah cakap. Semua program Transformasi Najib, tak boleh pakai selagi UMNO@BN memerintah dan dia jadi Piem-nya. Kalau Pakatan Rakyat yang memerintah.... lain citer ler. Kita buat adjustment di mana-man yang patut dan insyaAllah... possibility nak berjaya tu tinggi.

Pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang ditadbirnya, menjadi bukti bahawa mereka capable memacu negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran.

Unlike pentadbiran Najib.... banyak angan-angan Mat Jenin jer untuk impress dan tipu rakyat!!

Sebab tu, kalau UMNO@BN terus memerintah, perkataan 'MAJU' itu akan hilang lenyap dan akan digantikan dengan perkataan 'MISKIN'

Malaysia miskin dan akan terus bertambah miskin, di bawah pentadbiran UMNO@BN. Untuk program transformasi Najib... negara akan menjadi semakin miskin dan hutang negara pulak semakin menggunung.

Uuuuu.... ngerinyer aku!!

Amaran Anwar: M'sia bertambah miskin 2020
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa Malaysia akan bertambah miskin pada 2020, dengan tambahan 1.7 juta rakyat berpendapatan bawah RM1,500, bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP).

Dakwanya, idea yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga akan melebarkan jurang pendapatan masyarakat berdasarkan unjuran ETP.

Penasihat ekonomi Selangor itu berkata demikian dalam ucap utamanya dalam majlis makan malam anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.

Anwar (atas) yang juga bekas menteri kewangan mempersoalkan andaian penting ETP bahawa rakyat Malaysia akan mendapat pendapatan negara kasar (GNI) per kapita sebanyak RM RM48,000 pada tahun 2020, iaitu:
  • Pertambahan 3.6 peratus pendapatan tahunan dijangka dari 2010 hingga 2020 terlalu optimis kerana peningkatan purata cuma 2.6 peratus setahun dalam tempoh sepuluh tahun, berdasarkan Kementerian Sumber Manusia.
  • Peningkatan pendapatan sebenar daripada 1984 sehingga 1997 dalam bidang pengilangan dan peladangan hanya masing-masin 2.3 dan 2.8 peratus, menurut Bank Pembangunan Asia. -Mkini

UMNO..... DASAT

Posted: 15 Dec 2011 08:15 PM PST


Kah kah kah kah....

UMNO: Dulu, kini dan selamanya..... DASAT!!!

Defensive... Aggresive... Sensitive... Abusive.... Treacherous.... dan etc. etc. etc.

Tengok sajalah gelagat dan buruk laku mereka dalam Pesta Perhimpunan mereka bebaru ini.

Tengok sajalah kelaku mereka apabila berhadapan dengan isu hasil kerja taik mereka.

Tengok sajalah bagaimana mereka merompak duit rakyat dan hasil mahsul negara

Tengok sajalah bertapa samsengnyer mereka apabila berhadapan dengan musuh politik mereka

Gambaran bertapa DASAT-nya UMNO boleh kita lihat dan tengok dalam senario terkini skandal yang membabitkan puak-puak ini iaitu Skandal RM250 juta NFC. Ini baru contoh terkini yang sedang hot di pasaran. Sebenarnya.... banyak lagi. Tunggu...

FC: NGO salah tafsir 'biawak hidup', kata Ketua Umno Cheras
December 16, 2011

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menjelaskan maksud kenyataan "memikul biawak hidup" ditujukan ke atas Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi pertikaian umum, bukannya merujuk kepada anggota Kabinet dari parti itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut Syed Ali, kenyataan beliau kelmarin berkaitan isu NFC yang mana jika tidak diselesaikan maka selagi itulah rakyat akan menunding jari kepada kerajaan kononnya melindungi Shahrizat yang mana suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah Pengerusi Eksekutif NFC.

Projek NFC, yang menggunakan dana awam RM250 juta, dikendalikan oleh keluarga Shahrizat.

"Maka, sudah tentulah pada anggapan saya rakyat akan menyalahkan Perdana Menteri dan timbalannya kerana memikul isu NFC seperti memikul biawak hidup. Bukannya peribadi Shahrizat," kata beliau dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya.

Kenyataan keras Syed Ali sebelum ini didakwa dituju ke atas Mohamad Salleh supaya memberikan penjelasan secara jelas dan terperinci berhubung isu tersebut supaya tidak menjadi beban kepada Umno dan kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 sepertimana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia.

"Saya bercakap berkisar tentang isu NFC yang kini menjadi bualan rakyat, malah pihak pembangkang juga menuduh pelbagai penyelewengan berlaku dan menyalahkan kerajaan, bukannya saya tujukan kepada Shahrizat secara peribadi," tegasnya.

Sebelum ini kata Syed Ali, beliau bersama beberapa pemimpin Umno telah menegur Shahrizat berhubung isu NFC dan mendesak beliau melepaskan jawatan dalam Kabinet tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Shahrizat, yang tewas dalam pilihan raya umum 2008, merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Ini bermakna saya menghormati Shahrizat sebagai wanita dan pemimpin sayap kanan parti tetapi beliau harus mengakui bahawa isu NFC ini menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang menteri Kabinet," jelasnya.

Beliau juga berkata, penjelasan Mohamad Salleh mungkin boleh membersihkan imej Shahrizat yang turut terpalit dalam isu tersebut.

Semalam, sekitar 80 orang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan "membanjiri" pejabat Syed Ali di Jalan Peel di sini berkaitan kenyataan beliau yang mengumpamakan Shahrizat dan keluarganya "biawak hidup".

Antara mereka hadir ialah wakil Persatuan Gabungan NGO Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia, National Women Entrepreneurs of Malaysia (Nawem) dan Kelab Sahabat Kebajikan Nusantara.

Pertubuhan-pertubuhan berkenaan mendakwa Syed Ali tidak menghormati status wanita.

"Saya adalah orang yang paling menghormati kaum wanita, sebab emak saya adalah wanita, malah wanita merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia," tegasnya.

"Saya adalah orang yang paling menghormati kaum wanita, sebab emak saya adalah wanita, malah wanita merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia," tegasnya.

"Saya ingin jelaskan ini kerana ada yang tersinggung dengan kenyataan saya, tetapi niat saya hanya ingin mempertahankan institusi Umno, bukannya kepentingan peribadi individu tertentu," tegasnya.

"Individu tidak penting pada saya, parti dan kerajaan yang lebih penting," ujarnya.

Baca dan lihat juga di sini.

SBPA: Jangan sain lagi kata Cuepacs

Posted: 15 Dec 2011 06:15 PM PST


Penin... penin... penin kepala kakitangan awam kerajaan. Ada pihak suruh sain tapi ada pulak pihak yang kata jangan sain dulu.

Jangan sain kerana ada yang kurang jelas... kurang paham... ada elemen tak dipersetujui yang aniaya kakitangan awam kerajaan. Demi keadilan, beri mereka lebih masa... Biar Cuepacs settlekan dulu... Dah puas hati, baru sain. Usiyy... Keliru demer weh!!

Tak sain kalau, melepas nak dapat gaji lebih. Macam mana sekarang?? Sain atau tak sain... ??


SBPA: Cuepacs bantah, arah staf kerajaan tidak tandatangan borang opsyen

TERKINI @ 08:06:01 PM 15-12-2011
December 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

"Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

"Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

"Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat," kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau 'exit policy'.

Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, "(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar."

"Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan," katanya.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

"Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas," kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.-MI

Rakan seperjuangan Hassan Ali

Posted: 15 Dec 2011 04:45 PM PST


Pemuda Pas sedia bersama Hasan

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Dewan Pemuda Pas Pusat akan berada di belakang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dalam usaha bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu memperjuangkan Islam demi kesatuan umat.

Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hasan meminta Hasan meneruskan perjuangan itu tanpa meninggalkan jemaah dan pihak Pemuda sedia bersama-sama dengannya demi memartabatkan Islam.

Beliau berkata, sikap positif Hasan itu wajar disahut kerana jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu begitu komited dengan perjuangan Islam.

''Hasan telah menunjukkan sikap positifnya untuk memperjuangkan Islam dan kita akan bersama-sama dengannya untuk meneruskan perjuangan ini.

''Namun adalah amat diharapkan dalam beliau memperjuangkan Islam beliau tidak menghindarkan diri daripada Pas dengan bertindak keluar daripada jemaah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas agenda Hasan yang mahu berjuang memartabatkan Islam dalam satu sidang akhbar di kediamannya, kelmarin.

Ini merupakan reaksi pertama Dewan Pemuda Pas selepas tersiarnya berita pengguguran Hasan sebagai calon ekoran kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog menyatakan kemungkinan besar ADUN Gombak Setia itu akan digugurkan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13).

Nasrudin berkata, prinsip-prinsip keadilan juga jelas kelihatan pada agenda Hasan itu kerana selaku pemimpin peringkat negeri sudah tentu kepimpinannya bukan hanya setakat ahli Pas sahaja.

Malah katanya ia merangkumi setiap umat Islam di Selangor tanpa mengira ideologi politik.

''Bukan itu sahaja Datuk Dr. Hasan juga adalah pemimpin bagi setiap rakyat bukan Islam di negeri Selangor.'' katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, Dewan Pemuda meminta setiap perkara serta isu yang berkaitan dengan calon hendaklah diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata, setakat ini pucuk pimpinan parti belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenai calon yang akan mewakili Pas pada PRU13.

''Oleh itu saya minta perkara mengenai calon ini diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Pas Pusat. Biar mereka yang menentukan dan mengumumkannya selepas semua senarai calon berkenaan dinilai oleh Majlis Syura Ulama.

''Majlis Syura Ulama yang akan menjadi badan terakhir dalam parti sebelum keputusan muktamad mengenai pemilihan calon dibuat,'' ujarnya.

Ditanya sama ada Saari wajar dikenakan tindakan disiplin, Nasrudin berkata, dalam kes tersebut Pemuda Pas berpendapat ia cukup dengan cara nasihat.

''Saya percaya pucuk pimpinan telah pun memberi nasihat sewajarnya kepada pihak berkenaan supaya perkara sama tidak berulang pada masa akan datang,'' katanya-UM Online

Malas nak komen. Cuma nak kata ini jer....

Di saat-saat begini rakan seperjuanganlah yang boleh menenangkan hati yang sedang gundah gulana. Beruntung Hassan Ali mempunyai comrade seperti
Nasrudin Hasan ni, ya??

Isy... isy.. isy... Nasrudin.

Lu 'serang' gua... Gua 'serang' lu

Posted: 15 Dec 2011 02:45 PM PST

Gambar-gambar ni aku cilok daripada blog Ameno World. Thank you. I hope you don't mind.

Bukan apa.... katanya, UMNO dengan UMNO gaduh. 'Serang-menyerang'. Fuuhhh syok tu!! Gadoh pulak pasal lembu. Eh... betoi ke?? Wallahua'lam..


Nak tau citer sebenarnya klik sini.




La.... Awat jadi lagu tu?? Malu la oooii!!

Kah kah kah kah kah...

Tiada ulasan: