Khamis, 15 Disember 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


MARAH - Mobilisasi Rakyat Anti Rasuah & Pecah Amanah

Posted: 14 Dec 2011 07:00 PM PST


MARAH adalah satu manifestasi daripada rasa 'marah' yang membuak-buak rakyat terhadap gejala penyelewengan, rasuah dan pecah amanah yang dilakukan oleh sekelompok manusiayang sanggup mempergunakan wang rakyat bagi memenuhi nafsu serakah tanpa rasa bertanggungjawab dan bersalah.

MARAH adalah satu gerakan rakyat yang 'marah dan benci' terhadap segala amalan penyelewengan, rasuah dan aktiviti pecah amanah yang semakin membarah di semua peringkat.

MARAH adalah satu gerakan rakyat menolak dan membenci terhadap kerakusan dan kejelekkan pimpinan politik penguasa dan pegawai-pegawai kerajaan yang mempergunakan kedudukan, status dan jawatan dalam merealisasikan kepentingan peribadi dan ahli keluarga serta diselindungi dari sebarang tindakan undang-undang.

MARAH adalah satu usaha dalam mengangkat maruah institusi penguatkuasaan dan undang-undang agar telus, profesional dan berintegriti dalam melaksanakan amanah tanpa mengira sesiapa agar sistem keadilan berada di atas landasan sebenarnya serta diyakini oleh rakyat .

MARAH adalah gerakan rakyat menolak amalan nepotisme dan kronisme serta mengangkat amanah rakyat dengan penuh rasa ketanggungjawaban serta mampu membendung segala ketirisan dan kebocoran .

MARAH adalah 'mata dan telinga' rakyat yang akan terus memantau, memerhati dan mendengar dengan menggunakan akal fikir dalam usaha menentang segala bentuk penyelewengan, rasuah dan pecah amanah terutama melibatkan wang rakyat .

MARAH adalah tuntutan rakyat yang mencintai agama , bangsa dan negara agar direformasikan secara total serta mampu menjana tatakelola pengurusan yang lebih telus, adil dan profesional .


ReJaM© "Gerakan yang bakal membuatkan pemimpin korup panas bontot..."

SKMM diberi amaran jangan ganggu blogger upahan BN!

Posted: 14 Dec 2011 04:00 PM PST

SEBELUM ini pernah didedahkan bagaimana Barisan Nasional memperuntukkan RM10 Juta untuk blogger-blogger mereka sempena Pilihanraya Negeri Sarawak, rujuk sini [PRN Sarawak].

Maklumat terbaru yang diperolehi daripada "orang dalam", kali ini Najib membentuk sepasukan blogger-blogger upahan untuk psywar media baru (internet).

Kebanyakan blogger-blogger ini terdiri daripada wartawan NST dan Berita Harian yang diketuai oleh Setiausaha Media Najib, Tengku Sarifuddin dan Rockybru [Nik Nazmi].


Peruntukan sebanyak RM10 Juta juga disediakan malah akan turut ditambah dari masa ke semasa sehingga pilihanraya umum ke 13.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM telah diberi amaran agar jangan mengganggu kumpulan blogger-blogger upahan ini meskipun mereka mengeluarkan artikel yang berbaur perkauman, hina Islam, agama lain serta mengaibkan pemimpin bukan BN dan lain-lain [Nik Nazmi].


Blogger-blogger upahan ini akan dikerah untuk mengeluarkan artikel-artikel bagi menaikkan nama Najib sebagai tokoh yang patut diundi oleh orang bukan Melayu terutama kaum Cina.

Peranan Rais Yatim sebagai Menteri yang diberi kuasa mengawal SKMM dipersetankan kerana didakwa tiada nilai tambah kepada pentadbiran Najib dalam hal ini [Nik Nazmi].



ReJaM© "Tikus akan mengeluarkan kentut paling busuk sebelum mati..."

Blogger dan Aktivis Maya Umno Kedah sertai PAS

Posted: 14 Dec 2011 02:00 PM PST

BLOGGER dan aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar.





Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat.

Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO.



Sumber: [Lidah Rakyat]

ReJaM "Jangan menyesal pulak masuk PAS sebab tak ada upah-upah..."

Kanak-kanak parah diserang siamang di Zoo Melaka (video)

Posted: 14 Dec 2011 01:51 PM PST



SEORANG kanak-kanak lelaki yang melawat Zoo Melaka bersama ibu bapanya diserang dan dicakar seekor siamang jantan menyebabkan daging kaki kanannya terkoyak hingga menampakkan tulang dalam kejadian yang berlaku petang semalam.

Haiwan tersebut sebelum itu bertindak ganas terhadap seorang kanak-kanak perempuan menyebabkan kecederaan ringan di tumit kanan.

Muhammad Afiq Haziq, berusia tiga tahun sembilan bulan kini mendapat rawatan di Hospital Melaka manakala kanak-kanak perempuan itu, Zukrina Abdul Hadi, 5, dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan pesakit luar di hospital sama.

Ketika kejadian yang berlaku pukul 2.30 petang itu, Muhammad Afiq didukung bapanya, Kamarul Baharin, 38, bersama isteri, Anita Sulaiman, 36, bersiar-siar di dalam zoo berkenaan.

Kata Anita, selepas sejam bersiar-siar, dia sekeluarga melewati kawasan khas seperti pulau terbuka yang di kelilingi kolam menempatkan siamang jantan.

"Tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan orang ramai dan apabila menoleh ke belakang saya melihat 30 hingga 40 pengunjung lari bertempiaran seperti dikejar sesuatu," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka hari ini.

Dalam suasana panik ketika itu, kata Anita, secara tiba-tiba seekor siamang jantan muncul lalu bertindak agresif dengan menerkam dan menggigit kaki kanan anaknya.

"Dalam ketakutan saya terus berlari ke arah anak bongsu saya dan cuba menyelamatkannya," ujarnya.

Katanya, dalam suasana cemas itu dia melihat suaminya menarik bulu di kepala siamang itu supaya melepaskan kaki anaknya yang ketika itu sudah terkulai dan berlumuran darah.

"Haiwan itu langsung tidak berganjak dan mujurlah seorang pengunjung yang kebetulan berada di situ bertindak menyepak perut siamang itu menyebabkan haiwan itu melarikan diri," katanya.

Utusan mulakan gerakan paksa Shahrizat letak jawatan

Posted: 14 Dec 2011 10:45 AM PST

SEBELUM ini ramai pemimpin-pemimpin dari Barisan Nasional secara terbuka menggesa Shahrizat meletak jawatan berhubung skandal RM250 juta lembu NFC (sebut National Family Corruption).

Malah Mahadewa Umno, Tun Mahathir turut mengeluarkan kenyataan tegas menyuruh Shahrizat meletakkan jawatan (berundur) sebelum "dihalau" dari partinya sendiri [Tun Mahathir].

Berita begini biasanya tidak akan disiarkan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, namun nampaknya akhbar itu sudah menerima arahan untuk mengkambeng hitamkan Shahrizat.


Nampaknya mereka sudah sedar bahawa satu persatu penyelewengan Shahrizat dan NFC akan didedahkan jika beliau terus duduk di kerusi empuk menteri.

Maka, watak Shahrizat harus dimatikan bagi mengurangkan serangan terhadap Umno dan Barisan Nasional.

Eloklah letak jawatan, tapi jangan lupa pulangkan duit rakyat RM257 juta. Jangan kamu ingat sudah letak jawatan maka kamu boleh "joli" duit rakyat!

ReJaM© "Lepas Shahrizat, pemimpin lain pulak kita akan dedahkan!"


Artikel Berkaitan:

Bongkar! Chalet mewah Cempakasari milik Shahrizat Jalil

Posted: 14 Dec 2011 03:10 AM PST

BARANGKALI ramai yang tak tahu bahawa Menteri yang terpalit dengan skandal RM250 juta lembu NFC (sebut National Family Corruption), Shahrizat Jalil memiliki sebuah Chalet mewah di Janda Baik [Twitter Shahrizat].



Rupa-rupanya Cempakasari yang tersergam indah bagikan istana di Janda Baik ini dimiliki oleh keluarga tokey lembu NFC (National Family Corruption).

Bungalow dan Chalet mewah terletak di Janda Baik ini terbongkar apabila beliau sendiri yang membongkarkannya di Twitter [Twitter].



ReJaM© bersama beberapa orang rakan aktivis berjaya mengambil gambar Chalet tersebut. Difahamkan, Cempakasari yang bernilai jutaan ringgit ini dilengkapi perabot jati diimport khas dari Bali.


Buat masa ini kita dedahkan dulu pintu pagar Cempakasari. Kita cabar Shahrizat nafikan bahawa Cempakasari ini dimiliki oleh beliau dan keluarga. Jika beliau berani nafikan kita akan bagi lagi bukti-bukti seterusnya. Pendedahan lanjut menyusul.




ReJaM© "Lembu Kak Ijat duduk dalam Chalet juga ke? Kah kah kah..."

Tiada ulasan: