DUNIACACAMARBA |
- Sebelum Bersumpah, Che Det Seharusnya Jelaskan Hutang Malaysia dengan World Bank
- Suami CEMBURU Potong Jari Isteri. Cemburu Apa?
- Foto "Ehem-ehem" Mahasiswi Cantik Tersebar
- Duda Berisiko Hadapi MASALAH MENTAL Jika...
Sebelum Bersumpah, Che Det Seharusnya Jelaskan Hutang Malaysia dengan World Bank Posted: 18 Dec 2011 06:30 AM PST Cuba buka pautan ini: 1 - http://go.worldbank.org/U29R77EBX0 2 http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src= Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat daripada Kabinet. Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek "Malaysia Education Sector Support Project", "Malaysia Social Sector Support Project" dan "Malaysia Year 2000 Technicial Assistance Project" manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan". The following project was approved today by the World Bank's Board: "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan" LOAN AMOUNT: IBRD-US$100 million PROJECT DESCRIPTION: This project will assist the government of Malaysia, in a rapidly narrowing window of opportunity, to: (1) contain and minimize the disruption in the country's social and economic infrastructure that would be caused by the failure of critical central, state, and local government systems to process dates after December 31, 1999; and (2) coordinate Y2K efforts in key sectors, monitor closely the evolving overall national situation, and prepare measures to deal with possible disruptions. For more information, call Lucy Oh at (202) 473-2561, fax at (202) 477-0169, or e-mail Loh@worldbank.org. Selepas menjelaskan hal ini, pergilah bersumpah di mana-mana masjid. | ||
Suami CEMBURU Potong Jari Isteri. Cemburu Apa? Posted: 18 Dec 2011 04:00 AM PST Polis Bangladesh berkata, mereka akan memfailkan tuduhan terhadap pekerja asing yang memotong jari tangan isterinya sebagai hukuman kerana melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di sebuah kolej tanpa kebenarannya. Rafiqul Islam didakwa mengikat isterinya berusia 21 tahun, menutup mulutnya dengan pelekat dan kemudian memotong lima jari tangan kanannya selepas beberapa jam kembali dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Ketua Polis Mohammad Salauddin. "Dia marah kerana isterinya menyambung pelajaran di kolej. Dia cemburu kerana dirinya hanya menerima pendidikan sehingga gred 8, manakala isterinya pula melanjutkan pelajaran di kolej," katanya Rafiqul Islam "Selepas dia pulang ke Bangladesh, suami mahu mengadakan perbincangan dengan saya. Tiba-tiba, dia menutup mata saya dan mengikat tangan saya," kata Hawa kepada wakil BBC tempatan. "Suami menutup mulut saya dan mengatakan bahawa dia akan memberikan saya beberapa hadiah kejutan. Sebaliknya, dia memotong jari saya." Menurut Hawa, suaminya yang tidak berpendidikan tinggi enggan membenarkannya melanjutkan pelajaran di kolej. Semasa perbualan telefon sebelum kejadian, suaminya memberikan amaran tentang "akibat buruk" yang bakal diterimanya jika engkar akan arahannya. Hawa Akther berharap dapat meneruskan pengajian dan menggunakan tangan kirinya untuk menulis selepas doktor mengesahkan jarinya tidak boleh disambung semula.-DCM P/s: Hanya kerana cemburu isteri bakal menerima ijazah suatu hari nanti, lelaki bingai ini sanggup bertindak kejam. Gila! | ||
Foto "Ehem-ehem" Mahasiswi Cantik Tersebar Posted: 17 Dec 2011 08:00 PM PST
Menurut berita yang dipetik oleh unikaja.com. seorang wanita yang masih bergelar mahasiswi di sebuah institut perguruan berhadapan dengan aib apabila gambar bogelnya tersebar di internet baru-baru ini. Sejak penyebaran gambar-gambar itu, kampus tempat mahasiswi itu menuntut yang letaknya di Jalan Parangtritis Bantul Yogyakarta menjadi kecoh. Menurut sumber berita, gambar mahasiswi yang dikenal sebagai Y, 20, berasal dari Bangka Belitung dirakam ketika bersama-sama dengan guru peribadinya yang juga bergelar mahasiswa. Diduga, foto-foto itu dirakam ketika mereka melakukan hubungan intim. Mahasiswa yang dinamai W itu dipercayai memuat naik gambar-gambar itu ke internet. Agak mengejutkan apabila mahasiswi yang menjadi mangsa itu sebenarnya sudah bersuami yang dikenal dengan nama inisial FJ. Suaminya yang juga masih bergelar mahasiswa mengakui bahawa wanita dalam gambar-gambar yang tersebar itu ialah isterinya dan memberitahu kepada media bahawa perkara itu sudah dilaporkan kepada pihak polis 13 Disember lalu. "Saya suaminya, nanti sila menanyakan ke pengacara saya," kata suami mahasiswi tersebut ketika mengesahkan hal itu melalui telefon bimbit milik isterinya, Rabu (14/12/2011). "Tolong kampus saya disamarkan (jangan disebutkan), mohon kerjasamanya," katanya lagi melalui SMS. -DCM P/s: Moralnya, jauhi zina. Jika anda sudah berkahwin pun, jangan sesekali mengambil gambar dalam keadaan mengaibkan atau ketika melakukan hubungan intim bersama-sama dengan isteri atau suami. Hal ini penting kerana walaupun gambar itu sudah dipadamkan sama ada di telefon atau di komputer, namun gambar-gambar itu boleh diperoleh semula oleh orang individu yang mempunyai kepakaran. Seperti yang saya katakan sebelum ini, sekali gambar anda tersebar di internet, gambar itu akan kekal di situ selama-lamanya. Jika gambar yang dimuatnaikkan itu mengaibkan, maka aiblah yang akan anda "dapat" sehingga ke akhir hayat. | ||
Duda Berisiko Hadapi MASALAH MENTAL Jika... Posted: 17 Dec 2011 04:02 PM PST Berita Agensi melaporkan satu kajian terkini menunjukkan golongan balu yang hidup sebatang kara selama bertahun-tahun selepas kematian pasangan mereka lebih berkemungkinan berdepan masalah mental. Berikutan itu, saintis menggalakkan golongan berkenaan untuk kembali mencari cinta selepas kematian pasangan kerana tindakan itu dapat merawat kesedihan dan menghalang masalah mental. Penyelidik Sweden berkata, lelaki yang berupaya mencari pasangan baru lebih mudah meneruskan hidup dan pulih daripada kesedihan. Walau bagaimanapun, mereka yang terus bersendirian berada pada risiko paling tinggi berdepan keadaan seperti kemurungan, kebimbangan atau insomnia, dan juga lebih berkemungkinan menggunakan ubat antikemurungan atau ubat tidur. Kajian yang pertama seumpama itu dibuat untuk meneliti bagaimana kehilangan pasangan memberikan kesan terhadap lelaki, dengan penyelidikan terdahulu terhadap balu menunjukkan peningkatan risiko masalah mental dan fizikal dalam kalangan mereka yang masih gagal meneruskan hidup. Penyelidik dari Universiti Gothenburg menyoal hampir 700 lelaki yang kematian isteri akibat barah. Hasil kajian menunjukkan duda yang menemui pengganti empat atau lima tahun selepas kematian isteri mereka dapat menangani kehilangan itu dengan lebih baik. Penulis kajian, Profesor Gunnar Steineck, yang hasil kerjanya disokong oleh Persatuan Barah Sweden, berkata: "Kajian terdahulu menunjukkan orang yang kehilangan pasangan berisiko tinggi berdepan masalah mental jangka pendek. "Kajian kami ialah yang pertama menunjukkan risiko masalah mental berlanjutan beberapa tahun, secara purata, masalah ini terhad kepada mereka yang tidak mencari pasangan baru." Ditanya jika hasil kajian membuktikan cinta itu memberikan kesan seperti 'menyembuhkan penyakit', beliau berkata: "Kami perlu lakukan lebih banyak penyelidikan tetapi memang benar sokongan emosi pasangan baru mungkin membantu menghilangkan kesedihan dan melindungi daripada masalah mental. "Pada masa sama, ada juga lelaki yang dapat meneruskan kehidupan dengan baik selepas kehilangan pasangan adalah yang paling berkemungkinan menunjukkan minat mencari kekasih baru." |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan