Khamis, 15 Disember 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


DAP Inginkan Kerusi MB Selangor?

Posted: 15 Dec 2011 04:58 AM PST

Kebelakangan ini ditimbulkan pula isu kononnya DAP ingin meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu supaya boleh merampas kerusi MB di Negeri Selangor. Pelik saya. Adakah perlu diletakkan Melayu di kawasan majoriti Melayu untuk menjadi MB? Kalau calon Melayu DAP menang di kawasan Cina tidak boleh jadi MB kah? Mesti menang di kawasan Melayu? Hairan dibuatnya. Di mana pula perkara ini termaktub?

Hakikatnya ini hanya cerita-cerita dogeng yang dihasilkan imaginasi jahat UMNO dan surat khabar lidah bercabang UMNO. Jenis imaginasi yang yang boleh menghalalkan RM 250 Juta untuk Shahrizat dan keluarganya serta dianggap isu NFC suatu fitnah yang dirancang pembangkang!

DAP adalah parti berbilang kaum. Ianya bukan parti Cina. Karpal Singh bukan Cina! DAP pernah mempunyai beberapa pemimpin Melayu yang terkenal tetapi malangnya ia di'kenakan' imej parti Cina oleh pihak UMNO. Ia juga di'kena'kan imej anti-Melayu oleh UMNO juga. Apakah yang pernah dilakukan di Pulau Pinang atau di Selangor yang membuktikan DAP adalah anti-Melayu? Tiada apa dan banyak pula program yang membantu Melayu dan Islam yang disokongnya.

Untuk membebaskan diri mereka dari imej yang dipaksa ke atas mereka, maka DAP mengemukakan cadangan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu. Kami dari PAS dan PKR memahami hasrat mereka dan keinginan mereka untuk bebaskan diri mereka dari kerja jahat UMNO ini. Namun sebagai rakan yang saling nasihat menasihati, kami menjangka ianya sesuatu yang akan diserang oleh UMNO sebagai bukti DAP gila kuasa di Selangor; dan PAS bersama PKR mengkhianati kepentingan politik Melayu.

Maka di dalam suasana yang sentiasa ingin dihangatkan oleh UMNO atas semagat perkauman, tindakan yang dicadangkan DAP itu dilihat sebagai sesuatu yang mampu memburukkan lagi keadaaan. Oleh yang demikian, cadangan DAP agak sukar untuk diterima. Kerana ada pengadu-domba yang bergerak bebas di kalangan masyarakat. Kumpulan penghasut dan penipu rakyat yang berkeliaran merata, menembusi ruang udara melalui Radio dan TV, meracuni pemikiran rakyat, siapa lagi kalau bukan UMNO/BN.

Sebenarnya parti yang jelas hanya untuk kaum Cina adalah MCA. Tiada India, Singh ataupun Melayu di dalam MCA. Namun tidak pula MCA diserang UMNO walaupun memperlekehkan hukum hudud. Jelas sekali ianya hanya mainan politik sedangkan mereka berkapit rapat dengan tauke-tauke MCA.

Dalam pada itu, soal MB pula tidak pernah timbul. PR bukan seperti BN yang hanya mementingkan jawatan dan imbuhan sahaja. Asalkan PR memerintah dan rakyat diberi pembelaan, maka kami semua menganggap matlamat telah tercapai. Syarat tambahan bagi PAS pula ialah soal usaha meningkatkan kefahaman rakyat terhadap Islam. Selagimana usaha ini tidak dihalang, maka PAS akan berpuas hati. Tidak timbul persoalan DAP atau PAS inginkan jawatan MB.

Kami semua menyokong penuh TS Khalid sebagai MB dan oleh itu persoalan menggantikan MB tidak pernah timbul. Hanya ditimbulkan oleh pencacai UMNO yang ingin PR bersengketa sesama sendiri. Namun ianya umpan yang mungkin terkesan bagi UMNO, tetapi tidak bagi PR.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Rakyat Bangkit Anwar Di Penjara Mana Sekali Pun

Posted: 15 Dec 2011 01:00 AM PST

Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

Aidila Razak

Tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat.

Bercakap kepada pemberita selepas hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari untuk menyampaikan keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya.

Beliau akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk melakukan reformasi dan perkara itu tidak sukar walaupun beliau mungkin berada dalam penjara, katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menegaskan bahawa tuduhan meliwat pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan "tidak harus diutamakan", Anwar bagaimanapun mempunyai persoalan tentang tarikh keputusan itu akan disampaikan.

Beliau membangkitkan sama ada tarikh 9 Januari itu akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum berlangsung.

Menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu itu, banyak pihak percaya bahawa keadaan tidak memihak kepada ketua pembangkang itu.

Akhbar The Guardian United Kingdom, dalam kolumnya penolong editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,"tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

Hasan Ali Kena Sedar Mainan Licik Umno!

Posted: 15 Dec 2011 12:50 AM PST

'Hasan, Nasha terperangkap dalam agenda Umno'

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti, lapor Harakahdaily.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS.

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama organ parti Harakah dan Harakahdaily di Kuala Lumpur, hari ini.

Panas! Usaha Untuk Jatuhkan Muhyyidin Dan Gantikan Dengan Zahid Hamidi Dalam Perancangan?

Posted: 14 Dec 2011 09:02 PM PST

Daripada maklumat yang belum dipastikan, beberapa laman web sedang bersiap sedia dilancarkan untuk menjatuhkan TPM sekarang iaitu Muhyiddin.

Dikhabarkan juga usaha ini dibuat untuk menaikkan nama Zahid Hamidi untuk berada di kedudukan no 2 sekali gus menjadi TPM yang baru selepas PRU13 nanti.

Usaha mengaitkan beberapa kes dan masalah krisis kepercayaan antara ahli Umno dibuat supaya imej Muhyiddin juga akan terpalit.

Beberapa blogger pihak Umno juga sudah bersiap sedia untuk menyerang.

Kita sama-sama tunggu la, tengok apa yang terjadi nanti.

Terima kasih kepada sahabat, seorang blogger Umno yang kongsi maklumat ini. Adakah betul-betul Muhyiddin akan jatuh?

Selepas dua tahun, liwat II memasuki pusingan akhir

Posted: 14 Dec 2011 07:30 PM PST

Aidila Razak

Selepas hampir dua tahun, perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memasuki pusingan terakhir dengan pasukan pembelaan mengemukakan hujah balas penggulungan akhir pihak pendakwaan sebelum keputusan diumumkan.

Antara isu-isu yang dijangka ditimbulkan pada jawapan mereka hari ini adalah mengenai kredibiliti tiga saksi pakar pembelaan yang 'diserang' oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden semasa penggulungannya Selasa lalu.

Yusof, yang juga Peguam Cara II Negara menyifatkan kenyataan pakar bedah ortopedik Anwar, Dr Thomas Hoogland berbentuk "spekulatif". Ini kerana kali terakhir doktor tulang belakang dari Belanda memeriksa tertuduh adalah pada tahun 2005 dan beliau tidak dapat benar-benar mengesahkan sama ada keadaan Anwar telah kembali pulih daripada menghalangnya melakukan aksi seks.

Seorang lagi saksi pembela, pakar DNA Dr Brian McDonald pula disifatkan sebagai "flip flop" dalam memberi keterangan dan merupakan "pakar yang dibayar" untuk menyokong kes pembelaan,.

Manakala keterangan pakar forensik, Dr David Wells pula berkecuali yang terbaik.

Yusof juga berkata keterangan Anwar dari kandang tertuduh ketika dipanggil membela diri adalah penafian semata-mata serta gagal menggugat bukti pendakwaan.

Katanya, adalah jelas sama sekali pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan pada penutupan kes pembelaan.

Menurut beliau, Anwar dalam keterangan dari kandang tertuduh tidak memberi versinya mengenai dakwaan insiden itu bagi mematahkan keterangan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang menjadi pengadu dalam kes itu.

Katanya adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh selain penafian mutlak mempunyai hubungan seksual dengan pengadu, tertuduh tidak sama sekali mempertikaikan bukti pihak pendakwaan.

Mohamed Yusof berkata Anwar dalam kenyataannya juga tidak sama sekali menafikan bahawa beliau berada di tempat yang didakwa berlaku kejadian itu pada masa dan tarikh tersebut.

Tiada ulasan: