Sabtu, 24 Disember 2011

.

.


Sementara Maghrib

Posted: 24 Dec 2011 02:34 AM PST

Mustapa Dan Hasan Sudah Lengguh Mulut

ALHAMDULILAH pertelagahan dan tembak menembak menerusi media massa di antara Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali dengan Exco Selangor Hasan Ali sudah agak mengendur. Sudah ada tanda-tanda keduanya sedar bahawa 'keterlanjuran' mereka sehari dua ini yang memberi makanan lemak kepada media penjilat buntut merugikan parti.

Nampaknya awan hitam yang menebal yang menyelimuti bulan sudah pun berarak dan bulan akan kembali cerah bersinar esok lusa.

Inilah yang kita harapkan dari mereka berstatus pemimpin dapat menyelesaikan dengan baik apa juga perselisih faham dan salah tafsir. Apa yang berlaku sehari dua ini anggaplah sebagai exercise mental untuk menghadapi pilihan raya umum. Secara peribadi saya bangga dengan kenyataan kedua pihak hari ini. Mustapa berkata gema is over, manakala Hasan Ali pula kata, shot stop. Tetapi saya percaya kalau ada salah seorang 'tercepelak' mulut tidak mustahil mereka akan 'berembah' kembali.

Makanya lebih baik lagi kalau mereka cepat-cepat berjumpa di mana-mana restoran Korea atau Jepun, bersalaman dan berpelukan ala-ala Arab, cium pili jamah janggut. Malangnya kedua tidak ada janggut!

Paling merujakan bila mana Hasan menarik balik kritikan beliau terhadap Negara Berkebajikan. Kita kena faham mengapa Hasan terlanjak begitu. Bila duduk dalam studio atau di hadapan kamera kalau lemah minda kita akan terkata aa-apa yang tidak tidak terfikir oleh kita.

Saya kira begitu apa yang berlaku terhadap Hasan. Dia memberi komen itu bukan dia sengaja mahu mengkritik dasar Negara Berkebajikan tetapi dia meluahkan pandangannya. Mungkin Hasan jujur kerana terlalu lebih menyanyangi Pas. Salahnya dia terluah kepada media, kalau dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas masih kira okey lagi.

Selepas ini hendaknya tidak ada usik mengusik membawa porak peranda lagi. Baik Mustapa, Hasan Ali dan mana-mana pemimpin Pas hendaklah berhati-hati. Anggaplah khutbah nasihat Presiden panjang lebar itu dan juga teguran Nik Aziz agar tidak menggunakan media musuh itu sebagai sempadan dan dipatuhi oleh semua.

Kalau semua mendengar kata, prihatin dan sayang kepada perjuangan dan mengeratkan ukhwah Pas tidak tidak ada masalah. Saya tenguk barisan kepimpinan yang ada dalam Pas kini baik yang memegang jawatan atau tidak memang layak, berkualiti dan mempunyai ketrampilan tersendiri dan padan untuk berdepan dengan Umno.

Mengenang pergaduhan ini saaya teringat kepada permohonoan seorang bekas eksekutif yang kini menjadi perunding kepada institui kerajaan. Katanya; tuan tolonglah bagi tahu kepada pemimpin Pas jangan kuat sangat bergaduh. Saat ini rakyat termasuk saya yang menyokong Umno selama 35 tahun sudah meletak perhatian kepada Pas.

"Saya yakin Pas lebih baik daripada Umno terutamanya dalam menjaga khazanah negara. Saya bimbang kalau Pas dalam keadaan bergaduh sesama sendiri menyebabkan harapan ramai itu akan terjejas. Tolonglah!" begitulah rayu bekas esekutif berumur 60 tahun itu bersungguh dan penuh mengharap.

Jangan risau kebimbangan eksekutif itu tidak akan berpanjangan. Perkembangan - kenyataan Mustapa dan Hasan Ali yang dilihat menjadi anchor kepada pergaduhan dan mengegerkan Pas kini sudah pun reda.

Sehubungan itu cadangan agar ketiga mereka ini dipanggil secara rasmi seperti mana disebut Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak perlu diteruskan. Kalau dipanggil nampak sangat ia serius. Dan pertemuan itu nanti akan menjadi kerumini media massa. Masalahnya bila sesuatu itu diulas berbagai oleh media massa yang memang suka kepada perpecahan Pas.

Tunggulah mesyuarat jawatankuasa agung mereka boleh berjumpalah di situ. Bila berjumpa nanti jernihkan keadaan pulihkan semangat dan penuhkan keyakinan untuk bertempur dengan Umno.

Ingatlah harapan rakyat diluar bukan saja seorang seperti eksekutif tadi tetapi ramai. Rasanya sejak mereka bergaduh dan bergasak, ramai ahli dan penyokong Pas bermunajat dan bersolat hajat agar Tuhan satukan semula hati-hati mereka yang retak dan terguris itu. Dan saya rasa doa dan harapan yang kudus dan suci itu didengari telah dimakhbulkan Allah kerana itu Mustapa dan Hasan Ali sudah sejuk.

Apakah Mustapa dan Hasan Ali masing-masing bertanya kepada isteri mengenai telatah mereka sehari dua ini? Mungkin... kerana kalau mereka merujuk kepada isteri yang solihah... isteri akan memberi pandangan, "bang kenapa sampai begitu sekali, tak bolehkah abang berbaik di antara satu sama lain? Kata-kata dan harapan isteri itu pasti akan lebih terasa lagi kalau mereka berbicara atas ranjang dengan kesejutan aircon bawah 18 celcius. Lalau jiwa Mat Maslan pun kembali serabut kembali. [wm.kl.6:46 pm 24/12/11]

Susupan Petang

Posted: 23 Dec 2011 07:15 PM PST

Institiut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tebangkalai
Selepas Kontrektor Rembak RM22 Juta

Penyalahan gunaan wang rakyat untuk kepentingan para kroni Umno bukan saja berlaku dalam projek seperti lembu gemuk, (NFC) projek Pulau Wawasan dan Monsoon Cup di Terengganu tetapi dalam projek-projek lain juga. Sesetengah projek yang dianugerahkan kepada kontrektor dilihat sebagai satu muslihat untuk memberi wang rakyat secara percuma saja kepada kroni parti Melayu yang parah kini itu.

Di Tanah Merah Kelantan kalau kita melalui jalan dari Bukit Panau ke Tanah Merah di sebelah landasan keretapi tepatnya di Kampung Cat Rimau akan ternampak sebuah kawasan pembinaan yang dilingkungi dengan dinding zink berwarna biru dacing.

Papan tanda projek berkenaan sudah pun runtuh dan hancur. Mungkin ia sengaja dihancurkan untuk tidak mendedahkan siapa gerangan pemilik projek berkenaan - kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan yang selalunya tertulis perkataan "Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional."

Projek dimaksudkan ialah pembinaan Institiut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah yang terletak di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Kontraktor yang mendapat projek berkenaan ialah kroni Umno, bekas pemimpin Umno kawasan Rantau Panjang. Nilai projek itu RM79 juta.

Projek itu kini terbengkalai apabila kontrektor berkenaan gagal menyiapkan. Khabarnya bayaran mengikut progres sudah mencecah RM22 juta. Kerana kegagalan itu kontrektor berkenaan di tendang dan kini ia sudah pun ditender semula.

Projek berkenaan mulai dibina pada tahun 2007, ketika itu menteri belia dan suka ialah bekas Ketua Puteri Umno yang tidak kahwin-kahwin sampai kini, Azalina Othman Said.

Sewaktu saya melewati di tapak projek berkenaan seluas kira-kira tujuh ekar ada beberap ekor lembu yang tidak berapa gemuk dan dipercayai species kampung bukan species Australia sedang meragut rumput. Sebahagian dinding atau pagar zink berwarna biru juga sudah roboh.

Timpul persoalan apakah kontrektor itu hanya diterminate begitu saja tanpa dikenakan tindakan lebih keras. Kalau setakat didenda dan disenarai hitamkan lesen kontrektornya ia tidak memberi bekas apa-apa kerana yang penting kontrektor itu sudah pun merembak RM22 juta.

Dalam kes-kes sebegini elok kalau SPRM cuba jenguk-jenguk dan tenguk kenapa tander diberikan kepada kontrektor yang tidak mempunyai wang yang cukup. Apakah ada elemen rasuah di sebalik pemberian tander berkenaan?

Kebanyakan kontrektor yang memperolehi tander bernilai puluhan juta ialah kontrektor yang merupakan kenalan menteri, timbalan perdana menteri atau perdana menteri sendiri. Selain dari projek IKBN terdapat beberapa projek lain yang tertangguh dan kontrektor asalnya sudah ghaib wilbu ghuyup ke mana.

Ada juga projek di Kelantan bertukar konrektor beberapa kali kerana kegiatan menjual dan mendapat untung mudah. Bila berlaku kegiatan penyangap siang hari begini wang rakyatlah jadi mangsa kerana kerajaan akan memberi peruntukan baru kepada mana-mana projek bermasalah. Projek paling klasik ialah pembinaan telinga Jambatan Sultan Yahaya Petra yang dikatakan kontrektornya sudah bertukar tangan lebih dari dua kali.

Lantaran projek ini diberikan kepada kontrekotr orang Umno eloklah kalau Umno Kelantan turut mencampuri atas kelewatan projek berkenaan kerana ia merugikan wang rakyat dan negara. Mustapa Mohamned selaku Ketua Umno Kelantan wajar juga memberi perhatian. [wm.kl.2:45 pm 24/12/11]

Sebelum Dhuha

Posted: 23 Dec 2011 04:24 PM PST

Banyak Sangat Durian Runtuh Pun Mabuk Juga

SEMALAM Ha Najib Razak mengumumkan Felda akan membayar bonus insentif produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM102,584,000 pada akhir bulan ini.

Kadar bayaran bonus itu adalah antara RM400 dan RM1,200 yang sama seperti tahun lepas bergantung kepada penghantaran hasil.

Pembayaran bonus itu melibatkan seramai 95,949 atau 85.19 peratus daripada 112,635 peneroka sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui Felda.

Pembayaran itu dianggap sebagai satu lagi durian runtuh untuk para peneroka. Sebelum ini pihak lain juga menerima durian runtuh menerusi pelbagai insentif yang diumumkan perdana menteri. Budak sekolah, orang tua, orang catat, petani, nelayan, polis, askar, guru Kemas, semuanya menerima durian runtuh mengikut kadar dan jenis durian masing-masing.

Ada meneirma durian musang king, D24, klon dan durian anak butir pun ada, durian daun atau durian aur yang berbau tengit pun juga ada.

Perlu diingatkan baik kepada penerima durian runtuh dan juga Najib sendiri, kalau banyak sangat durian boleh memabukkan nanti. Rasanya sudah terlalu banyak durian yang diruntuhkan untuk rakyat. Sejak awal tahun lagi hingga membawa ke Januari dan rapat kepada pilihan raya umum entah apa-apa jenis durian lagi akan diruntuhkan oleh Najib.

Kerja meruntuhkan durian ini senang dan mudah berbanding dengan kerja menanam pokok durian.

Berbalik kepada bonos kepada peneroka yang berjumlah RM103 juta itu, harus diingat ia bukan duit kerajaan. Ia adalah duit hasil titik peluh peneroka juga. Najib dan pihak pengurusan Felda termasuk juga nanti ketua bahagian Umno hanya tukang bahagi sahaja.

Peneroka jangan mudah tertipu dan 'terpesil' mata menerima duit itu dan menganggap bonos adalah dari sumber lain. Bonos itu tidak akan hadir kalau bukan para peneroka berpeluh pelai menghasilkan tanaman mereka. Seperti dikatakan tadi Najib hanya meruntuhkan buah yang sudah ada pokok.

Begitu juga bonos-bonos lain yang dinamakan durian runtuh itu. Semuanya adalah hasil titik peluh golongan yang menerima itu. Misalnya petani, nelayan yang mendapat bonos hasil produktiviti kerja atau penghasilan mereka ialah kerena mereka. Mereka banyak berkejra banyaklah bonosnya.

Adapun pihak pegnurus hanya tolong simpan sahaja yang manfaat, fee dan cukai yang dikenakan adalah keuntungan buat mereka. Ingatkan bahawa tidak ada benda percuma dinamakan bonos atau durian runtuh. Jangan mudah terpesil mata.

Kalau betul Najib dan kerajaan hendak bantu rakyat turunkan harga barang, harga petrol dan hapuskan beberapa cukai yang membebankan rakyat. Naikkan gaji perkerjaan disektor awam atau perbetulkan sistem perkhidmatan agar terhindar elemen rasuah. Begitu juga kecualikan pembayaran kepada mahasiwa pinjaman PTPTN, itulah baru dinamakan durian runtuh yang asli.

Kalau setakat meruntuhkan durian yang orang sudah tanam dan bajakan, tak bersohor.Itu namanya lembu punya susu sapi punya nama saja.

Rasanya hakikat ini rakyat sudah tahu. Kewajiban demikian bukan sahaja dilakukan Umno selaku kerajaan tetapi parti-parti lain juga. Kerajaan Pakatan Rakyat, baik di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan juga melakukan perkara yang sama. Kerajaan-kerajaan itu juga melakukan durian runtuh untuk rakyat dari masa ke semasa tanpa dihebuh-hebhkan macam langit hendak runtuh dalam cerita Kancil jatuh lubang yang hendak tipu gajah.

Tahu cerita Kancil jatuh lubang ini? Tak tahu baca kisah penglipurlara.

Seperti saya kata tadi, bila banyaknya durian runtuh boleh menyebabkan orang kemabukan. Najib yang tukang sampai bonos (durian) juga akan kemabukan kerana bau yang berbagai. Di sini apa yang penting semoga rakyat tidak mudah mabuk dan 'semabul' dengan pemberian durian runtuh itu yang mana durian-durian itu adalah hak mereka. Bila Najib hulur ambillah... itu hak anda dan tidak perlu anda membalas dengan berterima kasih dan memberi sokongan kepadanya.

Pandai terima, pandai makan dan pandai simpan. Najib hanya menjaja gahnya. Felda di bawah penguasaan kini sedang menanti masa untuk meletup. Apa yang berlaku hari ini ada bom jangka dalam Felda. Manakala perangkap samar yang dipasang di Felda sudah hampir hendak tersepak oleh Mohd Isa Samad. Kata orang tinggi Felda kedamaian dan kemakmuran Felda hari ini bukan disebabkan sesiapa tetapi kerana Najib Razak sendiri yang sangat pantang melibat timbunan wang rakyat akan terus dipergunakan untuk berjoli. Berjoli? [wm.kl. 8:23 am 24/12/11]

Duka Subuh - Belasungkawa

Posted: 23 Dec 2011 01:51 PM PST

Adun Tendung Kelantan Kembali Ke Rahmatullah

ADUN Tendung Pasir Mas Dr Muhamad Md Daud dilaporkan telah kembali ke Rahmatulah kira-kira jam 12:30 tengah malam tadi, demikian menurut perkhabaran menerusi Facebooks beberapa rakan Fb saya.

Antara yang melaporkan berita dukacita ini ialah di wall Adun Kelaburan Tumpat, Mohamad Zaki Ibrahim, sdr Mekong Mazlan Pasir Mas dan wall Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Dalam berita perkhabaran itu tidak dilaporkan sebab-sebab kematian melainkan dinyatakan Allahyarham mati mengejut di rumahnya di kampung Perangkap, Bunut Susu Pasir Mas.

Muhamad memenangi kerusi Tendong buat pertama kali dalam pilihan raya umum ke-12 lalu mengalahkan Mohd Fauzi Mohamad dengan majoriti 1,657. Allahyaraham mendapat 8,105 manakala Fauzi 6,448.

Muhamad seorang pensyarah universiti dibawa balik bertanding di Kelantan atau kouta ulama. Dalam pilihan raya itu juga Allahyarham antara orang yang memainkan peranan untuk memberi kemenangan kepada Inchek Ibrahim bin Ali.

Beliau dianggap sebagai wakil rakyat pendiam dan tidak mempunyai apa-apa kerenah dan kontroversial sesuai dengan latar belakang pendidikannya sebagai ustaz dan pesnyarah. Pertemuan terakhir saya dengan Allahyarham ialah pada majlis penjelasan Hudud di stadium Sultan Mohamad Ke IV Kota Bharu.

Pada pertemuan itu beliau kelihatan bersemangat dengan melilit kepala dengan kain bertulis Sokong Hudu.

Ketika bertemu pada majlis Anak Kelantan Di Perantau di Petaling Jaya beliau beriya benar untuk membawa saya melihat bangunan Pas yang berjaya dibangunkan di Bunut Susu dalam kawasannya. Jelas Allahyarham bangunan itu dibina dengan wang derma dari para kenalannya.

Semasa pulang ke Kelantan baru-baru ini saya sempat melihat bangunan dua tingkat yang berdiri megah tetapi sayang kerana hujan tidak sempat merakam gambar bangunan berkenaan. Di pucak bangunan itu terpacak tiga bendera Pas yang berkibar megah.

Tanah tapak bangunan itu adalah miliknya yang di sedekahkan untuk Pas dijadikan pejabat Pas dan Pusat Khidmat Adun Tendung ianya lengkap dengan surau. Manakala tiga lot ruang kedai di seewa untuk menampung perbelanjaan bangunan tersebut serta kegiatan parti.

Bangunan itu merupakan mercun tanda Pas Tendong di bawah perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.

Sementara itu semalam bekas Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman juga telah kembali ke Rahmatullah. Al Fatihah. [wm.kl.5:56 am 24/12/11]

Membuka Pintu Penjara

Posted: 23 Dec 2011 01:37 AM PST

Kisah Khir Toyo, Anwar, Sharizat & Awang Adek Hussein

KHIR Toyo Erodikromo telah pun mengetahui nasibnya hari ini bila mana Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana didapati bersalah melakukan rasuah ke atas pembelian satu lot tanah atas namanya dan isterinya Zaharah Kechik. Saya tidak pasti apakah keputusan mahkamah hari ini telah dapat difirasatkan oleh isterinya lebih awal.

Saya masih teringat dalam satu interviu dengan sebuah akhbar dengan Zaharah Kechik selepas suaminya mengangkat sumpah menjadi MB Selangor dulu, Zaharah berkata dia tidak merasa terkejut dengan perlantikan suaminya sebagai MB kerana sebelum itu dia pernah 'bermimpi' yang Khir Toyo akan jadi MB.

Jadi saya tidak tahu apakah Zaharah mempunyai warida' yang suaminya akan masuk ke penjara suatu hari nanti. Hari ini kalau mahkamah tidak membenarkan rayuan, Khir Toyo sudah pun akan tidur berlapikan toto dalam penjara.

Sehubung dengan hukuman yang diterima hari ini Khir akan membuat keputusan mengenai masa depan politiknya pada 9 Januari nanti, tarikh sama Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menentukan apakan Anwar Ibrahim akan going back ke penjara atau pun tidak. Saya berfirasat Khir akan mengambil keputusan akan berihat dari politik sekiranya Anwar akan ke penjara.

Sebaliknya kalau Anwar didapati bebas dan dibenarkan jamin, Khir akan terus berpolitik. Iya, bagi Khir beliau tidak perlu gentar dengan apa yang berlaku. Kalau Anwar yang dijatuhi penjara sembilan tahun masih aktif dalam penjara kenapa tidak dengan Khir? Khir hanya 12 bulan sahaja kalau rayuanya ditolak. Jangan pula gara-gara rayuan itu hukuman di tambah enam bulan lagi menjadi 18 bulan sudahlah.

Dalam soal ini Khir kena belajar dan mengambil air bekas dalam botol Anwar untuk minum bagi menguatkan semangat dan menghilangkan rasa menggeletar. Anwar walaupun di penjara tetapi semangatnya kuat dan tidak patah. Dia melawan dari dalam tembok. Khir harus sama melawan dari dalam untuk membalas dendam dan memberi pengajaran kepada bekas menteri yang Khir dakwa cuba hendak menjatuhkan kerjaya politiknya. Khir jangan mudah mengaku kalah, kita anak jantan keturunan Jawa lagi.(Saya bukan Jawa walaupun nama macam Jawa).

Elok juga kalau Khir Toyo masuk penjara. Dia boleh kenal siapa lawan dan siapa kawan. Boleh tahu siapa yang setia dan siapa yang berpaling tadah saat beliau ditimpa musibah. Dengan apa yang berlaku akan mematangkan proses politik dan hidup Khir sendiri. Khir perlu mengingati siapa yang mengujunginya malam dan siang semasa menjadi MB dulu, yang datang membawa berbagai-bagai proposal dan hari ini ke mana mereka menghilang.

Apa yang dialami Khir hari ini sudah dilalui oleh Anwar. Kawan yang dulu 'mendolor' (bukan liwat) punggungnya, memujinya dan menjadi pembela terhadap kritikan kepadanya lari lintang pukang selepas Anwar dipecat dari Umno, hilang kuasa dan diringkukkan dalam penjara. Kawan-kawan yang mengelilingi Anwar kini sebahagian besar rakyat yang dulu tidak pernah mendapat perhatian Anwar. Sementara sebahagian yang hampir setiap Subuh bersembahyang bersama Anwar kini bertindak mufarakah dari saf Anwar.

Khir juga perlu ingat dan intai-intai apakah Dr Hasan Ali ada bertanya mengenai masalahnnya. Bukankah ketika saat kritikal hendak tubuh kerajaan Selangor sebaik pilihan raya ke-12 selesai dulu Hasan ada jumpa dengan Khir dan Khir berjanji akan menyokong Hasan sebagai MB Selangor. Jadi adakan hari ini saat Khir telah divoniskan Hasan ada jumpa Khir? Ataupun nombor telefon Khir Toyo pun Hasan sudah delete dari handsetnya.

Penantian untuk Khir sudah pun berakhir. Kini orang sedang menanti bila pula nasib bakal diterima oleh Sharizat Abdul Jalil. Khabarnya SPRM sudah pun mula masuk dan menggelidah pejabat projek lembu gemuk (NFC). Rakyat sedang menunggu apa yang ada di pejabat itu. Apakah Sharizat yang kini sedang mengigil dan tidak dapat tidur malam sampai mata pun sudah dalam terlibat atau tidak. Saya rasanya Sharizat tidak terlibat hanya menjadi mangsa saja. Mangsa suaminya, arkh.

Najib kata dia tidak menerima surat perletakan jawatan Sharizat. Saya yakin tiada surat itu tetapi saya mempercayai Najib sudah mencari calon baru untuk diletakkan berdepan dengan Nurul Izzah di Lembah Pantai. Tidak ada guna Najib pecat sedangkan pilihan raya sudah hampir, jangan calon Sharizat samalah dengan pecat. Kalau pun pecat Sharizat kononnya nak tunjukkan Umno bersih, orang sudah tahu Umno sudah lama berkeladak dengan pelbagai najis.

Dalam perhatian saya Raja Nong Chik adalah pengganti Sharizat dan pahlawan Umno akan berdepan dengan Nurul Izzah.

Sesudah pejabat lembu gemuk digelidah dan Sharizat sudah berada di hujung senja, orang sedang menunggu bila pula Awang Adek Hussein akan dipanggil memberi kenyataan dan menyerahkan segala dokumen berhubung transaksi wang ke dalam akaun peribadinya. Orang ramai juga sedang tunggu siapakah dari tiga orang pegawai Awang Adek itu yang menjadi tukang urus akaun peribadinya. Adakah yang bernama Rahim, atau Ramli atau Nik Yahaya? Atau orang lain suku sakat, saya hanya tahu dari H hingga L sahaja.

Masa terus berjalan dan kisah-kisah mereka di atas itu belum selesai sepenuhnya. Khir Toyo masih diluar, antara beliau dengan Anwar siapa yang akan bertepa di Sungai Buloh. Sharizat dan Awang Adek juga sedang menggeletar dan membuat perhitungan. Siapa antara mereka yang akan terlepas atau pun terjerat dengan rasuah.

Kepada Zaharah Kechik kalau suami tersayang terpaksa transit hidup di penjara pergilah jumpa dengan Dr Wan Azizah belajar darinya bagaimana untuk hidup tanpa suami. Bagaimana untuk menghadapi cemuhan dan pandangan serong orang ramai bila suami menjadi narapiadana. Wan Azizah adalah sebaik-baik guru bagi mana-mana isteri yang suami mereka meringkuk ke dalam penjara.

Sama-sama kita tunggu saat dan waktu pasti akan tiba juga. Tidak lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia. Sesiapa yang benar akan dibenarkan Allah dan sebaliknya begitulah juga. Kepada Khir Toyo selamat belajar berukun untuk hidup dalam penjara berlapikkan toto dari Golok. [wm.kl.5:54 pm 23/12/11]

Tiada ulasan: