Isnin, 12 Disember 2011

GoMalaysian

GoMalaysian


Keselamatan Negara Di Tangan Papa Gomo!?

Posted: 12 Dec 2011 03:28 AM PST


"Gomo selama lima jam di dalam KD Tun Razak dan Gomo sendiri bertanyakan kepada kru kapal mengenai apa yang ada dan apa yang tiada dalam Kapal Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia.

"Malah segala perjalanan, berapa batu nautika, berapa kali selaman dan berapa meter kedalaman semuanya ada pada simpanan pihak TLDM yang mana RAHSIA kepada negara...


Keselamatan negara di tangan Papa Gomo!

Free Malaysia Today

Adakah anda mengenali gerangan pengendali blog papagomo.com yang menggunakan nama samaran Papa Gomo ini?

Apakah kedudukan beliau dalam carta hirarki pentadbiran negara atau pun pasukan keselamatan negara?

Mungkin ada diantara kita cuma pernah mendengar nama samarannya sahaja, tidak pernah pun mengetahui nama sebenar beliau dan juga tidak pernah menatap wajah sebenar si pemilik gelaran Papa Gomo ini.

Bagaimanapun ada satu perkara yang rakyat Malaysia harus tahu mengenai lelaki ini, iaitu kedaulatan, maruah dan keselamatan negara anda terletak di dalam tangan beliau.

Dalam entri blog beliau dengan jelas memberitahu bahawa beliau mengetahui rahsia pertahanan negara yang melibatkan kapal selam KD Tun Abdul Razak milik negara.

Maklumat sulit

"Gomo selama lima jam di dalam KD Tun Razak dan Gomo sendiri bertanyakan kepada kru kapal mengenai apa yang ada dan apa yang tiada dalam Kapal Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia.

"Malah segala perjalanan, berapa batu nautika, berapa kali selaman dan berapa meter kedalaman semuanya ada pada simpanan pihak TLDM yang mana RAHSIA kepada negara.

"Ada yang Gomo boleh ceritakan dan ada juga yang Gomo tak dapat nyatakan atas faktor kepentingan ketenteraan negara.

"Namun yang pasti harga kapal selam yang dibeli kerajaan adalah yang terbaik dengan meliputi skop-skop kepentingan startegik buat negara yang tidak dapat Gomo nyatakan.

"Malah TLDM juga menyimpan segala maklumat sulit berkaitan kapal selam Scorpene ini," demikian menurut entri bertajuk 'Guan Eng

Perlekehkan Kemampuan Anak Kapal KD Tun Razak' dalam blognya.

Jelas apa yang ditulisnya itu menggambarkan beliau telah mengetahui beberapa rahsia berkaitan kapal selam Scorpene milik negara itu.

Siapakah Papa Gomo ini? Adakah beliau merupakan orang yang penting dalam negara ini atau seorang pegawai tinggi angkatan tentera?

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Kedaulatan, maruah negara terancam

Jika benarlah seperti mana yang didakwa oleh penulis blog tersebut, ini bermakna keselamatan negara kita mudah terancam oleh anasir- anasir luar.

Bagaimana sekiranya Papa Gomo ditawarkan hadiah yang lumayan oleh agen-agen asing sebagai balasan menyalurkan maklumat yang diketahuinya mengenai kapal selam KD Tun Abdul Razak itu?

Perkara begini tidaklah mustahil akan berlaku apabila sikap tamak manusia akan menyebabkan seseorang mudah gelap mata dan tidak teragak-agak menjual maruah dan kedaulatan negara dengan bayaran lumayan.

Atau, bagaimana pula sekiranya beliau diculik dan dipaksa oleh agen asing supaya memberitahu maklumat yang ada padanya?

Sanggupkah anda, tanpa mengira anutan ugama, bangsa dan idealogi politik anda membiarkan maruah dan keselamatan negara berada dalam tangan seorang manusia yang menggelarkan dirinya sebagai Papa Gomo ini?

Oleh itu, desakan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kehadiran blogger terbabit dan termasuklah wartawan dari TV3 dan Bernama di dalam kapal selam Scorpene disiasat amat bertepatan sekali.

Meskipun blogger terbabit tidak turut berlayar, tetapi beliau telah berada di kapal selam itu selama lima jam dan telah bertanyakan pelbagai soalan kepada kru-kru kapal selam terbabit.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/12/11/keselamatan-negara-di-tangan-papa-gomo/

Tiada ulasan: