Kelab Greenboc |
- Dah Terbalik. Wanita Pula Ugut Sebar Video Kenalan Lelakinya
- Tengok Lembu Teringat UMNO, Tengok UMNO Teringat Lembu
- Benarkah Minyak Masak Paket Tidak Selamat?
- Mohd Sabu: PAS Sertai BERS✔H 3.0 Jika Pilihanraya Sebelum 8 Tuntutan Ditunaikan
- Kereta Terjun Kolam, Wanita Maut Terbelit Tali Pinggang Keledar
- Sultan Kedah, Kelantan Sebagai Yang Dipertuan Agong & Timb Yang Dipertuan Agong
- Negara Hancur Jika UMNO BN Terus Berkuasa: Rasuah, Ketirisan & Salah Urus
- Shahrizat Terus Dibelasah, Pemuda MCA Pula Mahu Beliau Letak Jawatan
- [Bergambar] Pencacai Ketar Lutut, Tersasul Panggil Mat Sabu "YB" Dan "Datuk"
Dah Terbalik. Wanita Pula Ugut Sebar Video Kenalan Lelakinya Posted: 13 Dec 2011 01:02 AM PST Kenalan wanita ugut sebar video KUALA LUMPUR: Seorang penganalisis teknologi maklumat berusia 31 tahun trauma selepas perkenalannya dengan seorang wanita di laman sembang sosial berakhir ugutan untuk menyebarkan video kurang sopan mangsa di rumahnya di Taman Danau Desa, di sini, Jumaat lalu. Gambar hiasan. Menurut sumber, dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa yang melayari Internet menerima satu mesej daripada seorang wanita yang ingin berkenalan dengannya. Selepas membalas teguran berkenaan, wanita terbabit mencadangkan mereka berbual melalui telefon dan mangsa tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dengan ajakan itu. "Wanita terbabit menghubunginya dan mereka berbual sebelum mangsa menyedari dirinya dirakam melalui video kamera laman sembang berkenaan dalam keadaan tidak sopan. "Mangsa tersentak dan mengakhiri perbualan berkenaan yang berlangsung sejam," katanya. Difahamkan, selepas menamatkan perbualan itu, wanita terbabit mula mengganggu mangsa dengan menelefonnya berkali-kali jam 8 malam hingga 1 pagi keesokan harinya. Bagaimanapun, mangsa tidak melayan setiap panggilan itu menyebabkan wanita terbabit menghantar SMS dan mengugut menyebarkan video kurang sopan dirakam untuk tatapan ahli keluarga serta rakan. "Berkali-kali wanita terbabit menghantar SMS ugutan itu, malah bertindak melampau dengan menghantarnya kepada ahli keluarga serta rakan mangsa," katanya. Menurut sumber, mangsa yang tidak menyangka wanita terbabit bertindak melampaui batas membuat laporan polis kerana perkara itu menjatuhkan maruahnya selain mengancam keselamatannya. Ulasan GB Biasanya kita dengar lelaki yang nak sebarkan gambar/atau video teman wanitanya. Di dalam kes di atas, ada juga lelaki yang macam tu. Tak pasal-pasal lakukan "adegan" pelik depan komputer yang akhirnya dirakam oleh rakan wanitanya. Salah sendiri. Cuba citer sket apa lakonan yang kau dah buat depan kamera tu? Pengajaran kepada yang lain, baik lelaki atau perempuan, jangan dah terhantuk baru nak tengadah. |
Tengok Lembu Teringat UMNO, Tengok UMNO Teringat Lembu Posted: 12 Dec 2011 11:15 PM PST NFC: Muhyidin kena undur bersama Sharizat KUALA LUMPUR, 12 Dis: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berpendapat, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin lebih bertanggungjawab atas skandal yang berlaku dalam Perbadananan Feedlot Kebangsaan (NFC). Ini kerana, ketika pinjaman mudah RM250 juta itu diberikan, Muhyidin sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani adalah pihak yang bertanggungjawab memantau projek itu. "Shahrizat sebagai menteri dan suami kepada Pengerusi Eksekutif NFC dan ibu kepada anak-anaknya yang menjadi pengarah NFC juga bertanggungjawab, namun bagi saya Muhyidin sebagai menteri lebih bertanggungjawab. "Oleh itu, bukan Shahrizat sahaja yang kena letak jawatan, Muhyidin juga tidak terlepas," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily. Beliau ditemui di majlis pelancaran buku Haji Subky Latif, Anak Apak, yang dilancarkan oleh Datuk A Samad Said di Mid Valley Mega Mall hari ini. (gambar) Mohamad mengulas desakan demi desakan agar Shahrizat meletakkan jawatan ekoran skandal NFC yang melibatkan pinjaman mudah RM250 juta kerajaan tetapi digunakan untuk tujuan lain itu. Terbaru Tun Dr Mahathir juga campur tangan yang meminta Shahrizat meletakkan jawatan sebelum dia dihalau dari Kabinet. Sebelum itu, tiga pemimpin Umno Ghafur Salleh, Bung Mokhtar Radin dan Syed Ali Al Habshi juga mendesak Shahrizat meletakkan jawatan. Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik juga mengulasnya dengan berkata, pimpinan Umno seharusnya mengambil tindakan. NFC ditubuhkan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK-9) untuk meningkatkan hasil daging negara dari bergantung kepada negara asing. Namun, ia semacam telah diselewengkan termasuk membelanjakan wang pinjaman itu untuk pembelian kondo dan kereta mewah serta memberikan gaji yang mahal kepada pemimpin projek itu iaitu keluarga Shahrizat. Muhyidin selaku menteri berkaitan ketika itu diberikan tanggungjawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi untuk melaksanakannya. Menteri Pertanian Industri Asas Tani sekarang, Datuk Seri Noih Omar berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai pinjaman itu kerana ia tidak pernah diluluskan dalam Kabinet. Ketika itu, Noh turut berada dalam Kabinet tetapi menjaga portfolio lain. Beliau menafikan keputusan mahu menganugerahkan projek NFC pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Kabinet. "Saya boleh sahkan bahawa NFC (sebenarnya) terletak di bawah Jawatankuasa Projek Impak Tinggi dan ketika pinjaman diluluskan kepada NFC, ia bukan di bawah Kabinet, tidak (disebutkan) dalam mesyuarat (Kabinet)," kata beliau kepada pemberita di sini. Noh, bagaimanapun enggan menyebut nama pegawai yang bertanggungjawab ke atas jawatankuasa yang menghalusi perkara berkenaan. Jumaat lepas, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mencadangkan agar kerajaan merampas harta termasuk kondo dan kereta mewah NFC untuk mengurangkan kerugian yang ditanggung kerajaan. Mahfuz sokong Pandangan Mohamad disokong Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) yang berkata, adalah tidak wajar jika tekanan hanya diberikan kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sahaja, sedangkan projek yang dianugerahkan kepada syarikat suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat itu diluluskan sendiri oleh kerajaan khususnya Kementerian Pertanian. "Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sendiri sahkan wang dikeluarkan kepada akaun khas dengan kelulusan pihak kementerian pertanian. "Siasatan menyeluruh wajib diadakan bukan sahaja kepada dakwaan penyalahguanaan wang RM250 juta itu oleh keluarga Shahrizat, tetapi juga kena siasat pihak kementerian dan kabinet," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. PAC sebelum ini juga mendedahkan duit RM250 juta tersebut habis dikeluarkan dari tahun 2008 hingga 2009, namun perjanjian hanya dibuat pada 2010. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini juga menjelaskan bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tidak dibuat di Kabinet, sebaliknya di peringkat Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri. "Apakah jawatankuasa itu sahaja yang buat keputusan? Tanpa kelulusan kabinet? "Muhyiddin selaku bekas menteri juga perlu dipertanggungjawab. Kita nak tahu apa bentuk perbincangan yang menyebabkan kabinet luluskan projek ini," katanya. Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, rakyat tidak mahu kes Fidlot ini sama mengulangi apa yang berlaku pada skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) di mana kabinet hanya sedar ditipu hanya selepas menteri berkenaan bersara. "Lepas menteri pencen baru kabinet sedar kena tipu. "Kita tidak mahu Fidlot ini jadi macam PKFZ, sebab itu kita minta siasatan menyeluruh ketika semua menteri terlibat masih belum pencen lagi ni," katanya. Salleh kena jelaskan Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi meminta Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail menjawab sendiri tuduhan terbaru mengenai projek itu bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan. Katanya, sikap berdiam diri Mohamed Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh bersubahat sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat. "Saya gesa Mohamad Salleh tampil ke depan dengan segera untuk menjawab segala tuduhan baru yang tersebar di dalam blog, yang dibuat oleh pembangkang supaya rakyat tidak terkeliru dan kerajaan tidak menjadi mangsa tuduhan. "Bila berdiam diri, tak jawab segala dakwaan, seolah-olah dia tidak bertanggungjawab, seolah-olah dia sengaja nak susahkan Umno dan kerajaan," katanya kepada Bernama Ahad. Mohd. Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, tuduhan berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan. Ulasan GB GB sudah ulas sebelum ini. Petikan: Kita jadi hairan kenapa tiba-tiba pemimpin-pemimpin UMNO termasuk PM dan TPM dan bekas PM begitu kuat membela projek lembu NFC yang telah dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara mengandungi pelbagai penyelewengan dan salahlaku. |
Benarkah Minyak Masak Paket Tidak Selamat? Posted: 12 Dec 2011 09:15 PM PST Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser. Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali. Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati. "Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star. Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram. "Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek. Ulasan GB Kementerian Kesihatan perlu keluarkan kenyataan rasmi mengenai hal di atas. |
Mohd Sabu: PAS Sertai BERS✔H 3.0 Jika Pilihanraya Sebelum 8 Tuntutan Ditunaikan Posted: 12 Dec 2011 06:45 PM PST Pas mengingatkan kerajaan sekiranya lapan tuntutan Bersih 2.0 tidak ditunaikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), parti itu akan menyertai perhimpunan Bersih 3.0, yang dijangka diadakan Februari depan. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, sekiranya PRU13 diadakan menggunakan sistem sedia ada, pihaknya percaya agak sukar untuk Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya kerana sistem pilihan raya itu belum bersih dan telus. "Jika tuntutan Bersih 2.0 belum ditunaikan, penganjurnya bercadang buat himpunan Bersih 3.0. Kali ini ahli Pas wajib hadir untuk tuntut pilihan raya yang bersih," katanya, ketika berucap pada ceramah perdana 'Parlimen akan dibubarkan', di Markaz MTD Sri Burhan Tok Sibil, Jalan Datuk Kumbar, malam kelmarin. Menurutnya, kerajaan sewajarnya mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku di dunia Islam kebelakangan ini, yang menyaksikan kerajaan bertukar tangan melalui tunjuk perasaan hingga menyebabkan ramai rakyat terkorban. "Kita hanya tuntut lapan perkara secara aman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) janji bersihkan daftar pemilih namun kita mahu lihat hasilnya sebelum PRU13," katanya. Mohamad turut meminta supaya tafsiran kehakiman dibuat terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan kerajaan, kerana didakwa bertentangan dengan perlembagaan. "Kita sudah failkan kes ini dan peguam kita akan mohon supaya hakim dapat menangguhkan pelaksanaan undang-undang itu. Rakyat tiada hak langsung untuk berhimpun kelak, sehingga Majlis Peguam yang arif dalam perundangan pun turut bantah," katanya. -SH |
Kereta Terjun Kolam, Wanita Maut Terbelit Tali Pinggang Keledar Posted: 12 Dec 2011 04:35 PM PST Terkulai dibelit tali keledar KUALA PILAH: "Sebaik terjun dan menyelam ke dasar kolam, saya melihat seorang wanita terkulai di tempat duduk penumpang belakang dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan badan terbelit tali pinggang keledar," kata seorang saksi kemalangan maut di Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Gedang, di sini, semalam. Saksi berkenaan, Mikail Malik, 15, berkata dia dan rakannya, Mohd Izzat Mohd Nizar, 16, yang berada di tempat kejadian terjun ke dalam kolam memancing itu bagi menyelamatkan mangsa sejurus kemalangan. MIKAIL...cuba bantu keluarkan mangsa. Gambar kecil, Suzimah. "Ketika kejadian, saya bersama Izzat dalam perjalanan ke Ampangan, Seremban, sebelum ternampak sebuah kereta menjunam laju ke dalam kolam berkenaan. "Saya cuba membantu mengeluarkan mangsa, namun gagal kerana badan wanita itu tersekat pada tali pinggang keledar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam. Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Suzimah Shuhaimi, 28, dari Batu Caves, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas selepas badannya terbelit tali pinggang keledar. Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah menghala Seremban cuba memotong treler di depannya, namun gagal selepas tiba-tiba sebuah bas henti-henti berada di laluan bertentangan. Suzimah cuba masuk semula ke laluannya, namun kenderaannya bergesel dengan treler yang cuba dipotong menyebabkan keretanya terbalik beberapa kali sebelum terjunam dalam kolam berkenaan yang terletak di kiri jalan. Menurut Mikail, dia meminta bantuan pemandu lori yang melalui kawasan itu untuk menarik kereta berkenaan, namun gagal kerana kereta itu terbenam dalam lumpur. "Saya terkilan kerana lambat terjun dalam kolam itu untuk menyelamatkannya, jika tidak mungkin wanita itu masih hidup," katanya. -hm |
Sultan Kedah, Kelantan Sebagai Yang Dipertuan Agong & Timb Yang Dipertuan Agong Posted: 12 Dec 2011 02:20 PM PST Pelantikan Sultan Kedah Sebagai Agong Dianggap Penghormatan Bersejarah Kepada Negeri ALOR SETAR: Pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua bermula Selasa merupakan penghormatan bersejarah dan menjadi kebanggaan bagi seluruh penduduk Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Beliau berkata seluruh rakyat mendoakan agar baginda dan Sultanah Haminah Hamidun dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta dapat memerintah dengan penuh kedaulatan dan keamanan. "Akan tetapi, rasa bangga patik-patik sekalian bercampur hiba, berat rasanya hati untuk berjauhan dengan seorang raja pemerintah, tempat sekalian patik bergantung harap selama ini," katanya ketika berucap pada Majlis Istiadat Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan di Istana Anak Bukit di sini Isnin. Azizan berkata beliau mewakili seluruh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, anggota-anggota perkhidmatan awam serta seluruh rakyat berikrar akan taat setia mencurahkan tenaga dan fikiran bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri itu. Katanya agenda kerajaan negeri bagi menjamin kebajikan rakyat akan terus didokong dan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan akan terus dijaga. "Pastinya pesanan serta pandangan Tuanku yang konstruktif, galakan dan tunjuk ajar kepada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat serta menekankan supaya keadilan, keamanan terus ditegakkan menjadi suntikan dan panduan bagi patik mengemudikan pentadbiran negeri," katanya. - BERNAMA Sultan Mahmud V Sangat Dekat Di Hati Rakyat klik untuk baca |
Negara Hancur Jika UMNO BN Terus Berkuasa: Rasuah, Ketirisan & Salah Urus Posted: 12 Dec 2011 06:01 AM PST Rasuah, Ketirisan, Salah Urus Punca Negara Ketinggalan KUALA LUMPUR 12 DIS: Amalan rasuah yang keterlaluan, ketirisan dalam pemberian kontrak serta salah pengurusan pihak kerajaan menjadi punca utama negara ini masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara yang setarafnya. Senator, Dr Syed Husin Ali dalam ucapan ketika membahaskan bajet 2012 di Dewan Negara berkata pada sekitar tahun 1960 an, Singapura, Taiwan dan Korea Selatan mempunyai taraf pendapatan perkapita yang setaraf dengan negara ini tetapi kini negara-negara tersebut jauh lebih maju jika berbanding dengan Malaysia. Menurut beliau peruntukan Perbelanjaan Pembangunan 2012 sebanyak RM51.25 bilion (22%) berbanding Perbelanjaan Mengurus RM232.83 bilion (78%) semakin mengecil sejak 2000. "Perbelanjaan untuk Pembangunan menurun daripada 31.6 peratus (tahun 2000), ke 28.4 peratus (tahun 2004) dan 27.2 peratus (tahun 2008) hinggalah 22.0 peratus (tahun 2012). Penurunan ini tentu menjejaskan kadar pembangunan negara." kata beliau. Jelas beliau, kesan dari kelemahan struktur ekonomi negara dan pergantungan kepada Pelaburan langsung asing (FDI) akan mendedahkan negara kepada kejatuhan ekonomi yang tenat. Ini memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pengekspot barangan pengilangan, pembuatan dan perkhidmatan yang akan menerima kesan secara langsung dari kejatuhan ekonomi di Amerika, eropah dan Jepun. Hutang isi Rumah Menurut Dr Syed Husin jurang perbezaan ekonomi rakyat telah memaksa kerajaan BN terpaksa melaksanakan cukai barangan (GST) yang akan dibebankan kepada rakyat. Katanya di Malaysia hanya lima peratus rakyat berpendapatan tinggi manakala 95 peratus lahi golongan sederhana dan kecil. Pada akhir 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia telah mencecah RM577 bilion bersamaan 77 peratus dari KDNK. Disamping itu ketidakpekaan kerajaan terhadap nasib kaum pekerja juga menggalakkan berlakunya tiada pembelaan terhadap nasib kaum pekerja secara mutlak. Manakala tindakan Kementerian Sumber Manusia sedang meminta kelulusan untuk membuat pindaan tertentu ke atas Akta Pekerjaan 1955 membebankan lagi kaum pekerja. Pindaan ini meminta supaya dibenarkan dari segi undang-undang proses pengambilan pekerja dilakukan oleh pihak luar atau di"outsource". Dengan pindaan pekerja tidak berpeluang menubuhkan persatuan sekerja untuk membela nasib mereka Tiada jaminan nasib petani Belanjauan yang di Umumkan Najib lau menurut Dr Syed Husin tidak menyentuh langsung berhubung usaha menjamin masa depan para petani terutamanya dalam sektor kelapa sawit dan getah. Beliau menyarankan supaya stok penimbal bagi dua komuniti ini diwujudkan supaya harga bahan mentah tersebut dapat dikawal dan bukannya di dedahkan dengan pasaran global yang tidak menentu. Hak milik peneroka Felda di gadai Tindakan pihak pengurusan Felda yang memperjudi 350,000 tanah peneroka kepada Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH) untuk disenaraikan di busar saham pada tahun depan dengan agihan keuntungan 60% FGVH : 40% Felda dianggap sebagai usaha yang menekan para peneroka. Manakala tindakan kerajaan dan FGVH bahawa FELDA bakal dibayar RM1 bilion setahun selama 99 tahun bagi meneruskan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka amat disangsikan. Ini ialah kerana difahamkan tidak ada jaminan bertulis mengenai perkara tersebut dalam Perjanjian Pajakan. Ketirisan dalam Kementerian Pertahanan "Satu lagi pendedahan oleh Ketua Audit Negara ialah mengenai pembelian 257 kenderaan berperisai dari Turki oleh Kementrian Pertahanan. Kerajaan Malaysia tidak melakukan kaji selidik apabila membayar syarikat Deftech Malaysia sebanyak RM29.4 juta bagi setiap kenderaan, pada hal Deftech Malaysia membayar hanya RM6.6 juta kepada FNSS Turki. "Ertinya, perbezaan atau ketirisan sebanyak Rm23 juta sebuah. Sekiranya Kerajaan memberi secara langsung (Kerajaan dengan Kerajaan), harganya tidak melebihi RM4.5 juta sebuah. Bezanya bagi 257 kenderaan melebihi RM6 bilion. Siapakah yang mendapat laba daripada trasaksi ini? Sekali lagi saya ingin bertanya: salah urus atau rasuah?." kata beliau yang juga bekas Timbalan Presiden PKR. Pelbagai penyelewengan dan Jambatan di bina di atas daratan Menurut Dr Syed Husin lagi pembinaan Jambatan Sungai Bagus, Bandar Baru Ketereh, Daerah Kemaman. Paling aneh, jambatan ini dibina atas daratan dan tidak melintasi Sungai. "Harga asal kontrak RM174 juta. Harga semasa sudah meningkat RM210 juta. Tambahan RM70 juta untuk membentung anak Sungai Bagus. Nama kontraktor jambatan atas darat ini ialah: TSR Construction Sdn Bhd. Khabarnya kontraktor seorang AJK Umno Bahagian Ulu Trengganu." Kata beliau wujudnya negara yang lemah, tidak cekap tidak telus serta tidak akauntabel, dan luasnya institusi yang korup seperti polis, kehakiman, birokrasi,Suruhanjaya Pilihanraya dan SPRM. Ini membawa kepada bertambah kurangnya keyakinan terhadap tata kelola baik (good governance) secara keseluruhannya. Sehubungan itu menurut Dr Syed Husin masih terdapat banyak penyelewengan wang rakyat yang berlaku. "Dewan Rakyat pernah diberitahu oleh seorang Menteri apabila menjawab soalan, bahawa sebanyak kira-kira RM52 wang ekuiti Bumiputera telah hilang. Bagaimanakah wang sebayak ini boleh lesap? Siapakah yang secara langsung bertanggungjawab atas kelesapan ini? "Jikalau RM52 bilion boleh hilang tanpa penjelasan, apalah perlunya mengambil tindakan ke atas jumlah RM210 atau RM250 juta. Keadaan sudah parah. Ia tidak boleh didiamkan lagi," kata beliau lagi. -tvsnews |
Shahrizat Terus Dibelasah, Pemuda MCA Pula Mahu Beliau Letak Jawatan Posted: 12 Dec 2011 04:55 AM PST Pemimpin Pemuda MCA juga mahu Shahrizat undur Selepas dibidas secara terbuka oleh beberapa pemimpin Umno, parti komponen BN, MCA akhirnya berani bersuara mendesak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya berundur selepas terpalit dengan kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik suaminya. "Shahrizat telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini, beliau terbabit pula dalam isu NFC, dengan ini, tidak ada sebab untuk beliau bertanding sekali lagi," kata timbalan setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun dalam satu kenyataan hari ini. Pada pilihan raya umum 2008, Shahrizat gagal mempertahankan kerusi parlimen beliau di Lembah Pantai. Ketua Wanita Umno itu tumbang di tangan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar. Beliau bagaimanapun, kemudiannya dilantik sebagai senator dan diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Loh juga berkata, kegagalan Shahrizat memberi penjelasan berhubung pembabitan suaminya dalam projek NFC boleh mengakibatkan 'kerusi selamat' BN bertukar menjadi 'kerusi berbahaya' jika pembangkang mengeksploitasi dan mensensasikan isu itu di seluruh negara. Justeru, beliau juga mahu Shahrizat memberi penjelasan mengenai semua dakwaan yang berkaitan, termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dana pinjaman mudah yang diberikan kepada NFC. Kata Loh, adalah malang jika usaha-usaha semua parti komponen BN untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat selepas 'tsunami politik' pada tahun 2008 digerhanakan oleh masalah peribadi Shahrizat. Sebelum ini, pelbagai pihak meningkatkan tekanan pada Shahrizat supaya berundur tetapi kepimpinan tertinggi Umno masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu. Antara mereka yang secara terbuka mendesak Shahrizat supaya melepaskan jawatannya, adalah ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin. Skandal NFC membabitkan sejumlah RM250 juta dana awam yang diberikan kepada syarikat milik suami Shahrizat bagi tujuan menjalankan projek penternakan lembu pada tahun 2008. Bagaimanapun Laporan Ketua Audit Negara 2010 merumuskan projek itu berdada dalam keadaan kucar kacir. Berikutan itu, PKR membuat pendedahan demi pendedahan yang mendakwa berlaku penyelewengan terhadap dana berkenaan. Antara pendedahan mereka, dana itu antara lain digunakan untuk tujuan berikut: •Membeli dua unit kondominium mewah 'One Menerong' (RM13.8 juta) •Membiayai Umrah atas nama suami dan anak lelaki (RM31,580) •Perbelanjaan peribadi (RM26,400) •Membeli Mercedes Benz CLS350 (RM534,622) •Membeli dua lot tanah di Putrajaya (RM3.36 juta) •Percutian mewah (RM455,423) -mk Sudah 3 pemimpin BN desak Shahrizat letak jawatan Ulasan GB Tepat seperti yang GB suarakan sebelum ini bahawa: Shahrizat Kena Pilih Salah Satu: Letak Jawatan Atau Terus 'Dibogelkan' |
[Bergambar] Pencacai Ketar Lutut, Tersasul Panggil Mat Sabu "YB" Dan "Datuk" Posted: 12 Dec 2011 03:20 AM PST UMNO GAGAL Halang, MAT SABU Tawan Penduduk MUAR Seperti yang dijangka, kehadiran Mat Sabu malam tadi mendapat sambutan yang hangat. Tidak kira daripada penyokong PR ataupun puak-puak yang tidak bersetuju beliau masuk ke negeri Johor sama ada datang melawat atau dengan apa jua tujuan. Pada tanggapan mereka, Mat Sabu tidak mengenang budi atas jasa bakti pahlawan yang membawa keamanan dan kemerdekaan negara. Keadaan persekitaran tempat ceramah begitu meriah dengan kain rentang yang mengecam Mat Sabu dan perang bendera antara UMNO/BN dan bendera PAS,PKR. Sekumpulan 20 anak muda motor dipercayai penduduk kampung telah berada di luar tapak ceramah bersama bendera BN bersedia menunggu arahan untuk menggempur Mat Sabu. Namun seperti biasa, Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor sudah bersedia untuk berhadapan dengan puak-puak ini. Jika mereka datang secara baik, maka baiklah sambutan yang diberikan. Jika mereka datang secara samseng, mungkin itulah yang diharapkan kumpulan ini supaya Polis seterusnya dapat menghentikan program pada malam tadi. Akhirnya selepas giliran Chegu'Bard berucap selesai dan tiba giliran kepada Mat Sabu, kumpulan anak yang berkumpul di atas motor ini bergabung pula dengan sekumpulan JKRT (Jawatan Kuasa Rukun Tetangga) yang lengkap memakai vest JKRT. Sebelum itu kumpulan JKRT ini hanya berada disepanjang jalan dan ramai yang menyangkakan mereka antara anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga lalulintas yang sesak dengan kehadiran orang ramai malam tadi. Rupa-rupanya sangkaan itu meleset sama sekali apabila. Kumpulan JKRT ini rupanya menjadi pencacai UMNO untuk mengangkat poster-poster provokasi terhadap Mat Sabu. Kumpulan yang bergabung ini dianggarkan sekitar 50 orang berarak sehingga di luar pintu pagar masuk ke rumah Sdr Zainudin, iaitu tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat ceramah. Mereka tidak dapat masuk ke dalam kawasan ceramah kerana Unit Amal, SAMM dan skuad AMK sudah bersedia di situ menantikan kehadiran mereka. Akhirnya selepas perbincangan, dua orang wakil daripada kumpulan ini diberikan keizinan untuk berjumpa Mat Sabu dan menyampaikan memorendum. Dua wakil ini ialah Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang datang di atas kapasiti sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dan seorang lagi ialah Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais. Apa yang mereka tidak jangka dan tahu, sebenarnya pihak penganjur malam itu telah merancang untuk membawa wakil-wakil ini naik di atas pentas ceramah PR bagi menyuarakan sendiri di atas dasar apakah menyebabkan mereka tidak bersetuju dan menghalang kehadiran Mat Sabu. Alhamdulillah, walaupun budaya politik cacian, hinaan dan samseng yang ditunjukkan oleh kumpulan ini pada awalnya bertujuan untuk menimbulkan huru-hara. Namun kematangan yang ditunjukkan oleh Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor malah para penyokong PR lainnya yang tidak memperdulikan laungan dan ejekan mereka. Sebaliknya memberikan ruang kepada wakil-wakil mereka untuk bertemu sendiri Mat Sabu dan diberi ruang untuk berucap. Tujuan mereka supaya huru-hara berlaku sekaligus memaksa pihak Polis menamatkan program malam tadi lebih awal tidak berlaku. Tahniah kepada PR kerana mengajar kumpulan ini erti politik matang apabila setiap wakil ini diberikan ruang untuk berucap dipentas mereka. Antara yang menarik di dalam ucapan wakil-wakil mereka malam tadi, Mat Sabu sekali lagi disebut sebagai 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu'. Jika sebelum ini Mat Sabu dipanggil oleh YB dan Datuk oleh PERKASA ketika berhadapan secara empat mata. Tetapi malam tadi, gelaran 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu' diucapkan sendiri di atas pentas kepada orang ramai. Gelaran-gelaran yang 'tidak tepat' itu menimbulkan rasa lucu dan geli hati pada orang ramai apatah lagi Mat Sabu yang tersenyum mendengar gelaran-gelaran itu. Sebenarnya asas ketakutan UMNO itu tidak sukar dibaca. Namun begitu, UMNO masih berselindung dibawah ngo-ngo dan badan belia bagi menggambarkan ketakutan mereka ini di atas kebangkitan rakyat, terutama rakyat di Muar khususnya. Gambar-gambar di bawah menjadi bukti kehadiran ribuan pengunjung tempatan yang datang untuk mendengar ceramah Mat Sabu malam tadi. Perkarangan tapak ceramah yang penuh sesak sehingga melimpah ke luar jalan, menunjukkan rakyat Muar sudah muak dengan UMNO dan dahagakan perubahan pimpinan di Muar. Inilah sebabnya, dan puncanya mereka takut dengan aura Mat Sabu yang mampu menarik rakyat keluar untuk mendengar hujah-hujahnya. Akhirnya selepas dua wakil kumpulan yang hendak mengusir Mat Sabu ini selesai berucap dan menyerahkan sendiri memorendum kepada Mat Sabu. Kumpulan yang berkumpul di luar pintu pagar masuk tadi bersurai dengan aman tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Namun begitu ada di antara mereka yang tidak pulang, tetapi menyorok ditempat-tempat yang gelap untuk mendengar ceramah Mat Sabu. Sekitar 50 orang yang mendakwa sebagai penduduk yang menentang kehadiran Mat Sabu bersedia untuk menggempur betul-betuldi hadapan pagar masuk ke tempat ceramah bersama kain rentang provokasi terhadap Mat Sabu. Ahli Rukun Tetangga (memakai vest) sekadar menjadi pencacai UMNO malam tadi untuk mengangkat poster provokasi. 'PERGI JAHANAM SABU KEPARAT'...lagi poster yang dianggkat oleh pemuda bertopi logo JKRT. Dan seperti biasa...selepas kumpulan tadi tiba dihadapan pintu pagar tempat ceramah dan melaungkan pelbagai kata cacian dan hinaan terhadap Mat Sabu, barulah FRU tiba untuk membuat benteng bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Antara pegawai polis yang berkawal di bawah pentas ceramah. Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang naik ke pentas ceramah sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan Ahli UMNO Seumur Hidup (03109330) dengan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri, Setiausaha UMNO Cawangan Sri Serdang, Pegawai Khas Kepada YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali (ADUN Bukit Naning, Johor), AJK Gerakan Belia 4B Negeri Johor dan Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri. Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais diberikan ruang untuk berucap sambil diperhatikan oleh Chegu'Bard. Chegu'Bard sedang menyampai ceramah Mat Sabu, Chua Jui Meng menerima 300 borang kemasukan PKR dan PAS daripada Sdr Zainudin,selaku tuan rumah dan juga antara bekas pemimpin UMNO yang kuat di Simpang Pt No.3 sebelum ini. Aura Mat Sabu berjaya menarik ramai pengunjung malam tadi. Sdr Zainudin berucap dan menyeru penduduk Pt No.3 supaya meninggalkan UMNO dan bersama Pakatan Rakyat. -pulakdah |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan