Selasa, 6 Disember 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Kesian orang melayu....

Posted: 06 Dec 2011 07:45 PM PST

Bila mendengar temuramah Bloomberg dengan Francis Yeoh, tauke YTL tu aku rasa nak termuntah dengar dia boasting pasal biz dia yang tah dah meletup2 ke mana2 tu. Bukan apa, he is nothing without his IPP.

Dan IPP dia adalah anugerah Don Che Det dengan alasan tak mau peristiwa blackout satu semenanjung berulang lagi (ada orang kata blackout tu saja dia orang buat, wallahau'alam).

Yang pastinya ia adalah perjanjian berat sebelah sebagaimana yg dinyatakan oleh Tan Sri Ani Arope (baca link di bawah).

La ni tariff letrik bakal naik lagi sebab harga gas naik. Petronas bakal kena bagi subsidi lagi pada TNB dan rakyat akhirnya kena bayor lebih. Harga barang jangan ceritalah lepas ni.

Sebab itu Anwar kata dia akan kaji perjanjian dengan semua IPP sebaik saja PR menguasai Putrajaya. Bila perjanjian berat sebelah ini dikaji semula barulah Petronas boleh mengurangkan subsidi kepada IPP dan untung dari pengurangan subsidi ini boleh dipulangkan balik kepada rakyat dengan mengurangkan harga petrol dan disel. Bila ini berlaku, barulah spiralling effectnya sampai ke bawah dengan pengurangan harga barang di pasaran.

Isk..tak faham lagi? Payah betul orang melayu ni...

Tiada ulasan: