Blog-list Malaysia |
- Noh Omar Ternyata Seorang Yang Lembab Dan Lembam
- Misteri pertikaman lidah Hasan-Mustafa
- Ini Kereta Baru Gua.. Apa Nak Heran??
- Antara Adam Adli dan 'panglima ludah'
- Pengajaran Dari Kes Khir Toyo
- Rusuhan awam selepas Liwat II: Adakah Umno dan Utusan cuba cetuskan keganasan?
Noh Omar Ternyata Seorang Yang Lembab Dan Lembam Posted: 25 Dec 2011 01:27 AM PST MB Selangor Bidas Noh Omar: Wang RM2.71 Bilion Milik Rakyat, Bukan Milik BN Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak perlu mendabik dada kononnya menyalurkan peruntukan yang besar untuk projek pembangunan di Selangor kerana wang tersebut adalah milik wang rakyat yang membayar cukai. Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.71 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di Selangor. Justeru, menyebabkan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor memberikan reaksi dengan menggesa wang berkenaan disalurkan terus kepada kerajaan Selangor untuk membela kebajikan rakyat dan bukan untuk digunakan demi kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional. "Ini adalah duit pembayar cukai dan bukan duit parti Barisan Nasional, wang RM2.71 bilion itu adalah untuk prasarana dan pembangunan infrastruktur dan saya rasa masalah terbesar dalam pentadbiran Barisan Nasional dia tidak boleh menjalankan projek dengan harga yang terbaik," kata Abdul Khalid yang ditemui TVSelangor selepas program Jom Shopping anjuran Dun Ijok di Pasaraya Econsave Alam Perdana di sini. Menurut Menteri Besar, sewajarnya Kerajaan Persekutuan mengambil contoh pengurusan kewangan dan pelaksanaan projek kerajaan negeri yang menekankan konsep nilai wang atau 'value for money' untuk mengelakkan pembaziran wang rakyat. "Seumpamanya sebagai contoh kerajaan negeri menjalankan program Jom Shopping, kita mengeluarkan kos untuk seorang peserta ialah RM100 yang mana terus diberikan kepada peserta tersebut, tetapi apabila Barisan Nasional membuat program, dia melalui perantara. "Kalau projek itu sepatutnya sampai kepada pengguna ialah RM100, tetapi kos untuk pengoperasian, ia semakin bertambah antara RM50 sehingga RM100 lagi, jadi maknanya kos keseluruhannya ialah RM200. Maka pembayar cukai terpaksa membayar kos tambahan sebanyak RM100 lagi untuk kos pengurusan yang tidak diperlukan," tegas Abdul Khalid. Abdul Khalid juga mempersoalkan pelaksanaan projek-projek penswastaan Kerajaan Persekutuan dengan kos yang terlalu tinggi sedangkan kesannya terhadap membela kebajikan rakyat dipersoalkan. "Contohnya lagi, seperti projek untuk pemeliharaan lembu ataupun National Fidlot Corporation (NFC), untuk mendapatkan lembu pun kosnya adalah RM250 juta, ini menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak sensitif tentang penggunaan wang rakyat," katanya. Beliau juga mempersoalkan pengendalian peruntukan wang rakyat untuk skim insentif peningkatan hasil padi dan subsidi padi kepada petani yang mana dipersoalkan golongan petani dan pesawah berhubung pengendaliannya yang didakwa tidak telus. "Jadi Noh Omar kena tengok juga kos untuk mengendalikan subsidi padi, adakah kesemua peruntukan itu kembali kepada rakyat, itu pun kerajaan negeri akan menjalankan penyelidikan berhubung perkara tersebut," katanya. -tvsnews |
Misteri pertikaman lidah Hasan-Mustafa Posted: 24 Dec 2011 10:45 PM PST Dikenali sebagai penceramah motivasi dan kem pelajar musim cuti sekolah sejak awal 1990-an, Hasan Ali kelihatan masih berpengaruh luar biasa dalam dan luar PAS. Pengaruh inilah barang kali yang membimbangkan PAS untuk mengambil tindakan padanya walau bagaimana lantang beliau mengkritik dasar PAS dan pemimpin kanannya Mustafa Ali. Dalam sidang media keduanya minggu ini (ketiga, sejak minggu lalu), beliau bukan sahaja bermain sorong tarik dengan idealisme baru 'negara berkebajikan' tetapi turut memulangkan paku buah keras terhadap setiausaha agung PAS. Menyedari sudah tersilap mengungkit dasar (atau, nama?) baru PAS, Hasan kelihatan boleh menerima 'negara berkebajikan' tetapi dalam nafas yang sama terus mempersoalkan kenapa 'negara Islam' digugurkan semata-mata untuk projek merampas Putrajaya. Tidak cukup dengan itu, yang boleh membayangkan kesilapan dan 'keinsafannya', Hasan mendakwa Mustafa lebih kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno! Memakai kembali strategi Mustafa yang hanya mendedahkan beberapa maklumat asas -- selepas tarawih di Le Meredian -- Hasan juga enggan membongkar lebih lanjut kecuali terdesak. Hasan dan Mustafa, bersama beberapa pemimpin kanan parti termasuk beberapa tokoh ulama popular dalam PAS, sering dikaitkan dengan projek kerjasama Umno-PAS atau istilah popnya fraksi 'kerajaan perpaduan'. Jadi tidak hairan jika kedua-duanya pernah bertemu (berunding atau tidak --- itu soal kedua) dengan wakil-wakil Umno. Namun babak terakhir dan mengejutkan muncul apabila Mustafa mendakwa Hasan terperangkap dalam mainan Umno; dan exco Selangor itu pula mendakwa bekas timbalan menteri berkenaan sendiri tidak lebih suci daripadanya. Sekarang bola Hasan sudah jatuh ke gelanggang tokoh veteran, juga sering dianggap seorang ahli strategi PAS, dari Terengganu itu. Apakah Mustafa sanggup diperkecilkan oleh tokoh motivasi yang baru menyertai PAS dalam sedekad ini dengan segala karenahnya? Apakah Mustafa bersedia meneruskan permainan setelah diasak-asak oleh bekas pesuruhjaya Selangor yang kelihatan masih dipayungi beberapa tokoh ulama dalam parti dan kebal daripada tindakan disiplin? Babak-babak mencemaskan dalam episod inilah yang menentukan sama ada Mustafa benar-benar ahli strategi yang pintar dan berpengalaman luas dalam mengemudi bahtera PAS. Jika kenyataan Hasan pada Sabtu diambil kira, kelihatannya Mustafa sedang tercabar dengan tokoh baru dari Selangor itu. Mustafa sudah berjaya dipatahkan dan disudutkan. Jika Mustafa mewakili parti, dan juga barisan pemimpin parti, Hasan kelihatan sudah menang -- dan terus berjaya menangkis asakan garangnya minggu pertama. Minggu kedua: Hasan 1, Mustafa 0. (ii) Hasan sendiri, di satu sisi, memang penuh paradoks. Beliau menganggap PAS tergelincir daripada landasan perjuangannya apabila melupakan 'negara Islam' dan kini mempromosikan 'negara berkebajikan'. Bekas pegawai kanan kerajaan ini tidak dapat menerima hakikat itu. Baginya PAS sudah lari daripada asas Islam. Beliau sendiri bagaimanapun berpegang teguh dengan konsep tiga R (race, religion dan royalty) atau dalam konteks semasa 'Melayu, Islam dan raja'. Tiga R bukanlah 'negara Islam', syariah atau hudud yang selama ini menjadi idealisme PAS dan umumnya aktivis Islam. Tiga R, bagi Hasan, lebih Islamik atau lebih dekat dengan idealisme PAS yang difahaminya. Sebab itulah beliau berasa partinya sudah menyeleweng; sedangkan dirinya sendiri tidak lari daripada Islam atau idealisme parti! Tiga R, bagi PAS, tentulah konsep yang ganjil dan asing. Tiga R, walau didukung oleh PAS atas dasar menghormati Perlembagaan Persekutuan, tentulah datang bersama sejumlah curiga dan debat yang panjang. PAS sendiri dalam sejarahnya sering mempermasalahkan 'Melayu' dan 'perjuangan Melayu' khususnya dalam konteks idealisme Umno. Bagi parti ini, tiada yang konkrit dan sahih pada perjuangan bangsa -- jika baik ia menjadi semangat wataniah seperti dihurai dengan menarik oleh Hasan Albanna; tetapi jika tidak baik ia akan menjadi 'asabiyyah yang diperangi habis-habisan oleh parti itu. Begitu juga sistem beraja. Jika ditelusuri dalam teks klasik politik Islam, seperti dikaji oleh tokoh-tokoh PAS, parti ini dalam idealismenya tidak melihat kesetiaan pada monarki atau dinasti sebagai satu-satunya model pemerintahan Islam. Idealisme tertinggi politik Islam bukannya sistem beraja walau penyimpangan sejarah di tanah Arab dan tanah Melayu menghasilkan gejala politik seumpama itu. Tiada aktivis Islam di serata dunia, termasuk PAS, akan melihat R (raja) sebagai puncak idealisme politik kecuali Hasan! Namun hari ini beliau mengajak PAS bersamanya dengan tiga R. (iii) Ada misteri yang belum terungkai dalam babak-babak mutakhir ini: apakah motif dan motivasi Mustafa serta beberapa pemimpin PAS untuk bergeser terang-terangan dengan Hasan? Dan juga, apakah motif dan motivasi Hasan mempertikaikan parti yang pernah diterajuinya secara terbuka susulan kenyataan PAS Selangor berhubung ketiadaan pencalonan buatnya di Gombak Setia. Walaupun pelbagai akhbar cuba mendabik dada bahawa merekalah yang mencetuskan episod ini tetapi hakikatnya berita tersebut bermula daripada laporan pertama Malaysiakini -- dua hari sebelum Utusan Malaysia dan Sinar Harian -- yang memetik ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib. Ketua penerangan PAS Selangor itu, yang tersingkir bersama timbalan pesuruhjaya Khalid Samad pada era kepemimpinan Hasan, kini turut terseret dalam pertikaman lidah Mustafa dan Hasan. Saari ibarat pelanduk yang terjepit di antara dua ekor gajah PAS dan diminta tampil menjelaskan kenyataannya tersebut (termasuk mengesahkannya kepada beberapa media lain). Jika benar sasaran Hasan hanya pada Saari dan PAS Selangor, kenapa tidak dari awal kenyataannya ditujukan kepada mereka -- bukan dasar 'negara berkebajikan'? Jika kenyataan Hasan hanya sekadar 'ribut di dalam cawan' PAS seperti riuhnya isu kumpulan Erdogan bergeser dengan puak 'kerajaan perpaduan' sejak 2008, kenapa pula Mustafa mengaitkan Hasan dengan agenda Umno dan kemudiannya pertemuan tertutup di sebuah hotel terkemuka? Jika isu asasnya soal Hasan tidak mendapat sokongan mencukupi untuk bertanding semula di Selangor, dan PAS pusat masih boleh campur tangan bagi memastikan beliau kekal bertanding sejak 1999, kenapa kini ribut di dalam cawan sudah bertukar badai? Ada babak-babak lain dan watak-watak lain yang belum muncul setakat dua minggu ini. Ia menjadi satu misteri menjelang pilihan raya umum nanti. Misteri inilah yang ingin diketahui pengamat PAS dan terus menjadi buruan semua media. FATHI ARIS OMAR bertugas sebagai ketua pengarang di Malaysiakini. |
Ini Kereta Baru Gua.. Apa Nak Heran?? Posted: 24 Dec 2011 09:29 PM PST "Sebiji Sama Macam Yang Gua Dibeli ???" Gua dapat peruntukan RM25 ribu aje sebulan hasil mengampu Pakatan Rakyat tak bising pon.. Ingat Papagomo saje ke mampu pakai Cayenne? Apa ingat bloggers Pakatan sengkek dan tak bertuan ke? Hehehe... Berkaitan : Inikah Kereta Mewah Blogger Pencacai Papagomo? |
Antara Adam Adli dan 'panglima ludah' Posted: 24 Dec 2011 04:47 PM PST Negara gempar dengan insiden 17 Disember, di mana seorang aktivis telah menurunkan bendera Perdana Menteri tatkala ratusan mahasiswa turun ke jalan raya bagi menjunjung prinsip kebebasan akademik. Berkali-kali sahabat saya yang lain bertanya tentang isu ini, dan ini pendapat saya: Pertama sekali saya ingin merakam tahniah di atas kejayaan mahasiswa yang berjaya membawa tuntutan mereka ke tengah untuk diberi perhatian yang lebih apabila berjaya menyerahkan dua memorandum – kepada SUHAKAM dan satu lagi kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri. Kesudian Timbalan Menteri untuk turun dan bertemu mahasiswa juga harus dipuji dan dihargai. Saya secara peribadi mengagumi cara dan toleransi yang ditunjukkan beliau, selain peribadi beliau yang berakhlak, beretika dan sifar skandal. Namun isu yang lebih penting di sini ialah tindakan Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri sewaktu acara klimaks kepada program itu. Solidariti Mahasiswa Malaysia seperti yang dijangka telah menyokong sepenuhnya tindakan Adam dalam hal ini berdasarkan beberapa hujah. Saya juga merasakan tidak ada masalah dengan tindakan itu. Hal ini kerana, bendera yang diturunkan langsung tidak dipijak,dikoyak atau diconteng. Bendera yang hanya diturunkan selama beberapa minit itu juga akhirnya dinaikkan semula ke tempat asalnya. Kita boleh katakan tindakan Adam sebagai kurang ajar jika dia menurunkan bendera Malaysia yang menjadi lambang kebanggaan dan imej negara kita. Dalam hal ini, Adam tidak berbuat demikian. Sebaliknya, Adam telah menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri dan bendera tersebut langsung tidak melambangkan imej negara kita. Maka, soal biadab atau kurang ajar langsung tidak wujud dalam polemik ini. Teguran buat Adam Sebagai teman mahasiswa, ingin saya ambil kesempatan ini untuk menegur Adam Adli dalam beberapa perkara. Pertama, jika ingin melakukan acara simbolik seperti menurunkan bendera, pastikan beliau membawa sendiri bendera yang ingin digunakan dalam acara simbolik tersebut. Adalah kurang manis sebagai orang luar yang datang ke PWTC untuk menceroboh bendera kepunyaan mereka. Saya sertakan di sini satu analogi. Sewaktu kita berdemo menentang keganasan zionis dalam beberapa episod demonstrasi sebelum ini, kita telah mengekspreskan kemarahan kita dengan membakar bendera negara Israel dan sekutu mereka, Amerika Syarikat. Adakah para demonstran telah menurunkan bendera Amerika Syarikat yang terdapat di kedutaan mereka? Jawapannya tidak. Kita tidak menurunkan bendera yang ada di kedutaan Amerika Syarikat untuk acara simbolik membakar bendera sebaliknya membawa bendera Amerika Syarikat kepunyaan kita sendiri. Itulah yang harus dilakukan Adam Adli agar tidak dilihat keterlaluan. Beliau perlu faham status PWTC yang merupakan 'rumah' UMNO. Apa yang dilakukan pada 17 Disember tempoh hari telah membuatkan beliau dilihat sebagai penceroboh dan bukannya orang yang menyatakan protes kepada kepimpinan sedia ada. Teguran buat penyokong kerajaan Sejurus selepas Adam Adli menurunkan bendera itu dan menaikkan bendera kebebasan akademik, maka ada pihak yang ingin menjuarai isu ini dengan kononnya menyatakan kemarahan kepada mahasiswa. Saya langsung tidak peduli jika mereka ingin berasa marah atau apa sekali pun. Tetapi tindakan mereka yang mengugut dengan kekerasan langsung tidak mencerminkan keperibadian Melayu yang kononnya menjadi wadah perjuangan mereka selama berdekad-dekad. Sebaliknya, perangai mereka berani saya sifatkan sebagai samseng murahan dan terdesak untuk mencari perhatian! Apakah wajar untuk seseorang yang tidak jelas jasanya kepada Melayu mengiktiraf diri mereka sendiri sebagai 'panglima'? Apakah wajar individu-individu sebegini berniat untuk meludah mahasiswa? Apakah mahasiswa ini hanya sekadar sampah-sampah picisan untuk diludah sesuka hati? Jika benar Adam Adli telah melakukan sesuatu yang mereka kurang senang, tegurlah beliau dengan kaedah yang berhikmah. Hal ini tidak perlu saya ajarkan di sini memandangkan mereka lebih senior dan sepatutnya tahu cara untuk menegur Adam dan kami adik-adik mahasiswa dengan pendekatan yang baik dan rasional. Tetapi sayang, golongan 'panglima' ini lebih berminat menggunakan 'ludah' berbanding teguran yang membina dan bermanfaat. Ingin saya tinggalkan satu soalan kepada mereka, di mana mereka tatkala warga luar berpesta menghina negara kita dan menbakar bendera negara kita suatu masa dulu? Adakah sifat kejantanan dan kepahlawanan panglima-panglima ini hanya berkesan pada mahasiswa sahaja? Moga semua pihak beroleh pengajaran daripada peristiwa 17 Disember 2011. Moga semua berada dalam perlindungan, petunjuk dan rahmat Allah. Syad Adzman - Harakahdaily |
Posted: 24 Dec 2011 04:30 AM PST WALAU apa tanggapan penulis mengenai kes yang melibatkan Khir Toyo semalam, itu tidak sepatutnya menyekat semua pimpinan Pakatan Rakyat yang memegang kuasa tampuk pemerintahan kerajaan negeri untuk belajar sesuatu daripadanya. Keputusan Hakim semalam (sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah yang lebih tinggi) menunjukkan bahawa seseorang pemimpin kerajaan tidak boleh mengadakan apa-apa transaksi dengan kenalan atau yang mempunyai hubung kait perniagaan dengan kerajaan yang dipimpin atau mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu keputusan. Jika mahu membeli harta sekalipun, gunalah saluran yang sah seperti melantik agen hartanah dan sebagainya serta elakkan daripada berhubung terus dengan pembeli dalam apa keadaan sekalipun. Disamping itu, elakkan juga membeli aset yang berada dibawah nilai pasaran semasa (walaupun pembeli tidak kisah dengan perkara tersebut). Politik tidak mengenal kawan dan lawan. Bila segala kuasa yang ada sudah hilang, sesiapa sahaja boleh mengambil kesempatan walaupun dalam kes ini Datuk Shamsudin Diman (saksi utama pendakwa) bukanlah orang yang mengadu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan dia dipaksa menjual hartanah tersebut kepada Khir Toyo dengan harga yang murah. Sebaliknya, semua bermula bila ADUN Sekinchan Ng Suee Lim membuat laporan kepada SPRM berkenaan nilai rumah Khir Toyo yang dikatakan bernilai RM 24 juta. SPRM gagal menemui bukti yang mengesahkan rumah tersebut adalah seperti nilai yang dikatakan tapi menemui bukti lain yang membawa kepada perbicaraan yang berakhir semalam. Itu juga bermaksud, memiliki rumah yang besar, seluas padang bola sekalipun tidak ada masalah kepada SPRM, asal saja proses pemilikan itu tidak ada sebarang keraguan. Keputusan hakim dalam kes ini, meletakkan pemimpin kerajaan negeri sekarang ini sudah mencapai tahap seperti hakim yang tidak boleh mempunyai kawan melainkan dikalangan mereka sahaja. Sukar penulis nak bayangkan bagaimana ini boleh dilakukan dalam situasi sebagai pemimpin politik. Sebagai orang politik memang kita perlu bercampur dengan ramai kalau tidak semua orang. Bagaimanapun, belum terlambat untuk semua pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat memeriksa kembali sebarang transaksi yang telah dibuat sepanjang dilantik memegang jawatan tersebut. Kalau ada yang serupa atau hampir sama seperti kes Khir Toyo maka belum terlambat untuk membuat pembetulan kerana kita tidak pasti apa yang akan berlaku dimasa depan. Walau pun begitu, penulis masih berpendapat ada banyak alasan penghakiman Datuk Mokhtarudin Baki yang menyebabkan kes ini cacat dengan sendirinya dan hanya membuka peluang kepada proses rayuan nanti untuk menyebelahi Khir Toyo. Itu yang dikatakan wujudnya tangan-tangan ghaib yang terlibat. Seperti mana semalam, penulis yakin keadaan ini hanya sementara bagi mengurangkan kecaman ke atas sistem kehakiman jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes liwatnya nanti. Khir Toyo sendiri nampaknya mengakui hal ini apabila menetapkan 9hb Januari sebagai tarikh untuk menentukan masa depannya dalam politik. Tidakkah semua ini kelihatannya terlalu ketara pada kita? suarapakatanrakyat |
Rusuhan awam selepas Liwat II: Adakah Umno dan Utusan cuba cetuskan keganasan? Posted: 24 Dec 2011 03:36 AM PST Penulis kolum Utusan, Awang Selamat adalah pemegang rahsia kepada apa jua. Dia sangat hampir dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang penting. Mereka memberitahunya pelagai perkara dan beliau akan menyebarkannya. Misalnya, dia mungkin juga tahu rahsia disebalik pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan juga komplot Liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim. Tetapi sebagai seorang hamba yang patuh pada tuannya, dia perlu berdiam diri atas kedua-dua hal ini yang sangat ingin diketahui oleh rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun , bagaimanakah dia mempunyai pengetahuan terhadap rusuhan yang dijangka berlaku pada masa akan datang? Adakah dia memiliki satu bebola kristal atau dia telah diberikan sedikit maklumat oleh bos-bos UMNOnya? Adakah ini cara Perdana Menteri Najib Razak memberitahu orang ramai bahawa beliau dan parti beliau akan menggagalkan Anwar dalam perbicaraan liwat yang bermaksud untuk memenjarakan Anwar sebelum pilihan raya umum ke-13. Jangan berpura-pura Sudah pasti kelihatan seperti UMNO cuba bersungguh-sungguh untuk berpura-puranya tidak mengetahui hasil perbicaraan Liwat II. Keseluruhan rakyat Malaysia sudah tahu bahawa Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor akan memastikan satu keputusan 'Bersalah' yang akan memberi ganjaran kepada mereka. Ini kerana Anwar Ibrahim, yang menjadi gel kepada Pakatan Rakyat dalam pasukan pembangkang bakal mengancam rezeki mereka. Tetapi Najib belum berputus asa dan telah memasang jerat untuk Anwar. Ya, UMNO sedang memerangkap Anwar untuk sebuah lagi perangkapnya dan pesuruhnya tidak lain dan tidak bukan Utusan. Walau apa pun yang dilakukan Najib, bekas perdana Mahathir Mohamad, PERKASA and UMNO, segalanya telah menemui kegagalan. Pakatan Rakyat semakin kukuh dan sokongan kepada mereka tidak surut. Ini boleh sahkan oleh keputusan mendadak Najib untuk mewujudkan satu saluran televisyen - TV 1Malaysia - untuk menyaingi media pembangkang. Presiden UMNO dan PM itu telah memperuntukkan RM10 juta untuk perang siber menentang Pakatan. Najib perlu membenarkan demonstrasi pelajar diteruskan dengan aman kerana beliau takut apa-apa tindakan keras akan mencetuskan kemarahan di kalangan belia untuk parti dan gabungan partinya. Undi belia adalah undi penentuan. Najib juga sangat akomodatif dengan tuntutan-tuntutan kesatuan sekerja tetapi masih tidak mampu menenangkan mereka. Pembayaran RM500 bagi yang layak nampaknya tidak berhasil. Kedai-kedai KR1M telah terbenam oleh publisiti buruk yang banyak. Kelihatan semua usaha-usaha mereka sia-sia. Mahu menang dengan apa jua cara! PRU13 akan menjadi ibu kepada semua pilihanraya dan UMNO merancang untuk menang dengan apa cara sekalipun. Terlalu banyak yang bakal dipertaruhkan. Mereka tidak mampu untuk kehilangan kuasa kerana kemenangan Pakatan akan mencederakan empat broker kuasa dalam parti - Mahathir, bekas Menteri Kewangan -Daim Zainuddin, bekas Perdana Menteri- Abdullah Badawi dan Ahli Parlimen Gua Musang -Tengku Razaleigh Hamzah. Sekiranya Pakatan mendapat kerajaan persekutuan, golongan elit UMNO akan didakwa untuk jenayah mereka. Perbuatan-perbuatan mereka yang salah akan didakwa di mahkamah. Oleh itu, masa depan kewangan mereka akan terjejas! Ahli-ahli UMNO secara amnya adalah naif dan mereka mempercayai bahawa pemimpin-pemimpin tertinggi mereka menjaga kepentingan. Sebenarnya, "para pencuri" ini tidak langsung mementingkan Malaysia! Jika tidak, Malaysia akan menjadi makmur dan tidak berada diambang kebankrapan pada hari ini! UMNO begitu terdesak untuk memenangi PRU-13 dan sanggup bermain dengan api dan menjejaskan keselamatan awam dan keharmonian. UMNO juga sanggup melihat wujudnya kekacauan awam berikutan keputusan perbicaraan kes liwat. Beberapa kemungkinan termasuk keganasan terhadap golongan belia Ada beberapa senario yang mungkin terhasil daripada keadaan ini. Jika terdapat protes jalanan maka UMNO akan menggunakan ini untuk faedah mereka dengan menahan semua pemimpin penting PKR dan ini akan memberikan impak yang besar kepada Pakatan Rakyat apabila menghadapi PRU 13 apabila semua pemimpin-pemimpin tertinggi mereka dipenjarakan. UMNO akan melakukan cara ini kerana mereka tidak ada cara lain untuk menahan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Malaysia mempunyai anak-anak muda yang sanggup melakukan protes jalanan seperti yang terbukti dalam perhimpunan BERSIH. Kebencian dan kemarahan di kalangan pelajar universiti telah mencapai tahap di mana mereka sudah tidak takut pada AUKU yang juga menindas mereka. Mereka telah melihat kebangkitan negeri-negeri Arab dan bersedia untuk mencontohi mereka. Rusuhan kali ini boleh menjadi ibu kepada semua rusuhan! Mereka tidak akan kehilangan apa-apa kerana mereka telah kehilangan segala-galanya kepada UMNO sejak 54 tahun yang lalu! UMNO berfikir bahawa FRU dan tentera boleh dipanggil, tetapi yakinlah bahawa terdapat juga mereka yang memakai uniform tersebut yang benci pada UMNO! Terdapat banyak juga mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam yang benci pada UMNO! Apabila keganasan sudah tidak dapat dibendung lagi, adakah UMNO bersedia untuk membunuh belia kita? Darurat Dalam kes ini, UMNO tidak akan dapat mengadakan PRU-13. Pilihan raya tidak akan dilangsungkan kerana pemimpin-pemimpin pembangkang masih berada di dalam penjara. Untuk memastikan ada sedikit kredibiliti, beberapa pemimpin pembangkang akan dilepaskan terlebih dahulu dan barulah boleh PRU-13 diadakan dalam masa yang sesingkat mungkin -menafikan pembangkang masa untuk bersedia menghadapinya. Tetapi sentimen di kalangan para pengundi pada masa itu akan benar-benar kejam terhadap UMNO, mereka hampir pasti akan berpaling ke arah Pakatan Rakyat. UMNO pada masa yang sama masih berkuasa boleh sahaja mengumumkan darurat. Malaysia akan berada dalam keadaan huru-hara apabila semua rakyat berbilang kaum tidak lagi takut pada mereka dan hanya akan memenuhi jalan-jalan. Mereka sudah bosan dengan UMNO. Jadi, adakah ini yang Awang Selamat sediakan untuk rakyat Malaysia? Sudah tentu, beliau adalah penghasut! Tiada sebab untuk Pakatan Rakyat menjadi gundah apabila ia mempunyai kelebihan Sebaliknya, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim masih waras dan belum nyanyuk lagi, tidak seperti Awang Selamat. Walaupun dengan Anwar dalam penjara, Pakatan masih boleh menang PRU 13 kerana gelombangnya sudah ada. Selepas menang, Azmin Ali berkata bahawa Anwar akan dibebaskan. Lebih-lebih lagi penyokong Anwar dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat tidak akan membiarkan ini berlaku. Ia tidak akan jatuh ke dalam perangkap UMNO yang akan menjejaskan segala-gala yang mereka telah dibina setakat ini. Pakatan akan mendapat lebih banyak penyokong dan undi hari demi hari tanpa menggunakan keganasan. Kualiti parti-parti dalam Pakatan Rakyat juga telah bertambah baik kerana mereka telah berjaya menyingkirkan kuda Trojan, talam dua muka, pengkhianat, orang UMNO, pemalas, orang yang tidak ikhlas, dan individu yang mementingkan diri sendiri. Walaupun UMNO-BN masih penuh sesak dengan manusia seperti ini, mereka masih mampu untuk menambah beberapa orang lagi dengan mengambil orang buangan PAS dan PKR seperti Nasharudin Mat Isa, Hasan Ali, Zul Noordin, Zahrain Hashim, Tan Tee Beng dan sebagainya. Dipetik dari - Malaysia Chronicle |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan