Kelab Greenboc |
- [Bergambar] Lucah Jadi Talian Hayat UMNO, Giliran Datuk Saifuddin Jadi Mangsa
- Lagi Amah Indon Hadapi Hukuman Pancung
- Dicekup Buat Maksiat Di Rumah Orang
- Perbuatan Awang Adek Tidak Boleh Dilepaskan, PAS Buat Laporan Polis & SPRM
- Menjelekkan! Miliki Rumah Mewah, Tapi Guna Wang Zakat Bayar Peguam
- [Video & Bergambar] Pantai Teluk Lipat, Dungun Teruk Dilanda Hakisan
- Bendera Separuh Tiang, UMNO Besut Tunjuk Dendam & Durhaka Kepada Sultan?
- Gadis Jadi Mangsa Lelaki Berperangai Binatang, Ditolak Semasa Menunggang Motorsikal
[Bergambar] Lucah Jadi Talian Hayat UMNO, Giliran Datuk Saifuddin Jadi Mangsa Posted: 27 Dec 2011 01:58 AM PST Risalah lucah hina Saifuddin di UiTM Shah Alam SHAH ALAM, 27 Dis: Kumpulan Aktivis Mahasiswa (Kami) mendakwa wujud pihak tertentu menyebarkan risalah lucah di sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam sejak Khamis lalu. Risalah tersebut memaparkan karikatur dua individu yang masing-masing dilabel sebagai Anwar dan Saifuddin dalam keadaan tidak senonoh. Selain karikatur yang menjijikkan itu, terdapat juga tulisan berbunyi "Sibuk sangat nak baik dengan Pro M yang hina PM tu!". Menurut Setiausaha Agungnya Khairul Naim, risalah itu dipercayai diedar pada Khamis dan Jumaat lalu oleh beberapa pihak tertentu yang kurang senang pihak yang memberi sokongan kepada Pro–Mahasiswa terhadap isu kebebasan akademik yang hangat diperkatakan sekarang. "Kami tidak menuduh mana-mana pihak, tetapi tindakan menyebarkan risalah dan gambar ini adalah sesuatu yang melampau," katanya kepada Harakahdaily. Menurutnya lagi, tindakan tersebut dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan aman Pro-Aspirasi di perkarangan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini bagi mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan kerana memihak kepada Pro–Mahasiswa dalam penganjuran Perhimpunan Kebebasan Akademik di Kuala Lumpur. "Kami berharap supaya Bahagian Hal Ehwal Pelajar dapat menyiasat kes ini sedalam-dalamnya kerana dilaporkan tiada sebarang tindakan terhadap kes yang berlaku ini. "Dulu apabila Mahasiswa mengadakan speaker's corner, kecoh satu kampus kerana Mahasiswa dikatakan menghuru-harakan kampus sehingga beberapa Mahasiswa ditahan oleh Polis Bantuan UiTM, tetapi mengapa apabila timbul kes ini pihak pentadbir mengambil pendirian berdiam diri?" katanya. Sementara itu beliau berkata, pihaknya akan terus pertahankan Saifuddin walau apapun terjadi kerana yakin dengan perjuangannya. Beliau juga menyifatkan tindakan Pro–Aspirasi yang berdemo sebagai "meludah ke langit" kerana suatu ketika dulu mereka mengatakan bahawa Mahasiswa berdemonstrasi adalah tidak intelektual. -HD Ulasan GB Gambar, video dan karikatur lucah menjadi bahan modal golongan UMNO untuk memburukkan pihak yang tidak disenangi oleh mereka. Ia bukan sekadar dilakukan oleh pihak bawahan malah ia mendapat restu dari pimpinan tertinggi UMNO sendiri. (Ingat, Ahmad Maslan pernah mempertontonkan video lucah kepada ahli-ahli UMNO). Fitnah ke atas KM Pulau Pinang kononnya anak beliau meraba payudara pelajar perempuan sekalipun telah dibuktikan ia adalah palsu, fitnah itu terus dijaja oleh golongan UMNO. Kini Datuk Saifuddin Abdullah pula menjadi mangsa. GB pernah menyatakan: Tetapi biasanya pemimpin sebegini hayatnya di dalam UMNO tidak lama. Dia nanti akan dicemburui oleh pemimpin-pemimpin haprak UMNO yang ramai itu. Qabil cukup-cukup cemburu dengan sifat baik Habil. Lalu dibunuhnya Habil. Itu kisah dari Al-Quran. klik untuk baca |
Lagi Amah Indon Hadapi Hukuman Pancung Posted: 26 Dec 2011 10:56 PM PST Tuti Tursilawati dihukum mati pertahan diri cubaan rogol majikan JAKARTA: Seorang lagi warga Indonesia berdepan dengan hukuman pancung kerana membunuh majikan yang didakwa cuba merogolnya dan dalam usaha menyelamatkannya, Indonesia menghantar bekas Presiden BJ Habibie untuk menyelamatkan pekerja itu, Tuti Tursilawati. Menurut laporan, majikannya mendera Tuti secara seksual ketika bekerja. Pada 11 Mei 2010, majikannya didakwa cuba merogolnya tetapi Tuti memukulnya dengan kayu untuk mempertahankan diri. Majikannya mati akibat pukulan itu. Tuti kemudian melarikan diri dengan membawa barangan milik lelaki itu bernilai 31,500 riyal (RM26,484) dan seutas jam tangan. Ketika siasatan dijalankan pada 18 Mei 2010, Tuti yang ditemani kakitangan Konsul Besar Indonesia di Jeddah, mengaku melakukan pembunuhan dan mencuri. Ketua Agensi Perlindungan dan Penempatan Pekerja Asing Indonesia (BNP2TKI), Moh Jumhur Hidayat, berkata keluarga mangsa memfailkan petisyen dengan meminta mahkamah Arab Saudi melepaskan Tuti daripada hukuman mati. Walaupun dengan perantaraan pihak berkuasa Arab Saudi, keluarga terbabit enggan menukar hukuman mati dengan wang. Sehubungan itu, Jumhur gembira bekas Presiden Indonesia berkenaan melakukan misi untuk menyelamatkan pekerja berusia 27 tahun itu. Jumhur berkata, dia sudah bertemu Habibie untuk menyampaikan harapannya supaya bekas presiden itu dapat menyelamatkan warga negara mereka daripada tali gantung. Tuti yang juga ibu tunggal kepada anak lelaki berusia enam tahun berasal dari kampung Cikeusik, Majalengkat, Jawa Barat. Dia dihantar ke Arab Saudi oleh agensi PT Arunda Bayu pada 5 September 2009 dan bekerja dengan keluarga Suud Malhaq Al Utaibi di bandar Thaif. Bapanya, Ali Warjuki, yang turut dikenali sebagai Dudu, ke pejabat BNP2TKI di Jakarta pada 5 Oktober lalu ditemani aktivis Kesatuan Pekerja Asing Indonesia (SBMI) bagi menggesa kerajaan berusaha membebaskan Tuti daripada dipancung. Menurut Jumhur, Habibie ke Riyadh, Arab Saudi pada Sabtu dan akan bertemu ketua Pasukan Bertindak bagi Perlindungan Pekerja Asing Indonesia di Riyadh, Maftuh Basyuni. Pada 6 Oktober 2011, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menghantar surat kepada pemerintah Arab Saudi meminta bantuan mereka supaya memujuk keluarga majikan memberi keampunan kepada Tuti. – Agensi |
Dicekup Buat Maksiat Di Rumah Orang Posted: 26 Dec 2011 09:19 PM PST Alor Gajah: Seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor Gajah, pagi kelmarin. CEKUP...pasangan kekasih ditahan selepas dipercayai berkhalwat dalam sebuah bilik di rumah orang. Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran. Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan. Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh. "Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan. "Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami," katanya. -hm Ulasan GB Sungguh dasyat sekarang ini. Melakukan maksiat tak kira tempat walupun di rumah orang. |
Perbuatan Awang Adek Tidak Boleh Dilepaskan, PAS Buat Laporan Polis & SPRM Posted: 26 Dec 2011 06:48 PM PST Kota Bahru, 26 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek menerima sejumlah wang dari pihak tertentu menerusi tiga keping cek. Dakwaan itu dibuat berikutan sebuah lama blog yang dikenali thewhistleblower 711 di alamat http://thewhistlower711.blogspot.com. Artikel berkenaan memuatkan Awang Adek dikatakan telah menerima sejumlah wang ke dalam akaun peribadi beliau yang merupakan sumbangan seseorang. Tiga akaun cek yang berjumlah keseluruhannya RM100,000 masing-masing bernombor 45128662, 98634780 dan 994648024 telah dimuatkan dalam blog tersebut. Laporan polis berkenaan dibuat oleh Mohd Roshdi Zahari, 29, dari Kampung Tualan Salak, Jelawat, Bachok di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa dekat sini kira-kira pukul 3.15 petang tadi. Sebaik sahaja laporan polis berkenaan siap dibuat, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pula dibuat. Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa, ketika ditemui memberitahu sumbangan berkenaan begitu meragukan dan pihak berkenaan perlu menyatakannya secara jelas berhubung perkara itu. -HD
klik untuk baca |
Menjelekkan! Miliki Rumah Mewah, Tapi Guna Wang Zakat Bayar Peguam Posted: 26 Dec 2011 04:22 PM PST Kuala Lumpur 26 Dis: Menteri hal ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Baharom mampu memiliki rumah mewah tetapi menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman peribadi, kata Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli. "Mengapa perlu guna wang zakat, sebagai menteri saya berkeyakinan Datuk Seri Jamil mampu membayar kos guaman itu guna wang sendiri tanpa perlu mengusik walau sesen pun wang zakat. "Buktinya, beliau mampu pula selenggara rumah mewahnya seperti yang didedahkan sebelum ini," katanya kepada Keadilandaily.com Menurutnya, jika seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam tidak amanah, apatah lagi membabitkan menteri lain seperti skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Kalau sampai tahap wang zakat pun diseleweng menteri agama Umno, jadi apa nak hairan kalau wang (projek) lembu RM250 juta turut diseleweng syarikat keluarga Ketua Wanita Umno," soalnya. Laporan Audit Negara 2010 baru-baru ini mengesahkan RM63,650 dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman Jamil Khir danKos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain sebagai responden. Meskipun dikembalikan semula, namun tindakan menggunakan wang zakat itu dikecam keras pelbagai pihak, sedangkan pada masa sama Jamil Khir mampu mempamerkan kehidupan mewah beliau. Suara Keadilan September lalu menyiarkan gambar kediaman mewah Jamil Khir yang baru diubahsuai dan dianggarkan menelan kos jutaan ringgit di Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor. Pimpinan KEADILAN turut mempersoalkan bagaimana menteri yang baru dilantik tiga tahun oleh Perdana Menteri itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa singkat. -KD klik untuk baca |
[Video & Bergambar] Pantai Teluk Lipat, Dungun Teruk Dilanda Hakisan Posted: 26 Dec 2011 09:35 AM PST Dungun - Kejadian air pasang dan ombak besar yang melanda sebahagian pantai di negeri ini dilaporkan antara yang terburuk pernah berlaku sejak 50 tahun lalu. Antara daerah yang teruk dilanda fenomena itu yang dijangka berlarutan sehingga awal Januari depan ialah Dungun dengan hampir sebahagian pesisir Pantai Peranginan Teluk Lipat dihakis ombak besar. Tinjauan Bernama mendapati bukan sahaja berpuluh-puluh batang pokok Rhu tumbang malah sebahagian jalan utama yang menghubungkan pengguna jalan raya ke sebuah institusi pendidikan dekat sini turut rosak dipukul ombak. Ombak kuat setinggi lima meter yang memukul pesisir pantai sepanjang tiga kilometer itu meruntuhkan jalan raya berkenaan sehingga memaksa ia ditutup kepada semua kenderaan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Seorang pengusaha kedai makan, Ahmad Fauzi Ismail, 50, berkata, keadaan jalan raya runtuh sikit demi sedikit akibat hakisan itu yang dikesan berlaku sejak empat hari lalu. - BERNAMA kredit gambar dan video kepada malaysiaberih |
Bendera Separuh Tiang, UMNO Besut Tunjuk Dendam & Durhaka Kepada Sultan? Posted: 26 Dec 2011 07:00 AM PST Umno Besut kibar bendera negeri separuh tiang? BESUT, 27 Dis: PAS Besut melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Umno bahagian yang mengibarkan bendera negeri separuh tiang sejak lebih seminggu lalu. Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, tindakan mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang di pejabat Umno bahagian Besut itu tidak wajar. Ini kerana, katanya di saat seluruh rakyat jelata gembira dengan keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin kembali memerintah negeri tindakan tersebut amat dikesali. "Ini tidak harus berlaku di saat seluruh rakyat negeri ini bergembira dengan kepulangan Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk kembali memerintah Terengganu, setelah menamatkan tempoh pemerintahan baginda selama sepenggal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13," katanya. Menurutnya, Umno BN bersikap hiporkrit apabila melenting marah ketika seorang mahasiswa yang berdemonstrasi bertindak menurunkan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi membisu berhubung bendera Terengganu dinaikkan separuh tiang itu. "Saya tidak fikir Ketua Umno Bahagian Besut tidak nampak bendera Terengganu berkibar di separuh tiang di hadapan pejabatnya di tengah-tengah bandar Jerteh dalam tempoh waktu yang agak lama. "Saya juga tidak terfikir bekas Menteri Besar Terengganu (Idris Jusoh) itu tidak dimaklumkan tentang kepulangan Tuanku Sultan Mizan yang telah kembali memerintah Terengganu," ujarnya. Katanya, PAS Besut menasihati kepimpinan Umno bahagian agar segera mengembalikan semula bendera negeri Terengganu pada kedudukan asal dengan baik. -HD Ulasan GB Rakyat Malaysia tidak lupa bagaimana kejinya perbuatan sekumpulan ahli-ahli UMNO Terengganu khususnya penyokong bekas Menteri Besar Idris Jusoh memanggil Sultan mereka (ketika itu Yang Dipertuan Agong) dengan panggilan "natang" (binatang). Apakah pemasangan bendera separuh tiang tersebut adalah penerusan dan manifestasi kederhakaan ahli-ahli UMNO terbabit terhadap Sultan Terengganu? |
Gadis Jadi Mangsa Lelaki Berperangai Binatang, Ditolak Semasa Menunggang Motorsikal Posted: 26 Dec 2011 03:23 AM PST Ditolak lelaki tak dikenali GUA MUSANG - Seorang remaja wanita cedera muka apabila terjatuh motosikal yang ditungganginya selepas ditolak seorang lelaki tidak dikenali di Jalan Pulai lama, dekat sini, malam Jumaat lalu. Kejadian itu berlaku ketika mangsa, Nurul Hidayah Che Su, 18, menunggang seorang diri dalam perjalanan pulang membeli barang keperluan di sebuah kedai di Bandar Baru, Gua Musang. Beliau yang tinggal di Kampung Simpang Empat Kundur dihampiri seorang lelaki tidak dikenali lalu menolak kepalanya sebelum terjatuh motosikal ditunggangi dan mukanya tersembam dalam selut. Ketika ditemui di rumahnya, beliau berkata, sebaik berlaku kejadian itu, suspek juga menunggang motosikal seorang diri melarikan diri mengelakkan dikesan orang ramai yang memberi pertolongan. "Saya tidak ada musuh dengan sesiapapun, tetapi hairan kenapa lelaki tersebut bertindak demikian hingga menyebabkan saya cedera muka selepas tersembam dalam selut di tepi jalan di situ. "Kejadian tidak jauh dari rumah saya dan secara kebetulannya ada orang ramai melalui kawasan membantu saya menghantar balik ke rumah sebelum keluarga pula menghantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk mendapat rawatan," katanya. Nurul Hidayah berkata, selepas itu pula beliau ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu, tetapi yang sukarnya kerana tidak mengenali lelaki terbabit. Beliau berkata, suspek menolak kepalanya dengan kuat hingga gagal mengawal motosikal yang ditunggangi sebelum terbalik di bahu jalan berhampiran simpang masuk ke Taman Tropika. "Saya langsung tidak sempat melihat lelaki terbabit yang datang dari arah belakang kerana berlaku dalam keadaan gelap dan cepat dia melarikan diri ke simpang empat berkenaan," katanya. Katanya, dia juga tidak tahu motif sebenar lelaki terbabit bertindak demikian hingga membawa kecederaan kepada mukanya dan mahu polis menyiasat perkara itu. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan