Ahad, 18 Disember 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®

Panas Dan Perang Kakitangan Awam, Riwayat Umno Akan Berkubur!

Posted: 18 Dec 2011 05:25 AM PST

SBPA: Jangan cetus 'perang' dengan kakitangan awam, Cuepacs beri amaran

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 18 Dis ― Isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) turut menjadi perhatian perhimpunan membantah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) petang ini, dengan pemimpin kanan Cuepacs memberi kerajaan amaran - jangan mencetuskan "perang" membabitkan kakitangan awam yang rata-rata tidak puas hati dengan sistem gaji baru ini.

Pelaksanaan SBPA dilihat akan menjadi satu lagi ujian kepada pentadbiran Najib menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail berkata, pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, sudah pun mencetuskan rasa tidak senang di semua lapisan perkhidmatan awam khususnya mereka dalam Kumpulan Pelaksana.
Kumpulan Pelaksana sebelum ini dikenali sebagai kakitangan Kumpulan Sokongan I dan II.

"Saya minta kerajaan jangan cetuskan perang, kakitangan awam ada 1.4 juta orang, saya berharap kerajaan jangan wujudkan pertikaian dengan melaksanakan SBPA," kata beliau yang menimbulkan isu NFC, projek ternakan lembu yang dikaitkan dengan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Ketua Wanita Umno, dalam ucapannya.

Kemudian ketika ditemui The Malaysian Insider, Zainal yang juga pemimpin kanan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berkata, ramai beranggapan bahawa projek NFC yang menggunakan RM250 juta dana awam itu sebagai satu pembaziran.

"Mengapa RM250 juta boleh dibazirkan dalam projek lembu, kata nak keluarkan lembu dalam setahun dalam sekian-sekian jumlah, tetapi tak jadi, gagal," soal beliau yang menyamakan mengapa kerajaan tidak boleh memberi manfaat lebih baik bagi kakitangan awam menerusi SBPA.

Masalah dan kegagalan projek NFC ditimbulkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Kerajaan kata gunakan hampir RM3 bilion untuk melaksanakan SBPA, siapa rasai jumlah yang besar? (Difahamkan) seramai 36 penjawat Kumpulan Premier dapat bahagian peruntukan (dalam bentuk perubahan gaji) hampir RM200 juta, hanya sekitar RM300 juta bagi Kumpulan Pelaksana," katanya lagi.

Rata-rata kesemua pemimpin yang bercakap pada perhimpunan petang ini melahirkan rasa tidak puas hati yang timbul khususnya berkaitan perubahan gaji di bawah SBPA.

SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis sekarang.
Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perubahan gaji - kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus.

Ia sebahagian daripada langkah menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Cuepacs mendakwa kenaikan gaji bagi kebanyakan kakitangan awam khususnya Kumpulan Pelaksana adalah kurang daripada tujuh peratus, yang turut menjadi harapan.
Satu slaid yang ditunjukkan kepada lebih 2,000 orang yang menghadiri perhimpunan hari ini menunjukkan penjawat kategori JUSA C menerima kenaikan hampir 45 peratus di peringkat permulaan gaji berbanding Sistem Saraan Malaysia (SSM).
SBPA akan menggantikan SSM.

Maklumat itu menunjukkan kategori Satu JUSA C menerima gaji permulaan RM$6,595 di bawah SSM dan akan dibayar RM$12,000 jika menerima SBPA, Kategori Dua (SSM RM$7,236; SBPA RM$12,645), Kategori Tiga (SSM RM$7,939; SBPA RM$13,345), Kategori Empat (SSM RM$8,710; SBPA RM$14,115) dan Kategori Lima (SSM RM$9,480; SBPA RM$14,885).

Cuepacs mahu membangkitkan lima poin komponen dalam SBPA semasa pertemuan dengan Najib minggu ini.

Dua poin utama ialah menangguhkan urusan penerimaan opsyen dan membatalkan dasar pemisah atau 'exit policy'.

Isu Pinjam Wang Bank Dunia: Mahathir Mudah Lupa?

Posted: 18 Dec 2011 04:27 AM PST

PKR dedah pautan bantuan Bank Dunia pada Dr M

PKR hari ini terus mempertahankan pendiriannya bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah terlibat dengan bantuan Bank Dunia semasa era pemerintahannya.

Dalam kenyataan hari ini, parti itu malah mendedahkan pautan ke laman Bank Dunia yang dikatakan "jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia".

Kedua-dua pautan ituboleh dilayari di alamat http://go.worldbank.org/U29R77EBX0 dan http://www.worldbank.org/projects/searchlang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=.

"Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu," demikian menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir semalam mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikannya pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

Sehubungan itu, PKR dalam jawapan balasnya itu turut membangkitkan isu lain membabitkan kepentingan dalam syarikat arak.

"Sewajarnya sebelum mantan perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel," katanya.

KEADILAN dedah bukti Dr M buat 38 pinjaman Bank Dunia

Posted: 18 Dec 2011 03:13 AM PST

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendedahkan bukti pautan memuatkan senarai pinjaman Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini sekaligus membuktikan tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ejen Barat dan perkakas Bank Dunia, tidak benar, sebaliknya Mahathir berbohong dan cuba memutar belit fakta sebenar.

Rujukan pautan itu di sini
Semakan berdasarkan pautan itu, Mahathir melakukan sebanyak 38 pinjaman antara 18 Mei 1982 hingga 30 Mac 1999.

Walaupun Mahathir kerap memfitnah Anwar, bekas Presiden Umno itu bersekongkong dengan Jack Abramoff untuk melobi bagi bertemu Presiden Amerika Syarikat, George W Bush.

Sedangkan, Anwar ketika masih Menteri Kewangan pernah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.

"Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.

"Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel," kata kenyataan media KEADILAN hari ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24487

Membidas Hipokrasi Tun Dr.Mahathir

Posted: 18 Dec 2011 02:08 AM PST

–Kenyataan Media–

Telah sekian lama Dato' Seri Anwar Ibrahim diitohmah dengan pelbagai tuduhan. Tatkala dipenjara, antara fitnah yang dilemparkan ke atas beliau kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Tuduhan ini direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen Dato' Seri Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban. Dato' Seri Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98.

Lantaran ketegasan Dato' Seri Anwar inilah Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.

Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Dato' Seri Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan UMNO serta juak mereka.Pimpinan UMNO mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus. Apa yang tidak pimpinan UMNO dan Tun Dr. Mahathir sedari, rakyat tidak lagi senang diperbodohkan. Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Tohmahan Tun Dr. Mahathir bahawa Dato' Seri Anwar adalah agen Barat,IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan Perdana Menteri tersebut. Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Tun Dr. Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.

Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Dato' Seri Anwar dipecat,Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Dato' Seri Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat.

Beberapa hari lalu Tun Dr Mahathir telah mencabar Dato' Seri Anwar bersumpah dengan menjunjung al Quran. Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran,eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel.

Sewajarnya dinyatakan tatkala masih menjawat jawatan Menteri Kewangan,Dato' Seri Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu. Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.

Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr.Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu. Jika diteliti, ianya jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

1 - http://go.worldbank.org/U29R77EBX0

2 - http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=

Eekmal Ahmad
Koordinator Media Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim

Bendera Najib: Bebas anggap bukan satu kesalahan, tapi sedia mohon maaf

Posted: 18 Dec 2011 12:20 AM PST

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tiada masalah untuk memohon maaf berhubung insiden menurun dan menaikkan semula bendera Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini, petang semalam.

Bagaimanapun ketua Bebas menegaskan, pihaknya tidak melakukan apa-apa kesalahan besar sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak termasuk kononnya menghina Najib.

Ketika dihubungi Safwan Anang berkata, pemimpin Bebas akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam menentukan tindakan susulan.

Insiden itu terjadi sebelum Saifuddin tiba untuk menerima memorandum daripada mereka di pekarangan Menara Dato' Onn.

"Sebenarnya, saya tidak melihat tindakan menurunkan bendera yang tertera wajah (Presiden Umno) Datuk Seri Najib Razak ini sebagai satu kesalahan besar... ada seorang peserta menurunkan bendera dan apabila ditegur oleh pengawal keselamatan, ia dinaikkan dengan segera," katanya sambil menambah, tidak berlaku apa-apa perbuatan menghina bendera Najib sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.

"Tetapi jika ada yang merasakan perbuatan menurunkan bendera dan menaikkan semula satu kesalahan, kami sedia meminta maaf. Lagi pun kami menghormati teguran pengawal keselamatan ketika itu, bukan tidak patuh arahan," katanya.

"Sebenarnya, bendera itu berkibar dengan lebih megah selepas dinaikkan semula, jadi saya tidak melihat menurun dan menaikkan semula bendera ini satu kesalahan... tapi jika masih mahu kami meminta maaf, kami bersedia, tiada masalah.

"Kami sedang berusaha untuk menghubungi Datuk Saifuddin bagi mengadakan perbincangan dan menyelesaikan isu ini dengan baik," katanya.

Dalam satu mesej Twitter yang dikeluarkan malam tadi, Saifuddin menyifatkan tindakan menurunkan bendera adalah perbuatan terkutuk.

"Perbuatan menurunkn gambar DSN (Najib) ini adalah terkutuk. Anda mesti minta maaf!" kata Saifuddin dalam mesej sebagai respons kepada akaun @MahasiswaMsia.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga mengeluarkan pendirian yang sama.

"Saya hormat hak dan kebebasan bersuara tapi tindakan menurun bendera PM adalah biadap. Harap penganjur mohon maaf," katanya dalam mesej balas kepada Saifuddin dan gerakan itu.

Bebas mengadakan demonstrasi di ibu negara petang semalam dengan mendapat kerjasama daripada polis.

Selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Suhakam, kumpulan dalam sekitar 100 orang peserta demonstrasi bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyerahkan memorandum kepada Saifuddin.

Saifuddin yang dihubungi pagi tadi memberitahu beliau menunggu tindakan susulan Bebas.

"Saya tunggu kenyataan mereka," katanya kepada The Malaysian Insider.

Malam tadi, Saifuddin berkata mahu mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak-pihak terbabit berhubung dakwaan bahawa bendera gambar Najib.

"Insiden turun naik bendera gambar DSN (Datuk Seri Najib Razak) di PWTC petang tadi. Saya telah hubungi penganjur minta keterangan. Saya juga hubungi pihak PWTC," kata Saifuddin, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, menerusi mesej Twitter malam tadi.

Mesej akaun Twitter di bawah akaun @MahasiswaMsia dengan merujuk kepada isu Himpunan Bebas itu berkata, "sejarah tercipta! Demonstrasi hingga ke bangunan Umno di PWTC dan sejarah itu dicipta oleh Mahasiswa! Bangkit Mahasiswa!"

Mesej susulannya berbunyi, "17 Disember '11 — hari bersejarah negara."

Katanya, mahasiswa berdemonstrasi dan dapat menawan ibu pejabat Umno di PWTC dengan membawa satu tuntutan iaitu kebebasan akademik.

Bagaimanapun mesej seterusnya memaklumkan Saifuddin bahawa kejadian itu memang bukan sesuatu yang dirancang.

"Insiden ini bukan perancangan kami, di luar kawalan.

"Isu turun bendera gambar DS @NajibRazak Ia di luar kawalan penganjur. Koalasi Bebas pandang serius dan akan bincang perkara ini," kata dua mesej yang menyusul sekitar 9 malam tadi.

Bendera Najib: Bebas anggap bukan satu kesalahan, tapi sedia mohon maaf

Posted: 17 Dec 2011 10:57 PM PST

Kesetiaan saya dengan PAS masih kukuh, kata Nasharudin Mat Isa

Posted: 17 Dec 2011 08:53 PM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa yang dikaitkan dengan desas-desus akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13 dan kemungkinan keluar PAS menegaskan, beliau masih percaya dan setia dengan parti Islam itu.

"Kepercayaan dan kesetiaan saya kukuh terhadap PAS," kata beliau dalam temu bual dengan Berita Minggu disiarkan hari ini.

Menjawab soalan sama ada akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, Ahli Palimen Bachok ini berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada secara peribadi mahupun "diarah pimpinan parti."

Kata Nasharudin, beliau juga tidak memikirkan dengan serius hal tersebut sebab ada banyak perkara yang perlu dibereskan.

"Saya balik kawasan di Bachok dan uruskan masalah rakyat macam biasa. Saya akan tentukan bertanding atau tidak apabila tiba masa," katanya lagi.

Nasharudin bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali disebut-sebut akan digugurkan daripada mempertahankan kerusi masing-masing.

Hasan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia.

Minggu lalu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali menganggap Hasan dan Nasharudin sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.
Nasharudin dalam kenyataan kepada Berita Harian minggu lalu ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik semasa PAS.

Mustafa juga berkata Nasharudin tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar lalu walaupun dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Hasan pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah menghadiri mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Dalam temu bual terbaru ini, Nasharudin menambah, PAS sebagai organisasi Islam telah dan harus konsisten dengan wajah Islam.
Katanya, jangan sampai pegangan berpandukan al-Quran dan hadis yang menjadi tunjang dipinggirkan kerana terlalu sibuk layan matlamat dan permasalahan.

"Politik banyak diwarnai persepsi dan ini perlu ditangani dengan teliti.

"Tanggapan di luar ialah PAS nampak longgar dalam beberapa perkara, ini bahaya," katanya yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.
Kata Nasharudin, PAS mesti kembali berpegang kepada prinsip asal dan jangan semata-mata hendak raikan suasana politik.

"Kita berpolitik lebih daripada berpegang kepada panduan syarak.
"Saya tak nak sebut mana-mana pihak atau individu secara spesifik tetapi jika kita sebut pada prinsip, keadaannya harus begitu," kata beliau.

Menurut beliau, Islam agama fleksibel dalam banyak aspek termasuk politik, tetapi jangan sampai "kita menggadai apa yang perlu diberi keutamaan."

"Kepentingan Islam dan umatnya harus berada di tangga teratas tanpa menafikan hak lain kerana kita dituntut berlaku adil," katanya lagi.

Kesetiaan saya dengan PAS masih kukuh, kata Nasharudin Mat Isa

Posted: 17 Dec 2011 08:15 PM PST

Tiada ulasan: