Kerabu Bersuara ® |
- Najib Bawa Bini VS Hadi Bawa Bini
- Naib Canselor jadi perkakas Umno halang mahasiswa sertai Bebaskan Anwar 901
- Isu Masalah Scoreboard International Stadium Kelantan. JPP Haram Sekat Peruntukan Wang? Kenapa Anuar Musa Mengamuk?
- TG Nik Aziz: Salam Mahabah Dan Realiti Membangun Negara Berkebajikan
- Rakyat Selangor Dapat Wifi Percuma 2012
- Jingga 13 mohon Agong pecat Jamil Khir jika tidak minta maaf
- MB Selangor Tidur? Tolong Ajar Sikit Puak Majlis Perbandaran Ampang Jaya Cara Buat Kerja!
- PSC Harus Menimbang Secara Menyeluruh Tuntutan BERSIH
- Gambar Orang Bersesak Solat Hajat Bebas Anwar Di Pondok Tn Guru Haji Salih Sik Kedah
- Jelitawan Malaysia adalah Pemilik Restoran Mewah di Singapura?
- Kenyataan Media: Jawapan Jamil Khir masih ditunggu
Najib Bawa Bini VS Hadi Bawa Bini Posted: 30 Dec 2011 07:51 AM PST |
Naib Canselor jadi perkakas Umno halang mahasiswa sertai Bebaskan Anwar 901 Posted: 30 Dec 2011 07:48 AM PST (Nabihah Hamid) KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membidas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menghalang pelajar universiti dari menyertai perhimpunan Bebaskan Anwar 901 (9 Januari). "Datuk Sahol Hamid Abu Bakar perlu tumpu usaha ke arah memperkasakan kecemerlangan akademik UiTM dan bukannya menjadikan dirinya perkakas Umno. "Jika Sahol mahu menasihati mahasiswa tidak jadi alat politik, beliau juga perlu berhenti dari jadi alat politik Umno. Jika beliau sendiri gagal, Sahol umpama 'ketam yang mengajar anaknya berjalan'," kata Najwan Halimi – Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN itu pada kenyataan media hari ini. Sebelum ini, Sahol memberi amaran kepada mahasiswa UiTM supaya tidak menyertai kempen Bebaskan Anwar 901 tetapi dilihat menyokong demonstrasi mahasiswa di Putrajaya yang kononnya menyokong kepimpinan Perdana Menteri. Najwan berkata, kenyataan Sahol yang dimuat naik di twitternya cukup mengejutkan kerana secara terbuka menzahirkan kecenderungan politiknya terhadap Umno. "Pada 11 Disember 2011, akaun twitter Sahol memapar kenyataan bertulis: UMNO dan UiTM Sentiasa di Hati," katanya. AMK difahamkan mahasiswa UiTM atas arahan Sahol dikerah ke Putrajaya bagi menyertai perhimpunan menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang didalangi mahasiswa Aspirasi pro-Umno. Sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menghentikan tekanan terhadap mahasiswa dan menyifatkan Umno sebagai terdesak kerana takut dengan kelompok mahasiswa. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kebangkitan mahasiswa apabila mereka berdemonstrasi untuk menuntut kebebasan akademik. |
Posted: 30 Dec 2011 05:01 AM PST klik gambar untuk tatapan lebih jelas. |
TG Nik Aziz: Salam Mahabah Dan Realiti Membangun Negara Berkebajikan Posted: 30 Dec 2011 01:33 AM PST Salam Mahabah Dan Realiti Membangun Negara Berkebajikan Firman Allah SWT, "Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan jangan berpecah-belah…" (Pangkal surah Aali-Imran ayat 103) "Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak)." (An-Nisaa' ayat 174). Bersempena dengan Salam Mahabbah dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Awang (1 Safar/ 26 Disember lalu), saya rasa gembira kerana sempat bersembang dan menyatakan sesuatu demi memperkukuhkan semangat muhibah antara pimpinan parti. Justeru saya merenung kembali perspektif Membangun Negara Berkebajikan yang menjadi ribut kecil sehari-dua ini. Seperti mana saya terangkan kepada pihak tertentu termasuk apa yang saya sebutkan sewaktu bersama program Anak Muda Kelantan di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 28 Muharam (24 Disember) lalu. Perspektif Membangun Negara Berkebajikan saya ulas kembali. Bagi saya, realiti Membangun Negara Berkebajikan tetap selari dengan prinsip Islam dan sesungguhnya ia tidak bercanggah dengan pendirian PAS untuk menegak Negara Islam. Cuma kalimahnya berbeza, sedangkan isi dan acuannya tetap sama, iaitu untuk mencapai keredaan Allah SWT. Di antara fakta yang harus difahami, Islam harus dilihat dari perspektif kepelbagaian sebagaimana dinyatakan Allah di dalam Al-Quran. Antaranya dalam surah Al-Fatihah ada kalimah yang menjadi isi Negara Islam, iaitu 'ihdinassiraatal mustaqim' – tunjukilah kami jalan yang lurus – iaitu jalan agama yang diredai Allah dan Rasul-Nya. Demikian natijahnya, Allah SWT menyebutkan Islam itu dengan pelbagai nama. Antaranya, Islam sebagai jalan yang betul (lurus), disebutkan juga (Surah Aali-Imraan : 103): 'wa'tasimun bihablil Lah ijami'a' – dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah – yang bermakna tali Allah itu ialah Islam. Demikian di dalam Al-Quran (An-Nisa : 174): 'wa'anzalna ilaikum, nurann mubiina' – dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). Justeru Membangun Negara Berkebajikan adalah kalimah yang diolah, sepertimana kalimah Islam itu diterangkan dalam pelbagai senario : bil-Islam (tali Allah) sebagai pengikat yang kukuh, penghubung di dalam menolong sesama insan dan Islam itu ibarat tali yang panjang dan insan beriman perlu berpegang kuat untuk sampai ke penghujungnya, iaitu syafa'at Nabi SAW dan keredaan Allah SWT. Begitu pula, Islam sebagai cahaya iman yang membebaskan kehidupan manusia dari kegelapan (tidak beriman) kepada terang-benderang (mencapai keimanan). Oleh sebab itu, sesiapa sahaja akan menerima cahaya iman dengan izin Allah, tidak kira ia seorang Melayu atau Cina atau India. Semuanya menumpang atas cahaya iman itu, kerana akhirat kelak akan dibangkitkan bersama cahaya iman, jika sebenar-benar ia beriman. Hakikat ini hanya ditemui dalam sebuah negara yang berkebajikan kerana kebajikan itu hendaklah difahami sebagai cahaya keimanan. Mana-mana negara yang melaksanakan program berkebajikan menurut acuan Islam, maka membolehkan rakyatnya mencapai tingkat berkebajikan berserta keimanan, iaitu mencapai tingkat keimanan disebabkan amal khairat kerajaan dan rakyat. Demikian saya merenung sejenak perpsektif Membangun Negara Berkebajikan yang ada baiknya dapat difahami oleh semua pihak. http://www.blogtokguru.com/salam-mahabah-dan-realiti-membangun-negara-berkebajikan/ |
Rakyat Selangor Dapat Wifi Percuma 2012 Posted: 30 Dec 2011 01:20 AM PST KUALA LUMPUR 30 Disember : Bagi mendekatkan lagi agenda kerajaan negeri dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Selangor bakal memperuntukkan jalur lebar (wifi) percuma kepada rakyatnya bermula 2012. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, langkah bijak Selangor itu bagi melahirkan rakyat celik internet di samping dapat menyalurkan maklumat dengan tepat kepada rakyat lapor Keadilan Daily. "Dengan adanya wifi percuma, rakyat lebih senang mendapatkan informasi tepat dan benar daripada kerajaan negeri khususnya. "Ini adalah salah satu cara sesebuah negara demokrasi memberi kemudahan kepada rakyatnya," kata Pei Nei. Kata beliau, bagi memperluaskan kemudahan itu, beliau menyarankan Kerajaan Selangor menubuhkan pusat internet terutamanya di kawasan kampung. "Sasaran kemudahan ini akan dinikmati masyarakat bandar dan desa seluruh Selangor. Pelaksanaan yang bakal dimulakan pada tahun depan itu akan diadakan secara berperingkat. "Kita sedar bukan semua mempunyai komputer, dan atas sebab itu saya mencadangkan pembinaan pusat cyber rakyat bagi keluarga yang tidak mempunyai komputer," ujarnya. Tambah Pei Nei, program itu juga mungkin diperluaskan dengan menyalurkan komputer percuma kepada setiap keluarga. "Kerajaan Selangor harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan keluarga kurang berkemampuan supaya mereka tidak akan ketinggalan maklumat terkini," katanya. Sementara itu, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pelaksanaan wifi percuma di Selangor bagi memastikan rakyatnya dapat menerima informasi dengan tepat dan bebas, sesuai dengan Enakmen Kebebasan Informasi (FOI) yang diluluskan kerajaan negeri. Beliau berharap kemudahan itu dapat dimanfaatkan oleh orang ramai yang menggunakan komputer riba atau telefon bimbit untuk menerima dan menghantar informasi dengan lebih baik. |
Jingga 13 mohon Agong pecat Jamil Khir jika tidak minta maaf Posted: 30 Dec 2011 12:27 AM PST KUALA LUMPUR 30 Dis : NGO Jingga 13 akan memohon kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk memecat Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari pentadbiran negara sekiranya menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak meminta maaf berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat. "Jika beliau (Jamil Khir) tidak meminta maaf dalam 48 jam, kami akan menghantar memo kepada Agong," katanya Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafi Muhammad. "Jelas menghina hukum Islam. Tindakan itu bukan sahaja salahguna kuasa, dalam masa sama menzalimi dan mengkhianati golongan asnaf. "Membiayai kos guaman untuk kepentingan peribadi, sedangkan beliau sangat mengetahui ianya satu kesalahan. Khir Baharom bukan sahaja tidak layak menjadi menteri mengurus hal ehwal agama, tetapi wajar meletakkan jawatan. "Laporan Ketua Audit Negara membuktikan berlaku salah guna kuasa yang cukup nyata. Ia melanggar hukum Islam apabila mereka tidak tersenarai sebagai asnaf yang melayakkan mereka menggunakan wang zakat," katanya dalam kenyataan kepada Suara Keadilan. Terdahulu, NGO itu memfailkan satu laporan terhadap Jamil Khir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor, 30 Disember lalu. Dakwaan penyalahgunaan wang zakat didedahkan bekas Bekas pegawai siasatan jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim awal minggu ini. Katanya, Jamil Khir dan dua pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman tahun lalu seperti yang disahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Menurut laporan itu, Jamil Khir, Setiausaha MAIWP Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa MAIWP Shamsudin Hussain telah menggunakan RM63,650 dari wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim. Laporan itu juga mengesahkan wang itu telah dibayar balik selepas agensi itu memperoleh RM70,000 pada Jun tahun lalu. Memalukan umat Islam Jamil Khir memalukan umat Islam dengan mempamerkan akhlak buruk dengan mencuri wang zakat, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. "Ada niat awal mencuri wang zakat kerana melalui perbuatan yang telah dilakukannya. Ini tidak beretika dan memalukan orang Islam," kata Dr Manuty kepada Suara Keadilan. Beliau menegaskan, sekali pun wang zakat itu dikembalikan, tetapi perbuatan itu telah dibuat dan dianggap mengesahkan niat awal, iaitu untuk mencuri wang zakat. "Apa kata orang bukan Islam melihat perbuatan ini dibuat di'lubuk' orang Islam? Apakah Jamil Khir ridak ada sensiviti? kata Dr manuty. Sambil membacakan hadis, Dr Manuty menjelaskan, Rasulullah pernah mengingatkan sahabat dan pengikutnya tentang ketegasan undang-undang Islam dalam hal mencuri. "Kalau Fatimah sekali pun mencuri, nescaya akan aku potong tangannya," kata Dr Manuty mengungkapkan semula hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim itu. "Sekarang ini sudah macam zaman jahiliyah. Orang miskin yang mencuri kerana kemiskinannya dihukum. Orang kaya yang mencuri dibebaskan," tegasnya lagi. |
MB Selangor Tidur? Tolong Ajar Sikit Puak Majlis Perbandaran Ampang Jaya Cara Buat Kerja! Posted: 29 Dec 2011 09:47 PM PST AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam. Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki. Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung. Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota. Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga. Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut. Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya. Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band. Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini Jangan tidur MB! Kami pantang kalau benda maksiat ni bersepah. Guna kuasa Yb ajar sikit puak yang bengong ni! |
PSC Harus Menimbang Secara Menyeluruh Tuntutan BERSIH Posted: 29 Dec 2011 09:34 PM PST KENYATAAN MEDIA 30 DISEMBER 2011 UNTUK EDARAN SEGERA Saya mengalu-alukan keputusan Jawatankuasa Terpilih Parlimen Untuk Menambahbaik Pilihan Raya (PSC) semalam yang mengumumkan pindaan ke atas peraturan pilihan raya bagi mewajibkan penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya menjelang 1 Februari 2012. Namun demikian, perubahan kecil ini tidak seharusnya dilihat sebagai jaminan kepada proses pengendalian pilihan raya yang telus, bebas dan bersih sepenuhnya. Merujuk kepada senarai tuntutan yang dikemukakan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), saya percaya demokrasi dan proses pilihan raya bebas dan adil sewajarnya turut didukung dengan amalan serta pendekatan yang menjurus kepada kebebasan media dan kempen terbuka. Agensi media awam seperti RTM dan BERNAMA sewajarnya bersikap lebih adil dalam memberikan liputan untuk semua parti politik dan kempen politik parti-parti pembangkang sewajarnya tidak didiskriminasi menerusi tapisan melampau yang tidak munasabah serta mencabul hak kebebasan bersuara. Saya juga ulangi desakan agar tempoh masa kempen pilihan raya dilanjutkan dalam memastikan sebaran maklumat sepanjang tempoh berkempen dapat dicapai oleh segenap lapisan rakyat. Tempoh masa berkempen yang terlalu singkat – 10 hari – sepertimana yang berlaku sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru sewajarnya tidak berulang. Manakala pengawasan terhadap komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu dijamin menerusi pengukuhan badan kehakiman yang lebih bebas dan adil. Justeru, Pakatan Rakyat komited dan menuntut supaya pihak PSC turut menumpukan penambahbaikan proses pilihan raya ini dengan mengkaji serta menimbang secara menyeluruh ke semua tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH dalam menjamin pilihan raya yang bebas, telus dan adil. ANWAR IBRAHIM |
Gambar Orang Bersesak Solat Hajat Bebas Anwar Di Pondok Tn Guru Haji Salih Sik Kedah Posted: 29 Dec 2011 07:23 PM PST Slt hajat mohon bebas @anwaribrahim 901d Ponduk Tn Guru Hj Salih Sik Kedah penuh sesak tkt n bawah yfrog.com/oduibaaj |
Jelitawan Malaysia adalah Pemilik Restoran Mewah di Singapura? Posted: 29 Dec 2011 07:16 PM PST |
Kenyataan Media: Jawapan Jamil Khir masih ditunggu Posted: 29 Dec 2011 04:46 PM PST Saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali di atas penjelasan beliau tentang penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, Che Mat sendiri dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain. Che Mat menganggap isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat ini berbaur politik. Semalam Muhammad Yamin Ismail menyatakan pembiayaan kos guaman ini bagi menghadapi permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan geran kerajaan. Namun jawapan Che Mat dan Muhammad Yamin bercanggah dengan beberapa pihak yang tiada kaitan dengan Pakatan Rakyat. 1. Pada 21 Jun 2011, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab YB Saifuddin Nasution di dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen. 2. Pada 23 Jun 2011 peguam Zainul Rijal Talha dan Amir meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan tentang penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman. 3. Pada 21 November 2011, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Ini memandangkan geran kerajaan tidak dapat menampung pembayaran yuran guaman tersebut. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun 2010, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses 'pelarasan semula'. Saya juga berharap Che Mat menjawab persoalan yang dibangkitkan YB Saifuddin Jun lalu bagaimana tentang kesahihan prosedur yang digunakan memandangkan beliau yang memohon peruntukan kos guaman tersebut dan beliau juga, selaku Setiausaha MAIWP yang meluluskannya. Namun dalam hal ini sewajarnya Jamil yang tampil menamatkan sebarang keraguan. Saya tegaskan semalam bahawa janganlah beliau berselindung di sebalik pegawai kerajaan. Saya difahamkan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah menasihatkan Jamil untuk mengeluarkan kenyataan rasmi. Mungkin ada yang menganggap RM63,650 ini kecil berbanding skandal-skandal seperti PKFZ (RM12 bilion) dan NFC (RM250 juta). Namun isu ini membabitkan wang zakat yang merupakan salah satu rukun Islam yang penting. Ketika pihak berkuasa setiap tahun berbangga dengan kadar kutipan zakat dan menggesa umat Islam membuat bayaran zakat menerusi agensi zakat yang rasmi, Jamil ada tanggungjawab untuk menjernihkan keadaan. Justeru KEADILAN akan membuat laporan polis pada minggu depan sekiranya tiada penjelasan yang munasabah tentang percanggahan ini. Nik Nazmi |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan