Ahad, 25 Disember 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tribulasi Berdakwah: Selepas JAIS, Pahang Pula Siasat Bob Lokman

Posted: 24 Dec 2011 11:57 PM PST

Bob Lokman disiasat Jaip

KUANTAN – Bok Lokman, bekas pelakon, kini terkenal sebagai penceramah bebas dalam kalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.

Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.

Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, sementara jemaah menunaikan solat Isyak.

Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan masjid beberapa minit kemudian.

Sumber Jaip mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaran Jaip.

Sumber itu juga memberitahu, Jaip akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

"Kita akan siasat perkara ini di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor kerana tidak hadir beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan lalu. -SH

Ada Hantu Mak Limah Di Marang?

Posted: 24 Dec 2011 09:27 PM PST

Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah

MARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.

Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.

Hantu Kak Limah minta tolong

Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

"Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

"Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong," katanya.

Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.

Diganggu selepas bawa balik papan

"Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan," katanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.

"Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini," katanya.

Imam nasihat buat solat Hajat

Sementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.

Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.

Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut. -SH

Ulasan GB

Inilah akibat dari lambakan filem khurafat, takyul dan seangkatannya di dalam negara.

Minda masyarakat dipenuhi dengan hal-hal yang seumpamanya sehingga melahirkan fenomena "You are what you think".

Pengeluar filem hanya mementingkan keuntungan dengan meberikan alasan filem sedemikian mendapat permintaan dan sambutan ramai sedang filem-filem berkenaan mewujudkan sindrom kejahilan dan pemesongan akidah kepada masyarakat.

Kes Ust Nasha: Niatnya Baik, Tidak Berhasrat Sertai UMNO, Tapi...

Posted: 24 Dec 2011 07:50 PM PST

Nasha: Tiada niat nak masuk Umno

PETALING: Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa bertegas dirinya tidak akan menyertai Umno sekaligus menafikan dakwaan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali bahawa dirinya terperangkap dalan agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Pendirian sama ini dibuat sehari selepas kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menganggap Mustafa sebagai pemimpin paling senior dalam PAS seolah-olah secara spontan memberi pandangan negatif dan mengandungi unsur niat jahat terhadapnya.

Nasharudin berkata, dakwaan Mustafa itu adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas, malah hasrat untuk menyertai Umno tidak pernah langsung diungkapkannya sepanjang menyertai PAS.

"Justeru, buat kesekian kalinya saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno.

"Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berharap penjelasannya memadai dalam mengukur kesetiaannya terhadap perjuangan PAS.

"Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan," katanya. -FMT

Ulasan GB

Demikian jawapan Ustadz Nasharuddin terhadap kritikan ke atas dirinya.

Benar bahawa setiap amal itu bergantung kepada niatnya. tetapi "niat" saja tidak memadai jika amalan perbuatan dan tindakan kita tidak seiring dengan niat tersebut.

GB rasa Ustadz Nasha lebih maklum berkenaan hal tersebut.

Sewaktu peristiwa isra mikraj Rasulullah telah diperlihatkan tentang beberapa orang yang menerima balasannya di dalam neraka. Jibril memberitahu baginda bahawa "itulah keadaan orang-orang yang niatnya baik tapi amalnya jahat".

Niat Ust. Nasha baik, tiada terlintas untuk memasuki UMNO. Tetapi tidakan beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan di media pro-UMNO (kemudian dimanipulasikan) menimbulkan fitnah yang besar kepada jemaah itulah yang merosakkan.

Tak termasuk lagi dengan pertemuan yang mencurigakan dengan para blogger UMNO bersama-sama dengan Hassan Ali satu ketika. Ia bukan lagi satu rahsia. Itulah yang melahirkan fitnah untuk jemaah PAS.

Kali pertama GB berkesempatan untuk mengenali secara terus Ust Nasha ialah di satu pilihanraya kecil dimana GB berkesempatan bersama-samanya berjam-jam (Ust Nasha tidak mengenali dan menyedari bahawa yang mengatur dan menemaninya di sebuah bilik gerakan ketika itu ialah blogger kecil bernama GB).

Di dalam satu aktiviti yang diaturkan untuk kami iaitu pertemuan dengan penduduk kampung di sebuah restoran yang dihadiri sama oleh Datuk Mahfuz Omar, GB duduk bersebelahan dengan Ust Nasha.

Ketika itu ramai wartawan membuat liputan.

Dan diperlihatkanlah kepada GB bahawa rapport (hubungan) Ust Nasha dan para wartawan media pro-UMNO memang baik. Ia bukan satu kesalahan, malah ia boleh menjadi sesuatu yang baik jika kita dapat menggunakan kelebihan itu untuk sesuatu yang baik.

Kelemahan ketara yang GB lihat ialah Ust Nasha akan memberi responsnya kepada semua soalan wartawan, yang kemudian responsnya itu dilaporkan secara tidak betul di dalam akhbar keesokan harinya.

Dan itulah yang berlaku selama ini.

Jangan lupa bagaimana kenyataan-kenyataan Ust Nasha semasa muktamar diputarbelitkan oleh para wartawan (jika bukan para wartawan maka sang editornya) sehinggakan jemaah PAS bergolak sakan lantarannya ketika itu.

Sudah seringkali dinasihatkan oleh pemimpin tertinggi parti terutama oleh Mursyidul Am PAS sendiri, TG Nik Aziz supaya berhati-hati dengan corong mikrofon media pro-UMNO, tetapi masih kerap pemimpin PAS terjebak dan tertipu dengan keghairahan untuk mendapatkan publisiti.

Lain kali hubaya-hubaya.


Benarkah Hassan Ali Tidak Dapat Liputan Di Harakah?

Posted: 24 Dec 2011 05:38 PM PST

Tiada ruang untuk saya bersuara dalam Harakah'

KUALA LUMPUR: Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali menegur lidah rasmi PAS Harakah yang didakwanya hanya membuat liputan berita terhadap golongan tertentu sahaja dan mengenepikan pihak lain.

Katanya, keadaan itu ketara lebih-lebih lagi isu membabitkan dirinya sejak dua minggu lepas, malah beliau tidak diberikan ruang dalam media parti sendiri untuk bersuara.

"Kalau buat analisis kajian kandungan dalam Harakah berhubung polemik ini sejak dua mniggu lepas berapa peratus ruang yang diberikan untuk Hasan Ali?

"Masa saya jadi Pesuruhjaya PAS Selangor pun tak banyak peruntukan diberikan kepada saya berbanding orang lain, kadang-kadang ruang diberikan kepada parti komponen lain lebih besar berbanding golongan tertentu dalam PAS sendiri," katanya dalam sidang media di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas mengenai temuramahnya dengan TV3 menerusi slot 'Soal Jawab' Rabu lalu.

Katanya, perkara ini dapat dibuktikan apabila Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang pernah memanggil media termasuk Harakah untuk menjelaskan pandangannya mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

`Mungkin perintah orang berkuasa'

"Biasanya kalau timbalan mursyidul nak keluar akhbar mereka ini didahulukan tapi kemungkinan atas perintah orang yang berkuasa dalam Harakah didapati artikel sampai sekarang tak tersiar.

"Bayangkan kalau berita timbalan mursyidul am pun tak keluar apatah lagi Hasan Ali," katanya yangmendakwa turut mendapat aduan yang sama daripada anggota dan pimpinan PAS yang lain mengenai isu ini.

Walaupun tidak menafikan sumbangan besar Harakah dari zaman merdeka sehingga kepada kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya, Dr Hasan berkata pimpinan tertinggi perlu melihat semula struktur organisasinya walaupun isu ini pernah dibincangkan dalam parti.

Sementara itu, Dr Hasan berkata beliau terbuka menerima mana-mana media yang mampu meletakkan berita itu ke pangkuan masyarakat seluas-luasnya dan tidak nampak kemudaratan yang diberikan kepada diberikan kepada dirinya dan parti sepanjang polemik ini timbul.

"Keterbukaan mereka untuk menerima orang seperti saya lebih besar daripada apa yang ada dalam media milik parti sendiri.

"Saya gunakan media yang dah sedia kukuh dengan tiada niat untuk mengambil keuntungan politik dan saya merasakan itu tindakan terbaik untuk saya setakat ini," katanya. -FMT

Media pro-Umno lebih daripada Harakah, jelas Hasan Ali

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Bekas perusuhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali menegaskan tidak wujud sama sekali istilah media Umno atau media musuh sambil menyifatkan akhbar rasmi milik parti Islam itu bersifat berat sebelah dalam menyiarkan laporan.

Malah Hasan juga berkata media dalam negara tidak memberi liputan negatif kepada parti dan dirinya termasuk ketika menyiarkan laporan berhubung polemik yang berlaku baru-baru ini.

"Bagi saya, tak ada yang dinamakan media Umno. Memanglah sebab kerajaan berkuasa, perkara kena rujuk kerajaan. Dan Umno sebahagian dari kerajaan. Sebab itu timbul media Umno. Saya sebenarnya pada asasnya, saya terima mana-mana media pun.

"Bagi saya, siapa yang dapat menyebar luas dan meletakkan berita ke pangkuan masyarakat luas, jadi ia pilihan saya. Saya tak nampak selama ini media memainkan peranan negatif kepada parti dan saya dalam konteks kontroversi ini," katanya pada sidang media di sini.

Hasan sebelum ini muncul di Utusan Malaysia dan program yang disiarkan TV3 iaitu Soal Jawab — sesuatu yang dianggap tidak biasa diberikan kepada pemimpin pembangkang di negara ini.

Menurut Hasan beliau menganggap media lain lebih mudah dan memberikan liputan yang lebih baik berbanding organ partinya, Harakah.

Beliau turut mendedahkan Harakah melebihkan liputan terhadap golongan tertentu di dalam parti lantaran penguasaan yang diberikan terhadap lidah rasmi parti tersebut.

Hasan mengambil contoh wawancara Harakah bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berhubung isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang masih belum disiarkan sehingga kini kerana kepentingan pihak tertentu.

"Tetapi mungkin atas arahan pihak berkuasa dalam parti, didapati temuramah Datuk Harun din tidak tersiar sampai sekarang. Bayangkan kalau Haron Din tak tersiar bagaimana orang kecil seperti Hasan Ali?" kata beliau.

Justeru Hasan mencadangkan agar Harakah melakukan transformasi besar-besaran agar ia boleh diterima semua lapisan masyarakat.

"Kalau kepimpinan media baru diterajui oleh orang-orang lama. Sesetengahnya telah memimpin PAS selama lebib 20 tahun, tak berubah dan tak beralih, sudah tentulah saya merasakan perlu (berubah)," katanya. -TMI


Ulasan GB

Begitulah jawapan Hassan Ali mengapa beliau masih meneruskan tindakan menggunakan media pro-UMNO.

Ia jelas satu penempelakan ke atas "arahan" Mursyidul Am PAS yang meminta pemimpin PAS supaya tidak menggunakan media musuh di dalam membuat kenyataan.

Beliau membidas Harakah kononnya tidak memberikan ruang secukupnya kepada beliau.

Maaf cakap, ketara sangat Hassan Ali ini seorang yang terlalu gila publisiti.

Pun hujjahnya itu, GB rasa kesasar kerana selama ini kita lihat harakah/harakahdaily yang memainkan peranan memberi ruang yang besar untuknya selama ini. Itu tidak termasuk tvsnews dan keadilandaily yang juga merupakan organ Pakatan Rakyat.

Apakah Hassan Ali ada membuat kenyataan atau menjalankan aktiviti parti pada setiap waktu sehingga perlu diberikan liputan yang kerap untuknya di harakah atau harakahdaily?

Ramai juga pemimpin PAS yang tidak menerima liputan dari organ rasmi PAS itu. Mereka tidak merajuk. Mereka tidak kecewa. Mereka tidak mengadu. Mereka tidak menggunakan media pro-UMNO untuk mencari publisiti.

Kalau terlalu inginkan suaranya didengar dan dinilai masyarakat, mengapa Hassan Ali sendiri tidak mempunyai blog dan twitter seperti pemimpin Pakatan Rakyat lain? Mengapa terlalu malas menulis? Mengapa terlalu malas menggunakan media baru dan mengapa perlu menghentam organ parti sendiri semata-mata kerana tiada liputan diberi?

Anda tidak pandai menggunakan media baru kerana anda malas belajar menggunakannya. Jika demikian mengapa anda tidak boleh mewujudkan satu unit IT sendiri, atau mengupah seorang dua penulis yang boleh menitipkan idea-ida kamu untuk diolah dan dipaparkan di blog? Kamu sudah kaya raya bukan? Mengapa sebab itulah kamu berlagak (meminjam istilah Presiden PAS) sekarang dengan membuat kenyataan "tak kisah jika tidak dicalonkan lagi"?

Najib, PM sendiri, ada blog dan twitternya, walaupun kita tahu bukan beliau yang menulis di situ. Najib sendiri kosong ilmunya di bidang IT. Tetapi beliau appresiatif terhadap media baru dan tahu mustahaknya menggunakan media baru itu untuk menjejaki para pengundi. Beliau mengupah beberapa orang yang berkemahiran IT untuk mempastikan beliau tidak tercicir di dalam arus penggunaan mdia alternatif. Itu sebab mengapa kadang-kala berlaku kesilapan di dalam twitter contohnya di dalam pengerjaan haji dimana dikatakan di dalam twitter Najib sudah selesai mengerjakan haji sekalipun hakikatnya beliau masih melakukan ibadah tersebut. Sebabnya? Penulis twitter yang beliau upah itu jahil tentang rukun haji.

Ramai juga pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS lain yang lebih banyak dan lama jasanya kepada parti yang tidak mendapat keistimewaan diberikan ruang di organ PAS itu. Sepertimana GB katakan tadi, mereka tidak mengadu. Tidak komplen. Kerana itulah "keikhlasan" namanya.

Jadi dimana kedudukan kamu yang baru menyertai PAS? Sedangkan Allah telah mengangkat kamu begitu tinggi ke darjat yang tidak dan belum pernah dirasai oleh ramai pemimpin PAS lain, tetapi kamu tidak mensyukurinya malah bertindak mengkhianati perjuangan parti dan para pengundi kamu selama ini! Lantaran dan lantas itu kamu dicampak keluar dari kedudukan kamu ke lembah kehinaan.

PAS bukan sekadar parti politik, ini jemaah dan harakah Islamiah. Allah sendiri yang menjaga parti ini dan memilih dan menyaring sesiapa yang dikehendakiNya untuk memegang amanahNya, mengurus dan memimpin jemaah ini berjuang untuk menegakkan kalimahNya demi mendapatkan keredhaanNya, bukan untuk publisiti murahan sepertimana yang kamu tagihkan.

Wanita Penjual Kueh Pau Dicekup Berkemban Di Rumah Mat Indon

Posted: 24 Dec 2011 03:00 PM PST

Guna alasan ambil telefon

LEDANG – "Saya mahu ambil telefon bimbit," itu helah seorang wanita untuk melepaskan diri daripada ditahan ketika dicekup berkhalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) di sebuah rumah di Parit Bunga di sini, awal pagi kelmarin.

Ketika serbuan dibuat kira-kira jam 3.30 pagi itu, wanita berusia 23 tahun terbabit dan pasangannya warga Indonesia ditahan kerana didapati berdua-duaan dalam bilik di rumah berkenaan.

Lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh binaan sudah setahun setengah berhijrah ke negara ini dan baru sebulan mengenali wanita itu ketika membeli pau di gerainya yang terletak kira-kira 15 meter dari rumahnya.

Sejak itu, mereka saling bertukar-tukar nombor telefon bimbit dan wanita itu sering dilihat penduduk berhampiran datang ke rumah lelaki terbabit pada awal pagi untuk bersembang.

Kadi Daerah Ledang, Su­laiman Maidin berkata, berda­sarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Pe­­gawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran dan dibantu penduduk kampung memeriksa rumah tersebut.

Menurutnya, PPADL terpaksa memecahkan pintu rumah itu apabila pasangan terbabit enggan membuka pintu setelah memberi salam dan menunggu kira-kira 15 minit.

"Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tidak berbaju dan berkemban sedang sembunyi dalam bilik.

"Manakala pasangannya tidak berbaju dan berseluar berada di dapur dan dipercayai cubaan untuk melarikan diri setelah menyedari kehadiran penguat kuasa,"
katanya.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hu­bun­gan mahram atau suami isteri.

"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing," katanya.

Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dike­nakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya. -sh

Bapa Samun RM20 Beli Susu Anak Dipenjara 3 Tahun, Khir Toyo Cuma 1 Tahun

Posted: 24 Dec 2011 07:18 AM PST

Saya terdesak samun untuk beli susu anak

KUALA TERENGGANU- "Saya langsung tidak ada niat hendak menyamun mangsa tetapi saya benar-benar dalam situasi terdesak memerlukan wang untuk membeli susu kepada anak kembar yang baru berusia setahun," demikian jelas tertuduh, Mohd Hishanudin Abdullah, 32, ketika menjawab pertanyaan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang ingin mengetahui sebab mendorong dia melakukan jenayah tersebut.

Bapa kepada tiga anak itu turut mengakui semasa kejadian, dia yang berada dalam dunianya sendiri berikutan penangan najis dadah yang diambilnya sebelum itu juga mendorong dia bertindak sedemikian rupa dan sanggup memeras ugut mangsa hanya kerana inginkan RM20.

Dalam masa sama, tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pelayan kapal peranginan di sebuah pulau di negeri ini menjelaskan walaupun pendapatan bulanannya mencecah RM3,000, namun sentiasa tidak mencukupi dek kerana ketagihan dadah melampau.

Terdahulu, Mohd Hishanudin, dari Rumah Pangsa, Kampung Kolam, Kuala Terengganu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, kelmarin atas dakwaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan mengaku salah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap mangsa, Muhamad Ismail Al-Rashid Ramli, 18.

Tertuduh mengaku melakukan jenayah itu menggunakan sebilah pisau lipat dengan niat mangsa dapat menyerahkan RM20 di hadapan sebuah kedai kunci Jalan Masjid Sultan Zainal Abidin, di sini, kira-kira jam 3.15 petang, 13 Disember lalu.

Berikutan pengakuan salah tersebut dan mendengar rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, Zainal Abidin menjatuhkan hukuman 36 bulan penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap.

Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang pada awalnya kelihatan tenang menjawab soalan dikemukakan Zainal Abidin tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak di kandang tertuduh ketika Zainal Abidin meminta dia membayangkan masa depan anaknya sekiranya dia berterusan melakukan jenayah. -SH

Ulasan GB

Demikian "keadilan" di dalam sistem perundangan yang dilaksanakan di Malaysia.

Seorang bapa yang hanya menyamun RM20 kerana terdesak untuk membeli susu anak dipenjara 3 tahun, tetapi di dalam kes Khir Toyo semalam, berjuta telah disamun dalam bentuk rasuah, tetapi hanya didenda 1 tahun.

"Tangkapan Datuk NFC": Rakyat Berharap Ia Bukan Sekadar Wayang

Posted: 24 Dec 2011 05:22 AM PST

Datuk NFC' hanya dijadikan kambing hitam- Rafizi

KUALA LUMPUR 23 Dis: Tindakan polis menahan seorang datuk berhubung siasatan skandal National Feedlot Corporation (NFC), hanya untuk dijadikan kambing hitam dalam kes berkenaan.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ini kerana berdasarkan rekod pendedahan beliau bersama pimpinan KEADILAN mendapati tiada individu seperti yang dimaksudkan.

"Apa yang kita dedah sebenarnya ia berkait penglibatan keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Kita melihat kewujudan secara tiba-tiba Datuk berusia 45 tahun ini hanyalah kambing hitam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk mengalih isu sebenar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Menurutnya, dua isu utama yang didedah sebelum ini sudah cukup untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat skandal itu

Pertama, katanya, pemalsuan dokumen yang diguna NFC sebagai taktik untuk mengeluarkan dana sebanyak RM250 juta.

Kedua, pengeluaran sebanyak RM80,000 setiap bulan dari dana itu untuk pakej pelancongan yang ditawarkan syarikat Impian Global Network Services (IGNS), sejak Januari hingga Julai 2010.

"Dua pendedahan ini sudah cukup untuk SPRM siasat tetapi mereka tidak berbuat demikian," kata Rafizi.

Beliau turut mengaitkan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah, juga sebagai satu lagi usaha mengaburi mata rakyat menjelang PRU akan datang.

"Kalau mengikut skrip biasa Umno, mereka yang disiasat ini akan disabit bersalah namun kes akan digugur atau mereka dilepaskan selepas PRU.

"Sebab itu, saya merayu dan mengajak rakyat, jika enggan kes seumpama ini berulang, ayuh, bulatkan tekad dan kukuhkan sesungguhnya dalam hati untuk mengundi setiap calon Pakatan Rakyat pada PRU kali ini," katanya.

Hari ini, portal media melaporkan usahawan berpangkat datuk dan dipercayai memiliki beberapa syarikat, ditahan polis kerana pembabitannya dengan NFC. Lelaki itu ditahan ketika berada di jabatan itu pada Rabu kononnya kerana cubaan untuk menyogok pegawai polis.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyerbu pejabat NFC di Shah Alam dan merampas beberapa dokumen berkaitan.

Pada masa sama, Mahkamah Tinggi Shah Alam pula menjatuhkan hukuman penjara selama setahun ke atas Khir Toyo atas tuduhan rasuah.

Bagaimanapun, ia bukan keputusan muktamad kerana Khir masih mampu melepaskan dirinya daripada tuduhan itu, sekiranya beliau dibebaskan diperingkat Mahkamah Rayuan kelak. -KD

Identiti 'Datuk' NFC mula diketahui

Seorang usahawan berusia 45 tahun yang ditahan polis, dilaporkan berhubung siasatan ke atas skandal National Feedlot Corporation, dipercayai memiliki beberapa syarikat.

Antaranya, satu syarikat pengangkutan yang pada satu ketika pernah mempromosi perusahaan itu melalui iklan di saluran televisyen nasional.

Syarikat yang dikatakan mempunyai modal berbayar RM200,000 itu juga didakwa menyediakan perkhidmatan untuk bayaran bil dan juga cukai jalan melalui rangkaiannya di seluruh negeri.

Usahawan yang didakwa bergelar 'Datuk' itu turut memiliki syarikat limosin yang menyediakan perkhidmatan di sekitar Kuala Lumpur.

Selain perkhidmatan pengangkutan biasa, profil syarikat berkenaan turut mendakwa menyediakan perkhidmatan limosin dilengkapi pengawal peribadi untuk pelanggan VVIP.

Profil itu juga mendakwa lelaki tersebut berpengalaman dalam menguruskan projek pemasaran berskala besar, antaranya bernilai lebih RM1.5 bilion.

Menurut polis, suspek juga menjalankan perniagaan agensi pekerja asing.

Pengarah jabatan siasatan jenayah komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan semalam dilaporkan sebagai berkata, lelaki itu ditahan ketika berada di jabatan itu pada hari Rabu berhubung cubaan untuk menyogok pegawai polis.

Syed Ismail juga berkata suspek pernah ditahan sebelum ini berhubung siasatan ke atas dua kes penipuan, masing-masing di Bercham dan juga di Cheras mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,

Syed Ismail bagaimanapun enggan mengesahkan laporan media yang mengaitkan lelaki berkenaan dengan skandal NFC.

Polis telah mendapatkan perintah reman ke atas lelaki berkenaan yang kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan lanjut. -mk




Hassan Ali Minta Maaf Isu Negara Berkebajikan Tapi Terus Serang Mustafa Ali

Posted: 24 Dec 2011 03:30 AM PST

Kritik Negara Berkebajikan: Hasan Ali mohon maaf

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengaku tersilap membuat kenyataan mengenai konsep 'Negara Berkebajikan' yang dipersetujui ahli parti dalam Muktamar PAS dan disahkan Majlis Syura Ulama' Jun lalu.

Dr Hasan sebelum ini mengkritik PAS yang sudah lari daripada perjuangan asalnya iaitu membangunkan Negara Islam dan menganggap Negara Berkebajikan hanya konsep 'biasa' yang berjaya diamalkan oleh mana-mana negara maju termasuk di negara Eropah.

"Sebagai ahil PAS dan ahli jawatankuasa PAS Pusat, saya mengaku terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan terhadap perkara itu.

"Dengan ini saya menarik balik komen saya mengenai 'Negara Berkebajikan tersebut.

"Saya mohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu," katanya dalam sidang media di rumahnya sini hari ini.

Nafi bertemu pemimpin Umno

Sementara itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bahawa beliau dan bekas Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa bertemu dengan orang Umno di Hotel Le Meridien selepas solat terawih Ogos lalu.

Beliau menegaskan dirinya tidak pernah bertemu dengan mana pemimpin Umno sama ada peringkat bawahan, pertengahan mahu pun atasan pada tempat yang dinyatakan.

"Setahu saya yang ada ialah pertemuan yang sebahagiannya berulang kali di antara setiausaha agung dengan pemimpin tertinggi Umno.

"Bahkan terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Umno yang sehingga kini setakat yang sama maklum belum dapat diadakan,"
katanya sinis.

Katanya Mustafa sekali lagi terperangkap dengan prasangka buruk api fitnah sesama Muslim dan ahli jamaah.

"Sebagai setiausaha agung kepada parti yang berteraskan Islam, tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dati mulut seorang setiausaha agung yang berwibawa," katanya.

Unit risikan dan intipan

Beliau turut mempersoalkan sejak bila pejabat setiausaha agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung parti dan keperluannya dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan dalam parti.

Beliau sekali lagi menegaskan apa yang disebutkannya itu bukan pandangan peribadinya semata-mata, tetapi sebahagian ahli dan penyokong PAS selain anggota masyarakat lain.

"Mereka bersimpati dengan perjuangan PAS kerana melihat parti ini seolah-olah semakin tersasar daripada perjuangan asalnya.

"Ini mungkin disebabkan pendekatan akomodatif yang diambil PAS terhadap parti komponen demi bersama-sama mencapai hasrat menawan Putrajaya.

"Ramai yamg menyatakan kekhuatiran sikap ini akan dijadikan senjata oleh musuh politik PAS untuk menyerang PAS dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. -FMT

The game is over, kata Mustafa Ali

KUALA TERENGGANU, 24 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yakin, isu kekecohan yang berlaku dalam PAS sudah selesai.

"The game is over - permainan ini sudah selesai, bagi saya ia sudah selesai," kata Mustafa ketika memberikan ucapan dalam majlis makan malam di Markas PAS Kuala Terengganu, di sini malam tadi.

Mustafa mengulas kekecohan yang berlaku dalam PAS ekoran perang dalam media antara beberapa pemimpinnya.

Ia memuncak apabila Mustafa menyifatkan dua pemimpin Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa terperangkap dalam agenda musuh PAS iaitu Umno.

Menurut Mustafa, ia selesai melalui kenyataan beberapa pimpinan dan mesyuarat lajnah politik baru-baru ini.

"Dalam mesyuarat, saya tanya kepada semua yang terlibat dan masing-masing kata, apa yang mereka cakap lain, yang disiarkan media lain.

"Jadi jawapan saya dalam sidang media yang lalu harapnya yang terakhirlah," kata Mustafa.

Bagaimanapun, katanya, Dr Hasan akan membuat kenyataan hari ini dan dia akan melihat kenyataan itu samada untuk memberi respons atau tidak.

"Kalau dia (Dr Hassan) cabar suruh dedah, saya akan kajilah apa nak jawab," kata Mustafa.

Kes itu, katanya selesai dengan cara Presiden PAS memanggil tiga orang yang terlibat dalam kes ini termasuk Adun Hulu Klang yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib. -HD


Ulasan GB

Memang "UG" membawa petaka yang amat dasyat kepada parti sehingga porak-peranda jemaah parti.

Dan kebenaran itu kini dipertontonkan dimana kedua-dua mereka yang telibat di dalam gagasan itu kini berbalah sesama sendiri.

GB sudah menyatakan dari awal dulu bahawa konsep gagasan UG bakal membawa "fitnah besar" kepada parti dan kini ia menjadi bukti yang amat nyata.

Ketiadaan ketegasan di dalam parti terhadap isu Hassan Ali menjadikan 'biang" Hassan semakin menjadi-jadi, ulas GB sebelum ini.

Yang anehnya dahulu, di dalam kes Khalid Samad, Lembaga Disiplin mengambil keputusan untuk mengantung jawatan-jawatannya dalam parti yang sedang disandangnya ketika itu selama 6 bulan. Jawatan berkenaan adalah sebagai YDP kawasan Shah Alam dan sebagai ahli Lujnah Politik PAS Pusat.

Tiada ulasan: