Selasa, 13 Disember 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Zul Noordin.. Kulim pun hang tak peduli, mana hang pi tau pasai Kanchut

Posted: 12 Dec 2011 08:57 PM PST

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Jenuh Kedah La dok bagi penjelasan isu Madrasah Salihiah, Kanchut. Setiap kali habis bagi penjelasan, mai pulak tuduhan baru. Ataupun orang baru pulak yang serang tapi dok ulang isu lama yang kita dah bagi jawapan. Sekali pikiag... awat pekak sangat puak2 ni, hati perut dah kena hijab ka? Alang2 hilang sabag, jengkai muka... boh penampaq 2,3 daih.

Terbaru, blog upahan Datuk Mukhriz dok ulang lagi pembohongan pasai Madrasah Salihiah. Kali ni dia petik tulisan Loyar kelentong Zulnordin 10/11 (10 bercakap 11 muhong) yang kini memilih UMNO pimpinan Rosmah-Najib sebagai wadah perjuangan.

Zulnordin 10/11 berkata madrasah (Salihiah, Kanchut) tersebut sebenarnya berfungsi sebagai sebuah masjid. Azan tiap waktu dilaungkan. Solat jemaah tiap waktu didirikan. Ada anak kariah sendiri lagi.


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu yang hampir tak pernah turun kawasan sejak jadi YB ni tiba-tiba 'tahu' pulak mengenai madrasah yang terletak di Kanchut, Alor Setar.

Sebenagnya Madrasah Saliliah itu sekarang ini tidak lagi berfungsi sebagai sebuah masjid, sebab Masjid Zahir dah ada berdekatan. Ia berfungsi sebagai pejabat Takaful Ikhlas. Solat jamaah (kalau ada) dibuat hanya waktu Zohor dan Asar dan lepas waktu pejabat 'madrasah' tu tak boleh dimasuki jamaah kerana pintu bangunan dan pintu pagaq berkunci, boh pedai ayam! Kot kata TS bohong cha pi tunggu tengok waktu Maghrib, Isyak dan Subuh. Azan tiap waktu dilaungkan..betul, tapi bukan di surau tu tapi azan dari Masjid Zahir.

Kononnya madrasah tu ada 200 anak khariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang dan Jalan Menanti. Kenyataan tu, mokalu nak muhong orang Kota Kinabalu atau Johor bahru bolehlaa. Tapi jangan cuba terai muhong orang Aloq Setaq. Orang Jalan Titi Siam tak pi jamaah kat situ...jauh, dalam kampung depa pun dah ada surau. Atau kalau depa nak pi surau luaq kampung depa, baik depa pi Masjid Derga atau Pusat Dakwah..lebih dekat dan lebih selesa. Orang Kampung Pisang pun sama, lebih dekat depa pi surau kat belakang muzium. Ada dua buah surau yang berdekatan! Jalan Menanti mana kampung Melayu... pakat pindah habih dah. Dulu kaki masjid kat situ Pak Chen, tapi dia pi Masjid Nagore atau Masjid Zahir... la dia pun aruah dah.

Yang agak ramai Melayu area tu dekat Jalan Lumpur. Kalau tahun 80an atau sebelum tu mungkin mudah depa pi surau Salihiah tetapi dengan kedudukan infra terkini (jalan highway), jarak mungkin dekat tapi jalan yang terpaksa dilalui lebih jauh... baik depa pi Masjid Zahir.

Cakap banyak tak mau laa abang, aku dilahirkan dalam DUN Bakaq Bata. Dilahir dan dibesaqkan dalam Aloq Setaq. Tok Mat Bashah pun bukan anak jati Aloq Setaq macam aku, dia pelarian dari Langgaq.

Hak selebih tu aku dah jawab sebelum ni. Jadi aku copy paste baliklah bahan yang aku pernah tulis tu...


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata


Dah lama MK tak menulis di ruangan ini. Bila ADUN Bakaq Bata pi Mekah MK pun relax banyak sebab tak nampak dia. Bila Haji Mat Bashah tu balik, baru MK nampak UMNO sebab pemimpin UMNO yang banyak buat spoil terhadap UMNO di Kedah ni ialah beliau sendiri.

Baru-baru ni tanpa usul periksa dan tanpa mengetahui apa yang sebenar berlaku Mat Bashah hentam tindakan (kononnya) kerajaan negeri mahu roboh surau Salihiah Kancut.

Tiga hari berlangsung Sidang DUN Kedah baru-baru ini tidak ada seorang pun ADUN BN yang bangkitkan isu tersebut sama ada dalam soalan mahupun dalam perbahasan sedangkan semua ADUN diberi peluang berucap.

Begitu jugak sewaktu Exco dan MB menjelaskan secara terperinci isu surau tersebut, tidak ada sekerat pun ADUN BN yang bangun meminta penjelasan walhal MB TIDAK PERNAH tidak memberi laluan kepada ADUN pembangkang yang mahu penjelasan sewaktu beliau tengah berucap.

Sebab mereka semua faham bahawa surau itu di bawah MAIK sebagai pemegang amanah. Majlis fatwa yang dipengerusikan oleh Dato' Mufti telah bermuzakarah sampai la-ik (bahasa Kedah tua bermaksud, halus atau terperinci). MAIK dam majlis fatwa 100 kali lebih alim (berilmu) dari Mat Bashah. Mereka yang buat keputusan membenarkan istibdal yakni pindah wakaf yang tidak mengurangkan manfaat.

Mereka juga tahu bahawa MAIK dan Majlis Fatwa terletak di bawah Tuanku Sultan, kalau masih tak puas hati mereka kena pi mengadap komplen dekat tuanku bukan boleh bahas kat kali lima.

Ada beberapa fakta tak betul yang dimainkan oleh pihak tertentu yang kononnya memperjuangkan surau, walhal surau pun depa jarang pijak. Pijak masjid pun mungkin setahun dua kali, raja posa dan raya haji.

1. Kononnya surau kat shopping complex tu adalah 'ganti wakaf'. Sebenarnya ia bukan ganti harta wakaf. Ganti wakaf diserahkan kepada MAIK RM1.48 juta, pi cari tanah wakaf baru dan buat binaan baru untuk manfaat orang Islam.

2. Kononnya surau dibuat pemaju dalam shopping complex, tak bebas jemaah nak buat aktiviti. Itupun tak betul, surau terletak tingkat bawah cuma attach dengan shopping complex. Ada syiar surau, ada kubah, boleh masuk dari luar. 24 jam boleh guna walaupun shopping complex tu tutup. Puak hak buat demo hari tu boleh buat aktiviti masa mana pun.. jangan dok lepak kat kedai kopi, karaoke atau kedai ekog saja.

3. Kononnya surau tu ada nilai sejarah berusia 100 tahun. Ni lagi bohong besar. Surau yang bernilai 100 tahun di atas tapak tu sudah diroboh tahun 2007 masa zaman BN. Masa depa roboh tu awat puak yang hari ni dok bantah senyap sepi tak kata apa pun? Bangunan yang ada tu baru dibina 2007.

4. Kononnya seluruh bangunan yang berusia 4 tahun itu adalah surau. Tak betul jugak, hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain jugak. Tidak ada kampung orang Islam di keliling kelalang surau tu. Hanya ada beberapa rumah dan mereka lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Jemaah hanya beberapa orang di surau waktu Zohor dan Asar. Waktu lain, pagar pun berkunci sebab bangunan tu disewa oleh Takaful Ikhlas. Bangunan tu lebih berfungsi sebagai pejabat Takaful Ikhlas dari sebuah madrasah.

Sekarang Mat Bashah yang setakat ini dianggap sebagai bakal MB jika BN memerintah Kedah tolong buat penegasan adakah jika BN menang nanti maka projek Aman Central akan dibatalkan atau Aman Central diteruskan tapi bangunan yang terdapat surau Salihiah itu dikekalkan terperosok di celah-celah Aman Central? Mat Bashah sila beri penjelasan...

Dipetik dari - Kedah La

Muhyiddin tak layak jadi PM

Posted: 12 Dec 2011 04:28 PM PST

KUALA LUMPUR-Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian yang menganugerahkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah lebih bersalah daripada segi pentadbiran kerajaan dan etika kebertanggungjawaban seorang menteri.

"Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat, akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.


Oleh itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata adalah tidak adil untuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat, dengan menyuruhnya 'untuk berundur sebelum beliau diundurkan' tapi tidak pada Muhyiddin.

"Dr Mahathir tidak sepatutnya pilih kasih dalam menegur Shahrizat dan tidak kepada Muhyiddin yang meluluskan projek ini. Sekiranya sikap Muhyiddin ini dibiarkan berterusan semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan seterusnya perdana menteri, berapakah lagi wang rakyat yang bakal terkorban?" soal Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang tidak lagi insaf dengan kesilapannya apabila menyatakan bahawa 'NFC hanyalah isu politik yang dicetuskan Pakatan Rakyat' dan terus mempertahankan projek tersebut walaupun kewujudan penyalahgunaan dana awam yang susah dipertikaikan.

"Bayangkan sekarang, Muhyiddin ialah bakal perdana menteri sekiranya apa-apa terjadi pada Datuk Seri Najib Razak, berapakah banyak projek di bawah kelolaan kementerian dan kuasa beliau yang akan berakhir seperti tragedi NFC. Bolehkah rakyat Malaysia menerima seorang bakal PM yang sedemikian?" soal beliau.

Selaku mentor Umno, Tuan Ibrahim berkata Dr Mahathir sepatutnya membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak berani menegur timbalannya, untuk menegur Muhyiddin atas dasar membantu Najib membetulkan pentadbirannya.

Apa yang pelik, kata beliau ialah bila mana hanya Shahrizat sahaja yang diminta berundur, sedangkan Muhyiddin tidak diarahkan berbuat demikian.

"Begitu juga dengan beberapa orang yang lantang mempertahankan penyelewengan ini, juga sepatutnya merasa malu kerana ia nyata bertentangan dengan norma biasa.

"Sekiranya Shahrizat disuruh berundur, Muhyiddin pun harus menerima nasib yang sama. Jika Shahrizat saja berundur, tapi tidak Muhyiddin dan lain-lain, percayalah rakyat akan terus mencengkam isu NFC sehingga semua yang terlibat berundur," tambah beliau.

-Harakahdaily

Hassan Ali: Macam dia sorang sayang Islam, pirahhh!

Posted: 12 Dec 2011 04:56 AM PST

Ada beberapa kawan-kawan yang dapat mengenal pasti kelaku orang. Biasanya depa akan kata, jaga-jaga sikit dia tu. Depa tak la berani kata lebih-lebih. Perkara itu banyak kali berlaku. Selalu sangat.

Sebab tu la saya pun tak ingat dah berapa kali dah saya tulis dalam blog ini yang saya tidak tertarik langsung kepada Datuk Dr Hassan Mohamed Ali sejak dia jadi motivator meneran-neran dalam TV lagi.

Bila dia masuk PAS dan gunakan pentas ceramah PAS untuk kempen bisnes MLM dia, dalam hati saya dah tolak habis-habisan dia. Saya tak tau berapa ramai orang PAS yang jadi bongok dan join MLM yang dia kempen atas pentas-pentas ceramah PAS itu.


Nak meniaga MLM ikut suka hang la tapi jangan la abuse pentas ceramah PAS.

Saya pun tak ingat dah berapa kali dah saya tulis yang saya tak akan mengundi dia kalau dia betanding di tempat saya mengundi. Saya tak akan keluar mengundi sebab biasanya calon lain tentu la Barisan Nasional (BN).

Saya tak perlu tulis apa-apa lagi fasal Mamat bajet macam bagus sangat tu. Macam tak ada orang lain lagi yang sayang Islam dan mempertahankan Islam. Pirah!

Yang saya harap kawan-kawan yang baca blog ni ambil perhatian ialah tentang orang-orang yang mendakwa mereka berkerja ka, berjuang ka untuk Islam. But, in the process, they give a bad name to Islam. Dalam pada kononnya berjuang Islam tu, mereka hakikatnya memberikan nama yang buruk kepada Islam. Mereka hakikatnya merosakbinasakan Islam. Jahat sungguh mereka!

Tolong ingat benda tu dalam pemerhatian anda terhadap semua pihak, termasuk diri kita sendiri.

Malaysiakini hari ini melaporkan berita bertajuk "Hasan: Tidak mudah bagi tinggalkan PAS". Teringat pula dakwaan Zainulfaqar Yaacob: "Pihak PM sendiri menasihat pihak Nasharuddin dan Dr Hasan supaya tidak meninggalkan PAS..."

Pak Bakaq

Usaha singkir bos Felda, demo esok

Posted: 12 Dec 2011 03:53 AM PST

Terdapat usaha menyingkirkan Pengarah Besar Felda Datuk Zulkifli Wahab dengan mengarahkan beliau bercuti untuk melanjutkan pelajaran, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

NGO yang lantang dan konsiten mengkitik pentadbiran Felda itu mendakwa, usaha secara halus itu ekoran apa yang digambarkan sebagai 'kemelut dalaman' agensi kerajaan itu.

"Dia (surat) tak kata berhenti. Tetapi hantar surat suruh sambung belajar. Hendak belajar apa? Datuk Zul (Zulkifli ) sudah 54 tahun.


"Kalau orang faham, fahamlah (maksud sebenarnya)," kata pengerusi ANAK Mazlan Aliman (kiri) yang yakin dengan kesahihan berita yang diakwanya diperoleh daripada sumber dalaman.

Kelmarin, akhbar web PAS Harakahdaily melaporkan, Zulkifli diberikan arahan bercuti sembilan bulan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memberi peluang beliau melanjutkan pelajaran.

Surat itu dilapor dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebelum ini manakala arahannya pula akan berkuatkuasa daripada 25 November ini hingga Ogos tahun depan.

Mazlan juga mendakwa ia berpunca daripada perbezaan pandangan kedua-dua mereka, antaranya berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia apabila Zulkifli dikatakan tidak menyokong usaha Isa itu.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mazlan berkata pihaknya akan menganjurkan perhimpunan di ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur awal petang esok bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usaha mengingkirkan Zulkifli.

Mazlan yang juga pengerusi lajnah tanah dan pembangunan wilayah PAS berkata, mereka dijadual menyerahkankan memorandum sokongan terhadap Zulkifli kerana berpendapat tindakan itu tidak wajar.

"Walaupun dalam beberapa isu ANAK mengkritik kepimpinan Felda tetapi dalam hal kerja beliau bersikap profesional. Beliau sendiri bermula daripada bawah dan setia pada tugasnya," kata Mazlan.

Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan Isa setakat ini masih belum berhasil.

Pemuda PAS anggap keruhkan keadaan

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Pemuda PAS menyelar arahan bercuti itu atas alasan ia tidak kena pada tempatnya memandangkan keadaan Felda yang didakwa amat kritikal dan memerlukan komitmen pengarah besarnya.

"Pemuda PAS berpendapat, konflik peringkat tertinggi dalaman Felda amat kronik dan memerlukan penyelesaian segera. Arahan bercuti ini seolah-olah membenarkan wujudnya konflik dalaman yang semakin kuat melanda," kata naib ketuanya Dr Raja Ahmad Al Hiss.

Dalam kenyataannya lewat petang ini, Raja Ahmad mendakwa wujud budaya cantas mencantas akibat oleh pihak tertentu yang tidak senang terhadap Dzulkifli.

"Sepatutnya kes ini diselesaikan secara baik dan berhikmah, bukannya secara politik.

"Mencutikan Datuk Dzulkifli Wahab dari tugasnya akan mengeruhkan keadaan kerana mungkin ada pihak lain pula mengambil kesempatan pula 'membalas dendam' bagi pihak beliau," tambahnya.

Tiada ulasan: