Selasa, 6 Disember 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Tak Serik.. Papagomo Fitnah Husam Musa Dengan Perempuan Cina Pulak..

Posted: 06 Dec 2011 12:57 AM PST

Gambar Ekslusif Bakal MB Kelantan Pimpin Tangan China Doll


Teknik photoshop yang tak menjadi.. Lihat jarak antara YB Husam dengan perempuan cina yang agak jauh.. Panjang sangat ker tangan pompuan cina tu sampai dapat dipegang oleh Husam? Apa pulak fungsi diletakkan sapu tangan di tangan Husam tu?? Hahaha..

Fitnahnya di sini

Papagomo Digesa Mohon Maaf Atas Penipuan Yang Dilakukan

Posted: 06 Dec 2011 12:02 AM PST

Seorang kolumnis hari ini menuntut penulis blog pro-Umno papagomo.com, Wan Muhammad Azri Wan Deris meminta maaf atas satu tulisan di laman berkenaan yang didakwa memfitnah dirinya.

Kolumnis berkenaan, Amin Iskandar berkata, kandungan tulisan bertajuk 'Amin Iskandar penulis the malaysian insider akui dicabul Anwar Ibrahim' itu tidak benar dan merupakan satu fitnah yang menjatuhkan nama baiknya.

"Saya mendapati saya difitnah oleh penulis blog tersebut yang menuduh saya dicabul oleh (ketua pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan blog tesebut telah memaparkan sebuah gambar saya dan sebuah gambar yang bukan saya," laporan polis itu dipetik.


Laporan berkenaan merujuk kepada salah satu daripada gambar yang didakwa Wan Muhammad Azri dalam tulisan berkenaan sebagai bukti bahawa Amin telah dicabul Anwar.

Foto dalam tulisan bertarikh disiarkan bersama tulisan bertarikh 26 November itu menunjukkan dua orang lelaki yang membelakangi kamera dan tidak memperlihatkan wajah kedua-duanya.

Ketika ditanya, Amin berkata beliau telah memastikan bahawa Wan Muhammad Azri, 28, merupakan penulis yang berselindung di sebalik nama samaran Papagomo di laman tersebut.

Katanya lagi, beliau memastikan demikian melalui semakan dengan "sumber yang dipercayai."

Peguam, Puspawati Rosman yang menemani Amin untuk membuat laporan di Balai Polis Travers berkata, tindakan hari ini merupakan langkah pertama ke atas Wan Muhammad Azri.

"Tuntutan utama adalah supaya penulis blog itu meminta maaf secara terbuka dan mengaku bahawa beliau telah berbohong dalam penulisan beliau.

"Sekiranya tuntutan mahkamah perlu dibuat supaya beliau mengaku, kita akan buat tuntutan mahkamah... Kita akan hantar surat tuntutan," katanya lagi kepada pemberita selepas laporan polis itu dibuat.

Balai bin Polis Kerinchi atau Balai Polis bin Kerinchi Adalah Lawak Terkini Dari SPR

Posted: 05 Dec 2011 11:58 PM PST

Lebih 90 nama bermasalah dikesan daripada 2,180 nama dalam senarai pengundi pos yang terkandung dalam daftar induk pemilih bagi kawasan parlimen Lembah Pantai, kata ahli parlimennya, Nurul Izzah Anwar.

"Kami ada 97 pengundi yang nama mereka tidak dijumpai di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); nampaknya mereka boleh mengundi di dua tempat. Rekod-rekod lain yang mencurigakan juga dijumpai pada daftar pemilih yang dikemaskini sehingga Jun 2011," katanya.

Pada sidang akhbar di pusat khidmat PKR di Lembah Pantai hari ini, Nurul Izzah berkata, antara penemuan yang dianggap pelik ialah nama seorang pengundi yang didaftarkan sebagai "Balai Polis Kerinchi" dalam daftar pemilih induk.


"Apabila kita semak butir-butir menggunakan nombor kad pengenalan polis bagi mengenal pasti pengundi berkenaan, nama itu wujud tetapi dalam daftar pemilih SPR ia menunjukkan sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, nombor kad pengenalan, RF161872, pada pangkalan data SPR menunjukkan ia milik Yusop Mohd Faizul Mohd .

"Kita tidak tahu jika ia Balai bin Polis Kerinchi atau Balai Polis bin Kerinchi," sindir Nurul Izzah.

Masalah-masalah lain termasuk rekod pengundi tidak dijumpai di laman web SPR tetapi muncul dalam daftar pemilih.

"Apa yang lebih mengejutkan ialah ada pengundi yang disenaraikan di dua pusat mengundi. Sebagai contoh, Saripah Arif (RF90153), disenaraikan sebagai pengundi pos di balai polis Pantai dan juga balai polis Pekan, yang terletak di Pahang," katanya.

Pada tahun 2008 kawasan pilihan raya itu mempunyai kira-kira 56000 pengundi tetapi pada Jun tahun ini, Lembah Pantai kini mempunyai kira-kira 70,000 pengundi berdaftar.

"Kita tidak lagi boleh mempercayai sistem sekarang, apa yang akan berlaku jika pilihan raya diadakan secara tiba-tiba? Ini adalah daftar yang diwartakan bagi suku ketiga. Ini adalah senarai daftar yang kita terpaksa gunakan jika pilihan raya diadakan esok," katanya dengan nada kecewa.

Nurul Izzah sebelum ini berkata bahawa bilangan pengundi pos naik secara mendadak sebanyak 1,363 peratus dalam tempoh dua bulan - dari hanya 149 orang pada 26 Sept tahun ini kepada 2,180 pada 2 November lalu.

Guan Eng - Buktikan DAP Cuba Pinda Perlembagaan

Posted: 05 Dec 2011 11:51 PM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan bukti bahawa orang bukan Melayu cuba mahu meminda Perlembagaan Persekutuan dan jika tidak, harus menguburkan sahaja gagasan 1 Malaysia, kata Lim Guan Eng hari ini.

Setiausaha Agung DAP berkata, Najib selaku perdana menteri dan presiden Umno telah mengejutkan seluruh negara apabila semalam memainkan sentimen perkauman terhadap orang bukan Melayu dalam ucapannya pada majlis Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Katanya, Najib harus menyelamatkan konsep 1 Malaysia dengan membuat lima komitmen penting iaitu mendahulukan Malaysia sebelum kaum, rakyat Malaysia berhak untuk menikmati hak asasi dan masyarakat sivil, peluang saksama harus diberi kepada semua, keluhuran undang-undang di mana yang dipentingkan adalah apa yang diketahui dan bukan siapa yang dikenali dan harus membina masyarakat yang berintegriti dan cerdik untuk mencapai ekonomi pendapatan tinggi dan berasaskan pengetahuan.


Semalam Najib berkata, orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang mengamalkan sikap perkauman malah sanggup berkongsi kuasa dan adil kepada bangsa lain di negara ini.

Perdana Menteri berkata orang Melayu sentiasa mengamalkan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan dan sanggup menghulurkan tangan kepada orang bukan Melayu untuk membina sebuah negara yang aman, bersatupadu dan lebih makmur.

"Oleh itu jangan sekali-kali mereka (orang bukan Melayu) mencuit perasaan orang-orang Melayu dengan hendak ubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dahulu.

"Perkara-perkara ini kita akan pertahankan," katanya.

"Adakah dengan memainkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu dan melaungkan diri sebagai pembela bangsa itu memberi hak kepada Umno untuk melibatkan diri dalam skandal RM250 juta 'lembu dan kondo' melalui syarikat keluarga seorang menteri persekutuan Umno?" kata beliau dalam satu kenyataan.

Lim juga berkata, adakah dengan memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan orang Melayu itu membolehkan skandal RM13 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang atau pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion?

"Masa sudah tiba untuk berjuang untuk aspirasi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama. DAP menolak politik diskriminasi Umno yang berkeras dengan konsep Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian.

"DAP juga mengecam Umno dan sekutunya kerana melayan sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan ideologi perkaumannya sebagai pengkhianat dan musuh orang Melayu," katanya lagi.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, rakyat tidak boleh membenarkan UMNO merampas Perlembagaan Persekutuan untuk memecahbelahkan rakyat dengan perasaan permusuhan dan kebencian, dan juga untuk menjadikan perjuangan untuk semua rakyat Malaysia sebagai satu tindakan yang salah.

"Umno selalu memetik Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan untuk mewajarkan agenda perkauman mereka. Namun demikian, Umno selalunya gagal menyebut bahawa Artikel 153 juga mempertahankan kepentingan-kepentingan sah komuniti-komuniti lain," katanya lagi.

Mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan juga, kata Lim, menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan artikel itu.

"Dalam erti kata lain, Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan konsep 'Malaysia dahulu' dan bukan kemudian!" katanya.

Umno takut DAP, wang rakyat lesap

Posted: 05 Dec 2011 10:03 PM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Orang Melayu diingatkan agar tidak terpengaruh dengan politik kotor Umno yang menggunakan DAP sebagai modal untuk menakut-nakutkan mereka, sebaliknya perlu sedar dengan salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno dalam perhimpunan agungnya minggu lalu secara tidak langsung mengakui sudah tidak mampu menarik sokongan orang Melayu kerana urus tadbir negara yang semakin lemah di bawah pemerintahan mereka.

Justeru, Umno terpaksa menuduh DAP akan lebih berkuasa dan mengambil hak orang Melayu jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat.


"Saya nak ingatkan orang Melayu, jangan sampai kita takut kepada DAP, RM250 juta hilang dalam NFC (Perbadanan Fidlot Negara), takut dengan DAP, RM52 bilion saham bumiputera tinggal RM2 bilion, takut dengan DAP akhirnya RM1.8 bilion diberi kepada Tajudin Ramli (bekas Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia-Mas), takut dengan DAP, berlaku skandal dalam wang PPRT RM32 bilion oleh menteri Umno," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Tambah Mahfuz, Umno terpaksa menarik sokongan orang Melayu yang semakin menurun bagi membolehkan mereka terus memerintah dan mengumpul kekayaan untuk kroni mereka.

"Umno gunakan DAP untuk takutkan Orang Melayu, tapi dalam masa yang sama terus memunggah khazanah negara untuk kroni mereka," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut beliau juga, perhimpunan agung Umno juga membuktikan parti itu masih takut memberi ruang yang sepenuhnya kepada perwakilan untuk membincangkan soal integriti kepimpinannya.

"Awal-awal lagi Ketua Polis Negara keluarkan kenyataan tak berlaku pecah amanah dalam NFC yang dimiliki suami (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil). Ini hanya untuk mengelakkan huru hara dalam perhimpunan agungnya.

"Bila ada kenyataan daripada Ketua Polis Negara, perwakilan tak bangun persoal soal NFC tapi saya yakin Orang Melayu mempunyai pendirian yang sama iaitu mempersoal dan mempertikai kepimpinan Umno," katanya.

Apehal Pulak Nurul Izzah Promosi Minum Arak Ni??

Posted: 05 Dec 2011 07:37 PM PST


"Dear all: Bangkung Christmas Bazaar 10th Dec,5-9pm happenin @ Bangkung Row. Over 20 stalls, wine masterclass at 6pm, carollers n more", tulis Nurul Izzah Anwar dalam twitternya.



Twitter Nurul Izzah turut diretweet oleh rakannya, @chrisraj23 milik Christopher Raj, CEO of Shekhinah PR, Asia's leading Sports PR & Branding Agency.

Apa maksud di sebalik twitter ini…


badutrakyat

PEKIDA Akan Dapat Habuan Dari Najib

Posted: 05 Dec 2011 07:21 PM PST

PM ikrar bantu PEKIDA kerana sokong BN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berikrar untuk membantu Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) untuk memantapkan pertubuhan itu, selepas menerima ikrar taat setia mereka kepadanya di Shah Alam, semalam.

"Terima kasih kerana ikrar itu, saya amat terharu... Insya-Allah, saya akan membantu Pekida!" laung Najib di hadapan lebih 2,000 ahli PEKIDA yang hadir.

Bagaimanapun sebagai balasan, presiden Umno itu menuntut PEKIDA supaya bersedia membantu beliau menjamin kemenangan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.


"PEKIDA mesti bersedia untuk mempertahankan pentadbiran kami. Kita tidak boleh membiarkan orang Melayu diinjak-injakkan di tanah air kita sendiri," katanya memberi amaran.

Najib juga mengakui bahawa sumbangan ahli-ahli Pekida amat besar kepada dirinya sendiri di kawasannya kerana dikatakan mampu menyatukan orang Melayu dan melindungi kepentingan Islam.

"Saya sendiri tahu, terdapat banyak ahli-ahli PEKIDA di kawasan saya sendiri, saya tahu... saya tahu (apa yang mereka lakukan)," katanya.

Jaminan bantuannya kepada PEKIDA itu diberi selepas presiden pertubuhan itu, Jamaluddin Yusof meminta Najib untuk mempertimbangkan cadangan meluluskan sebuah kolej di Melaka untuk NGO itu.

PANAS.. Papagomo Disaman Hari Ini.. Indentiti Sudah Terbongkar..

Posted: 05 Dec 2011 04:42 PM PST


Satu laporan polis akan dibuat pada, 6hb Disember 2011, pada pukul 2 petang di Balai Polis Jalan Travers ke atas laman sesawang www.papagomo.com yang dimiliki oleh Wan Muhammad Azri bin Wan Deris, pemegang kad pengenalan bernombor 830121-03-5019.

Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul "AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM" pada capaian :
http://www.papagomo.com/2011/11/amin-iskandar-penulis-malaysian-insider.html Tulisan ini dilakukan pada tarikh tertera di laman web tersebut : 26hb November 2011.


Fitnah tulisan Wan Muhamamad Azri atau Papagomo ini dipercayai dilakukan atas niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan kritikan saya terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tulisan saya bertarikh 25hb November 2011 di capaian:
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/razali-ibrahim-janganlah-bersikap-seperti-anak-kecil/

Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.

Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak.

Semua media, penulis blog dan rakyat Malaysia dijemput hadir.
Sekian dimaklumkan,

Amin Iskandar
Blog:
www.aminiskandar.net

PRU13 - Nik Aziz kekal Bertanding demi Menentang UMNO.

Posted: 05 Dec 2011 07:04 AM PST

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membuat kemyataan akan bertanding pada PRU13 kelak. Beliau yang juga merupakan Mursyidul Am PAS mendakwa akan terus mempertahankan kerusi DUN Pulau Melaka demi menentang UMNO.

"InsyaAllah saya akan bertanding lawan UMNO,. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu," kata beliau.

Nik Aziz yang mula memimpin Kerajaan Negeri Kelantan sejak 1990 berkata demikian susulan desakan beberapa perwakilan UMNO yang mendesak beliau berundur dari dunia politik.


"Dulu tanya Tun Mahathir dan Pak Lah bila hendak berhenti. Tetapi Menteri Besar Kelantan sampai hari ini enggan berundur, walaupun sudah tua," sindirnya.

Sabtu lalu, UMNO Kelantan mengulangi gesaan supaya Nik Aziz berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin lain selepas 21 tahun mentadbir negeri itu. Mohd Afandi Yusoff berkata, pemimpin Umno yang dahulunya turut digesa pembangkang berhubung perkara sama - seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi - sudah pun berbuat demikian.

Umno bersekongkol dengan MCA hina hukum Islam

Posted: 05 Dec 2011 03:40 AM PST

Dewan Pemuda PAS merasa kecewa kerana Umno sanggup menjadikan pentas forum untuk bersekongkol dengan MCA bagi memburukkan Islam dan PAS.

Bahkan dalam forum tersebut yang dianjurkan oleh Institut Analisis Strategik dan Penyeldidikan Dasar (Insap), wakil Umno turut 'tumpang sekaki' membelasah hukum Islam itu. DPP Malaysia khuatir, aqidah beliau dan Umno akan rosak kerana membiarkan agama Islam diperlekeh oleh mereka yang memusuhi Islam.

Pemuda PAS tidak sangka wakil Umno iaitu Mohd Kamal Sadin tanpa segan silu mempertikai hukum Allah dan mendakwa hukum Hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.


Jika demikian, Pemuda PAS Malaysia ingin bertanya apakah hukum hudud yang mengikut syariat Islam yang sebenarnya? Kemukakan dalil, bukti serta nas yang berkaitan sebagai panduan kepada PAS dan umat Islam mengenai hukum Islam yang sebenar.

Pemuda PAS mencabar Umno untuk kemukakan hukum hudud dengan versi Islam ala-Umno. Tunjukkan kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada umat Islam, hukum hudud yang manakah paling menepati syariat Islam untuk PAS dan negeri Kelantan contohi jika hukum hudud yang dibawa oleh Kelantan tidak menepati syariat Islam?

Pemuda PAS percaya kepimpinan dan ahli PAS bahkan seluruh umat Islam di Malaysia ternanti-nanti apakah hukum Islam yang sebenarnya yang akan dibawa oleh Umno. Itupun jika mereka masih berfikir mahu melaksanakan Islam.

Namun sehingga ke hari ini, tiada usaha sedikitpun oleh Umno untuk melaksanakan hukum Islam. Kerana itulah mereka membiarkan sahaja hukum hudud dipersenda. Bagi mereka hudud adalah perkara kecil yang tidak penting kepada umat Islam.

Sedangkan hudud yang difahami oleh semua umat Islam, adalah hukum Allah yang wajib dilaksanakan. Ia adalah penawar kepada penyakit masyarakat dan ubat bagi melahirkan masyarakat dan negara yang makmur dan diberkati.

Jika Umno gagal kemukakan contoh hukum Islam versi Umno, Pemuda PAS meminta agar Umno jangan pertikai usaha yang ingin dibuat oleh PAS. Jika ada cadangan atau kiritikan, perlu dibuat penambahbaikan, bukan mempertikaikannya.

Pemuda PAS juga sanggup menawarkan kepada Mohd Sadin dan semua ahli Umno kelas syariah bagi mempelajari asas-asas Islam supaya mereka mengetahui hukum Islam yang mana wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Umno perlu mendalami Islam supaya mereka turut sama bangkit membela Islam dan tiada lagi insiden penghinaan Islam dalam forum terbuka seperti semalam.

Dengan kejadian ini, Pemuda PAS memohon campurtangan Majlis Raja-raja bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina agama Islam. Pemuda PAS menganggap ia suatu isu yang besar dan boleh melibatkan kepentingan agama Islam di negara ini.

Ini juga sebagai pengajaran keras buat penganjur agar lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti umat Islam. Sebagai payung negara dan umat Islam di negara ini, Majlis Raja-raja berhak campurtangan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Penulis adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS


malaysiakini

Tiada ulasan: