Khamis, 8 Disember 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Dakwat kekal PRU 12 tamat tempoh, RM5 Juta lebur!

Posted: 07 Dec 2011 01:13 PM PST

SEPATUTNYA pada PRU 12 yang lalu, rakyat negara ini sudah menggunakan dakwat kekal semasa mengundi. RM5 juta telah dibelanjakan untuk membeli dakwat, malangnya penggunaan dakwat kekal dibatalkan di saat-saat akhir.

Pada PRU kali ini (ke 13) SPR mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal. Namun memandangkan dakwat kekal yang dibeli dulu dah tamat tempoh, maka SPR terpaksa beli dakwat kekal yang baru [mStar].



Kesimpulannya, RM5 juta akan dikeluarkan lagi untuk membeli dakwat kekal yang baru. Duit siapa yang akan digunakan? Tentu sekali duit rakyat.

Kerana tindakan SPR membatalkan pengunaan dakwat kekal pada PRU12 yang lalu, RM5 juta duit rakyat hangus dibazirkan begitu saja.

RM5 juta dah hangus dia masih selesa pegang jawatan, memang timbalan pengerusi SPR ni muka tak tahu malu. Selepas PRU12 dia ada beli rumah "cash money" RM400,000, banyak duit dia ye? Tunggu pendedahan beserta bukti...



ReJaM© "Ibarat mencampakkan RM5 Juta ke dalam longkang..."

Mahasiswa demo bantah akta perhimpunan aman di putrajaya

Posted: 07 Dec 2011 08:18 AM PST

HARI ini kira-kira 50 orang wakil mahasiswa mengadakan satu demonstrasi di Putrajaya bagi menyatakan bantahan terhadap akta perhimpunan aman yang diluluskan di parlimen baru-baru ini.



Inilah wajah-wajah pemimpin masa hadapan, ini wajah-wajah orang bijak pandai yang bakal diberi amanah memimpin negara pada masa hadapan.

Bila orang bijak dipijak, mereka akan bangkit mereka akan bangun dan lawan!



Lihat pemimpin negara yang hadir hari ini. Mereka menjana pengalaman dari zaman kampus. Lihat Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan lain-lain, mereka pemimpin pelajar suatu masa dahulu.

Kini mereka yang asalnya memimpin pelajar, sudah menjadi pemimpin hebat di kalangan masyarakat. Namun kerajaan zalim hari ini cuba "memenjarakan" mahasiswa daripada berpolitik. Ini kerja gila!

Tahniah dan salute kepada mahasiswa yang berani!




ReJaM© "Mahasiswa dihalang berpolitik, maka lembu-lembu akan berkuasa..."

Banjir besar Kajang tahun 70 an, siapa korek pasir?

Posted: 07 Dec 2011 03:11 AM PST

MENGGELUPUR media dan blogger United Malays No Otak mempolitikkan isu banjir di Kajang baru-baru ini. Mereka cuba menyalahkan MB Selangor sebagai penyebab bencana banjir.

Tambah tak masuk akal, blogger-blogger United Malays No Otak mendakwa banjir yang berlaku di Kajang baru-baru ini disebabkan abang MB Selangor yang "rakus" mengorek pasir di Kajang, rujuk sini [Punca Banjir].

Mereka lupa, pada tahun 70 an juga pernah berlaku banjir besar di Kajang. Malah tempat yang sama juga iaitu di bangunan Metro Plaza Kajang.

Bulatan di antara Jalan Utama dan Jalan Suleiman menyaksikan sebuah bazar lama (kanan) yang kini sudah digantikan dengan Bangunan Metro Plaza Kajang. Rujuk gambar di bawah.



Persoalannya sekarang, tahun 70 an dulu siapa yang korek pasir di Kajang ni? Siapa yang perintah Selangor masa tu? Kah kah kah...

ReJaM© "Orang bersedih kena bencana, diorang bantai berpolitik..."

Sumber Gambar: [Kajang Town]

Tiada ulasan: