Sabtu, 24 Disember 2011

Laman Nurani

Laman Nurani


Umpama Mimpi Dalam Mimpi Versi Iblis

Posted: 24 Dec 2011 12:35 AM PST

Umpama mimpi dalam mimpi, sebuah lagu yang diciptakan untuk tatapan halwa telinga manusia. Sebuah lagu yg dimanifestasikan untuk menunjukkan sikap dan juga perasaan yang dialami sendiri. Sungguh asyik mendengarnya. Kemungkinan penulis liriknya pernah merasai pengalaman ditipu, dikhianati, malah ia hanya satu fantasi yang tidak pernah menjadi realiti.

Jambatan Kandek-Biak, sebuah rancangan yang tidak pernah menjadi kenyataan untuk penduduk. Diibaratkan seumpama mimpi dalam mimpi. Setiap kali pilihanraya, maka setiap kali itulah juga impian dan harapan disemai dan dibajai dengan penuh kesungguhan dan nilai- nilai estetika yang berkualiti dan bernas.

Pelbagai alasan dicipta kan supaya ianya menampakkan kesungguhan dan kebenarannya. Malah itu semua tipuan dan dustaan belaka. Malang sungguh.

Bagi saya, semua ini hanyalah mainan pihak tang suka mempermainkan rakyat dengan jawatan yg ada. Memang tidak ada kreadibiliti sebagai ppemimpin pun, hanya reti menipu dan membangangkan rakyat sahaja.

Sedari tahun 2008 lagi saya mengajukan persoalan berkaitan denganya. Malah semakin saya mengajukan persoalan, Semakain Terserlah Ayumu. Inilah yang dikatakan penipuan orang yang bergelar pemimpin. Rakyat yang bangang dibangangkan lagi dengan idea dan juga signifikan yg diciptakannya.

Ibarat bermain bola, passing ke sana sini. Begitu jugak dengan Jambatan Kandek-Biak. Mereka menjadikan ianya sebuah bola sepak atau bola baling, atau bola golf, atau bola takraw...inilah iblis dan syaitan yang berupa manusia yang ada di kalangan rakyat Dun Dabong.

Iblis dan hantu syaitan ini akan berkeliaran bila Yang Dipertuan Agong melaungkan semboyan pembubaran dewan rakyat. Maka tanduk mereka akan segera tumbuhserta taring mereka akan menyeringai untuk memperbodohkan rakyat. "jika menang kami akan bina Jambatan Kandek-Biak"... Inilah ucapan iblis tersebut. Namun sebab dia tuiblis, maka janji tak boleh dipakai.
Tak usahlaj bermimpi wahai rakyat sekelian, jgn terhibur dengan kata-kata iblis tersebut. Cukuplah ditipu selama ini, jgn ditipu untuk kali yang seterusnya. Jangan lagi jadi bodoh dan bangang.

Sebagai manifestasi, ada suara-suara iblis mengatakan bahawa Jamabatan Kandek-Biak tidak dapat dibina kerana tidak ekonomik dan tidak menguntungkan kerajaan. Baiklah, saya nak tanya, berapa billion kerajaan dapat dalam seminit dengan pembinaan Jambatan Jerimbong di Dun Kuala Balah.

Mengapa jambatan Jerimbong dapat dibina? Kenapa jambatan Kandek-Biak tak dapat dibina? Cukuplah memperbodohkan rakyat wahai iblis-iblis semua. Wahai syaitan sekelian, janganlah kamu menipu rakyat kamu lagi...kamu belajar tinggi, ilmu banyak, tetapi kamu ni syaitan yang menggunakan ilmu kamu untuk memperbodohkan rakyat.


Tiada ulasan: