Kelab Greenboc |
- Lagi Kes Gadis Hamil Tipu Ibubapanya Kata Dirinya Diculik
- Pelapor PBB Kecam Malaysia Kerana Wujudkan RUU Perhimpunan Aman
- Rumah Anak Yatim Kg Chica Ganti Rumah Yang Terbakar Akhirnya Disiapkan
- Ketua Pendakwa Raya Kes Liwat II Letak Jawatan Kerana Misi Telah Disempurnakan?
- Hospital Terbakar, Pekerja Lari Biarkan 89 Pesakit Hangus
- UMNO Bakal Hangus Menjadi Abu Apabila ABU Dilancarkan Besar-besaran Seluruh Negara
- Isu Lembu: Mahathir Sepatutnya Desak Najib Supaya Pecat Shahrizat
- ‘Ku Li Layak Jadi PM, Nik Aziz Terbaik’
- Umno Sebenarnya Tak Percaya Kepada Prinsip 1Malaysia
Lagi Kes Gadis Hamil Tipu Ibubapanya Kata Dirinya Diculik Posted: 10 Dec 2011 01:56 AM PST Remaja hamil rancang culik SHAH ALAM – Perbuatan seorang remaja yang tergamak mempermainkan perasaan ibu bapanya dengan mendakwa diculik terbongkar selepas dia ditahan bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Taman Danau Kota, baru-baru ini. Gambar fail. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, ibu kepada remaja berusia 19 tahun itu membuat laporan polis selepas mendengar jeritan kecemasan anaknya di dalam telefon. Bagaimanapun, berdasarkan siasatan awal, remaja itu disyaki merancang penculikan sendiri dan dia sebenarnya melarikan diri bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya, berusia 23 tahun yang bekerja sebagai pelayan restoren. Mohd Adnan berkata, berdasarkan susuk tubuh, gadis itu dipercayai hamil bagaimanapun polis masih menunggu laporan perubatan terhadapnya. Dalam pada itu Mohd Adnan berkata, masalah keluarga dipercayai punca remaja tersebut merancang penculikan sendiri itu. -SH Jangan Buat Laporan Palsu Selesai Masalah Peribadi:Polis |
Pelapor PBB Kecam Malaysia Kerana Wujudkan RUU Perhimpunan Aman Posted: 09 Dec 2011 11:43 PM PST Kumpulan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengingatkan bahawa rang undang-undang baru itu bukan sahaja menghadkan hak berhimpun secara aman, termasuk demonstrasi jalanan, tetapi juga akses bersyarat kepada pihak media di perhimpunan awam. Pelapor khas PBB, Maina Kiai menyuarakan rasa "amat kecewanya" kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) atau masyarakat sivil, tidak dirujuk dalam merangka rang undang-undang tersebut. Maina berkata rang undang-undang itu mengandungi takrif yang kabur mengenai perhimpunan dan juga sekatan dan syarat-syarat perhimpunan, yang menurutnya telah memberikan "kuasa berlebihan" kepada pegawai penguatkuasa undang-undang dan menteri dalam negeri. "Banyak sekatan ini adalah tidak wajar mengikut undang-undang antarabangsa. Ia juga memberi budi bicara kepada pihak polis untuk membuat apa saja bentuk rakaman perhimpunan," kata Maina yang merupakan pelapor khas PBB mengenai hak kebebasan berhimpun secara aman dan berpersatuan. Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 November dan ia diluluskan secara tergesa-gesa dengan beberapa pindaan, dalam tempoh kurang daripada dua minggu - pada 29 November. Ia diluluskan walaupun ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan selepas membahaskan rang undang-undang tersebut, dan juga bantahan oleh lebih 1,000 peguam pada hari yang sama. Rang undang-undang itu juga termasuk larangan ke atas bukan warganegara dan warganegara di bawah umur 21 tahun untuk berhimpun secara aman. Malaysia adalah ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB sehingga 2013. Seorang lagi pelapor khas bagi hak kebebasan untuk bersuara, Margaret Sekaggya, berkata beliau memandang berat peruntukan melarang warganegara di bawah umur 21 tahun untuk berhimpun. "Penyertaan politik dan sosial melalui protes secara aman, bukan sahaja merupakan satu pengalaman pendidikan untuk kanak-kanak, belia dan pelajar, tetapi juga satu pelaburan kepada masyarakat secara keseluruhannya," tegasnya. Manakala pelapor khas bagi hak kebebasan bersuara, Frank La Rue, menggesa kerajaan Malaysia menimbang semula secara serius rang undang-undang itu. "Keupayaan semua individu untuk bersuara secara bebas, termasuk dalam bentuk perhimpunan aman, merupakan satu ujian kepada tahap demokrasi di mana-mana negara." Fracois Crepeau, pelapor khas hak asasi manusia bagi pendatang, juga menggesa supaya rang undang-undang itu segera dikaji semula. "Setiap orang berhak terhadap kebebasan berhimpun dan berpersatuan, tanpa sebarang apa jua pembezaan, termasuk kewarganegaraan," kata Crepeau. Kesemua pakar tersebut melaporkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Geneva, dalam kapasiti bebas dan tidak dibayar. Julai lalu, pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB menyuarakan kebimbangannya terhadap penggunaan kuasa yang berlebihan terhadap peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. -mk Himpunan: Imej negara terjejas teruk di mata dunia |
Rumah Anak Yatim Kg Chica Ganti Rumah Yang Terbakar Akhirnya Disiapkan Posted: 09 Dec 2011 08:50 PM PST Rumah baru anak yatim Kg Chicha siap dibina Anak-anak yatim Kg Chicha yang kediaman mereka musnah dalam kebakaran awal Ogos lalu kini terbela apabila rumah baru mereka siap dibina sepenuhnya. Melalui sumbangan orang ramai yang diusahakan oleh ahli parlimen mereka, akhirnya tempat berteduh untuk lima beranak itu kini sudah berganti baru. Ahli parlimennya, Salahudin Ayub berkata, beliau mengucap syukur kepada Allah SWT kerana hasrat anak-anak yatim Kg Chicha untuk mendapat rumah kediaman baru telah menjadi satu kenyataan. "Sejak berita kebakaran rumah anak-anak yatim Kg Chicha disiarkan dua bulan yang lalu, ramai penderma telah memberikan sumbangan untuk mendirikan rumah baru mereka. "Saya sebagai ahli parlimen Kubang Kerian telah sedaya upaya membantu anak-anak yatim ini dan kesempatan hari ini bagi pihak keluarga anak-anak yatim Kg Chicha saya dengan rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih pada semua penderma yang telah begitu perihatin untuk membantu anak-anak yatim yang malang ini," katanya kepada Harakahdaily. "Semoga Allah SWT sahaja mampu membalas segala kebaikan anda semua," tambahnya terharu. Ogos lalu, Harakahdaily ada melaporkan nasib anak-anak yatim tersebut yang bagai jatuh ditimpa tangga apabila kediaman mereka pula musnah selepas ibu bapa mereka meninggal dunia setahun lalu. Mereka sebelum ini terpaksa tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran itu. Namun dengan sumbangan oleh pelbagai pihak, kediaman mereka kini barjaya disiapkan sepenuhnya. -HD klik untuk baca |
Ketua Pendakwa Raya Kes Liwat II Letak Jawatan Kerana Misi Telah Disempurnakan? Posted: 09 Dec 2011 06:55 PM PST Ketua Pendakwa Raya Fitnah II Letak Jawatan Kuala Lumpur: Isnin dan Selasa depan – tarikh yang ditetapkan untuk mendengar hujah perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim – dijangka merupakan penampilan terakhir Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara. Difahamkan, Yusof, 56, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima. Sumber-sumber memberitahu yang Jabatan Perkhidmatan Awam telah dimaklumkan mengenainya, lapor Malaysiakini. Yusof adalah orang yang ketiga paling kanan di Pejabat Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguamcara Datuk Idrus Harun. Hari terakhir beliau bertugas dijangka sama ada pada 1 Januari atau 1 Februari depan. Walaupun tarikh 1 Januari atau 1 Februari disebut sebagai hari terakhirnys, tetapi sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mempunyai banyak cuti tertunggak dan beliau hanya datang ke pejabat sekali-sekala. "Apa pun keputusan perbicaraan kes liwat tersebut, Datuk Yusof dijangka tidak akan lagi mengetuai pasukan pendakwaan apabila keputusan diumumkan," tambah sumber tersebut. "Beliau akan mengetuai pihak pendakwaan untuk kali terakhir sewaktu penghujahan perbicaraan kes liwat itu pada hari Isnin dan Selasa, dan ia dijangka menjadi penampilan terakhir beliau," kata sumberitu kepada Malaysiakini. Difahamkan beliau telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009. Kedua-dua permohonannya itu ditolak, dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut. Ulasan GB Keputusan dan misi untuk untuk penjarakan Anwar dengan kes liwat sudah siap sehingga membuatkan Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara mengemukakan surat perletakan jawatannya? - sekurang-kurangnya itu persoalan dan persepsi dari rakyat. Kita sama-sama tunggu keputusannya nanti |
Hospital Terbakar, Pekerja Lari Biarkan 89 Pesakit Hangus Posted: 09 Dec 2011 04:58 PM PST Kolkata, India - Sejumlah 89 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah hospital swasta di sini, kata beberapa pegawai semalam. Mereka memberitahu, kakitangan perubatan bertempiaran lari menyelamatkan diri dan meninggalkan pesakit mereka dalam kebakaran besar itu. Polis menangkap enam pegawai hospital atas dakwaan cuai hingga menyebabkan kematian pesakit mereka. Pihak pengurusan hospital berkenaan bagaimanapun menafikan berlaku sebarang pelanggaran langkah keselamatan dalam tragedi tersebut. "Adalah menakutkan untuk melihat pihak berkuasa hospital tidak melakukan usaha untuk menyelamatkan pesakit yang terperangkap," kata menteri kesihatan awam negeri Bengal Barat Subrata Mukherjee. "Pegawai-pegawai kanan hospital terbabit bertempiaran lari selepas api mula merebak," tambahnya. Ketika api sedang marak, petugas-petugas penyelamat yang menggunakan tangga bertindak memecahkan tingkap di tingkat atas Hospital Amri untuk mengeluarkan sejumlah pesakit yang terperangkap. Pasukan petugas penyelamat membawa pesakit yang diselamatkan dengan menggunakan pengusung dan kerusi roda ke sebuah hospital berdekatan. Seorang pesakit, Moon Moon Chakraborty yang dirawat kerana patah pergelangan kaki, menelefon suaminya, S. Chakraborty yang berada di rumah untuk memberitahu bahawa hospital itu terbakar. "Dia meninggal dunia apabila saya tiba di hospital berkenaan," kata suaminya. Pasukan penyelamat mengeluarkan 73 mayat dari bangunan hospital berkenaan dengan kebanyakan mangsa dipercayai maut kerana sesak nafas akibat terhidu asap tebal. Seorang pegawai kanan polis di sini Danayati Sen memberitahu, seramai 16 lagi mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang mereka alami. Seorang saksi memberitahu, beberapa belas kereta bomba tiba di tempat kejadian lebih sejam selepas kebakaran berlaku. Kebakaran itu tercetus sekitar pukul 3.30 pagi waktu tempatan di tingkat bawah tanah Hospital AMRI dengan asap tebal meliputi bangunan tersebut. Punca kebakaran masih disiasat pihak berkuasa. - Agensi Pekerja lari biarkan 89 pesakit hangus |
UMNO Bakal Hangus Menjadi Abu Apabila ABU Dilancarkan Besar-besaran Seluruh Negara Posted: 09 Dec 2011 02:30 PM PST Ekoran kegagalan Umno memimpin Malaysia selama lebih 50 tahun, satu pergerakan dikenali sebagai Asalkan Bukan Umno (ABU) telah ditubuhkan untuk mengkuburkan Umno dari terus mencengkam Malaysia. Gambar: (Dari kiri) Badrul Hisham Shaharin dan Haris Ibrahim pada majlis pelancaran Asalkan Bukan Umno di Kuala Lumpur hari ini. ― Foto oleh Choo Choy May (TMI) Menurut Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Che Gu Bard kempen Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN diadakan serentak diseluruh Semenanjung tepat jam 3.30 petang ini kecuali di Pulau Pinang dan Terengganu yang diadakan pada waktu yang berbeza hari ini. "ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang Umno/Bn amalkan, lantas dengan tidak teragak-agak menolak Umno/Bn. "Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau. 80 peratus rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Sedangkan pemimpin-pemimpin Umno/Bn dan kroninya hidup mewah sekali,"katanya. Selain itu katanya pelbagai penyelewengan dan salah laku pemimpin umno seperti amalan rasuah, kronisme, pemborosan serta dasar perkauman tegar parti tersebut perlu dilenyapkan dari terus bertapak di negara ini. Gerakan ini dipelopori gabungan beberapa NGO yang terdiri dari organisasi massa termasuk Parti Rakyat Malaysia, Parti Sosialis Malaysia serta kumpulan mahasiswa KAMI. Presiden MCLM, Haris Ibrahim dalam kenyataannya menyebut usaha menyedarkan masyarakat telah giat dijalankan dalam setahun ini bagi menyampaikan berita sebenar kepada rakyat. "Usaha ABU adalah untuk membawa kebenaran supaya rakyat sedar tentang apa yang telah dilakukan Umno untuk rakyat dan juga kroni-kroni mereka sehingga negara ini hampir bangkrup," ujar Haris tegas. Sementara itu, satu forum besar-besaran akan diadakan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak pada 15 Disember ini.Satu pengumuman penting yang akan merubah situasi politik di negara Malaysia bakal dibuat pada hari tersebut. -FMT
|
Isu Lembu: Mahathir Sepatutnya Desak Najib Supaya Pecat Shahrizat Posted: 09 Dec 2011 07:25 AM PST NFC: Shahrizat patut undur sebelum dihalau, kata Mahathir KUALA LUMPUR, 9 Dis — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarganya, jika ia perlu bagi membantu partinya. Bekas perdana menteri berkata, Ketua Wanita Umno itu perlu meninggalkan sebelum "dihalau" keluar oleh partinya. "Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa. "Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri," kata beliau ketika ditanya sama ada menteri bertaraf senator itu wajar berundur ekoran isu berkenaan. -TMI Najib should not protect a fallen woman klik untuk baca |
‘Ku Li Layak Jadi PM, Nik Aziz Terbaik’ Posted: 09 Dec 2011 05:25 AM PST Kapar - Ketua Komuniti Kaum India Selangor Kawasan Batu Belah (Sungai Pinang), Dr V Nedunchelian AMS menyifatkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li adalah pemimpin yang layak menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia sekiranya Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kedudukan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Menurutnya, Ku Li satu-satunya tokoh politik Umno yang masih mendapat pengiktirafan rakyat Kelantan sebagai seorang pemimpin yang bijak, kreatif dan mempunyai idea yang bernas. "Kelebihan ini sudah tentu melayakkannya menjawat apa jawatan sekalipun namun malang sekali apabila parti yang diwakili tidak pernah memberi pengiktirafan kepadanya. "Kaliber Ku Li yang telah berkecimpung dalam politik sejak lebih tiga dekad tidak boleh diperkecil namun beliau tidak layak untuk diketengahkan untuk jawatan Menteri Besar Kelantan kerana Menteri Besar yang ada sekarang lebih layak berdasarkan kepimpinannya," katanya. Dalam pada itu, beliau yang juga calon yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Parlimen Kapar atas tiket bebas berkata, 'track record' yang dimiliki Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah terbaik dan rakyat Kelantan diminta tidak bertindak mengetepikan beliau dengan meletakkan sesiapapun di kerusi yang diterajuinya sejak 21 tahun yang lalu. Beliau berkata demikian merujuk kepada artikel 'Berpatah Arang' hasil karya Yusof Harun yang bertajuk "Ku Li bakal jadi MB Umno Kelantan" (8 Disember 2011), katanya, Nik Aziz merupakan tokoh politik yang tidak ada pengganti ataupun tidak boleh diganti buat masa ini. "Beliau merupakan satu-satunya nama yang tidak asing dalam politik Kelantan kerana sifat lemah-lembut dan keterampilan diri beliau yang begitu sopan meletakkan beliau pada kedudukan yang tinggi dalam arena politik tanahair. "Beliau merupakan seorang tokoh agama yang menceburkan diri dalam politik sememangnya mengamalkan satu cara hidup yang seimbang di mana aspek politik dan 'spiritual' diberi keutamaan bersama.," katanya. -SH |
Umno Sebenarnya Tak Percaya Kepada Prinsip 1Malaysia Posted: 09 Dec 2011 03:28 AM PST Perhimpunan Umno yang baru selesai minggu lepas adalah bukti jelas bahawa pemimpin parti itu sebenarnya tidak ikhlas dengan prinsip 1Malaysia yang diperjuangkan presidennya. Malah, menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor Khalid Samad, president Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri "cakap tak serupa bikin" apabila dia melaungkan dasar masyarakat majmuk tetapi dalam masa yang sama merasmikan majlis NGO pro-ketuanan Melayu. Khalid berkata kesimpulan yang cuba disampaikan Umno adalah mereka satu-satunya parti yang memperjuangkan hak dan kedaulatan Melayu sedangkan transformasi yang dilaung-laungkan oleh Najib meliputi rakyat majmuk yang berbilang bangsa. Dalam sidang media yang diadakan di sini pagi tadi, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, mendakwa selepas perhimpunan Umno Najib telah merasmikan perhimpunan agung Pekida, sebuah badan yang memperjuangkan semangat ke-Melayuan yang ekstrem. Di dalam ucapannya di dalam perhimpunan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Najib dilihat sengaja membakar semangat nasionalisme Melayu, Khalid berkata. "Umno tidak lagi boleh memimpin negara Malaysia kerana ia telah menjadi ultra-Malay. Pekida ini satu persatuan yang selama ini Umno sendiri pun tidak berani dekati secara rasmi kerana imejnya yang 'ultra right-wing'. "Tetapi oleh kerana stance Najib sudah berubah kepada ultra-Malay, maka dia sanggup merasmikannya dan ucapannya mengapi-apikan semangat nasionalisme Melayu dengan bermacam-macam tuduhan yang tidak berasas." Menurut Khalid, tindakan-tindakan seperti itu sama sekali tidak dapat diterima oleh golongan bangsa Melayu yang waras akalnya apatah lagi oleh yang bukan Melayu. "Dengan tindakan sebegini, konsep transformasi sudah gagal begitu juga dengan konsep wasatiyah atau kesederhanaan sudah dipinggirkan mereka," ujar Khalid. Sehubungan itu, beliau berkata corak dan budaya politik tanah air seharusnya berubah menjadi lebih adil, bersih dan bertujuan membela keseluruhan anggota masyarakat tanpa mengira kumpulan atau bangsa tertentu. "Masalah politik negara adalah dominasi Umno yang mebolehkannya mendominasi parti lain, bangsa lain, mahupun bangsa Melayu itu sendiri sehingga akhirnya Melayu terpaksa redha dengan penyelewengan dan sebagainya," kata Khalid lagi. Khalid turut menyifatkan sokongan Wanita Umno terhadap Ketua mereka, Datuk Seri Sharizat Jalil sebagai sesuatu yang menyedihkan kerana pemimpin yang korup terus diberi sokongan semata-semata kerana khuatir kononnya dominasi Melayu dalam politik hilang. "Sedangkan penyelewengan ini bukan didedahkan oleh Pas atau PKR, sebaliknya disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara tentang RM250 juta duit rakyat yang disalahgunakan,"jelasnya lagi. -tvsnews |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan