Jumaat, 2 Disember 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Hutang posterpun kencing, ada hati nak jaga GLC. Kahkahkah!!

Posted: 02 Dec 2011 05:02 AM PST

Tuan2 jangan lupa nama syarikat ni.

Elegant Advisory Sdn. Bhd. Umno hutang RM218 juta kat depa. Walaupun Mahkamah tolak tuntutan mereka, tapi sapa tak tau perangai UMNO. Kahkahkah!!

Bacalah di sini...http://www.malaysiakini.com/news/87620

'Beri jawatan penting GLC pada orang Umno'

Jimadie Shah Othman & Hafiz Yatim
6:05PM Dis 2, 2011

Perwakilan dalam mesyuarat agung Umno hari ini menuntut kerajaan memperuntukkan kerusi penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada anggota Umno.

Mengulangi seruan yang sama pada persidangan tahun lalu, mereka berpendapat tindakan itu akan memberikan manfaat kepada ekonomi orang Melayu.

"Apa gunanya GLC kalau tidak membantu parti dan orang Melayu dalam pentadbiran negara.

"Dalam perhimpunan ini pun saya nampak hanya Proton yang ambil bahagian. Mana yang lain?" soal wakil Puteri, Wan Salwati Abdullah ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Sementara itu, wakil Pahang, Datuk Rosni Zahari pula terus memanjangkankan isu itu dalam perbahasan seterusnya membincangkan usul ekonomi dalam persidangan itu di Kuala Lumpur.

"GLC patut laksanakan agenda membangunkan ekonomi Bumiputera. Adakah hari ini ia berlaku?

"Saya cadang ia diberi pada orang Umno dalam dewan ini kerana mereka faham dan akan memantapkan perjuangan Melayu," katanya.

Rosni berkata, setakat ini, penjawat jawatan penting seperti ketua pegawai eksekutif (CEO) yang bukan daripada Umno, gagal memahami perjuangan Melayu.

Sementara itu, wakil Sabah Datuk Hasnol Ayub pula membuka bicara dengan mengkritik perancangan bersama ekonomi Pakatan Rakyat seperti termaktup dalam Buku Jingga.

"Apa guna buat buku warna-warni, merah, jingga, hijau kalau tidak mendatangkan hasil kepada masyarakat dan perjuangan Melayu," sindirnya sambil menyifatkannya sebagai tindakan populis.

Mohd Hasnol berkata, janji-janji Pakatan itu amat berbeza dengan pelbagai program tranformasi yang dilaksanakan kerajaan.

Alahai...PRU12 dulu penggunaan dakwat kekal dibatalkan bukan sebab Majlis Fatwa kata haram...

Posted: 02 Dec 2011 12:56 AM PST

Jangan nak gelembonglah.

Ini saja nak perlembukan Majlis Fatwa pulaklah tu...!!

Bukan ke masa PRU12 dulu SPR (S#$l Punya Rashid) + Patail + Musa Hasan diperlembukan oleh BN untuk batalkan keputusan menggunakan dakwat kekal itu di saat akhir? Tak ada ceritapun pasal halal haram. Yang pastinya depa 3 ekor ni buat kerja haramjadah....

Piiiiiirrrraaahhhhhhhh!!

SPR sedia guna dakwa kekal jika dilulus Majlis Fatwa
Hazlan Zakaria
12:37PM Dis 2, 2011

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang tetapi akan menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Setiausaha SPR Kamaruddin Ahmad Baria memaklumkan kepada kami bahawa mereka sedia menggunakan dakwat kekal dan sedang menunggu kelulusan terakhir daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan bahan yang digunakan dalam dakwat itu mematuhi kehendak syariah," kata ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat ahli-ahli parlimen DAP bersama Kamaruddin selama hampir sejam di Puitrajaya hari ini.

Bagaimanapun, seorang lagi ahli parlimen DAP, Teresa Kok yang hadir bersama sidang media itu, berkata Kamaruddin memberitahu mereka bahawa cadangan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi sebagai pengundi tidak hadir masih dikaji dan tidak akan dikasanakan segera.

Kedua-dua syor penggunaan dakwat kekal dan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi adalah antara sepuluh cadangan yang dikemukakan dalam laporan awal yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi pembahruan sistem pilihan raya di negara ini di Dewan Rakyat, minggu ini.

Agensi seperti SPR yang dinamakan dalam laporan itu diberikan tempoh dua minggu bagi melaksanakan cadangan berkenaan.

Sementara itu, mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, beliau bersetuju dengan cadangan dakwat kekal digunakan bagi mengelakkan tohmahan berlaku penyelewengan dalam pilih raya.

"Dunia Islam lain dah terima. Mereka juga ada ulama dan ilmuan agung. (Jadi) setuju sangat agar tohmahan dihilangkan," katanya dalam sms ringkas kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]kepadaMalaysiakini.

[Baca berita penuh]

I like this...smart move!!

Posted: 02 Dec 2011 12:22 AM PST

The Battle Royale

PKR and Umno have successively held their general assemblies.

And the timing offers an excellent opportunity for people to make a comparison between the two.

PKR's assembly was anything but momentous. Safe for the challenge by Youth leader Shamsul Iskandar that Umno amend the Constitution to ensure only Malays could become the country's prime minister, which did manage to arouse some controversies, the assembly was otherwise largely uneventful and uninteresting.

But that does not mean PKR is devoid of its characteristics. Just the opposite, the party made a wise strategic move by holding its general assembly in Johor Bahru.

Wait a minute! JB? The stronghold of Umno? Was PKR looking for trouble?

Not exactly. The strongest point of the rival could also be its most vulnerable part.

The clash of German and Soviet tanks in Kursk during World War II is a point in question.

The Germans' fortress was on the west of Kursk. However, they opted to launch their attack from the south and north in an attempt to encircle the Soviet troops and wipe them out.

The Soviet troops almost could not resist the 6,000-strong tank invasion from the south and north, and it was pretty clear that the Russians were very likely to be crushed anytime. But then the Germans halted their assault due to supply disruption.

Seizing the opportunity, General Georgy Zhukov mobilised his troops to counter-attack the Germans on the west. With most of their troops now bogged down in the north and south, the Germans were unable to redeploy their men to defend and were defeated, spelling a prelude to their eventual surrender.

Back to our country. Many people think that the major battlefields in the coming general election will be in Selangor, Perak and Kedah. To be honest, the place that will determine the final outcome is none other than BN's stronghold in Johor.

States like Perak, Selangor, Kedah and Terengganu are most definitely the frontline states that will see very heavy gunfire.

While both BN and Pakatan may lose or gain some seats in these states, or perhaps some state administrations may even change hands after the election, the outcome is nevertheless unlikely to alter the parliamentary tectonic plate post-2008.

Johor is the biggest unknown. It is indeed a powerful fortress state for BN on peninsular Malaysia, but no one can tell whether it will remain BN's most assured asset.

BN's two other fortresses--Sarawak and Sabah--are basically heavily secured lots that are extremely unlikely to tip.

Johor provides a different picture. It is not that segregated as the two states in East Malaysia while the people have higher political awareness and better access to information.

Unmoved in March 2008 does not mean Johor will remain unmoved in the coming general election.

Moreover, the state has a relatively high ratio of Chinese population: Over 30% in most constituencies and 40% in some.

Besides Bakri that is already in DAP's embraces, constituencies like Kluang, Gelang Patah, Tebrau, Pasir Gudang, Labis, Johor Bahru, Pulai, Tanjung Piai, Segamat and Sekijang are all no longer BN's sure bets.

If BN loses this important battlefront, its hopes of retaining Putrajaya could be dashed.

The weakest part of PKR and Pakatan in general lies in its poor organisation and fighting spirit in Johor, as well as their lack of substantial support among the Malay society.

That said, it will be the parties' strategies and real strengths that will eventually decide the final score.

-mySinchew

PSC patut cadang tarikh PRU ditetapkan 5 tahun sekali.

Posted: 01 Dec 2011 11:25 PM PST

Presidential elections in the United States occur every four years on the first Tuesday after the first Monday of November.

Kenapa Malaysia tak boleh fix kan saja tarikh pilihanraya macam USA? Katakanlah 5 tahun sekali.

Kuasa mutlak kepada PM untuk menetapkan tarikh PRU kadang-kadang mewujudkan suasana tak masuk akal.

Contohnya, tempoh 5 tahun dari 8hb. Mac, 2008 ialah pada 7hb. Mac, 2013. Sekarang ni, tak sampai 4 tahunpun PRU12 berlalu, masing-masing tak habis-habis berspekulasi tentang tarikh pilihanraya. Bukankah kita banyak menghabiskan masa kepada benda2 yang tak produktif ini?

Tetapkan tarikh. Semua orang tau itulah tarikh PRU akan datang. Bukankah mudah?

Saya rasa PSC patut memikirkan perkara ini. Jangan buang masa lah......Wallahu'alam.!!

TERKINI @ 10:20:05 PM 01-12-2011 December 01, 2011

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Dewan Rakyat meluluskan laporan awal jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pilihan raya – yang mengandungi lebih 10 syor termasuk penggunaan dakwat kekal.

Pengerusi jawatankuasa Datuk Seri Maximus (gambar) berkata beliau menjangkakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh menyediakan dakwat kekal dalam masa dua bulan.

Bercakap kepada pemberita, kata beliau, penggunaan dakwat kekal hanya memerlukan perubahan kecil dalam undang-undang.

"Sasaran saya hanya dua bulan. Peguam Negara sudah ada draf. Hanya perlukan dua bulan untuk diluluskan oleh Kabinet dan Agong," kata beliau selepas Parlimen menerima laporan awal bagi tujuan memperbaiki sistem penjalanan pilihan raya.

Katanya, agensi-agensi kerajaan terlibat dalam pembaharuan terlibat akan diberikan masa hingga Jumaat ini untuk datang dengan jadual pelaksanaan.

Katanya, SPR juga perlu menggariskan keperluan kewangan dan sumber manusia untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum yang dijangkakan dalam waktu terdekat.

Ongkili berkata jawatankuasa itu akan mengadakan empat sesi pendengaran awam bermula Jumaat depan bagi mendapat maklum balas daripada semua pihak berhubung perkara itu.

Katanya, jawatankuasa itu juga akan meneliti perkara-perkara yang dibangkitkan dalam pendengaran awam dan di Dewan Rakyat ketika ia dibentangkan sebelum ia dimuktamadkan.

Katanya, laporan akhir berhubung penggunaan dakwat kekal dijangka siap sepenuhnya 3 April depan.

Sembilan usul lagi yang dibentangkan termasuk pengundi awal dan pengundi yang berada di luar negara akan mengambil sedikit masa kerana melibatkan penambahbaikan beberapa agensi.

Aspan: Muhyiddin 'main belakang' Najib. Kahkahkah...!!

Posted: 01 Dec 2011 11:10 PM PST

Kalau sudah lemah, apa sahaja digunakan untuk menang — Aspan Alias
December 02, 2011

2 DIS — Kalau kita sudah lemah atau kurang sehat, kita akan bercakap seperti orang yang meroyan. Ia memang begitu. Kepada orang yang sedang demam panas selalunya dia akan meroyan dan bercakap tidak tentu buah butirnya. Begitu jugalah apa yang kita sedang lihat dalam Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno dan Perhimpunan Umno sekarang ini.

Muhyiddin memulakan ucapan keras untuk membentuk bibit kebencian di antara rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Buat masa ini rakyat berbilang kaum di bawah-bawah ini bersatu dan tidak bermusuhan di antara satu dengan lain. Yang menaikkan semangat benci membenci di kalangan rakyat dan di antara kaum ini ialah pemimpin sendiri dan ini boleh kita lihat dari intipati dalam teks ucapan Timbalan Presiden Umno itu.

Kerja dan usaha memecah belahkan rakyat berbilang kaum itu diperkuatkan dengan beberapa cebisan ayat-ayat suci al Quran dalam beberapa surah di dalam kitab suci itu. Ayat-ayat Quran digunakan untuk memecahkan kesatuan di antara kaum yang wujud di antara kami di bawah ini. Selepas ini apabila keadaan tidak berubah dan sokongan masih tidak didapati, tidak tahulah ayat apa pula yang akan di gunakan. Saya rasa carut-mencarut pula akan menjadi senjata untuk memecah belahkan rakyat untuk mengambil kesempatan untuk mendapat kuasa lanjutan dari rakyat.

Katanya DAP itu rasis, PKR itu parti yang memperjuangkan tubuh badan individu dan PAS itu sudah jadi baruah DAP. Kita memahami kenapa Muhyiddin bercakap begitu. Ia adalah satu usaha untuk menyatukan orang Melayu di belakang Umno. Bagi Muhyiddin saya yakin beliau tidak lagi menaruh harapan kepada bangsa lain kerana bangsa lain terutamanya kaum cina, mempunyai pendirian yang tetap dan payah untuk di goyahkan.

Bagi Muhyiddin oleh kerana kegelabahan dan kegelisahan beliau, Timbalan Presiden Umno ini terlupa dengan apa yang dia kata semalam dan hari ini misalnya. Hari ini bercakap lain, besok dia akan bercakap perkara yang sama tetapi dalam mood yang bertentangan dengan apa yang beliau perkatakan pada hari sebelumnya.

Selalunya kalau kita kaji dari psikolojinya Muhyiddin sudah mula hilang keyakinan terhadap sokongan rakyat khususnya orang Melayu. Bagi Muhyiddin beliau boleh berkata apa sekali pun terhadap bukan Melayu kerana beliau merasakan beliau tidak boleh mengharapkan bangsa Cina untuk bersama beliau dan Umno. Kata-kata beliau begitu rasis, malahan lebih rasis dari Perkasa semasa berucap di Perhimpunan 3 sayap parti, Wanita, Puteri dan Pemuda.

Maka kita lihat apa yang di suarakan oleh Najib melalui slogan 1 Malaysia itu dilanggar secara "head-on" oleh Muhyiddin. Muhyiddin sudah kesuntukan akal. Sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau merupakan pengganti kepada Najib jika ada apa-apa yang berlaku kepada kepimpinan Najib. Belum pun beliau mengambil alih beliau telah menunjukkan sikap tidak boleh "co-exist" dengan bangsa-bangsa lain di negara ini, bagaimana kah beliau boleh diterima oleh rakyat secara menyeluruh nanti?

Bagi saya sikap Muhyiddin itu merupakan sikap "mengecilkan padang" beliau sendiri. Beliau hanya mahukan orang Melayu untuk bersatu dan seolah-olah menolak kewujudan bangsa lain terutamanya bangsa Cina yang sudah berada empat keturunan di negara ini.

Bagaimanakah Muhyiddin boleh di terima sebagai pemimpin jika beliau hanya mahu menjadi pemimpin kepada bangsanya sendiri sahaja. Pada Muhyiddin bangsa lain semuanya anti Islam, komunis, jahat, dan semuanya yang tak elok. Hendak juga saya melihat jika Muhyiddin jadi PM dengan hanya menjaga orang Melayu. Bila bercakap seperti orang yang tidak berfikir langsung semata-mata kerana hendak menjaga "hardliners" dalam Umno.

Apakah agaknya sebab-sebab Muhyiddin menuduh DAP hendak jadikan negara ini sebagai sebuah republik? Saya percaya Muhyiddin menyebut ini kerana rasa terdesak di atas keruncingan sokongan orang ramai terhadap Umno dan BN pada hari ini. Kadang-kadang kita tidak boleh menyalahkan MCA dan Gerakkan menuduh yang kedua parti itu tersungkur kerana sikap pemimpin reputasi Umno yang menerajui BN itu. Umno kini tidak mempunyai "magnanimity" yang tinggi. Muhyiddin sepatutnya membaca dan menghayati isi kandungan perlembagaan parti itu betul-betul.

Sesungguhnya saya sudah percaya apa yang di katakan oleh Gerakkan dan MCA beberapa lama selepas kekalahan teruk dalam PRU 2008 yang Umnolah menyebabkan kedua parti itu jatuh merudum. Kaum-kaum khususnya kaum Cina beranggapan yang Gerakkan dan MCA itu hanya sebagai parti-parti yang telah di pariahkan oleh Umno sendiri. Maka tindakan bangsa cina tidak menyokong MCA dan Gerakkan itu adalah tepat bagi mereka kerana MCA dan Gerakkan itu sentiasa mengikuti kerenah buruk Umno sebagai parti tunjang kepada BN itu.

Dengan ucapan pedas Muhyiddin di Perhimpunan 3 sayap Umno yang baru lalu ini bangsa cina nampaknya lebih takut jika BN khususnya Umno, masih diberikan mandat kali ini. Apa yang di perlukan pada hari ini ialah seorang pemimpin Melayu yang di hormati oleh semua bangsa kerana pimpinan utama negara ini adalah moralnya hak orang Melayu.

Tetapi kalaulah pemimpin seperti Muhyiddin yang bakal mengambilalih kepimpinan Najib yang sedang di usahakan oleh setengah kumpulan dalam Umno sekarang ini sudah dibuai dengan sentimen rasisnya maka menjadikan Muhyddin sebagai pemimpin yang bakal menerajui pimpinan BN yang akan hanya mengambil tanggungjawab terhadap orang Melayu sahaja.

Itu cerita Muhyiddin. Bagaimana pula kalau kita belek-belek sedikit cerita Shahrizat, Ketua Wanita Umno, yang masuk parlimen melalui pintu belakang itu? Dalam Perhimpunan Wanita Sharizat secara jelas juga seorang yang tidak begitu "centre" sebagai seorang nombor satu dalam Wanita Umno. Menyingsing lengan bajunya di hadapan perwakilan dengan nada garang tidak bertempat. Ada di antara yang ada di dalam dewan persidangan memberi komen, "kenapa tidak sensing kainnya sekali?"

Kenapa memberikan reaksi marah hanya kepada Zuraida PKR sahaja kerana desakan Zuraida yang meminta beliau meletakkan jawatan? Kenapa tidak marah kepada Bung Mokhtar dan gengnya sekali kerana mereka dalam Umno sendiri meminta beliau meletakkan jawatan?

Saya di sini tidak berkeyakinan yang Umno mampu mengenepikan Shahrizat dalam PRU nanti kerana beliau adalah Ketua Wanita Umno. Jika beliau masih di calonkan maka ianya akan memberikan "effect" yang "negative" kepada BN di seluruh negara. Yang boleh mengenepikan beliau hanyalah beliau sendiri dengan berhenti secara sukarela dan tidak lagi menjadi calon dalam PRU nanti. Lagi pun Umno boleh melantik beliau sekali lagi melalui pintu belakang. Itu pun dengan syarat BN menang pilihanraya nanti.

Yang tidak akan dapat dinafikan oleh sesiapa ialah pendekatan Najib dan Muhyiddin sangat berbeza dan sentiasa bersalah-salahan. Najib dengan 1 Malaysia nya. Muhyiddin dengan rasis Melayunya. Muhyiddin yang rasis Melayu cuba hendak menuduh DAP sebagai rasis cina yang hanya di anggotai oleh kaum Cina. Tetapi apabila DAP hendak membawa orang Melayu untuk mengimbangi kaum-kaum yang berbilang dalam negara ini Muhyiddin kata Cina DAP melakukannya untuk mengumpan dan mengudakan orang Melayu dan orang Melayu yang menyertai parti itu di anggap sebagai pengkhianat bangsa dan negara pula.

Siapa yang pengkhianat? Jika menyertai DAP itu pengkhianat dan memberi ancaman kepada keselamatan negara kenapa tidak haramkan sahaja DAP itu? Tuduhan Muhyiddin ini begitu serius dan kepada siapa yang mahu hidup bersama secara aman mesti menolak Muhyiddin kerana jika beliau menerajui kepimpinan negara kehidupan kita di antara kaum akan porak peranda.

Sebagaimana yang saya tekankan sebelum ini pengkhianat ini ialah seseorang yang menjahanamkan negara dan keselamatan rakyatnya. Pengkhianat yang sebenarnya ialah perasuah kerana budaya rasuah akan menjahanamkan sistem pentadbiran negara dan membawa perpecahan kepada rakyat yang menghuninya. Rasuah lebih dahsyat akibatnya dari ancaman komunis dan dadah.

Mereka yang rasuah ini merupakan benar-benar pengkhianat terhadap negara kerana tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara jujur seperti yang di amanahkan oleh rakyat. Stigma rasuah ini merupakan stigma yang tidak dapat ditanggalkan dari Umno dan BN. Seperti yang saya sebutkan dalam posting yang lalu, Umno dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing, saling menyandar di antara satu dengan yang lain, malahan keselamatan negara akan terancam jika rakyat tidak mahu menyingkirkan perasuah dari barisan kepimpinan negara.

Kritikan tentang rasuah ini sudah lebih satu dekad di persoalkan oleh rakyat tetapi nyata rasuah ini tidak dapat ditanggalkan dari Umno. Maka pimpinan Umno wajar berfikir, jangan tuduh seteru politik sembarangan kerana Umno sendiri itu tidak berkemampuan untuk membuat perubahan minda dengan mengaku rasuah itu adalah musuh nombor satu negara dan rakyat.

Pemimpin Umno boleh berucap bertempik-tempik di Dewan Merdeka dengan retorik dan janji-janji menggunung, tetapi rakyat tidak dapat melupakan isu rasuah yang terlalu menebal dengan Umno. Cubalah berusaha untuk bersatu tetapi rasuah tadi tidak akan membolehkan mereka bersatu di antara satu dengan lain dalam Umno dan BN.

Kalau Umno boleh bersatu, rakyat juga boleh bersatu untuk menolaknya. Sebenarnya rakyatlah yang sudah penat menangani isu perpaduan ini. Sudah nampak jelas rakyat mahu bersatu dalam erti kata yang sebenarnya tetapi nampaknya mereka lebih cenderung untuk bersatu di luar Umno dan BN. Sangat susah untuk bersatu dibawah Umno jika pemimpin-pemimpin mempunyai sikap seperti Muhyiddin Yassin. Beliau hanya inginkan orang Melayu sahaja bersatu sedangkan rakyat mahu bersatu bagi semua kaum yang hidup dalam negara ini.

Inilah bibit-bibit yang menyebabkan rakyat berbilang kaum sekarang menerima parti-parti berbilang kaum dan secara deras menolak parti-parti yang di anggotai oleh hanya satu kaum seperti Umno, MCA dan MIC. Perbezaan wadah dan keterampilan Najib dengan Muhyiddin ini akan memberi lebih sebab kenapa rakyat patut menyertai parti-parti berbilang kaum di negara ini.

Setiap parti yang terdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan menerima kandungan perlembagaan negara. Oleh kerana tuduhan pemimpin Umno yang parti-parti ini tidak menghormati perlembagaan negara inilah yang menyebabkan rakyat berpecah belah.Semua parti menghormati perlembagaan dan tuduhan Muhyiddin yang ada pihak tertentu hendak jadikan negara ini negara republik itu amat menyentuh perasaan rakyat kerana ianya adalah tuduhan yang amat jahat dan memalukan bangsa Melayu kita sendiri.

Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin terdahulu pernah berkata yang kita mesti jauhkan pemimpin yang mempunyai sikap rendah diri dan mempunyai tahap "confidence" yang rendah untuk memimpin. Ugut mengugut, gertak menggertak dan memulas tangan rakyat adalah senjata akhir untuk terus berkuasa. Memaki hamun, mencarut dan menyinsing lengan macam Sharizat menjadi perkara biasa. Jangan menyinsing kain cukuplah.

Pemimpin seperti ini akan bertindak mengikut rasa hati mereka sahaja dan tidak bertindak mengikut keperluan bangsa-bangsa yang dipimpinnya. — aspanaliasnet.blogspot.com

Tiada ulasan: