Kelab Greenboc |
- Shahrizat: Beritahu Saya Pemimpin UMNO Mana Yang Tiada Masalah?
- Banyak Pihak Kecam LPF Tunduk Kepada Pengeluar Filem
- UMNO Sibuk Hentam Air Kelantan, Krisis Air Meruncing Di Pekan, Kawasan Najib
- Gadis Dihanyut Tsunami Pulang 7 Tahun Kemudian
- Bekas Menteri Di JPM, Abd Hamid Othman Meninggal Dunia
- Salahguna Wang Zakat: Jamil Khir Khianati Orang Miskin, Bukti Beliau Tidak Amanah
- Siapa Tergelincir, PAS Atau Hassan Ali? Tanya Mujahid
- Rewind 2011: Jangkahayat BN Pada Penghujung Jalan?
- Ibu Relakan Anaknya Berkhalwat
- Ugutan: Adam Adli Lapor Polis, Terima Notis Tatatertib [updated]
Shahrizat: Beritahu Saya Pemimpin UMNO Mana Yang Tiada Masalah? Posted: 24 Dec 2011 01:10 AM PST Di sebalik tanda bahawa UMNO sedang berantakan disebabkan skandal rasuah dan pertelingkahan dalaman dikalangan pemimpin tingginya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah telah mengumumkan bahawa satu pasukan khas akan dibentuk untuk menyiasat dakwaan bahawa keluarga Menteri UMNO Shahrizat Jalil telah menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250 juta yang diperuntukkan bagi projek ternakan lembu NFC untuk kegunaan peribadi dan juga harta mewah. Walaubagaimanapun, tanpa fokus kepada kemarahan rakyat, semua mata tertumpu pada drama yang sedang dimainkan UMNO. Walaupun Shahrizat telah membayangkan kesediaan beliau untuk meletak jawatan, adalah mustahil beliau akan membenarkan dirinya dipijak atau dijadikan kambing hitam oleh rakan-rakan parti politiknya. Mata juga sedang tertumpu pada hakikat bahawa Najib yang sedang disiasat oleh kerajaan Perancis disebabkan dakwaan memakan rasuah bernilai RM570 juta daripada pembuat senjata gergasi DCN akan mampu untuk menangani isu NFC. Najib juga ialah presiden UMNO. "Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?" merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan seperti yang di laporkan oleh suratkahabr Sin Chew beberapa hari lepas. Sandiwara UMNO-SPRM Sememangnya rakyat berasa curiga kerana MACC telah sebelum ini telah menyerahkan kes itu kepada polis walaupun telah menerima laporan daripada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Kredibiliti pentadbiran Najib telah hilang apabila timblan ketua Polis Khalid Bakar telah mengumumkan bahawa tiada unsure pecah amanah semasa perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Sering mendapat jolokan Pak Turut untuk kerajaan UMNO, Khalid telah dituduh sebagai cuba menyelamatkan parti itu daripada malu. "Kita telah bertindak dengan mengikut prosedur apabila mengumpul fakta dan kenyataan sejak isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negera. Kebanyakkan isu yang ditimbulkan pada laporan terhadap NFC telahpun kita ambil tindakan." Ujar Pengarah SPRM Mustafar Ali dalam kenyataan beliau yang di siarkan pada Khamis. SPRM juga pantas menyatakan bahawa ia tidak dapat mendedahkan fakta terperinci seperti yang termaktub dalam Seksyen 29(4) Akta Pencegah rasuah Malaysia 2009. "Kami telah memanggil pihak-pihak yang terbabit untuk memberi kerjasama kepada kami dan tidak mempolitikkan isu –isu yang boleh menjejaskan siasatan kami." Ujar Mustafar lagi. Mengambilkira tona defensive kenyataan tersebut, adalah jelas kepada pemerhati bahawa SPRM tidak akan beriya-iya menyiasat NFC atau Feedlot Kebangsaan, sebuah projek yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan kepada 40% pemakanan dan pada harga yang berpatutan. Projek itu telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail dan anak-anak beliau pada 2006. Semasa itu, Muhyiddin memang portfolio Menteri Pertanian. Khairy Jamaluddin, menantu kepda Perdana Meteri ketika itu, Abdulah Badawi juga memainkan peranan penting dalam meluluskan projek itu kepada keluarga Shahrizat. Bertanggungjawablah dan selamatkan kami, rakan-rakan beritahu Shahrizat Ini dipercayai sebagai drama terbaru yang dimainkan UMNO untuk menyeru Shahrizat meletak jawatan dalam cabinet dan bertanggungjawab sebelum pilihanraya diadakan pada tahun depan. Tiada siapa yang menyangka aka nada perubahan besar pada sikap pemimpin tertinggi UMNO yang sudah dikenali dengan rekod rasuah mereka- ini termasuk juga Shahrizat. "Shahrizat dan juga UMNO sememangnya tidak malu. Isunya adalah kenapa pinjaman sebegitu diberikan kepada keluarga beliau sedangkan beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet. Mustahil mereka mendapat pinjaman itu sekiranya dia bukan menteri. Beliau dan keluarga beliau telah menidakkan hak rakyat Malaysia yang susah dan rajin daripada faedah pinjaman itu (bekalan daging murah kepada rakyat Malaysia)," beritahu timbalan Presiden PKR N Surendran kepada Malaysia Chronicle. "Shahrizat juga tidak patut dipersalahkan seorang diri. UMNO lah yang harus lebih dipersalahkan. Disebabkan amalan politik mereka yang sering memberi makan kroni dan keluarga mereka daripada wang rakyat. " Mangsa legasi rasuah Mahathir? Mereka yang menyeru beliau letak jawatan sebelum beliau "dihalau" termasuk bekas perdana Menteri Mahathir Mohamad juga dikenali sebagai pemimpin yang mengembangkan sistem feudal dalam politik di mana pemimpin elit memegang segala aspek ekonomi dan politik negara. Dalam laporan "Global Financial Integrity" baru-baru ini, Malaysia disenaraikan di tempat ke 4 paling banyak mengamalkan rasuah di dunia. Kita sudah kehilangan USD338 billion (RM1.08 trilion) dalam pengaliran wang haram pada dekad pertama untuk abad ini. GFI juga menyatakan bahawa kenaikkan Malaysia ini "seiring dengan bebapa negara Asian." Ada Januari lepas, telah dilaporkan RM930 billion telah keluar daripada Malaysia dari 200 hingga 2008 dan meningkat ke RM218 setahun daripada jumlah asal RM 71 billion pada masa itu. Laporan ini sepatutnya menimbulkan kesedaran kepada pemimpin dunia bahawa ada keperluan untuk melakukan sesuatu demi menghapuskan pengeluaran haram ini," ujar pengerusi GFI Raymond Baker dalam satu sidang akhbar. Semasa laporan itu dikeluarkan, tidak hairanlah pemimpin UMNO yang pertama meragui laporan itu adalah Mukhriz Mahathir yang tinggal di Washington dan juga merupakan anak bongsu bekas PM itu. Sekarang, Mahathir yang berusia 86 tahu dan telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dikenali sebagai pemimpin yang banyak membazirkan wang cukai rakyat. -Malaysia Chronicle |
Banyak Pihak Kecam LPF Tunduk Kepada Pengeluar Filem Posted: 23 Dec 2011 11:05 PM PST PAS kesal dengan langkah LPF KUALA LUMPUR, 23 Dis: PAS amat kesal dengan langkah Lembaga Penapis Filem (LPF) kerana melepaskan tanggungjawabnya kepada pihak penerbit dan pengarah sepenuhnya dalam urusan penapisan filem di negara ini. Tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bukan sekadar memperlihatkan sikap lembaga itu yang ingin lari dari melaksanakan tugas pentingnya, tetapi diyakini akan mendatangkan kesan lebih buruk terhadap masyarakat. Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, penapisan filem merupakan satu perkara amat penting yang sepatutnya mesti dilaksanakan oleh sebuah agensi kerajaan yang berwibawa. Menurutnya, tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan dengan baik, tetapi langkah terbaru LPF untuk tidak lagi melakukan kerja-kerja itu mulai tahun depan jelas menunjukkan badan tersebut atau pihak kerajaan hanya memandang mudah perkara itu. Katanya, langkah terbaru LPF itu pasti menimbulkan kehairanan kepada pelbagai pihak kerana ia seolah-olah menunjukkan pihak kerajaan tidak peka dengan tanggungjawabnya sendiri. "Dengan melepaskan tanggungjawab itu dibimbangi akan lebih memburukkan keadaan apabila filem-filem yang mengandungi adegan-adegan yang sepatutnya dipotong turut ditonton oleh orang ramai," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. Meletakkan tanggungjawab menapis hanya kepada pihak penerbit filem dan pengarah, menurutnya, pasti akan menimbulkan pelbagai risiko bagi perlaksanaan tanggungjawab moral kerana mereka mempunyai tanggapan tersendiri terhadap sesebuah filem yang dihasilkan oleh mereka. Begitu juga dengan adegan-adegan yang terdapat di dalam filem yang mereka hasilkan itu kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendiri meskipun tidak disenangi pihak lain. "Disebabkan perkara itu, dapatkah pihak penerbit dan pengarah itu sendiri yang diharapkan memainkan peranan itu dengan baik, apatah lagi jika mereka itu bukan beragama Islam?" katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja. Beliau yakin tindakan LPF itu bukan akan membantu mengatasi masalah gejala sosial di negara ini, malah akan mempertingkatkannya, ekoran filem-filem yang akan ditayangkan di negara ini nanti lebih banyak mempunyai adegan yang berunsur negatif. "Ini tidak terkecuali sama ada filem-filem tempatan dan dari luar negara yang dibawa masuk ke negara ini kerana bagi filem-filem dari luar negara, tanggungjawab itu juga akan diserahkan kepada mereka yang membawa masuk filem-filem itu sendiri," ujarnya. Jika sebelum ini di bawah tanggungjawab agensi itu sendiri pernah berlaku adegan-adegan yang sepatutnya dipotong tidak juga dipotong sehingga turut ditayangkan kepada umum, kejadian seperti itu diyakini lebih berleluasa setelah LPF mengambil langkah itu. Pada hal di bawah tanggungjawab LPF, kejadian itu diyakini berlaku kerana masalah-masalah tertentu yang mungkin tidak disengajakan atau terlepas pandang. "Dengan langkah baru LPF itu nanti, jika berlaku pasti bukan lagi masalah terlepas pandang, tetapi disengajakan oleh pihak penerbit dan pengarah ekoran perbezaan anutan agama, budaya dan tahap tanggungjawab moral di kalangan mereka," tambahnya. Untuk mengimbangi langkah itu, pihak LPF digesa mengeluarkan garis panduan yang jelas kepada pihak penerbit, pengarah dan mereka yang terbabit dalam urusan membawa masuk filem-filem dari luar negara ke negara ini. Katanya, menerusi garis panduan itu, pihak LPF mestilah menyatakan dengan jelas tentang filem-filem dan adegan-adegan yang tidak boleh ditayangkan di negara ini agar masing-masing dapat mengelakkan dari memasukkan unsur-unsur negatif ke dalam filem masing-masing. Beliau turut menyarankan LPF agar menguatkuasakan undang-undang berhubung perkara itu untuk dikenakan kepada mereka yang gagal mematuhinya agar mereka tidak memandang ringan terhadap tanggungjawab moral. "Hanya dengan itu yang dapat diharapkan agar filem-filem yang dihasilkan dan ditayangkan di negara ini bebas dari unsur-unsur negatif termasuk unsur lucah, mempersendakan Islam, jenayah dan sebagainya," ujar beliau. -HD
|
UMNO Sibuk Hentam Air Kelantan, Krisis Air Meruncing Di Pekan, Kawasan Najib Posted: 23 Dec 2011 09:07 PM PST Krisis air: Mahasiswa UMP Pekan tuntut pembelaan Oleh Muhamad Fazli Abdul Halim Krisis gangguan air yang semakin meruncing di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan sudah berlarutan masuk minggu kedua tidak menampakkan sebarang tanda-tanda yang krisis ini akan berakhir. Krisis ganguan air ini dikatakan berpunca daripada tekanan air yang rendah akibat daripada UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar. Situasi ini cukup menyeksa dan menyukarkan urusan harian mahasiswa yang dalam masa yang sama ditambah dengan tekanan peperiksaan akhir semesta yang bakal berkunjung tiba. Krisis ini juga turut menjejaskan pihak pengusaha kafeteria yang secara langsung mengganggu pengoperasian dan urusniaga mereka dan menambah kesengsaraan mahasiswa dalam mendapatkan makanan. Krisis air bukan isu baru Permasalahan ganguan air yang dialami oleh mahasiswa UMP bukanlah satu perkara yang baru. Perkara yang sama turut berlaku dua tiga tahun yang lepas oleh mahasiswa UMP yang berada di Kampus Gambang. Krisis air ini bukanlah satu perkara yang asing oleh masyarakat Pekan dan Pahang khususnya. Tindakan segera amat diperlukan terutamanya peranan yang dimainkan oleh Jabatan Bekalan Air Pahang sebagai salah satu agensi kerajaan negeri agar mengambil perhatian serius terhadap permasalahan yang dialami oleh kami selaku mahasiswa agar memudahkan urusan pembelajaran kami di medan universiti ini. Mohon perhatian Perdana Menteri Mahasiswa UMP Pekan memohon agar kebajikan kami yang merupakan sebahagian daripada komuniti di sini agar diberi perhatian dan tumpuan yang sewajarnya oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri yang berazam untuk terus membangunkan Pekan, kawasan parlimennya, serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan sepertimana yang beliau ucapkan semasa Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 Disember yang lepas. Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (Gempak) UMP Satu jawatankuasa bertindak telah dibentuk diperingkat mahasiswa yang dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (GEMPAK) UMP yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, persatuan fakulti dan perwakilan kolej kediaman serta beberapa wakil mahasiswa yang terpilih. Antara objektif utama jawatankuasa ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menuntut penyelesaian segera krisis air di UMP Pekan oleh pihak yang berkaitan dan bertanggungjawab. Penulis merupakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang juga Pengerusi Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (Gempak) UMP. |
Gadis Dihanyut Tsunami Pulang 7 Tahun Kemudian Posted: 23 Dec 2011 07:36 PM PST Acheh: Tujuh tahun selepas dihanyutkan ke laut dan disangka sudah mati, seorang mangsa tsunami Aceh yang berusia 15 tahun muncul di kampung halamannya dan disatukan semula dengan ibu bapanya. Gadis bernama Wati itu dilaporkan disentap daripada genggaman ibunya ketika tsunami sehari selepas sambutan Krismas pada 2004 dan dikhuatiri lemas. Namun kelmarin rakan kepada datuk gadis itu, Ibrahim, menemuinya duduk bersendirian di sebuah kedai kopi dan membawanya pulang ke rumahnya di bandar Meulaboh. Apabila ditanya, Wati berkata dia datang dengan menaiki bas dari Banda Aceh dan cuba mencari jalan pulang ke rumah tetapi tidak tahu caranya, menurut laporan portal berita The Telegraph semalam. Gadis itu berkata, dia tidak dapat mengingati nama saudara maranya kecuali Ibrahim, membuatkan datuknya itu terfikir yang Wati mungkin cucunya yang sudah lama hilang. Dia segera menghubungi ibu bapa gadis itu, Yusniar dan Yusuf, yang mengesahkan bahawa Wati adalah anak perempuan mereka berdasarkan tahi lalat dan parut kecil pada sikunya, menurut laporan itu. Apa yang berlaku kepada Wati dalam tempoh tujuh tahun itu tidak jelas. Kira-kira 168,000 orang terkorban dalam bencana itu di Indonesia manakala angka korban di seluruh dunia ialah 230,000 orang. - BERNAMA
|
Bekas Menteri Di JPM, Abd Hamid Othman Meninggal Dunia Posted: 23 Dec 2011 04:45 PM PST Kuala Lumpur: Bekas Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman, 72, meninggal dunia akibat serangan strok di pejabatnya di Maju Junction, di sini, petang semalam. Allahyarham yang juga Penasihat Maju Holdings Sdn Bhd dipercayai mendapat serangan strok ketika menjalankan urusan kerja sebelum meninggal dunia jam 4.45 petang. Pegawai Peribadinya, Nor Azhar Mohd Yusof ketika dihubungi berkata, Allahyarham sihat seperti biasa, namun secara tiba-tiba kakitangan memaklumkan Allahyarham mengalami kesukaran bernafas. "Kakitangan pejabat memanggil saya dan kami cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan, namun lima minit kemudian Tan Sri sudah tiada," katanya. Allahyarham mempunyai sejarah penyakit sakit jantung dan diabetes. Beliau berkata, jenazah Abdul Hamid dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tenaga, Batu 9, Jalan Puchong. Allahyarham dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah pernah mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam. Abdul Hamid memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1995 sehingga 1999. Sebelum itu pada 1990, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pada 2001, Abdul Hamid dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009. Semasa hayatnya Allahyarham adalah penerima pertama biasiswa kerajaan Malaysia menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, bersama empat orang lagi pelajar lain dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam pada 1961. Penasihat Agung Pusat Kebajikan Wanita dan Keluarga (Kewaja) itu meninggalkan seorang balu, Puan Seri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak dan menantu serta lima orang cucu. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Puchong selepas solat Zuhur, hari ini. -hm Ulasan GB Di saat negara sedang kecoh membicarakan isu Menteri Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharum kerana menyalahgunakan wang zakat untuk bayaran khidmat guamannya, dan pendedahan isu Tun Mahathir membuat pinjaman Bank Dunia semasa beliau menjadi PM, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pemergian bekas Menteri di JPM dan juga Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Abdul Hamid Othman. Di dalam PRU 10, Abdul Hamid Othman telah tewas kepada seorang calon PAS yang juga seorang Sasterawan Negara, Dato' Prof. Shahnon Ahmad yang pada ketika itu baru kali pertama mencuba dalam pilihan raya. Setiap sesuatu peristiwa yang dijadikan Allah s.w.t. tidak ada yang sia-sia, apatah lagi soal "kematian" yang sepatutnya menjadi "guru" kepada yang masih hidup. Justeru kepada kita yang masih hidup, apatah lagi kepada penggantinya di JPM itu dan juga kepada bekas PM yang pernah menggunakan khidmat nasihatnya, agar belajar dari kematian tersebut - bahawa Allah berkuasa mencabut nyawa kita pada bila-bila masa. Innalillahi wainna ilahi rajiun. Alfatihah. |
Salahguna Wang Zakat: Jamil Khir Khianati Orang Miskin, Bukti Beliau Tidak Amanah Posted: 23 Dec 2011 02:15 PM PST Jamil Khir khianati orang miskin, golongan layak terima zakat Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kassim. Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang kes qazaf yang di failkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden. "Seleweng wang zakat ini bukti Menteri Umno dan dua yang lain menyalahgunakan kuasa mereka dan saya tegaskan firma guaman yang menerima wang zakat itu tidak termasuk dalam senarai yang sepatutnya menerima zakat," katanya. Lapan golongan yang layak itu hanyalah fakir, miskin, Amil (mereka yang dilantik memungut zakat), Muallaf (Seseorang yang memeluk Islam, Riqab (orang yang tidak mempunyai kebebasan), Gharimin (penghutang muslim), Fisabillillah (pejuang Islam) dan Ibnus Sabil (musafir). Katanya lagi, Jamil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, sememangnya berniat menggunakan wang zakat demi kepentingan mereka dan tahu firma guaman yang dilantik itu tidak termasuk golongan yang layak menerima zakat. Wang itu katanya, hanya dibayar semula selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima geran RM700,000 pada Jun 2010. "Apabila Datuk Jamil guna wang zakat dan akan bayar balik seperti mana didedahkan dalam surat jawapan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) itu, maknanya mereka tahu bahawa guna wang zakat itu salah. "Kalau sudah tahu, mengapa guna juga wang itu dan kita yakin kalau kita tidak dedah penyelewengan ini, belum tentu wang zakat itu dapat balik," katanya dihubungi Keadilandaily.com. Guna wang zakat bukti Jamil Khir tidak amanah – Izzah klik untuk baca |
Siapa Tergelincir, PAS Atau Hassan Ali? Tanya Mujahid Posted: 23 Dec 2011 07:21 AM PST Hasan Ali tidak baca sejarah parti? Memahami Perjuangan Sebuah parti politik tidak mungkin kekal tanpa beberapa perkara. Pertama, prinsip, kedua organisasi dan ketiga pimpinan. Pertama berupaya menarik minat pendukung dan penyokongnya. Dari sudut organisasinya ia akan melahirkan penggerak dan aktivis parti yang asasnya ialah ketaatan. Manakala ketiga, dari sudut kepimpinan mewakili hiraki tertinggi yang akan membekalkan arahtuju perjalanan parti. Melalui tiga komponen di atas, kita dapat mempelajari sesuatu yang amat penting iaitu, pemimpin akan datang dan pergi namun prinsip dan organisasi perjuangan akan terus kekal. Ini adalah pengajaran yang berkekalan sehingga ia menjadi satu kaedah yang sukar dicabar kebenarannya. Dinamika Perjuangan Ramai yang gagal memahami atau terlalu lembab untuk memahami bahawa perjuangan mempunyai dinamikanya tersendiri. Ia bukan sesuatu yang jumud dan beku sehingga gagal menepati kehendak dan tuntutan semasa. Ini adalah asas yang memberikan kehidupan kepada sesebuah parti yang mempunyai prinsip perjuangan. Yang dikatakan kebijaksanaan kepimpinan ialah bagaimana ia mampu mengimbangi antara mengekalkan prinsip yang tidak akan berubah dan menepati kehendak semasa yang berubah-ubah. Ia bukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh pemimpin yang berfikiran jumud yang gagal memahami apa erti keseimbangan ini dan seni-seni yang diperlukan. Dinamika PAS PAS bukan sebuah parti yang jumud, perkembangannya dan sejarah pencapaiannya menggambarkan ia senantiasa menepati kehendak semasa tanpa hilang prinsip yang diperjuangkan. Gamaknya orang seperti Hasan Ali gagal membaca sejarah dinamika PAS walaupun berdegar-degar berucap di atas pentas PAS. Untuk pengetahuan mereka yang sekepala dengan Hasan Ali, PAS memulakan manifesto politiknya di awal 1950-an hingga 1960-an dengan menawarkan konsep negara kebajikan melalui slogan Baldatun Thaiyyibatun wa Rabbun Ghafur (petikan dari al quran). Asasnya ialah Adopt Islamic Principles, Restore Malay Sovereignity, Improve The Standard of Living, Practice True Democracy dan Promote Social Justice. Apakah Hasan Ali tidak membaca sejarah PAS kerana sibuk "bermotivasi" bahawa Negara Berkebajikan sudahpun menjadi manifesto PAS sejak 1950-an lagi? Apa yang dikemukakan oleh PAS hari ini hanyalah penyegarannya mengikut tuntutan semasa. Isu Negara Islam Awal 1980-an menyaksikan kebangkitan gerakan Islam mempertegaskan ideologi ummah secara global. Penjelasan kerangka sebuah negara yang mahukan Islam sebagai asasnya diterjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami iaitu negara Islam. Perdebatan Negara Islam lebih kepada perbalahan intelektual yang asasnya ialah perbezaan pandangan antara isi dan format. Ia satu usaha untuk menggambarkan kesesuaian pemikiran kerangka negara yang ditawarkan oleh Islam. Namun secara praktikalnya perdebatan negara Islam akhirnya dijurus kepada isu substantif (isi) dengan menawarkan nilai-nilai keadilan sosial, kemanusiaan sejagat dan prinsip moral kepemerintahan. Sekali lagi Negara Berkebajikan diolah mengikut kesesuaian semasa dan perkembangan semasa. Persoalan negara Islam hanyalah transisi kepada isu substantif yang lebih inklusif sifatnya. Apa masalah Hasan Ali dan yang sama waktu dengannya tidak memahami dinamika ini? Bukankah makna Tajdid ialah mengembalikan keadaan yang berubah kepada bentuk asalnya dan kekal releven? Siapa yang Tergelincir? Ada pepatah Melayu mengatakan "tidak pandai menari, lantai dikatakan tidak rata". Pepatah ini membayangkan suka menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Samalah dengan Hasan Ali yang mendakwa PAS tergelincir dari landasan perjuangan sedangkan dia yang tidak memahami dinamika PAS hari ini. Memang mudah menyalahkan orang lain daripada menyalahkan diri sendiri, namun ahli PAS lebih matang untuk menilai kenyataan Hasan Ali. Orang PAS akan bertanya balik, siapa yang tergelincir? PAS atau Hasan Ali? Teruslah Bermotivasi Selalunya apabila seseorang mula bercakap merapu kita akan berkata "teruslah anda bermimpi" tapi untuk Hasan Ali saya akan berkata "teruslah bermotivasi" walaupun ahli PAS dah menganggap ianya sesuatu yang basi. Kepada yang sama waktu dengan Hasan Ali, buatlah keputusan dan tanyalah kepada pakar motivasi anda bagaimana hendak cepat membuat pilihan. Bukankah pakar motivasi selalu mengatakan bahwa segala-galanya bermula dengan membuat pilihan! Sekurang-kurangnya Hasan Ali dah menampakkan arah tuju keputusan dan pilihannya, saya mengharapkan telahan saya tidak betul. -MR * Dr Mujahid Yusof Rawa adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS. Ulasan GB Biang Hassan Ali menjadi-jadi kerana adanya orang dalam PAS yang masih menjadi penyokong tegarnya - bererti kumpulan UG masih ada dalam parti. Sebelum UMNO dapat dihapuskan dari pentas politik tanahair, kumpulan UMNO dalam PAS yang perlu dihapuskan terlebih dahulu. |
Rewind 2011: Jangkahayat BN Pada Penghujung Jalan? Posted: 23 Dec 2011 05:07 AM PST Tahun 2011 akan melabuhkan tirainya tidak berapa lama lagi. Tahun ini telah menyaksikan beberapa sejarah yang telah merubah lanskap politik Malaysia. Ternyata tsunami politik pasca PRU-12 masih lagi menunjukkan bisanya walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan memerintah untuk menawarkan 'bisa' gelombang kebangkitan rakyat. Mengambil 'berkat' rancangan Maharaja Lawak yang bakal berakhir hujung tahun ini, saya mengandaikan begitulah jangkahayat Barisan Nasional. Sewaktu saya menulis artikel ini, Dewan Negara telah pun meluluskan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 hanya dalam masa sehari. Hebat bukan? Satu Rang Undang-Undang yang dikritik oleh pengamal undang-undang bahkan oleh Special Rappoteur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu boleh diluluskan dalam masa sehari oleh Dewan Negara. Ini lah uniknya Malaysia. Negara yang tiada apa-apa yang mustahil –'Boleh Land' . Benarlah kata orang Malaysia Truly Asia. Secara peribadi saya merasakan Bersih 2.0 merupakan kemuncak bagi kebangkitan rakyat tahun ini. Rakyat Malaysia yang prihatin dari segenap ceruk berkumpul dan berhimpun mendesak agar sistem pilihanraya direformasikan supaya ianya lebih telus dan bersih. Rakyat sudah jelak dengan Suruhanjaya Pilihanraya yang diperkudakan seolah-olah ianya parti komponen Barisan Nasional. Usaha kerajaan persekutuan melalui media – media arus perdana yang cuba menakut-nakutkan dan menggertak rakyat yang ingin keluar berhimpun ternyata gagal. Suasana Kuala Lumpur sehari sebelum Bersih 2.0 sangat luar biasa tenang dan aman. Rakyat tidak lagi takut dan makan kepada ugutan Kerajaan. 9 Julai 2011 adalah kenangan manis bagi rakyat Malaysia dan saya (kerana inilah kali pertama saya turun berdemo). Jika dahulu saya percaya hanya teh tarik dan nasi lemak (dan makanan-makanan lain) sahaja yang mampu meleburkan (transcends) sempadan agama dan bangsa (yang mana saya masih percaya lagi sehingga saat artikel ini ditulis). Tetapi Julai 9, .2011 membuktikan sebaliknya, rakyat Malaysia tanpa mengenal bangsa, agama dan keturunan bersatu di jalan raya melawan regime kezaliman dan penindasan. Rakyat sudah bosan dengan sandiwara dan tipudaya Barisan Nasional yang sanggup memperkudakan SPR, PDRM dan agensi-agensi lain yang dibiayai oleh wang rakyat demi untuk memastikan survival politik mereka. Perang terhadap Agong Sebulan sebelum Bersih 2.0, kerajaan 'Transormasi' 1Malaysia dengan kerjasama polis telah menahan 12 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia yang kononnya berhasrat untuk melancarkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong. Tak masuk akal bukan? Ingat kita masih lagi bercerita tentang Boleh Land. Semuanya tidak mustahil. Tahun 2011 juga merupakan tahun pertama saya berurusan dengan pihak polis (Ya! Saya masih muda). Sewaktu tahun akhir di Sekolah Undang-Undang, subjek Prosedur Jenayah adalah antara subjek yang menjadi pujaan hati saya. Kami diajar apakah itu tangkapan, bagaimana tangkapan dibuat?, apakah hak-hak orang yang kena tangkap – termasuk mendapatkan khidmat peguam pilihan. Malang bagi saya, subjek itu tidak langsung mempersiapkan saya untuk berurusan dengan pihak polis. Teori-teori yang diajar di dalam buku-buku teks dan Kanun Acara Jenayah tak lebih dari bacaan sebelum tidur. Pengalaman mengendalikan soal siasat polis menunjukkan sebaliknya. Anak guam langsung tidak diberi akses kepada peguam dan sudah menjadi rukun untuk para peguam terpaksa meninggikan suara kepada pegawai polis yang bertugas. Dan selepas hampir setahun pengalaman saya berurusan dengan polis, saya perhatikan para pegawai polis mempunyai template jawapan yang sama untuk setiap soalan yang ditanya – " Saya tak tahu, saya hanya ikut arahan orang atas…..". (Mungkin itu polisi pelanggan mereka :-) Pada bulan Oktober 2011, pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari telah digantung daripada menjalankan tugasnya sebagai ahli akademik oleh pihak Universiti berikutan kritikannya terhadap tidakan Sultan Selangor dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dalam isu serbuan di gereja Damansara Utama. Ramai ultra-Melayu dari kalangan Umno dan Perkasa mengkritik Aziz Bari, kononnya telah menderhaka kerana mempertikaikan titah Sultan Selangor. Barangkali mereka lupa atau mempunyai 'selective memories' terhadap tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan perang secara terbuka dengan mengkritik Sultan-Sultan Melayu di media arus perdana suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Prof Aziz Bari juga telah dikritik oleh Menteri Pengajian Tinggi, kononya ingin berpolitik dan menyebelahi Pakatan Rakyat. Boleh jadi Menteri terlupa tentang istilah 'Kebebasab Akademik'. Kebebasan akademik Tidak cukup sampai di situ, 31 Oktober, 2011 Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan Seksyen 15 Akta Universiti & Kolej Universiti 1974 sebagai tidak sah dan 'ultra-vires' dengan Perlembagaan Persekutuan. Keputusan 2-1 itu menggemparkan negara dan semestinya Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Malaysia. Perdana Menteri, yang sebelum ini mengumumkan pelan transformasi untuk meminda AUKU, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordian Darurat telah mengarahkan Kementerian Pengajian Tinggi merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu ke Mahkamah Persekutuan. Ironi bukan? Lebih ironi dalam pelan transformasinya untuk memansuhkan ISA, Kementerian Dalam Negeri telah menahan seramai 13 orang di bawah undang-undang zalim tersebut pada 15 September, iaitu tidak lama selepas Perdana Menteri mengumumkan transformasinya. Gelombang kebangkitan mahasiswa terus bergerak dan mendesak agar kerajaan menghormati kebebasan akademik. 17 Disember 2011 yang lalu sekumpulan mahasiswa turun ke jalan untuk menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah. Saya hanya mampu 'tabik spring' kepada mahasiswa-mahasiswa ini, termasuk bekas mahasiswa UKM 4, yang berani berdiri memperjuangkan dan mempertahankan hak anda sebagai mahasiswa dan manusia. Seperti kata Soe Hok Gie, "Mimpi saya yang terbesar, yang ingin saya laksanakan adalah agar mahasiswa Indonesia berkembang menjadi 'manusia-manusia yang biasa'. Menjadi pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi yang bertingkahlaku sebagai seorang manusia yang normal, sebagai seorang manusia yang tidak mengingkari eksistensi hidupnya sebagai seorang mahasiswa, sebagai seorang pemuda dan sebagai seorang manusia" –(andaikan Soe Hok Gie sedang berbicara dengan anda, dan gantikan kalimat Indonesia dengan Malaysia) Ingat! Mahasiswa bukan haiwan yang berhabitat di dewan-dewan kuliah dan bersempadan di pintu pagar universiti sahaja. Mereka adalah sebahagaian daripada masyarakat dan bertanggungjawab terhadap pencerahan masyarakat. Terlalu banyak yang perlu kita kenang sebelum tahun 2011 melabuhkan tirainya. Artikel pendek ini tidak cukup untuk 'recap' setiap peristiwa yang berlaku. Tapi untuk berlaku adil, izinkan saya menyebut kata kunci bagi setiap peristiwa yang signifikan: Ludah, tampar, kuning, doraemon haram, cincin, lembu, kondominium, kapal selam, Seksualiti Merdeka, katak dan Saiful. Untuk tidak menimbulkan sebarang kontroversi dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulid* Nabi Isa (A.S) kepada rakan-rakan yang beragama Kristian dan Selamat Tahun Baru 2012. -FMT (*Maulid ialah istilah Arab yang bermaksud ulangtahun atau birthday) Afiq M Noor adalah ahli Lawyers For Liberty |
Ibu Relakan Anaknya Berkhalwat Posted: 23 Dec 2011 03:30 AM PST Ledang – Seorang ibu tergamak menyembunyikan perbuatan anak perempuannya daripada ditangkap khalwat dalam satu serbuan oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang di sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Tangkak, awal pagi semalam. Bagaimanapun, tindakan wanita berusia 44 tahun itu yang mendakwa teman lelaki anaknya sebagai anak saudaranya dari Segamat terbongkar. Ia berikutan anak perempuan wanita terbabit yang berusia 17 tahun mengaku lelaki berusia 16 tahun dan tidak bersekolah itu adalah teman lelakinya, selain bercadang untuk berkahwin pada Mac tahun depan. Lebih malang, ibu remaja terbabit turut diarah hadir ke Pejabat Agama Daerah Ledang kerana didapati nikah tanpa kebenaran di Narathiwat, Thailand pada 2004. Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa rumah tersebut. Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita berbaju tidur membuka pintu. "Pihak penguat kuasa terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum wanita berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan. "Pemeriksaan lanjut menemui seorang remaja lelaki berseluar pendek tanpa memakai baju dalam sebuah bilik, manakala remaja perempuan sedang baring di atas katil," katanya kepada Sinar Harian. Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. "Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing," katanya. Beliau berkata, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Manakala ibu remaja perempuan terbabit diarahkan hadir ke Pejabat Agama Darah Ledang kerana bersubahat dan akan didakwa di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam kerana nikah tanpa kebenaran. -SH Ibu bapa subahat |
Ugutan: Adam Adli Lapor Polis, Terima Notis Tatatertib [updated] Posted: 23 Dec 2011 02:20 AM PST Kuala Lumpur: Pemimpin pelajar, Adam Adli yang menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di PWTC Sabtu lalu membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterimanya. Menurut peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri, ugutan itu dipercayai diterima dari seorang anggota polis dikenali sebagai Ruslan Mokhtar. "Ruslan dipercayai seorang anggota polis kerana pegawai polis di luar pondok Bukit Aman seolah-olah mengenalinya. Adam pergi untuk membuat aduan tentang ugutan yang diterima dan pada masa sama polis cuba membawa Adam. "Kita mahu lihat anggota polis yang terlibat diambil tindakan kerana jelas ada ugutan dari pihak-pihak yang mempunyai kuasa," dakwa beliau. Ujar Fadiah, tindakan Adam yang menurunkan bendera itu hanya tidak mematuhi sivil dan bukan berunsur jenayah. Katanya, tindakan itu boleh diterima di seluruh dunia malah pihak polis disarankan menghentikan sebarang ancaman terhadap mahasiswa terbabit. Sabtu lalu, Adam bersama kumpulan mahasiswa lain mengadakan perarakan dari Masjid Jamek ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan seterusnya ke bangunan PWTC. Apabila tiba di PWTC, pelajar berkenaan menyerahkan pula memorandum mereka kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah Terima notis tatatertib Dalam perkembangan berkaitan, Adam menerima notis pendengaran tatatertib dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Adam berkata seorang individu tidak dikenali menyerahkan notis terbabit, yang mengarahkan beliau hadir ke perbicaraan tatatertib pada 9 Januari depan. Beliau mengesahkan akan hadir menjalani perbicaraan tatatertib tersebut. Dalam pada itu, Adam menegaskan tindakan beliau menurunkan bendera itu membuktikan bahawa mahasiswa komited untuk kebebasan akademik. Beliau turut mengecam laporan Utusan yang memetik kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendakwa beliau memijak bendera, sebaliknya jelas Adam ia fitnah yang dijalankan individu terlibat di belakang akhbar Umno tersebut. "Saya tidak faham kenapa anda takut dengan kami? Kami bukan ahli politik tetapi mahasiswa. Kalau anda musuhi kami, maknanya apa yang mahasiswa lakukan adalah betul," katanya. -FMT Adam buat Laporan Setelah Di Ugut Anggota Polis |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan