DUNIACACAMARBA |
- Kakitangan Jangan Gembira Sangat dengan Terima Kenaikan Gaji Lumayan, Cuba Baca Buruknya SBPA di Sini
- [Video] DSAI Ikrar Berjuang Walau dari dalam Penjara & 9 Januari Keputusan Drama Liwat 2 dan PRU 13
- Cadang Mahu Kahwin Bulan April, Tetapi Sudah "Tidur" Kongsi Toto
- "Hasan, Nasha Terperangkap..."
- Respons Mahfuz terhadap HASAN ALI - Tepat&Padat
- [Video] Mengapa Hajah Rosmah TIDAK Pakai Tudung? Dengar Jawapan al -Ustazz Pencacai UMCO
- Pasangan Pelajar yang Bercinta DIBENAR Mandi Bersama
- Angkara Peragut, Jururawat MAUT
Posted: 15 Dec 2011 07:45 AM PST Saya petik: SBPA Didakwa Aniaya Kakitangan Awam [HD] Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan BN diyakini bukanlah satu sistem yang baik, sebaliknya akan menganiaya kakitangan sektor awam. Keyakinan itu disandarkan kepada beberapa faktor, terutama berkaitan sistem pemarkahan prestasi kakitangan awam yang pasti terdedah dengan pelbagai bentuk manipulasi. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, menerusi sistem baru itu, pemarkahan prestasi kakitangan awam akan dinilai oleh kakitangan atasan, tetapi penilaian tersebut diyakini tidak akan berlaku dengan adil. Menurutnya, meskipun penilaian prestasi itu sesuatu yang baik bagi menggalakkan perkembangan prestasi di kalangan kakitangan awam, tetapi penilaian tersebut diyakini bukan sekadar berdasarkan prestasi, sebaliknya atas faktor-faktor lain. Katanya, situasi itu akan menjadikan mereka yang benar-benar berprestasi dan berintegriti tidak akan dinilai sebagai berprestasi, sebaliknya mereka yang bijak 'membodek boss' pula yang akan diutamakan. "Saya yakin itulah yang akan berlaku. Jadi pada saya, sistem SBPA itu tidak wajar diperkenalkan oleh kerajaan kerana ia pasti akan menimbulkan pelbagai kecelaruan dalam sektor awam," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Sistem SBPA yang akan dilaksanakan oleh kerajaan itu adalah bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunakan sekarang seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat baru-baru ini. Dalam SBPA itu banyak perubahan yang akan dilakukan dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya penjawat awam, dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan berasaskan prestasi kerja. Antara lain yang terkandung dalam sistem tersebut termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan. Dalam sistem baru itu juga, pembentukan gaji sebaris digunakan dengan diwujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi. Bagi penjawat awam yang menerima opsyen SBPA akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus. Kerajaan juga mengumumkan untuk melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun. Bagi golongan dalam kumpulan guru atau gred gaji DG dengan tempoh bagi kenaikan gred antara DG41 ke DG44 dan DG44 ke DG48 telah dikurangkan kepada 8 tahun sahaja, berbanding sebelum ini selama 10 tahun untuk kenaikan gred dalam jawatan perguruan. Menurut Mahfuz, setelah diteliti opsyen SBPA dengan menyeluruh, ternyata penilaian atau pemarkahan prestasi kakitangan akan dibuat dengan 3 peringkat, manakala mereka yang dicatatkan markah bawah 70 peratus akan dinasihatkan bersara atau dipersarakan. "Sistem pemarkahan sememangnya amat jelas terdedah kepada manipulasi. Mereka yang akan diberikan markah tinggi itu nanti diyakini akan turut didasarkan kepada sokongan mereka terhadap parti Kerajaan BN yang memerintah. "Sekiranya mereka didapati menyokong pembangkang, mereka pasti akan diberikan markah prestasi yang rendak, walaupun merekalah sebenarnya yang betul-betul berprestasi dan wajar diutamakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Beliau memberikan contoh kepada nasib buruk yang menimpa beberapa orang guru yang sememangnya cukup berwibawa tetapi menyokong pembangkang yang bukan sahaja dinafikan kenaikan pangkat, tetapi telah ditukar ke kawasan pedalaman. Katanya, begitu juga dengan nasib yang telah menimpa Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim, sehingga telah diturunkan pangkat sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berkuat kuasa 1 Mei lalu. "Walaupun Datuk Judin sememangnya cukup bertanggungjawab, berprestasi dan berintegriti, tetapi disebabkan sikapnya yang tidak menyokong tindakan-tindakan yang tidak elok para pemimpin BN, beliau akhir telah diturunkan pangkat. "Saya yakin kejadian seperti itu pasti akan berlaku dengan berleluasa nanti apabila sistem baru itu digunakan, sehingga menyebabkan banyak kakitangan awam yang teraniaya," tegas beliau. CUEPACS Bantah [TMI] KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan. Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji. "Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis. Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA. Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan. "Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy. "Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat," kata beliau. Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau 'exit policy'. Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu. Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, "(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar." "Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan," katanya. Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat. "Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas," kata Omar. Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA. Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau. P/s: Rata-rata kawan TM yang berkhidmat dalam kerajaan sedang mencongak kenaikan gaji yang bakal diterima mulai tahun depan. Ada yang mendapat pertambahan pendapatan yang cukup lumayan. Sambil mencongak, fikir juga buruknya! |
[Video] DSAI Ikrar Berjuang Walau dari dalam Penjara & 9 Januari Keputusan Drama Liwat 2 dan PRU 13 Posted: 15 Dec 2011 07:00 AM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim berikirar akan terus memperjuangkan keadilan meskipun beliau mungkin dipenjarakan kerana Drama Liwat II. Bercakap kepada wartawan selepas Hakim Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari depan bagi membuat keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah prinsipnya untuk menegakkan keadilan. "Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan." "Ia bukan satu persoalan secara sukarela mahu ke penjara. Untuk apa sebab? Sebab saya memutuskan untuk tidak menyertai semula Umno, sebab saya memutuskan untuk melawan mereka atas sifat rasis dan dasar-dasar tidak adil mereka?" katanya. Beliau turut membangkitkan tarikh keputusan 9 Januari yang kemungkinan akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke 13 diadakan. |
Cadang Mahu Kahwin Bulan April, Tetapi Sudah "Tidur" Kongsi Toto Posted: 15 Dec 2011 04:14 AM PST Saya petik: [SH] LEDANG – Seorang pekerja bengkel membaiki jentera yang sudah berkahwin tergamak mengaku bujang apabila disoal siasat penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) ketika dicekup berkhalwat, awal pagi semalam. Lelaki berusia 29 tahun dan pasangannya berusia 21 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi ketika sedang berdua-duaan dalam sebuah rumah di Batu 1 ½ Tanjung Agas, di sini, untuk siasatan lanjut. Bagaimanapun, lelaki itu mengaku sudah tujuh tahun berkahwin dan memiliki dua anak yang kini menetap di Melaka selepas didesak PPADL. Dia juga mendakwa datang ke rumah teman wanitanya untuk berehat seketika, tetapi tertidur kerana keletihan selepas pulang bekerja dari Johor Bahru. Manakala, pasangannya adalah warganegara Kemboja dan baru sahaja memeluk Islam pada Julai lalu. Mereka berkenalan sejak setahun lalu dan bercadang untuk mendirikan rumah tangga pada April tahun depan. Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Pegawai Penguat Kuasa, Zainal Kadiran memeriksa rumah itu. Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu. "PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan. "Pemeriksaan lanjut menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T paras lutut sedang baring di atas tilam," katanya. Pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. "Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati dan Balai Polis Sagil untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut, sebelum dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing," katanya. Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. |
"Hasan, Nasha Terperangkap..." Posted: 15 Dec 2011 03:00 AM PST Saya petik: [MK] Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS. Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti, lapor Harakahdaily. "Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS. "Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama organ parti Harakah dan Harakahdaily di Kuala Lumpur, hari ini. Mustafa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti. Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib dilaporkan berkata, Hasan tidak menerima pencalonan mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia. 'Kekecewaan tidak terpilih' Hasan pula selepas itu dilaporkan berkata akan terus bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja. Mengulas perkara itu, Mustafa berkata, kenyataan itu menggambarkan Dr Hasan seolah-olah mempersoal dasar Islam yang diperjuangkan PAS dan terpengaruh dengan tuduhan parti itu diperalatkan DAP. "Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai timbalan presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," beliau dipetik sebagai berkata kepada organ parti PAS. Mustafa juga dilaporkan turut menegur Saari yang dianggap mendahului parti sedangkan urusan calon pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura. Bagaimanapun, veteran PAS itu berkata, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti kerana ahli menyokong dasar Islam dan bukannya individu. "Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu. "PAS pernah kehilangan presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya. P/s: Tidak mustahil Hassan Ali dan Nasharudin akan bertanding dalam PRU atas tiket BN! |
Respons Mahfuz terhadap HASAN ALI - Tepat&Padat Posted: 15 Dec 2011 02:16 AM PST Saya petik: [MK] PAS tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya daripada meninggalkan parti dan menyertai Umno, termasuklah exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali. "Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (kanan) ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti. Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu. Dr Hasan bahkan pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan Melayu-Islam, termasuk PAS dan Umno. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mahfuz berkata, PAS tidak pernah membantah mana-mana anggotanya meninggalkan parti kerana ia merupakan hak dalam negara demokrasi. Beliau bagaimapun berkata tidak pasti bahawa khabar angin itu benar ataupun tidak. Anggota parlimen Pokok Sena itu menegaskan, PAS mampu menangani perkara itu jika berlaku kerana pernah melalui pengalaman seumpamanya sebelum ini. "Isu keluar parti ini PAS sudah lama lalui dah. Presiden parti pun pernah keluar. "Tetapi PAS masih terus berjalan seperti biasa," katanya merujuk kepada keluarnya presiden keempat parti Islam itu pada tahun 1982 akibat krisis kepimpinan. Mahfuz juga menegaskan, PAS sentiasa bergerak sebagai sebuah organisasi dan tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu untuk tujuan itu. P/s: Saya suka jawapan yang diberikan oleh YB Mahfuz. Tidak berselindung, tidak berpura-pura, tidak berdolak-dalik. Tepat dan padat. Agaknya, respons ini juga harus ditujukan kepada Nasharuddin yang mendapat slot khas di berita TV3 semalam, selepas 5-6 minit berita tentang Lim Boon Chan keluar PKR menjadi berita utama. (Kalau berita keluar parti diberi liputan utama oleh TV3, anda faham-fahamlah maksudnya!). |
[Video] Mengapa Hajah Rosmah TIDAK Pakai Tudung? Dengar Jawapan al -Ustazz Pencacai UMCO Posted: 14 Dec 2011 11:24 PM PST |
Pasangan Pelajar yang Bercinta DIBENAR Mandi Bersama Posted: 14 Dec 2011 08:22 PM PST Kadang-kadang kita rasa pelik dengan polisi di China. Kerajaan di sana agak tegas apabila membabitkan penularan budaya Barat melalui internet dan filem di negara itu. Hasilnya, macam-macam polisi tegas diwujudkan untuk menyekat pengaruh itu. Namun, polisi pusat mandian di sebuah universiti di wilayah Shaanxi, barat laut China membenarkan pasangan pelajar yang bercinta mandi bersama-sama di dalam bilik peribadi seperti yang dilaporkan oleh China Business News dan China Daily ini bukan sahaja mencetuskan kontroversi, malah bertentangan dengan polisi moral kerajaan China. Pusat mandian tiga tingkat di Northwestern Polytechnical University di Bandar Xi'an menyediakan tujuh bilik mandi peribadi untuk pasangan pelajar pada kos 15 Yuan (RM7.50) untuk mandian biasa dan 18 Yuan (RM9) untuk mandian di tab. Pusat mandian itu dikendalikan oleh kontraktor swasta dan dibuka kepada pelajar, kakitangan fakulti, dan keluarga mereka kata seorang pekerja kepada akhbar yang menjalankan liputan selepas mendapat maklumat daripada pelajar. Pelajar menyuarakan pendapat yang berbeza-beza tentang hal ini. "Saya tidak boleh menerima polisi ini," kata graduan bernama Xu. "Walaupun pelajar sudah dewasa, mandi bersama-sama dengan kekasih adalah perkara peribadi, namun hal ini akan memberikan kesan yang buruk jika polisi itu dibenarkan di pusat mandian kolej." - DCM P/s: Saya setuju sangat dengan pendapat pelajar itu! Kata orang sambil menyelam minum air, dalam hal ini, sambil mandi, sudah tentulah ehem-ehem. Rosak moral! |
Angkara Peragut, Jururawat MAUT Posted: 14 Dec 2011 07:59 PM PST Saya petik: [SH] GEORGETOWN - Kejam perkataan paling sesuai diberikan kepada individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian seorang jururawat pelatih sebuah hospital swasta dekat sini, malam kelmarin. Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, G Malathi, 24, maut dipercayai diragut sebelum terbabas berikutan gagal mengawal motosikalnya di Jalan Residensi, dekat sini. "Mangsa dipercayai bergelut dengan peragut yang menyebabkan dia tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda berseorangan. "Mangsa anak kedua daripada tiga beradik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius," katanya. Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terbabas, namun punca kemalangan masih disiasat. Menurutnya, dompet dan telefon bimbitnya juga gagal ditemui. Difahamkan, mangsa yang baru setahun bekerja di sebuah hospital swasta di Jalan Macalister dekat sini mempunyai kelulusan Diploma Kejururawatan dari sebuah institut pengajian tinggi swasta di negeri ini dan berasal dari Gelugor. Ketika ditemui, mangsa berpakaian kemeja T dan dalam keadaan terbaring, manakala motosikalnya berada berhampiran pada jarak kurang lima meter dari lokasi kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu dan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1989. "Mayat mangsa dihantar ke HPP untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya," katanya. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan