Rabu, 14 Disember 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Tobat ler weh..

Posted: 14 Dec 2011 04:26 AM PST


Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan

Susan Loone
6:01PM Dis 14, 2011

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng' yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.

Sehubungan itu, Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada setiausaha agung DAP itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang 'rasis' dan 'anti-Melayu' dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu berdasarkan ucapanya yang bertema 'A People's Government for the Real Malaysians' pada 19 Disember lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese semasa penghakimannya menggariskan tujuh para yang Utusan dikatakan telah memfitnah Lim.

Beliau juga sempat memberi ucapan ringkas mengenai "kewartawanan bertanggungjawab" dan mengingatkan pemberita supaya melaksanakan tugas mereka secara profesional dengan mengesahkan kenyataan yang diterima jika tidak mahu dikenakan dakwaan memfitnah.

Pada sidang media di luar mahkamah, Lim berkata Utusan memang mahu memfitnah dirinya dan DAP.

Katanya, akhbar milik Umno itu mempersalahkan dirinya dan kerajaan negeri yang diterajui DAP kerana mengusir penduduk kampung dan merobohkan rumah mereka di Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Genting di Balik Pulau, sedangkan pertikaian sebenar adalah antara pemaju dan penduduk.

"Saya berpendapat jika Utusan adalah media yang bertanggungjawab, ia mesti bertaubat, tetapi saya tidak yakin mereka akan berbuat demikian," kata Lim.

"Saya fikir mereka akan membanyar pampasan itu dan terus memfitnah saya dan DAP."-Mkini

WORLD punyer lawak

Posted: 14 Dec 2011 02:30 AM PST


Aku tak komen apa-apa. Sebab... dah banyak sangat orang komen around the world. Fuuhhh!! 'WORLD' punyer komen, wa cakap lu.


No comment... but I just want to laugh out loud!!

Kah kah kah kah kah....

Nak ketawa sama, klik sini.

Lawak orang Peghelih:Winnable Candidate

Posted: 14 Dec 2011 12:45 AM PST

Shahidan Kassim: 'Saya calon boleh menang'

December 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau adalah seorang "winnable candidate" iaitu calon boleh menang untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Menteri Besar Perlis itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis kawasan Tambun Tulang berkata keyakinannya itu berdasarkan pandangan rakyat terutama di kawasan yang diwakilinya.

"Semua rakyat tahu. Kalau tidak ada hal saya tak akan keluar dari Perlis.

"Saya akan duduk dari pagi sampai ke malam di kawasan saya sahaja... jumpa rakyat dan sebagainya. Kalau macam itu bukan 'winnable candidate', apa makna sebenarnya?" katanya dipetik Bernama Online.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk bertanding semula pada pilihan raya umum datang, Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Arau, itu terserah kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

Dalam laman Facebook beliau, Shahidan turut mengulas mengenai calon boleh menang bagi semua kawasan di Perlis, dengan memberi penilaian iaitu baik, sederhana baik, buruk, terburuk kepada mereka.

"Ada sesetengah pihak mempersoalkan kenapa saya buat macam itu.

"Masalahnya rakyat dah bercakap (menilai) macam itu. Bukan kita yang buat penilaian tetapi rakyat yang membuat penilaian. Jadi saya bagi pandangan rakyat apa yang berlaku. Kita bercakap (mengenai winnable candidate) tapi tak ada ciri yang jelas," katanya.

Shahidan berkata bahawa dalam menyelesaikan masalah rakyat, seorang calon boleh menang tidak akan memberi alasan tidak ada peruntukan dan sebagainya, sebaliknya perlu berikhtiar dan berusaha termasuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

"Rakyat tak faham (soal peruntukan) itu. Kalau calon boleh menang, dia perlu berkorban. Tetapi pada masa yang sama hakikatnya ialah bukan semua masalah boleh diselesaikan serta merta oleh kerajaan," katanya.

Mengenai senario politik semasa, beliau berkata negara tidak akan kekal aman sekiranya kemenangan berpihak kepada minoriti yang mahu menguasai majoriti.

Katanya penduduk Malaysia merangkumi 67 peratus kaum Melayu dan Bumiputera, 22 peratus Cina dan lapan peratus India, jadi kemenangan wakil rakyat mesti mewakili nisbah mengikut kaum untuk keharmonian negara.

"PAS tak akan jadi pemerintah sebab dia minoriti. Kalau nak jadi pemerintah pun DAP. Tapi kalau dia jadi pemerintah pun, bolehkah dia mewakili rakyat secara keseluruhan?" kata Shahidan.

Menyentuh politik di Perlis, beliau berkata, Umno dan BN boleh mengekalkan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang dengan syarat parti dapat memperkukuhkan perpaduan anggota dan mempunyai jentera pilihan raya yang berkesan.

"Kita boleh menang dengan cemerlang dan boleh kalah dengan teruk. Isu dalaman kena diperbetulkan. Begitu juga dengan orang yang menyokong MCA. Tapi di peringkat akar umbi, jentera sudah bergerak di seluruh negeri," katanya.

Shahidan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri telah menunjukkan jalan terbaik dan memberi contoh kepada kepimpinan peringkat bawahan supaya bermula sekarang bagi memenangi hati rakyat.

"Siapa yang tak mahu ikut perubahan dia mesti diubah," katanya.-MI

Duduk terperap di negeri sendiri, most of the time... boleh dianggap sebagai winnable candidate??

Kalau pandai cakap... pandai bodek.... kuat menjilat.... dan bontot berselepat dengan taik, boleh tak dianggap sebagai winnable candidate??

Lawak... lawak....

Masuk lif, tekan butang dan zooooooommm naik ke atas!! Fuuuhh... seriau aku. Nak termuntah. Wheekk!!

Aaaaa... apa?? Raja Katak nak bertanding???

Posted: 13 Dec 2011 11:15 PM PST


Naib presiden PAS lawan Ibrahim Ali di Pasir Mas?
1:47PM Dis 14, 2011

PAS dilaporkan akan mengketengahkan naib presidennya Salahuddin Ayub di kerusi parlimen Pasir Mas dalam usaha menumbangkan presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew Daily yang memetik sumber, jawatankuasa perhubungan PAS Kelantan telah melengkapkan senarai awal calon-calon parti itu yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ia menyatakan bahawa Salahuddin, yang kini ahli parlimen Kubang Kerian akan diletakkan di Pasir Mas.

Laporan itu juga menyebut senarai calon berkenaan telah dikemukakan kepada Majlis Syura PAS untuk dimuktamadkan.

Pada pilihan raya umum lalu, Ibrahim bertanding atas tiket PAS dan mengalahkan calon Umno. Beliau bagaimanapun berpaling tadah dan menjadi Bebas dan menubuhkan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang condong menyokong BN, khususnya Umno.

Jika PAS bertanding di Pasir Mas, besar kemungkinan, pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Umno juga akan menyertainya.-Mkini

Salahuddin Ayub akan menentang Raja Katak di Pasir Mas??

Aaaiikkk.... Raja Katak akan bertanding?? Bertanding atas tiket apa?? Bebas atau pakai tiket UMNO??


Hahahaha.... kalau bebas ok, Tapi kalau atas tiket UMNO.... huru-hara akan jadinya nanti. Bukan huru-hara untuk kita tetapi untuk UMNO Pasir Mas. Melepas ler peluang malaon-malaon UMNO daripada Pasir Mas untuk jadi calon. Weh... protes jangan tak protes!! Sabotaj jangan tak sabotaj!!

Jadi... orang atas-atas UMNO daripada JK Disiplinnya mesti turun padang dan pantau untuk pastikan tiada orang UMNO yang merajuk dan sabotaj nanti.

Kalau Raja Katak bertanding atas tiket bebas, apakah mungkin pertandingan 3 penjuru akan berlaku?? Tapi... kalau malaon tu bertanding atas tiket UMNO... insyaAllah, satu lawan satu kot. Tapi wallhualam ler.. apa-apa boleh berlaku.

Kalau Salahuddin Ayub bertanding di Pasir Mas, siapa pulak akan mengisi kekosongan di Kubang Kerian?? Apakah Mat Sabu Timbalan Presiden PAS akan mengisi kekosongan tersebut sepeti dedulu kala??

Kita tunggu....

Katak lompat masuk ke lubuk asal

Posted: 13 Dec 2011 09:30 PM PST


Bravo!! Lim Boo Chang keluar PKR dan sertai semula Gerakan.

Lim Boo Chang umum keluar PKR

1:24AM Dis 14, 2011

Ketua PKR Bahagian Bukit Gelugor Lim Boo Chang telah meletakkan semua jawatannya dari parti itu dan kembali menyertai Gerakan yang pernah dianggotainya selama 15 tahun, iaitu daripada 1984 hingga 1999.

Surat perletakan jawatan dan keluar partinya itu diserahkan kepada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, beliau pada mulanya tertarik dengan agenda pembaharuan PKR tetapi selepas tiga tahun, beliau mula hilang keyakinan kerana parti berkenaan gagal menunaikan janji-janjinya.

"Konflik antara anggota berterusan, jadi dengan hati yang berat, saya letak jawatan," katanya.

Beliau juga mengumumkan pengundurannya sebagai ahli majlis perbandaran Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh PKR-Mkini

Bagus... Kalau dah tak sehaluan dan dah tak boleh nak adapt dengan perjuangan PKR, blah jer. Jangan banyak pikir dan jangan tunggu lama-lama.

Good move but terimalah.. gelaran 'katak'. Katak... hopping from Gerakan to PKR and back again to Gerakan. Macam lalang.... tak der pendirian yang tegas. Flip flop!!

Hahahha... ikan pulang ke lubok. Mungkin dia lebih sesuai dan serasi berada dalam lubuk Gerakan. Pasti sang katak yang lelainnya kan berbunyi sakan lepas ini. Kita tunggu ajer ler nyanyian lagu mereka, ek??

Apa-apa pun, all the best!!

Pengundi Realiti Baru

Posted: 13 Dec 2011 07:56 PM PST


Saifuddin Abdullah kata... 'Pengundi realiti baru penentu PRU13' [Baca sini]

You're damn right!! But... in Semenanjung Malaysia ler.

Hahahahha... Dari alam maya, pengundi realiti baru ini akan turun ke bumi yang nyata di 1Malaysia untuk pangkah Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti. Majoriti mereka... bersama Pakatan Rakyat, insyaAllah.

Yes... tidak dapat dinafikan, UMNO@BN has a good chance of winning kerana faktor keputusan pengundian di Sabah dan Sarawak, macam kata Guan Eng di sini. Dan.... jangan lupa, projek beri IC kepada pendatang asing. It happened in Sabah dan tak mustahil it will happen in Semenanjung Malaysia, especially di Selangor. Bukan ke Najib dah kata... by hook or by crook... dengan apa cara sekali pun, UMNO@BN akan tawan semula Selangor. Well, we'll see.

Selain itu, 'hantu' hasil ciptaan dan jelmaan mereka juga turut memainkan peranan membantu kemenangan UMNO@BN dalam PRU13 nanti. Dulu, kini dan selamanya 'hantu'. Aha, besar peranan hantu ni...

Well perhaps, realitinya memang susah nak dapatkan semula Selangor secara 'lurus', so... possibility mereka gunakan cara 'crooked' tu amat tinggi. Mereka akan guna segala macam cara jijik dan keji, asalkan kemenangan berpihak kepada mereka. Malaon-malaon laknat ni, mereka peduli apa.... Gadai negara sekali pun mereka sanggup untuk terus berpaut pada kuasa.

Hahahahah.... Dengan wujudnya bangsa Indonesia, Myammar, Bangladesh serta Filipina sebagai warganegara di Malaysia, barulah 1Malaysia namanya. Lebih berbilang bangsa, lebih ceria. More colourful beb!! Barulah betoi-betoi selari dengan 1Malaysia yang dipromosikan oleh Najib Razak.

Hu hu hu..... menangisla arwah Tun Razak dalam kubor, tengok apa yang dibuat oleh anaknya yang sorang ni pada negara. Hancuss beb!! Hancuuuss.... wa cakap lu.

So... kalau seandainya UMNO@BN menang sekali pun, orang tak heran, sebab semua agensi kerajaan diperlembu untuk tujuan itu. Eleh... menang PRU13 tetapi negara tergadai, dan rakyat sendiri bakal terkulai dan dibuat 'gulai', buat apa??

Jangan biarkan UMNO@BN gadai maruah dan kedaulatan serta hak anak bangsa Malaysia kepada para pendatang asing yang diberi taraf kewarganegaraan. Siki-sikit... lama-lama jadi 'penyakit' kepada kedaulatan negara. Ibarat penyakit 'kelamin' yang bisa bikin bangsa Melayu terkulai layu. Weh... Penyakit jangan dicari beb!!

Nah.... sekarang siapa yang akan menggugat survival bangsa bangsa Melayu??? Bukan orang Cina dan bukan Pakatan Rakyat tetapi UMNO@BN!!

Sebab tu.... bagi memberi keadilan kepada pihak yang bertanding menentang UMNO@BN dan juga bagi mewujudkan satu sistem pilihan raya yang bebas dan adil, maka SPR mesti terima dan laksanakan 8 tuntutan Bersih 2.0. Itu baru dikatakan bertanding di padang yang sama rata. Barulah adil dan bersih.

Kalau 8 tuntutan tak diterima.... JOM KITA BERSIH 3.0 pulak!!! JOM BERSIH 3.0 demi rakyat dan demi menyelamatkan kedaulatan negara!!

Ada berani, lu mari??

Posted: 13 Dec 2011 05:37 PM PST


Kalau lu anak jantan dan kalau betoi lu Bapak 1Malaysia.... lu mari bertanding di kawasan yang realiti masyarakatnya betoi-betoi 1Malaysia??

Mai... mai... Lai.. Lai... Wange.... wange....

Parlimen Lembah Pantai.... masyarakatnya 1Malaysia. Lu ada berani??

Ciiittt..!! Tarak berani punyer ler. Tulur yeilek...!!!

Najib dicabar bertanding di kerusi 1Malaysia

7:26PM Dis 13, 2011

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan keikhlasan konsep 1Malaysia yang diterajuinya dengan bertanding di kawasan yang masyarakatnya berbilang bangsa seperti kerusi parlimennya di Lembah Pantai.

"Apabila bercakap tentang transformasi dan imej berbilang bangsa di Malaysia, saya berharap Saifuddin akan sampaikan kepada perdana menteri bahawa beliau harus mempertimbangkan kemungkinan bertanding di kerusi yang masyarakatnya berbilang kaum, kerusi 1Malaysia.

"Daripada apa yang saya tahu, Pekan mempunyai 93 peratus pengundi Melayu.

"Oleh itu, selaras dengan janji-janji 1Malaysia dan semua itu, Najib perlu bertanding di kawasan yang mempunyai pelbagai bangsa seperti di Lembah Pantai," kata Nurul Izzah kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada sebuah forum politik di Shah Alam.

Cadangan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 500 hadirin.

Walau bagaimanapun, Nurul Izzah kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataannya itu bukan satu cabaran kepada Najib tetapi mahu perdana menteri membuktikan apa yang diperkatakannya.

Nurul Izzah dan Saifuddin adalah penceramah pada forum bertajuk 'Pilihan Raya Umum ke-13: Undi siapa akan jadi penentu?'

Penceramah lain termasuk Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua parti KITA Datuk Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah.

Forum itu anjuran akhbaran Sinar Harian.

Nurul Izzah pertama kali dipilih sebagai ahli parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum lalu. Kerusi yang terletak di Kuala Lumpur itu mempunyai campuran penduduk pelbagai bangsa - i 52 peratus pengundi Melayu, 27 peratus Cina dan 18 peratus India.

Bagi Najib pula, beliau dilantik menduduki kerusi Pekan di Dewan Rakyat pada usia yang sangat muda iaitu 23 tahun. Kerusi pilihan raya parlimen di luar bandar di Pahang itu mempunyai 93 peratus pengundi Melayu, 2.7 peratus Cina dan satu peratus India.-Mkini

Tiada ulasan: