Selasa, 6 Disember 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Rakyat Perlu Tahu Kejayaan Negeri-negeri Dibawah Pentadbiran Pakatan Rakyat

Posted: 06 Dec 2011 12:22 AM PST

Sebarkan kejayaan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan ke seluruh negara

SHAH ALAM, 5 DIS – Mencerca para UMNO-Barisan Nasional sahaja tidak akan membawa kemenangan dan ia tidak patut menjadi amalan politik Pakatan Rakyat, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau menjelaskan, apa yang perlu ditingkatkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat ialah menunjukkan dan memperjelaskankan lagi perkara-pekara baik yang telah dan bakal dilaksanakan oleh Pakatan demi kepentingan rakyat.

"Inilah reformasi, bukan sahaja reformasi politik tetapi juga reformasi ekonomi. Kita buat kerja kerana rakyat, kerana hendak bangunkan ekonomi rakyat.

"Di Selangor, kita mulakan dengan program merakyatkan ekonomi negeri, dan ini bermakna rakyat yang tentukan pengurusan ekonomi, saya cuma pengurus sahaja.

"Kalau rakyat tidak suka seseorang pengurus itu, rakyat berhak menukarnya kerana itulah kuasa rakyat," katanya menjelaskan budaya politik baru yang perlu menjadi amalan semua pihak.

Menurutnya, kritikan terhadap kerajaan berbeza dengan mencerca pemimpin kerana cercaan tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat.

Berucap di hadapan 10,000 hadirin dalam satu perhimpunan rakyat di sini malam tadi, Khalid yang juga Adun Ijok berkata bahawa pada zaman pemerintahan UMNO-BN di Selangor, tidak pernah ada program untuk merakyatkan ekonomi.

"Sebagai sedikit contoh, sebelum 2008, Selangor kelam kabut kerana tiada sistem teratur bagi khairat kematian, malah kebanyakan rakyat pun tidak tahu akan skim itu.

"Tetapi dengan skim Pakatan, kita terus keluarkan duit dari belanjawan negeri dan masukkan ke dalam bank warga emas," katanya.

Di majlis yang sama, Exco Kanan kerajaan Selangor Teresa Kok berkata, sewaktu Pakatan mengambil alih Selangor selepas menerima mandat rakyat yang menolak UMNO-BN pada 2008, simpanan tunai kerajaan negeri cuma berjumlah RM637 juta.

"Sekarang selepas tiga tahun, hasil usaha pendtabiran bersih dan cekap Pakatan, simpanan kita sudah mencecah RM1.5 bilion.

"Inilah bukti kita pandai menjaga wang rakyat. Sebab itu UMNO takut dan jadikan DAP sasaran kerana mereka hendak goncang perpaduan Pakatan yang telah terbukti berjaya membantu rakyat," katanya.

Jelas Teresa yang Pengerusi DAP Selangor, beliau agak malu kerana sebagai seorang pemimpin yang lantang menuntut hak wanita, masih ada pemimpin wanita yang korup.

"Saya selalu sebut, pilih calon wanita kerana lebih telus, jujur… Tetapi selepas skandal salah guna wang ternak lembu NFC yang melibat seorang Menteri Wanita, saya rasa sangat malu," kata Adun Kinrara itu.

Beliau menjelaskan, segala kutukan pemimpin dan perwakilan UMNO dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini terhadap DAP hanya bertujuan menutup pekung dan masalah fidlot NFC keluarga menteri berkenaan. – Roketkini

Najib Bimbang Dikutuk Ahli UMNO Jika Putrajaya Terlepas Ke Tangan Pakatan Rakyat

Posted: 05 Dec 2011 11:40 PM PST

Masa depan Melayu 'gerhana' jika Putrajaya ditawan

Orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan melainkan menegakkan pemerintahan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Masa depan kita akan bertukar menjadi masa depan yang penuh gerhana kerana asas kita menjadi bangsa mulia dan bermaruah dan menjanjikan masa depan lebih cerah kerana pemerintahan hari ini.

"Sebab itu perjuangan kita mulia dan suci kerana kita pada asasnya berjuang mempertahankan kelangsungan kuasa yang ada pada tangan kita. Jika kuasa terlepas, Nauzubillah, cita-cita kita akan terkubur," katanya.

Pada ucapannya kepada kira-kira 10,000 anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Politeknik Sultan Salahahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini, Najib mengakui rakyat mempunyai pilihan.

Namun, katanya soalannya adalah mereka ini lebih baik daripada pentadbiran sekarang.

"Bolehkah mereka jamin bahawa kedudukan istimewa yang kita nikmati sekarang tidak akan terhakis?

"Bagaimana dengan maruah Islam dan orang Melayu?" soalnya dan menambah, rakyat sebenarnya tidak ada pilihan melainkan menegakkan pemerintahan sedia ada.

Walaupun Najib tidak menamakan alternatif itu, tetapi adalah jelas beliau merujuk kepada Pakatan Rakyat.

"Belum lagi mereka berkuasa mereka telah berhasrat untuk mengurangkan separuh daripada kakitangan awam, termasuk para guru, anggota polis dan tentera. Siapa yang jadi mangsa kalau ratusan ribuan penjawat awam dibuang kerja mengikut perancangan mereka itu?

"Mereka juga ingin mengubah bendera Malaysia, mencemar kemuliaan Raja-Raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar untuk membantu orang-orang Melayu dan Bumiputera," katanya.

Beliau juga memberi amaran masa depan orang Melayu akan 'gerhana' jika BN pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13.

Pada ucapannya itu, Najib menegaskan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur berhubung hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

"Oleh itu jangan sekali-kali mereka (orang bukan Melayu) mencuit perasaan orang-orang Melayu dengan hendak ubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dahulu.

"Perkara-perkara ini kita akan pertahankan," katanya.

Katanya orang Melayu tidak mahu sesiapa cuba untuk merungkaikan perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan Malaysia mesti dibina berasaskan perlembagaan.

"Kita percaya dalam kerangka Perlembagaan kita, sama ada tersurat atau tersirat, sudah boleh kita membina sebuah negara yang adil dan saksama untuk semua kaum," katanya.

Najib berkata pilihan raya akan datang milik BN kerana telah berjuang membela nasib rakyat, adil dan tidak pernah menyimpang daripada prinsip agama.

Selaku Perdana Menteri, Najib juga berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan berharap rakyat memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk melakarkan masa depan yang baik.

Katanya masa depan yang baik adalah berdasarkan paksi realiti yang sebenar dan tidak seperti setengah pihak yang menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala.

Turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Pengerusi Pekida, Jamaludin Yusof dan Timbalannya, Datuk Ramli Norani.

Menyentuh mengenai perjuangan Pekida dalam mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam, Najib berkata beliau berasa bangga dengan pencapaiannya selama ini.

"Pekida adalah sebuah pertubuhan yang tidak pernah malap jauh sekali berkubur sebaliknya tetap menjadi pertubuhan yang ada kekuatan dan tidak dapat kita sangsi dan nafikan dari segi semangat, roh untuk berjuang habis-habisan mempertahankan apa yang difikirkan mulia dan suci.

"Saya yakin Pekida akan terus menegakkan pemerintahan yang mempertahankan maruah dan martabat umat Islam di Tanah Melayu," katanya. -mk

UMNO YANG BAKAL HILANG KUASA, BUKAN ORANG MELAYU




Ulasan GB

Pokoknya, Najib sedang diambang ketakutan jika UMNO terhalau keluar dari Putrajaya semasa beliau menjadi presiden UMNO.

Ia bererti Najib bakal dikutuk dan dimaki habis-habis oleh ahli-ahli UMNO jika hal sedemikian berlaku.

Maka dengan sebab itu, Najib kini berhempas pulas mencari jalan menpertahankan Putrajaya at all costs.

Najib tidak insaf bahawa pentadbiran Putrajaya dibawahnya menjadi penyebab kepada keruntuhan UMNO/BN nanti.

Bukti paling nyata terhadap kelemahan pentadbiran Najib terkandung dengan jelas di dalam laporan jabatan Audit Negara dimana telah berlaku ketirisan lebih RM30 billion wang rakyat di bawah pentadbirannya.

Diperburukkan dengan indeks persepsi rasuah negara yang merudum.

Najib yang angkuh dan boros dengan kekayaannya kini akan terus berdepan dan berlawan dengan kekuasaan dan kekayaan Allah s.w.t.

Sebelum ini GB menyatakan bahawa:

Demikian sebenarnya kaedah yang digunakan Najib melalui agen-agennya untuk membeli beberapa Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. Betapa dasyatnya manusia bernama Najib ini yang mana kita telah tahu kejatuhan kerajaan PR negeri Perak adalah akibat dari pembelian wakil-wakil rakyat PR entah berapa juta nilainya. Dikuti dengan beberapa siri lompatan ahli parlimen dan ADUN PR samada menjadi wakil bebas atau pun menyertai BN pun dengan habuan wang ringgit.

Namun, Allah tidak pernah lalai dan tidak pernah tidur. Segala kejahatan dan kebatilan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO bersama-sama sekutu-sekutunya seperti polis, SPR, SPRM, Peguam Negara, Pendakwa Raya, Hakim-hakim, agensi-agensi kerajaan seperti ROS yang melengah-lengahkan pendaftaran Pakatan Rakyat, akan pasti mendapat hukuman daripada Allah s.w.t.

Allah akan tetap membantu pihak yang dizalimi oleh mereka sekalipun mereka tidak pernah mahu mengakui kezaliman yang mereka lakukan.

Pemerintahan Najib adalah kemuncak terhadap segala kebobrokan pemerintahan UMNO BN di negara ini bermula dari dari cara beliau naik untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sehingalah ke hari ini, bagaimana beliau sanggup "melakukan apa saja" untuk mempertahankan kuasanya sekalipun dengan kaedah keji dan di luar batas undang-undang apatah lagi hukum agama.

Beliau menggunakan kaedah Abu Lahab dan Qarun, menggunakan harta kekayaan untuk mempertahankan kuasanya.

Kisah Najib dan pemerintah-pemerintah zalim UMNO BN sebelumnya seperti Mahathir dan Abdullah Badawi, telah pun berlaku di zaman silam. Ia hanya satu perulangan sejarah dengan pertukaran watak-watak sahaja.

Firman Allah:

"Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut." (QS. Al Lahab: 1-5)

"Dan (juga) Qarun, Fir'aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang akan lepas (dari kehancuran itu).

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri."
(al-`Ankabut: 39-40)

Mereka boleh terus cuba untuk pertahan lagi kebatilan yang mereka bawa dengan kekayaan yang mereka ada, namun kita akan tetap berjuang dan berdoa semuga Allah memberikan balasan yang setimpal di atas segala dosa mereka terhadap kita.

Dengan tegas kita tegak berdiri menyatakan: Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, agar Allah mencabut kekuasaan dan menghukum kamu-kamu semua, dan menyerahkan hak kekuasaan kepada mereka yang beriman dan berlaku adil.




PAS Ada Hudud. UMNO Bagaimana?

Posted: 05 Dec 2011 08:55 PM PST

Penasihat agama: Hudud PAS bertentangan hukum Allah

Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin hari ini mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

Bercakap pada forum berjudul 'Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia' di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

"Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam.

"Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun."

Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan.

"Dalam Islam, ini sepatutnya haram."

Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam.

hudud lawMenurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa.

"Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil."

PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka. -mk

Hudud: Terangkan secara jelas agar hukum Islam tidak dihina

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), Malaysia, menasihatkan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin, supaya kembali menuntut ilmu Allah yang sangat luas sebelum memberi nasihat yang menyesatkan akibat nafsu serakah politik.

Kenyataan Mohd Kamal Sadin, seperti mana dilaporkan di dalam media, di dalam forum di ibu pejabat MCA yang mengkritik Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah kenyataan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.

Sebagai contoh, takrifan mukallaf sebagai seorang yang berusia lebih 18 tahun, kononnya adalah undang-undang British dan Eropah, menonjolkan kejahilannya di dalam perselisihan pandangan para ulamak mazhab. Mazhab Hanafi, sebagai contoh, meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh, manakala Mazhab Maliki meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh selepas dilihat sifat-sifat yang lain. Oleh kerana itulah ulamak memutuskan, sesiapa yang tidak mengetahui kepelbagaian pandangan, bukanlah seorang yang alim, apatah lagi menjadi penasihat agama seorang menteri besar.

Begitu juga kenyataannya berkenaan meliwat isteri yang kononnya dibenarkan dalam undang-undang berkenaan. Liwat isteri memang tidak dikategorikan sebagai kesalahan yang membawa hukuman hudud oleh rata-rata ulamak, namun ia sama sekali tidak dibenarkan. Perlu diingat bukanlah segala perilaku yang tidak dihukum di dalam kategori hudud itu dibolehkan. Terdapat 1001 lagi perilaku haram yang tidak termasuk kategori hudud tetapi boleh dijatuhi hukuman takzir. Kenyataan tidak bertanggungjawab berbaur fitnah oleh Mohd Kamal perlu ditarik balik.

ILMAM turut menyeru Mohd Kamal, Fathul Bari serta seluruh yang menggelarkan diri mereka sebagai ilmuan di dalam UMNO supaya duduk secara serius dan membentangkan apakah set undang-undang yang benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis, kemudian mendesak kerajaan supaya memberi penerangan dan pendidikan berkenaannya supaya masyarakat lebih memahami dan tidaklah dikaburkan lagi kerana permainan politik.

ILMAM juga mendesak mereka supaya memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan hudud dan seluruh undang-undang Islam supaya tidak dihina dan terus dihina oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek (gambar kanan), seperti mana yang dilaporkan dalam media. Penghinaan seperti mengatakan hukuman Islam, kejam, tidak adil kepada wanita, serta menyebabkan kemusnahan diri, menunjukkan kejahilan yang melampau oleh Presiden salah satu Parti Komponen BN tersebut, serta menampakkan tuduhan yang kedangkalan hujah tanpa fakta ilmiah.

*Kenyataan daripada ILMAM (Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir).


Ulasan GB

PAS ada hudud, ada bukti untuk dikemukakan di depan Allah s.w.t. bahawa PAS ada berusaha memperjuangkan hukum Allah tertegak di atas mukabumi. Mungkin ada sedikit khilafiyah di dalams atu dua perkara, namun terasnya tetap hukum hudud yang bersendikan Al-Quran dan hadith.

Hudud UMNO pula mana?

Dan bukankah selama ini UMNO seiring dan seirama dengan golongan kafir menolak hudud? Mengelirukan rakyat tentang hudud? Malah pemimpin UMNO yang terang-terang menghina hudud dan hukum Islam?



Melawan Tuhan. UMNO bakal hancur binasa lantarannya. Tanda-tandanya sudah nampak nyata.

UMNO Frust Bila Nik Aziz Umum Tanding Lagi PRU13

Posted: 05 Dec 2011 06:58 PM PST

Nik Aziz tanding PRU-13

KOTA BARU, 5 Dis – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu," katanya (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.

Menurut laporan Bernama Online, Nik Aziz enggan menjawab kenyataan seorang penceramah PAS menyamakannya sebagai nabi.

Menurut Menteri Besar itu beliau tidak dapat memberi jawapan kerana tidak tahu "hujung pangkal" perkara tersebut.

Bagaimanapun, katanya, jika ada pihak yang menuduh penceramah itu sebagai kufur kerana menyamakan beliau sebagai nabi, umat Islam yang menolak agama Islam juga sebenarnya kufur.

"Cuma satu saya nak jawab kalau orang samakan saya sebagai nabi itu adalah kufur," kata beliau. -TMI

'Umno tidak berhak desak Nik Aziz berundur'

PETALING JAYA: Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menyatakan Umno tidak berhak untuk mendesak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk meletakkan jawatan.

"Umno tiada hak mendesak kecuali jika Nik Aziz melakukan kesalahan besar seperti pemimpin Umno."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan wakil Umno Kelantan Mohd Afandi Yusoff yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan atas dasar usia beliau yang telah lanjut.

Desakan tersebut dibuat Afandi ketika sesi debat perhimpunan agung Umno ke-62 pada hari ini.

Faktor kesihatan

Nik Aziz yang juga ialah Mursyidul Am PAS sekarang berumur 80 tahun. Beliau memimpin negeri Serambi Mekah sejak 22 tahun lalu.

Gesaan agar Nik Aziz melepaskan jawatan bukanlah perkara baru dan telah dibuat acap kali.

"Nik Aziz tak melakukan kesalahan rasuah," tambah Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Mat Sabu menjelaskan keputusan sama ada untuk kekal berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan bergantung sepenuhnya dengan Nik Aziz sekiranya beliau tidak sihat. -FMT


Ulasan GB

Sebenarnya, UMNO mati kutu apabila TGNA meneruskan hasrat untuk terus bertanding. Kerana UMNO tahu bahawa selagi TGNA berada di dalam saf perjuangan PAS, tak mungkin UMNO berjaya merampas Kelantan daripada PAS.

Perlbagai cara, pelbagai sekatan dan perlbagai serangan dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan. Sehinggakan wang royalti milik Kelantan pun dinafikan oleh kerajaan Pusat lantaran hasad dengkinya terhadap TGNA dan PAS.

Dan sepertimana GB telah nyatakan sebelum ini, keraqjaan Pusat yang diterajui UMNO yang bakal tumbang. Kerana penyakit hasad dengki dan kkezaliman yang ada di dalam UMNO itu sebenarnya akan merosakkan diri mereka sendiri. Tanda-tanda keruntuhan itu sudah nyata dan hampir.

Sekalipun TGNA sudah agak berumur, namun di dalam Islam tiada istilah pencen di dalam perjuangan. Pemimpin-pemimpin Islam sepertinya tidak mungkin tunduk kepada tekanan dan serangan.

Kalau Najib ingin belajar mengenai wasatiyyah, maka dipersilakanlah menghadap TGNA di rumahnya yang merupakan sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan.

Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya. Berbanding dengan kediaman Najib yang menelan belanja RM49 juta setahun untuk membiayai kos penyelenggarannya.

1,200 Orang Terkandas, Lelaki Buat Panggilan Bom Palsu Halang Kekasih Berkursus

Posted: 05 Dec 2011 04:40 PM PST

Ipoh – Siasatan polis terhadap kes panggilan bom palsu hingga menyusahkan 1,200 pengguna kereta api dari Tapah Road ke Tanjung Malim Khamis lalu hampir terungkai dengan tertangkapnya seorang lelaki yang disyaki berbuat demikian semata-mata hendak menghalang kekasihnya pergi ke Kuala Lumpur.

GAMBAR fail menunjukkan sebahagian penumpang beratur menaiki bas selepas perkhidmatan kereta api tergendala angkara panggilan bom palsu di Tapah Khamis lalu.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 6.10 petang di Teluk Intan Sabtu lalu selepas polis mengenal pasti identitinya. Suspek yang merupakan jurujual di sebuah syarikat jualan langsung membuat panggilan dengan telefon bimbit.

Suspek berbuat demikian untuk menghalang kekasihnya yang juga bekerja di situ untuk pergi berkursus di Kuala Lumpur. Difahamkan, dia cemburu kerana bimbang jika kekasihnya terpaut hati terhadap seorang rakan sekerja mereka yang turut mengikuti kursus itu.

Pasangan itu juga dikatakan sering bergaduh tetapi berbaik semula selepas keadaan reda. -kosmo


Pengedar barang ditahan gara-gara buat panggilan bom palsu

IPOH: Seorang pengedar barangan jualan langsung yang dipercayai membuat panggilan palsu pada Khamis lalu bahawa terdapat bahan letupan di landasan keretapi ditahan dua hari lalu.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di Teluk Intan.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan, lelaki berkenaan didapati mengunakan telefon bimbit untuk membuat panggilan tersebut dengan menggunakan identiti orang lain.

Dia dipercayai berbuat demikian kerana mempunyai masalah peribadi dengan teman wanitanya.

"Lelaki terbabit dikatakan tidak membenarkan teman wanitanya yang berusia 25 yang juga bekerja sebagai pengedar barang jualan langsung pergi ke Kuala Lumpur menghadiri satu kursus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shukri berkata kecewa dengan sikap teman wanitanya itu, lelaki berkenaan mengambil tindakan dengan membuat panggilan palsu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah mengatakan terdapat sebutir bom di salah satu jambatan di laluan keretapi antara Bidor dan Tanjung Malim.

Akibat panggilan itu, laluan keretapi di sektor utara terpaksa ditutup sehingga menjejaskan perjalanan lebih 1,200 penumpang.

Siasatan polis kemudiannya menemui satu bonggol berhampiran sebuah jambatan di landasan di Km 259.25 berhampiran Slim River.

Bonggol itu diletupkan tetapi tiada bom yang ditemui tetapi hanya sekeping tikar yang dilipat yang mengandungi botol-botol kosong.

Shukri berkata suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.

Katanya kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali. - Bernama


[Menakjubkan] Singa Rampas Kamera Pelancong Untuk Ambil Gambar Anaknya

Posted: 05 Dec 2011 02:25 PM PST

Singa pamer kemahiran ambil gambar, jadi model

NAIROBI: Ia situasi yang luar biasa apabila dua ekor singa tiba-tiba 'merampas' kamera seorang pelancong yang terjatuh dan akhirnya mengambil gambar sesama mereka.

Anak singa dan seekor singa jantan berusia tiga tahun, mendekati peralatan kamera kepunyaan seorang pelancong Belgium.

Kamera itu terjatuh daripada kenderaan Land Cruiser yang dinaiki sekumpulan pelancong yang dalam ekspedisi awal pagi.

Kedua haiwan itu terus menerkam sebaik saja kamera itu jatuh ke tanah.

Bukan saja haiwan pemangsa itu berjaya menekan punat kamera, malah anak singa yang kecil itu pula seolah-olah bijak berlagak menjadi model.

Kejadian itu dirakam oleh jurugambar Paul Goldstein di Taman Hidupan Liar di Masai Mara. -dailymail/hm






Shahrizat Kena Pilih Salah Satu: Letak Jawatan Atau Terus 'Dibogelkan'

Posted: 05 Dec 2011 07:32 AM PST

Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur

Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

azlan"Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat," katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.

Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil.

"Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

"Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya," katanya dipetik Sinar Harian.

Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur. -mk

Tegur demi parti

SHAH ALAM – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin berharap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan menteri dan Ketua Wanita Umno yang disandangnya.

Menurutnya, tindakan itu penting bagi menyelamatkan maruah Umno dan kerajaan yang terjejas sejak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dikaitkan d-ngan isu National Feedlot Corporation (NFC) membabitkan anggota keluar­ganya.

"Isu ini beri kesan tidak baik kepada pemerintah. Bagi saya, menunggu atau mendengar hasil siasatan polis, tidak perlu. Rakyat tidak berminat untuk tahu atau cari siapa yang bersalah.

"Apa yang lebih besar ialah isu ini melibatkan moral dan maruah beliau sebagai pe­mimpin. Itu mesej saya dan ia cukup jelas," katanya.

Bung Mokhtar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, maruah dan moral pemimpin perlu diutamakan berbanding kepentingan diri.

"Saya percaya, jika beliau meletak jawatan, maruah parti dan kementeriannya serta kerajaan akan dapat dibersihkan di mata rakyat," katanya.

Menurutnya, gesaan itu bukan bermakna beliau menyokong atau bersetuju de­ngan pembangkang, tetapi perlu menegur demi keutuhan parti, terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Terserahlah kepada orang ramai untuk membuat penilaian. Lagipun selama menjadi Ahli Parlimen, semua orang saya tegur, bukan Shahrizat sahaja. Tidak bermakna, berbuat demikian seolah-olah menyokong pihak lawan.

"Saya mahu semak dan imbang dalam Parlimen dan kalau boleh saya mahu jadi pembangkang kerajaan. Itu sudah lama saya suarakan. Jika ini direalisasikan, andainya kerajaan menang semua kerusi, kita tidak perlu pembangkang luar (PKR, DAP dan Pas) lagi sebab saya sudah ada," kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen (BNBBC) itu.

Mengulas lanjut, Bung Mokhtar berkata, sekiranya berada di tempat itu, beliau bersedia melepaskan jawa­tannya. -SH


Ulasan GB

Apa lagi Shahrizat. Tunjukkanlah batang lengan kamu tu kepada Ketua UMNO Bahagian Cheras & Bung Mukhtar kalau benar nak tunjuk kamu wanita besi! Sebelum ini, segala kritikan dan teguran orang lain kamu tak mahu dengar. Kamu cuba nak sorokkan bangkai gajah dengan nyiru. 1Malaysia sudah kenal kamu sebagai mak lembu. Salah siapa?

Sudah banyak ulasan GB mengenai isu lembu Fidlot ini. Diantaranya, petikan:

Singsing lengan depan orangramai...Sudah buang tabiatkah? Marah sehingga sanggup tunjukkan aurat di khalayak ramai!

Hanya untuk menutup isu, untuk menutup dimalukan dengan isu lembu, berlagak gagah bersinsing lengan.... aparaahhh....

Nanti betul-betul Allah tanggalkan baju dan tanggalkan kain baru tahu...


Satu Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat NFC sepertimana yang di cadangkan oleh PAC.

Jika Najib enggan mendengar tuntutan penubuhan Suruhanjaya itu, ia bererti satu petanda bahawa Putrajaya akan bertukar tangan. Hukum "kebenaran dan keadilan" akan mengambil tempatnya dimana UMNO BN sudah tidak layak untuk menduduki Putrajaya dan akan digantikan dengan parti lain.

Kami peringatkan: Jangan main-main dengan Tuhan!


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Rakyat Perlu Tahu Fakta Bahawa Malaysia Paling Korup Di Bawah Najib

Posted: 05 Dec 2011 06:02 AM PST

Petaling Jaya: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan program transformasi kerajaan untuk memerangi rasuah hancur lebur dengan pendedahan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI CPI) 2011 Khamis lalu.

Menurut beliau, Transparency International Malaysia (TI-M) berkata Malaysia mencatat ranking terburuk dalam tempoh 10 tahun – jatuh dari tangga 56 kepada tangga 60 dari sejumlah 183 buah negara manakala skor CPI jatuh kepada tahap paling rendah 4.3.

"Ini bermakna Malaysia 2 1/2 tahun di bawah Najib adalah paling korup berbanding lima tahun di bawah mantan perdana menteri Tun Abullah Ahmad Badawi dan 22 tahun di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya ketika berucap pada Rapat Rakyat di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Namun begitu kata Lim, kenyataan TI-M itu tidak tepat. Malahan, ranking Malaysia menurut TI CPI 2011 adalan terburuk dalam tempoh 17 tahun sejak Transparency International memperkenalkan CPI tahunan pada 1995.

Menurutnya, dari tempoh sembilan tahun (1995-2003), ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri kedudukan CPI Malaysia berligar di antara 4.8 pada tahun 2000 hingga 5.32 pada 1996 manakala ranking CPI jatuh 14 anak tangga dari No. 23 tahun 1995 kepada No. 37 pada 2003. (10 ialah markah paling bersih manakala 0 ialah markah paling korup).

"Dalam tempoh lima tahun pentadbiran Abdullah, ranking TI CPI Malaysia jatuh 10 anak tangga dari 37 pada 2003 kepada 47 pada 2008 manakala CPI berligar di antara 5.0 hingga 5.1," katanya.

Najib pula katanya, dalam tempoh 2 1/2 tahun pentadbirannya mencatatkan TI CPI terburuk; jatuh sembilan anak tangga dalam tempoh setahun sahaja dari No. 47 pada 2008 kepada No. 56 pada 2009.

Pada tahun 2011 pula, ranking TI CPI Malaysia jatuh 13 anak tangga dari No. 47 kepada No. 60 di bawah Najib berbanding ketika Abdullah, Malaysia jatuh 10 anak tangga dari No. 37 pada 2003 kepada No. 47 pada 2008 dan sembilan tahun di bawah Dr Mahathir, Malaysia jatuh 14 anak tangga dari No. 23 pada 2007 kepada No. 37 tahun 2003.

"Tidak pula disentuh oleh para pemimpin dan perwakilan Umno ketika perhimpunan mereka. Pada hal, keputusan ini diumumkan pada hari yang sama ketika Najib menyampaikan ucapan dasarnya iaitu pada hari Khamis lalu," sindir Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor.

Skandal lembu, kondominium

Ujar beliau, keadaan menjadi lebih buruk, apabila pemimpin Umno dan perwakilan menyokong dan berdiri teguh di belakang Ketua Wanita dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam isu skandal lembu dan kondominium melibatkan RM250 juta dana awam.

Bagi Lim mesej dari Perhimpunan itu adalah jelas. Perang terhadap rasuah, kroni, penyalahgunaan kuasa dan reformasi yang diperlukan segera untuk memastikan kebertanggungjawaban, ketelusan dan intergriti tidak wujud dalam DNA Umno apatah lagi kemampuan dan kesungguhan politik Umno-Barisan Nasional (BN).

"Malaysia hanya boleh diselamatkan dari rasuah dengan memulakan era baru dengan membawa kemakmuran kepada semua rakyat, mewujudkan daya saing di peringkat global, memastikan kerajaan yang efisyen, keadilan dan demokrasi.

"Oleh itu, negara ini mesti diselamatkan dari Umno-BN dan peluang terakhir ialah dengan rakyat melakukan perubahan pada pilihan raya umum ke 13 nanti," jelas beliau. -FMT

Skandal Lembu: Ada Keperluan Lantik Pakar Asing Untuk Siasat

Posted: 05 Dec 2011 03:22 AM PST

Selangor sedia bawa pakar asing siasat projek lembu

Kerajaan negeri Selangor sedia memperuntukkan dana bagi tujuan membiayai kos penyiasatan oleh pakar luar negara berhubung skandal projek ternakan lembu yang dikelolakan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, kaedah menggunakan penyiasat dari luar negara merupakan pendekatan yang sering digunapakai oleh kebanyakan negara maju bagi menyelesaikan jenayah kolar putih atau jenayah bersifat korporat.

"Saya serahkan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dan setiausaha PKR, Saifuddin Nasution. Mereka akan membuat pembentangan kepada pihak polis dan MACC supaya menunjukkan pekara yang perlu diperhatikan oleh pihak polis.

"Ini adalah perkara baru di Malaysia tetapi perkara ini sangat dijaga di Britain dan Australia," katanya dipetik oleh TV Selangor.

PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

Bagaimanapun, Khamis lalu Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC dan pembelian kondominium mewah berkenaan.

Isu projek lembu juga mencuri tumpuan pada perhimpunan agung Umno 2011 dengan sebahagian besar perwakilan menuntut penjelasan lanjut daripada ketua wanita Umno itu. -mk

Ulasan GB

Di dalam kes lembu NFC di atas adalah wajar penyiasat dari luarnegara yang bebas dipanggil untuk membenteras rasuah dan jenayah "kolar putih".

Kita dapati sebelum ini di dalam banyak keadaan, siasatan polis dan SPRM sentiasa amat berat sebelah di dalam kes-kes yang bersangkutan dengan politik UMNO.

Lihat saja di dalam kes lumbu NFC di atas, siasatan belum habis, Polis sudah keluar kenyataan tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC.


Tiada ulasan: